Sunday, 29 January 2012

Bab 19 .. Biar Cinta Bertaburan




Tangan tua Mak Jah aku salami lalu kukucup.  Tak terhingga rasanya ucapan terima kasih yang aku berikan atas layanan Mak Jah kepadaku.  Susah payah dan jerih Mak Jah menjagaku selama tiga hari ini tak mungkin akan aku lupakan.  Mak Jah sedari tadi, tidak henti-henti menasihatiku agar menjaga diri dan kandunganku.  Kalau diikutkan hasrat Mak Jah, mahu sahaja dia meminta izin Datin Salina untuk menjagaku sehingga aku selamat melahirkan.  Namun aku melarangnya kerana masih terlalu awal malah aku berasa amat segan pula.  Terusik juga hati kecilku ini dengan hasrat Mak Jah.

Aku melangkah perlahan-lahan masuk ke perkarangan rumah Datin Salina yang telah keluar ke pintu hadapan menyambut kami.  Tangan yang didepa terus memelukku erat.  Dahiku dikucup lembut penuh rasa kasih.  Ah, kenapa mereka ini sering membuat hatiku tersentuh.  Aku mengerling ke arah En. Emeer yang hanya menjadi pemerhati.  Sebuah senyuman dilemparkan ke arahku apabila matanya menangkap kerlinganku.  Kami berjalan beriringan masuk ke ruang tamu.  Datuk Ilham yang baru menuruni tangga tersenyum melihat kami. 

“Dah sihat ke Ayesha?” sapa Datuk Ilham lalu melabuhkan diri di atas sofa bersama Datin Salina.  Aku hanya menggangguk.  Rasa bersalah kerana aku menyebabkan En. Emeer terganggu tugasnya.

“Kalau tak berapa sihat, ambillah cuti lagi.  Tinggal di sini pun boleh, ramai sikit yang boleh tengok-tengokkan Ayesha,” sampuk Datin Salina.  Datuk Ilham pula mengangguk-angguk setuju dengan cadangan isteri kesayangannya itu.

“Eh, tak apa Datin, Datuk .. saya dah betul-betul sihat.  Lagi pun rindu sangat rasanya kat office tu.  Entah macam mana la agaknya,” balasku lembut menolak usul Datin Salina

“Hish awak ni Ayesha, sakit-sakit pun still nak ingat kerja kat pejabat.  Eloklah awak berdua dengan Emeer ni, sama je,” gerutu Datuk Ilham.  Senyuman tersungging di bibir kami.  Tenungan mata En. Emeer membuatkan aku tertunduk.  Malu ditenung begitu.  Iskhh mamat ni, kat rumah orang pun nak tenung-tenung aku.

“Mestilah uncle.  Kami sehati sejiwa.. badan je lain-lain,” seloroh En. Emeer yang mengundang tawa semua orang.  Kelihatan Nuha terkedek-kedek berlari ke arahku.  Segera aku memeluknya lalu mengangkat Nuha duduk di atas ribaku.

“Eh, Nuha sayang, mana boleh duduk atas auntie Ayesha.  Kan auntie Ayesha tak sihat tu,” ujar Datin Salina cuba memujuk Nuha agar tidak duduk bersamaku.  Nuha menggeleng-gelengkan kepala lalu terus memeluk leherku.  Wajah polos itu terus kukucup berkali-kali.  Suka sungguh dia bila aku menggomolnya begitu. 

Kak Leha yang menatang dulang berisi air berjalan masuk ke ruang tamu.  Terlihatkan kuih talam keladi yang berada di hadapanku membuatkan air liurku kecur tiba-tiba.  Selalunya aku memang tak gemar kuih talam keladi tu.  Mungkin inilah yang dikatakan pembawaan budak.  En. Emeer yang tahu benar aku tidak meminati kuih itu terkejut melihat sudah dua ketul kuih talam itu masuk ke mulutku.  Berkerut-kerut dahinya melihat perubahanku.  

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ilham, Datin Salina dan Mak Jah, En. Emeer terus menghantarku pulang.  Sepanjang perjalanan, aku lebih banyak mendiamkan diri manakala En. Emeer lebih banyak menjeling ke arahku.

“Sayang, esok saya ambil awak.  Jangan mengada-ngada nak drive,” pesannya ketika menghantar aku ke pintu rumah.  Hafifah yang sudah menanti di muka pintu hanya tersengeh mendengarnya.

“Pipah, tolong tengok-tengokkan sayang saya ni ye,” aduhai malunya muka aku kat Hafifah dengan kata-kata yang terkeluar daripada mulut lelaki ini.  Alahai En. Emeer, kalau pun nak tunjuk prihatin, tak payahlah nak bersayang-sayang depan Pipah ni.  Lengan En. Emeer kucubit.  Terdengar jeritan halusnya.

“Wah, dah sihat la ni kalau sepit ketam tu dah berjalan,” selorohnya.  Setelah mengucapkan selamat malam, En. Emeer berlalu pulang. 

*****************


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu


Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


            Lagu Alyah, Kisah Kita,  berkumandang di udara.  Sengaja radio dikuatkan apabila En. Emeer menyedari mulutku terkumat kamit ikut menyanyi.  Aku membiarkan sahaja, seronok juga pagi-pagi melayan lagu dalam kesesakan jalan raya ni.

            “Tak sangka awak pandai menyanyi ye, boleh la kita karaoke lepas ni,” usiknya.  Menyirap darah ke mukaku.  Iskh mamat ni, pagi-pagi nak buat lawak.  Aku hanya menjeling ke arahnya dengan mulut yang sedikit mencebik.

