Kecoh suasana di dalam wad aku pagi-pagi itu. Suasana yang hening di awal subuh menjadi lebih meriah apabila doktor mengesahkan aku dibenarkan pulang. Hari itu masuk tiga hari aku berumah tangga di wad obstetric. Walau pun ditempatkan di wad kelas satu, yang serba serbi lengkap dan mewah di hospital bertaraf lima bintang ni, tapi kalau dah hari-hari asyik dok baring sahaja, bosan juga. Hendak berjalan sedikit pun terpaksa menadah telinga mendengar bebelan En. Emeer yang tak henti-henti. Itu pun nasib tak diusungnya aku setiap kali hendak ke bilik air. Susah betul mamat ni.
“Hmm.. mama, nanti Emeer pinjam Mak Jah lagi ye, nak jaga Ayesha,” En. Emeer menyuarakan hasratnya kepada Datin Salina yang sedang sibuk mengemas barang-barangku. Bukanlah banyak sangat pun barang-barangku, tapi sibuk benar Datin Salina nak tolong kemaskan. Aku dilarangnya turun daripada katil. Aku perasaan, lancar sahaja En. Emeer membahasakan Datin Salina dengan panggilan mama walau pun perkara baru sahaja terbongkar. Mungkin kerana selama ini pun dia lebih rapat dengan keluarga Datin Salina. Aku sahaja yang agak sukar untuk memenuhi permintaan Datin Salina itu.
“Hish.. jangan nak mengada-ngada. Mama bawa Ayesha balik rumah mama, biar mama yang jaga,” balasnya.
“Ala mama ni, biarlah Emeer yang jaga Ayesha. Emeer cuti la nanti tolong Mak Jah,” bentaknya namun masih lagi lembut. Aku hanya memerhatikan anak-beranak ni bergaduh sesama mereka.
Alahai, berebut nak jaga aku la pulak. Masing-masing tak bertanya pun aku nak balik ke mana. Dah, sah-sah jika aku kata nak balik ke rumah sendiri akan dicantas mereka. Sama sahaja dua-beranak ni, masing-masing nak menang, tak reti nak mengalah. Sebaris senyuman terukir di bibir.
“Ayesha ni kena berpantang. Mak Jah seorang tak larat nanti nak jaga, Emeer tu bukan pandai sangat pun. Biar mama je yang jaga, kalau Emeer nak tolong jaga, balik tinggal kat rumah mama,” ujar Datin Salina lembut tapi tegas. Jari lembut Datin Salina mengusap-usap lembut bahuku.
“Ayesha ok kan balik rumah mama? Biar mama jaga Ayesha ye,” sambungnya lagi. Terharu aku dengan kebaikan Datin Salina dan insan-insan yang berada di sekelilingku. Aku mengangguk menyetujui cadangan Datin Salina . En. Emeer yang pada awalnya nampak agak tidak bersetuju mula tersenyum. Perlahan-lahan tangan Datin Salina diraihnya lalu dikucup.
“Ok then, Emeer balik tinggal dengan mama lah. Tapi mama kena bagi Emeer chance jaga Ayesha juga,” ujarnya manja. Alahai En. Emeer, dah tua-tua ni pun nak bermanja lagi. Hendak tergelak aku dibuatnya namun aku tahankan juga takut terkena jelingan maut En. Emeer tu.
“Ye lah, mama suruh lah Emeer jaga Ayesha nanti. Bukan kali ni je sekali sayang oi, nanti bila Ayesha bersalin esok-esok, tahulah nasib tu,” bebel Datin Salina . Kata-kata Datin Salina disambut dengan tawa yang berderai.
Aku memandang ke arah En. Emeer lalu menuturkan ucapan terima kasih. Walau pun tidak kedengaran, En. Emeer seakan mengerti gerak bibirku lalu mengenyitkan matanya. Kami berbalas senyum. Hati berbunga riang seketika.
