Serabut. Segalanya menjadi semakin tidak keruan. Hendak disesali segala yang telah berlaku pun tidak berguna. Betapa rapuhnya aku dalam melayari bahtera percintaan ini. Hati rasa bagai dicarik-carik.
Pintu bilikku diketuk dan tersembul wajah Hafifah di sebaliknya.
“Ko ok tak Pina?” ujarnya lantas melabuhkan diri di atas katilku. Aku hanya menganggung lesu. Masih terasa pening-pening dan sedikit loya. Namun aku cuba menyembunyikan rasa alahan ini supaya tiada siapa yang menyedarinya. Hafifah yang tadi berbaring kini berpusing mengadapku. Wajahku direnung lama.
“Pina, kalau aku tanya ko jangan marah kat aku ye,” perlahan suaranya namun dapat kutangkap jelas. Aku hanya mengangguk, menanti apa yang ingin diperkatakan seterusnya.
“Tadi aku ada jumpa Dr. Nurul, staf dia call aku suruh aku datang klinik. Ko tertinggal kad Red-Alert ko kat sana . Dia dah telefon ko tapi tak dapat, so dia telefon la aku,” ujar Hafifah tenang. Hatiku sudah berdegup kencang. Aku beralih posisi, daripada berbaring kini duduk mengadap Hafifah.
“Ko tak sihat ye, Pina. Betul ke apa yang Dr. Nurul beritahu aku Pina?”
Tak mampu nak aku nafikan kepada sahabat baik aku ini. Selama ini pun, Hafifahlah yang menjadi tulang belakangku. Selama ini pun, Hafifahlah yang menjadi tempat aku berteduh, melepaskan sedih, sendu yang bertahta di hati. Dia lah yang memberi aku semangat ketika hatiku hancur dengan fitnah Rashdan.
Segala yang terjadi di Port Dickson aku bongkarkan kepada Hafifah. Malah, insiden terserempak dengan En. Emeer dan Cik Lyana Arissa ketika di kafe hotel juga turut aku ceritakan. Kami berdua sama-sama tenggelam dalam runtunan hati.
“Habis tu, ko tak nak beritahu En. Emeer pasal baby ni, Pina?”
“Entahlah, mulanya aku ingat aku nak bagi tau dia. Tapi bila aku lihat depan mataku tadi mesranya mereka, aku hilang harapan. Aku rasa biarlah aku tanggung semua ni seorang,”
“Tapi Pina, dia ada hak untuk tahu. Ini baby dia juga. Ko fikir baik-baik Pina, banyak masalahnya nanti,”
“Aku akan fikirkan jalan terbaik Pipah. Aku yakin, aku boleh jaga baby ni sendiri. Mungkin aku boleh contact Sarah, minta tolong dia carikan aku kerja di UK ,”
“Ko nak tinggalkan aku Pina? Sampai hati ko. Ko tak fikir mak dan abah, maksu.. semua di kampung Pina?” kata-kata Hafifah menusuk tangkai hatiku dalam.
“Itulah yang buat aku lebih tertekan Pipah. Aku berdosa pada mak dan abah. Aku tahu mereka mesti kecewa dengan aku,” esak tangisku semakin menjadi. Tak dapat membayangkan wajah kecewa abah dan mak.
Hafifah memelukku erat. Pelukan seorang sahabat yang sentiasa menenangkan sahabatnya. Persahabatan kami ikatan yang akan kukuh dunia akhirat.
“Apa pun mom to be, aku akan sentiasa sokong ko. Ko akan ada aku sampai bila-bila,” ujarnya sambil menarik hidungku. Hafifah meletakkan tangannya ke perutku.
“Baby, ni Mak Pipah tau. Mak Pipah pun akan sayang kat baby macam mummy baby. Apa pun yang akan jadi, baby, mummy dan Mak Pipah akan sentiasa hidup bersama-sama ye,” tersentuh hatiku dengan ikhlas pengucapan Hafifah. Terima kasih Tuhan, kerana mengurniakan sahabat seluhur Hafifah untukku.
Mata masih belum mahu terlelap. Fikiran masih serabut memikirkan hari depan. Memikirkan nasib kandunganku ini. Memikirkan cara untuk aku meneruskan hidup tanpa dia di sisi. Perut kuusap lembut. Walau pun masih terlalu kecil usia kandungan ini, tapi sudah terasa dekat di hatiku. Sebahagian daripada diriku berada di situ. Anak mama, kita akan hidup bersama sayang. Mama tak akan sia-siakan anak mama. Memang satu kesilapan bodoh yang telah mama dan papa lakukan, tapi mama tak pernah menyesal mencintai papa. Anak mama ini, tanda cinta mama.
