Saturday 9 June 2012

Sengketa Cinta ~ bab 4 (formerly Perutusan Kasih)


“Assalamualaikum Lea ye, Abang Ilham cakap ni”
“Waalaikumussalam, iya saya.  Ada apa Abang Ilham?”
 “Semalam Fayyad ada telefon abang cakap pasal program rekreasi dan motivasi.  Lea dah buat kertas kerja ke?”

"Oh, cepatnya info dah sampai kat abang.  Sedang membuat beberapa usul dalam kertas kerja tu dan Lea pun tengah contact pihak Jabatan minta pendapat diorang.”  Terkejut juga Azzalea mengingatkan baru sahaja dia berbual dengan Fayyad mengenai program itu.  Cepatnya mamat tu sampaikan kepada Abang Ilham, pengerusi Persatuan Belia mereka.  Jari jemarinya bermain-main dengan pena di atas meja.

            “Bagus, bagus.  Kalau macam tu Lea siapkan kertas usul, Sabtu malam ni kita meetinglah,” ujar Abang Ilham.  Tersentak Azzalea seketika.

            “Err, sempat ke nak bagi notis?” soal Azzalea.

            “Notis biar abang yang buat.  Nanti abang calling-calling diorang tu sendiri.  Tak apa, Lea buat je kertas kerja tu.  Janji semua usul mantap,”

            “Okeylah kalau macam tu, Lea buat ‘stat’,” balas Azzalea dengan senyuman yang melebar.  Heh, tak ada maknanya nak senyum lebar-lebar, bukan Abang Ilham nampak pun. 

Hati Azzalea berdongkol kecil.  Wah, nak kena buat kertas kerja la pula.  Feedback daripada Jabatan Penerangan dan Jabatan Belia pun belum dapat lagi, minit mesyuarat lepas pun nak kena buat juga.  Mana nak cari masa ni.  Dahlah kerja di pejabat pun berlambak-lambak.  Lagi-lagi pula semenjak En. Eshan dapat client baru dari Singapura ni.  Premium Reinsurance je dah cecah ratus ribu, lepas tu anak syarikat pun boleh tahan banyaknya.  Berderet je listing tengok atas meja En. Eshan tu. 

Eh, tadi rasanya bukan ada mesej masuk ke kat telefon bimbit?  Cepat-cepat Azzalea menyelongkar handbagnya mencari telefon bimbitnya itu.  Terbuntang besar mata gadis itu melihat ada tiga mesej masuk.  Rasanya tak sampai sejam pun dia tidak menoleh telefonnya itu.  Satu persatu mesej masuk dibaca.  Mesej pertama dideletenya terus, biasalah Hotlink nak buat promosi.  Menyemak ruang sahaja.  Mesej kedua, hampir nak berjoget dia di situ apabila diberitahu bahawa permohonan untuk mendapatkan Dana Program Persatuan Belianya mendapat approval oleh pihak Jabatan Belia.  Baru je dia berbincang secara lisan dengan pihak jabatan, dah dapat approval.  Laju je jari hendak menekan mesej ketiga, telinganya menangkap deheman yang jelas benar kedengaran di sebelahnya.

“Hmm..lambat baca mesej.  Dah sampai pun.”  Tersentak mendengar suara itu, Azzalea berpaling dan mengangkat wajahnya memandang ke arah pemilik suara.  Matanya terpaku pada sejambak bunga yang menghadang wajah itu. 

Eleh, suara tu kalau sebatu pun dia boleh cam pemiliknya.  Rambut yang terikat rapi ala-ala pony tail itu dikemaskan.  Spontan.  Tak tahu nak buat apa dah.  Skirt yang dipakai dikemaskan dengan jari halusnya.  Hish, semua serba tak kenalah sesaat.

“Awak buat apa kat sini?” soalnya.  Matanya masih lagi terlekat pada wajah lelaki itu.  Jambangan bunga dihulurkan dengan segaris senyuman.

“Saja je datang nak jumpa awak.”

