Saturday 17 March 2012

Mengintai Bahagia ~ 7






     Sepatutnya Acam rasa seronok dapat berkumpul semula bersama keluarganya.  Makan minum berhidang bersama-sama.  Mendengar seloroh dan gurau adik-adik.  Tapi, hati Acam masih kosong.  Dia sendiri tidak mengerti mengapa perasaan itu harus hadir dalam hatinya.  Puas dibelek, diredah, ditilik, namun tidak juga terjumpa jawapannya.

          Suasana tempat praktikal juga biasa-biasa sahaja.  Sementalah Acam itu budak praktikal, tak banyak sangat yang hendak dibuatkan.  Namun, Acam tetap disukai oleh rakan-rakan staf di situ.  Walau pun karektor agak ganas, berani mencuba namun dia disenangi.  Lebih-lebih lagi oleh si Qaid Firdaus, yang telah bekerja di situ lebih tiga tahun. 

          Semenjak hari pertama Acam melapor diri di syarikat itu, Qaid sudah mula menyukai Acam.  Wajah ganas, tingkah laku yang kasar namun ada garis lembut di sebalik keganasan rupa gadis itu.  Puas juga dia merisik-risik mengenai Acam.  Sering juga dia mengajak Acam keluar makan bersamanya, namun Acam tetap Acam.  Bukan mudah hendak mendekati gadis itu. 

          Peluang yang datang tengah hari itu diambil sepenuhnya oleh Qaid.  Apabila terdengar Acam bersetuju dengan ajakan Kak Haniza untuk makan tengah hari di KFC di bangunan pasaraya di hadapan pejabat mereka, Qaid pun dengan muka tak malu menyelit sahaja.  Kak Haniza yang perasan dengan tingkah laku dan layanan Qaid terhadap Acam selama ini hanya menggelengkan kepala.  Memang tak tahu malulah mamat seorang ni.  Tak ada orang ajak pun, sibuk pula dia nak mengikut.  Kalau Acam tahu, mesti bising mulut makcik tu mengomel.  Hish, betullah, hidung tak mancung,  pipi tersorong-sorong.  Tapi zaman teknologi serba canggih ni, hidung yang tak mancung pun boleh jadi mancung.  Makeup je pun dah cukup.. hehe.. getus Kak Haniza sendiri. 

          Acam yang pada mulanya terkejut melihat kehadiran Qaid, seekor kumbang di antara bunga-bungaan itu, hanya mampu tersengih.  Nak kata tak boleh, dah pun duduk bersama.  Siap dah ada makanan dok terhidang lagi.  Lagi best, dia pula yang sibuk nak belanja.  Orang dah nak bagi, Acam belasah sahajalah.  Boleh juga jimat duit belanja.

          Sepanjang menikmati makanan, mulut mereka tak henti-henti berceloteh.  Acamlah yang kerap diajukan soalan.  Rajin sungguh rakan-rakannya itu bertanya mengenai hidupnya di kampus.  Yelah, sambil bertanya dan mendengar, boleh juga mereka melayan kenangan lalu zaman belajar.

          “Apsal nama ko Acam arr?” tanya Qaid tiba-tiba.  Wajahnya berseri-seri dapat mengeluarkan soalan yang sungguh bernas itu.

          Acam yang mendengar soalan cepumas daripada mulut penuh si Qaid yang sibuk mengunyah Zinger Burger itu hanya tersengih.  Itu bukanlah pertama kali dia diserang dengan soalan sebegitu.

          “Kenapa, tak best ke nama Acam tu?” soalnya kembali.

          “Taklah, tapi nama ko ni pelik.  Nama original ko sikit punya best, siap puteri-puteri bagai.  Kalau dengar nama original ko tu, mak aku mesti cepat je hantar rombongan meminang nak buat menantu,” balas Qaid bersahaja.

          “Oh, jadi bila tengok aku ko tak jadilah nak masuk meminang?” tebak Acam, juga bersahaja.  Matanya bulat memandang ke arah Qaid yang masih tersengih-sengih. 

          Kak Haniza dan Juliana yang duduk bersama-sama mereka turut tersengih mendengar soalan cepuberlian daripada Acam itu.  Padan muka Qaid, kata hati mereka.

          “Err.. tak adalah macam tu.  Bukan maksud aku nak mengata ko.  Sekarang ni pun kalau Acam kata ok, aku ready je nak masuk meminang,” balas Qaid.  Matanya sudah terpaku di wajah Acam yang merah menyala akibat tersedak-sedak mendengar kata-katanya.

          Juliana yang berada di sebelah Acam mengurut-urut lembut belakang Acam.  Kasihan melihat sahabatnya itu, sampai tersedak-sedak mendengar jawapan spontan daripada mulut Qaid.

