*******************************
Sudah dua minggu mereka pulang dari
Cherating dan semenjak itulah sikap Dirah mula berubah. Daripada seorang gadis yang lincah dan banyak
mulut dia menjadi seorang yang agak pendiam, lebih suka menyendiri dan
berkurung di dalam bilik. Azzalea memang
perasan sangat perubahan itu. Hendak
disoal rasa seperti menjaga tepi kain orang pula, tapi kalau tak diambil tahu
tak sedap pula hatinya melihatkan perubahan tingkah laku sahabat baiknya dunia
akhirat itu.
Azzalea memandang sepi nasi dan lauk
pauk yang tidak terusik. Hish, penat tau
tapaw semua lauk pauk ni dari kedai
mamak yang memang famous dengan nasi
kandar mereka yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman tu. Dahlah penat berpeluh-peluh bertapa dalam
teksi yang kedekut aircond tu. Semuanya semata-mata hendak menceriakan hati
Dirah. Sambal sotong sebesar tapak
tangan, kari daging kambing, papadom, acar timun, telur ikan goreng dan nasi
beriani semuanya sudah sejuk di atas meja.
Kalau tidak, tak sampai lima
minit harus licin semuanya. Memang sudah
termaktub di sejak azali lagi, bukan nama Azzalea dan Dirahlah namanya kalau
tak licin nasi beriani tu semua. Memang
berhantu budak dua orang tu, janganlah sesekali kata nak belanja, memang
kempislah poket kalau bab-bab ni. Tapi kali ini memang luar daripada kebiasaan,
boleh dikategorikan sebagai hari ini dalam sejarah. Bukan sahaja Dirah yang tidak keluar bilik
sedari tadi, malah selera Azzalea juga turut terbantut walau pun perut sudah
mula membuat persembahan ala-ala bangra.
Bermacam-macam bunyi dah keluar.
Hish! Tak boleh jadi ni, memang kena
juga selak kain makcik seorang ni, keluh Azzalea. Dia mengorak langkah mendaki satu persatu
anak tangga menuju ke bilik Dirah. Langkahnya
disusun perlahan. Selalunya kalau
waktu-waktu begini, tak pernah pun mereka berkurung dalam bilik
masing-masing. Jika tak tergolek di
ruang tamu menonton televisyen, tentu sekali sedang melayan novel atau membuat crosswords yang menjadi aktiviti
kegemaran mereka waktu cuti hujung minggu.
Pintu diketuk bertalu-talu namun tiada jawapan. Pelik juga, tidur ke minah ni. Tombol pintu dipulas, ternyata tidak
berkunci. Perlahan-lahan pintu dikuak
kecil lalu kepala Azzalea terjengol sedikit mengintai keadaan Dirah.
Apa kes
bilik bersepah-sepah ni? Hish minah ni, kain baju berselerakan
merata. Nak kata ada perompak masuk tak
ada pula bunyi apa-apa malam tadi. Erk, kalau perompak masuk nak kena ada
bunyi ke? Bukan ke perompak kalau masuk
mesti kena diam-diam? Sengaja cari
penyakitlah kan
kalau merompak rumah orang boleh siap buat party,
tak lama nak duduk dalam bilik besilah namanya tu. Kepala yang tidak gatal digaru
berkali-kali. Pelik sangat melihat
keadaan bilik Dirah. Pintu terus dikuak
lebih lebar membenarkan Azzalea memboloskan dirinya ke dalam bilik itu.
“Oh mak
engkau!” Spontan latah Azzalea terkeluar
akibat terkejut yang amat.
“Wei minah,
apa hal ko tergolek dekat atas lantai ni?”
soal Azzalea sambil menepuk lengan Dirah yang terbaring di atas lantai
berhampiran pintu bilik. Mata Dirah yang
terkatup dibuka perlahan. Hish, tidur
rupanya minah ni.
