Thursday, 26 January 2012

Bab 16 .. Biar Cinta Bertaburan




Mataku masih kabur.  Perlahan kucelikkan mata, memerhati di sekelilingku.  Suasana bilik ini sungguh familiar dengan mataku.  Aku ingin bangun namun terasa tangan terlalu berat untuk diangkat.  Kualihkan pandangan ke arah tanganku.  Pandanganku tertangkap kelibat En. Emeer yang duduk berteleku di atas permaidani di sisiku.  Tanganku masih di dalam genggamannya.  Mata itu agak berkaca-kaca.

          Aku cuba mengingati apa yang telah terjadi.  Satu persatu insiden yang berlaku menerpa ruang ingatanku. 

“Sayang dah sedar,” ucap suara itu lembut di telingaku.  Aku berpaling ke arahnya.  Segaris senyuman terukir di wajahku.  Risaukah dia melihat aku begini.   Aku hanya mengangguk.  Terlalu penat sebenarnya untuk berkata-kata.  Terlalu lelah rasanya untuk memikirkan segalanya.

“I’m so sorry,” bisiknya lagi.  Jari-jemariku yang diraihnya sudah berulang kali dikucupnya.  Air mataku juga sudah tak tertanggung.  Terharu melihat dia begini. 

“Sayang kenapa ni?  Saya risau kalau-kalau sayang…,” kata-katanya mati di situ.  Matanya memandangku tepat.  Mata kami bersabung.

“Kita kahwin sayang, kita balik jumpa abah.  Kita bincang hal kita dengan abah dan mak.  Saya nak minta izin jadikan sayang isteri saya.  Kalau benar sayang pregnant, saya nak bertanggungjawab sepenuhnya,” tuturnya memujukku.  Air mata deras mengalir.  Perlahan jejari kasarnya menyeka air mataku. 

“Awak, bukan semudah itu untuk kita bersama.  Awak tak fikir pasal Cik Lyana?  Awak tak fikir pasal keluarga awak.  Awak dah bertunang, awak bakal menjadi suami orang.  Janji tak baik dimungkiri,” balasku.  Ada getaran hebat dalam suaraku ketika menuturkannya.  Mana mungkin aku menidakkan realiti yang terbentang.  Tidak adil untuk aku mencari kebahagiaan dengan merampas hak orang lain.  Aku tidak mahu menjadi perampas. 

          Biar apa pun yang berlaku terhadapku, akan aku hadapinya sendiri.  Aku rela.  Untuk menghancurkan kebahagiaan orang lain, bukan hak aku.

          Wajah En. Emeer menjadi murung mendengar kata-kataku.  Aku tahu, dia diamuk badai yang hebat di hati.  Wajah murung itu menceritakan segalanya kepadaku.

**********

          Wajah Dr. Nurul yang tersenyum di hadapanku menambah cuak di dada.  Lebih hebat apabila senyuman itu semakin meleret.

“Tahniah puan, confirm puan mengandung.  Kalau ikut kiraan saya, dalam three weeks,” katanya.  Bagaikan tersentap jantungku mendengar ucapan tahniah itu.

“Shall we call your husband and tell him the good news,” ujarnya lagi.

“Oh…oh.. tak apa.  Saya datang sendiri tadi.  I’ll tell him later myself,” balasku menutup rasa resah. 

“At this stage, you have to be very careful.  Puan kena hindarkan makanan yang tidak berzat, rehat yang cukup dan kalau boleh ambil supplement untuk kesihatan puan dan bayi,” nasihat Dr. Nurul sambil memberikan aku prescription ubat-ubatan yang harus diambil.  Setelah mengucapkan terima kasih aku berlalu pergi.

          Hati sudah mula diserang rasa gelisah.  Segala yang aku takutkan telah menjadi kenyataan.  Myvi kupandu laju. 

*********

          Deringan telefon menyambut kedatanganku pagi itu.  Awal sungguh sudah ada pemanggil.  Jam di dinding baru menunjukkan angka 8.50 pagi.  Waktu operasi pejabat pun masih belum beroperasi.

