Saturday 14 April 2012

Mengintai Bahagia ~ bab 14





Hujung-hujung minggu begini memang dah jadi kebiasaan Acam untuk bangun lewat.  Biasalah, selepas subuh sambung tidur semula.  Mandi pun kadang-kadang dah nak masuk zuhur baru jumpa bilik air.  Kalau di rumah, dah semestinya bernanah telinga mendengar bebelan ibu.  Tak pun, jelingan maut ayah je dah cukup buat Acam.

Seronoknya berbaring-baring malas di atas katil sambil memeluk teddy bear kecil pemberian Kak Haniza.  Sesekali digomolnya teddybear kecil itu.  Nasib baiklah hanya dia seorang sahaja mendiami bilik itu, kalau berkongsi mau kantoi dengan teman sebilik.  Bukan baru sekarang Acam minat dengan teddy bear dan patung-patung kecil tu, daripada kecil pun memang dia gemar mengumpul benda-benda tu semua.  Cuma orang je yang tak tahu minat Acam tu dek kerana sikap kasarnya selama ini.  Pandai cover line.

Pintu bilik Acam tiba-tiba diketuk.  Cepat-cepat Acam menyanggul rambutnya yang panjang berjurai agak tidak ketara kelihatan seperti baru bangun tidur.   Wajah Yani tersembul di sebalik daun pintu yang terkuak sedikit.

“Wei, ko baru bangun tido ke?  Ada orang cari ko lah kat depan,” tegur Yani. 

“Cari aku?  Siapa? Mamat tu lagi ke?  Alahai malas betul aku nak mandi,” getus Acam. 

“Aku tak kenallah, ko pergilah turun kejap,” balas Yani sambil menjungkitkan bahunya.

Yani memang tahu sangat peel Acam tu, kalau dapat bantal satu hari suntuk pun tak apa menternak badan.  Lagi pun Acam memang jarang keluar kalau hujung minggu.  Yani memang dah maklum benar dengan hobi Acam, kalau tak tidur melayan enovel di blog.  Malah, bukan Acam sahaja, dia dan rakan-rakan serumah yang lain pun dah terjerumus sama dengan minat Acam tu.  Mulanya hairan juga mereka melihat Acam yang suka sangat terperuk je di dalam bilik sehinggakan kadang-kadang sampai sanggup tak makan tengah hari.  Tapi apabila dirisik-risik rupanya minah tu tengah syok melayan enovel.  Apa lagi, bila dah terjerumus sama sudahnya seisi rumah dok menggila dengan enovel-enovel baru.  Malah ada di antara mereka juga sudah mula berblogging.

Acam menarik cardigan yang tergantung di almari.  Kepalanya hanya dilutupi dengan tuala panjang.  Itu sahaja yang sempat disauknya saat itu.  Segera dia menuruni anak tangga dengan hati yang tertanya-tanya siapalah tetamu yang datang itu.  Tak kanlah ibu dan ayah pula.  Kalau ibu dan ayah nak datang, tentulah mereka akan menelefon dahulu.

Hampir terloncat Acam apabila melihat kereta yang terpakir di luar pagarnya.  Tubuh lelaki yang bersandar pada pintu kereta itu diamatinya lama.  Hati disapa rasa gembira dan rindu pada wajah itu.

“Wei, ko buat apa kat sini?” jerit Acam dari muka pintu.  Hish, dah tak ada nak cover line lagi dah.  Selipar disarung lalu Acam melangkah laju ke arah lelaki yang sudah pun tersenyum memandangnya.  Cermin mata hitam yang terlekat di wajah lelaki itu ditanggalkan.  Tergambar sinar gembira di anak matanya.

“Aku rindu kat ko lah aku datang sini.  Nak tunggu ko balik sana, kucing berjanggutlah,” balas Qaid.  Terubat rindunya melihat wajah gadis itu.  Biarpun hanya bertutupkan tuala, namun wajah itu tetap ayu di matanya.  Nampak sangat baru bangun tidur.  Hish, minah ni.  Gelak Qaid dalam hati.

