Wednesday 17 July 2013

Biar Cinta Bertaburan II ~ Ibid 2

 Assalamualaikum dan selamat pagi....

Dah rindu pada dak berdua ni????
Hmmm.. ingat nak biar rindu lelama sikit, tapi kak yus pun rindu jugak kat diorang ni.  So, pagi2 ni Kak Yus up lah satu N3 special utk semua kesayangan Kak Yus.. tapi Kak Yus nak minta sesuatu, boleh tak?  Kecik je permintaan tu.. minta sangat Sayang2 Kak Yus yang lepak2 layan Emeer & Ayesha ni sudi drop sepatah dua kata kat ruang komen tu ye.. tak kisahlah nak tanya ke, nak bagi idea ke (klu bg idea lagi baguskan...hehehehe)

Ok..selamat membaca, semoga terhibur.  Mohon Kak Yus kemaafan atas ketidaksempurnaan ye..

************************





         Makan malam di rumah Azman memang superb.  Mana tidaknya, mem besar Azman memang tukang masak yang terkenal hebatnya.  Cakap je apa yang nak dimasak, pasti akan diusahakannya sehingga jaya.  Mem besar, gelaran yang sering Azman gunakan ketika berbual tentang isterinya.  Melihatkan lauk pauk yang terhidang sudah cukup melelehkan liur Ayesha, apatah lagi melihat pavlova kegemarannya yang cantik tersusun di dalam peti sejuk.  Pavlova memang sering menjadi habuannya kalau Alina yang jadi chefnya.  Air tangan Alina jarang sekali mengecewakan.

Alina ni pun, semenjak Ayesha menjadi suri hidup Emeer semakin mesra dengannya.  Iyalah, Azman kan pekerja harapan merangkap sahabat baik Emeer.  Apa-apa sahaja mesti rujuk kepada Azman.  Kadang-kadang hujung minggu pun sering luangkan masa bersama keluarga Azman picnic di Tasik Titiwangsa sambil-sambil melayan Eizleen dan Aqyiem belajar mengayuh basikal.  Kadang-kadang sesi bermain layang-layang bersama di Taman Metropolitan Kepong.

          “Erm.. apa yang sayang abang dok terjengok daripada tadi ni?” 

Tiba-tiba Ayesha terasa bahunya dipeluk erat.  Terkejut juga sebenarnya.  Bibirnya dimuncungkan menghala ke arah deretan makanan yang terhidang di atas meja.  Lantas terhambur tawa Emeer namun cepat-cepat Ayesha menekup mulut suaminya itu.  Haish, tak malu betul.  Tau la nak ketawa pun, janganlah kuat-kuat.  Sakit hati betul dengan mamat ni tau!  Kot ye pun rumah kawan baik, control la sikit. 

Oppss, sorry.  Terketawa pulak.  Sayang dah lapar sangat ke?  Abang tengok sayang daripada tadi dok usyar kat sini je.”  Sengaja Emeer mengusik isterinya itu.  Memang dia tahu pun Ayesha kuat makan sekarang ni.

“Err, lapar tu taklah.  Tapi kagum dengan Alin ni, rajin betul dia memasak.  Penuh satu meja makanan,” jawab Ayesha ikhlas.  Memang kagum kelas pertamalah.
“Hmm.. sayang bukan tak kenal mem besar si Man ni, dulukan dia hotel line.”  Ayesha mengangguk perlahan.  Aah, lupa pula dia.  Memang dia sedia maklum Alina dulu pernah bekerja di bahagian perhotelan. 

“Lorh, apa yang korang berdua dok soksek soksek kat situ.  Jom kita duduk makan,” tegur Azman menghampiri mereka dengan tambahan hidangan di tangan.

“MasyaAllah, ko nak buat kenduri ke apa bro?” 

“Biasalah mem aku tu, dia kata sekali sekala korang datang sini.  Kalau korang tiap-tiap hari datang, tak adalah sebanyak ni dia masak.” 