“En. Emeer’s office, good morning,” ujarku.  Agak termengah-mengah. 

“Is En. Emeer in?” soal suara itu.  Merdu sungguh di pendengaranku.

“Sorry mam, he’s not in yet.  Any message for him,” balasku.  Wah, lunak sungguh suara wanita yang berada di hujung talian tu.  Tak pernah aku mendengarnya sebelum ini.

“Could you please ask him to call me back.  I’m Lyana Arissa,” tekakku tiba-tiba terasa kering apabila mendengar nama itu.  Segera  aku mematikan rasa.

“Ok Cik Lyana Arissa, I’ll let him know as soon as he arrive,” balasku sopan.  Talian telah pun dimatikan namun gagang telefon masih di telingaku.  Masih terngiang-ngiang suara Lyana Arissa menyebut nama En. Emeer dengan manja.  Perasaan akukah?  Seketika, hatiku rasa sakit yang amat.

          “Morning sayang,” sapa En. Emeer dan terus melabuhkan punggung di kerusi sebelah ku.  Begitulah setiap pagi, dah jadi habit agaknya.  Mesti nak bertenggek dulu di sini sebelum ke biliknya.

Aku biarkan sapaannya tidak berjawab.  Hati masih lagi sebal.  Marahkah?  Tak mungkin.

“Sayang ok ke hari ni?  Muka pucat lagi ni, jom saya bawa awak ke klinik,” ujarnya tanpa menghiraukan aku yang sengaja membisu. 

“Saya ok aje En. Emeer.  Tak ada apa-apa yang perlu dikhuatirkan,” balasku. 

“Hmm.. tadi your fiancĂ©e, Cik Lyana Arissa called.  Mintak awak telefon dia balik,” ujarku bersahaja.  Langsung tidak memalingkan wajah ke arahnya.  Ada nada sebak dalam suaraku itu. Segera tanganku ditarik lalu badanku dipusing.  Matanya menangkap sinar muram yang bertahta di wajahku.  Pipiku dielus namun cepat-cepat aku menepis tangannya itu.

“Please call her.  I think it’s urgent,” ujarku.  Tidak betah aku berlelama dengannya.  Hati bagai disiat-siat. 


          Sesekali terdengar tawa kecil dari bilik En. Emeer.  Wah, bukan main gembira lagi dapat berhubungan dengan tunangnya.  Mood aku hari ini sudah agak tercalar.  Padan muka kau Ayesha Sorfina, siapa yang suruh kau gatal sangat nak bercinta dengan tunang orang.  Kan, sekarang ni siapa yang makan hati.  Arghhhhh.. rasa nak menjerit-jerit.

          Tekakku tiba-tiba menjadi loya.  Rasa bagai nak terkeluar semua isi perut yang ada.  Sekali, dua kali dan terus aku menerpa ke bilik air.  Nasib lah bilik air eksekutif ini tidak ramai yang gunakannya.  Hanya bos-bos dan PA sahaja yang ada di tingkat empat ni.  Maka amanlah sedikit.  Sejak dua hari ni, tekakku sudah mula merasa loya-loya.  Malah, kepala juga kerap pening.  Aku terfikir, mungkin inilah yang dipanggil morning sickness atau symptom awal ibu mengandung. 

          Aku dan Hafifah beriringan menuju ke kafe Hotel yang terletak di sebelah bangunan syarikat.  Entah kenapa hari ini aku teringin benar hendak menikmati makanan barat.  Aku selalu ke kafe hotel ini jika keluar berdua dengan En. Emeer.  Laju sahaja Hafifah bersetuju untuk menemaniku apatah lagi bila aku yang belanja.  Makan free, siapa yang tak mau, kata Hafifah. 

