Sukar juga hendak memujuk gadis yang
nampak lembut raut wajahnya tu. Puas
Ayesha dan Emeer melaksanakan misi pujuk memujuk dan akhirnya lewat petang
barulah mereka bertolak pulang ke rumah kedua ibu bapa Ayesha di Pekan. Perjalanan daripada Balok ke Pekan mengambil
masa kira-kira empat puluh minit sahaja tambahan pula sudah ada lebuhraya baru
yang siap terentang. Laju ajelah Emeer
memandu ditemani celoteh Eizleen yang tak henti-henti. Ada-ada je yang nak ditanya. Kalau dilihat pada usia, baru menjengah empat
tahun tapi mulut, mak ai kalah budak
tahun satu. Omeh dan bijak sekali
berkata-kata. Lebih-lebih lagi kini,
semakin banyak mulut bertanya tentang bakal penemannya yang akan hadir dalam
masa beberapa bulan sahaja lagi.
Kehadiran Azzalea disambut mesra
oleh Mak Long dan Pak Long serta Mak Su yang telah diberitahu lebih awal oleh
Ayesha. Mak Long apatah lagi seronoknya,
memang sayang sangat dengan Azzalea.
Setiap kali melihat wajah teduh Azzalea, setiap kali itu jugalah Mak
Long akan teringatkan Ain, umi kepada Azzalea.
Wajah mereka dua beranak memang seiras.
Kata orang tua-tua kalau wajah anak sulung perempuan seiras dengan ibu,
rumahtangga memang panas. Mungkin sebab
itulah saudara-mara seakan-akan menyalahkan Azzalea di atas perpisahan umi dan
ayahnya. Huh, itu kata-kata je, bukan
boleh dipercayai pun. Syirik. Susah hendak menyedarkan masyarakat ni
daripada kepercayaan kuno yang masih bertapak di hati mereka. Kadang-kadang terasa macam masih berada di
zaman jahiliyah sahaja sedangkan ilmu-ilmu agama semakin senang diperolehi. Kalau kita berpegang pada ajaran Kitab dan
sunnah, tak adalah kepercayaan-kepercayaan karut sebegitu menjadi amalan.
Haruman semerbak di dapur memang tak
boleh nak halang daripada membuatkan perut Azzalea bergelora. Hish,
perut ni pandai buat lawak betul. Kalau
sebelum ni punyalah susah nak makan, selera lari entah ke mana. Tapi apabila pijak je kaki di rumah Mak Long
Yati ni, tiba-tiba sahaja semuanya bertukar.
Ada jampi-jampi apa kat rumah ni pun tak taulah. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Ayesha
ketika dia masih lagi bergelar kanak-kanak.
Ketika itu Ayesha sudah pun belajar di sekolah menengah. Rumah Mak Long Yati ni ada hantu makan, suka
merasuk orang supaya asyik nak makan je kerjanya. Sebab tu kat rumah tu semua orang gila nak
makan, siang malam tak henti-henti makan.
Kat dapur rumah Mak Long tu tak pernah kering sinkinya, asyik mencuci
pinggan mangkuk sahaja. Heh, boleh pula dia percaya bulat-bulat
kata Ayesha tu. Perghhh, lurus bin bendul juga dia dulu rupanya. Tanpa sedar, Azzalea tersenyum sendirian.
Usai menyegarkan diri dan mendirikan
solat maghrib di bilik tetamu yang telah rasmi menjadi biliknya untuk seketika
di situ, langkah Azzalea kemas diatur menuju ke dapur. Soseh-soseh suara Mak Su
dan Ayesha saling bertingkah. Entah apa
yang dibualkan oleh kedua anak-beranak itu pun entahlah. Sekejap dengar tawa Ayesha, sekejap tawa Mak
Su dan ada masa suara mendecit Eizleen pun enterprem.
“Hamboi seronok
sakan borak. Cerita apa?” soal Azzalea
mengejutkan mereka yang berada di dapur.
Sengihan panjang Eizleen menyambut kehadiran Azzalea.
“Huish, Ya ni
buat Mak Su terkejut badak sekejap,”
sambut Mak Su, “ni ha, Kak Sha kamu duk cerita pasal si Eizleen ni pergi mandi sungai semalam. Ingatkan dia yang lemas rupanya ayah dia yang
hampir-hampir nak lemas,” sambung Mak Su lagi.
“Eh, iya ke Kak
Sha? Biar betul Abang Meer nak lemas.”
“Betul, berlagak
macho la konon nak pergi ke
tengah. Dia ingat sungai tu macam swimming pool kat rumah mummy dia agaknya. Sekarang ni kan air naik, dah tu deras
pulak. Nasib baik Abang Sudin yang
tinggal kat hujung simpang tu ada semalam, kalau tak..”
“Kalau tak, ada
la orang tu meraung-raung kat tepi tebing tu kan. Sayang kat suami dia ni,” sampuk Emeer yang
entah bila tercegat di tepi pintu dapur.
Segera dia menghampiri Ayesha lalu satu ciuman melekap di pipi isteri
kesayangannya tu. Selamba sungguh.
“Wei,
agak-agaklah. 18SX tu, kat sini ramai
yang bawah umur,” celah Adib pula yang entah bila turut menyertai mereka. Pecah berderai tawa meriah menghiasi ruang
dapur. Nasib baik jarak antara rumah
mereka dan jiran agak jauh, kalau dekat-dekat mesti dah kena komplen, asyik
memekak je.
