Wednesday, 25 January 2012

Bab 14 .. Biar Cinta Bertaburan




Lewat petang, kami tiba di Kuala Lumpur.  Kereta diparkir di hadapan rumahnya.  Namun, En. Emeer masih lagi tidak membenarkan aku meninggalkannya.  Lama tanganku digenggam. 

“Kita kahwin cepat-cepat ye Ayesha,” pujuknya.  Aku tiada jawapan untuk membalasnya.  Di dadaku telah bersarang seribu satu kemungkinan.  Lupakah dia pada statusnya.

Jari-jemariku ditarik rapat ke bibirnya.  Dikucupnya berkali-kali.  Parah. 

“Awak, saya nak keluarlah.  Nanti apa kata jiran-jiran tengok kita berlama-lama kat dalam kereta ni,” ujarku lembut.  Segera wajahku dielus oleh jemari kasarnya.

“I wish Ayesha, we could stay a bit longer there.  Please sayang, kita kahwin.  Bila bangun pagi first thing abang nak tengok muka sayang dulu,” tuturnya melemahkan segala urat sendiku.  Alahai, janganlah romantis sangat En. Emeer.  Nanti aku tak boleh berenggang siapa yang susah.

Hafifah yang menjengok dari pintu memberi peluang untuk aku melepaskan diri.  Setelah berjanji untuk kembali bekerja esok, kami berpisah.  Laju kereta yang dipandu meluncur membelah kesibukan.  Hafifah memandangku dengan riak wajah bersama seribu satu persoalan.  Habislah, nak kena soal siasat lepas ni. 

Laju mulut Hafifah mengomel di belakangku.  Aku hulurkan sehelai selendang yang sempat aku belikan untuknya di bazaar di Tanjung Biru.  Cantik selendang tu.  Mulanya, malas aku nak bersiar-siar tapi tahu aje lah kan, perangai En. Emeer tu.  Mana boleh dibantah-bantah katanya.  Sibuk membelek itu dan ini untukku.  Iskhh, nasiblah aku ni bukan kaki kikis, kalau tidak, selamat sejahteralah harta benda mamat tu. 

Satu tamparan melekat di bahuku.  Lamunan ku terhenti.

“Eh, orang tanya dia, boleh pula dia mengelamun,” omel Hafifah.  Aku hanya tersengeh memandangnya.

“Ko ni sebenarnya kenapa Pina?  Ko lari ye?  Ko ada masalah apa dengan En. Emeer ni?” ajunya bertalu-talu.

“Tak ada apa lah Pipah,” balasku, malas hendak membuka cerita.

“Habis tu, aku tengok bos ko tu macam ayam mati anak.. ke hulu ke hilir cari ko.  Ko tau, dekat sejam dia paksa aku bagi tau ko kat mana.  Kelam kelibut aku, tapi tau je la kan bos ko tu kalau dah memaksa.. aku bagi gak la,” terang Hafifah dengan muka yang bersalah.

“Hmmm.. tak apa lah Pipah, nak wat macam mana lagi.  Aku faham,” balasku

“Ko berdua ni ada apa-apa eh?” soalan cepumas yang membuatkan aku terkesima.  Apa jawapan yang harus aku berikan.

“Iskhh.. tak ada lah Pipah oii.. dah lah, aku nak solat lepas tu nak tidurlah.  Esok dah mula kerja,” pintasku.  Hafifah hanya memuncungkan diri kerana soalannya masih belum berjawab.

**************

          Rindu pada pejabatku yang kemas rapi tersusun.  Ini mesti kerja Kak Haryati.  Pintu bilik En. Emeer kubuka perlahan.  Masih awal untuk En. Emeer berada di pejabatnya.  Fail-fail yang berada di atas meja kubelek satu persatu.  Harus diasingkan yang telah ditandatangani dan yang masih belum.  Entah berapa harilah dia tidak mengusik fail-fail itu.  Hanya aku seorang sahaja yang dibenarkan menyentuh mejanya itu.  Walau siapa pun yang menggantikan aku, tidak dibenarkan mengusik apa-apa pun di mejanya.  Selalunya, En. Emeer akan menyerahkan sendiri semua fail atau dokumen kepada pengggantiku ketika ketiadaanku. 

