Sunday 15 July 2012

Mengintai Bahagia ~ Bab 24


Salam untuk sayang2 Kak Yus.. rindu Acam dan Dzil?? Heh, jom layanzzzz….
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~~~``



            Hampir jam dua belas malam barulah kereta Qaid terhenti di hadapan pagar rumah Acam.  Bukan tidak mahu menghantar Acam lebih awal, tetapi banyak sangat tol gates yang nak diredah.  Heh, tol gateslah sangat.  Sebenarnya, kalau diikutkan permintaan makcik-makcik dan saudara mara Qaid, tak baliklah Acam malam itu.  Memang bising mulut mereka membantah niat Acam untuk pulang kerana kata mereka belum puas dapat bermesra dengan Acam.  Kalau si manja Qalisha tu apatah lagi, lebih-lebih lagi si kecil Qiera yang semakin manja dengan Acam.  Kejap-kejap dicarinya Acam, pantang lepa sedikit pun.  Kalau hilang sahaja Acam daripada pandangan matanya, mulalah omeh mulut kecil itu memanggil-manggil nama Acam.  Itu pun nasib baik ketika hendak keluar daripada rumah si kecil Qiera sedang leka menonton Boboiboi yang sengaja dipasang supaya mudah Acam menyelinap keluar.

“Eh, ko tak takut ke duduk sorang ni?”  Qaid serba salah hendak meninggalkan Acam sendiri memandangkan rumah Acam yang gelap gelita.  Harus keluarga Acam masih belum pulang daripada rumah saudara mereka.  Takkanlah dia hendak temankan Acam di dalam rumah pula, tak pasal-pasal kena kahwin free nanti.  Heh, kawin free ok juga bunyinya tu.  Susah sangat hendak tackle minah ni.  Tersungging sengih di bibir Qaid mengenangkan fikirannya sendiri.  Sempat pula nak berangan sorang-sorang.

“Nak takutkan apa, jiran sebelah menyebelah terang benderang.  Lagi pun dah biasalah,” balas Acam selamba.  Iyalah pun, dah besar-besar macam ni takkanlah nak takut lagi.  Apalah mamat ni, tak boleh blah langsung.

“Iskh, susah hatilah aku nak tinggalkan ko seorang ni.  Err, aku tunggu kat dalam kereta nilah sampai ibu dan ayah ko balik,”

“Tak payah, jangan nak mengada-ngada nak jadi pak guard tak berbayar kat depan ni,” sampuk Acam.  Sebenarnya hati Acam telah disapa rasa sayu mendengarkan kesanggupan Qaid hendak menunggunya di dalam kereta.

“Dah, pergi balik.  Aku tak apa-apanya.  Kejap lagi baliklah ibu dan ayah baliklah tu, kalau diorang tak balik mesti dah lama call aku,”  sambung Acam meredakan kebimbangan Qaid.

“Iya ke, telefon ko ok tak.  Satu hari aku tak dengar berbunyi pun, kang tak pasal-pasal bateri konglah, apalah,” bebel Qaid masih tidak puas hati.  Hish mamat ni, degil juga rupanya.  Sama spesis je dengan mamat yang seorang lagi tu.

“Okey ajelah, dah pergi balik.  Kalau apa-apa hal ko orang pertama aku aku calling-calling,”

“Hmm, aku tunggu depan ni sampai ko masuk rumah.  Lepas tu aku balik.”  Akhirnya, setuju juga Qaid dengan pujukan Acam.  Risau hati lelakinya mengenangkan buah hatinya itu tinggal seorang.  Erkkk, buah hati eh.  Iyalah, Acam tu buah hati dia, tapi tak tentu lagi dia tu buah hati Acam.  Minah tu susah betul nak predict hatinya.

            Malas hendak melayan risau Qaid lama-lama, Acam terus mengangguk lalu mengatur langkah menuju ke pintu rumah.  Seketika, mata Qaid masih tidak lepas memerhatikan Acam.  Hatinya masih lagi berbelit rasa gelisah namun mengenangkan janji Acam sebentar tadi, sedikit sebanyak rasa itu semakin reda.  Kereta dipandu perlahan meninggalkan perkarangan rumah Acam yang telah pun terang benderang.  Heh, kata tak takut, tapi kenapa habis semua lampu dipasangnya.  Tersenyum sendirian Qaid.