“Kenapa tak telefon sebelum datang.  Kalau telefon awal-awal aku dah siap tunggu ko tau,” bebel Acam menyedari yang dia hanya bertuala dan lebih parah, belum mandi pagi pun lagi.

“Huh, saja je aku nak terjah macam ni.  Baru la boleh tengok rupa ko belum mandi,” gurau Qaid disambung dengan gelak sakan.  Rakan-rakan serumah Acam sudah mula bertempek di tingkap hadapan melihatkan mereka.

Ada je lah ko ni.  Ko dari mana sebenarnya, dah tu tahu pula rumah aku kat sini?” tanya Acam masih tidak puas hati dengan kehadiran Qaid.

Iyalah, bukan dekat Batu Pahat ke Ipoh tu kalau saja-saja nak datang.  Tentu ada alasan lain tambahan melihatkan Qaid yang berpakaian sikit punya kemas.  Hensem juga mamat ni kalau tengok. 

“Aku datang sini attend kenduri kahwin sepupu aku.  Isteri dia orang sini juga, orang Persiaran Cempaka Sari 24 tu.  Semalam diorang dah nikah, tapi aku tak dapat datang.  Aku baru balik daripada kursus kat Melaka, dari sana aku terus ke sini ni.  Jomlah, temankan aku pergi kenduri sepupu aku tu,” 

“Eii.. tak naklah.  Seganlah aku.  Lagi pun aku mana ada kena jemput, tak baik tau pergi kenduri tak dijemput,”

“Banyaklah kau punya tak baik.  Aku dah calling-calling sepupu aku tu cakap aku bawa awek datang,” balas Qaid serius.  Awek?  Walawei.. minta ampun mamat ni.

“Siapa entah awek ko.  Alaa.. aku seganlah.”  Wajah Acam sudah mula membahang.  Kalau setakat keluar dengan Qaid okey la lagi, ini nak hadir kenduri dengan kaum keluarga Qaid semua ada di sana.  Huh, tak dapat dia bayangkan.

“Please la Acam.  Tak kesian ke kat aku, ni aku nak ajak ko pergi bandar Ipoh sekali cari hadiah.  Tengok, kesian aku.  Hadiah pun aku tak sempat nak beli.  Dahlah aku mana tahu nak terjah kat bandar ni,” rayu Qaid dengan wajah mohon simpati.  Terdetik rasa sayu di hati Acam melihatkan lelaki itu.  Iyalah kan, dah lah datang dari jauh, takkanlah nak dikecewakan hatinya tu.  Akhirnya Acam mengangguk lesu.

“Okeylah, aku temankan.  Tunggu aku siap kejap,”

“Berehhhh.. lima belas minit ye.. sekarang dah pukul sepuluh, nanti lambat pulak,” kata Qaid.

“Banyaklah ko punya lima belas minit, aku belum mandilah.  Setengah jam, ko tunggu aku kat sini.  Tak boleh jemput masuk, anak dara je semua kat dalam tu,” balas Acam sambil mengenyitkan sebelah mata.  Tersungging senyuman di bibir Qaid. 

Rindu yang dipendam selama ini akhirnya terlerai juga melihat gelagat gadis itu.  Jika selama ini hanya kenangan dan gambar-gambar yang ditangkap secara curi-curi sahaja yang menjadi penemannya, tapi hari ini wajah itu segar di depan mata.  Akan dia pastikan, hari ini dihabiskan seindahnya.  Biarlah tiada ruang di hati gadis itu untuk menerima cintanya, asalkan gadis itu sudi berkawan dan melayan kedatangannya.  Dia sanggup menunggu jika itu yang diperlukan untuk mendapatkan gadis itu.  Acam, kau terlalu istimewa.

