Thursday, 9 February 2012

Bab 24 .. Biar Cinta Bertaburan




       Azan subuh yang berkumandang di surau yang berhampiran rumah abah sungguh mendamaikan.  Aku yang baru hendak menguak pintu bilik Mak Su terkejut melihat En. Emeer yang terpacul berdiri di hadapan pintu.  Terpisat-pisat aku melihat dia yang sudah siap berbaju melayu hitam dan berkain pelekat.  Eh, mana ada En. Emeer ni bawa baju melayu semalam!  Aku tahulah kerana aku yang kemaskan beg pakaiannya.  Hmm.. ni tentu pinjam baju Adib la tu.

            “Sayang baru bangun eh?  Abang nak ikut abah solat jemaah kat surau jap ye,” ujarnya lembut.  Hamboi, dah mulalah tu nak berabang-abang dengan aku.  Dah tu, suka-suka je nak panggil abah aku tu abah.  Eii.. tak malu betul lah mamat ni.  Aku hanya mengangguk.  Malu direnung oleh sepasang mata yang redup itu.  Mahunya tak malu, dahlah muka baru bangun tidur, gigi pun belum bergosok. 

            Terdengar suara abah memanggil Adib dan En. Emeer lalu aku segera bergegas ke bilik air.  Nanti kalau tak siap mandi sebelum abah balik, jawabnya kena tadah telinga lah dengar leteran abah.  Abah aku tu memang tak suka anak-anaknya mandi lambat.  Katanya, mandi pagi-pagilah baru otak cergas sikit.  Entahlah, iya atau tidak alasan tu. 

            Ketika aku masuk ke dapur, aroma kuah lodeh menusuk-nusuk hidung.  Apalagi, perutku ini memang pantang lah dengan bau-bauan yang enak, mulalah nak berdangdut semacam.  Kalah lagu Tergoda dendangan Mas Idayu tu.. huh, kalau tiap-tiap hari macam inilah, nampak gayanya satu almari aku kena tukar.  Mak Su yang sudah pun tersenyum melihat aku yang tercangak-cangak di dapur mencuit mak yang sedang mengacau kuah lodeh.  Entah apa yang dibisikkan mereka.

            “Halluuu… tu mengumpat orang lah tu, iskhh pepagi nih mengumpat orang berdosa tau,” ujarku seraya sengaja memuncungkan mulut konon-konon merajuk.  Berderai tawa dari mak dan Mak Su.

            “Hish.. orang pagi-pagi ni bagi salam.  Ni, dah lah anak dara masuk ke dapur lambat, lepat tu nak ber’halluuu – halluuu’ la pulak,” tegur mak.  Aku hanya tersengeh mendengarnya lalu pipi mak dan Mak Su kucium sayang.  Rindu sungguh hatiku kepada dua insan yang tersayang di hadapanku ini.  Esok-esok bila dah berkahwin, dapatkah lagi aku bermanja dengan mereka.  Sekarang ni, aku masih lagi boleh bermanja, tidur bersama mereka.  Kadang-kadang, sengaja aku meminta abah tidur sendirian di bilik mereka, sedangkan mak tidur bersamaku.  Abah memang faham benar dengan pe’elku, malah tidak pernah pun abah menegah.  Bila adik-adik bertanya, abah selalu akan berkata biarlah, bila lagi aku nak bermanja.  Hish.. memang manja ke aku nih?

            Riuh suara Alia dan Auni menuju ke dapur sudah memenuhi ruang.  Ditambah pula dengan suara Alia yang sibuk mengusik adik-adik.  Kalau hari ahad, memang gamatlah dibuatnya rumah ni.  Almaklumlah anak-anak abah dan mak ni memang peramah dan periang belaka, hendak-hendaknya kalau aku pun join sama. 

            “Amboi anak dara, pagi-pagi dah bersuka-ria.  Bukannya nak ringan-ringankan tulang tu tolong mak kat dapur ni,”  tebakku.  Hanya sengehan sahaja yang kuterima sebagai balasan. 

            “Alah, kakak dah balik ni kakak pulak lah yang ambil turn.  Kitorang hari-hari dah tolong mak, kan mak..” balas Auni manja. 

            “Auchh.. apa ni main ketuk-ketuk kepala ni.  Nanti adik tak pandai, kakak salah ye,” rungut Auni manja apabila kepalanya kuketuk perlahan.  Mak dan Mak Su yang melihat keletah kami hanya tertawa.

