Thursday 18 October 2012

Sengketa Cinta ~ 9

~  Bumi mana tak ditimpa hujan, hidup mana yang tak de masalah .. terserah pada kita untuk mencari jalan mengharunginya ... jom layanzzzzzzzzzz ~

*******************************




            Sudah dua minggu mereka pulang dari Cherating dan semenjak itulah sikap Dirah mula berubah.  Daripada seorang gadis yang lincah dan banyak mulut dia menjadi seorang yang agak pendiam, lebih suka menyendiri dan berkurung di dalam bilik.  Azzalea memang perasan sangat perubahan itu.  Hendak disoal rasa seperti menjaga tepi kain orang pula, tapi kalau tak diambil tahu tak sedap pula hatinya melihatkan perubahan tingkah laku sahabat baiknya dunia akhirat itu.

            Azzalea memandang sepi nasi dan lauk pauk yang tidak terusik.  Hish, penat tau tapaw semua lauk pauk ni dari kedai mamak yang memang famous dengan nasi kandar mereka yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman tu.  Dahlah penat berpeluh-peluh bertapa dalam teksi yang kedekut aircond tu.  Semuanya semata-mata hendak menceriakan hati Dirah.  Sambal sotong sebesar tapak tangan, kari daging kambing, papadom, acar timun, telur ikan goreng dan nasi beriani semuanya sudah sejuk di atas meja.  Kalau tidak, tak sampai lima minit harus licin semuanya.  Memang sudah termaktub di sejak azali lagi, bukan nama Azzalea dan Dirahlah namanya kalau tak licin nasi beriani tu semua.  Memang berhantu budak dua orang tu, janganlah sesekali kata nak belanja, memang kempislah poket kalau bab-bab ni. Tapi kali ini memang luar daripada kebiasaan, boleh dikategorikan sebagai hari ini dalam sejarah.  Bukan sahaja Dirah yang tidak keluar bilik sedari tadi, malah selera Azzalea juga turut terbantut walau pun perut sudah mula membuat persembahan ala-ala bangra.  Bermacam-macam bunyi dah keluar.

Hish! Tak boleh jadi ni, memang kena juga selak kain makcik seorang ni, keluh Azzalea.  Dia mengorak langkah mendaki satu persatu anak tangga menuju ke bilik Dirah.  Langkahnya disusun perlahan.  Selalunya kalau waktu-waktu begini, tak pernah pun mereka berkurung dalam bilik masing-masing.  Jika tak tergolek di ruang tamu menonton televisyen, tentu sekali sedang melayan novel atau membuat crosswords yang menjadi aktiviti kegemaran mereka waktu cuti hujung minggu.  Pintu diketuk bertalu-talu namun tiada jawapan.  Pelik juga, tidur ke minah ni.  Tombol pintu dipulas, ternyata tidak berkunci.  Perlahan-lahan pintu dikuak kecil lalu kepala Azzalea terjengol sedikit mengintai keadaan Dirah. 

Apa kes bilik bersepah-sepah ni?  Hish minah ni, kain baju berselerakan merata.  Nak kata ada perompak masuk tak ada pula bunyi apa-apa malam tadi.  Erk, kalau perompak masuk nak kena ada bunyi ke?  Bukan ke perompak kalau masuk mesti kena diam-diam?  Sengaja cari penyakitlah kan kalau merompak rumah orang boleh siap buat party, tak lama nak duduk dalam bilik besilah namanya tu.  Kepala yang tidak gatal digaru berkali-kali.  Pelik sangat melihat keadaan bilik Dirah.  Pintu terus dikuak lebih lebar membenarkan Azzalea memboloskan dirinya ke dalam bilik itu. 

“Oh mak engkau!”  Spontan latah Azzalea terkeluar akibat terkejut yang amat.

“Wei minah, apa hal ko tergolek dekat atas lantai ni?”  soal Azzalea sambil menepuk lengan Dirah yang terbaring di atas lantai berhampiran pintu bilik.  Mata Dirah yang terkatup dibuka perlahan.  Hish, tidur rupanya minah ni.

            Soalan Azzalea dibiarkan tanpa jawapan dan ia jelas mengundang rasa hairan di hati Azzalea.  Mana tidak hairannya, melihatkan mata Dirah yang sudah membengkak itu juga sudah cukup meyakinkan bahawa sahabatnya itu memang bermasalah.  Dirah bangkit perlahan menuju ke katil yang dipenuhi dengan pakaian lalu menghempaskan dirinya malas.  Azzalea juga turut meniru perbuatan sahabatnya itu.  Eh, kenapa pula aku pun macam bermasalah je ni, bukan aku kena pujuk dia ke?  Senget betullah, rungut Azzalea dalam diam.

“Dirah, ce ko cerita kat aku apa kes ko ni?”

Diam.