****************




Setengah jam kemudian, kelihatan seorang gadis bertudung ayu dengan baju kurung biru berbunga coklat yang sedondon dengan tudungnya.  Mata Qaid terpaku melihat kecantikan gadis itu.  Matanya sesekali dikelip-kelipkan.  Adakah benar di hadapannya kini gadis yang dikenalinya, hatinya berperang sendiri.  Sejak bila Acam mula merubah penampilan.  Bukankah selalunya Acam agak sempoi, bukan agak lagi, memang sempoi habis.  Kalau bertudung, setakat tudung bawal biasa dan tudung ala-ala Ekin itu sahajalah.  Tapi hari ini berlainan benar penampilan Acam. 

“Huh.. tengok apa tu sampai melopong je.  Tutup mulut tu nanti lalat masuk,” tegur Acam yang sudah pun berdiri di hadapan Qaid.  Segera Qaid merapatkan mulutnya yang sedikit ternganga.  Rakan-rakan serumah Acam yang mengintai di sebalik langsir sliding door juga riuh rendah mentertawakan Qaid. 

“Ko nampak lainlah Acam.  Kalau macam ni, sure aku extend cuti sehari lagi,” ucap Qaid sambil membuka pintu kereta.

“Tak ada maknanya.  Aku Acam, A.C.A.M, as usually, sempoi je,” balas Acam selamba. 

“Kita nak ke mana dulu ni?  Kata nak cari hadiahkan?” soal Acam apabila Qaid sudah mula melabuhkan punggung di kerusi pemandu. 

“Ikut ko lah.  Aku mana tahu kat Ipoh ni kat nama nak dicekau,” balas Qaid.  Kereta sudah mula keluar daripada kawasan taman perumahan Acam.

“Kalau macam tu kita pergi Ipoh Parade sajalah.  Nanti kalau jauh-jauh, lewat pula sampai kat rumah pengantin,” cadang Acam.  Qaid hanya angguk bersetuju.

Udara yang dingin dan segar udara di dalam kereta Mitsubishi Evo 10 milik Qaid itu menenangkan perasaan Acam.  Sesekali matanya mengerling ke arah Qaid yang fokus memandu.  Mamat ni kalau dengan kereta memang tak mengalah.  Dahlah harga kereta pun boleh tahan, di make up lagi dengan macam-macam accesorries keretanya ni.  Acam pun tahu, Qaid ni bukanlah daripada keluarga yang susah.  Dengar katanya, mak dan ayah Qaid pun berharta juga orangnya.  Hendak pula Qaid hanya tiga beradik sahaja, sudah tentulah hidup mereka lebih daripada senang.  Malahan, gaji bulanan Qaid pun bukan sedikit.  Itu belum lagi elaun tambahan yang diberikan oleh syarikat. 

Acam bertindak sebagai jurupandu hari itu.  Jalan raya yang agak lengang memudahkan perjalanan mereka.  Bukanlah jauh sangat rumah Acam dengan pusat bandar tu, lima kilometer sahaja.  Jadi memanglah sekejap sahaja kalau jalan raya lengang begitu.  Kereta Mitsubishi Evo 10 milik Qaid sudah pun menyusuri laluan parkir di dalam bangunan Ipoh Parade.  Mudah sahaja mendapatkan tempat.

“Ko nak beli hadiah apa ni?” tanya Acam ketika mereka sudah berada di dalam perut bangunan.

“Entahlah kan.  Aku bab-bab hadiah untuk orang kahwin ni memang fail.  Ko jelah tolong aku cari.”  Qaid mula menggaru kepala.  Memang kalau bab-bab hadiah ni dia agak kurang sedikit.  Selalunya pun, kalau teman-teman sepejabat berkahwin, mereka hanya akan mengutip duit dan seorang staf akan bertanggungjawab menguruskan pembelian hadiah.  Senang sahajalah kerjanya, hulurkan Ringgit Malaysia je, tahu-tahu semuanya dah beres.

“Hmmm.. jomlah kita usha dulu.  Aku pun bukan terror sangat.  Kalau shopping untuk aku, memanglah aku terror.”  Qaid merenung Acam yang selamba badak sahaja menuturkan kata.  Penampilan memang berbeza, tapi mulut tu memang tak ada maknanya nak berubah.  Acam.. Acam.. memanglah aku rindu sangat kat ko, bisik hati Qaid.  Dalam diam, hatinya berbunga riang.

