Tuesday, 31 January 2012

Bab 20 .. Biar Cinta Bertaburan




       Ketukan di pintu bertalu-talu mengejutku dari lena.  Pantas jam kecil kucapai.  Alamak, macam mana boleh kesiangan ni.  Subuh pun dah terlepas, tapi abah pernah berpesan, walau selambat mana pun bangun subuh tetap harus didirikan.  Menjaga waktu itu wajib.  Bergegas aku membuka pintu.  Hafifah terpacul dengan wajah kehairanan.

            “La.. ko tak bangun lagi ke Pina?  Aku ingat ko dah siap.  Kekasih kesayangan ko tu dah terpacak kat depan rumah tu, makcik oi” bebel Hafifah.  Namun seketika Hafifah terdiam dan merenungku.  Kening diangkat sedikit tinggi.  Ala-ala Ziana Zain gitu.

            “Ko tak sihat lagi ye Pina?  Ko ok ke tak ni?” ujarnya seraya meletakkan tangan  di atas dahiku.  Aku hanya menggeleng.

            “Aku tak boleh tidur malam tadi, penat sangat agaknya.  Perut pun tak sedap, kejap-kejap sakit.  Pukul 5 tadi baru aku tidur,” balasku.  Segera aku mencapai tuala dan meninggalkan Hafifah yang sudah mula beredar. 

            Selesai mandi, aku mengintai di balik langsir.  Senyuman kecil tidak mampu terusir dari bibirku apabila melihat En. Emeer yang bersandar di keretanya.  Berdiri memeluk tubuh dengan sabar menantiku.  Terserlah kehensemannya dengan kemeja biru dan slack biur gelap serta tali leher yang sepadan.  Mamat ni memang particular sangat dengan penampilannya.  Cerewet tu tak sudah.  Hmm.. nasiblah dapat aku yang boleh tahan dengan pe’elnya tu.  Jari mula mengada-ngada menaip sesuatu di telefon bimbit.

Awak, sorry ye kena tunggu sekejap lagi.  Saya terlambat bangun pagi ni ~ Ayesha

            No worries sayang.  Seribu tahun pun saya sanggup tunggu ~ Emeer.

            Ceh! Mengada-ngada sungguh mesej yang dibalas.  Cepat-cepat aku menyelak beberapa helai pakaian yang tergantung dalam almari.  Wah, tiada satu pun pantsuit aku yang telah bergosok tergantung, malah skirt labuh atau blaus pun tiada.  Ini semua kerana dok bertapa 2-3 hari kat rumah En. Emeer la ni.  Sudahnya, semua pakaian tak bergosok.  Akhirnya aku mengambil sepasang baju kurung yang kainnya tidak perlu bergosok. 

            Dahlah kesiangan, gasaklah pakai apa pun.  Aku memang jarang berbaju kurung, bukan kerana tidak gemar tetapi mengenangkan aku selalu ke hulu ke hilir sewaktu bekerja, ia menjadikan akak sukar pergerakanku.  Nak naik-turun tangga sukar juga dengan kain yang meleret-leret tu.  Setelah mencalitkan serba sedikit di wajahku, aku bergegas keluar. 

            “Ya Allah…” kakiku terpijak kain baju kurung yang kupakai ketika menuruni anak tangga.  Beg tangan serta fail yang kupegang terlepas jatuh bertebaran.   Badanku hilang kawalan.  Aku terasa diri melayang-layang dan tiba-tiba terasa sakit di pinggang serta seluruh badanku.  Kepala mula rasa berdenyut-denyut perit.  Aku sudah rebah tersungkur di kaki tangga.

            Pada saat itu yang ada di fikiranku hanyalah kandunganku.  Ya Allah, kau selamatkanlah babyku ini.  Baby jangan tinggalkan ibu.  Aku mengusap perut yang semakin sakit.  Baby, jangan tinggalkan ibu.  Ibu sayang baby.  Ibu lalai, maafkan ibu.   Aku mengerang kesakitan. 

“Pipah…Pipah..tolong aku..” jeritku.  Suaraku antara dengar dan tidak.  Aku hilang upaya untuk bergerak malah bersuara pun.  Darah pekat mengalir di celah kaki.  Sakit di pinggang serta perut semakin menjadi-jadi.  

            “Ya Allah, Pina.. apa dah jadi ni..” jerit Hafifah yang keluar dari dapur sambil berlari menerpa ke arahku.  Kepalaku sudah mula berpinar-pinar.

            “En. Emeer, cepat.  Pina jatuh ni.. cepat,” sayup kedengaran suara cemas Hafifah memanggil En. Emeer.   Dalam sedar dan tidak, telingaku menangkap bunyi riuh di muka pintu.

            “Baby ibu.. Ya Allah, selamatkan anak aku..” hanya itu yang mampu aku ucapkan.  Air mata sudah tak mampu mengubat kesakitanku lagi.  Terasa badanku dipeluk kejap dan badanku terus dicempung. 
           