Alina yang kebetulan turut beriringan ke meja makan tersenyum mendengar jawapan suaminya.  Pepandai aje reka jawapan.  Orang tak ada pun cakap macam tu.

Anak-anak Azman, Arissa, Ariz dan Amelia sudah siap sedia mengambil tempat masing-masing.  Kelihatan Eizleen, Aqyiem dan Mak Jah juga turut sama menarik kerusi untuk menempatkan diri mereka di meja makan besar itu.  Ayesha memuji kebijaksanaan pihak yang mengendalikan urusan menyiapkan keperluan dan peralatan kediaman Azman itu.  Setelah doa makan dibacakan oleh Ariz, anak kedua Azman yang sangat petah berbicara, mereka menikmati hidangan dengan penuh selera. 

“Sha makan banyak sikit tau.  Bukan senang nak makan Alin masak, nanti dah balik mesti rindu kat masakan Alin,” gurau Alina menyenduk seketul kepala ikan merah ke dalam pinggan dara untuk Ayesha.

“Errm.. banyak dah ni Alin oi,” balas Ayesha dengan mulut yang penuh.  Baru je tadi Emeer meletakkan seketul ketam sambal ke dalam pinggannya.

“Tak apalah, Sha ratah je lauk-lauk ni.  Alin memang nak Sha makan banyak hari ni.  Dah lama kita tak jumpa kan.”

“Nanti kat mana ruang Sha nak letak makan banyak-banyak ni, esok-esok gemuk Sha ada pula orang komplen.”

“Heh, tak ada maknanya makan malam ni sekali je nak gemuk.  Alah, kalau gemuk pun Emeer sayang je, kan Meer?”  Azman pula mencelah.  Memang suka je menyakat Ayesha.

Terbatuk-batuk Emeer ketika namanya disebut.  Mana tidaknya, tengah kusyuk melayan kari kepala ikan tiba-tiba terpalit sama dalam perbualan mereka. 

“Air bang..” Ayesha menghulur air kepada Emeer lalu diteguk laju.  Belakang Emeer ditepuk-tepuk lembut.

Selasai menjamu selera, Ayesha dan Alina dibantu pembantu rumah mereka mengemas meja makan dan dapur.  Walaupun beberapa kali dihalang oleh Alina, Ayesha tetap menyinsing lengan ke dapur.  Katanya tak syok la kalau datang makan je, nak juga tolong kemas-kemas lagi pun baru puas berborak tak diganggu geng para bapa yang selalu sangat pasang telinga dan suka menyampuk.

“Dah berapa bulan Sha?”  Tangan Alina menyentuh lembut perut Ayesha.

“Baru masuk empat bulan.”

“Hmm, memang kecil aje perut Sha ye.  Alin kalau empat bulan tu dah nampak betul.”  Alina menarik kerusi untuk Ayesha.  Memang nampak sangat Ayesha penat kali ini.  Dari tadi termengah-mengah.

“Entahlah.  Masa Eizleen dan Aqyiem dulu besar juga, kali ni je agak kecil.  Dah tu, alahan kali ni mencabar sungguh.  Setakat hari ni dah berapa kali dah Sha pengsan.  Doktor kata mungkin stress dan tekanan darah rendah.”  Ayesha mengurut-urut pinggangnya.  Tiba-tiba terasa lenguh.

“Makan ok?”

“Awal-awal hari tu muntah-muntah teruk juga.  Tapi dah masuk empat ni, nampak macam laju je.  Tengoklah tadi, makan tak hengat.” 

“Alhamdulillah kalau macam tu.  Ha, nah pavlova untuk Sha.”  Alina mengunjukkan sepiring pavlova lalu disambut Ayesha dengan senyuman meleret.  Terus sahaja sebahagian kecil pavlova dimasukkan ke mulutnya.  Nikmat.

“Dah alah macam ni, Sha tak nak rehat je kat rumah ke?”