            Jam dinding sudah pun menunjukkan angka dua belas setengah malam, namun kelibat ibu dan ayah serta adik-adik masih tidak kelihatan.  Sesekali dia mengintai di sebalik langsir jendela apabila terdengar deru kenderaan melintasi perkarangan rumahnya berharap deruan itu kereta ayahnya namun hampa.  Selalunya ibu dan ayah tak akan pulang lewat sebegini apatah lagi jika mereka tahu Acam tinggal berseorangan di rumah.  Rimas dengan teka-teki yang memenuhi ruang akalnya, Acam mencapai telefon lalu mendail nombor telefon bimbit ayahnya.  Hmmm, kalau daripada tadi telefon kan senang.  Hati Acam sedikit gembira apabila panggilannya disambut.

            Menurut kata ayah Acam, mereka masih berada di rumah makciknya.  Nampaknya lewatlah akan sampai ke rumah.  Maklumlah, sudah lama tidak berkumpul ramai-ramai, apatah lagi semua sanak saudara yang jauh juga turut menyertai kenduri kali ini maka sudah tentulah banyak yang hendak dibualkan.  Pesanan ayah sebentar tadi disemat kemas di dalam hati.  Cepat-cepat Acam memeriksa pintu rumah, jendala serta pintu dapur agar rapat dan kemas berkunci.  Semua lampu sengaja dibiarkan bernyala.  Hendak makan, perut masih terasa kenyang apatah lagi tadi telah dihidangkan dengan segala lauk pauk dan makanan oleh Qaid.  Bukan dihidang sahaja, dipaksa makan juga oleh mamat tu.  Malah kehadiran papa Qaid yang tak disangka-sangka menyertai mereka juga memaksa Acam betul-betul menikmati makanan.  Habis kedua-dua beranak itu menyenduk berbagai lauk ke pinggan nasinya.  Heh, tak boleh blah langsung.  Ada ke papa Qaid kata Acam tu kurus, tak cukup makan.  Punyalah susah Acam dok diet jaga badan.

            Acam meninggalkan ruang tamu setelah bosan dengan siaran cerita yang disiarkan Astro.  Sempat dia mencapai kuih kapit berinti kacang yang dibuat oleh sahabat ibunya, Auntie Siti Fatimah yang tinggal di Segamat, bersamanya menuju ke bilik.  Rasanya dah nak habis sebalang dia kerjakan kuih kapit tu sambil menonton tadi.  Dia tahu, mesti banyak stok kuih kapit ni kat dapur tu.  Ibu memang gemar sangat kuih kapit ni, istimewa hasil tangan sahabat, mana nak dapat.

            Acam mengintai telefon bimbit yang sedang dicas bateri.  Memang betul pun kata-kata Qaid tadi.  Memang pun telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri, sengaja malas hendak mengiakan.  Kalau mengaku, sah-sah bernanah telinga kena dengar ceramah free mamat tu.  Bukan tak suka dengar suara lemak manis si Qaid, tapi tak menahan bila pedas je kebenaran kata-kata mamat tu.

            Walau pun hari ini Acam agak gembira dengan layanan dan semua yang berlaku di rumah Qaid namun hati Acam masih terasa bagaikan kosong.  Satu ruang di sudut hatinya bagaikan ternanti-nantikan sesuatu.  Seseorang mungkin.  Dia berbaring sambil mata ligat memerhatikan syiling yang telah dihias dengan gayutan burung-burung jenjang hasil tangannya ketika belajar origami suatu waktu dahulu.  Mata terpaku di situ namun akal dan minda telah jauh terawangan.  Wajah Dzil menjelma di ruang ingatan.  Bagaikan terlihat senyuman jejaka itu, rajuk jejaka itu dan renungan mata yang menusuk ke tangkai hati.  Aduh Acam, apa dah jadi ni!