Soalan Azzalea dibiarkan tanpa
jawapan dan ia jelas mengundang rasa hairan di hati Azzalea. Mana tidak hairannya, melihatkan mata Dirah
yang sudah membengkak itu juga sudah cukup meyakinkan bahawa sahabatnya itu
memang bermasalah. Dirah bangkit
perlahan menuju ke katil yang dipenuhi dengan pakaian lalu menghempaskan
dirinya malas. Azzalea juga turut meniru
perbuatan sahabatnya itu. Eh, kenapa
pula aku pun macam bermasalah je ni, bukan aku kena pujuk dia ke? Senget betullah, rungut Azzalea dalam diam.
“Dirah, ce ko cerita kat aku apa kes ko ni?”
Diam.
“Dirah,
ooooooo Dirah baik ko jawab soalan aku kalau tak aku kira sampai lima aku buang Sweetie ni kat luar,” gertak
Azzalea. Dia tahu mesti kelam kabut
punya minah tu kalau diugut macam tu.
Macam dia tak tahu, anak patung Strawberry
Shortcake yang diberi nama Sweetie tu benda yang paling disayangi Dirah dan
pantang kalau ada orang yang mengusik hartanya itu. Iyalah, hadiah pertama pemberian tunang
tersayang.
“Oii, ko
jangan cari pasal. Letak balik Sweetie
aku tu, apa dosa dia ko nak buang lak,” jerit Dirah lalu cepat-cepat bangkit
merebut anak patung kesayangannya daripada Azzalea. Heleh, baru ugut nak buang belum betul-betul
buang lagi. Tengok, taktik berjaya
punya.
“Ko bengang
kat siapa ni Dirah? Ce ko story de morry kat
aku ni, kalau nak suruh aku pi hentak pun boleh,” pujuk Azzalea lagi, masih
tidak berputus asa. Serentak dengan itu
terletus tawa besar daripada mulut Dirah.
Serta merta wajah yang pucat itu kembali terpalit warna merah walau pun
tidak sempurna.
“Hek eleh, badan cikeding ada hati nak pi hentak orang. Bukan ko yang hentak orang tu, aku takut ko
yang kena hentak nanti. Kalau dah berani
sangat pi lah hentak Abang Wan ko tu,” perli Dirah selamba.
“Erk.. Abang Wan ke? Aisyehhhh, kalau Abang Wan aku surrender la awal-awal. Badan
dia je dua tiga kali ganda badan aku. Ni
apa kes ko dengan Abang Wan ni, dah dekat-dekat nak kahwin pun ada masalah lagi
ke wei?”
“Mamat
tulah, buat pasal dengan aku.”
“Okey,
okey.. ce ko story dengan aku. Orang kata cakap biar terang, bukan aku kata tau.” Selamba Azzalea menompang dagu dengan kedua
tangannya sambil menghadap wajah Dirah yang masih berbaring di atas katil. Kelaku Azzalea memancing rasa lucu di hati
Dirah, namun ditahankan tawanya. Macam
budak-budak nak dengar cerita dongeng je lagaknya.
“Ceritalah,
aku tengah nak fokus ni,” sergah Azzalea mematikan senyuman yang tersungging di
bibir Dirah.
“Abang Wan
ko tu main kayu tiga.”
“Ko sure tiga je, bukan empat lima ?”
“Ko ni, aku
malas cerita kang,” rajuk Dirah. Sempat
lagi dibalingnya kusyen kecil mengenai tepat di kepala Azzalea. Itulah, siapa suruh cari pasal, kan dah kena sebiji.
