Friday 23 March 2012

Mengintai Bahagia ~ 10


          



        Tinggal seminggu sahaja lagi latihan praktikal akan berakhir.  Ini bermakna hanya seminggu sahajalah lagi waktu untuk aku dan rakan-rakan baru yang aku kenali semenjak berada di sini dapat bersama.  Masing-masing yang rapat denganku sudah mula sibuk membelanja aku makan tengah hari.  Qaid pula jangan dikiralah.  Pagi belanja minum, tengah hari pun sibuk juga.  Asyik dia je yang nak belanja sampaikan penat telinga aku mendengar usikan daripada Kak Haniza dan Juliana.

          “Tahulah ko suka kat Acam ni Qaid oi, tapi bagilah kitorang peluang belanja dia makan pula.  Asyik ko je nak sapu sorang tiap-tiap hari,” sinis suara Kak Haniza ketika kami berada di lif.

          “Alah kak, si Acam ni nanti lepas ni sure dah tak naknya keluar makan dengan aku lagi.  So masa nilah aku nak belanja dia pun,” balas Qaid mendatar.  Ada nada sayu terselit di balik suara itu.

          “Siapa kata aku tak nak keluar dengan ko lepas ni?  Eleh, entah-entah ko tu yang tak nampak dah aku nanti.  Maklumlah, aku kan budak sekolah, selekeh lagi.  Kat keliling ko ramai la awek-awek yang cun, masa tu tak pandang dah aku,” giat Acam cuba menceriakan keadaan. 
Dalam hatinya, tercuit dengan kata-kata Qaid.  Mungkin ada benar kata-kata lelaki itu.  Dia sendiri pun tidak dapat meramal hari esok.

          “Dahlah, asyik dok membebel kat sini nanti lunch hour pun habis.  Kak Niza, Ju kalau nak join jom.  Aku belanja.  Cik Acam kita ni nak makan Pizza hari ni,” ajak Qaid.  Laju sahaja kaki masing-masing melangkah apabila pintu lif terbuka.

          “Iskhh..dia yang nak belanja orang, nama orang pula yang dia jual,” gerutu Acam.  Juliana yang berada di sebelah Acam tertawa halus.

          “Alah, nak cover line la mamat tu,” bisiknya.  Tersungging senyuman di kedua-dua bibir mereka.

          “Hah, mengata akulah tu.  Bukan aku tak tahu kalau dah duk rapat-rapat dua orang ni,” perli Qaid sambil menjeling wajah tersengih Acam.  Tak berdosa je wajah minah ni.  Geram betul.

          Seronok melayan rakan-rakan yang akan ditinggalkan dalam beberapa hari sahaja lagi.  Riuh suara mereka menghiasi restoran Pizza Hut yang agak lengang tengah hari itu.  Masing-masing sibuk berkata-kata dengan mulut yang penuh.  Apa taknya, bermacam-macam hidangan yang dipesan oleh Qaid.  Terlebih baik hati hari ini.  Dahlah semalam belanja Mee Jawa mangkuk XXL, hari ni Pizza pula.  Esok pun dah ada dalam schedule katanya.  Nampaknya, minggu ni memang Acam menternak badan sahajalah kerjanya.  Nak ditolak, rugi.  Makan free!

          Sedang enak mereka melayan makanan yang dihidangkan, tiba-tiba kunyahan Acam terhenti.  Matanya terpaku pada sekujur tubuh yang sedang melangkah menghampiri mereka. 

          “Hai,” sapa suara itu.

          “Hello,” jawab Acam gugup.  Serentak dengan itu, tiga lagi wajah yang sedang asyik melayan kunyahan mendongak melihat ke arah orang yang ditegur.  Lama mereka menanti ayat-ayat yang akan dituturkan seterusnya.  Namun kedua-duanya masih terdiam dan saling berpandangan.  Mungkin terkejut terserempak di situ.

          “Iskhh, sorang hai, sorang hello.  Ni tak nak introduce kat kitorang ke cik Acam oi?” sergah Kak Haniza.  Memang mulut laser sungguh Kak Haniza ni.  Terkulat-kulat Acam dengan sengihannya.