            Cuba melenyapkan wajah Dzil daripada ingatan, Acam perlahan bangkit dan mencapai laptop yang berada di meja sisi.  Dah lama tak update blog yang sudah mula bersawang.  Rasanya bukan takat sawang, semak samun dan pokok-pokok hutan pun ada kot.  Memang dulu hobi Acam menulis blog, konon-konon nak jadi blogger tapi setakat suka-suka meluahkan rasa dan buah fikiran sahaja.  Jari halus Acam tanpa sedar menekan butang baca pada notifikasi email masuk yang kelihatan.  Membulat mata Acam memerhatikan email itu. 

Salam my dear girl,
Harapan saya, awak dah sampai di rumah dengan selamat.  Busy ye kat kampung, sehinggakan saya telefon tak dapat-dapat.  SMS pun dapat notifikasi telefon tak aktif.  Sudahnya, email sahajalah.  Kot-kot awak akan baca.

Saya dah ada di Penang dan rasa-rasanya tak akan lama di sini.  Kerja yang abang minta tolong tu dah selesai.  Mungkin dalam sehari dua lagi akan pulang ke Batu Pahat.  Nanti kalau saya balik, saya telefon awak ye.  Satu lagi, kita balik Ipoh sama-sama nanti nak?  Takkanlah rempit (saya tau awak mesti kata – iskhh, nak rempit ke?..hehe), kita naik bas.  Saya balik ke Ipoh dulu, kemudian ke Batu Pahat naik bas.  Boleh ye? Ke awak dah ada orang nak hantarkan?  Saya akan ambil tiket terus di Ipoh nanti.

Ok, kalau senang-senang beep saya ya, rindu nak dengar suara awak.
Ok my girl, good nite and dream of me..

Always yours,
Dzil.

            Terkedu.  Tak berbunyi sepatah kata pun pada saat itu.  Betapa seharian dia bergembira sedangkan seharian jugalah Dzil cuba menghubunginya.  Teman seperti apakah dia.  Hatinya terpukul dengan rasa bersalah.  Kedua-dua tangannya meraup wajah berkali-kali.  Matanya memandang ke arah jam dinding yang sedang menunjukkan jam satu setengah pagi.  Hatinya meluap-luap untuk mengangkat telefon bimbit dan mendail nombor Dzil namun akal mendahului hati dengan memberi alasan yang bernas.  Tentu sekali Dzil telah tidur waktu itu.  Iskhh, esok pagi-pagilah telefon.  Kalau Dzil boleh sabar menanti seharian, takkanlah beberapa jam sahaja lagi dia tidak boleh bersabar.

            Acam tersenyum sendirian mengenangkan betapa Dzil tidak pernah lupa padanya.  Dia sahaja yang sering tak ingat.  Akhirnya, dia terlelap dengan laptop yang masih terpasang sehinggalah mimpinya terganggu dengan ketukan pintu yang kuat daripada arah bawah.  Jam baru menginjak ke angka tiga, maknanya baru dua jam setengah sahajalah Acam tidur.  Ketukan semakin kuat bertalu-talu dan kemudian diikuti pula dengan dendangan lagu Tentang Rasa dendangan Astrid yang kuat kedengaran.  Ni penangan cerita Vanilla Coklat lah ni, nada dering pun sanggup tukar ikut lagu tema teledrama tu.  Dalam keadaan mata yang sukar hendak dibuka, Acam mencapai telefon bimbitnya.  Suara ibu yang kuat kedengaran di corong telefon membuatkan Acam meloncat terbangun daripada perbaringan.  Segera talian dimatikan lalu Acam berlari turun ke bawah membuka pintu.  Tak sangka pula secepat itu mereka akan pulang, ingatkan lepas subuh nanti sahaja mereka bertolak.

************************

            Hati Acam kembali kembang berbunga semekar bunga-bunga orkid yang berkembangan di halaman rumah.  Apa taknya, selepas menghantar mesej kepada Dzil dua hari sudah, dia kembali menerima balasan yang Dzil sudah pun berada di Batu Pahat.  Lebih menggembirakan hati, Dzil hendak datang bertandang ke rumahnya petang itu.  Alahai, berani sungguh mamat ni. 