“Hish, mengarutlah awak ni.  Sekarang ni time kerjalah, nak kata waktu lunch pun lambat lagi.. baru pukul sepuluh setengah pun.  Awak buat apa kat sini?” Azzalea masih tidak berpuas hati dengan persoalannya yang belum terjawab.

“Saya nak jumpa bos awaklah.  Pasal Reinsurance premium syarikat Singapura tu.  Bos awak ada?”

“Bos jumpa CEO sekejap.  Awak nak duduk dalam ke, saya buatkan kopi,”

“Tak naklah saya duduk mengadap dinding bilik bos awak tu sorang-sorang, baik saya duduk sini.  Boleh juga saya mengadap muka awak.  Dapat juga lepas rindu kat awak.  Ada juga faedahnya,” balas Fayyad.  Iskhh, mamat ni kalau nak mengayat memang tau, boleh cair jiwa raga. 

“Suka hati awaklah, tapi tempat saya ni kecil je.  Duduklah kat sofa hujung tu diam-diam.”

Eh, boleh ke aku nak buat kerja kalau encik abang ni duduk kat sini.  Dengan suaranya pun dah boleh nak runtun hati gadis aku ni, apatah lagi renungan matanya yang mengancam jiwa raganya tu.  Confirm cair segala apatah lagi kalau dah dia asyik memerhatikan aku aje. Jiwa Azzalea bertelingkah sendirian. Perang psikologi juga Azzalea dibuatnya.  Azzalea mengerling ke arah Fayyad.  Kan betul tekaannya, mesti encik abang hensem tu sedang memerhatikannya.  Mata mereka bersabung seketika.  Entah datang dari mana, sejalur rasa mula menular ke hati Azzalea.  Renungan itu sungguh mengasyikkan.  Membuai dia ke alam lain yang dia sendiri tidak tahu kewujudannya.  Indah.  Asyik.

Menyedari lakunya itu membawa senyuman di bibir Fayyad, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.  Pura-pura sibuk mencari dokumen di atas meja.

“Kenapa, tak suka saya tengok awak?”  usik Fayyad. 

“Err.. ada ke saya kata macam tu?  Tengoklah sampai esok pun tak apa, saya tak charge pun kan,” bidas Azzalea sengaja menutup malu.  “Hmm.. awak duduklah sekejap, saya ke pantry dulu eh..” sambung Azzalea meninggalkan Fayyad sendirian.

Fayyad tersenyum.  Dia tahu Azzalea sebenarnya sedang menahan malu kerana curi-curi pandangnya dapat ditangkap.  Heh, suka juga melihat Azzalea tak tentu arah begitu.  Hish, kalau dapat buat hari-hari kan best.  Sedang asyik Fayyad bermain dengan perasaan sendiri, Azzalea muncul dengan dua cawan kopi panas yang berasap-asap lalu diletakkan di meja kecil bersebelahan Fayyad. 

“Minum dulu awak sementara tunggu En. Eshan tu,” jemput Azzalea lembut.  Kopi panas di tangannya di letakkan di atas mejanya cermat. 

“Baiknya hati awak, dapat minum kopi sedap ni hari-hari best juga,”

“Sign kontraklah baru boleh minum hari-hari En. Fayyad,”

“Eh, awak sudi ke nak sign kontrak dengan saya.  Saya no hal, hari ni juga saya masuk meminang awak,” balas Fayyad masih mood menggiat Azzalea. 

Azzalea yang mendengarnya hanya mencebirkan bibir.  Malas betul melayan mamat tak berapa nak betul ni.  Iskh, buah hati siapalah tu!

Beberapa minit berlalu, keadaan masih sunyi.  Azzalea menyambung tugasnya tanpa memperdulikan Fayyad namun hati di dalam bagaikan direntap-rentap.  Susah betul hendak fokus pada tugas apabila menyedari setiap tingkah laku diperhatikan.  Fayyad yang masih bersandar sambil menyelak helaian majalah yang ada di sudut bilik kecil Azzalea tidak henti-henti tersenyum.  Suka benar hati dapat menyakat Azzalea hari itu.  Lagi lama En. Eshan tidak turun, lagi seronok menyakat.  Hish, sesekali buat perangai tak betul syok juga kan.

