Friday 4 May 2012

Mengintai Bahagia ~ Bab 17


            
Pintu rumah dikuak lebar.  Sunyi. Sepi.  Mungkin rakan-rakan serumah semuanya telah keluar ke kelas.  Selalunya hari isnin jarang sangat yang tiada kuliah melainkan kelas Acam.  Kelasnya hanya ada pada waktu petang sehingga jam enam.  Tetapi hari lain memang penuh dan padat jadual kuliahnya.  Pintu dikunci dan perlahan dia melangkah memanjat anak tangga satu persatu.  Hati yang sebal masih lagi terasa pedih tersayat.  Mana mungkin begitu cepat untuk hilang segala perasaan yang bermain di hatinya dengan begitu mudah.  Acam sendiri pun pelik dengan hatinya kini.  Dahulu pun bukan dia tidak pernah terserempak dengan Dzil dan budak perempuan tu, boleh pula dia buat tidak kisah sahaja.  Sakit hati tu memanglah, tapi tak adalah seperti hari ini.  Hingga hilang kewarasan diri.  Makanan pun hanya sempat dijamah dua tiga sudu sahaja.  Arghhh, perut pun dah terasa lapar sangat.  Padanlah muka, asyik nak tersentap sampai makan pun ikut sentap sekali.

            Beg yang disandang dicampakkan ke atas katil.  Tudung di kepala ditanggalkan perlahan lalu disangkut di birai katil bujang miliknya itu.  Perut mula membuat shuffle, dah memang confirm tak boleh tahan lagi.  Acam bergegas turun ke bawah dan menuju terus ke dapur.  Periuk kecil dicuci terlebih dahulu kemudian ditenggekkan ke atas dapur. Pintu kabinet kecil diselak perlahan dan dikeluarkan sebungkus mi segera yang dibelinya seminggu lalu.  Memang stok bekalan mi segera tak pernah putus di rumah mereka.  Acam menyenduk mi segera yang telah dimasak ke dalam mangkuk.  Huh, melihatkan makanan yang berasap-asap di dalam mangkuk itu membuatkan selera Acam bertambah-tambah.  Seketika sahaja habis licin semangkuk Maggie mi dikerjakannya.  Tak kiralah betapa sakit hati ke, jiwa meronta-ronta ke, yang penting perut kena layan juga.  Rasa nak hentak-hentak mamat tu dibiarkan dulu seketika.  Dah kenyang boleh sambung semula.  Heh, boleh ke gitu!

            Selesai mengerjakan aksi cuci mencuci di dapur, Acam naik semula ke biliknya.  Pintu almari ditariknya, satu persatu baju yang tergantung dibelek-beleknya.  Dua helai blouse lengan panjang, pants, pakaian tidur dan adik-adik kecik dikeluarkan daripada almari.  Semuanya dilonggokkan di atas katil sebelum dilipat kemas.  Beg balik kampung, gelaran kepada beg hitam yang sederhana besar yang memang selalu digunakan untuk balik kampung, ditarik daripada bawah katil.  Semua pakaian yang siap berlipat kemas disumbat ke dalam beg hitam itu.  Setelah dipastikan semua teratur, Acam menaip sesuatu di keyboard telefon bimbitnya.

            Salam Yanie darling, aku balik rumah makcik aku ye.  Tak sihat sikit ni.  Lagi pun makcik aku call, dia sakit.  Nanti ko tolong inform Shuhaida yang aku MC ye. Thank you darling,  I owe you one ~ Acam.

            Pintu rumah ditutup dan dikunci kemas.  Risau juga takut-takut nanti dimasuki pencuri jika cuai.  Bukanlah banyak sangat harta benda mereka, almaklumlah orang bujang, mana ada harta pun.  Tapi kalau hilang laptop ke, telefon bimbit ke, tu pun dikira berharga juga.  Bukan semua rakan-rakan serumahnya yang mengusung laptop mereka ke dewan kuliah.  Dia sendiri pun jarang membawa laptopnya bersama.  Lebih suka tinggalkan di rumah sahaja.  Baru sahaja hendak menyarungkan sandal, telefon bimbitnya berbunyi.

            Wasalam.  Weh, biar betul.  Tadi ko sihat wal afiat je tetiba lak ko sakit.  Apsal ni?  ~ Yanie.

            Alahai makcik ni, macam mana aku nak cerita kat dia nih.  Takkanlah aku nak cerita insiden kat kafe tadi.  Memang menyampah betul nak flash back, omel Acam dalam hati. 