Dia teringat pertama kali dia ingin keluar bersama Dzil dahulu, bagaimana bersusah payah Dzil mencari di mana rumahnya.  Sengaja dia tidak memberi alamat lengkap rumah itu kerana dia mahu Dzil merasa susah dan menghargai setiap kepayahan itu lebih dalam.  Tapi iyalah, bak kata orang tua-tua, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.  Memang Dzil ni orangnya nekad dan cekal.  Kalau dia kata dia hendak, memang dia akan usahakan betul-betul.  Apatah lagi, dia sendiri yang menelefon ibu meminta izin untuk datang ke rumah.  Itulah yang membuatkan Dzil istimewa di mata Acam.  Lelaki itu sentiasa akan mendahulukan ibu dan ayahnya dalam apa pun.  Sehinggakan kadang-kadang dalam perbualan mereka, sering terselit nasihatnya agar sentiasa menghubungi ibu dah ayah.  Nampak macam tiga suku je mamat tu, iyalah, perangai entah apa-apa, muka tak malu dok basking senja-senja buta depan rumah orang tapi hati dan jiwa baik yang amat.

            Kebetulan hari itu ibu dan ayah memang tidak bekerja kerana menguruskan beberapa urusan keluarga rentetan perjumpaan mereka di rumah makciknya tempoh hari.  Awal-awal pagi dia telah memaklumkan akan kedatangan Dzil ke rumah mereka dan ia direstui oleh ibu dan ayah.  Ibu tentu sekali seronok, kerana memang gemar benar ibu berborak dengan Dzil.  Dzil tu kalau dapat berborak dengan ibu kalahkan kekasih berborak, ada-ada sahaja ideanya sehinggakan kadang-kadang ayah pun dok jelling-jeling.  Bukan cemburu tapi pelik melihat ibu rancak sangat berbual dengan entah siapa-siapa.  Kalau dengan ayah pun sama juga, pandai pula berbual tentang politik, mentang-mentanglah ayah Acam memang menceburi bidang politik.  Pendek kata, dalam kepala mamat tu macam-macam ada, senang dibawa ke hulu ke hilir.  Mudah sangat dia menyesuaikan diri dengan suasana sehinggakan orang senang bergaul dengannya.  Itu yang membuatkan Acam semakin tertarik dengan Dzil.  Keistimewaan yang sukar dicari.

            Pelik!  Iyalah, apa tak peliknya melihatkan keadaan Acam yang tidak keruan daripada pagi.  Sekejap mengemas rumah yang telah sememangnya kemas, sekejap ke dapur menjerang air dan sekejap menyapu di halaman.  Macamlah tak pernah berjumpa dengan Dzil sebelum ni, sedangkan hari-hari bertembung pun di kolej.  Nasib baik ibu dan ayah belum pulang, kalau tidak sah-sah pijar muka disindir ibu.

            Tengah hari itu, Acam bersilat keseorangan di dapur menyiapkan hidangan tengah hari.  Awal pagi tadi lagi ibu telah mengeluarkan seekor ayam yang telah pun sedia dipotong, cuma perlu dibersihkan sahaja di dalam sinki.  Entah apa menu agaknya yang hendak dimasak oleh ibu.  Memandangkan hampir jam dua belas tengah hari ibu dan ayah masih belum pulang dan perut pun sudah mula berdondang sayang, Acam merelakan diri menjadi chef of the day hari itu.  Ayam yang sudah dinyahbeku dibersihkan satu persatu.  Bukan susah sangat, senang je pun.  Matanya tertangkap semangkuk rebung yang telah direndam berhampiran almari dapur.  Tentu sedap kalau dimasak lemak cili api bersama ayam ni.  Setelah siap mengupas bawang dan membuang tangkai cili padi, terus Acam keluar ke halaman belakang dapur mendapatkan beberapa batang serai yang ditanam oleh ibu serta dua helai daun kunyit.  Hmmm, tentu sedap nanti haruman daun kunyit tu.  Sudah lama tidak memasak, tapi skil masih tidak lari.  Itulah, teringat kata-kata Mak Lang, setinggi mana pun pendidikan seseorang perempuan, kerja-kerja dapur jangan dilupakan.  Betullah tu.  Puas dengan masakan sendiri, tanpa menunggu kepulangan ibu dan Acam, terus sahaja Acam menyenduk nasi dan menjamu selera.  Seorang pun menjadi juga kalau perut dah lapar.