          Enak menikmati chicken chop dan carrot susu kegemaranku, manakala Hafifah riuh memuji stirlion steaknya.  Suasana tenang dan aman di kafe itu menambahkan lagi selera makanku.  Alamak, semenjak dua menjak ni seleraku semakin besar.  Asyik teringin nak makan sahaja.  Nampak gayanya, dua tiga bulan lagi, tak muatlah semua baju-baju aku bertambah pula dengan perut yang pasti akan memboyot ni.  Bercakap mengenai perut ni, aku harus fikirkan apa rancangan aku seterusnya. 

          Sedang riuh berbual, mataku tertangkap dua susuk tubuh yang sedang menikmati makanan dan berbual mesra.  Mataku semakin membesar apabila orang yang kuamati itu aku kenal benar.  En. Emeer dan seorang wanita jelita di hadapannya.  Berambut panjang, dengan warna sedikit coklat sesuai dengan tubuhnya yang langsing.  Kelihatan sungguh menawan.  Aku pasti, inilah Cik Lyana Arissa.  Cara mereka berbual sungguh mesra.  Hatiku menjadi teramat sakit.  Tekakku menjadi perit.  Seleraku mati di situ. 

          Cepat-cepat aku mengajak Hafifah meninggalkan kafe hotel.  Kesian Hafifah, tak sempat menghabiskan hidangannya.  Aku meluru laju ke bilikku lalu kucapai beg tangan serta kunci Myvi. 

          En. Emeer, I’m going to take an MC today.  Not feeling well ~ Ayesha Sorfina. 

Nota kecil itu aku letakkan di atas meja En. Emeer sejurus sebelum pintu biliknya kuhempaskan.  Hati yang sakit semakin sakit.  Luka yang ada sudah bernanah. 







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Bab 15 .. Biar Cinta Bertaburan




                Tepat jam 12 tengah hari, aku telah berdiri di hadapan pintu lobby.  Kelihatan kereta Datin Salina memasuki entrance bangunan.  Aku hanya mempamerkan senyum.  Pintu belakang kubuka apabila terlihat Datin Salina melambai dari dalamnya. 

          Belum sempat aku aku menutup pintu, terpacul wajah En. Emeer di situ.

          “Oppss.. sorry auntie, Meer lambat sikit. Ayesha ni nak turun bukan nak panggil Meer,” kalut En. Emeer memboloskan diri ke dalam kereta. 

          Aku tercengang-cengang di situ.  Manakan tidak, tak pula aku tahu yang dia akan menyertai kami hari ini.

          “Hmm.. tak apa la Meer,” balas Datin Salina lembut.  Aku perhatikan, setiap kali Datin Salina bercakap dengan En. Emeer, suaranya sentiasa lembut bagaikan seorang ibu.  Malah perhatian yang diberikan kepada Emeer bukan sedikit. 

          “En. Emeer pun ikut sekali ke Datin, Ayesha tak tahu pula,”  aku yang terkejut dengan kehadiran En. Emeer memberanikan diri bertanya.  En. Emeer hanya menjeling ke arah ku sambil tersenyum.

          “A’ah Ayesha, malam tadi dia yang offer nak ikut,” balas Datin Salina.  Mengada-ngada betullah mamat ni.  Asyik nak mengekor je kerjanya.

          Suasana di The Gardens, MidValley Mega Mall agak lengang.  Maklumlah, waktu bekerja memang tidak ramai pelanggan apatah lagi butik-butik yang terletak di The Gardens itu semuanya butik-butik esklusif.  Dari satu butik ke satu butik, aku menemani Datin Salina dengan rasa besar hati.  Apa tidaknya, setiap kali Datin Salina ingin membeli sesuatu, pasti Datin Salina akan meminta pendapat aku dan En. Emeer.  Peliknya, tak pula aku lihat riak kebosanan di wajah En. Emeer.  Malah, laju sahaja langkahnya menuruti kami.

          Sedang asyik berhijrah dari satu butik ke butik yang lain, aku terpandang sesuatu yang sungguh menarik perhatianku.  Seutas rantai leher platinum yang ringkas tapi sungguh unik rekaannya.  Cantik, getus hatiku.