Kebisuan mereka terlerai dengan kehadiran En. Eshan yang perasan dengan kehadiran Fayyad.  Dia tahu, tentulah seronok si Fayyad tu duk menyakat Azzalea.  Iyalah, buah hati la katakan.  Beruntung sungguh Azzalea, dapat tackle anak orang kaya ni.  Bukan calang-calang orang yang masuk line, tapi Azzalea juga yang terpilihnya.  Namun, jauh di sudut hati En. Eshan berdoa agar Azzalea tidak akan beralih arah walau pun sudah bergelar isteri kelak.  Iyalahkan, Azzalea sahajalah pembantu yang paling baik pernah dia ada, segalanya diuruskan oleh Azzalea dengan tip top.  Kalau nak beri bintang akan perkhidmatan Azzalea, memang boleh bagi 7 bintang.  Tak pernah mengeluh sedikit pun walau pun terpaksa bekerja dalam keadaan stress.  Memang patut pun dia dinaikkan pangkat tapi Azzalea berkeras tidak mahu berpindah ke department lain.

“Fayyad, dah lama sampai ke,” tegur En. Eshan lalu beralih ke arah Azzalea,  “Awat cek tak roger habaq mai En. Fayyad kita dah sampai,” sambungnya menyoal Azzalea. 

Cuba En. Eshan pi tilik poket tu, handphone ada duk dalam poket ka ada duk lepak kat atas meja kat dalam bilik nun,” jawab Azzalea mengajuk lorat utara En. Eshan.

“Allah, dah tua-tua ni asyik dok lupa na, tak pa- tak pa, jom Fayyad kita borak kat dalam.  Nanti lama-lama dok kat sini, cair habis mekap si Lea ni,” usik En. Eshan lalu disambut dengan derail tawa Fayyad.

“Hah, saya nampak ada kopi tu.  Buat kat saya jugak na, sedap dapat minum kopi panaih, tadi PA bos kedekut tangkai jering, tak mau buat ayaq pun kat saya,” bisik En. Eshan perlahan.

“Hish, tak baik bos mengumpat.  No problem, dua minit na,” sambut Azzalea lalu meminta diri ke pantry.  Tertangkap oleh telinganya suara dan gelak tawa kedua-dua lelaki itu.  Hmm.. eloklah, melayan dua orang lelaki tak berapa nak betul, esok-esok dia pun biul sama.  Nasib badan…

************************

Sesudah menunaikan solat Maghrib, Azzalea dan Dirah cepat-cepat bersiap untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Belia yang telah dijadualkan. Setelah memastikan semua tingkap dan pintu ditutup rapi, Dirah mengeluarkan kereta daripada halaman rumah.  Malam itu, taman perumahan mereka agak bising dengan riuh rendah suara kanak-kanak dan remaja yang sibuk beriadah di padang permainan.  Malam minggu memang ramai kanak-kanak yang tidur lewat, ditemani oleh ibu bapa yang turut sama menikmati angin malam di kawasan taman yang berhampiran.

Mereka tiba agak awal daripada biasa.  Selalunya Abang Ilham yang akan menjadi orang pertama yang sampai dan membuka bilik mesyuarat.  Kali ini lambat pula Abang Ilham tiba, terpaksalah mereka duduk di bangku taman yang berhampiran dengan dewan yang menempatkan bilik kecil untuk kegunaan mereka.  Kelihatan beberapa orang pemuda sedang memanaskan badan di gelanggang takraw yang berhampiran.  Azzalea hanya memerhatikan mereka tanpa memperdulikan Dirah yang ralit memandangnya.

“Hamboi, bukan main lagi ko menengok mamat-mamat tu. Apsal, hensem sangat ke?” usik Dirah. 