“Hmmm, dua minggu je Sha sempat rehat tapi kerja kat office tu banyak sangat.  Kesian pula kat abang Meer, lagi pun bukan Sha buat kerja sangat pun.  Asyik dok tidur je kat dalam bilik boss besar tu.”

“Haish, susah sungguh pasangan belangkas ni ye.  Tak boleh berenggang langsung,” usik Alina.  Tahu sangat kisah percintaan mereka berdua ni. 

Kerap sangat Azman bercerita sehinggakan pada awal-awal dahulu, Alina teringin sangat hendak mengenali Ayesha.  Kisah cinta yang unik dengan orang yang sangat unik.  Pertama kali berjumpa Emeer, Alina sudah mempunyai persepsi yang berbeza.  Muka memang tak boleh nafikan, hensem giler kata orang sekarang, tapi sikap tak boleh tahan, tegas dan baran tak hengat.  Tapi apabila melihat layanan Emeer terhadap suaminya dan Ayesha, agak pelik pula Alina.  Mungkin inilah yang tersembunyi di sebalik ketegasan itu.  Orang putih kata, don’t judge a book by its cover.  Begitulah lebih kurang.

Setelah selesai membancuh minuman panas, Alina berpesan kepada pembantu berbangsa Filipinanya agar menghantar hidangan pencuci mulut itu ke hadapan.  Ayesha dan Alina beriringan ke luar rumah menyertai suami-suami dan anak-anak mereka.  Piring berisi pavlova tetap berada di tangan Ayesha dan beberapa sudu pavlova telah pun selamat ke dalam mulutnya.
Lewat malam Emeer dan Ayesha pulang ke hotel penginapan mereka.  Sebelum pulang, Azman dan Alina beria-ia menjemput mereka bermalam di kediaman mereka sahaja, namun mengenangkan mereka hanya datang sehelai sepinggang, jemputan rakan mereka itu terpaksa ditolak dan berjanji akan kembali menziarahi pasangan itu sebelum mereka bertolak pulang ke Malaysia.

Usai membersihkan diri, Ayesha duduk berlunjur di atas katil sambil meriba ipadnya.  Bantal ditegakkan di kepala katil sebagai tempat bersandar.  Apa lagi, dok berbalas wassap dengan Eizleen dan Aqyiemlah.  Kedua-dua permata hatinya masih belum melelapkan mata.  Sibuk nak berwassap bagai dengan ibu mereka.  Sesekali terukir senyuman di bibir Ayesha.  Entah apa yang syok sangat dibualkan.

“Okey, dah sudah wassap-wassap tu,” ujar Emeer lantas menarik Ipad di tangan Ayesha.

“Ermm.. janganlah.  Sofi tengah wassap dengan anak-anak ni.”  Namun tegahan Ayesha tidak dipedulikan.  Emeer tetap mengambil Ipad daripada tangan Ayesha lalu merakam suaranya.

“Okey guys, ibu dan ayah nak tidur.  Aqyiem dan kakak pun kena tidur sekarang, esok nak pergi World Resort kan.  Good night anak-anak ayah, love u all so much.  Assalamualaikum.”  Setelah itu butang send ditekan. 

Seketika kelihatan mesej anak-anaknya membalas kembali.

Okey ayah.  Sleep well too, please kiss ibu for us ~ Eizleen & Aqyiem.

Tergelak kecil Emeer membacanya.  Hailah anak-anak.  Bukan takat satu kiss aje ayah boleh bagi kat ibu, seribu kisses pun ayah sanggup.  Takut ibu je yang tak sanggup nak terima. 

Ipad diletakkan atas meja sisi di sebelahnya.  Posisi duduknya sudah bertukar bersila menghadap Ayesha.  Pantas jarinya mencuit bibir Ayesha yang memuncung.  Eleh, merajuklah tu.  Menyedari perbuatannya tidak dipedulikan, Emeer kembali cuba mencuit bibir Ayesha sekali lagi namun kali ini belum sempat jarinya menyentuh bibir itu, cepat sekali Ayesha menggigit lembut jarinya.  Padan muka!