            “Syy sayang.. it’s gonna be ok,” bisik En. Emeer.  Wajahnya yang berbalam-balam masih dapat ku lihat. 

            “Sorry awak.. so sorry..” duniaku semakin gelap.

**********************

            Sayang ibu, nak pergi mana ni sayang?  Jangan tinggalkan ibu ye sayang.  Ibu sayang anak ibu.  Sayang.. jangan pergi jauh.. sayang…

            Pelik!  Di mana aku?  Di sekelilingku hanya kelihatan warna putih.  Di mana anakku tadi?  Mataku liar memandang sekeliling.  Aku tidak pernah datang ke sini.  Tiba-tiba terasa tanganku hangat dikejap.  Aku mula menyusun setiap ingatan yang datang.  Ya Allah, anak aku.  Pantas tanganku meraba-raba perut namun terasa ada tangan yang melingkar di atasnya.  Kelibat En. Emeer yang tertidur di tepi ku dengan sebelah tangan melingkar di perutku dan sebelah lagi memegang kejap jari-jemariku tertangkap dek pandanganku.

            Air mata mula menitis laju dan seketika, ada jari-jemari kasar menyekanya.  Aku membuang pandang ke arah En. Emeer yang entah bila terjaga.  Dia hanya menggelengkan kepala.  Jari-jemariku diraih lalu dikucup berulang kali.

            “Syy..sayang..” pujuknya membuat hatiku bertambah pilu.

            “Anak kita..  I’m so sorry awak,” kata-kata sudah tak mampu terucap.  Hati yang pedih semakin jerih.  Ada air hangat yang tergenang di tubir mata lelaki itu.  Hatiku sudah berderai.  Rasa ingin menjerit melepaskan rasa membuak-buak.  En. Emeer lantas memelukku kejap namun pelukan itu tak mampu mengubat hatiku saat itu.  Aku menangis semahu-mahunya.

            “Sayang, jangan macam ni.  Kita kena redha.  You have to be strong for me.  We build a new life very soon sayang.  Saya nak awak cepat sihat.  Awak tahu saya sayang sangat awak,” suara lelaki itu lembut memujukku.  Rasa bersalah menampar-nampar hatiku.  Bagaimana hendak aku memaafkan kelalaian diri. 

            “Ayesha Sorfina.. I love you so much.  Kalau saya boleh ganti dengan diri saya, saya rela daripada melihat awak melalui ni semua.   Just get well soonest possible.  I promise you, we’ll get married soon and have lots of kids.. just don’t torture yourself,” pelukannya semakin kejap.  Aku tahu dia menahan esak. 

            Ya Allah, kau kuatkanlah aku untuk esok, untuk insan yang kusayang ini.  Aku redha pada takdirmu.  Mungkin ini yang terbaik untuk kami.   Kerana Kau yang Maha Mengetahui. 

***************

            Aku membuka mata perlahan.  Sudah penat asyik berbaring di sini.  Bayang En. Emeer sudah tidak kelihatan, mungkin pulang ke rumah untuk berehat kerana dia tidak pernah berenggang denganku semenjak aku di masukkan ke sini. 

            “Hai Ayesha,” ada suara halus menegurku.  Segera aku berpaling ke arah pemilik suara halus itu yang sedang duduk di sofa sebelahku.  Wajah itu aku amati berulang kali.  Rasa seperti pernah kulihat.  Aku melemparkan sebuah senyuman.

            “Hai.. maaf..” ujarku.

            “Saya Lyana Arissa.. “ ucapnya memperkenalkan diri yang membawa ribut di hatiku.  Wajah tenang yang tersenyum itu aku tenung lama.  Hati mula bergelora.  Kenapa harus dia ada di sini.  Kenapa dalam saat-saat begini, aku harus berhadapan dengannya.  Adakah dia datang untuk menoktahkan hubunganku dengan En. Emeer.  Aku telah kehilangan dan akan kehilangan sekali lagi.  Ya Allah, peritnya.

            “I know about you and Emeer..” tenang suara itu namun tak mampu menenangkan hatiku yang sedang berperang kini.  Menanti apakah yang bakal keluar daripada mulut kecil itu..

            “I am very sorry for your lost but am very happy for both of you.  I’ve heard a lot about you. You have changed everything dear..” aku masih tidak faham dengan apa yang diucapkan.  Benarkah telingaku ini.  Cik Lyana Arissa yang berkata begini?  Bukankah dia sepatutnya memarahiku atau menyeranahku kerana merosakkan hubungan dia dan En. Emeer.  Semakin keliru. 
           
            “Cik Lyana tak marahkan saya?” soalku terpinga-pinga.  Saat itu terasa tanganku diraih dan digenggamnya. 

            “Kenapa saya harus marah.  Saya sebaliknya amat berterima kasih dengan Ayesha.  Awak mampu mengubah segalanya.  Mengubah pendirian yang saya tak mampu nak ubah,” balasnya menambahkan kekeliruanku.