Kita masih boleh hidup sayang tanpa papa. Bukan mama nak nafikan hak anak mama, tapi mama tak mahu dalam kita mencari kebahagiaan kita hancurkan hati orang lain. Mama tahu anak mama kuat. Mama sayang anak mama. Biarlah kita hidup berdua, susah senang bersama. Mama akan jaga anak mama baik-baik, didik anak mama supaya tidak mengulangi kesilapan mama dan papa.
***************
Pagi itu seperti biasa aku diserang morning sickness lagi. Tapi kali ini muntahku semakin teruk. Sudah rasa seperti hendak lembik lututku. Tangan pun sudah mula rasa kebas-kebas. Jam sudah hampir pukul 8 pagi, namun aku masih lagi terbaring di atas katil. Tekak sudah mula rasa sakit. Kepala yang pening kupicit perlahan. Semerbak bau vicks memenuhi ruang bilikku.
“Eh, ko tak siap lagi ke Pina?” sapa Hafifah yang tiba-tiba muncul di sebalik pintu. Terus Hafifah menuju ke arahku. Tangannya diletakkan ke atas dahi.
“Ko demam la Pina. Panas sikit ni,” ujarnya lagi.
“Aku muntah-muntah pagi ni. Dari subuh tadi lagi, sekarang dah rasa tak larat. Nak bangun pun tak larat ni Pipah,” balasku.
“Kalau macam tu aku bawa ko pergi klinik la ye, nanti aku call opis sekejap kata aku MC,” ujarnya lantas bingkas bangun mendapatkan telefon di ruang tamu. Seketika, Hafifah kembali semula ke dalam bilikku. Setelah membantuku menyalin pakaian, aku dipimpin keluar. Kasihan Hafifah, tak semena-mena terpaksa MC untuk menghantar aku ke klinik.
Hafifah sibuk ke hulu ke hilir dengan telefonnya. Aku faham sangat, waktu-waktu begini dia tentu sibuk. Akauntan kalau hujung-hujung bulan memang tak menang tangan. Sibuk dengan closing, dengan budget planning dan macam-macam lagi lah.
“She’s at the clinic now. Yep, Klinik Family Dr. Nurul.” Terdengar perbualan telefon Hafifah walau pun agak perlahan. Entah dengan siapalah dia bercakap. Kepala yang berdenyut-denyut membantutkan hasratku ingin bertanya.
Hafifah memimpin tanganku masuk ke bilik pemeriksaan sejurus namaku dipanggil. Dr. Nurul terus menyuruh aku berbaring setelah melihat keadaan ku yang terlalu lemah. Selesai memeriksaku, Dr. Nurul memintaku mengambil ubat yang diberikan dan berehat seketika di situ. Mataku menjadi sangat berat.
Sayup terdengar pintu bilik Dr. Nurul diketuk dan dikuak.
“Hi, Dr. Nurul.. is Ayesha Sorfina in here?” ujar suara itu sayup.
“Yes, she in here. You are..”
“I’m Emeer Zafran, her husband”
“Oh, great. Congratulation for both of you,”
“Sebenarnya, apa yang terjadi pada wife saya doctor”
“Hmm.. actually, wife En. Emeer ni mengalami morning sickness biasa yang ibu-ibu hamil akan alamilah. Tapi kali ni saya rasa mungkin Pn. Ayesha ada makan sesuatu yang menyebabkan dia dapat food poisoning. Saya dah berikan ubat so lepas ni kena jaga lebih sikitlah. Lagi pun, she’s a bit stress.
Dalam waktu begini, harap sangat En. Emeer boleh bagi sokongan untuk Pn. Ayesha. Elakkan wife En. Emeer daripada stress, terlalu banyak bekerja, atau banyak berfikir. Not good for her and the baby.”
“She’s a bit stubborn Doc,” wah bukan main lagi seronoknya mengata aku. Terdengar tawa halus daripada Dr. Nurul.
“Ok, I’ll give her 3 days off. Make sure she gets enough rest,”
Walau pun dalam keadaan mamai, tapi aku masih dapat menangkap satu persatu perbualan mereka.
Aku gagahkan diri untuk bangun namun cepat pula tangan En. Emeer memegang bahuku. Dalam keadaan begini, baik aku biarkan sahaja perlakuannya.
Wajah En. Emeer sudah cemberut. Tegang sejak keluar dari klinik. Tangannya kejap memegang stereng kereta. Sesekali dia berpaling ke arahku. Aku dapat merasakan bahang hangat di udara walaupun penghawa dingin masih terpasang. Masing-masing diam membisu melayan fikiran.
“Pipah, Emeer here. Please pack Pina’s clothes untuk dua tiga hari ye. Nanti saya datang ambil,” pandai sungguh mengarah orang mamat ni. Dah pula, nak bawa aku ni ke mana.
