Sepatutnya Acam rasa seronok dapat
berkumpul semula bersama keluarganya.
Makan minum berhidang bersama-sama.
Mendengar seloroh dan gurau adik-adik.
Tapi, hati Acam masih kosong. Dia
sendiri tidak mengerti mengapa perasaan itu harus hadir dalam hatinya. Puas dibelek, diredah, ditilik, namun tidak
juga terjumpa jawapannya.
Suasana
tempat praktikal juga biasa-biasa sahaja.
Sementalah Acam itu budak praktikal, tak banyak sangat yang hendak
dibuatkan. Namun, Acam tetap disukai
oleh rakan-rakan staf di situ. Walau pun
karektor agak ganas, berani mencuba namun dia disenangi. Lebih-lebih lagi oleh si Qaid Firdaus, yang
telah bekerja di situ lebih tiga tahun.
Semenjak
hari pertama Acam melapor diri di syarikat itu, Qaid sudah mula menyukai
Acam. Wajah ganas, tingkah laku yang
kasar namun ada garis lembut di sebalik keganasan rupa gadis itu. Puas juga dia merisik-risik mengenai Acam. Sering juga dia mengajak Acam keluar makan
bersamanya, namun Acam tetap Acam. Bukan
mudah hendak mendekati gadis itu.
Peluang
yang datang tengah hari itu diambil sepenuhnya oleh Qaid. Apabila terdengar Acam bersetuju dengan
ajakan Kak Haniza untuk makan tengah hari di KFC di bangunan pasaraya di
hadapan pejabat mereka, Qaid pun dengan muka tak malu menyelit sahaja. Kak Haniza yang perasan dengan tingkah laku
dan layanan Qaid terhadap Acam selama ini hanya menggelengkan kepala. Memang tak tahu malulah mamat seorang
ni. Tak ada orang ajak pun, sibuk pula
dia nak mengikut. Kalau Acam tahu, mesti
bising mulut makcik tu mengomel. Hish,
betullah, hidung tak mancung, pipi
tersorong-sorong. Tapi zaman teknologi
serba canggih ni, hidung yang tak mancung pun boleh jadi mancung. Makeup
je pun dah cukup.. hehe.. getus Kak Haniza sendiri.
Acam
yang pada mulanya terkejut melihat kehadiran Qaid, seekor kumbang di antara
bunga-bungaan itu, hanya mampu tersengih.
Nak kata tak boleh, dah pun duduk bersama. Siap dah ada makanan dok terhidang lagi. Lagi best, dia pula yang sibuk nak
belanja. Orang dah nak bagi, Acam
belasah sahajalah. Boleh juga jimat duit
belanja.
Sepanjang
menikmati makanan, mulut mereka tak henti-henti berceloteh. Acamlah yang kerap diajukan soalan. Rajin sungguh rakan-rakannya itu bertanya
mengenai hidupnya di kampus. Yelah,
sambil bertanya dan mendengar, boleh juga mereka melayan kenangan lalu zaman
belajar.
“Apsal
nama ko Acam arr?” tanya Qaid tiba-tiba.
Wajahnya berseri-seri dapat mengeluarkan soalan yang sungguh bernas itu.
Acam
yang mendengar soalan cepumas daripada mulut penuh si Qaid yang sibuk mengunyah
Zinger Burger itu hanya tersengih. Itu
bukanlah pertama kali dia diserang dengan soalan sebegitu.
“Kenapa,
tak best ke nama Acam tu?” soalnya kembali.
“Taklah,
tapi nama ko ni pelik. Nama original ko
sikit punya best, siap puteri-puteri bagai.
Kalau dengar nama original ko tu, mak aku mesti cepat je hantar
rombongan meminang nak buat menantu,” balas Qaid bersahaja.
“Oh,
jadi bila tengok aku ko tak jadilah nak masuk meminang?” tebak Acam, juga
bersahaja. Matanya bulat memandang ke
arah Qaid yang masih tersengih-sengih.
Kak
Haniza dan Juliana yang duduk bersama-sama mereka turut tersengih mendengar
soalan cepuberlian daripada Acam itu.
Padan muka Qaid, kata hati mereka.
“Err..
tak adalah macam tu. Bukan maksud aku
nak mengata ko. Sekarang ni pun kalau
Acam kata ok, aku ready je nak masuk meminang,” balas Qaid. Matanya sudah terpaku di wajah Acam yang
merah menyala akibat tersedak-sedak mendengar kata-katanya.
Juliana
yang berada di sebelah Acam mengurut-urut lembut belakang Acam. Kasihan melihat sahabatnya itu, sampai
tersedak-sedak mendengar jawapan spontan daripada mulut Qaid.