“Okey, sorry, sorry..sambung…”
“Minggu
lepas aku dapat tangkap dia ada calling-calling
dengan sorang budak perempuan ni, satu office
dengan dia juga. Aku nampak kat bil
telefon dia, bila aku tanya nombor siapa ni, dia kata nombor bos dia. Aku pelik gak, takkan dia call boss dia
tiap-tiap pagi, tengah hari dan petang dalam satu hari, nak buat apa. Aku hafal nombor tu, lepas tu aku call. Memang betullah nombor telefon budak
perempuan tu. Apa lagi, aku pun hangin
satu badanlah. Aku kenal pula tu budak
perempuan tu. Ko ingat tak budak yang
tumpang kita pergi kenduri office mate Abang
Wan dua bulan lepas? Hah, budak
perempuan tu lah,” jelas Dirah. Azzalea terpaku seakan tidak percaya. Abang Wan main kayu tiga? Tidak mungkin! Bukan ke Abang Wan sayang separuh nyawa kat
Dirah.
“Sebelum ni
Abang Wan ada bagi tau aku, kakak budak perempuan tu ada mintak tolong dengan
dia. Kakak budak tu minta tolong Abang
Wan jaga budak perempuan tu, tolong ambil dan hantar adik dia dari rumah ke office.
Balik pun macam tu, kononnya alasan dia takut ex-boyfriend adik dia kacau adik dia. Ex-boyfriend
adik dia tu katanya suka naik tangan kat budak perempuan tu. Abang Wan minta pendapat aku so aku kata bukan tak boleh tolong tapi
nanti apa kesan dia pada pandangan mata orang sedangkan orang dah tahu kitorang
dah bertunang. Yang tahu mungkin kata
okey, yang tak tahu mungkin akan beranggapan buruk. Aku tanyalah, kenapa tak suami kakak dia je
yang ambil dan hantar budak tu, Abang Wan kata suami kakak dia tak boleh sebab
dia berpoligami, tak sempat nak kejar masa.
Dah tu aku kata, kakak dia tak boleh ke ambil adik dia sendiri. Aku tanya kat Abang Wan, kakak dia tu tahu ke
yang kitorang dah bertunang, guest what,
dia tahu tapi masih tetap nak suruh tunang aku yang baik hati tu tolong dia
lagi,” adu Dirah sebak.
“Uiikh, tak kan kakak budak tu tak
rasa apa-apa kot bila cakap macam tu.
Dia tak suruh Abang Wan tanya ko ke dulu?”
“Tak
pun. Mungkin sebab dia dah biasa ambil
hak orang, dia rasa tak bersalah kot kalau adik dia ganggu hak orang lain. Yang aku marah sangat-sangat, bila budak tu
bagi macam-macam kat Abang Wan, lepas tu aku terdengar suara dia telefon tunang
aku tu, cakap kemain lembut lagi. Siap
merajuk bagai lagi bila dia tahu yang
coklat dia bagi tu, Abang Wan bagi kat orang lain. Nak terkeluar nanah telinga aku
mendengarnya. Masa tu lah aku serang
terus Abang Wan, tanya apa sebenarnya kes diorang berdua ni. Dia kata dia nak tolong je, tapi aku cakap
kat dia, ni bukan tolong tapi ni nak runtuhkan masjid yang baru kitorang nak
bina. Dia ingat aku malaikat ke, boleh
tengok je tunang aku angkut orang lain ke hulu ke hilir. Aku nak pergi kerja pun drive sendiri beb,” luah
Dirah penuh amarah.
“Betullah tu. Kalau aku pun aku marah. Hish,
kakak budak tu tak ada otak betullah.
Aku pun naik hantu juga dengar cerita ko ni, so sekarang ni ko nak buat apa?”
“Entah, dah
seminggu aku off telefon aku. Malas aku nak layan mamat sengal tu lagi, dia
telefon office aku pun aku suruh
budak-budak office kata aku tak ada,”
“Hurmm,
susah juga kan . Tak ada pula Abang Wan telefon aku. Mesti dia tau kalau dia call aku, aku pun mesti sembur dia macam ko gak kan . Biasalah, dia bukan tak kenal aku. Macam nilah, aku nak tanya ko, ko sayang tak
kat Abang Wan?”