Mata Acam tertangkap pada sesuatu yang menarik minatnya.  Tanpa disedari, Acam menarik lengan baju Qaid  agar menuruti langkahnya.  Apabila disedarinya, segera tangannya dileraikan.  Masih bersikap selamba walau pun wajahnya sudah pun membahang. 

“Ko, tengok ni.  Cantiklah lampu tidur ni.  Aku rasa kalau belikan hadiah lampu tidur pun ok juga,” saran Acam. 

Dibelek satu persatu barisan lampu tidur yang ada di kedai Lovely Lace itu.  Daripada yang mahal hinggalah yang sederhana harganya, semuanya cantik-cantik.  Teringin juga dia tapi bila difikirkan duit belanja pun hanya cukup sampai hujung bulan, jangan nak berangan.  Qaid hanya menjadi pemerhati.  Suka dia melihat gelagat Acam bila memilih barang.  Teringat ketika mereka mencari hadiah untuk Family Day di Wiracourt ketika Acam praktikal dahulu.  Kisah yang sama, berulang lagi kini.  Apa sahaja yang disentuh oleh jejari Acam, memang akan tepat dan kena sahaja di matanya.  Memang gadis itu mempunyai anugerah istimewa yang jarang dijumpai pada orang lain.  Ketelitian dan kehalusan rasa yang sukar dimengertikan.

“Okey tak yang ini?” tanya Acam.

“Cantik!”

“Err.. tapi harganya mahal sikit.  Aku tak tahu berapa budget ko,”

“Tak kisahlah.  Janji cantik.  Err.. ko tak nak ke satu.  Ambillah, aku belanja,” pelawa Qaid.  Acam hanya menggelengkan kepala. 

“Okey, aku panggil salesgirl tu jap.  Suruh dia wrap sekalilah,” sambung Qaid lagi.

Gadis salesgirl yang sedari tadi memerhatikan mereka pantas sahaja tiba apabila digamit Qaid.  Acam yang malas hendak mendengar butir bicara antara Qaid dan gadis itu beredar menjelajah ke bahagian belakang kedai yang menempatkan lebih banyak sourvenir.  Wah, boleh rambang mata melihatnya.  Sabar hati, sabar.  Nanti tak makan sampai hujung bulan baru tau, pujuk Acam sendiri.

“Ambillah kalau berkenan, aku belanja,” tegur Qaid yang tiba-tiba sudah berada di belakang Acam.

“Err.. tak naklah.  Aku temankan ko je,”

Setelah membayar harga barangan yang dibeli, Qaid dan Acam laju melangkah ke kawasan parkir.  Mata Acam mengerling ke arah beg-beg yang dijinjing oleh Qaid.  Tadi rasanya beli satu je lampu, ni dah dua tiga beg plastik yang dibawanya.  Sempat juga mamat ni shopping, desis Acam.

Acam hanya membimbit beg plastikyang mengandungi sehelai tudung dan jubah.  Itu pun Qaid yang beria-ia menyuruh dia memilihnya ketika mereka melalui butik tudung Ratu yang terletak berhampiran pintu keluar tadi.  Mulanya Acam menolak juga, tapi melihatkan Qaid yang mula menampakkan riak rajuk, segera dia bersetuju.  Jenuh mencari dan membelek barisan tudung yang tergantung.  Bukan mudah hendak memilih yang berkenan di hati, apatah lagi jika di hati sudah di set kan untuk memilih tudung yang berharga paling murah.  Tak mahu dikatakan demand pula oleh Qaid.  Tapi apa yang terjadi, memang sebaliknya.  Setiap satu yang diambil, mesti mendapat tentangan daripada Qaid.  Sudahnya, terbang juga seratus lebih duit mamat tu untuk sehelai tudung.  Dah tu, sempat pula mamat tu menyambar sehelai jubah moden yang warna sedondon dengan tudung yang dipilihnya. 