          Tiba-tiba tanganku ditarik menghala ke dalam.  Datin Salina yang telah tersedia duduk menghadap barisan barangan kemas di dalam hanya tersenyum melihat En. Emeer menarikku ke arahnya.  Wah, shopping di Diamond & Platinum.  Gaji sebulan pun tak tentu aku mampu nak beli ni.  Memerhatikan Datin Salina yang tidak jemu-jemu membelek barangan kemas, menjadikan aku rasa teruja.  Memanglah adat orang perempuan, kalau dengan barang kemas hidup sahaja.

          En. Emeer mengarahkan pekerja D&P itu mengambil rantai yang kulihat tadi.  Aku terpempan seketika.  Eii, dia perasan ke aku duk membelek rantai tu tadi.  Janganlah dia buat pasal pulak kat sini.  Rantai yang menarik minatku terentang indah di hadapanku.  Pantas rantai itu diambil dan dihalakan kepadaku.  Terpaku.  Tudungku diselak sedikit lalu rantai itu dikalungkan ke leherku.  Aku yang masih terpaku tidak mampu mengucapkan apa-apa.

          Jari-jemariku diraih lalu dibawa ke bibirnya.  Hangat terasa kucupan bibirnya.  Tanpa memperdulikan mata-mata nakal yang tersenyum melihat kami.  Malah Datin Salina juga sudah mula tersenyum melihat tingkah En. Emeer.  Aku sudah mula termalu di situ.

          “For my sayang,” bisiknya lembut.  Aduh, goyang jantung aku kala itu. 
          “Tak perlu semua ni, awak,” balasku.  Cinta aku padanya bukan kerana darjat atau hartanya.  Cinta aku hanya kerana dia.  Hanya kerana dirinya. 
         

          Nasib baiklah En. Emeer menjadi peneman kami hari ini.  Kalau tidak jenuh juga nak mengangkut barang-barang yang telah dibeli oleh Datin Salina.  Aku kagum dengan citarasanya.  Walau pun mempunyai title dan harta yang banyak, namun Datin Salina tidak terlalu memilih.  Branded atau tidak, jika berkenan terus dibelinya.  Malah, cara Datin Salina berinteraksi dengan jurujual juga sangat mengagumkan.  Penuh diplomasi dan mesra.  Boleh jadi idola aku ni.
*************

          Sudah sebulan berlalu peristiwa aku melarikan diri ke Port Dickson.  Dan dalam tempoh itu juga, sudah sering En. Emeer mengusulkan hal perkahwinan.  Aku jadi kusut.  Setiap kali perkataan kahwin muncul di mulutnya, aku jadi bisu.  Kalau diturut kata hati, hendak saja aku menerimanya.  Tapi, akalku masih laju mendahului hati.  Bagaimana dengan tunangannya?  Sanggupkah aku menghancurkan hati dia.  Setiap kali aku bangkitkan hal tunangannya, setiap kali itu juga wajahnya menjadi kelat.  Dia akan mematikan setiap persoalanku dengan hal lain.

          Bingung aku memikirkan masa depan kami.  Kekadang terfikir untuk lari terus daripadanya.  Tapi apabila memikirkan apa yang telah terjadi antara kami, aku kalut. 

          “Kak Ayesha, ada orang nak jumpa akak di lobby ni,” suara Melinda, penyambut tetamu kami terdengar di interkom.

          “Oh, suruh dia tunggu sekejap ye dear,” balasku.  Siapa pula yang rajin sangat nak jumpa dengan aku ni.  Takkan lah Hafifah pula.  Kalau Hafifah tak payah la nak berintekom bagai, terus sahaja naik ke atas ni. 

          Menjengok sebentar ke bilik En. Emeer yang kosong, aku terus menghala langkah ke lobby yang terletak di tingkat satu.  Di dalam hati berkira-kira siapakah tetamu yang bertandang. 