“Huish, gila
tak sayang. Tunang aku tu, mestilah aku
sayang,” cepat dan laju sahaja jawapan Dirah bersama mata yang membulat
memandang ke arah Azzalea yang tersengih-sengih.
“Kalau ko
sayang, apa kata kita fikirkan jalan penyelesaiannya sama-sama. Sebelum tu kita pergi makan dulu. Aku dah tapaw
sikit punya sedap lauk-pauk dan nasi beriani favourite
ko, kesian kat aku,” pujuk Azzalea
bersama janji untuk membantu sahabatnya.
Itu sahajalah pun yang mampu dilakukannya.
“Aku memang
lapar pun sebenarnya…,” balas Dirah
tanpa rasa malu. Sememangnya daripada
semalam lagi perutnya tidak diisi dengan sebarang makanan. Tensionlah
sangat, sampai tak terjamah apa-apa pun.
Sengaja mendera diri sendiri namanya.
Kedua-dua gadis itu beriringan
meninggalkan bilik yang berselerak bersama otak yang serabut itu juga buat seketika. Biarlah masalah itu dipinggirkan buat sementara
waktu kerana sudah pasti setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya. Allah
tidak akan membiarkan hambanya tenggelam dalam permasalahan yang diberikanNya
tanpa ada panduan untuk melaluinya dengan tabah. Setiap masalah itu adalah ujian daripadaNya,
menguji sejauh mana keimanan hambaNya dan juga kifarah bagi setiap dosa-dosa
silam.
Firman Allah
yang bermaksud:
“Allah tidak membebankan seseorang hambaNya
melainkan dengan kesanggupannya”. ~ Surah Al-Baqarah : 286.
****************
Nasi dan lauk-pauk yang tadinya
sejuk terbiar di atas meja semuanya sudah dipanaskan kembali. Aroma kari daging kambing yang dipanaskan di
dalam ketuhar sudah cukup membuatkan kecur liur Azzalea apatah lagi melihatkan
sambal udang galah sebesar tapak tangan yang tergolek cantik di dalam pinggan
bagaikan memanggil-manggilnya.
“Wei, aku
tau lah ko lapar tapi janganlah buat muka macam tak makan setahun,” perli Dirah
yang sibuk menyenduk nasi ke dalam pinggan.
Nasi pun kena perhangatkan juga, kalau tidak memang tak masyuk.
“Ngeee.. memang aku lapar tahap gorgon ni.”
“Taulah ko
lapar pasal aku. Kalau ko lapar tahap gorgon aku lapar tahap petala langit tiga
tingkat tau.”
“Hoi, mana
datang langit tiga tingkat? Aku rasakan
ko baik makan cepat-cepat, kalau tunggu lagi lama mesti otak ko pun sama weng dengan perut ko tu,” tukas
Azzalea.
Tanpa
menunggu lebih lama, sebaik sahaja kari daging kambing siap dipanaskan dan
terhidang di atas meja, kedua-duanya menghayun tangan tak henti. Iskh,
kalau mertua lalu di belakang pun memang tak perasaan dah. Ini kalau Abang Wan mahu pun Fayyad melihat
tingkah anak dara berdua ni makan, pasti akan fikir sepuluh kali untuk dibuat
isteri. Huh, memang berselera sungguh
kedua-dua gadis itu menghabiskan makanan yang terhidang tanpa meninggalkan
sedikit lebihan pun.
Serabut
fikiran tu serabut juga, tapi perut mesti kena isi dahulu. Kalau perut kenyang baru mudah nak cari jalan
penyelesaian, itulah kata Azzalea kepada Dirah.