          Meja yang sedikit berabuk kubersihkan.  Bunga yang sudah layu telah kubawa keluar.  Perlu digantikan sebentar lagi.  Pewangi udara pun sudah kutukarkan.  Harum dan berbau segar.  Mataku tertancap ke arah bingkai kecil yang berada di sebelah monitor.  Semakin membesar apabila kutatap bingkai itu.  Entah sejak bila ia berada di situ.  Gambar kami berdua terhias indah di dalamnya.  Gambar ketika kami di butik pengantin.  Hatiku menjadi sungguh sayu.  Tak betah rasanya berlelama di situ.

          Haruman perfume yang dipakai oleh En. Emeer semerbak mewangi walaupun bayangnya masih belum kelihatan.  Bauan yang sungguh aku rindu.  Bauan yang menyesakkan tangkai hatiku.

          “Morning sayang, jom breakfast,” ucapnya sambil meletakkan briefcase di atas kerusi di sebelahku.  Aku mendongak memandangnya. 

          “Morning, sekejap,” ujarku.  Iskhhh, hati ingin menolak ajakan itu tapi mulut terlebih pandai mengiakannya.  Clash pula hati dan mulutku ini.  Dah parah Ayesha Sorfina ni. 

          Sepanjang menikmati sarapan, kami lebih banyak berdiam.  Lebih-lebih lagi aku.  Mati kutu agaknya untuk berkata-kata mengenangkan peristiwa yang berlaku bersamanya di Port Dickson semalam.  En. Emeer pula lebih banyak tersenyum.  Lebih banyak merenungku. 

          Mamat ni, kalau dapat peluang mesti tangan aku jadi mangsanya.  Tak pasal-pasal nak memegang tangan orang.  Tak kira kat mana sahaja, asyik tangan itulah yang diraihnya.  Terasa malu juga aku kalau-kalau terperasan oleh staf lain yang berada di kafe tu.  Bila ditarik, lagi kejap genggamannya. 

          “Awak, kalau tak pegang tangan saya tak boleh ke,” bebelku.  En. Emeer tersenyum lebar.

          “Eii.. kedekut la awak ni.  Pegang tangan je pun.  Lagi pun tangan ni kan hak saya juga,” balasnya bersahaja.  Geram betul aku dengan mamat ni.  Sekarang ni dah pandai sangat berkata-kata.  Berguru dengan siapa lah mamat ni.

          “Jangan nak perasan ye, bila masa jadi hak awak,” ujarku sambil mencebekkan bibir.

          “Hmmm.. nak saya refresh balik ke sayang?” usiknya membuatkan rasa hangat menyimbah ke wajahku.  Terdengar tawa halusnya melihat wajahku yang sudah merona merah. 

          “Satu lagi, jangan nak sayang-sayang dengan saya kat ofis ni.  Nanti staf dengar apa tak sedap la,” kataku ketika kami sedang menunggu lif.  Hanya kami berdua di situ.

          “Biarlah semua orang tahu awak tu saya punya.  Tak ada la lagi budak-budak lelaki kat bawah tu nak mengorat awak,”

          “Ish, mengarutlah awak ni,” marahku. 

          “Awak ingat saya tak tahu ke budak-budak kat bawah tu duk usha awak.  Azman tu selalu cerita kat saya, staf lelaki dia asal awak lalu je mulalah bertenggek semua.  Tu belum lagi yang ada ura-ura nak ajak date.  Geram saya tau,” bebelnya panjang.  Tersungging senyuman di bibirku melihat wajah cemburunya.  Pandai cemburu mamat ni.  Aku suka.

          “Hah, gelak.  Senyum lebar-lebar.  Jangan harap saya nak lepaskan sayang senang-senang ye.  Berani ajak awak dating, lebam mata nanti,” balasnya tegas.  Tanganku masih digenggamannya.  Sesekali terasa sakit dengan kemas pegangan itu.  Hadoii hati, kekadang rasa berbunga, ada masa rasa sakit hingga ke sanubari.  Cintakah ini, rasa macam nak terbang pun ada.  Jangan jatuh terguling sudahlah.

         
          Hari ini, ada dua mesyuarat yang perlu dihadiri.  Mesyuarat bersama agen-agen pada sebelah pagi dan Business Development Meeting pada sebelah petang.  Aku hanya perlu hadir di mesyuarat pada petang itu sahaja.  Mesyuarat bersama agen tidak perlu diminitkan.  Lebih kepada perbincangan. 

          Telefon di atas meja berbunyi nyaring.  Aku mengerling ke atas butang yang berkelip-kelip.  Ini panggilan daripada luar pejabat. 

