Wednesday, 22 February 2012

Bab 29(b).. Biar Cinta Bertaburan






Ketika aku sampai hadapan pintu wad ICU, kelihatan ramai orang telah berada di situ.  Kelibat daddy, mummy, papa dan mama yang sedang menanti.  Papa dan daddy asyik berulang-alik di hadapan pintu manakala mama dan mummy sudah tersandar di kerusi dengan wajah penuh kerisauan.  Ada bekas airmata di wajah mereka.

Melihatkan kehadiran aku yang ditolak oleh Hafifah, mama terus bangkit lalu menuju ke arahku.  Mummy juga berbuat demikian.

“Ya Allah budak ni, kenapa dibawa ke sini?” soal mama kepada Hafifah lalu terus memelukku kejap.  Mummy juga sudah berada di hadapanku dengan linangan air mata.  Luka di leherku terasa sedikit perit apabila dipeluk erat oleh mama.


“Dia sedar-sedar tadi Datin terus menjerit-jerit nak jumpa Emeer,” balas Hafifah yang sedikit ketakutan.  Bimbang dimarahi oleh mama dan mummy.

“Ayesha kan masih sakit.  Doktor kata jangan bagi Ayesha gerak sangat lagi.  Kesan ubat tu belum habis,” tegur mama.

“Ayesha nak jumpa Emeer, mama.  Tadi, Emeer datang jumpa Ayesha.  Dia nak tinggalkan Ayesha seorang, Ayesha nak ikut Emeer,” balasku dengan air mata yang turun bagaikan hujan membasah bumi.  Mummy yang ada di sebelahku sudah terjelepuk ke atas lantai lalu daddy cepat-cepat memegang bahu mummy yang teresak-esak.

“Ya Allah, tak ada apa-apa akan terjadi pada Emeer, sayang.  Waktu kritikal telah berjaya diharunginya.  Keadaannya telah stabil.  Tadi Doktor Herda yang merawatnya ada bagi tau kami.  Sekarang ni kita tunggu Emeer sedar sahaja sayang,” pujuk mama.

“Ayesha nak jumpa Emeer, mama, mummy, daddy.  Please,”

“Sabar sayang, kejap lagi kita masuk tengok Emeer ye.  Kita tunggu Doktor Herda dulu,”  mama menolakku ke arah deretan kerusi yang berada di hadapan pintu wad Emeer.  Tanganku dipegang erat.  Papa yang melihat keadaanku sudah mula kelihatan berwajah keruh.  Ada genangan air mata di tubir mata tua itu.

“Ini semua salah Ayesha.  Kalau Ayesha tak call Emeer, semua ni tak akan terjadi.  Emeer tak akan berada di sana.  Emeer tak akan cedera macam ni. Semua salah Ayesha,”raungku menyalahkan diriku sendiri.  Di saat itu, terasa dunia sedang menghukumku. 

“Kenapa cakap macam tu Ayesha.  Itu kan takdir Tuhan.  Bukan kita tahu nak terjadi macam ni,” pujuk mama lembut.  Wajahku dielusnya.  Air mata yang berlinangan diseka perlahan.

“Iya mama, semua salah Ayesha.  Kalau Ayesha tak buka pagar dan melayan gila si Rashdan tu, semua tak akan jadi begini.  Ayesha silap percaturan mama.  Ayesha ingat bila Ayesha bercakap secara lembut dengannya, dia akan dengar dan faham.  Rupanya Ayesha salah.  Kenapalah semua ini tak terjadi kepada Ayesha sahaja, kenapa Emeer,”

“Ya Allah, Ayesha.  Cuba bawa bersabar sayang.  Ingat Allah, mengucap banyak-banyak,” tegur papa yang sudah terduduk berhadapan denganku.

Pintu bilik Emeer terkuak lebar.  Terpacul wajah doctor wanita yang dikenali sebagai Doktor Herda di sebalik pintu itu.  Daddy terus mendapatkan doctor wanita itu untuk bertanya khabar Emeer.  Sesekali terdengar suara halus Doktor Herda menjelaskan sesuatu kepada daddy dan melihatkan daddy yang meraup wajah seolah mengaminkan doa membuat hatiku agak tenang.