“Assalamualaikum auntie, Emeer ni. Boleh tak Emeer nak pinjam Mak Jah untuk dua tiga hari ni. A’ah.. nanti Emeer cerita kat auntie. I’m coming over in a few minutes. Thanks auntie,”
Mulut terasa gatal ingin bertanya tapi melihatkan wajah tegang mamat ni, aku hanya mendiamkan diri. Bukan aku tak tahu barannya tu. Silap hari bulan mahu dengan aku dan dia sekali masuk hospital. Kesan ubat yang diberi oleh Dr. Nurul sebentar tadi masih kuat. Mata terasa amat berat dan tanpa sedar aku terlelap juga.
Aku tersedar apabila kereta diparkir di hadapan rumah Datuk Ilham. Terlihat Mak Jah yang terkocoh-kocoh menuju ke kereta bersama beg kecilnya. Benakku sedang menyusun persoalan satu persatu. En. Emeer pula kelihatan sedang bercakap sesuatu dengan Datin Salina .
Mata yang hampir terpejam kembali terbuka apabila terasa pintu kereta di sebelahku dibuka luas. Datin Salina merapatiku dengan senyuman tapi riak wajah itu agak sayu. Wajahku disentuh lembut lalu satu kucupan hinggap di dahiku.
“Take good care of her Emeer. Mak Jah, tolong Emeer jaga Ayesha ye,” pesan Datin Salina berbekas di hatiku. Tak sangka Datin Salina benar-benar mengambil berat tentangku. Setelah menyalami Datin Salina , kereta meluncur laju. Persoalanku terjawab apabila kereta dipandu masuk ke arah kondo En. Emeer. Bukan sebarang kondo, jenuh kalau nak masuk ke sini kerana kawalan sekuriti yang ketat.
Aku dipapah masuk ke rumah tanpa menghiraukan Mak Jah yang turut sama berada di situ. Mamat ni bukan nak fikir pun apa orang nak kata, main ikut suka hati dia je. Malu juga pada Mak Jah melihat keintiman kami. Maklumlah, kami bukanlah ada apa-apa ikatan pun.
Aku terus dipapah ke bilik dan didudukkan di atas katil. Bau haruman bilik itu sungguh menyegarkan. Semuanya berwarna putih, daripada langsir hinggalah kepada perabot serta cadar katil. Aku yakin sekarang aku sedang berada di dalam bilik En. Emeer. Mataku tertangkap sesuatu di dinding bilik itu. Bingkai gambar yang bergantungan menarik perhatianku. Semuanya gambar aku dan En. Emeer. Malah gambar kami yang pernah aku lihat menjadi wallpaper skrin monitornya tergantung besar di kepala katil.
“Awak, hantar saya balik,” rayuku. En. Emeer yang sedang menarik selimut melitupi kakiku memandangku lama.
~... aku rela melepaskan kebahagiaan ini .. andai itu membahagiakanmu..~
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
hmm,..rasa nak continue je smpai habis he.he
ReplyDeleteBaguslah kalau dia nak yg bertanggung jawab
ReplyDeletealooo ... rasa dh mcm ada aura samting .. feel soo..... x tau nk ckp ape nih . rasa jiwang . eheherr..
ReplyDeletecam ner boleh terlanjur...
ReplyDeletecian kat dia...
Alina ~ sabar
ReplyDeleteAzman ~ kdg2 ketelanjuran itu satu pengajaran
Rinsya ~ jiwang eh...hahaha
Insyirah ~ perjalanan hidup tak selalunya lurus..kdg2 sesat juga dlm likut2 tu, yg penting kena tahu jalan pulang..
hai, saya baru start baca crita ni. bab ni reminds me of a friend. crita u ada juga sinar nye but my friend brought up her daughter by herself. she,s 15 now...a lovely girl. as friends we never questioned her decision but we tried giving her our love n support. yg earlier part of the story, i guess now i know how she felt during those crucial time......thanks for giving me a glimpse of what may had happen to her at that time......
ReplyDeleteZoora.. komen Zoora ni buat Kak Yus tersentuh seketika, mengalir juga air mata .. perkara2 mcm ni terjadi, & yg pasti tak semua kebahagiaan dlm hidup ini dpt kita miliki, apa yg ada kita ambil dan yg tak terdaya tercapai dek tangan kita biarkan berlalu, setiap yang indah itu walau bukan milik kita, kita simpan jd kenangan.. n pls convey my sincere regards to your friend n her lovely dotter, hoping one day I could meet them up n u too.. tunggu novel ni dipasaran ye, Ogos insyaAllah.
ReplyDelete