          “En. Emeer’s office, good morning,” ucapku.  Standard trademark untuk menjawab panggilan telefon.

          “Good morning, assalamualaikum.  Ayesha,” sayup terdengar namaku dituturkan di hujung talian.

          “Ye, saya Ayesha.  Boleh tahu siapa di talian,” balasku lembut.

          “Ayesha, Auntie Salina ni.  Ayesha sihat?” soalnya.  Patutlah suara itu terasa seperti familiar benar, rupanya Datin Salina.  Hatiku melonjak gembira.  Lama tak berbual dengan Datin Salina.

          “Sihat Datin.  Datin nak cakap dengan En. Emeer ke?”  aku lebih senang memanggilnya Datin walau pun berkali-kali Datin Salina menyuruhku memanggil Auntie Salina.  Segan juga aku.  Maklumlah, siapa lah aku dengannya.

          “Eh, tak lah.  Auntie telefon ni nak tanya Ayesha busy tak esok.  Ingat nak ajak Ayesha temankan Auntie cari barang sekejap petang esok,” ujarnya.  Aku membelek-belek planner di atas mejaku.  Rasanya esok tak ada apa-apa yang penting, itu pun kena rujuk dahulu lah pada bos kesayanganku tu.

          “Hmmm.. esok Ayesha free Datin,”

          “Ok, kalau macam tu, esok pukul 12 Auntie tunggu Ayesha kat lobby ye.  Ok dear, salam Auntie untuk Emeer ye,” ujarnya sebelum talian dimatikan. 

          Mengenangkan ajakan Datin Salina itu, senyuman terukir di bibirku.  Inilah kali pertama kami akan outing bersama.  Nak berjalan bersama Datin esok, akalku mula berkira-kira baju apa yang harus aku kenakan.  Hmmm, lagi pun esok hari bekerja.  Pakaian kerjaku sahajalah.  Pantsuit pun ok kot, bisikku.

          Lamunanku mati tiba-tiba melihat En. Emeer yang tercegat di pintu memerhatikanku.  Perlahan dia menapak ke arahku.

          “Rindu kat saya ye,” bisiknya.

          “Eii.. awak ni tak ada kerja lain ye, asyik nak perasan je,” balasku berlagak marah.  Dalam hati nak termuntah ketawa.

          “Dah tu, termenung bagai sampaikan saya tercegat kat pintu tu dah limit minit pun tak sedar,” balas En. Emeer.  Kerusi yang ada di sebelahku ditariknya.  Biasalah, itu lah port En. Emeer jika nak bertenggek di bilikku ini. 

          “Ye ke?” aku termalu sendiri.  Tak sangka pula boleh mengelamun tadi.

          “En. Emeer…”

          “Cubalah sayang belajar panggil abang, sedap telinga saya dengar..” kata-kataku dimatikan dengan usul lawaknya.  Mencerlung mataku.  Mengada-ngada pula mamat ni.  Tak habis-habis lagi dengan permintaannya tu.  Malas aku nak layan.


          “Awak, tadi Datin Salina call.  Datin kirim salam kat awak, lepas tu Datin minta saya temankan dia esok.  Boleh tak?” soalku.  Sudahnya, ber’awak-awak’ sahaja aku.

          “Waalaikumussalam.  Wah, tau lah awaklah tu dah jadi kesayangan auntie saya tu.  Pukul berapa esok?  Jangan satu hari sudahlah, nanti rindu pula saya kat awak tinggal sorang-sorang,” balasnya. 

          “Pukul 12.  Datin datang ambil saya.  Awak lunch sorang ye,” gurauku.  Muncung wajah En. Emeer tak boleh nak dikata.  Hilang hensem dan machonya.  Aku hanya tertawa kecil.  Kembang hati dengan kemesraan ini.  Biarlah ia bersifat sementara pun, tapi hati masih ingin merasainya.


... biar cinta ini berkembang mekar di hati... 
mencintaimu sesuatu yang terindah dalam hidupku ..
aku cinta kamu 


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

3 comments:

  1. apa agaknya yg terjadi klw sampai tunang En.ameer muncul dlm bab seterusnya...

    ReplyDelete
  2. awat ai pi ulang baca ek ? adeh! adeh... better tunggu buku dia je.. huhu

    ReplyDelete
  3. hahahaa... Rin dah tak sabar la tu...

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com