“Alo makcik, kalau terang benderang bolehlah nak nilai tahap kehenseman diorang tu.  Dahlah gelap, mana nak nampak,” wajah Azzalea dijelingnya sekilas.  Makcik ni kalau tak mengusik tak sah.  Manalah nak nampak muka budak-budak tu dalam sinar lampu yang tak berapa nak terang.

“Tu budak-budak Fayyad la tu training untuk game diorang.  Ko tak kenal ke?”

“Hah, biar betul.  Fayyad pun join takraw ke.  Apsal aku tak pernah nampak dia main pun?” Bagai tidak percaya Azzalea mendengar kata-kata Dirah.  Tidak pernah dia tahu yang Fayyad juga berkecimpung dalam sukan takraw.

“Hmm.. dah lama dia main, cuma tahun ni je dia kurang sikit main.  Injured kat buku lali tak silap aku.  Sebelum ko join team Belia ni, dia memang aktif.  Dialah yang sponsor budak-budak tu sampai boleh terkenal la juga kalau kat KL ni.  Banyak jasa dia untuk belia-belia kat sini,” terang Dirah.  Dia tahu masih banyak yang Azzalea tidak tahu mengenai Fayyad.  Walau pun mereka kerap keluar bersama, Dirah amat faham dengan perangai Azzalea yang tidak suka mencampuri urusan orang lain apatah lagi ingin mengorek cerita orang.  Jika tidak, masakan si Fayyad tu anak Tan Sri pun dia tidak tahu.

“Oh, kisahnya.  Kenapa eh dia beria-ria sangat nak bantu belia-belia kat sini ye?” masa untuk mengorek rahsia.  Kadang-kadang seronok juga jadi kepochi ni.

“Cerita yang aku dengarlah, dia dulu duduk kat sini masa dia kecil-kecil.  Tu yang dia nak tolong budak-budak kat sini,”

Perbualan mereka terhenti apabila kereta Fayyad memasuki kawasan dewan.  Kelihatan kelibat Abang Ilham turun daripada perut kereta.  Laa, diorang datang sekali ke.  Iskh, patutlah lambat.  Bukan ke Fayyad ada urusan di Melaka pagi tadi.  Cepat betul mamat ni balik.  Sempat pula nak hadir mesyuarat, tak penat agaknya.  Azzalea bermain dengan teka teki yang menerjah mindanya. 

Azzalea membalas senyuman yang dilemparkan Fayyad.  Bungkusan yang dihulur disambut lalu dia mengekori langkah mereka menuju ke bilik mesyuarat.  Kesekejapan, bilik mesyuarat yang gelap gelita menjadi terang benderang.  Kerusi yang tersusun kemas ditarik perlahan.  Fayyad melabuhkan punggung di sebelah Azzalea yang telah pun duduk selesa.  Senyum berbalas senyum.  Tingkah mereka mendapat perhatian Abang Ilham yang akhirnya terbatuk-batuk kecil menyembunyikan tawa.  Hendak tergelak pun ada melihat tingkah laku merpati sejoli tu.  Iyalah, orang baru bercinta macam tu lah kan

“Tak penat ke balik dari Melaka dah datang meeting ni?” soal Azzalea separuh berbisik.

“Day trip je ke Melaka tu.  Awal juga sampai, jam empat tadi dah ada kat KL.  Sempatlah tidur selelap,”

“Hmm, thank you for this,”

“My pleasure dear, tak ada apa yang special pun.  Itu je yang sempat saya grab untuk awak dalam perjalan balik tadi.”