            Sakit hatilah, terus tangkap ke kepala.  Dah tak boleh blah nak masuk kelas pun. ~ Acam.

            Hola makcik!  Siapa yang sakitkan hati kawan aku ni?  Ko gaduh dengan Dzil ke? ~ Yanie

            Tak ada masa aku nak gaduh dengan dia.  Menyakitkan hati je.  Tak payahlah ko nak sebut-sebut nama dia.  ~ Acam.

            Wei, ada bunyi macam jeles je kat sana tu.  Ke ko nampak dia dengan Tasya kat kafe tadi.  Walawei, kawan aku ni dah pandai cemburu ke? ~ Yanie.

            Senget-senget bibir Acam menahan geram dengan usikan Yanie.  Dahlah hati tengak sakit, lagi ada hati nak sakat aku, getus Acam.

            Mana ko tau aku nampak dewang kat kafe tadi? ~ Acam

            Dzil datang jumpa aku.  Dia cari ko kat dewan kuliah ko tadi, tapi tak ada.  Jenuh dia tanya dengan semua classmates ko.  Last-last dia tanya aku masa masuk kelas tadi.  Aku dengar jelah cerita dia.  Alah Acam, ko relax la ~ Yanie.

            Lantak dialah.  Suka hati dialah nak buat apa pun.  Ko jangan cakap apa-apa kat dia okey.  Aku chow dulu, esok ke, lusa ke aku baliklah ~ Acam.

            Iyolah makcik, kalau boleh ambil lebih, ko ambik dua MC, den pun dah ponet nak ke kuliah ni yo.. take care ~ Yanie

            Telefon bimbit dimasukkan kembali ke dalam beg.  Cepat-cepat Acam meninggalkan rumah sewanya.  Di persimpangan jalan, Acam ternampak sebuah teksi melalui kawasan itu.  Rezeki dia hari ni.  Segera tangan diangkat menahan teksi tersebut.  Setelah memberi butiran lanjut destinasi yang hendak dituju, Acam memboloskan diri ke dalam perut teksi.  Tinggallah Taman Cempaka seketika.  Hendak membawa hati yang lara.

            Teksi berhenti betul-betul di hadapan rumah Mak Lang.  Setelah membayar tambang teksi, Acam menapak menuju ke rumah yang hanya beberapa depa sahaja daripada tempat teksi berhenti.  Sunyi je keadaan rumah ni.  Sungguh jauh berbeza ketika dia selalu menjengah ke sini semasa kecil mengikut keluarganya.  Dahulu ketika nenek masih ada, rumah ni memang tak pernah sunyi.  Asal balik kampung je, semua adik beradik ibu mesti sama-sama berkampung di situ.  Bila nenek dah pergi, tinggallah Mak Lang yang menjaga rumah pusaka ni.  Mak Lang pun sekarang ni hanya bertemankan Kak Sari dan Abang Shah.  Anak-anak Mak Lang yang lain semuanya telah berkeluarga dan mengikut suami masing-masing.  Kak Sari hanya tua dua tahun daripada Acam dan bekerja di sebuah klinik swasta di bandar Ipoh.  Manakala Abang Shah pula setelah menamatkan pengajian di United Kingdom setahun lalu telah pun berkhidmat sebagai salah seorang pegawai di Majlis Perbandaran Ipoh.  Semenjak belajar di PUO ni, inilah kali kedua Acam sampai ke rumah Mak Lang.  Pertama kali semasa awal semester hari itu apabila ibu menelefon memberi tahu Mak Lang dimasukkan ke hospital kerana mengidap coronary artery bypass.  Abang Shah yang pergi menjemputnya di rumah sewa.  Dua hari juga dia menjaga Mak Lang di kampung setelah Mak Lang dibenarkan pulang.

            Pintu rumah yang terbuka seolah-olah memang menantikan kedatangan Acam.  Tersembul wajah Kak Sari yang telah siap berpakaian putih seragam jururawat itu di muka pintu.

            “Wah, tak sangka Acam datang hari ni.  Kak Sari baru je sebut-sebut nama Acam tadi dengan mak, dah muncul.  Panjang umur Acam,” laung Kak Sari.  Hish, macamlah Acam tu berdiri sebatu jauhnya. 

            “Oh, patutlah Acam tersedak-sedak tadi.  Rupanya ada orang mengumpat Acam eh,” seloroh Acam.  Tangan kecil Kak Sari disalamnya.  Satu ciuman hinggap di pipi Acam.  Memang anak-anak Mak Lang selalu memanjakannya.