Doktor Herda bergerak menuju ke arahku.  Lama wajah itu kupandang.  Dalam serabut dengan perasaan yang kacau bilau ini, aku masih dapat mencari sesuatu di wajah itu.  Seperti wajah yang pernah aku kenali.  Senyuman yang terukir di wajah itu kuamati.

“Kak Ayesha, jumpa lagi kita.  Kakak dah ok?”  ujarnya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku.  Aku menyambutnya lemah.  Wajah Hafifah kupandang mohon bantuan.

“Ko tak ingat Herda Juwita?  Junior kita di kampus dulu?  Yang ambil medic tu?” kata-kata Hafifah aku cerna satu persatu.  Seketika, aku kembali melihat wajah itu lalu tersenyum.  MasyaAllah, dah jadi doktor rupanya adikku ini.  Di kampus dahulu, kami memang agak rapat walau pun berlainan fakulti.  Namun, setelah masing-masing tamat belajar, kami membawa haluan sendiri.  Perubahan penampilan selalu menipu ingatanku.

“Maaf Her, kakak tak cam wajah Her.  Lagi pun kepala ni dah serabut Her, asyik dok ingatkan tunang kakak tu,” balasku memohon maaf daripadanya

“Kakak jangan risaulah.  Kes kakak ni Her yang uruskan.  En. Emeer dah stabil. Tak ada apa yang serius cuma tadi dia kehilangan banyak darah.  Dah sedar pun kat dalam tu.  Asyik dok menyebut nama kakak je dari tadi.  Jeles pula Her,” tuturnya lembut seraya tersenyum.

Aku mengurut dada tanda kelegaan.  Wajah mama dan mummy yang tersenyum kurenung seketika.  Kalau apa-apa terjadi tadi, aku akan rasa bersalah kepada mereka seumur hidupku.

“Hmm, dah la tu.  Nanti Her borak-borak lagi dengan kakak ye.  Sekarang ni baik kakak masuk jumpa En. Emeer dulu, takut ternanti-nanti pula orang kat dalam tu,” usiknya.  

Senyuman sudah tersungging di bibirku walau pun masih ada baki air mata yang mengalir.  Sebelum Doktor Herda meninggalkanku, sempat dia memberi sebuah kucupan lembut di pipiku.  Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikelilingi oleh insan-insan yang baik budi pekerti serta menyayangiku.

Abang, Sofi nak jumpa abang.  Tunggu Sofi ..



************************

Maaf ye sayang2 Kak Yus.. n3 ni pendek je.. sambungan bab 29 yg tercicir hari tu.. harap bolehlah dilayan.. insyaAllah.. bab 30 akan menyusul.. maaf atas segala kekuranga..

K. Yus


8 comments:

  1. apa2 pon besstttla kak..heheh (rindu sudah kt dieorang ni)

    ReplyDelete
  2. ala kenapa pendek sgt....tak puas baca...apapun lega sbb emeer selamat.....

    ReplyDelete
  3. hahaha. saja jer akak ni buat gimik. leganya hati. emeer x blh d tukar ganti. huhu. thanks 4 n3

    ReplyDelete
  4. maaf ye sayang2 .. pendek sikit.. ni yg tercicir drp bab 29 ari tu.. tak pe..tak pe.. sikit lagi akak masukkan teaser bab seterusnya eh..

    Anonym ~ rindu eh kat Emeer & Ayesha..nanti akak bagi biar lebih rindu lagi..hehe

    Osama.. asyik?? tq..

    Zuraidah ... fuh.. ingat nak sabotaj Emeer ..tak jadi la pulak..takut kena bom.. hehe..mane bleh ganti itu Emeer, jejaka Malaya tuh..

    tni~ hehehe.. suka ye..

    ReplyDelete
  5. he3x..pendekpon x kisahlah,janji dpt tahu Ameer dah ok:)

    ReplyDelete
  6. tak kisah la kak pendek pun pendek la..asal ada berita yg si Emeer tu selamat...tapi kalau boleh nk bab 30 tu cepat sikit ye...teruja ni...

    ReplyDelete
  7. betul2 x puas fa sampai lompat ni hehe..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com