            “Hey, tak sudah-sudah nak menyakat adik tu Sofi.  Dah nak kahwin esok lusa, perangai tak habis-habis.  Masih lagi nak layan adik-adik tu,” sergah abah.  Aku berpaling dan mataku bertembung dengan mata En. Emeer yang turut sama ada di belakang abah.  Lewat balik dari surau pagi ni.  Ada kuliah subuh kata abah.  Tangan abah kusalami lalu kuhadiahkan sebuah kucupan di pipi abah.  Abah hanya menepuk bahuku mesra.  En. Emeer yang memerhati sudah menaikkan jarinya ke muka dalam diam.  Isyarat minta aku berbuat seperti yang kulakukan terhadap abah kepadanya.  Mengada-ngada mamat ni.   Aku menjeling lalu lidah kujelirkan sedikit.  Tersungging senyuman di wajah lelaki itu.  Alahai, pagi-pagi ni hensem jugak mamat ni kan

            Selepas bersarapan, abah sudah bersiap-siap ke kolam ikan.  Abang Alif yang sudah sedia menunggu ramah bercerita dengan En. Emeer yang juga sudah siap berbaju T lengan pendek biru serta jeans Evisu fadednya tu.  Mamat ni kalau berpakaian memang tak boleh kalah.   

            “Kak, Adib pinjam abang Emeer kejap eh,” ujar Adib sambil membetulkan ikatan tali baju silatnya. 

            “Hmmm.. nak bawa abang Emeer ke mana dik?” soalku ingin mengetahui aktiviti mereka pagi ini.  En. Emeer sudah melabuhkan punggung di sebelahku.  Tangannya yang nakal tu tak habis-habis nak merayap.  Mulalah mencari jari-jemariku.  Jari yang nakal itu aku tepis.  Malu jika dilihat oleh adik-adik.  

            “Nak minta tolong abang Emeer ajarkan bunga-bunga silat baru,” balas Adib.  Aku menyambut jawapan Adib dengan mata yang membulat. 

            “Iskhh.. abang Emeer pandai ke bersilat?” sambutku lalu mengalih pandang ke wajah En. Emeer yang hanya tersenyum. 

            “Apalah kakak ni, abang Emeer ni salah seorang penaung Persatuan Silat Gayung Kebangsaan tau.  Mestilah abang Emeer pandai,” jawab Adib menambahkan rasa sebalku.  Manakan tidak, beberapa tahun bersama En. Emeer, tidak pernah aku tahu yang dia mahir dalam ilmu persilatan.  Patutlah dengan sebiji penumbuk sahaja Rashdan sudah jatuh tersembam.  Aduhai.. banyak juga yang aku tidak tahu mengenai bakal suamiku ini ye.  Ayarkk.. bakal suami, hatiku sudah berbunga-bunga.

            “Hmm.. nanti kalau sayang nak belajar pun abang boleh tolong ajarkan,” bisiknya nakal di telingaku.  Satu cubitan hinggap di tangannya.  Menggatallah lagi.

*********************

            Matahari sudah agak meninggi.  Masing-masing sibuk dengan hal mereka menjadikan rumah sunyi sepi.  Mak Su dan mak ke rumah Kak Senah, isteri Abang Alif, menjengok keadaan Kak Senah yang baru melahirkan anak ketiga mereka.  Mak mengajak juga aku tadi tapi rasa malas hendak berjalan pula.   Auni dan Alia sudah leka menonton television.  Hari ni buat marathon lah adik aku berdua tu, dengan siri Elly & Epit la, Klik la dan macam-macam lagi cerita kegemaran mereka.  Jenuh juga aku berleter supaya rajin-rajin melihat Discovery Channel, dapat juga ilmu yang berfaedah.   Alia pula sedang sibuk menyiapkan portfolio alam sekitarnya. 

            Bosan juga bila tinggal tiada siapa yang nak dilawan berbual.  Menyesal juga tidak menerima ajakan mak tadi.  Akhirnya, aku ke bilikku yang kini menjadi bilik En. Emeer.  Kain baju yang diletakkan di atas katil kukutip satu persatu.  Pakaian yang telah digunakan kuasingkan.  Sempat lagi untuk dibasuh melihatkan terik matahari yang bersinar di luar.  Setelah siap berkemas, aku ke dapur untuk mencuci pakaian En. Emeer.  Saat itu terasa seperti surirumah pula rasanya. 