“Qaid, janganlah boros sangat.  Ko manjakan aku nanti aku lebih-lebih esok, ko yang tak larat,” ugut Acam.

“Heh, tak da maknanya.  Bukannya hari-hari ko menempel dekat aku pun nak perabiskan duit aku.  Sekali-sekali biarlah aku belanja ko.  Ko macam tak sudi je kan,” balasnya.  Ada nada rajuk yang bertandang.

“Alohh.. tak comellah ko merajuk.  Okeylah, aku ambik.  Kalau ko nak borong semua pun tak pe,” suara Acam mula mengendur.  Susah juga kalau dah terasa hati mamat ni.  Dahlah datang dari jauh, kasihan pula.

Lamunan Acam terhenti apabila pintu lift terbuka.  Segera dia membuntuti Qaid melangkah ke petak kereta.  Kalau nak suruh dia berjalan di hadapan, masak hangitlah nak mengingatkan petak kereta diletakkan tadi.  Memang dia kantoi sentiasa kalau bab itu.  Setelah membayar tiket parkir, kereta dipandu laju menyusuri jalan menuju ke Persiaran Cempaka Sari.  Jam di dashboard kereta menunjukkan angka dua belas setengah.  Lagi sejam, mesti pengantin sudah tiba untuk bersanding.  Kalau boleh, mereka ingin hadir lebih awal. 

Hati Acam berdebar kencang apabila Mitsubishi Evo 10 mula memasuki lorong ke rumah pengantin.  Kelihatan deretan kereta tetamu di parkir di sepanjang bahu jalan.  Khemah-khemah yang terpasang juga kelihatan sesak dengan tetamu.  Wah, bukan kecil kenduri ni.  Setelah mendapat ruang yang memuatkan keretanya, Qaid terus meminggirkan kereta ke ruang itu. 

Hadiah yang terletak di belakang kereta diambil Acam sebelum keluar.  Langkah diatur perlahan menuruti langkah Qaid yang memahami rasa segan Acam.  Bukan Qaid tidak perasan resah gelisah Acam.  Sengaja dia membiarkannya.  Suka sebenarnya melihat rona-rona merah yang bertandang di wajah gadis itu.  Hish, kalaulah mudah ditakluki hati gadis itu, dah lama rombongan dihantar.  Tak payah lama-lama, bertunang hari ni, esok terus menikah.  Heh, mimpilah Qaid.  Tersengih dia sendiri mengenangkan gelodak hatinya itu.

Mereka disambut oleh pakcik dan makcik Qaid, iaitu kedua orang tua pengantin lelaki yang sudah berkumpul di situ.  Khabarnya pengantin lelaki sedang bersiap di rumah sebelah.  Sekejap lagi majlis bersanding akan diadakan.  Kesempatan itu diambil oleh Qaid dengan membawa Acam berjumpa dengan kedua ibu bapanya yang sedang berbual-bual di perkarangan rumah tempat pihak lelaki bertamu.

“Mama,” sapa Qaid lalu menghulurkan tangan menyalami ibunya.  Tubuhnya dirangkul dan dicium mesra oleh wanita itu. 

“Sampai pun anak mama ni.  Ingatkan tak jadi datang.  Terus dari Melaka ke tadi?” tanya Puan Sahara.

“Aah, Angah terus dari sana tadi.  Singgah rumah kawan sekejap,” ujar Qaid.  Puan Sahara menjungkitkan kening apabila mendengar perkataan kawan dari mulut anak jejakanya itu.  Pandangannya dibuang ke arah gadis yang berdiri di belakang Qaid.

“Aunty, apa khabar,” sapa Acam lalu menyalami ibu Qaid.  Wah, anggun wanita yang berada di hadapannya.  Tidak berkelip-kelip wanita itu memerhatikannya.  Dari atas ke bawah, dari bawah ke atas.  Agaknya apa yang tidak kena, getus Acam.