            Hampir jam lima petang Dzil tiba dengan memandu kereta bapanya.  Senyuman tersungging di bibir lelaki itu ketika dipelawa masuk oleh ayah.  Tidak mengambil masa yang lama, terus rancak sahaja perbualan mereka.  Sesekali Acam yang berada di dapur menyediakan minuman petang mencuri jeling ke arah mereka.

“Hmmm, tak takut juling ke mata tu asyik dok menjeling-jeling je,”  usik ibu yang perasan dengan tingkah Acam.  Menyeringai sengih Acam mempamerkan barisan gigi yang putih dan cantik tersusun itu.

“Dah, pergi hantar air dan kuih kapit ni ke depan. Yang lain ibu bawa, seronok juga dah lama tak berborak dengan budak Dzil ni,” sambung ibu Acam. 

            Perlahan langkah diatur sambil menatang dulang yang berisi minuman serta sepiring kuih kapit kegemaran mereka.  Ibu pula mengekori daripada belakang dengan sedulang kuih muih yang sempat dibungkus dari gerai di pekan Batu Pahat tadi.  Menyedari kehadiran ibu Acam, segera Dzil bangkit daripada duduk lalu menghulurkan tangan menyalami wanita itu.  Iyalah, bakal mak mertua, mesti kena hormat babe.  Sekaranglah masanya hendak ambil hati bakal mertua, senang sikit nak pikat anak mereka kelak.  Heh, tak boleh blah betul.  Setelah sama bersambut, Dzil menyerahkan sebungkus ole-ole yang dibawanya dari Penang.  Melihatkan isi ole-ole itu, tersenyum lebar ibu Acam.

“Amboi, pandai betul kamu membeli ye.  Memang kegemaran makcik ni, jeruk buah-buahan, buah pala, buah mangga, betik, iskhhh banyak pula tu.  Tak makan nasilah makcik,” ucap Puan Radziah.

“Oh, makcik suka asam ye.  Alah, itu je pun yang sempat saya rembat kat Penang tu makcik, tak sempat nak jalan-jalan pun.  Nak balik sini cepat,” balas Dzil merendah diri.  Matanya sesekali mengerling ke arah Acam yang sedang duduk berlutut menuang air ke dalam cawan yang telah diatur.  Alahai, comelnya minah ni.  Memang sesuai dibuat isteri.  Kalaulah dia dah bekerja dan mempunyai segalanya, tentu sekali saat itu juga dia ingin menyunting bunga di taman larangan ini. 

            Setelah siap menghidangkan minuman, Acam segera berlalu ke dapur membiarkan Dzil berbual-bual dengan kedua ibubapanya.  Bukan tidak ingin turut serta tapi memberi peluang mereka saling mengenali.  Kalau benar itu jodohnya, dia inginkan seorang suami yang sentiasa disenangi oleh kedua ibubapanya, sentiasa menghormati mereka dan pandai menjaga hati tua mereka.  Pesan ibu sebentar tadi dilakukan segera.  Acam memasukkan dua balang kuih kapit ke dalam beg kertas dan diletakkan di atas meja dapur.  Kuih kapit itu akan diberikan kepada Dzil untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk keluarganya.  Iyalah, orang berbudi kita berbahasa.  Nampak gayanya, petang ni terpaksalah ibu menelefon Aunty Siti Fatimah memesan beberapa balang lagi kuih kapit untuk stok mereka. 

            Acam terdengar namanya dipanggil.   Segera dia menuju ke hadapan mendapatkan ayah yang tersenyum simpul.