“Hish..
ko nih Qaid. Kesian dak Acam ni, sampai
tersedak dia. Nasib baik tak pengsan
anak dara orang ni,” tegur Kak Haniza.
“Laa,
aku jawab soalan je,” belas Qaid.
Kasihan
juga dia melihat keadaan Acam, tapi lebih tertarik melihat wajah
kemerah-merahan gadis di hadapannya itu.
Sangat cantik! Pipi yang memerah
menampakkan lagi keserian wajah kegadisan gadis itu. Selama ini, wajahnya masam dan serius, tapi
hari ini wajah itu bertukar riak.
Persoalan
Qaid hanya sampai di situ sahaja. Malah,
usikan-usikan itu juga tidak pernah diulanginya lagi. Acam seperti biasa, memang tidak akan pernah
memberi peluang untuk sesiapa pun hadir mengetuk pintu hatinya. Hatinya hanya milik seorang, dan seseorang
itu pun belum pasti kehadirannya.
************
Hari
minggu, hari cuti bagi Acam. Selama
menjalani praktikal ini, dia jarang sangat dapat berhubungan semula dengan
rakan-rakan sekuliahnya. Bukan sombong
atau sudah melupakan mereka, tapi jarak antara mereka yang jauh menjadi
batasnya.
Bosan
duduk termenung di tepi birai tingkap, dia berbaring di atas katil sambil
melayan enovel di blog-blog penulis di alam maya. Satu persatu blog diredahnya. Kadang-kadang tersenyum dan tertawa membaca
nukilan para penulis. Kadang-kadang rasa
hendak terguling-guling pun ada. Lawak
sungguh mereka ni. Setiap karektor yang digarap, memang menjadi. Kadang-kadang mengalir juga air matanya.
Iskhh, Acam menangis. Apa, ingat Acam ni
tak ada perasaan ke? Tak boleh nak
menangis? Luar je nampak ganas, dalam
hati ada taman tau!
Tiga
jam duduk melayan enovel, akhirnya Acam keluar ke ruang tamu. Seketika dia terdengar perbualan ibunya. Rasanya dah lama ibu berbual di telefon. Tadi semasa hendak ke bilik air dah ternampak
ibunya bergayut di telefon. Hamboi,
takkanlah ibu bercinta kot? Orang
bercinta je yang suka dok bergayut lama-lama ni, bisik hati Acam. Nak kata berbual dengan ayah, tak pula. Lain benar cara berbual tu. Mesra semacam pun ada. Acam berdehem-dehem
beberapa kali ketika melintasi ibunya.
“Hah,
tu pun dia. Ingatkan tidur tadi. Sekejap
ye, makcik panggilkan dia,” tertangkap suara ibunya ketika Acam membuka pintu
peti ais.
“Acam,
ni ada telefon,” laung ibu Acam menyusul.
“Err..
sapa yang telefon orang petang-petang ni.
Orang tak de kawanlah ibu,” jawab Acam, masih melaung daripada dapur.
“Hish,
anak dara ni. Terjerit-jerit, macam anak
jantan. Tu ha, panggilan misteri,” jawab
ibu Acam yang sudah pun berada di belakangnya.
Bahunya ditepuk kuat.
Adess,
dah la buat orang suspen, ditepuk pulak kuat-kuat. Ini ini bantal ke apa bahu aku ni, bebel Acam
dalam diam. Cepat-cepat pintu peti ais
ditutup lalu dia berjalan menghampiri meja telefon. Siapa pula yang misteri sangat ni.
“Hello..
assalamualaikum,” tutur Acam sopan.
“Woit,
buat apa tu? Buat taik mata ke? Dah mandi ke belum?” Bagai nak tercabut gegendang telinga Acam
mendengar soalan yang bertubi-tubi di
hujung talian. Eh.. suara tu macam
kenallah, getus Acam.
“Hello
saudara, kut ye pun rindu sangat kat saya ni, jawablah salam dulu,” bebel Acam
tak beri peluang. Padan muka!
“Err..
waalaikumussalam cik Acam. Saudari di sana baru bangun tidur
ke? Saudari sudah mandi?”
Ceh,
tak boleh blah langsung perangai mamat sengal ni. Hendak ketawa pun tidak, hendak marah pun
tidak. Acam jadi serba tak kena dengan
perangai tak habis-habis mamat di hujung talian tu. Ada
sahaja cornernya.