          “Err..err…”

          “Saya Irfan Fadzil, panggil Dzil je kak.  Kawan satu kampus Acam ni,” ujar Dzil memperkenalkan diri.  Kasihan pula melihat Acam yang terkulat-kulat tu.  Hish, kata ganas tapi boleh pula hari ni kantoi.  Agaknya malu depan pakwe kot.

          “Oh, kawan satu kampus ke.  Eh, bukan pakwe ko ke Acam.  Hensem juga adik ni, kalau bukan pakwe Acam ada chance la akak tackle,” usik Kak Haniza.

          “Ehem..  hamboi Kak Niza, suami kat rumah tu nak letak mana.  Ada hati nak ulam muda nampak,” perli Juliana.  Terkekeh-kekeh tawa terlerai di antara mereka.

          “Err, boleh saya nak cakap dengan awak sekejap tak?” kata Dzil memandang terus ke wajah Acam yang masih membisu. 

Acam menganggukkan kepala lalu bangkit menuruti langkah Dzil keluar.  Qaid hanya menyoroti langkah mereka berdua dengan hati yang sebal. 

“Hmmm.. Qaid, ko tak apa-apa ke?” tegur Kak Haniza yang terperasan dengan kebisuan Qaid yang tiba-tiba.  Tersentak, lalu Qaid menggelengkan kepala.  Senyuman dilemparkan namun jelas wajah itu agak terluka.

“Hensem juga budak Dzil tu.  Bukan apa, kalau ko betul-betul berkenan kat dak Acam tu, kena double triple la action ko tu.  Tak boleh la nak main-main tarik tali.  Kena speed litar F1 dah ni,” ucap Kak Haniza seakan memahami gelodak rasa Qaid.

“Entahlah kak, aku pun tak faham perempuan tu.  Bila aku serius dia main-main.  Ada ke hari tu dia adjust aku dengan budak-budak praktikal tu.  Hish, masak aku layan peel dia,”
“Haha, budak Acam tu memang la.  Tapi aku suka budak ni, esok-esok bila dia dah balik kampus, sunyi la hidup aku.  Tak ada dah orang nak bertekak dengan aku,” sampuk Juliana yang sedari tadi hanya jadi pemerhati.

“Itulah, budak tu juga yang aku berkenan,” balas Qaid.

Suasana menjadi hening seketika.  Tiga pasang mata itu tertancap pada kelibat Acam dan Dzil yang sedang bercakap di luar restoran.  Kelihatan seperti masing-masing agak kekok.  Di luar restoran pula, Acam seperti tidak percaya yang dia akan berdiri di hadapan Dzil.

“Awak nak apa?” soalnya.  Berbagai persoalan menerpa kotak fikirannya menjadikan dia buntu.  Tidak tahu soalan mana yang hendak diaturkan dahulu.

“Hmm.. maaf malam tadi tak telefon awak.  Awak ok ke?” jawab Dzil.  Kerana keletihan dengan tugasan praktikalnya, Dzil tertidur agak awal.  Jika tidak sudah tentu dia akan menelefon Acam.  Suka mendengar bebelan gadis itu, untuk bekalan tidurnya.

“Ok je, bertambah-tambah ok bila orang tu tak kacau saya malam-malam,” balas Acam selamba cuba menyembunyikan rasa jantung yang dah racing seribu kilometer sejam tu.

“Buatlah muka macam tu, nanti sampai ke tua tak ada orang masuk meminang,” usik Dzil.  Cebikan bibir Acam segera dihentikan.  Iskhhh.. buruk sangat ke muka aku, bisik Acam. 

“Suka hati oranglah,” balas Acam.  Mood asyik nak bertekak sahaja bila bertemu muka dengan mamat ni.  Eii.. tak boleh kalau tak sakitkan hati orang.

“Tapi tak apalah, saya lagi suka kalau muka awak macam tu.  Tak adalah orang nak bersaing dengan saya rebut awak,” giat Dzil.  Masih dalam mood menyakat gadis di hadapannya.   Wajah mencuka Acam makin bertambah kelat.