Terkejut dan terharu apabila tubuhnya juga turut dirangkul dan pipinya dicium mesra oleh wanita itu.  Qaid yang memerhatikan hanya tersenyum.  Minta-mintalah hati gadis itu tersentuh dan terbuka untuknya dengan layanan first class mama, desis hati kecilnya.  Penat betullah, tiap kali bersama Acam, asyik nak bercakap dalam hati je.  Bilalah dapat bercakap depan-depan.

“Mama, ni kawan Angah, Acam,” Qaid memperkenalkan Acam.  Sepatutnya diperkenalkan dahulu barulah nak bersalam dan berpeluk bagai.  Ini tidak, terlebih mesra la pula.

“Acam?” Puan Sahara mengerutkan dahi mendengar nama itu.

“Err.. Acam tu panggilan saya aunty.  Nama saya Puteri Darlina,” terang Acam serba salah.  Hish, Qaid ni pun, agak-agaklah kalau nak sebut.  Terdengar letusan tawa daripada wanita itu.  Gelihati agaknya mendengar nama Acam tu.

Suasana mula meriah di situ.  Seorang demi seorang datang menyalami Acam.  Masing-masing sibuk hendak berkenalan dengan Acam.  Maklumlah, Qaid itu anak lelaki tunggal keluarga, malah  susah pula hendak mengusung anak gadis orang berjumpa mereka.  Papa Qaid juga tidak terkecuali turut serta dalam sesi interview itu.  Tercungap juga Acam dibuatnya dengan lontaran-lontaran soalan yang bertalu-talu.  Masing-masing sibuk ingin mengetahui mengenai Acam sehinggakan pengantin lelaki yang segak dengan persalinan raja sehari berdiri di muka pintu pun tidak dihiraukan.  Nasib baiklah adik perempuan Qaid datang menghentikan sesi interview itu, kalau tidak mahu sampai ke malam. 

Tangan Acam diraih oleh Puan Sahara.  Tidak dilepaskan tangan gadis itu ke mana sahaja dia pergi.  Malah, semasa menepung tawar pun sibuk dia menyeret Acam sama.  Dah macam belangkas pula kisahnya.  Qaid hanya tersenyum melihat sikap mamanya yang nampak seperti berkenan benar dengan Acam.

“Acam, ko okey ke?” bisik Qaid ketika meraka sedang menjamu selera.  Duduk semeja dengan pengantin makan beradab memang istimewa. 

“Okey je, tapi penatlah kena interview,” balas Acam namun masih tersenyum. 

“Oh, sorry ye.  Kesian kat ko kan,” Qaid seperti mengerti perasaan Acam.  Iyalah, tak penat ke nak melayan masing-masing sibuk bertanya itu dan ini.  Lebih-lebih lagi mama dan kaklongnya.  Qaid pun bosan juga apabila terasa dirinya kurang mendapat perhatian, nasib baik ada Qiera anak buahnya yang baru berusia enam bulan tu.  Boleh juga didukung-dukung dan diagah.

“Eh.. no hallah.  Aku tak kisah pun, seronok pula ada.  Macam VVIP pula aku rasa.”  Meleret senyum Acam apatah lagi tertangkap mata Puan Sahara yang redup merenungnya.  Ada garis gembira di wajah ibu itu.

Lensa kamera sibuk dipetik.  Cahaya flash sesekali mengenai wajah Acam dan Qaid.  Rasa macam mereka pula yang bersanding.  Aduhai, perasan sungguh si Qaid ni.  Seketika, hatinya dibuai rasa gembira yang tiada bertepi.  Alangkah indah jika semua ini berkekalan.  Dialah insan yang paling bertuah jika hati gadis itu dapat dimilikinya.

Dalam diam dia berdoa agar Allah membuka ruang di sudut hati gadis bernama Puteri Darlina itu untuknya. 