Memang selamba minah seorang ni, nak kata hati kering pun iya juga. Bukan Azzalea tidak simpati dan terasa dengan
apa yang menimpa sahabatnya itu, tapi dia tidak boleh membiarkan Dirah terus
hanyut dalam kesedihan. Semuanya pasti
ada jalan keluar. Dia cukup pasti cinta
sahabatnya itu suci dan jodoh mereka memang telah ditulis di Luh Mahfuz. Cuma kadang-kadang dalam perjalanan menuju
bahagia, kita tak akan dapat lari dikejar dek bayang-bayang hitam yang sering
menanti di setiap liku dan persimpangan. Bayang-bayang hitam yang kadang-kala terlalu
kejam sehingga mampu menghancurkan mahligai bahagia yang terbina.
Azzalea
masih ingat pesan arwah nenek ketika dia di universiti dahulu, ketika
menghadapi masalah dan ketika terasa sukar dalam menanganinya, mintalah
petunjuk daripada Allah Yang Maha Pemurah.
Sentiasalah sujud dan bermohon kepadaNya. Dia masih ingat doa yang sering dibaca oleh
arwah nenek;
‘Wahai Tuhanku, tiada yang mudah melainkan apa
yang Engkau jadikan mudah dan Engkau jugalah menghapuskan dukacita dengan mudah
jika Engkau kehendaki’
“Woi Lea, jom tolong aku kemas bilik,” sergah
Dirah mematikan lamunan Azzalea. Suiz
televisyen telah lama dimatikan.
“Heh eleh, sendiri buat kecah lepas tu suruh orang pula tolong
kemas,” bebel Azzalea tidak berpuas hati.
“Kata best friend forever, takkan tak boleh
tolong aku kot,” pujuk Dirah kembali dengan wajah mohon simpati.
“Banyaklah
ko punya best friend forever. Masa ko nak kecah-kecah tu ada ko ingat ke,” balas Azzalea sambil melemparkan
kusyen ke arah Dirah. Seketika, kusyen
kembali beralih arah. Sudahnya, jadi
perang kusyen pula antara Dirah dan Azzalea.
Memang terserlah tahap kebudak-budakan anak dara dua orang ni.
“Hah, karang
kat atas tak siap kemas nak kena kemas kat sini pula. Cepatlah minah hoi, sementara aku ada mood nak tolong ni.”
“Macam tulah
BFF, lap u forever lah laling,”
balas Dirah lalu cepat melangkah mendahului Azzalea yang sudah pun
mengangkat punggung beredar menuju ke anak tangga. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,
pepatah Melayu lama yang sangat bererti dalam persahabatan. Jangan sesekali dilupakan.
Apa pun
dugaan yang datang, hidup perlu diteruskan dengan tenang dalam mencari setiap
penyelesaian. Tiada erti hidup jika
tidak disulami dengan dugaan dan rintangan.
Bukankah ada kata-kata, setiap dugaan itu mendewasakan kita.
*************************************************
Alhamdulillah.. proses menaip Sengketa Cinta dipermudahkan, terima kasih untuk doa drp semua. Semoga n3 ni dpt menghiburkan hati dan mendapat sesuatu drpnya.. kita tengok apa jalan penyelesaiannya dlm n3 yg lain pula ye.. Sudi2 drop komen sbg pencetus semangat buat k.yus..
Lots of Luv
~ Kak Yus ~
wahhhh makinn best kak yus....terujaaaa nk bacaa. .
ReplyDeletebab 9 ni tak naik kat dashboard sy.. kenape ek? huhu..masuk fb baru nmpk..
ReplyDeleteAmyZainudin ~ kita tunggu bab seterusnya ye.. <3
ReplyDeleteIzz Alejandra ~ ye ke?? alahai, dahlah FB sabotaj kak yus.. takkan blogger pun nak sabotaj jugak.. huwaaaaaaaaaaaaaaa..
yeap...suda mariiii
ReplyDeleteAziela ... ^_____^ ..
ReplyDeletekak yus..lps komen baru naik :D kekeke...mmg slow kot hari ni..tgk entry blog ln pun lmbt juga..entah2 blog sy yg problem.. kekeke
ReplyDelete