          “Hish.. ko nih Qaid.  Kesian dak Acam ni, sampai tersedak dia.  Nasib baik tak pengsan anak dara orang ni,” tegur Kak Haniza.

          “Laa, aku jawab soalan je,” belas Qaid.

          Kasihan juga dia melihat keadaan Acam, tapi lebih tertarik melihat wajah kemerah-merahan gadis di hadapannya itu.  Sangat cantik!  Pipi yang memerah menampakkan lagi keserian wajah kegadisan gadis itu.  Selama ini, wajahnya masam dan serius, tapi hari ini wajah itu bertukar riak. 

          Persoalan Qaid hanya sampai di situ sahaja.  Malah, usikan-usikan itu juga tidak pernah diulanginya lagi.  Acam seperti biasa, memang tidak akan pernah memberi peluang untuk sesiapa pun hadir mengetuk pintu hatinya.  Hatinya hanya milik seorang, dan seseorang itu pun belum pasti kehadirannya.

************

          Hari minggu, hari cuti bagi Acam.  Selama menjalani praktikal ini, dia jarang sangat dapat berhubungan semula dengan rakan-rakan sekuliahnya.  Bukan sombong atau sudah melupakan mereka, tapi jarak antara mereka yang jauh menjadi batasnya. 

          Bosan duduk termenung di tepi birai tingkap, dia berbaring di atas katil sambil melayan enovel di blog-blog penulis di alam maya.  Satu persatu blog diredahnya.  Kadang-kadang tersenyum dan tertawa membaca nukilan para penulis.  Kadang-kadang rasa hendak terguling-guling pun ada.  Lawak sungguh mereka ni. Setiap karektor yang digarap, memang menjadi.  Kadang-kadang mengalir juga air matanya. Iskhh, Acam menangis.  Apa, ingat Acam ni tak ada perasaan ke?  Tak boleh nak menangis?  Luar je nampak ganas, dalam hati ada taman tau! 

          Tiga jam duduk melayan enovel, akhirnya Acam keluar ke ruang tamu.  Seketika dia terdengar perbualan ibunya.  Rasanya dah lama ibu berbual di telefon.  Tadi semasa hendak ke bilik air dah ternampak ibunya bergayut di telefon.  Hamboi, takkanlah ibu bercinta kot?  Orang bercinta je yang suka dok bergayut lama-lama ni, bisik hati Acam.  Nak kata berbual dengan ayah, tak pula.  Lain benar cara berbual tu.  Mesra semacam pun ada. Acam berdehem-dehem beberapa kali ketika melintasi ibunya. 

          “Hah, tu pun dia.  Ingatkan tidur tadi. Sekejap ye, makcik panggilkan dia,” tertangkap suara ibunya ketika Acam membuka pintu peti ais.
          “Acam, ni ada telefon,” laung ibu Acam menyusul.

          “Err.. sapa yang telefon orang petang-petang ni.  Orang tak de kawanlah ibu,” jawab Acam, masih melaung daripada dapur.

          “Hish, anak dara ni.  Terjerit-jerit, macam anak jantan.  Tu ha, panggilan misteri,” jawab ibu Acam yang sudah pun berada di belakangnya.  Bahunya ditepuk kuat.

          Adess, dah la buat orang suspen, ditepuk pulak kuat-kuat.  Ini ini bantal ke apa bahu aku ni, bebel Acam dalam diam.  Cepat-cepat pintu peti ais ditutup lalu dia berjalan menghampiri meja telefon.  Siapa pula yang misteri sangat ni.

          “Hello.. assalamualaikum,” tutur Acam sopan.

          “Woit, buat apa tu?  Buat taik mata ke?  Dah mandi ke belum?”  Bagai nak tercabut gegendang telinga Acam mendengar soalan yang bertubi-tubi  di hujung talian.  Eh.. suara tu macam kenallah, getus Acam.

          “Hello saudara, kut ye pun rindu sangat kat saya ni, jawablah salam dulu,” bebel Acam tak beri peluang.  Padan muka!

          “Err.. waalaikumussalam cik Acam.  Saudari di sana baru bangun tidur ke?  Saudari sudah mandi?”

          Ceh, tak boleh blah langsung perangai mamat sengal ni.  Hendak ketawa pun tidak, hendak marah pun tidak.  Acam jadi serba tak kena dengan perangai tak habis-habis mamat di hujung talian tu.  Ada sahaja cornernya.  
          “Apsal awak telefon saya ni? Takkan telefon saya nak tanya saya dah mandi ke belum.  Kalau belum awak nak tolong mandikan ke?” tanya Acam.  Opsss.. Acam menekup mulutnya sendiri.  Alahai, apa pasal mulut ni lancang sangat, boleh tersalah kerop pula keluar soalan yang boleh menjerut leher sendiri, getus Acam.