Setiap ada kamu mengapa jantungku
Berdetak lebih kencang
Seperti gendering mau perang

Setiap ada kamu mengapa darahku
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala
Setiap ada kamu otakku berfikir
Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu

Aku sedang ingin bercinta karena
Mungkin ada kamu di sini aku ingin

Setiap ada kamu mengapa jantung ini
Berdetak lebih kencang
Seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darah ini
Mengalir lebih kencang dari hujung kaki ke hujung kepala

Di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak
Berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang
Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir
Mengalir lebih cepat dari hujung kaki ke hujung kepala


*********************************

Salam sayang2 kak yus.. harap enjoy dengan n3 ni, maaf ye peminat Dzil, malam ni Dzil bercuti, kita bagi Qaid pula bersiaran.. kesian kat dia menanggung rindu dendam kat Acam.. n3 seterusnya nanti kita masuk dua2 sekali..boleh?  Orait, mohon kak yus maaf andai n3 ni tak menepati citarasa kalian, maaf juga utk segala kekurangan (esp. typo error ye.. dah tua2 ni mata pun dah kabur..hehe) Sudi2lah drop komen utk kak yus.. 

Lots of luv
Kak Yus
(Emeer & Ayesha / Fayyad & Azzalea)

15 comments:

  1. hahahadoiii ... kenapakah qaid mengharap wanita yg x pasti buat dia ? meh sini qaid... rinsya offer nak jadi makwe...

    ReplyDelete
  2. takpe Qaid, selagi ada peluang dan ruang, harus mencuba..chaiyok3!

    klo kena reject gak, nyanyi ler lagu that man (hyun bin) kat acam tu, manatau kot2 leh sangkut..
    dzil, jgn marah diknon. akk bg pendpt ikut keadaan semasa..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  3. RinsyaRyc .. sudah tukar ka??? hik3


    kisahkasihkita @ Yati ~ rindunya nak baca komen2 Yati kat sini.. hahaha.. Dzil tak marah, dia cemberut je.. lalalaa

    ReplyDelete
  4. Dzil ni sapa plak? Kna terjah episod awal la cmnii..

    ReplyDelete
  5. Mizz Acu ~ sila2.. berkenal-kenalan dgn Dzil..

    ReplyDelete
  6. Rindu Dzil... kihkih... bab seterusnya ada Dzil ya kak... hihihi... Qaid jangan putus asa...
    best man win! siapa yang dapat Acam nanti? berdebar pula... terima kasih kak Yus... ^--^

    ReplyDelete
  7. Errr.. Saya da marrathon daa.. Sian qaid tp nak support Dzil.. ;)

    ReplyDelete
  8. alahai kak, cancel la dzil sbb qaid ada evo. hahaha

    ReplyDelete
  9. Afifah laling .. next n3 akak bagi dzil ye.. hehe

    Mizz Acu ~ wah.. dah jadi one of Dzil's supporters ye..sian Qaid..

    Tni ~ hehehe.. Tunggulah Dzil beli Subaru lak.. hik3

    Anyway.. tq lalings.. happy je kak yus baca komen2 u olss...

    ReplyDelete
  10. akak, tak baik tau buat kami berbelah bagi nak sokong sapa. huhu sian qaid. kenapa la dia baik sgt. mana si dzil ni, mau berasap dia kalau tahu si acam keluar ngan si qaid ni.

    ReplyDelete
  11. tni ~ hahhaaa... barulah rambang mata.. sorang baik hati, sorang lagi punyalah penyabar tahap mahaguru nak tackle Acam.. hmm bukan takat berasap je si Dzil tu, mahu dibakornya Evo si Qaid tu.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Saya tetappppp suka Qaid lagi...Sweetnyerrr....

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya saya nak Acam dengan Qaid. Mudahan juga jodoh mereka berpanjangan :)

    ReplyDelete
  14. Qaid nak potong line ker?
    Xper la, Dzil akan tetap setia dgn Acam...
    *Dzil minat kereta2 Continental jer... :-)

    ReplyDelete
  15. nie yg terasa nk bercinta balik nie... hihihihi

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com