“Apsal
awak telefon saya ni? Takkan telefon saya nak tanya saya dah mandi ke
belum. Kalau belum awak nak tolong
mandikan ke?” tanya Acam. Opsss.. Acam
menekup mulutnya sendiri. Alahai, apa
pasal mulut ni lancang sangat, boleh tersalah kerop pula keluar soalan yang
boleh menjerut leher sendiri, getus Acam.
“Hah,
kalau sudi katakanlah, orang kat sini sudi sahaja nak tolong mandikan,”
Bukan
main riang lagi bunyi suara mamat tu.
Menyumpah-nyumpah Acam di dalam hatinya.
Bagaimana boleh terlepas mulut ni!
“Err..
awak dapat kat mana nombor telefon rumah saya ni. Suka-suki je nak ganggu orang,”
“Alah,
hendak seribu daya. Kat buku tahunan PUO
kan ada, cari
je la,” balas Dzil.
“Acam,
awak tak ada kat sini sunyilah. Tak ada
siapa pun nak kawan dengan saya,” sambung Dzil lagi. Nak mengayat la tu. Terkesima juga Acam mendengarnya walau pun
dia tahu Dzil hanya berseloroh.
“Huh,
boleh percaya sangatlah dengan buaya darat macam awak ni. Yang berderet-deret tu siapa? Yang minah baju biru tu dah tak layan awak
ke?” sengaja Acam mengungkit kisah silam.
“Alah,
awak ni. Kan saya dah cakap, saya tak ada apa-apalah
dengan budak tu. Tolong jaga je,” sayu
suara Dzil kedengaran.
“Jagalah
sangat,” sela Acam tanpa simpati.
“Sampai
bila awak nak layan saya macam ni?” ada nada resah dalam suara Dzil. Sebenarnya, dia memang menanggung rasa rindu
yang menggunung pada pemilik suara di hujung talian itu. Dapat mendengar suara pun jadilah.
“Sampai
bila-bila. Sampai hati saya terbuka
untuk layan awak baik-baik,” balas Acam acuh tak acuh. Memanglah, keras hati perempuan seorang ni,
desis Dzil.
“Jom
kita jumpa nak, rindulah kat awak,” ajak Dzil berani.
Acam
terpanar mendengar perkataan rindu yang diluahkan Dzil. Berani sungguh mamat ni bermain kata-kata
sekarang ni. Dalam diam, dia juga
mempunyai perasaan yang sama tapi dia seboleh-bolehnya ingin mengusir perasaan
itu jauh-jauh. Takut untuk bermain
dengan perasaan kerana bimbang dia tidak mampu menghadapi kelukaan andai
perasaan itu tidak dapat bertahan.
“Err..
tak bolehlah. Saya sibuk. Oklah awak, saya nak mandi. Nanti bau pula busuk sampai kat sana ,” sindir Acam
sebelum mematikan talian.
Hati
Acam dibelit rasa yang bercampur-campur dan di hujung sana , Dzil pula berbunga-bunga hatinya. Seronok dapat mendengar suara Acam. Garang pun garanglah. Yang penting, hati gadis itu akan ditambat
sedikit demi sedikit.
Malam
itu seperti biasa, selepas makan malam, Acam sekeluarga akan duduk berkumpul di
ruang tamu sambil menonton televisyen.
Ibu yang rajin akan melayan mereka dengan menyediakan minuman panas dan
kadang-kadang ada sahaja kek atau kuih muih yang dihidang. Ibu memang pandai memasak. Semenjak ada internet di rumah, lagilah
bertambah rajin ibu. Serba makneka
resepi yang disalin dan dicubanya. Yang
menjadi mangsa, tentulah ayah Acam.
Kadang-kadang berkerut-kerut ayah Acam merasa masakan isterinya, namun
tetap dipujinya. Bukan apa, bimbang
nanti merajuk pula ibu Acam tu. Dahlah
penat dia mencuba, kalau tak dihargai terasa hati pula. Acam pun dah faham sangat perangai kedua-dua
ibu bapanya.
“Siapa
yang telefon Acam tadi?” soal ayah memecah kesunyian. Semua mata yang tadinya leka menonton
televisyen kini mula terarah ke wajah Acam.
Yelah, bukan senang si Acam ni hendak melayan orang lelaki yang
menelefonnya. Itu pun tak pernah ada.
“Siapa?”
balas Acam semula buat-buat tidak ingat.
“Oh,
budak Dzil tu ke. Baik sungguh budaknya,
suka saya berborak dengan dia tadi, abang,” sampuk ibu yang menatang dulang
berisi minuman.
Acam
hanya menjeling ke arah ibu. Eii.. tak
boleh simpan rahsia langsung. Ni
sah-sahlah jadi gossip hangat dalam rumah ni nanti.
