Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin bisa kau rindu
Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu
Oh karena, hati t’lah letih
Aku ingin menjadi sesuatu, yang s’lalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memujamu
Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati
Oh bayangmu, seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil, rinduku, padamu oo~…
Seperti udara yang ku hela kau se-lalu, ada
Bait demi bait lirik lagu Dealova nyanyian Once itu berlagu dibibirku. Sambil menyidai baju di ampaian kalau tak menyanyi memang tak sah aku ni. Hari-hari cuti begini sahajalah peluang aku untuk mengemas rumah dan mendobi pakaian harianku. Kalau hari biasa dah tentu tak berkesempatan. Apatah lagi dalam masa beberapa minggu lagi Budget Meeting akan diadakan. Persiapan sedikit demi sedikit telah aku bereskan.
“Woi, kau kalau tak berangan sambil idai baju tak sah..” sergah Hafifah yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Wah, minah ni dah siap berlawa-lawa dengan wangi-wangian yang harum mencucuk hidungku.
“Ko kan Pipah, saja la kalau tak menyakat aku. Nasib baik tau aku tak ada sakit jantung, kalau tak dah lama aku jadi arwah,” bebelku sambil membaling bakul kain ke arahnya. Baling-baling manja tapi brutal juga aku ni kan .
“Ye ke.. adalah orang yang merana kalau ko arwah Pina oi,” terkekek Hafifah mentertawakan aku.
“Ko nak pergi dating ke Pipah? Cepat-cepatlah kahwin kalau dah tiap-tiap minggu asyik dating je,” usikku.
“Banyaklah ko punya dating. Aku bukan macam ko tu, hari-hari boleh dating, breakfast sama-sama, lunch sama-sama.. heyy.. jeles aku tau,”
“Wei, ko tak sayang mulut eh. Tu kan bos aku, tunang orang la wei.. gila ko ..,” bidasku. Tak sayang mulut betul minah seorang ni.
Kami berkawan sejak kecil lagi. Sama-sama bersekolah di sekolah rendah dan menengah yang sama. Bila melanjutkan pelajaran di IPT, Hafifah ambil jurusan Perakaunan manakala aku ambil Office Management. Pipah nama gelaran yang aku berikan, manakala Pina pula gelaran untuk aku.. P&P .. khas hanya untuk kami berdua.
Alhamdulillah, bila masuk ke alam pekerjaan, kami masih bersama. Berkongsi tinggal di rumah yang baru juga aku beli daripada tuan rumah yang asalnya kami sewa hampir dua tahun yang lalu. Disebabkan tuan rumah memerlukan wang, maka rumah yang aku duduki ini dijual dengan harga di bawah harga pasaran. Peluang datang sekali sahaja mengetuk pintu kita, jika kita biarkan ia berlalu, entah esok akan menjelma lagi atau tidak.
Tinggallah aku keseorangan di rumah setelah Hafifah keluar dengan Hakimi, tunangnya. Apa nak buat lagi ye duk sorang-sorang ni. Nak mengemas, rasanya dah banyak barang yang aku buang daripada kemas. Nak memasak, tak terasa lapar lagi pun nak makan seorang diri tak berselera pula rasanya. Hmmm… terlihat pada timbunan novel-novel baru yang aku beli secara online di atas meja yang masih belum terusik membuatkan timbul keinginan untuk me’novel’ hari ini. Layan novel pun syok juga.
Sedang khusyuk melayan novel 7 Hari Mencari Cinta, karya Siti Rosmizah, telefon bimbitku berbunyi. Nada bunyi mesej masuk. Siapalah yang gatal sangat nak bermesej dengan aku hari minggu ni.
Hi.. awak buat apa hari ni? ~ Emeer
Wat bodoh je bos! ~ Ayesha
Hahaha..so funny! Jom keluar nak.. jalan-jalan cari makan ~ Emeer
En. Emeer.. tak meluat ke asyik tengok muka saya je tiap-tiap hari. Tak de mood la nak keluar, lagi pun semua baju basuh ~ Ayesha. Lawak, ayat apa yang aku tulis tu.