            “Mana ada mengumpat.  Mak tu sibuk tanya bilalah Acam nak datang lagi.  Rindu nak makan ayam masak merah Acam.  Mak kata Acam masak sedap,” balas Kak Sari.

            “Aloh, macamlah Acam terror sangat masak Kak Sari oi.  Acam main campak-campak je.”  Terasa kembang kempis juga hatinya dipuji begitu.  Hilang seketika rasa hati yang pedih terhiris. 

            Mak Lang yang berada di dalam bilik segera keluar mendapatkan Acam apabila terdengar suara anak saudaranya itu.  Dipeluknya tubuh Acam yang semakin susut. Rindu di hati tua itu untuk bertemu Acam terlerai.  Rindu hendak mendengar suara Acam.  Apabila melihat Acam, mendengar tawa hilainya, mendengar celotehnya, teringatkan adiknya yang selalu dimanjakannya.  Acam memang saling tak tumpah seperti ibunya, manja.  Walau pun sedikit kasar tapi sifat manja itu tetap ada. 

            “Tak ada kuliah ke ni?” soal Mak Lang, curiga dengan kedatangan Acam.  Iyalah, hari Isnin pun, mana ada cuti am.  Nak kata cuti semester, baru je habis.  Iskh, walau pun Mak Lang tak belajar di universiti, tapi Mak Lang bukan outdated.  Semua anak-anak Mak Lang graduan universiti malah yang belajar oversea pun ada. 

            “Tak berapa sihatlah Mak Lang.  Nak rehat kat sini boleh?” tanya Acam manja.  Dipeluknya tubuh tua Mak Lang.  Pantas, tangan Mak Lang menyentuh dahi Acam.  Seketika, bibir Mak Lang mengukir senyum. 

            “Tak demam pun.  Ke gaduh dengan boipren,”  usik Mak Lang.

            “Orang mana ada boipren la Mak Lang.  Orang nak cuti-cuti Malaysia je dua tiga hari kat sini.  Alah, boleh la ye,”  rengek Acam.  Hish, gedik je bunyi.  Acam pun nak termuntah juga mendengar rengekannya sendiri.

            “Kak Sari, boleh tolong bagi Acam MC tak?  Dapat dua hari pun cukuplah.  Tak ada mood lah nak masuk kelas,”

            “Tengoklah, nanti Kak Sari adjust dengan doktor.  Itu pun kalau dia nak bagilah,”

            “Alah, bukan doktor tu tunang Kak Sari ke.  Tak bagi nanti Acam bom klinik dia ye,” 

            “Pandai jelah Acam ni.  Oklah, Kak Sari pergi kerja dulu.  Hari ni syif petang, nanti malam kita jumpa eh.  Nanti jangan lupa masakkan ayam masak merah favourite Mak Lang tu,”  pesan Kak Sari sebelum melangkah keluar rumah.

            Kedengaran bunyi deruman kereta meninggalkan rumah Mak Lang.  Seronoknya kerja dengan bakal suami sendiri.  Tak payah nak susah-susahkan.  Untunglah badan orang.  Telefon bimbit sudah tiga empat kali menjerit-jerit minta diangkat namun dibiarkan sahaja.  Pelik juga Mak Lang melihatkan perangai Acam, tetapi hati tua itu faham.  Mesti ada angin puting beliung dengan boipren tu, teka Mak Lang.

            “Mak Lang dah makan ke?  Jom Acam masak untuk Mak Lang.”  Tangan Mak Lang diraih lalu dipimpin ke dapur.

            “Tu telefon kamu berbunyi tu tak nak angkat ke?”  soalan Mak Lang hanya dijawab dengan gelengan.  Biarlah telefon tu nak menjerit sampai ke pagi pun, dia apa peduli.  Hati yang sakit ni bukan senang nak dipujuk-pujuk.


**********************

            “Wei, bro badan je kat sini.  Ingatan entah kat mana,” jerit Mior.  Melenting kerana bola yang dihantar kepada Dzil tidak bersambut.  Dah tiga empat kali asyik faulty je mamat ni. 

            “Sorry, sorry.  Aku tak boleh mainlah petang ni.  Korang sambunglah,” balas Dzil.  Permainan yang baru setengah jam bermula ditinggalkannya.  Dia bertenggek di atas bangku kayu di tepi gelanggang takraw itu.