“Hah Dzil, duduklah berbual-bual dengan Acam dulu.  Pakcik dengan makcik nak solat asar kejap.  Tadi tak sempat nak solat pun,” ujar Encik Daud sengaja memberi ruang kepada mereka untuk berbual.

“Terima kasih pakcik,” balas Dzil hormat.

            Tidak banyak yang dibualkan antara mereka kerana masing-masing lebih banyak mendiamkan diri.  Iyalah, kekok juga hendak berbual segala di rumah ibu bapa sendiri.  Nak bertekak seperti biasa nanti dikata apa pula oleh ibu dan ayah Acam, sudahnya kau renung aku, aku tenung kau yang lebih banyak.

“Awak jom keluar nak?”  Acam melempar renung ke wajah Dzil yang dihiasi senyum.  Keluar?  Dah petang ni, tentu ayah tak benarkan.

“Nak pergi mana?  Dah petang sangatlah awak,”

“Kita pergi BP Walk nak, kat situ memang buka petang-petang pun.  Lama saya tak jalan kat sana, tentu awak tak pernah pergi,”  jelas Dzil mengharapkan persetujuan Acam.

“Err.. tak taulah awak.  Rasanya ayah mesti dah bagi kot,”

“Apa yang tak baginya?” sampuk Encik Daud yang baru menuruni anak tangga menuju ke arah ruang tamu.  Acam memandang Dzil dengan wajah resah.  Risau juga.

“Sebenarnya pakcik, saya nak ajak Acam keluar ke BP Walk sekejap.  Nak cari barang sikit.  Kalau saya minta izin pakcik boleh ke?” Tanpa Acam duga, Dzil dengan penuh berani memohon keizinan ayah Acam.

“Oh, nak ke BP Walk.  Aahlah, kat situ malam-malam je baru meriah.  Kedai-kedai kat situ pun lambat tutupnya.  Pakcik kalau ke BP Walk tu suka singgah lepak dengan kawan-kawan kat Ramli Café tu.”  Hamboi, bukan main syok En. Daud bercerita. 

“Kalau macam tu, jomlah pakcik kita pergi sama-sama.  Saya nak cari kasut sebenarnya, dulu saya beli kat kedai nyonya kat situ.  Puas saya cari kat tempat lain tak jumpa, tu ingat nak ke situ semula.  Lagi pun sekarang ni ada expo saya dengar, tadi mak yang bagi tau,” ujar Dzil dengan nada memujuk.  Sempat pula mengajak ayah Acam untuk menyertai mereka.

“Oh, tak apalah.  Pakcik penat sikit hari ni.  Tadi pun lewat balik daripada bandar, Dzil bawa ajelah Acam pergi.  Adik-adik pun esok sekolah, kalau tak boleh diajak meneman.  Cuma jangan balik lewat dahlah,” balas En. Daud mengundang hairan di hati Acam.  Eh, mudah benar ayahnya memberi izin sedangkan selama ini bukan main ketat lagi dia dikawal. 

“Hah, tunggu apa lagi Acam pun, takkanlah nak pergi pakai macam tu aje.  Pergilah bersiap,nanti lewat pergi lewat pula balik,” sergah En. Daud menerbangkan kehairanan Acam.  Sepantas kilat Acam melangkah ke atas menuju ke biliknya sehingga mengundang tawa Puan Radziah yang baru sahaja turun.  Wanita itu dapat meneka apa yang bermain di fikiran anaknya.

            Sebelum berangkat keluar, mereka diiringi dengan pesan agar tidak lupa untuk menunaikan solat maghrib serta pulang cepat.  Hari itu, hati Acam bercampur baur dengan berbagai perasaan.  Gembira, hairan, kelu dan entah apa-apa lagi yang dia sendiri sukar hendak jelaskan.  Apa pun, yang pasti dia akan habiskan masa bersama Dzil sebaik mungkin.  Pertama kali berdua-duaan dengan Dzil menyusuri malam di Batu Pahat.  Hmm….