          “Hah, kalau sudi katakanlah, orang kat sini sudi sahaja nak tolong mandikan,”

          Bukan main riang lagi bunyi suara mamat tu.  Menyumpah-nyumpah Acam di dalam hatinya.  Bagaimana boleh terlepas mulut ni!

          “Err.. awak dapat kat mana nombor telefon rumah saya ni.  Suka-suki je nak ganggu orang,”

          “Alah, hendak seribu daya.  Kat buku tahunan PUO kan ada, cari je la,”  balas Dzil.

          “Acam, awak tak ada kat sini sunyilah.  Tak ada siapa pun nak kawan dengan saya,” sambung Dzil lagi.  Nak mengayat la tu.  Terkesima juga Acam mendengarnya walau pun dia tahu Dzil hanya berseloroh.

          “Huh, boleh percaya sangatlah dengan buaya darat macam awak ni.  Yang berderet-deret tu siapa?  Yang minah baju biru tu dah tak layan awak ke?” sengaja Acam mengungkit kisah silam.

          “Alah, awak ni.  Kan saya dah cakap, saya tak ada apa-apalah dengan budak tu.  Tolong jaga je,” sayu suara Dzil kedengaran.

          “Jagalah sangat,” sela Acam tanpa simpati. 

          “Sampai bila awak nak layan saya macam ni?” ada nada resah dalam suara Dzil.  Sebenarnya, dia memang menanggung rasa rindu yang menggunung pada pemilik suara di hujung talian itu.  Dapat mendengar suara pun jadilah.

          “Sampai bila-bila.  Sampai hati saya terbuka untuk layan awak baik-baik,” balas Acam acuh tak acuh.  Memanglah, keras hati perempuan seorang ni, desis Dzil.

          “Jom kita jumpa nak, rindulah kat awak,” ajak Dzil berani.

          Acam terpanar mendengar perkataan rindu yang diluahkan Dzil.  Berani sungguh mamat ni bermain kata-kata sekarang ni.  Dalam diam, dia juga mempunyai perasaan yang sama tapi dia seboleh-bolehnya ingin mengusir perasaan itu jauh-jauh.  Takut untuk bermain dengan perasaan kerana bimbang dia tidak mampu menghadapi kelukaan andai perasaan itu tidak dapat bertahan.

          “Err.. tak bolehlah.  Saya sibuk.  Oklah awak, saya nak mandi.  Nanti bau pula busuk sampai kat sana,” sindir Acam sebelum mematikan talian. 

          Hati Acam dibelit rasa yang bercampur-campur dan di hujung sana, Dzil pula berbunga-bunga hatinya.  Seronok dapat mendengar suara Acam.  Garang pun garanglah.  Yang penting, hati gadis itu akan ditambat sedikit demi sedikit. 

          Malam itu seperti biasa, selepas makan malam, Acam sekeluarga akan duduk berkumpul di ruang tamu sambil menonton televisyen.  Ibu yang rajin akan melayan mereka dengan menyediakan minuman panas dan kadang-kadang ada sahaja kek atau kuih muih yang dihidang.  Ibu memang pandai memasak.  Semenjak ada internet di rumah, lagilah bertambah rajin ibu.  Serba makneka resepi yang disalin dan dicubanya.  Yang menjadi mangsa, tentulah ayah Acam.  Kadang-kadang berkerut-kerut ayah Acam merasa masakan isterinya, namun tetap dipujinya.  Bukan apa, bimbang nanti merajuk pula ibu Acam tu.  Dahlah penat dia mencuba, kalau tak dihargai terasa hati pula.  Acam pun dah faham sangat perangai kedua-dua ibu bapanya.

          “Siapa yang telefon Acam tadi?” soal ayah memecah kesunyian.  Semua mata yang tadinya leka menonton televisyen kini mula terarah ke wajah Acam.  Yelah, bukan senang si Acam ni hendak melayan orang lelaki yang menelefonnya.  Itu pun tak pernah ada.

          “Siapa?” balas Acam semula buat-buat tidak ingat.

          “Oh, budak Dzil tu ke.  Baik sungguh budaknya, suka saya berborak dengan dia tadi, abang,” sampuk ibu yang menatang dulang berisi minuman.

          Acam hanya menjeling ke arah ibu.  Eii.. tak boleh simpan rahsia langsung.  Ni sah-sahlah jadi gossip hangat dalam rumah ni nanti.