Habis tu, kalau semua basuh awak tak pakai baju la.. wah.. saya datang sekarang juga.. just joking. Serius ni, jom keluar. Lagi pun semalam lupa nak bawa baju untuk dobi kan ..~ Emeer
EEEe.. geram betul aku dengan mamat ni lah. Dah la kes minggu lepas kat butik pengantin tu tak habis lagi termalunya aku. Ni nanti cari pasal lagi. Mengenangkan baju-bajunya yang belum berdobi itu, hatiku jadi lembut pula. Ye la kan , selalunya setiap sabtu En. Emeer akan memberi baju-bajunya untuk aku hantar ke kedai dobi berhampiran dengan kawasan rumahku ini. Suka benar dia dengan hasil kerja kedai dobi tu.
Ok lah.. pukul berapa nak sampai. Saya nak bersiap ~ Ayesha.
Actually, saya dah ada depan pagar rumah awak..hehe ~ Emeer.
Bingkas aku bangun menarik langsir yang kuselak luas sebelum berbaring sambil melayan novel sebentar tadi. Aku memang suka bermalas-malas begini bila duduk di ruang tamu. Rimas kalau langsir sliding door tak diselak. Terasa gelap satu rumah.
Terpandang kelibat En. Emeer yang telah berdiri bersandar di keretanya yang telah di parking di hadapan pagarku yang tidak berkunci. En. Emeer hanya tersenyum memandangku. Eh, boleh aku tak perasan. Aku kan hanya berblaus sleeveless dan berskirt pendek sahaja ni. Alahai, kantoi betul lah. Patutlah mamat tu dok sengeh-sengeh je. Free show hari ni.
Lain kali inform awal-awal. Ok, tunggu saya nak siap ~ Ayesha
Bila dah last minute macam ni mulalah aku kalut. Baju mana nak ambil, ambil yang itu, letak yang ini. Sudahnya, aku hanya mengenakan jeans hitam dan T-shirt lengan panjang berwarna krim serta selendang hitam. Semuanya yang simple dan tak perlu diseterika. T-shirt ni pun En. Emeer yang belikan semasa dia ke Sweeden awal tahun dulu mengikuti seminar seminggu di sana . Seronok ye dapat jadi bos ni, asyik berjalan ke luar negara je. Aku jarang mengenakan T-shirt ni kerana potongannya yang agak mengikut badan. Tutup sedikit dengan selendang panjang ni dah okay la kan . Tak ada la over expose sangat.
Cepat-cepat aku mengunci pintu dan menyelitkan nota untuk Hafifah menyatakan aku keluar sebentar. Mesti bising mulut minah tu nanti.
Senyuman manis colgate En. Emeer menyambutku. Ditenungnya aku dari atas ke bawah. Ceh, ingat aku ni model sedang catwalk ke nak usha sampai nak terkeluar biji mata. Senyumannya yang semakin lebar menandakan approval la tu dengan penampilanku. Iskh.. tak approve pun ada aku kisah. Dah la paksa aku keluar, nak kena jaga penampilan la pulak. Tak ada masa mak, nyah!!!!
Destinasi kami yang pertama ke kedai dobi. Setelah selesai berurusan di kedai dobi, kami menghala ke arah bandar. Hari minggu, suasana jalan tidak seperti biasa. Tenang dan aman. Tidak banyak kereta bersesak-sesak. Mungkin warga kota ingin merehatkan badan di rumah.
“Jom makan .. laparlah,” ajak En. Emeer. Menggoda sungguh suara mamat ni. Aku hanya mengangguk mengiakannya.