“Eiii.. ada apa awak nak cakap dengan saya ni.  Orang laparlah, cepatlah cakap,”

“Awak lapar ke, jomlah saya belanja awak makan.  Err, bukan tadi awak dah makan 2-3 keping ke pizza tu.  Kuat eh awak makan,” balas Dzil dengan senyuman mengusik yang masih terlekat di bibirnya. 

Alamak!  Mamat ni dah lama ke perhatikan aku tengah makan tadi, siap boleh kira berapa keping pizza dah masuk mulut aku, getus Acam dalam hati.  Malu juga hendak bertentang mata dengan lelaki di hadapannya itu.

“Kalau tak ada apa nak cakap, saya nak masuk dalam.  Kesian kawan-kawan saya dah lama tunggu,”

“Awak tau tak, saya jealous lah tengok diorang kat dalam tu.  Nak-naknya ketua awak tu.  Kalau dengan diorang awak bukan main lagi baiknya, kalau dengan saya ada je mulut awak,” kata Dzil agak mendatar.  Tiba-tiba hatinya terasa bagai tersayat melihat sikap Acam yang acuh tidak acuh dengannya.

Acam yang mendengarnya sedikit terkejut.  Betulkah Dzil yang bercakap di hadapannya.  Selalunya lelaki itu tak pernah penat melayan karenahnya.  Hatinya juga agak terusik dengan luahan Dzil.

“Saya tak bermaksud nak kecilkan hati awak lah.  Eii, rilexs lah,” Acam sudah mula menggelabah mencari alasan.  Melihatkan wajah Acam yang sudah agak nanar, Dzil kembali tersenyum.  Sengaja hendak menduga hati gadis idamannya tu.  Tau takut, bisiknya sendiri.  Masih lagi tersenyum meleret.

“Err, sebenarnya saya nak tanya awak dah jumpa ke carbon typewriter yang awak cari tu?  Kalau tak jumpa saya boleh belikan untuk awak,” ujar Dzil.  Matanya merenung wajah Acam yang sedikit berubah apabila mendengar berita itu.

“Iya ke?  Awak ada jumpa?  Dah puas saya cari tapi tak adalah kat sini.  Awak jumpa kat mana?”

“Hari tu saya minta tolong cousin belikan kat Melaka.  Kalau nak, saya boleh suruh dia belikan nanti dia hantar kat sini,”

“Eh, tak susahkan dia ke nak hantar kat sini?” soal Acam. Rasa bersalah pula hendak menyusahkan orang lain.

“Taklah, memang dia selalu balik sini bila weekend.  Parents dia duduk kat sini.  Nanti dah dapat saya jumpa awak,” balas Dzil.  Kembang hatinya apabila Acam sudi menerima bantuannya.

“Ok, tapi awak kena minta izin daripada ibu saya dululah,” jawab Acam lurus.

“No hal.  Dah selalu pun berborak dengan mother in-law in the making saya tu.  Awak je yang sombong, ibu awak sporting habis.  Ok, malam nanti saya call awak, rindu-rinduan kat saya ye,” perlahan suara Dzil namun masih mampu menggetarkan hati perempuan Acam.

Entah kenapa, setiap kali berdepan dengan Dzil, hatinya mula tidak tentu keruan.  Meluat dengan sikap Dzil yang suka mencari pasal, tapi bila tidak mendengar suara lelaki itu hatinya menjadi rindu.  Setiap hari ternanti-nantikan panggilan lelaki itu namun cuba dilontar jauh perasaannya.

Duduk Acam diiringi dengan sorotan tiga pasang mata yang tertanya-tertanya.  Bising mulut Kak Haniza mengcongkel cerita tetapi lain pula dengan Qaid.  Diam seribu bahasa.  Acam mula dapat meneka perubahan mood Qaid tetapi dia masih boleh berlagak selamba.  Bukan salahnya jika Qaid menyimpan rasa terhadap dirinya.  Sudah berkali-kali dinyatakan, dia tidak dapat menerima hati Qaid.  Tidak untuk masa ini, namun jodoh bukan ketentuannya.  Andai memang jodoh Acam bersama Qaid, dia akan terima dengan hati yang terbuka.