“Oh, main kasar ye sayang,” ujar Emeer merungut manja.

“Mana ada.  Tak nampak orang merajuk ni?”

“Orang?  Orang mana tu?”  Sengaja wajahnya ditoleh ke kiri dan kanan seolah mencari-cari siapakah yang dimaksudkan oleh Ayesha.  Sudahnya terasa pedih pahanya dikutil dek jemari runcing Ayesha.

“Menyampah.  Ada orang lain ke kat sini…”

“Oh, isteri kesayangan abang ke yang merajuk.”  Bibirnya sengaja didekatkan ke wajah Ayesha dan sepantas kilat tangan Ayesha menekup mulutnya.  Terburai tawa Emeer dengan perlakuan Ayesha dan akhirnya terburai tawa mereka. 

“Eii, teruklah abang ni, kesian anak-anak.”

Lorh, bukan selalu pun.  Lagi pun Mak Jah kan ada dengan diorang.  Abang nak diorang dapat rehat cukup-cukup, esok nak explore banyak tempat.  Sayang pun, kaki dah sapu minyak?” 

Sapu minyak?  Alahai, terlupa.  Ayesha menepuk dahi tanda memang dia terlupa langsung tentang itu.  Emeer masih bersila kemas di sebelah Ayesha dan terus mencapai botol minyak panas di atas meja.  Memang minyak panas itu akan dibawa ke mana-mana sahaja mereka pergi semenjak Ayesha hamil. Botol minyak panas dibuka dan minyak panas dituang sedikit demi sedikit ke tangannya.  Tidak kekok langsung tangannya meratakan minyak panas di kaki sang isteri.  Betis dan tapak kaki Ayesha disapu dan diurut-urut lembut.

Ala, tak apalah abang.  Biarlah Sofi sapu sendiri.”  Entah kali ke berapa Ayesha menegah.  Bukak tidak suka tapi terasa segan kerana kerap benar suaminya itu berbuat demikian. 

“Dah, sayang baring diam-diam.  Biar abang je yang sapu minyak kat kaki sayang ni.  Nanti masuk angin, bising Mak Jah.”  Eleh! Mak Jah yang bising ke, Encik Emeer Zafran yang bising.  Saja je guna nama Mak Jah.  Tapi memang Emeer tidak pernah lupa pesanan Mak Jah setiap kali sebelum tidur agar kaki isterinya itu disapukan dengan minyak panas dan dipakaikan sarung kaki.  Malah dia dengan rela hati sedia melakukannya tanpa disuruh-suruh.

Tersentuh hati kecil Ayesha dengan layanan suaminya yang tersayang.  Sejak mula berkahwin sehinggalah hari ini, layanan Emeer tidak pernah berkurang, malah berlebih-lebihan ada.  Dibiarkan sahaja jemari kasar Emeer berlegar-legar kemas di kakinya.  Kadang-kadang ada juga rasa geli, ada juga rasa sakit tapi ditahankan sahaja.  Banyak pula songeh kalau nak mengadu domba, dahlah encik suami dengan rela hati berkhidmat untuknya. 

Jemari kasar Emeer bukan sekadar mengurut lembut sepasang kaki milik isterinya bahkan setiap inci diteliti.  Matanya tidak lepas-lepas memerhatikan perubahan yang mula terjadi pada sepasang kaki itu. Hatinya lirih melihat urat-urat kecil hijau yang mula kelihatan di pelipat lutut isterinya ketika hamil kali ini.  Setiap kali jarinya menyentuh urat-urat kecil itu akan kedengaran rengus kecil Ayesha mengaduh.  Tentu sekali isterinya itu merasa sakit apatah lagi akhir-akhir ini kerap juga berlaku kekejangan otot kaki.  Emeer masih terus mengurut lembut kaki isterinya dan akhirnya dia menyarung sarung kaki ke kedua-dua belah kaki putih Ayesha. 