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izikan kulepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

(Tentang Rasa ~ Astrid)

*****************************************************************

Puas hati? Tak puas?  nak lagi?  hmmmm.. nanti kak yus try sambung lagi dlm masa terdekat ye, apa terjadi pd mereka ..first time dating berdua (real dating tau.. dulu tu just nak pi ambil carbon printer kan..) .. jalan2 kat BP Walk memalam lak tu.. heh.. pe pun harap sabar menunggu ye.. DAN.. Kak Yus pun nak bagi tau, esok lusa agak2nya dah ada la tu cerita pasal Emeer & Ayesha debar2 nih.. orait.. kak Yus pohon ampun n maaf ye utk segala kekurangan dlm n3 ni.. esp typo error ye..   Err.. tq kerana sudi drop komen utk kak yus..(sebenarnya dah lama rindu nak baca komen2 anda semua...)

Lots of luv
~ Kak Yus ~


14 comments:

  1. dh lama rindu kat Acam n Dzil.. thank you. 1st time dating tu... enjoy!!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous dear ~ itulah, lama terperuk tak gerak Acam ni.. moga terubat rindu ye..

    ReplyDelete
  3. dzil..........

    merana ahkak tgu ko kuar dek!

    d best part ever laa kak..

    err, gudluck jugak utk kuih kapit kak ct.. opsss, silap.. utk BCB yg bakal meletops nnt! yeahhhh..

    ReplyDelete
  4. Yati ~ hahaha... akhirnya, hero musti muncul..ni first time dating dua2an kat BP nih..errr... kuih kapit sedap ooooo.. tak sabor ahkak pun nak mengorder nih.. bukan Acam je yang suka, ahkak pun peberet juga..

    ReplyDelete
  5. rindunya kat acam ngan dzil lama tunggu n3 baru hahahah best2 .. nampak matang sikit watak kali ni ^_^

    ReplyDelete
  6. Coretanku ~ jahat k.yus biarkan peminat Dzil/Acam tunggu lelama ye..kekangan masa selalu je jadi penyebab.. hmmm.. dah nak grad tu, itulah yg semakin matang.. kita tunggu bab seterusnya ye..apa terjadi di BP Walk.. hehe

    ReplyDelete
  7. koh2 gelemer le kuih kapit 2 pas nie ye..
    pad yg komen2 bab kuih kapit 2 mmg benar2 wujud ye....hihihihi
    mmg da lame rindu ngan dak acam nie..kejap ade kejap xde
    tp aq jenis org yg penyabar...sabar2 tuk yg seterusnya..

    ReplyDelete
  8. alamak.. tuan punya kuih kapit sudah bersuara.. hahaha.. SELERA SAYA aka SITI .. terima kasih atas kesabaran anda ye .. tau2 jelah Yus ni, tak menang tangan dah ni.. lagi2 skrg ni asyik dok sakit je.. huh..

    ReplyDelete
  9. kak. hati sy sama cm acam. bila kuar jer dzil hati berbunga2. heran. dgn si qaid tu biar la sebaik mana pun dia tak terasa plak. adakah ini dinamakan cinta. hahahaha

    ReplyDelete
  10. hahahaa... Tni ~ gitulah org kata..cinta tak perlu bersebab, kalau hati dah tersuka, walau datang malaikat sekali pun tetap setia pd yg satu.. kan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. rindu acam n dzil. sambung lg kak. chaiyok2

      Delete
  11. Owwhh....kesiannya Qaid. Tak per Qaid...akak ada..akak ada... heheheheheh. Sorry yer Kak Yus, enterprem Qaid sket..

    ReplyDelete
  12. ku selusuri jalanan berliku
    mencari-cari dirimu
    namun bayang pun tidak ku temui
    ku terus berlari dan terus berlari
    tiba-tiba aku terjatuh
    gedebusshhhhhh!!!
    owhhh.... rupa-rupanya aku hanya bermimpi :((

    hahaha...hadoooiiiii....

    *sori k.yus...dinda nie ketinggalan komuter... tu yg baru sampai sini arini ;)

    ReplyDelete
  13. puas hati sangat...more Dzil.. pleashhhh!!:)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com