          Malam itu, seperti yang dijanjikan Dzil menghubungi ibu Acam meminta kebenarannya untuk keluar bertemu Acam.  Wah, bukan main lama lagi berbual.  Acam yang melangut di tangga pula terasa seperti hendak membentak.  Apa tidaknya, melihat ibu yang asyik tertawa berbual dengan mamat tu.  Macam manalah boleh ibunya suka melayan mamat tak cukup skru tu berbual, siap boleh ketawa bagai.  Kalau dengan Acam, asyik nak bertelagah sahaja.  Asal keluar sepatah sahaja daripada mulut, mesti akan jadi seperti anjing dan kucing.  Bercekau tak tentu masa.  Iskhh, kalau jodoh ni, parah!

          Setelah sepuluh minit berlalu, gagang telefon bertukar tangan.  Muncung empat belas inci Acam sudah pun bertukar dua puluh inci.  Tersenyum lebar ibunya melihat wajah cemberut Acam.  Heh, padan muka.  Asyik nak bercekau je bila berbual, kena tunggu lama sikit mulalah muka macam belacan, getus ibu Acam.  Bukan dia tidak dengar perbualan antara Acam dan Dzil, kadang-kadang rajin juga dia memasang telinga.

          Entah kenapa, hatinya terpaut sayang pada teman lelaki Acam tu.  Rasa seperti berbual dengan anak sendiri.  Itu belum lagi bertemu muka.  Setiap kali mereka berbual di telefon, setiap kali itu jugalah dia akan bercerita tentang Dzil kepada suaminya.  Daripada perbualan mereka, dapat dia meneka perilaku lelaki itu.  Baik budi pekertinya, bersopan dan tak rugi dibuat menantu.  Itu tanggapan kasar pada pandangan mata seorang ibu.  Namun apa yang menjadi kebimbangannya ialah sikap Acam yang agak kasar.  Entahlah, apa nak jadi dengan anak daranya yang seorang tu.  Kalau bercakap main sedap mulut sahaja, tapi bukan dengan semua oranglah.  Bila terdengar dia bercakap dengan Qaid atau teman-teman yang lain, tidaklah pula sekasar dia dengan Dzil.  Agaknya ada konflik jiwa budak-budak ni.  Tergelak ibu Acam dengan pemikirannya sendiri.

          Sayup-sayup terdengar suara Acam sekejap timbul sekejap tenggelam.  Yang timbul tu lebih keraplah, sudah pasti.  Ibu Acam hanya mampu menggelengkan kepala melihat tingkah laku Acam.  Dalam hati seorang ibu, sentiasa mendoakan agar anaknya itu bertemu dengan orang yang sentiasa akan memahami dirinya.  Tidak pernah ada di dunia, seorang ibu yang tidak mendoakan kebahagiaan anak-anaknya.

*******************



          Hari terakhir praktikal Acam di syarikat itu merupakan hari yang sangat menyayat hatinya.  Qaid dan beberapa orang teman satu department dan rakan-rakan yang rapat mengadakan satu majlis perpisahan kecil untuk Acam.  Malah, big bos Acam juga turut menyertai mereka dan sempat pula memberikan hadiah kecil untuk Acam serta sepucuk sampul surat kecil yang mengandungi elaun yang diberi syarikat sebagai menghargai komitmen yang Acam berikan kepada mereka.

          Seronok melihat rakan-rakan makan dengan gembira sambil berbual-bual.  Acam sesekali tersenyum apabila diusik tapi hatinya amat sedih untuk meninggalkan mereka lebih-lebih lagi apabila terpandang wajah suram Qaid yang sedari tadi hanya sepatah dua sahaja yang keluar daripada mulutnya.  Terfikir Acam sendirian, apakah selama ini dia telah memberikan harapan kepada Qaid tanpa dia sedar? 