            “Saya tak faham Cik Lyana…” jujur aku memang tak memahami apa yang diperkatakannya.  Kepalaku semakin serabut.

            “Emeer tak pernah beri tahu awak yang saya dan dia adik beradik tiri?” soalnya lalu aku menggelengkan kepala.  Sungguh, aku tidak pernah tahu dan tidak pernah ingin mengambil tahu.  Mendengar nama Lyana Arissa sahaja pun sudah cukup membuatkan aku diserang rasa cemburu yang hebat.  Apatah lagi volunteer untuk bertanya mengenainya.

            “Masa daddy kahwin dengan mummy, umur saya 12 tahun dan Emeer pula masa tu baru 14 tahun.  Two years gap.  Tapi kami cepat rapat, mungkin sebab kami tak ada adik beradik lain.  Sampai sekarang pun kami memang rapat.  Tapi, malang nasib kami, daddy nak satukan kami berdua kerana daddy tak mahu harta daddy jatuh ke tangan orang lain.  Well, both of us was trained to obey our parents, so there’s nothing much to say about it.  We can’t say no.  Walau pun saya dan Emeer masing-masing tak bersetuju, tapi kami kena akur.  Saya memang membantah, tapi Emeer tu baik sangat.  Nak jaga sangat hati daddy sampai lukakan hati sendiri, lukakan hati orang yang dicintai.  Macam-macam hal saya buat..” terang Cik Lyana Arissa satu persatu.  Aku mula berminat untuk mendengar. 

            “Awak tahukan perkahwinan kami pernah ditunda?  I purposely hit the tree, so the wedding can be postponed.  Satu bulan saya duk hospital tau.. nak harapkan Emeer, hampeh.   Tapi, bila awak jadi begini barulah Emeer ada guts untuk bersuara dengan daddy.  Malah Uncle Ilham dan Auntie Salina pun bukan main lagi backing Emeer, sayang betul mereka kepada bakal menantu mereka ni,” sambungnya lagi.

            “Nanti.. saya tak faham.  Datuk Ilham, Datin Salina, bakal menantu.. “ semakin aku keliru.  Cik Lyana Arissa tersenyum melihat aku yang masih terpinga-pinga.

            “Welcome to our complicated family, Ayesha.  Awak tahukan Datuk Ilham tu adik mummy Emeer?  Well, sebenarnya mummy tak boleh melahirkan zuriat selepas kemalangan beberapa tahun selepas mummy kahwin dengan suami mummy dulu.  Bila Auntie Salina bersalin kembar, Emeer dan Eireena, Uncle Ilham kasihan kat mummy so Uncle Ilham berikan Emeer.  Besar pengorbanan mereka untuk mummy,”  terangnya panjang lebar. 

            “Ehemm.. siapa yang sebut-sebut nama uncle dan auntie ni,” sapa Datuk Ilham yang tiba-tiba terpacul dari pintu bilik diikuti oleh Datin Salina yang tersenyum mesra.  Terus, Datin Salina menuju ke arahku.  Badanku dipeluk dengan penuh rasa sayang.  Aku tergumam, tidak tahu hendak berkata apa.

            “Kan saya dan cakap, semua orang sayangkan Ayesha ni.  Bertuah tau dapat father and mother in-law yang sayang kat kita.  Betul kan auntie,” ujar Cik Lyana Arissa sambil mengenyitkan mata ke arah Datin Salina

            Datin Salina yang telah pun meleraikan pelukannya tertawa halus.  Dibelai-belainya rambutku.  Hatiku yang telah tersentuh dengan kasih mereka bertambah sayu.

            “Hmm.. rahsia dah kena bongkar ye Lyana.  Ingatkan auntie yang nak buat surprise,” balas Datin Salina diikuti dengan ledakan ketawa daripada Datul Ilham dan Cik Lyana Arissa.  Aku turut tersenyum melihat gelagat mereka.  Seketika, aku lupa pada keperitan dan luka di hati.

            “Anyway Ayesha, I’m very sorry for your lost again, but am glad to have you as my sister in law.  Saya akan pastikan, semua persiapan perkahwinan awak dan Emeer akan perfect,” ujarnya lalu mengucup pipiku lembut.  Terharu sungguh dengan peribadi yang dimiliki oleh gadis di hadapanku itu. 

            “Thank you Cik Lyana..” bisikku dan tangannya kugenggam erat.

            “Hish.. apa pula ber cik cik lagi ni, Lyana ni kan nak jadi adik ipar Ayesha, Lyana saje lah.. hah, lepas ni auntie dan uncle pun Ayesha kena panggil mama dan papa,” tegur Datin Salina.  Aku hanya memandang mereka dengan penuh rasa bahagia.

            Terima kasih Ya Allah, kerana memberi aku sebesar ini kebahagiaanmu.  Dalam Kau mengambil, tapi Kau tak lupa untuk memberikannya kembali.  Syukur aku kepadaMu.



~ cinta itu .. kau & aku ~



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

4 comments:

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com