            Memang petang itu dia tidak dapat memberi sepunuh tumpuan pada permainannya.  Selalunya, dialah yang paling terror.  Almaklumlah, killer mesti kena handal.  Aktiviti petang yang menjadi kegemaran Dzil, main sepaktakraw dengan rakan-rakan serumah sewanya.  Ada juga dua tiga orang rakan daripada rumah lain yang turut sama menyertai mereka.  Lagi pun gelanggang takraw berhampiran sahaja dengan rumah buah hati pengarang jantung Dzil tu.  Orang kata, sambil menyelam sambil minum air.  Hah, itulah pasal laju je langkah kalau nak main takraw petang-petang.  Sambil main, sambil mata tu dok usha si jantung hati. 

            Kesempatan itu juga diambil untuk melihat apa aktiviti yang berlaku di rumah sewa Acam.  Setiap kenderaan yang singgah di rumah itu akan diperhatikanya.  Kerap juga ada lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya singgah ke rumah itu.  Mungkin bukan daripada kalangan pelajar PUO atau pun pelajar jurusan lain yang tidak dikenalinya.  Housemates Acam pun daripada jurusan yang berbeza.  Hanya Yanie sahaja yang satu kursus dengannya, malah sekelas pun.  Tak kisahlah kalau diorang tu nak bertenggek kat situ pun, asalkan tak usik buah hati dia sudah.  


          Selalunya, selepas habis bermain takraw, Dzil akan melepak di depan pagar hitam berkarat di Jalan Sari 32 tu.  Satu hari kalau tak tengok wajah Acam, tak sempurnya hidupnya.  Tak kiralah apa sekali pun yang sedang dilakukan Acam, dia pasti tetap akan tunggu.  Kadang-kadang sewaktu Acam tidur petang pun dia akan tunggu sehingga Acam terjaga.  Kalau Acam mandi pun Dzil sanggu menunggu sehingga Acam siap bersolek, heh, Acam mana pandai bersolek bagai.  Natural beauty minah tu.  Memang bagus dibuat isteri, untung kerana jimat maintenance cost.  Dan selalunya jugalah, Yanie yang menjadi mangsa diajak melayan bualannya. 

            Heh, dah mereng ko ni Dzil.  Tengok sana nampak Acam, tengok sini nampak Acam.  Tak boleh jadi ni, getus Dzil.  Langkah diatur laju menuju ke rumah sewa Acam.  Tak kira apa pun, dia mesti bersemuka dengan Acam.  Kalau terpaksa merayu dan memujuk pun dia sanggup. 

            Sampai di hadapan pintu pagar, kelihatan Yanie sedang mengangkat pakaian dari ampaian.  Cepat-cepat Dzil menggamit Yanie sebelum gadis itu masuk ke dalam rumah.  Yanie ni pun cantik juga, tapi tinggi lampai.  Kalau jadi model mesti top ni.

            “Psttt.. Yanie, Acam ada?”

            “Acam tak ada la bro.  Katanya pergi ke rumah makcik dia,”  balas Yanie semakin mendekati pagar.

            “Eh, dia ada saudara mara ke dekat-dekat sini.  Bukan ke dia orang Johor sama macam aku kan?”

            “La ko ni, memanglah family dia dok kat Johor, tapi ibu Acam tu asalnya orang Perak.  Orang dekat-dekat Ipoh ni je.  Rumah nenek dia ada kat Kuala Pari tu, tapi sekarang ni makcik dia yang tinggal kat situ,”

            “Oooo kisahnya.  Tak ada la pula dia cakap dengan aku pasal keluarga dia, lagi pun aku tak tanya,”

            “Ko bukan tak tahu Acam tu.  Dia bukan suka sangat nak bercerita hal-hal peribadi dia.  Kitorang tahu ni pun sebab hari tu ada emergency, makcik dia sakit.  Malam tu juga dia pergi rumah makcik dia dengan abang sepupu dia yang datang jemput,”

            “Hmm.. tak pe lah dah dia tak ada.  Nak buat macam mana, bukan rezeki aku.  Nanti kalau dia balik, ko kirim salam rindu aku kat dia ye,” ujar Dzil bernada agak rendah.  Hatinya masih tidak dapat menahan rasa. 