          “Hai Melinda, siapa yang nak jumpa akak,” tegurku ke arah Melinda yang sentiasa tersenyum.  Motto syarikat, senyum dan mesra bersama pelanggan.

          “Tu kak, hensem juga orangnya ye,” tunjuk Melinda ke arah tetamu itu.  Aku mengarah pandang ke arah kelibat jejaka yang berdiri menghadap cermin tingkap itu.  Darahku menyirap. 

          Jejaka itu berpaling lalu tersenyum memandangku.  Hendak melarikan diri pun sudah tidak berguna.

          “Hai, Sha..” sapanya.  Aku hanya mampu menghulurkan senyuman.

          “Hai, maaf lama tunggu ye,” balasku berbahasa. 

          “Nak inform Sha, Ash tak ada nombor telefon.  So, dah terlanjur datang seminar kat sini, Ash terus sajalah singgah,” terangnya.  Aku hanya mengangguk. 

          “Dah waktu lunch ni, boleh temankan Ash makan?” soalnya.  Tidak sampai hati pula aku untuk menolak.  Mungkin dulu aku tidak dapat menerima hatinya tapi tidak salah rasanya jika aku melayannya sebagai seorang sahabat.  Kami beriringan menuju ke restoran yang terletak di hadapan bangunan syarikat. 

          Banyak mata-mata yang sedang memerhatikanku saat ini.  Kami memilih untuk duduk di luar restoran.  Lagi pun si Rashdan ni perokok, biarlah dia rasa bebas sedikit untuk merokok.  Aku pun tak kisah, jantung dia, hati dia, paru-paru dia, tak ada kena-mengena dengan aku.  Kalau En. Emeer tu, memang aku bising juga.

          “Sha, kenapa susah sangat Sha nak terima Ash?  Ash minta maaf kalau Sha masih marah pasal hal dulu tu, Ash memang dah hilang akal,” ujarnya.

          “Dah la Ash, Sha dah maafkan Ash.  Tapi untuk terima Ash seperti yang Ash mahu, Sha tak boleh,” balasku perlahan.  Tidak mahu memancing deria dengar pelanggan yang berdekatan. 

          “Sha, Ash mintak maaf.  Dah banyak kali Ash mintak maaf, dah banyak kali Ash cuba memperbaiki kesilapan Ash, tapi Sha tak pernah bagi peluang,”

          “Sha dah lupakan semua yang terjadi.  Walau pun hati Sha sakit tapi Sha dah maafkan.  Cukuplah.. kita tak mungkin akan bersama Ash,”  rayuku.  Namun wajah Ash sudah cukup menakutkanku.  Tadinya, riak wajah yang tenang tidak dijangka boleh menjadi begitu tegang. 

          Benar, aku telah lama memaafkan perbuatannya.  Namun untuk melupakan setiap fitnah yang dilemparkan, tidak sama sekali.  Aku, Rashdan dan Hafifah merupakan sahabat baik semenjak di sekolah rendah lagi.  Ke mana sahaja pasti ada muka kami.  Rupanya, hubungan persahabatan yang terjalin telah berubah di hatinya.  Rashdan mula menyimpan hati terhadapku dalam diam.  Sehinggalah kami belajar di IPT, dia telah menyuarakannya kepadaku.

          Aku bukan tidak suka Rashdan tapi sukaku hanyalah sebagai sahabat.  Mana mungkin seorang sahabat yang pernah berguling bersama, bergumpal bersama, terjun longkang bersama menjadi insan istimewa di sudut hatiku.  Aku tidak boleh memberikan taraf kekasih untuknya.  Bermula dengan penolakan itu, sedikit demi sedikit merubah Rashdan kepada seorang yang tidak lagi aku kenal.