“Budak
mana si Dzil tu Acam?” tanya ayahnya.
Seronok juga dapat menyakat anak daranya tu. Bukan apa, susah nak keluar daripada mulut
budak Acam ni pasal budak lelaki. Dia
pun dah lebih kurang budak lelaki lakunya.
“Err…errr…”
“Budak
Johor juga katanya. Satu kampus dengan
Acam ni tapi kursus lain-lain,” sampuk ibu Acam yang terlebih seronok.
“Hish
awak ni. Yang telefon tu kawan Acam je
kawan awak? Awak pula lebih kenal
daripada si Acam tu?” tegur ayah Acam.
Tersengih Acam mendengarnya.
Perbualan
ibu dan ayahnya dibiarkan begitu sahaja.
Cepat-cepat Acam melarikan diri.
Kalau lelama di situ, pasti mukanya akan jadi merah bagaikan
dipanggang. Ayah dan ibunya, kalau dapat
peluang, bukan sahaja soalan cepumas, cepuberlian, cepudelima semua akan
keluar. Baik cari jalan selamatkan diri.
Tidak
tahu apa yang hendak dilakukan, Acam melangok di tepi jendela sambil melayan lagu-lagu
lama yang keudara di corong radio.
Tiba-tiba hatinya terpaku dengan lagu yang didengarnya.
Kalau cinta katakanlah
Tidak aku terus gelisah
Kalau diam mana kutahu
Aku takut ku kan berlalu pergi darimu
Kalau benci lepaskanlah
Tidak aku tidak marah
Kalau diam siapa yang tahu
Kalau begitu tak mungkin aku terus
menunggu
Tiada
guna diam saja
Berterus
teranglah segala
Kini
masa dah tiba
Cinta
tak perlu pura-pura
Kalau
cinta katakanlah
Ku
tak mau terus gelisah
Kalau
diam tak ku tahu
Mungkin
aku pergi berlalu
Lepaskanlah
kalau kau benci
Tidak
sekali ku marah pada mu
Ku
tak marah
Lepaskanlah
ku tak marah
Lepaskanlah
ku tak kisah
Cinta
tak perlu berpura-pura
Kau
pun tahu
Tak
perlu pura-pura
Aku
tak mahu berpura-pura
Engkau
pun tahu aku tak marah…
Tersenyum
Acam mendengar bait-bait lagu nyanyian Arrow itu. Wah, suara yang merdu, lirik yang sungguh
menyentuh kalbu. Hatinya tertanya-tanya,
adalah Dzil sanggup menunggunya.
Cukupkah sabar Dzil dalam menanti kata pastinya? Acam serahkan urusan jodoh pada takdir yang
tertulis. Andai jejaka itu pemilik rusuk
kiri yang telah ditentukan, Acam akan akur dengan aturanNya.
Moga sayang2 kak Yus terhibur dengan n3 ni..sorry lama menunggu ye, cuti-cuti sekolah ni, busy la Kak Yus melayan anak-anak.. sudi2 drop komen ye.. TQ ..muah2..
Lots of luve from Emeer & Ayesha too
~ Kak Yus ~
17/3/12 -- 6.12 pm
suka--suka... i like it! Dzil jangan putus asa... go,go,fighting!
ReplyDeleteHaih, Qaid ni nak masuk line pula... hahaha..
terima kasih kak Yus untuk entry kali ni... ^^
my sis Afifah dear ~ tq sudi lepak dgn Acam kat sini.. hehehe.. sibuk je Qaid tu ye..kena drastik lagi la jawabnya si Dzil..lalala
ReplyDeleteWah Dzil dah tackle mak acam dulu, baik punya strategi...berkenan kat anak tackle mak dulu.... mesti bakal jadi calon menantu pilihan.....
ReplyDeleteEijan dear ~ itulah strategi terbaek.. bila mak pak dah kenan, susah nak reject ooooo..
ReplyDeleteterbaeeekkkkkk~ ^-^
ReplyDeleteaarrrrr ! dh makin in love dgn Dzil.. yg part ckp telpon tu x leh tahan.. trlepas gak gelak ayu ni kak.. ngeheheheee~ nk lagi.. cpt smbung tau!! hihihi...
ReplyDelete~ikhlas dari 'makwe in the making' Dzil~
Kami sokong dzil jer
ReplyDeleteNurul Syafiqah ~ tq..tq.. muah2
ReplyDeleteAyumi laling ~ hahaa.. jgn deeply in luv udah la dear...sian Acam.. mlm ni jugak akak taip..hehe..muah2
Anonymous ~wah.. penatik Dzil ni ye.. tq..tq.. sokong k.yus jugak ye.. ;)