          Petang itu sekali lagi Acam menerima pelawaan Qaid untuk menghantarnya pulang ke rumah.  Sepanjang perjalanan, mereka hanya membisu.  Qaid menghentikan keretanya agak jauh daripada rumah Acam.  Dia ingin mengambil peluang terakhir ini untuk meluahkan rasanya sekali lagi.  Tidak mampu rasanya menelan rasa yang semakin menggunung.

          “Acam, kalau aku hantar mak ayah aku pinang ko boleh tak?”  Acam pegun seketika.  Wajahnya ditoleh merenung Qaid yang tidak berkelip melihatnya. 

          “Boleh tak ko jangan nak bergurau,” marah Acam.  Kelat wajah putih bersihnya itu bersulam rona merah yang mula kelihatan. 

          “Mana ada bergurau, aku betul-betul ni.  Aku tak nak hilang ko,” suara Qaid serius.

          “Aku tak bolehlah Qaid.  Bukan aku tak suka ko, aku suka sangat.  Ko baik sangat dengan aku, tapi hati aku ni,” balas Acam lembut.

          “Kenapa, hati tu ko dah bagi kat lelaki hari tu ke?” tebak Qaid.  Ada rasa sakit yang menjalar di hati lelakinya.

          “Entahlah.  Aku tak pasti hati aku untuk siapa.  Tapi yang aku boleh katakan sekarang, aku dengan ko akan tetap kawan.  Ko boleh je jumpa aku bila-bila masa pun.  Kalau ko rajin, ko jengah aku kat kampus.  Kalau jodoh tu memang milik kita, aku akan terima ko seikhlas hati aku,”

          “Kalau itu kata ko, aku hormat pendirian ko.  Tapi ko jangan lupa janji, ko akan tetap nak jumpa aku bila aku datang.  Ko mesti keluar dengan aku bila aku ajak.  Janji?” gesa Qaid.  Mungkin hari ini dia masih tidak dapat bertahta di hati gadis itu.  Dia akan berusaha sehabis daya untuk menawan secebis hati kecil Acam.  Andai jodoh itu miliknya, tidak akan kemana- mana juga.  Dia tidak akan mengaku kalah.

          “Aku janji.  Kalau tak, ko pinang je aku nanti,” balas Acam.  Terjungkit kening Qaid mendengarnya. 

          “Ko jaga diri baik-baik.  Apa-apa hal ko jangan malu contact aku tau.  Ingat, aku selalu ada untuk ko.  Anytime babe,” kata-kata terakhir Qaid ketika kereta diberhentikan di hadapan pagar rumah.  Kalau diikutkan hati hendak sahaja dipeluknya tubuh kecil gadis itu.  Tapi mengenangkan anak dara orang di hadapannya itu, rasa itu dipendamkan jauh.

          Ada genangan air di tubir mata Acam ketika mengucapkan salam perpisahan.  Setelah bersalaman dengan ibu Acam, Qaid mempamitkan diri.  Membawa hati yang gundah melepaskan gadis idaman hati pergi darinya.

          Ibu Acam juga merasai kesedihan yang dirasakan oleh mereka berdua.  Hatinya bagai disapa persoalan. Adakah wujud sebarang perasaan antara Acam dan Qaid.  Apabila terpandang wajah sugul Qaid, tingkah sopan Qaid terhadapnya, hatinya menjadi sebak.  Baik juga budak Qaid ni, getus hatinya.  Jauh di sudut hati ibu Acam bersyukur kerana anaknya bertemu teman-teman yang cukup baik.  Biar siapa pun pilihan Acam, dia tetap akan terima.  Kedua-duanya sangat sempurna di matanya.

*******************

          Dari jauh sudah ternampak kelibat Dzil yang sedang duduk menanti Acam.  Perlahan langkah Acam disusun menuju ke arah lelaki itu.  Wah, hensem pula hari ni, getus Acam.  Seketika, Acam membelek dirinya.  Oklah ni, blaus bunga-bunga halus dan jeans serta tudung.  Kalau tak cantik pada mata lelaki tu, nasib dialah.  Nak lawa-lawa, carilah kat pentas Miss Universe. 