          Fitnah yang aku pernah ditidurinya menjadi igauan ngeriku.  Malah mak dan abah juga turut terasa tempiasnya apabila Mak Cik Siti datang ke rumah ingin melamarku disebabkan cerita itu.  Bermula kisah itulah menjadikan aku teramat benci kepadanya.  Bermula kisah itulah menjadikan aku menjauh daripada keluarganya.  Kalau dulu hampir setiap hari aku akan bertandang ke rumah Mak Cik Siti menghantar juadah yang dikirim emak, selepas peristiwa itu, tidak pernah sekali pun aku menjejakkan kaki ke sana.  Mujurlah abah dan mak bukan orang yang mudah mendengar hasutan orang.  Aku amat bersyukur untuk itu.

          Tiba-tiba terasa tanganku digenggam.  Aku cuba melepaskan namun semakin kejap.

          “Ash, don’t do this.  Let me go,” keras suaraku. 

          “Bagilah Ash peluang sekali lagi Sha.  Please,” rayunya semakin menjadi-jadi.  Kami sudah menjadi perhatian mata-mata di sekeliling kami.  Wajahku sudah bertukar merah.  Malu dan geram.  Menyesal pula menurutinya ke sini.  Kalau aku tahu begini sikapnya, tak ingin aku menemaninya.  Aku segera bangun dan cuba untuk melangkah pergi meninggalkannya namun pantas bahuku dicengkam.  Perit dan sakit.  Malu juga menjadi perhatian.

          “Apa ni Ash, lepaslah.  Sha tak suka lah,” jeritku namun masih mengawal suara.  Rashdan semakin kasar.  Tidak membenarkan aku melepaskan diri.  Dah gila agaknya si Rashdan ni.

          Tiba-tiba, sebiji penumbuk tepat mengenai muka Rashdan.  Rashdan jatuh terduduk di atas lantai. 

          “Kurang ajar,” tempik suara itu. 

Terus tanganku ditarik kasar melintasi jalan dan memasuki bangunan syarikat.  Aku hanya menurut langkah itu.  Pintu bilik dikuak kasar.  Badanku ditolak ke dinding.  En. Emeer merapatkan badannya ke arahku.  Tanganku digenggam kejap.  Matanya merah menyala.  Perasaan takut yang tidak pernah aku rasakan mula bertamu.  Bibirnya kasar menindih bibirku.  Aku cuba melepaskan diri, namun kederatnya yang lebih kuat tidak mampu kulawan.  Akhirnya aku biarkan sahaja bibirku menjadi mangsanya.  Kasar dan dalam.  Terasa sakit bibirku ketika dia melepaskannya. 

“You are mine Ayesha, mine!”bisiknya. 

“Who give you the right to do this,” balasku berani. 

“Do you want me to remind you what happened in PD, sayang,” sinis suaranya.  Aku menolaknya kuat lalu melepaskan diri.  Keluar daripada biliknya.  Keluar dengan hati yang sebal. 

Kepalaku terasa pening.  Pening yang amat sangat.  Pandanganku semakin kabur, segalanya kelihatan berpusing-pusing.  Pejabat yang terang benderang menjadi kelam.  Aku berpaut pada kerusi dan terasa seperti melayang-layang.  Badanku sudah terasa amat ringan.  Kakiku sudah terasa seperti tidak bermaya lagi.  Ya Allah, apa telah terjadi padaku!!!




~ cinta kau dan aku .. umpama kopi..
pekat dan pahit ..namun tanpanya
hidup bagaikan tiada erti ~

Wednesday, 25 January 2012

Bab 14 .. Biar Cinta Bertaburan




Lewat petang, kami tiba di Kuala Lumpur.  Kereta diparkir di hadapan rumahnya.  Namun, En. Emeer masih lagi tidak membenarkan aku meninggalkannya.  Lama tanganku digenggam. 

“Kita kahwin cepat-cepat ye Ayesha,” pujuknya.  Aku tiada jawapan untuk membalasnya.  Di dadaku telah bersarang seribu satu kemungkinan.  Lupakah dia pada statusnya.

Jari-jemariku ditarik rapat ke bibirnya.  Dikucupnya berkali-kali.  Parah. 