Bilik mesyuarat yang semakin penuh dengan kehadiran ahli mesyuarat yang lain mengganggu perbualan mereka.  Setelah semua ahli hadir, mesyuarat dimulakan dengan ucapan dan bentangan usul yang telah disediakan.  Azzalea juga membentangkan usul mengenai program Rekreasi dan Motivasi yang dirancang mereka.  Segala butir perkembangan dan berita baik tentang dana dibentangkan dan mendapat sambutan hangat oleh ahli jawatankuasa.  Seronok sekali sekala dapat berjalan jauh sambil menjalankan kerja kebajikan untuk para belia.  Inilah dinamakan social contribution.  Menyumbangkan sesuatu tanpa balasan untuk kebaikan masyarakat.  Membimbing dan mendidik generasi muda dengan cara mereka agar menjadi generasi bebas daripada gejala sosial.  Anak-anak muda ini harus diambil hati dan perhatian mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat mereka dalam mencorak generasi masa depan yang bermoral dan berakhlak mulia.  Bebas daripada cengkaman dadah.  Bebas daripada dibelenggu masalah moral yang semakin merudum.  Paksaan tidak dapat menjamin keberkesanan tetapi penerapan nilai murni secara lembut dan berhemah mampu sedikit sebanyak lekat di hati anak-anak muda ini. 

Keputusan akhir telah diambil iaitu beberapa orang ahli jawatankuasa diketuai oleh Fayyad akan ke Cherating untuk melakukan beberapa urusan seperti mencari penginapan dan penyediaan makanan untuk peserta.  Mereka akan berangkat dalam masa yang terdekat.  Urusan di Kuala Lumpur akan diuruskan oleh Abang Ilham manakala urusan berkaitan dengan Jabatan Belia dan Jabatan Penerangan serta insurans diuruskan oleh Azzalea dibantu oleh Dirah. 

Semoga niat yang murni ini dipermudahkan urusannya oleh Yang Maha Esa.


**************************
Okey sayang2 Kak Yus.. sorry untuk sayang2 yang mengikuti kisah Fayyad dan Azzalea, lama terperuk tak hapdet kan.. ok malam ni Kak Yus ubat rindu kalian dengan mamat hensem ni.. iskhhh.. nak menaip pun takleh la asyik dok merenung muka si Fayyad nih.. heheheeh (gelak gataiii..).. pohon Kak Yus maaf utk kekurangan esp. typo error ye.. sudi2 drop komen.. .. lebiu ols..

Lots of luv from Kak Yus..


8 comments:

  1. Best. Bila baca bahagian Fayyad dengan Azzalea, mulut tu nak tersengih je. ;)

    ReplyDelete
  2. tersnyum panjang bile bce...sweetnye fayyad ni hihik *gatai na ko dila, sme cam kak yus. mata fayyad tu sgt memukau pandangan hehe :))

    ReplyDelete
  3. Naisma ~ dah lama citer ni dok terperuk, idea tak mari2.. tetiba malam tadi macam ternampak2 je fayyad depan mata.. TQ dear for liking..insyaAllah k.yus akan sambung lagi menaip malam ni..


    Dila Dyna ~ hehehee.. gatai no.. samalah kite.. hehehe.. tak menahan panahan mata si Fayyad tu..huhu

    ReplyDelete
  4. comelnya cik lea, tp en fayyad hensem gilerrr. hahaha. lagi semangat nak baca ni.

    ReplyDelete
  5. tni semangat nak baca.. k.yus lak dlm dok semangat nak menaip tak jadi lak menaip tatap rupe si fayyad ni.. melayang2 je.. hik3 (ketawa gatai jap..)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ah haaaaa...

    apakah FAYYAD ni USUI TAKUMI versi melayu???

    segala sukan ko masuk, hensem, bharta..ohmaiiii!

    sajak laa dgn miss beauty with brain Azzalea tu kan??

    #amboi, baru kwn dh kaco kt opis eh...

    like giler laa kak yus.. sambung! sambung! sambung! #sambil pegang pompom..

    ReplyDelete
  8. hahahaa... kkk @ dak Yati.. sajak jgn tak sajak.. nak sambung la ni.. bagi nek ke awan sikit2 lagi.. lepas tu kita wat jatuh dr langit terjelepuk kat dlm paya lak ye... hehehe

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com