Kepalaku terasa dielus lembut berulang-ulang kali. Perlahan-lahan mata kubuka. Aku tersenyum melihat wajah yang kunanti-nantikan berdiri di hadapanku. Wajah yang penuh dengan kasih. Wajah yang penuh dengan cinta. Tersenyum memandangku.
“Abang, abang ok ke?” ujarku lembut lalu jari-jemari yang mengusap rerambutku kuraih. Kudekatkan telapak tangan itu ke bibir lalu kukucup penuh rasa rindu.
Dia mengangguk dan senyuman masih lagi terpamer di wajahnya. Terpancar riak kelesuan di wajahnya.
“Abang, kita di mana ni?”
“Kita di hospital sayang, tadi sayang pengsan.” Balasnya lembut.
“Eh, macam mana abang boleh ada di sini? Bukan tadi abang terluka? Luka abang macam mana?” soalku bertalu-talu setelah teringat tentang peristiwa yang berlaku.
Emeer sekali lagi tersenyum. Senyuman yang cukup menawan, mampu menggegarkan hati yang melihatnya. Jika sepuluh kali aku terpaksa terlantar di sini hanya kerana untuk melihat senyuman itu pun aku sanggup.
“Sayang, abang kena pergi ni. Sayang jaga diri baik-baik ye. Sayang kena sentiasa menjadi sayang abang yang kuat. Menjadi sayang abang yang selalu ingatkan abang, selalu buatkan hati dan jiwa abang bahagia. Sayang berjanji pada abang, sayang akan bangun semula, teruskan hidup sayang,” tuturnya syahdu.
lain mcm je pesanan emeer tu kak yus..huhu
ReplyDelete~~~~~
ReplyDelete~..~
yelaaaa..kak jngan buat saya takut..ada apa2 terjadi kt ayeesa ke???makin menarikkklaa seriosss!!!
ReplyDeleteKak jgn la bg emeer mati. Serius tak nak. Rasa mcm x sanggup nak baca dah. Gila sedih ni
ReplyDeleteKak jgn la bg emeer mati. Serius tak nak. Rasa mcm x sanggup nak baca dah. Gila sedih ni
ReplyDeletehehehe... sabo-sabo..
ReplyDeletea ah lain mcm je...gayanye..huhuhu
ReplyDelete