            Sesudah menyidai baju, aku hanya menjadi pemerhati ayam-ayam yang berlari-larian di halaman.  Bunyi beep mesej masuk di telefon menggangguku.

            Sayang buat apa tu?  Masak sedap-sedap untuk abang ye ~ Emeer.

            Eii.. mengada tau.  Tengah duduk tengok anak ayam ni, tu je lah kawan yang ada kat rumah ni.  Dah orang tu tinggalkan kita ~ Ayesha.  Sengaja aku mengusiknya.

            Ala.. jangan la merajuk sayang.  Abang ajak Adib balik ye ~ Emeer

            Eh, jangan!  Saya gurau saja lah.  Enjoy yourself ~ Ayesha

            Miss you sayang ~ Emeer

Tersenyum aku sendirian membaca mesej-mesej En. Emeer.  Semakin galak pula dia membahasakan dirinya abang semenjak bertunang ni.  Tapi lidah aku ni masih tergeliat lagi untuk membahasakannya begitu.  Agaknya bila dah official bergelar isteri nanti barulah boleh belajar kot.  Eiii.. seram sejuk aku bila memikirkannya.

            Ketika sedang leka membelek mesej itu, mataku tertangkap sesusuk tubuh yang berdiri di sebalik pokok di seberang jalan.  Kuamati susuk tubuh itu dan mataku seakan tidak percaya dengan apa yang aku lihat.  Rashdankah itu?  Wajahnya yang kelihatan bengis merenung ke arahku.  Aku bingkas bangun dan terus masuk ke dalam rumah sambil mengunci pintu.  Auni dan Alia yang sedang leka menonton terkejut dengan kelakuanku.  Pandangan hairan dilemparkan ke arahku.  Aku memerhatikan gerak langkah lelaki itu di sebalik langsir tingkap.  Hatiku sudah dipanjat keresahan. 

            Kepulangan mak dan Mak Su melegakan hatiku namun peristiwa tadi tidak aku ceritakan kepada mereka.  Tidak mahu mereka bimbang mengenaiku. 

******************

            Lewat petang kami meninggalkan kampung.  Pada awalnya, kami ingin pulang selepas maghrib tetapi abah membantah niat kami.  Bimbang jika berlaku apa-apa dalam perjalanan, maklumlah di lebuhraya bukannya ada rumah orang pun.   Nak pula sekarang ini musim banyak berlaku rompakan di jalan raya.  Itu yang menyebabkan abah risau untuk melepaskan kami pulang pada waktu malam. 

            Kemesraan yang terjalin di antara keluargaku dengan En. Emeer sangat ketara.  Adik-adik sudah pandai bermanja dengannya apatah lagi En. Emeer yang suka benar melayan.  Adib pula, semenjak pulang tidak henti-henti memuji kehebatan En. Emeer dalam dunia persilatan.  Ada sahaja modal ceritanya. 

            Lebuhraya MTD lengang sahaja hari itu.  Mungkin kerana bukan musim perayaan, maka tidak ramai yang menggunakannya.  Sempat kami singgah sebentar di Hentian Gambang untuk solat maghrib dan berehat seketika. 

            Aku hanya memerhati wajah En. Emeer yang fokus pada pemanduannya.  Mengamati alur kening yang cantik terbentuk, hidung yang halus terletak dan bibir nipis yang cukup sempurna.  Ketampanan jelas terserlah di sebalik wajah garang itu.  Paling aku suka ketika wajah itu berkerut apabila berfikir.  Bangga aku bakal menjadi suri kepada lelaki yang hebat ini. 

            “Dah puas ke sayang tenung muka abang?” soalnya seraya memandangku.  Aku yang termalu kerana tertangkap ketika mencuri-curi merenung terus mengalihkan wajah membuang pandang ke luar tingkap.  Alahai, kantoi pula.  Merona merah di wajahku.  Kedengaran tawa kecil darinya. 

            “Tak apa, abang pun suka kalau sayang nak tenung abang lama-lama,” sambungnya menambahkan rasa sebalku. 

            “Awak, kalau saya cakap awak jangan naik angin ye,” ujarku lembut.  Risau untuk membuka cerita sebenarnya.  En. Emeer hanya mengangguk.