“Dirah, ooooooo Dirah baik ko jawab soalan aku kalau tak aku kira sampai lima aku buang Sweetie ni kat luar,” gertak Azzalea.  Dia tahu mesti kelam kabut punya minah tu kalau diugut macam tu.  Macam dia tak tahu, anak patung Strawberry Shortcake yang diberi nama Sweetie tu benda yang paling disayangi Dirah dan pantang kalau ada orang yang mengusik hartanya itu.  Iyalah, hadiah pertama pemberian tunang tersayang.

“Oii, ko jangan cari pasal.  Letak balik Sweetie aku tu, apa dosa dia ko nak buang lak,” jerit Dirah lalu cepat-cepat bangkit merebut anak patung kesayangannya daripada Azzalea.  Heleh, baru ugut nak buang belum betul-betul buang lagi.  Tengok, taktik berjaya punya.

“Ko bengang kat siapa ni Dirah?  Ce ko story de morry kat aku ni, kalau nak suruh aku pi hentak pun boleh,” pujuk Azzalea lagi, masih tidak berputus asa.  Serentak dengan itu terletus tawa besar daripada mulut Dirah.  Serta merta wajah yang pucat itu kembali terpalit warna merah walau pun tidak sempurna.

Hek eleh, badan cikeding ada hati nak pi hentak orang.  Bukan ko yang hentak orang tu, aku takut ko yang kena hentak nanti.  Kalau dah berani sangat pi lah hentak Abang Wan ko tu,” perli Dirah selamba. 

Erk.. Abang Wan ke?  Aisyehhhh,  kalau Abang Wan aku surrender la awal-awal.  Badan dia je dua tiga kali ganda badan aku.  Ni apa kes ko dengan Abang Wan ni, dah dekat-dekat nak kahwin pun ada masalah lagi ke wei?”

“Mamat tulah, buat pasal dengan aku.”

“Okey, okey.. ce ko story dengan aku. Orang kata cakap biar terang, bukan aku kata tau.”  Selamba Azzalea menompang dagu dengan kedua tangannya sambil menghadap wajah Dirah yang masih berbaring di atas katil.  Kelaku Azzalea memancing rasa lucu di hati Dirah, namun ditahankan tawanya.  Macam budak-budak nak dengar cerita dongeng je lagaknya.

“Ceritalah, aku tengah nak fokus ni,” sergah Azzalea mematikan senyuman yang tersungging di bibir Dirah.

“Abang Wan ko tu main kayu tiga.”

“Ko sure tiga je, bukan empat lima?”

“Ko ni, aku malas cerita kang,” rajuk Dirah.  Sempat lagi dibalingnya kusyen kecil mengenai tepat di kepala Azzalea.  Itulah, siapa suruh cari pasal, kan dah kena sebiji.

“Okey, sorry, sorry..sambung…”

“Minggu lepas aku dapat tangkap dia ada calling-calling dengan sorang budak perempuan ni, satu office dengan dia juga.  Aku nampak kat bil telefon dia, bila aku tanya nombor siapa ni, dia kata nombor bos dia.  Aku pelik gak, takkan dia call boss dia tiap-tiap pagi, tengah hari dan petang dalam satu hari, nak buat apa.  Aku hafal nombor tu, lepas tu aku call.  Memang betullah nombor telefon budak perempuan tu.  Apa lagi, aku pun hangin satu badanlah.  Aku kenal pula tu budak perempuan tu.  Ko ingat tak budak yang tumpang kita pergi kenduri office mate Abang Wan dua bulan lepas?  Hah, budak perempuan tu lah,”  jelas Dirah.  Azzalea terpaku seakan tidak percaya.  Abang Wan main kayu tiga?  Tidak mungkin!  Bukan ke Abang Wan sayang separuh nyawa kat Dirah. 

“Sebelum ni Abang Wan ada bagi tau aku, kakak budak perempuan tu ada mintak tolong dengan dia.  Kakak budak tu minta tolong Abang Wan jaga budak perempuan tu, tolong ambil dan hantar adik dia dari rumah ke office.  Balik pun macam tu, kononnya alasan dia takut ex-boyfriend adik dia kacau adik dia.  Ex-boyfriend adik dia tu katanya suka naik tangan kat budak perempuan tu.  Abang Wan minta pendapat aku so aku kata bukan tak boleh tolong tapi nanti apa kesan dia pada pandangan mata orang sedangkan orang dah tahu kitorang dah bertunang.  Yang tahu mungkin kata okey, yang tak tahu mungkin akan beranggapan buruk.  Aku tanyalah, kenapa tak suami kakak dia je yang ambil dan hantar budak tu, Abang Wan kata suami kakak dia tak boleh sebab dia berpoligami, tak sempat nak kejar masa.  Dah tu aku kata, kakak dia tak boleh ke ambil adik dia sendiri.  Aku tanya kat Abang Wan, kakak dia tu tahu ke yang kitorang dah bertunang, guest what, dia tahu tapi masih tetap nak suruh tunang aku yang baik hati tu tolong dia lagi,”  adu Dirah sebak. 