            “Wei, sorry la kalau aku masuk campur urusan korang.  Sebenarnya apa kes ko dengan si Tasya ni.  Kat bilik kuliah macam belangkas korang berdua ni sampaikan kitorang satu kelas ingat ko memang couple dengan dia.  Tapi aku pelik bila kat sini ko asyik do kejar si Acam tu.  Ko ni mana satu bro, ko jangan main-main dengan kawan aku.”  Soalan cepumas yang keluar daripada mulut Yanie.

            Dzil merenung wajah Yanie lama.  Dia berkira-kira bagaimana hendak memulakan cerita dengan sahabatnya itu.  Lama dia termenung, menyusun ayat.  Hatinya sudah mula membengkak menahan rasa hati.  Rasa bersalah pun ada bercampur baur.

             “Aku dengan Tasya tu memang serius tak ada apa-apa.  Kawan je.  Aku dah penat jawab soalan macam ni, aku tak pernah berubah hati.  Aku nak Acam sorang je,”

            “Tapi bro, perlakuan ko tak mencerminkan hati ko.  Ko dengan Tasya tu macam orang dah kahwin pun ada, berkepit je tak tentu masa.  Kalau aku jadi Acam, aku pun hangin satu badan tau,”  sindir Yanie. 

            “Huh, ketara sangat ke?  Aku rasa aku dah layan dia biasa-biasa je,” 

            “Mau taknya, dalam kelas korang berkepit, kat kafe pun berkepit dah tu assignment pun sama markah.  Hati mana tak sakit bro,”

            “Alamak, kantoi sudah.  Aku pun tak tahulah nak cakap apa Yanie.  Kadang-kadang aku pun rimas juga dengan Tasya tu, mengekor je ke mana aku pergi.  Tapi kat kuliah je lah, kalau lepas waktu kuliah, memang aku tak paruah si Tasya tu.  Ko tau jelah perangai dia, mana nak take no for answer,” 

            “Hmm.. iyalah.  Aku pun selalu nampak si Tasya tu keluar dengan sorang boy ni.  Aku tak kenal pun,”

            “Itu boyfriend dialah, kawan satu belajar dengan aku dulu,”

            “Entahlah Dzil, aku pun tak tau nak cakap apa dengan ko.  Tapi aku tahu memang Acam dah hangin satu badan hari ni.  Dia tanya juga aku dulu ko dengan Tasya tu couple ke.  Aku jawap ikhlaslah yang aku rasa tak.  Tapi iyalah bro, hati perempuan mana tak sakit bila nampak orang yang terkejar-kejar kat dia dok usung perempuan lain,” bebel Yanie. 
            “Ko rasa Acam cemburu ke kat aku?” Dzil mula memancing tanya dari Yanie. 

            “Mau tak jeolous, ko jangan salah serkap bro.  Nanti ko juga yang melepas.  Si Acam tu sekarang ni dah ramai secret admirernya.  Tu budak Johor yang bawa dia pergi kenduri dulu tu pun bukan main lagi dok mengayat.  Jangan cakap aku tak warning ko eh,”

            “Aku tau dia sayang kat aku,” kata Dzil lebih kepada hendak menyedapkan hati sendiri.  Yanie hanya tersengih melihat keyakinan yang tinggi pada sahabatnya itu.  Apa-apa pun dia tetap mendoakan mereka.

            Dzil meminta diri beredar setelah hari semakin gelap.  Azan maghrib sudah pun berkumandang.  Hati masih lagi resah gelisah tidak dapat menatap wajah gadis kesayangannya. 

            Acam, jangan pernah kau curiga tentang hatiku.  Selagi jantung ini masih berdenyut, selagi nafas ini tidak berhenti, selagi itulah namamu terpahat utuh di hati ini.  Tak mungkin akan kupisahkan dari diriku selamanya.  Tak apa, malam ni cuba lagi Dzil.  Jangan pernah mengenal erti kalah dalam mendapatkan cintamu. 

Namamu teratas indah bercahaya Laila
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi
Kesucianmu kembalikan semangatku
Mendampingi cintaku yang lalu

Harum tubuhmy memulihkan inderaku
Menghidu semula haruman di taman itu
Dan gerbang rambutmy diterbangkan bayu
Melambaiku pergi

Meninggalkan penjara ku yang ku dirikan
Melindungi diri yang tercalar
Dihiris dunia kejam

Hanya namamu Laila kekasihku Laila
Hanya namamu Laila bermain di jiwa

Sepanjang malam, lagu itulah menjadi penemannya.  Cuma nama yang terkandung di dalam lirik lagu itu diubah kepada nama Acam.  Best juga, kira boleh masuklah jika dinyanyikan.  Dan sepanjang malam itu juga jarinya tak henti-henti menaip dan menghantar mesej kepada gadis itu walau tiada satu pun yang berbalas. 