Makan malam pertama di rumah Mak
Long memang menyelerakan lebih-lebih lagi diselang dengan karenah anak-anak Mak
Long yang kepala tiga suku nak tercabut skru semuanya termasuklah menantu
kesayangan mereka, Emeer Zafran tu.
Azzalea memang dah tak tahan asyik nak ketawa sahaja namun tetap juga control ayu risau tersembur makanan yang
dimakan. Nahas. Dia masih ingat sewaktu kecil-kecil dahulu
Pak Long cukup tegas waktu makan. Jangan
ada orang yang berborak bagai, mesti dapat jelingan
Jepun Pak Long tu. Tapi, apabila
semakin besar dan semakin rapat, ketegasan itu hanya tinggal kenangan. Sekarang ni, Pak Long yang lebih-lebih
lawaknya sampaikan Mak Long pun dah penat nak mencelah.
Benarlah, mungkin di sinilah dia
akan menemui penawar dukanya. Mungkin
keputusan Kak Sha membawanya pulang ke sini satu keputusan yang tepat. Hati yang lara sedikit demi sedikit terhibur
dengan kemesraan dan gelagat keluarga ini.
Seketika, hati disapa rindu.
Rindu pada umi dan adik-adik.
*******************
Angin malam yang menghembus lembut
menyapa pipi lesu Azzalea, mengelus lembut anak rambut yang jatuh berjuraian di
dahinya. Sunyi, sepi dan aman
sekali. Kenapa perasaan itu tidak ditemuinya
ketika dia bersendirian di Pantai Batu Hitam tempoh hari sedangkan jika nak
dibandingkan di sana dan di kampung ini, jauh lebih sunyi di tepian pantai
itu. Di sini, masih terdengar riuh anak
kampung memetik gitar dan bernyanyi riang di hujung simpang. Namun semuanya masih mendamaikan.
“Termenung eh,”
sapa Ayesha mengejutkan Azzalea.
Duduknya dialihkan sedikit memberi ruang kepada mak buyung di buaian
itu.
“Indahkan
suasana malam kat kampung,” ujar Ayesha lagi.
“Aah, aman dan
damai je rasa Kak.” Hish, apa pasal
formal sangat ni.
“Hmm, nah! Kak Sha ada sesuatu untuk Ya.” Tangan Azzalea dicapai dan sebuah buku
berwarna merah diserahkan.
“Eh, apa ni Kak
Sha?”
“Ambillah. Ini Kak Sha bagi kat Ya. Kitab Mengenali Diri, ilmu dan ajaran Tok Kenali
Kelantan. Kitab ni pernah diberikan
kepada Kak Sha oleh seseorang suatu masa dahulu. Kak Sha pun pernah berada di tempat Ya,
mungkin tak sama tapi rasa dan perasaan kecewa tu tetap ada. Kita tak pernah sempurna, tak dapat lari
daripada kekecewaan dan terluka, tapi untuk apa kita terus meratapi diri dan
nasib kita. Kitab ni mengajar Kak Sha
mengenali diri. Ingatkan selama ni kita
cukup kenal siapa kita, tapi kita silap.
Sebenarnya banyak yang harus kita pelajari dan kenali diri kita
sendiri. InsyaAllah, Kak Sha percaya
jika Ya berpegang dan berpandukan ajaran Tok Kenali ni, Ya akan jumpa kedamaian
dan kekuatan di situ,” nasihat Ayesha seperti menasihati adiknya sendiri.
“Terima kasih
Kak Sha, Ya akan jaga kitab ni baik-baik.
Terima kasih sudi berkongsi kesedihan Ya, berkongsi perit Ya.”
“Dalam keluarga
dik, istilah terima kasih, maaf semuanya tak penting. Dalam berkeluarga, kita satu, seorang terluka
semuanya terpalit sama.”
Terharu. Itulah sahaja yang dapat dirasakan oleh
Azzalea saat itu. Untungnya diri, walau
pun dilahirkan sebagai anak sulung, tetapi dia masih punya saudara yang sanggup
menjadi kakak kepada dirinya. Haruskah
lagi dia merungut kepada Ilahi akan apa yang terjadi? Tidak terlalu besarkah hikmah yang Dia
berikan untuk dirinya?
Sabda Rasulullah;
“Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut
besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum
diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia
akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci
menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaaan daripada Allah.”
~ Hadis riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah.
***************************************************
Selamat membaca, semoga terhibur dengan entry kali ini. Maaf ye, agak sedikit pendek... maaf juga atas ketidaksempurnaan.
Salam penuh kasih sayang...
Kak Yus.
Maksud OMEH? Maaf, sy mak bdk masih belajar..
ReplyDeleteKKK ~ omeh ni selalunya org pantai timur yang guna, bermaksud 'banyak mulut', 'over peramah' dan seangkatan dengannya... *__<
ReplyDeleteBalok dengan Pekan 40 minit jer yer kak..? Hehehehhe. Kalau saya drive, confirm sejam setengah...hihihihi.
ReplyDeleteBaru malam tadi akhirnya balut buku BCB (setelah lunyai). And pagi tadi, malam tadi, semalam, masih ulang baca kisah Emeer dan Ayesha. Haiiii....cinta berbunga2. Thank you soo much Kak Yus.
NAK LG.
ReplyDeleteSuka sangat cerita ni sebab kak Yus mengembalikan kami kepada Ayesha dan Emeer. Walaupun bukan watak utama tapi dapatlah hilang rindu tu. hehehe.
ReplyDeletedi sebalik kisah Fayyad dan Azzalea, ada juga watak sampingan yang penting di sisi mereka. tahniah kak Yus dan terima kasih :)