          Dzil yang terlihat Acam berjalan perlahan ke arahnya sudah tersenyum.  Lebar senyumannya.  Bagai ada kompang yang dipalu-palu di dalam hati lelakinya.  Dua puluh minit menanti Acam di situ rasanya seperti dua tahun.  Tak sabar hendak melihat wajah kesayangan yang menjadi tamu mimpinya.

          “Sorry ye awak, dah lama tunggu?” ucap Acam.

          “Waalaikumussalam,” balas Dzil sengaja.

          “Err.. Assalamualaikum.  Saja la tu kan,”

          “Suka tengok muka awak merah-merah.  Lagi awak marah, lagi merah, lagi cantik,” usik Dzil.  Wajah Acam semakin kelat.

          “Cancel keluar nak?” ugut Acam.

          “Ok..ok.. tak usik dah.  Amboi, pandai mengugut ye sekarang.  Tak kesian ke kat saya, sebelum subuh lagi saya dah tunggu awak kat sini,” balas Dzil sengaja membuat nada rayu.  Dalam kelat wajah Acam, tersungging sebuah senyuman.  Seketika, Dzil terpanar melihat senyuman gadis itu.  Cantik! 

          Jika saat itu ada kamera di tangannya, sudah pasti dia akan mengabadikan saat itu sebagai moment paling indah dalam ingatannya.  Bukan mudah hendak melihat gadis di hadapannya itu tersenyum.  Perbualan mereka mati di situ apabila bas yang menuju ke pekan tiba. 

          Acam hanya menuruti sahaja langkah Dzil yang menuju ke restoran Marry Brown.  Suasana sunyi di situ membuakkan rasa janggal di hati Acam.  Lengang tiada pelanggan.  Hanya mereka berdua di sudut itu.  Acam membiarkan Dzil membuat pilihan untuk mereka.  Dia hanya duduk menanti mamat tu di meja.  Sebuah senyuman dilontarkan sekali lagi apabila Dzil menghampirinya dengan sedulang makanan.  Wah, pandai juga lelaki itu menduga seleranya.

          “Awak, dah dua kali awak senyum pagi ni.  Kalau awak senyum terus macam tu, sah petang ni juga saya suruh mak saya pinang awak,” ucap Dzil ketika menghulurkan minuman kepada Acam.  Agak terkejut mendengarnya, namun segera Acam menenangkan diri.  Huluran Dzil disambut.

          “Awak cakap macam tu lagi, saya balik tau,” bentak Acam.  Dzil hanya tersenyum.  Hish, gadis depan aku ni kalau tak membentak satu hari tak sah.

          “Nah, carbon typrewriter awak.  Betulkan?”

          “Aah betul.  Terima kasih awak.  Jasa awak dikenang.  Sepupu awak hantar semalam ke?”

          “Taklah, saya rempit ke Melaka semalam,” balas Dzil bersahaja.  Masih lagi mengunyah kentang goreng di hadapannya tanpa menghiraukan Acam yang sudah membulatkan matanya.

          “Awak apa?” tanya Acam sekali lagi.  Ingin memastikan apa yang didengarnya sebentar tadi.

          “Rempit,”

          “Maksud awak, semalam awak ride pergi ke Melaka semata-mata nak ambil ni?” Kali ini hati Acam sudah terasa berombak-ombak.  Benarkah sejauh itu lelaki di hadapannya itu sanggup lakukan untuk dirinya.

          “Iyalah tu.  Sepupu saya tak dapat balik, kena pergi outstation.  So, pagi-pagi semalam saya rempitlah ke Melaka pergi belikan untuk awak.  Bukan jauh pun,”

          “Tak jauh awak kata, Batu Pahat ke Melaka tu naik motor pula,” bebel Acam. 