            Aku akan setia menantimu Acam.  Larilah sepuas hatimu, pergilah sejauh  mana yang kau mahu.  Aku akan sentiasa berada di sini menanti kepulanganmu.  Percayalah, tiada satu pun di dunia ini mampu merubah hatiku.  Kaulah yang satu.. dalam hati ini… untuk selamanya ..oh sayang!  Dzil untuk Acam dan Acam hanya untuk Dzil….



Note:  paruah ~~ tak ambil peduli / tak ambik pot 
*************************
Salam sayang2 kak yus, tepat jam 3.40 pagi k.yus posting n3 ni, baru je siap ditaip..maaf la ye kalau n3 ni tak seberapa.. harap sayang2 k.yus enjoy dgn n3 ni.. sudi2lah drop komen..  masih lagi nak asah skill Dzil utk memujuk Acam.. any idea?..

Lots of luv from 
Kak Yus
(Emeer & Ayesha)
(Fayyad & Azzalea)

11 comments:

  1. kak, "paruah" tu hape?

    dzil, acam dh lari baru laa berani ko takut ek?!

    apa lg, pegi kejar laju2..

    gudluck bro..

    ReplyDelete
  2. heehe... Yati.. paruah tu bhs pasar (bhs mana pun tak tau) bermaksud tak ambil peduli .. nak kejar camner.. tak tau Acam larik kat mana.. hahaha

    ReplyDelete
  3. macam biasa cerita ni memang best!
    Dzil nak buat apa sekarang bro? Bagi bunga? Teddy bear pun okay juga... hihihi... pujuk sampai Acam tu terpujuk... kalau tidak ramai lagi nak tackle si Acam tu..
    Terima kasih kak Yus untuk entry kali ni.. ^__^

    ReplyDelete
  4. First tyme dgr paruah.. Hehe errr.. Ksiannyer kt dzil.. Tp tu la.. Slh sndiri jugak.. Galfren org laen sebok nakk di jaganya.. Hummm.. Jaga galfren sndiri sudaa.. Xpyh nak baek sgt laaa

    ReplyDelete
  5. acam merajuk , x nak jwb call .. si pakcik dzil plak pening sendiri . hailaaa.. *tpi memang selalu jdi macam ni . and kalau x bertindak cepat, ego meningkat, alamatnya perhubungan tu sepi . mcm rin dengan 'orgtu' dulu.. Nostalgik betullah kak yus punya MB .. sob3

    ReplyDelete
  6. Afifah Darling ~ TQ dear menjadi follower setia MB ni, hmmm.. mmg tgh fikirkan jalan camner Dzil nak pujuk Acam, sumthing different.. hmmm.. pening2..

    Mizz Acu dear ~ heheehe..paruah tu bhs pasar, drp mana pun k.yus tak tau, tp mmg selalu sebut.. tu la kan, sibuk nak berkepit dgn girl org, last2 girl sdr yg cabut.. hehehee

    Rinsya laling ~ err...errr.. mengimbau kenangan lalu ke dear??? hehehe.. kasi lagik ye..

    ReplyDelete
  7. Best sgt entry kali ni...

    ReplyDelete
  8. wah akak, ayat power x hingat tp yg last tu baru je nak feel dah rasa s.thing. " larilah sepuas hatimu, pergilah sejauh AKU mahu". erk hehe

    kan dah kalut si acam ni merajuk. tu la layan lg si tasya tu. hahaha. tak sabar nk tgu mcm mana dzil ni nak pujuk.

    ReplyDelete
  9. Ratu Adriana ~ TQ dear..

    Dizzy ~ >__<

    Tni ~ itulah, bila baca semula ada je typo error.. hehehe.. tak per.. jap lagi akak alter balik.. hehehehe

    ReplyDelete
  10. Err....macam mana nak cakap ekkk? Rasanya cara Dzil belum betul2 sentap lagilah Kak Yus. Maybe kena cari something atau satu peristiwa yang betul2 boleh takluk hati Acam. Yg betul2 punch line nyer peristiwa. Setakat nie, hati saya masih dengan hero yg sorang lagi tu. Lebih halus dan tajam cinta dia pada Acam. Tapi baca setiap entry tetap berdebar2...hehehehhehe.

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com