********************
Kedatanganku disambut dengan senyuman mesra Mak Jah. Aku menyalami dan mengucup Mak Jah yang telah kuanggap seperti ibuku sendiri. Jasanya menjagaku tempoh hari tak mampu aku balas. Nuha yang sedang sibuk bermain di taman pun sibuk berlari mendapatkanku. Anak kecil ini sudah mula rapat denganku walau pun aku hanya sesekali sahaja bertandang ke sini.
Datin Salina mengarahkan aku berehat sahaja di bilik. Makanan dan segala keperluan akan diuruskan oleh Mak Jah dan Kak Leha. Alahai, rasa segan pula dilayan sebegini rupa. Aku ni bukanlah jenis yang suka duduk diam sahaja. Tapi nak dibantah arahan Datin Salina , memang aku tak berani. Agaknya sifat keras hati En. Emeer tu menurun daripada Datin Salina . Sama je kedua-duanya, pantang kalau dibantah arahan mereka.
“Awak, dua minggu saya cuti ni, siapa yang jaga awak?” soalku ketika berdua dengan En. Emeer di bilikku. Sudah beberapa hari En. Emeer tidak masuk ke pejabat kerana aku. Semua urusan dilakukan sama ada di hospital atau pun di rumah Datin Salina . Hanya sekali dua dia akan keluar apabila perlu. Rajin sangat nak menjaga aku.
“Kak Yati ada tolong tengok-tengokkan,” balasnya lalu meletakkan surat khabar yang berada di tangannya.
“Sayang tak payah la nak sibuk ingatkan hal-hal pejabat. Diri tu kena sihat dulu. And one more thing, learn to call me abang ye. Tak lama dah, sayang sihat je abang akan bawa rombongan ke rumah abah,” tuturnya lembut sambil melangkah ke arahku. Geram sungguh melihat senyuman sumbing yang terlukis tu. Tawa En. Emeer berderai apabila melihat wajahku yang sudah mula merona merah.
“Kenapa? Sayang malu nak panggil saya abang? Practice makes perfect, sayang,” tuturnya lagi menyakatku. Alahai En. Emeer, mahu sahaja aku picit-picit mulut tu. Tapi aku suka! Ewah, gatal jugak aku ni ye.
Ketika itu, lagu nyanyian Celine Dion sedang berkumandang. Kami saling berpandangan. Ada sejalur sinar bahagia di sebalik redup mata lelaki di hadapanku itu. Saling melayan perasaan masing-masing dialun dendangan lagu yang indah.
For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I’ll be forever thankful baby
You’re the one who held me up
Never let me fall
You’re the one who saw me through
Through it all
You were my strength when I was week
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith ‘coz you believed
I’m everything I am
Because you loved me
You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I’m grateful for each day you gave me
Maybe I don’t know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you ………..
Ya Allah, andai telah Kau takdirkan akulah sebahagian daripada rusuk kiri lelaki ini, kau permudahkanlah laluan kami. Kau satukanlah kami dengan restumu agar kami tidak khilaf lagi dalam melayari perasaan yang terindah kurniaanMu ini.
p/s .. maaf ye, hari ni n3 pendek sikit.. harap ia menghiburkan .. insyaAllah n3 seterusnya dalam masa yang terdekat , Terima Kasih krn sudi bertamu..
kena prctise bnyak-2 . ABANG . hihihi ..
ReplyDeletebest2..x sabar tgok mereka bersanding,punya anak&hidup bahagia:)
ReplyDeleteRinsya ~ hehee.. bukan senang nak ber'abang'2 ni.. tergeliat lidah si Ayesha tu..
ReplyDeleteAlina ~ wah..kena sampai ada anak eh?? hehehe .. nanti2
so sweet....bila lagi diaorang ni nk kawin erk?
ReplyDeleteaisha rahman dear ~ soon.. very soon.. hehehe
ReplyDelete