            “Hah, buat lagi mulut macam tu.  Nanti saya kiss awak,” kata-katanya yang berbau ugutan menyentap hatiku.  Terus tanganku menekup mulut lalu aku membuang pandang ke luar.  Mengada-ngada, ingat dia siapalah suka-suka je nak ugut-ugut orang.

            Kami sempat bersarapan di kafeteria tingkat dua sebelum masuk ke pejabat.  Selalunya, kue tiaw goreng kerang memang menjadi kegemaranku.  Tapi hari ini, apabila aku terlihat kue tiaw goreng yang cantik berhiasa di dalam tray membuatkan aku rasa loya.  Segera aku mencapai beberapa ketul karipap dan Milo panas. 

            “Kenyang ke makan karipap je sayang?” soalnya mungkin hairan melihat perubahan seleraku.  

            “Hmm.. kenyang kot.  Tak lalu lah tengok semua yang ada hari ni, rasa semacam,” balasku. 

            “Sayang ada nak makan apa-apa ke, saya boleh carikan,”ujarnya.  Aku hanya menggeleng perlahan.  Entah, setakat ni tak tahu apa yang aku inginkan.  Tunggulah, nanti malam-malam buta aku call minta carikan untuk aku baru mamat ni tahu.

Kembali semula ke bilik kecilku ini, terlihat meja masih rapi.  Semuanya tersusun seperti sedia kala.  Aku melempar pandang ke arah En. Emeer yang baru sahaja meletakkan briefcasenya di atas mejaku.  Tak reti-reti nak masuk bilik sendiri,  suka sangat nak menyibuk kat sini, bebelku dalam hati. 

            Diari kecil yang terletak di atas meja kubelek.  Meneliti setiap agenda yang tertulis untuk hari ini.  Wah, mataku tertancap pada beberapa temujanji yang tergendala untuk dua hari lepas.    Aku mendongak memandang En. Emeer yang masih tersenyum melerek ke arahku.

            “Tak payah nak senyum-senyumlah, awak.  Ni ada dua tiga appointment awak dah tergendala pasal saya, nak call semula buat reappointment ke?” ujarku sedikit keras.  Alahai mamat ni, masih boleh tertawa melihat aku.  Ingat aku main-main agaknya.

            “Sayang ni kan semenjak preggy ni cepat je naik angin ye.  Tapi saya suka la, makin cute,”balasnya bersahaja.  Hadoi, buat lawak bodoh pulak pagi-pagi ni.  Aku menarik muncung dan tersembur tawa dari mulutnya.

            “Ok..ok.. sayang call la buat appointment semula.  Dalam minggu ni kalau boleh ye,”katanya setelah melihat mukaku yang cemberut.

            “But make sure not to overworked ye..  nak apa-apa inform saya.  Jangan nak pandai-pandai berjalan ke mana-mana tanpa saya tahu,” ujarnya.

            “Hmm.. nak pergi ladies pun nak kena report juga ke?” soalku dengan rasa tidak puas hati. 

            “Kalau boleh saya temankan sayang masuk ladies sekali pun tak apa,” usiknya lagi.  Geram sungguh dengan perangai lelaki ni.  Aku menolak badannya ke arah pintu biliknya supaya tenang sikit aku melakukan tugasku.  Menepek kat tempat aku ni bukan boleh tolong pun, menyakitkan mata saja adalah.  Tanganku tiba-tiba diraih, lalu jari jemariku digenggam kemas.

            “I love you and our baby,” ujarnya lembut.  Terpaku aku dengan kata-kata yang terkeluar daripada bibirnya itu.  Kedengaran sungguh lembut dan memukau hatiku. 

            Sepanjang hari, aku leka dengan tugas yang bertimbun.  Makan tengah hariku hanya di bilik En. Emeer bersama dengannya.  Rahmat yang menghantar dua bungkus makanan dan minuman sebentar tadi.  Mesti En. Emeer yang mengarahkan Rahmat membeli makanan untuk kami.  Itu pun hanya sedikit yang dapat aku jamah.  Tak berselera pula hendak makan.  Malah loya tekakku ini apabila terpandang nasi dan lauk pauk yang dibeli.  En. Emeer sudah mula risau melihatku.  Sibuk bertanya apa yang hendak kumakan. 

            Aku hanya mengemam gula-gula yang kuambil dari canister di bilik En. Emeer untuk mengelakkan rasa loya.  Rasanya, hanya itulah yang dapat menawan seleraku setakat ini. 

            “Sayang, tunggu sampai saya balik office semula ye.  Kalau saya lambat, rehat dulu dalam bilik saya,” pesan En. Emeer ketika melangkah keluar dari biliknya untuk menghadiri temujanji di luar.  Aku hanya mengangguk dan mengiringinya dengan sebuah senyuman manis.  Berdoa agar segalanya berjalan lancar.






~ Sekuat kumencuba melupakanmu kasih.. lalu mengapa ku tak sanggup ~




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

5 comments:

  1. haish , comel lak si emeer. uhuk . smbung lagi smbung lagi !! Best !! ^__^

    ReplyDelete
  2. hmm..insyaAllah.. klu sempat esok ada la entry seterusnya ye Rinsya..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tggu bab seterusnya mmg best la cita ni sampai berebut dgn ct nak baca...

    ReplyDelete
  4. Kak Misah .. hehhe.. nanti Yus print utk akak ye bila dah siap semua.. TQ sudi jd pembaca..

    ReplyDelete
  5. Bertuah sungguh ayesha..En.ameer mmg seorg penyayang&bertanggung jwb..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com