Laju kereta BMW 5 Series itu dipandu kea rah pusat bandar. Aku membiarkan sahaja En. Emeer memilih sendiri hala tuju, lagi pun dia yang sibuk sangat ajak aku pergi makan. Alamak, lagu Dealova la pula kat radio ni. Gatal betul jari aku nak menguatkan sedikit volume radio mamat ni, tapi terpaksa aku pendamkan. Terpaksa jugalah aku menyanyikan lagu kegemaran aku ni diam-diam. Dalam hati pun tak apalah. Tiba-tiba kedengaran alunan suara Once semakin kuat, merdunya di telingaku. Eh, ada instinct ke En. Emeer ni, boleh baca isi hati aku. Wah, bahaya ni.
Aku menoleh ke arahnya dengan wajah yang penuh persoalan.
“Dah ada orang tu minat sangat lagu ni, kuatkanlah sikit. Terkumat-kamit mulut tu, kalau dah suka nyanyi aje lah ..” sinis je suara mamat tu kedengaran di telingaku. Eee.. kalau boleh aku cubit-cubit mulut mamat ni, asyik nak perli aku je. Malas aku nak layan. En. Emeer terkekeh-kekeh ketawa melihat muka aku yang mencuka. Kacau betullah, orang nak layan lagu Once ni pun dah hilang feel. Geram!!!!!
Seusai menjamu selera di Restoran Thai di dalam MidValley Mega Mall, kami menyusuri butik-butik yang terdapat di situ. Kalau minggu gaji, dah tentu habis duit gaji aku ni. En. Emeer ni pula sibuk duk tanya aku nak beli apa. Kalau nak suruh aku shopping, bagi la gaji awal sikit kan .
“Er.. En. Emeer, nak minta cuti minggu depan boleh tak?” ujarku ketika kami sedang membelek kasut sukan di butik Adidas.
“Nak pergi mana?” sibuk pula mamat ni nak tahu.
“Nak balik kampung la En. Emeer. Hari Ahad ni mak dan abah nak adakan kenduri selamat sedikit sebelum berangkat mengerjakan umrah. Hari Isnin dah take off,” terangku.
“So, nak cuti berapa hari? Habis tu adik-adik tinggal dengan siapa mak dan abah pergi Umrah?” soalnya. Amboi, mak dan abah je. Sejak bila pula jadi anak angkat mak dan abah aku ni.
“Mak Su ada tolong jagakan. Lagi pun Mak Su memang tinggal dengan mak dan abah sekarang ni,” balasku.
“Hmmm.. ok lah. Dua hari aje la kan , nanti isi form,”
“Thanks En. Emeer. Jasamu dikenang,” senyuman paling manis aku berikan.
“Cantik!”
“Hah? Apa yang cantik En. Emeer?” soalku terkejut dengan pujian yang tiba-tiba keluar daripada mulutnya. Aku memerhatikan sekeliling kalau-kalau ada gadis-gadis ke, artis ke yang ditujukan pujian tu. Tak ada la pula, kebetulan di sekeliling ku ketika itu ramai pelanggan lelaki sahaja.
“Tu kasut kat tangan awak tu.. belilah. Sesuai dengan dressing awak hari ni,” balasnya bersahaja.
“Uish.. tak nak lah. Mahal,”
Lantas kasut ditanganku ditariknya. En. Emeer meneliti harga yang terlekat di bawah tapak kasut tersebut lalu menggeleng kepalanya.
“Miss.. tolong ambil kasut ni.. saiz 4 ye” ujarnya setelah menggamit jurujual yang melayan kami.
“Tak mau lah En. Emeer, mahallah..” sungutku. Tidak menghiraukan rungutanku, tanganku ditarik menuju ke arah bangku yang disediakan untuk pelanggan yang ingin mencuba kasut di situ. Mamat ni bukannya nak dengar cakap aku pun. Suka hati dia je nak paksa-paksa aku. Tapi memang aku suka pun kasut tu tapi harga yang mencecah ratusan tu membuatkan aku berfikir berkali-kali untuk membelinya.