          “Budak mana si Dzil tu Acam?” tanya ayahnya.  Seronok juga dapat menyakat anak daranya tu.  Bukan apa, susah nak keluar daripada mulut budak Acam ni pasal budak lelaki.  Dia pun dah lebih kurang budak lelaki lakunya.

          “Err…errr…”

          “Budak Johor juga katanya.  Satu kampus dengan Acam ni tapi kursus lain-lain,” sampuk ibu Acam yang terlebih seronok.

          “Hish awak ni.  Yang telefon tu kawan Acam je kawan awak?  Awak pula lebih kenal daripada si Acam tu?” tegur ayah Acam.  Tersengih Acam mendengarnya. 

          Perbualan ibu dan ayahnya dibiarkan begitu sahaja.  Cepat-cepat Acam melarikan diri.  Kalau lelama di situ, pasti mukanya akan jadi merah bagaikan dipanggang.  Ayah dan ibunya, kalau dapat peluang, bukan sahaja soalan cepumas, cepuberlian, cepudelima semua akan keluar.  Baik cari jalan selamatkan diri.

          Tidak tahu apa yang hendak dilakukan, Acam melangok di tepi jendela sambil melayan lagu-lagu lama yang keudara di corong radio.  Tiba-tiba hatinya terpaku dengan lagu yang didengarnya.

Kalau cinta katakanlah
Tidak aku terus gelisah
Kalau diam mana kutahu
Aku takut ku kan berlalu pergi darimu

Kalau benci lepaskanlah
Tidak aku tidak marah
Kalau diam siapa yang tahu
Kalau begitu tak mungkin aku terus menunggu

Tiada guna diam saja
Berterus teranglah segala
Kini masa dah tiba
Cinta tak perlu pura-pura

Kalau cinta katakanlah
Ku tak mau terus gelisah
Kalau diam tak ku tahu
Mungkin aku pergi berlalu
Lepaskanlah kalau kau benci
Tidak sekali ku marah pada mu
Ku tak marah

Lepaskanlah ku tak marah
Lepaskanlah ku tak kisah

Cinta tak perlu berpura-pura
Kau pun tahu
Tak perlu pura-pura

Aku tak mahu berpura-pura
Engkau pun tahu aku tak marah…


          Tersenyum Acam mendengar bait-bait lagu nyanyian Arrow itu.  Wah, suara yang merdu, lirik yang sungguh menyentuh kalbu.  Hatinya tertanya-tanya, adalah Dzil sanggup menunggunya.  Cukupkah sabar Dzil dalam menanti kata pastinya?  Acam serahkan urusan jodoh pada takdir yang tertulis.  Andai jejaka itu pemilik rusuk kiri yang telah ditentukan, Acam akan akur dengan aturanNya.







Moga sayang2 kak Yus terhibur dengan n3 ni..sorry lama menunggu ye, cuti-cuti sekolah ni, busy la Kak Yus melayan anak-anak.. sudi2 drop komen ye.. TQ ..muah2..






Lots of luve from Emeer & Ayesha too

~ Kak Yus ~
17/3/12 -- 6.12 pm

8 comments:

  1. suka--suka... i like it! Dzil jangan putus asa... go,go,fighting!
    Haih, Qaid ni nak masuk line pula... hahaha..
    terima kasih kak Yus untuk entry kali ni... ^^

    ReplyDelete
  2. my sis Afifah dear ~ tq sudi lepak dgn Acam kat sini.. hehehe.. sibuk je Qaid tu ye..kena drastik lagi la jawabnya si Dzil..lalala

    ReplyDelete
  3. Wah Dzil dah tackle mak acam dulu, baik punya strategi...berkenan kat anak tackle mak dulu.... mesti bakal jadi calon menantu pilihan.....

    ReplyDelete
  4. Eijan dear ~ itulah strategi terbaek.. bila mak pak dah kenan, susah nak reject ooooo..

    ReplyDelete
  5. aarrrrr ! dh makin in love dgn Dzil.. yg part ckp telpon tu x leh tahan.. trlepas gak gelak ayu ni kak.. ngeheheheee~ nk lagi.. cpt smbung tau!! hihihi...

    ~ikhlas dari 'makwe in the making' Dzil~

    ReplyDelete
  6. Kami sokong dzil jer

    ReplyDelete
  7. Nurul Syafiqah ~ tq..tq.. muah2


    Ayumi laling ~ hahaa.. jgn deeply in luv udah la dear...sian Acam.. mlm ni jugak akak taip..hehe..muah2

    Anonymous ~wah.. penatik Dzil ni ye.. tq..tq.. sokong k.yus jugak ye.. ;)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com