“Uiikh, tak kan kakak budak tu tak rasa apa-apa kot bila cakap macam tu.  Dia tak suruh Abang Wan tanya ko ke dulu?”

“Tak pun.  Mungkin sebab dia dah biasa ambil hak orang, dia rasa tak bersalah kot kalau adik dia ganggu hak orang lain.  Yang aku marah sangat-sangat, bila budak tu bagi macam-macam kat Abang Wan, lepas tu aku terdengar suara dia telefon tunang aku tu, cakap kemain lembut lagi.  Siap merajuk bagai lagi bila dia tahu yang coklat dia bagi tu, Abang Wan bagi kat orang lain.  Nak terkeluar nanah telinga aku mendengarnya.  Masa tu lah aku serang terus Abang Wan, tanya apa sebenarnya kes diorang berdua ni.  Dia kata dia nak tolong je, tapi aku cakap kat dia, ni bukan tolong tapi ni nak runtuhkan masjid yang baru kitorang nak bina.  Dia ingat aku malaikat ke, boleh tengok je tunang aku angkut orang lain ke hulu ke hilir.  Aku nak pergi kerja pun drive sendiri beb,”  luah Dirah penuh amarah. 

“Betullah tu.  Kalau aku pun aku marah.  Hish, kakak budak tu tak ada otak betullah.  Aku pun naik hantu juga dengar cerita ko ni, so sekarang ni ko nak buat apa?”

“Entah, dah seminggu aku off telefon aku.  Malas aku nak layan mamat sengal tu lagi, dia telefon office aku pun aku suruh budak-budak office kata aku tak ada,”

“Hurmm, susah juga kan.  Tak ada pula Abang Wan telefon aku.  Mesti dia tau kalau dia call aku, aku pun mesti sembur dia macam ko gak kan.  Biasalah, dia bukan tak kenal aku.  Macam nilah, aku nak tanya ko, ko sayang tak kat Abang Wan?”

“Huish, gila tak sayang.  Tunang aku tu, mestilah aku sayang,” cepat dan laju sahaja jawapan Dirah bersama mata yang membulat memandang ke arah Azzalea yang tersengih-sengih.

“Kalau ko sayang, apa kata kita fikirkan jalan penyelesaiannya sama-sama.  Sebelum tu kita pergi makan dulu.  Aku dah tapaw sikit punya sedap lauk-pauk dan nasi beriani favourite ko, kesian kat aku,”  pujuk Azzalea bersama janji untuk membantu sahabatnya.  Itu sahajalah pun yang mampu dilakukannya. 

“Aku memang lapar pun sebenarnya…,”  balas Dirah tanpa rasa malu.  Sememangnya daripada semalam lagi perutnya tidak diisi dengan sebarang makanan.  Tensionlah sangat, sampai tak terjamah apa-apa pun.  Sengaja mendera diri sendiri namanya.

            Kedua-dua gadis itu beriringan meninggalkan bilik yang berselerak bersama otak yang serabut itu juga buat seketika.  Biarlah masalah itu dipinggirkan buat sementara waktu kerana sudah pasti setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya.   Allah tidak akan membiarkan hambanya tenggelam dalam permasalahan yang diberikanNya tanpa ada panduan untuk melaluinya dengan tabah.  Setiap masalah itu adalah ujian daripadaNya, menguji sejauh mana keimanan hambaNya dan juga kifarah bagi setiap dosa-dosa silam. 

Firman Allah yang bermaksud:

“Allah tidak membebankan seseorang hambaNya melainkan dengan kesanggupannya”. ~ Surah Al-Baqarah : 286.


****************

            Nasi dan lauk-pauk yang tadinya sejuk terbiar di atas meja semuanya sudah dipanaskan kembali.  Aroma kari daging kambing yang dipanaskan di dalam ketuhar sudah cukup membuatkan kecur liur Azzalea apatah lagi melihatkan sambal udang galah sebesar tapak tangan yang tergolek cantik di dalam pinggan bagaikan memanggil-manggilnya. 

“Wei, aku tau lah ko lapar tapi janganlah buat muka macam tak makan setahun,” perli Dirah yang sibuk menyenduk nasi ke dalam pinggan.  Nasi pun kena perhangatkan juga, kalau tidak memang tak masyuk.

Ngeee.. memang aku lapar tahap gorgon ni.”

“Taulah ko lapar pasal aku.  Kalau ko lapar tahap gorgon aku lapar tahap petala langit tiga tingkat tau.”