            “Pagi tadi masa awak ikut Adib, masa awak mesej saya tu, saya ternampak Rashdan berdiri depan rumah kat seberang jalan tu.  Takut saya tengok muka dia,” sambungnya perlahan. 

            Sudah kujangka respon En. Emeer.  Wajahnya berubah kelat.  Tanganku digenggamnya.

            “Dia ada apa-apakan sayang tak?”

            “Tak ada lah.  Saya cepat-cepat masuk dalam rumah dan tutup pintu.  Bila mak dan Mak Su balik baru saya keluar,”

            “Kita report polis sajalah sayang,” usulnya penuh kebimbangan.

            “Alah, tak payah la, awak.  Dia tak ada buat apa-apa pun,” tolakku lembut mengambil kira risiko baran lelaki pujaanku ini.

            “Sayang ni kan, masih lagi nak cover dia.  Kenapa, sayang suka kat dia ke?” suaranya sudah sedikit meninggi.  Hatiku sudah diamuk risau.  Menyesal pula menceritakan peristiwa itu kepadanya tetapi aku lebih bimbang jika tidak berbuat demikian.  Risau kalau-kalau sesuatu terjadi padaku kelak.

            “Awak ni kan, cemburu ye?” balasku lembut.

            “Mestilah abang cemburu.  Cemburu tahap gaban ni tau!  Sayang tu, abang punya seorang je.  Mana boleh orang lain nak masuk line.  Ni sayang nak back up pulak si mamat tu,” ujarnya masih bernada tinggi.  Ceh, pandai pulak cemburu mamat hensem ni.  Nasib baik bukan suami aku, kalau tidak aku gigit-gigit mulut tu baru tahu.  Pandai-pandai kata aku back up orang.  Eii.. gatal juga kau ni ye, Ayesha Sorfina.  Senyumanku mati serta merta apabila En. Emeer merenungku tajam.

            “Mana ada saya back up.  Betul lah apa saya kata, kalau kita report polis pun, bukan ada apa-apa yang dia buat kat saya,”

            “Dia tahu ke sayang tinggal di mana?” soalnya lagi.  Senyuman mula terpamir di wajah kelat itu apabila aku menggeleng.

            “Ok, kalau sayang ternampak kelibat dia kat area rumah sayang atau pejabat pun, terus je inform abang.  Orang macam ni bukan boleh dikira,” tegasnya. 

            “All right bos, kalau saya nampak dia kat mana-mana, sebelum subuh saya roger bos.  Ok, puas hati?” selorohku.  Sekali lagi matanya yang tajam itu mematikan senyumanku.  Iskhh.. nak buat lawak pun tak boleh.  Sengal.

            “Hah, senyum.  Gelak.. nanti abang bawa balik rumah abang baru tahu,” balasnya bersahaja.  Aiyarkk… bukan aku yang nak kenakan dia, aku pula yang terkena.  Apa-apa ajelah En. Emeer, asalkan kasih sayangmu tak berbelah bahagi sudah cukup untuk aku.  Moga bahagia itu bakal menjadi milik kami.




Betapa kucinta padamu
katakanlah kau cinta padaku
sematkanlah ku di hatimu
walau di mana berada
ingatku dalam doamu....


..... selamat membaca..moga terhibur ....

Kak Yus








_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

8 comments:

  1. alahaiii..besttt sangat cite ni..romantika de amo je ahakk..gud job kak..malam karang perah lagi otakye...heheheh**serios x puas cpt2 sambung ye**

    ReplyDelete
  2. hmm,apa agaknya si rashdan tu nak buat ek...??

    ReplyDelete
  3. Anonymous... insyaAllah..akak cuba jugak2 hapdate mlm ni ye sayang.. (pecahkan otak utk sayang2ku ni..)


    Alin~ erkkk... nak suh Rashdan wat apa erk???

    ReplyDelete
  4. TQ kakakku!!!muacchh:)

    ReplyDelete
  5. lara dear ~ dah jatuh cinta ke?? hehehe

    Anonymous sayang ~ most welcome dear..muahhh too!!

    ReplyDelete
  6. dh lame tak tgk ibunye blog..wah siap ade rancangan kegemaran akak n adik-adik lagi. Elly & Epit, KLIK,,hehhe...Auni dgn Alia!nak join!!...jom kite tengok hari ahad ni plak...Abg Joe lari rumah...!!tgk,tgk,tgk tau...

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com