Ayesha menghadiahkan senyuman paling manis mengiringi langkah Emeer ke bilik air.  Tak sampai limit minit, Emeer kembali berbaring di sisi Ayesha yang masih bersandar.  Perlahan tangannya mengusap lembut perut isteri yang semakin menonjol bentuknya.  Terkesima Ayesha tatkala Emeer mengucup lembut perutnya.

“Assalamualaikum anak ayah.  Jangan nakal-nakal, kita bagi ibu rehat ye malam ni.” 

Rambut Emeer diusap lembut, dan kucupan di perut Ayesha mula bertukar arah ke pipi dan dahinya pula.  Ayesha membetulkan baringannya di sebelah Emeer.  Sekejapan, tubuh kecil Ayesha dirangkul kemas.  Setiap kali berada di dalam pelukan suaminya, Ayesha berada cukup selamat, tenang dan damai.  Di situlah tempat paling mendamaikan bagi setiap isteri.


“Ya Allah, Kau peliharalah keluarga kecilku ini.  Kau berikanlah kesihatan dan kemudahan kepada isteriku dalam mengharungi hari-harinya bersama zuriat kami.  Jangan sekali-kali Kau palingkan kasih sayangku daripada keluarga kecilku dan isteriku ini, Ya Allah.”  


Ajari aku tuk bisa

Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku


Hanya engkau yang bisa

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku


Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku

Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti



Semua inginku

Hanya engkau yang tahu

Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu




******************************

Sayang Teramat Sayang...
Kak Yus
~ bila cinta memerlukan lebih pengorbanan dan kesetiaan ~

15 comments:

  1. jenk2...terubat jg rindu dgn Ayesha&Ameer..klw blh kak Yus buatlah part2 ttg perjalanan kisah lps kahwin&ada anak,lps tu dugaan2 yg melanda..mesti syiok..biasakan org dah berkahwin mesti ada je badai melanda..mcm ni br best kak he3...tahniah2<3

    ReplyDelete
  2. best sangat....tp jgn ada conflik bebanyak tau kak yus...

    ReplyDelete
  3. sweetnya Emeer urut kaki Ayesha......best2....

    ReplyDelete
  4. terima kasih yus..mmg best. hilang rindu kat mereka berdua ni. nk lg leh ke??

    ReplyDelete
  5. Sweet & romantic couples.....

    ReplyDelete
  6. trubat rindu dgn Ayesha & Emeer......

    ReplyDelete
  7. Kak Yussssss.....sweeet sangat. Tak nak bagi suggestion sebab yakin dengan Kak Yus. Surprise us. Tapi betul macam kata Haslieza. Tak nak konflik banyak2. Semua novel cinta ada konflik mengguris hati. BCB jer yang betul2 buat kami sengih memanjang.

    ReplyDelete
  8. Biarlah kali ni love story Ayesha & Emeer sweett walaupun dah ada anak2 yg comel...

    ReplyDelete
  9. Mmg sweet.. n so sweet dlm pelukan hubby

    ReplyDelete
  10. comel2..anak2 pn sporting je ayah n ibu diorg

    ReplyDelete
  11. memang best cara penyampaian kak yus . hopefully ending yang gembira .

    ReplyDelete
  12. syazwani mohammad15 February 2014 at 18:31

    best..jgn konflik byk2..n jgn ada org ke 3..bosan juga kak lau baca novel yg smbungan skrg ni byk story tentang hero curang, kena tgkap khalwat, kahwin lain lepas tu m`yesal wlpun kena p`rgkap..lau nak cemburu pun buat ala2 cemburu manja je..hehe

    ReplyDelete
  13. betul2 sy setuju dgn syazwani...x payahlh ada kisah org ke 3, tangkap basah ke, apa k..biar konflik yg ringan2 aje ye kak sue...

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com