“Hoi, mana datang langit tiga tingkat?  Aku rasakan ko baik makan cepat-cepat, kalau tunggu lagi lama mesti otak ko pun sama weng dengan perut ko tu,” tukas Azzalea. 

Tanpa menunggu lebih lama, sebaik sahaja kari daging kambing siap dipanaskan dan terhidang di atas meja, kedua-duanya menghayun tangan tak henti.  Iskh, kalau mertua lalu di belakang pun memang tak perasaan dah.  Ini kalau Abang Wan mahu pun Fayyad melihat tingkah anak dara berdua ni makan, pasti akan fikir sepuluh kali untuk dibuat isteri.  Huh, memang berselera sungguh kedua-dua gadis itu menghabiskan makanan yang terhidang tanpa meninggalkan sedikit lebihan pun. 

Serabut fikiran tu serabut juga, tapi perut mesti kena isi dahulu.  Kalau perut kenyang baru mudah nak cari jalan penyelesaian, itulah kata Azzalea kepada Dirah.  Memang selamba minah seorang ni, nak kata hati kering pun iya juga.  Bukan Azzalea tidak simpati dan terasa dengan apa yang menimpa sahabatnya itu, tapi dia tidak boleh membiarkan Dirah terus hanyut dalam kesedihan.  Semuanya pasti ada jalan keluar.  Dia cukup pasti cinta sahabatnya itu suci dan jodoh mereka memang telah ditulis di Luh Mahfuz.  Cuma kadang-kadang dalam perjalanan menuju bahagia, kita tak akan dapat lari dikejar dek bayang-bayang hitam yang sering menanti di setiap liku dan persimpangan.   Bayang-bayang hitam yang kadang-kala terlalu kejam sehingga mampu menghancurkan mahligai bahagia yang terbina.

Azzalea masih ingat pesan arwah nenek ketika dia di universiti dahulu, ketika menghadapi masalah dan ketika terasa sukar dalam menanganinya, mintalah petunjuk daripada Allah Yang Maha Pemurah.  Sentiasalah sujud dan bermohon kepadaNya.  Dia masih ingat doa yang sering dibaca oleh arwah nenek;

‘Wahai Tuhanku, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau jugalah menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki’

“Woi Lea, jom tolong aku kemas bilik,” sergah Dirah mematikan lamunan Azzalea.  Suiz televisyen telah lama dimatikan.

Heh eleh, sendiri buat kecah lepas tu suruh orang pula tolong kemas,” bebel Azzalea tidak berpuas hati.  

“Kata best friend forever, takkan tak boleh tolong aku kot,” pujuk Dirah kembali dengan wajah mohon simpati. 

“Banyaklah ko punya best friend forever.  Masa ko nak kecah-kecah tu ada ko ingat ke,” balas Azzalea sambil melemparkan kusyen ke arah Dirah.  Seketika, kusyen kembali beralih arah.  Sudahnya, jadi perang kusyen pula antara Dirah dan Azzalea.  Memang terserlah tahap kebudak-budakan anak dara dua orang ni.

“Hah, karang kat atas tak siap kemas nak kena kemas kat sini pula.  Cepatlah minah hoi, sementara aku ada mood nak tolong ni.”

“Macam tulah BFF, lap u forever lah laling,”  balas Dirah lalu cepat melangkah mendahului Azzalea yang sudah pun mengangkat punggung beredar menuju ke anak tangga.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, pepatah Melayu lama yang sangat bererti dalam persahabatan.  Jangan sesekali dilupakan.

Apa pun dugaan yang datang, hidup perlu diteruskan dengan tenang dalam mencari setiap penyelesaian.  Tiada erti hidup jika tidak disulami dengan dugaan dan rintangan.  Bukankah ada kata-kata, setiap dugaan itu mendewasakan kita.


*************************************************

Alhamdulillah.. proses menaip Sengketa Cinta dipermudahkan, terima kasih untuk doa drp semua.  Semoga n3 ni dpt menghiburkan hati dan mendapat sesuatu drpnya.. kita tengok apa jalan penyelesaiannya dlm n3 yg lain pula ye.. Sudi2 drop komen sbg pencetus semangat buat k.yus.. 

Lots of Luv
~ Kak Yus ~

6 comments:

  1. wahhhh makinn best kak yus....terujaaaa nk bacaa. .

    ReplyDelete
  2. bab 9 ni tak naik kat dashboard sy.. kenape ek? huhu..masuk fb baru nmpk..

    ReplyDelete
  3. AmyZainudin ~ kita tunggu bab seterusnya ye.. <3

    Izz Alejandra ~ ye ke?? alahai, dahlah FB sabotaj kak yus.. takkan blogger pun nak sabotaj jugak.. huwaaaaaaaaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  4. kak yus..lps komen baru naik :D kekeke...mmg slow kot hari ni..tgk entry blog ln pun lmbt juga..entah2 blog sy yg problem.. kekeke

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com