          “I’ll do anything for u, kalau bulan bintang awak minta pun saya cuba dapatkan.  Tak dapat kat langit saya cari kat supermarket, yang hiasan pokok krismas tu pun boleh kan,” usik Dzil.  Gembira bukan kepalang hatinya melihat wajah Acam yang jelas menggambarkan rasa terharu.  Kalau disuruh merempit sepuluh kali dari Batu Pahat ke Melaka tu pun dia sanggup demi gadis itu.

          Acam sudah tidak mampu menahan rasa hatinya.  Saat itu, perasaan terharu sudah menguasai seluruh jiwanya.  Bila-bila masa kolam rasanya akan tumpah di situ.  Sekental-kental jiwa Acam, dia tetap akan terasa jika diri dihargai sebegitu rupa.  Segera dia mencapai bungkusan carbon yang diberi lalu berdiri.

          “Awak, saya nak balik.  Terima kasih eh belanja.  Awak habiskan jelah ni.”  Tak mampu meneruskan kata-kata, Acam terus menapak keluar laju.  Bimbang Dzil akan perasan airmata terharunya yang sedang perlahan bertamu.  Tidak mahu berpaling lagi, langkah diatur laju.

          Dzil tergamam seketika.  Ada senyuman tergaris di bibirnya.  Dia tahu, Acam sebenarnya terharu dengan apa yang berlaku.  Dia nampak riak itu di mata Acam.  Dia perasan ada genangan kecil di tubir mata gadis itu.  Dia tahu, gadis itu terlalu tinggi egonya.  Semakin sukar hendak ditakluki gadis hati itu, semakin bermakna buat dirinya. 

          Dzil menghabiskan baki makanan Acam yang hanya terusik sedikit.  Sayang pula hendak membazir, lagi pun suka juga.  Tak dapat menyentuh orang, dapat berkongsi makanan dan minumannya pun dah memadai.  Buat bekalan sehingga bertemu lagi.  Apalah Dzil, dah angau kau ni.  Senyuman masih mekar di bibir.  Sepanjang perjalanan pulang, mulutnya tak henti-henti menyanyikan lagu Penenang Hati, nyanyian kumpulan Six Sense dan Saujana tu.  Memang tenang betul hatinya saat itu.


         

Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan kurayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi



***************

Maaf sayang2 kak yus.. n3 ni agak lambat sikit.  Tak boleh nak wat apa2 skrg ni, memang sibuk tahap dewa ..  kak yus harap n3 ni dapat mengubat sedikit kerinduan pada Dzil yang dah 2 n3 tak berapa nak timbul ye.. maaf utk typo error n lain2 kekurangan, mmg tak sempat nak proof read dah ni.  Sudi2lah drop komen utk k.yus .. 


Lots of luv from Emeer n Ayesha

~ Kak Yus ~
24/3/12 --- 10.15 a.m.


6 comments:

  1. Sayang kak Yus... terima kasih sebab bab kali ni banyak scene Dzil... terubat rindu... hihihi... Amacam Acam? Apa kata hati? Dzil ke Qaid? sebenarnya dua-dua okay... dua-dua baik... kalau saya pun dah keliru nak pilih yang mana... hihihi... thanks kak Yus untuk entry kali ni... :)

    ReplyDelete
  2. Afifah ~ wah.. suka ye.. kita kasi Acam pening lalat sikit fikir yg mana satu... the best man win.. muah2 utk Afifah ye..

    ReplyDelete
  3. nape si acam ni mcm x de hati kt lelaki kak, ada sejarah silam ker. n naper dia berperwatakan tomboy. hehe. byk plak tny.

    ReplyDelete
  4. tni ~ hehehe.. bagus soalan tu..nanti akak msukkan dlm bab puncanya Acam bersikap ala2 boyish/tomboy tu..

    ReplyDelete
  5. aduhaii.. berair2 dh mata nie tahan ngantuk psl x dpt tdo mlm td bby meragam.. tp dek kerana panahan asmara dzil nie dinda sengkangkan jugak mata nie.... dah ler fikiran nie dok bygkan karektor dzil tu cam iqram dinzly...huhuhu

    ReplyDelete
  6. sekeras2nya hati acam dah tentu lembut dek penangan Dzil..he3x/...

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com