“Cubalah.. ke awak nak saya pakaikan untuk awak,”
Serta merta aku mengambil huluran kasut daripada gadis jurujual itu. Takut aku dengan risiko yang bakal aku hadapi dengan mamat ni. Bukan boleh kira, kalau kata dia, kata dialah.
Setelah membayar harga kasut tersebut, kami beralih ke beberapa butik lain sehingga terasa sakit tumit kaki aku ni. Boleh tahan juga mamat ni kalau bershopping.
Hampir jam enam petang kami keluar daripada MidValley Mega Mall. Aku ingatkan En. Emeer akan terus hantar aku pulang. Meleset sama sekali ramalanku itu. Kereta dipandu laju menuju ke arah Jalan Masjid India . Nak buat apa pula mamat ni kat sini, bisikku.
Setelah memakir kereta di parkir berhadapan dengan deretan kedai-kedai itu, aku hanya menuruti langkah En. Emeer yang menyusuri kaki lima kedai. Akhirnya kami berhenti di sebuah kedai yang menjual berbagai jenis jubah serta kelengkapan untuk mengerjankan haji dan umrah. Tanpa aku sedar, aku memaut lengan En. Emeer untuk memberhentikannya. Nasib baik beralas ye. Keningku sedikit terangkat ala-ala Ziana Zain. Mempersoalkan kenapa perlu ke sini. En. Emeer hanya tersenyum lalu laju sahaja menarik tanganku. Iskh.. mamat ni. Mentang-mentanglah aku terpaut tangannya tadi, ambil kesempatan lebih-lebih pula.
En. Emeer membeli beberapa helai jubah putih untuk mak dan abahku setelah walau pun puas aku memujuknya untuk tidak berbuat demikian. Mak dan abah dah ada, alasanku. Namun katanya, ini jubah pemberian darinya. Ada perbezaan. Malah, siap membelikan beberapa barang keperluan lain lagi. Saat ini, hati aku dipanjat rasa syahdu yang amat.
Mengapalah engkau tidak dicipta untuk aku wahai Emeer Zafran. Mengenalimu membuatkan aku sukar untuk menerima orang lain di hatiku. Tiada yang dapat menandingi dirimu. Seketika mataku bergenang namun cepat-cepat aku memaling wajah agar tidak disedari oleh sesiapa.
Mungkin menyedari mood aku yang sedikit terusik, En. Emeer tidak terus menghantarku pulang. Dia membawaku ke sebuah restoran esklusif dan popular di kotaraya ini. Enak KL yang terletak di Star Hill. Keindahan dekorasi dalamannya serta suasana yang cukup romantik benar-benar mendamaikan. Seketika aku terlupa dengan siapa aku bersama ketika ini. Biarlah saat ini menjadi kenangan terindah buatku sebelum dia dimiliki insan lain. Andai bisa waktu terhenti, aku ingin dihentikan di sini …
Hentikan aku dari terus bermimpi..
da mula terbuai2 nie...xsaba nk tggu epsiod yg lain...
ReplyDeletehe.he,agak2 kat mana rumah en.Ameer&Ayesha tu yea,ingt nak singgah..:)
ReplyDeleteHohohoho makan kat enak kl best tu....
ReplyDeleteSelera saya ~ tungguuuuu
ReplyDeleteAlina ~ rasanya dekat2 sini je tu.. klu nak singgah roger2 la..hehehe
Azman ~ dengar criter best dining kat EnakKL tu.. heheheee (tak tau lah sapa yg serve Emeer n Ayesha tu ye..)
ReplyDeletebest best....
ReplyDeletesmakin asyik ni
ReplyDeletewah..wah pipah..asik dating dgn hakimi tetiap mgu yer..nk kene tenyeh si hakimi nih!
ReplyDeletebaiknye encin emeer... belikan kasut utk ayesha, belikan jubah utk mak n abah ayesha...
ReplyDelete