“Awak, saya nak keluarlah.  Nanti apa kata jiran-jiran tengok kita berlama-lama kat dalam kereta ni,” ujarku lembut.  Segera wajahku dielus oleh jemari kasarnya.

“I wish Ayesha, we could stay a bit longer there.  Please sayang, kita kahwin.  Bila bangun pagi first thing abang nak tengok muka sayang dulu,” tuturnya melemahkan segala urat sendiku.  Alahai, janganlah romantis sangat En. Emeer.  Nanti aku tak boleh berenggang siapa yang susah.

Hafifah yang menjengok dari pintu memberi peluang untuk aku melepaskan diri.  Setelah berjanji untuk kembali bekerja esok, kami berpisah.  Laju kereta yang dipandu meluncur membelah kesibukan.  Hafifah memandangku dengan riak wajah bersama seribu satu persoalan.  Habislah, nak kena soal siasat lepas ni. 

Laju mulut Hafifah mengomel di belakangku.  Aku hulurkan sehelai selendang yang sempat aku belikan untuknya di bazaar di Tanjung Biru.  Cantik selendang tu.  Mulanya, malas aku nak bersiar-siar tapi tahu aje lah kan, perangai En. Emeer tu.  Mana boleh dibantah-bantah katanya.  Sibuk membelek itu dan ini untukku.  Iskhh, nasiblah aku ni bukan kaki kikis, kalau tidak, selamat sejahteralah harta benda mamat tu. 

Satu tamparan melekat di bahuku.  Lamunan ku terhenti.

“Eh, orang tanya dia, boleh pula dia mengelamun,” omel Hafifah.  Aku hanya tersengeh memandangnya.

“Ko ni sebenarnya kenapa Pina?  Ko lari ye?  Ko ada masalah apa dengan En. Emeer ni?” ajunya bertalu-talu.

“Tak ada apa lah Pipah,” balasku, malas hendak membuka cerita.

“Habis tu, aku tengok bos ko tu macam ayam mati anak.. ke hulu ke hilir cari ko.  Ko tau, dekat sejam dia paksa aku bagi tau ko kat mana.  Kelam kelibut aku, tapi tau je la kan bos ko tu kalau dah memaksa.. aku bagi gak la,” terang Hafifah dengan muka yang bersalah.

“Hmmm.. tak apa lah Pipah, nak wat macam mana lagi.  Aku faham,” balasku

“Ko berdua ni ada apa-apa eh?” soalan cepumas yang membuatkan aku terkesima.  Apa jawapan yang harus aku berikan.

“Iskhh.. tak ada lah Pipah oii.. dah lah, aku nak solat lepas tu nak tidurlah.  Esok dah mula kerja,” pintasku.  Hafifah hanya memuncungkan diri kerana soalannya masih belum berjawab.

**************

          Rindu pada pejabatku yang kemas rapi tersusun.  Ini mesti kerja Kak Haryati.  Pintu bilik En. Emeer kubuka perlahan.  Masih awal untuk En. Emeer berada di pejabatnya.  Fail-fail yang berada di atas meja kubelek satu persatu.  Harus diasingkan yang telah ditandatangani dan yang masih belum.  Entah berapa harilah dia tidak mengusik fail-fail itu.  Hanya aku seorang sahaja yang dibenarkan menyentuh mejanya itu.  Walau siapa pun yang menggantikan aku, tidak dibenarkan mengusik apa-apa pun di mejanya.  Selalunya, En. Emeer akan menyerahkan sendiri semua fail atau dokumen kepada pengggantiku ketika ketiadaanku. 

          Meja yang sedikit berabuk kubersihkan.  Bunga yang sudah layu telah kubawa keluar.  Perlu digantikan sebentar lagi.  Pewangi udara pun sudah kutukarkan.  Harum dan berbau segar.  Mataku tertancap ke arah bingkai kecil yang berada di sebelah monitor.  Semakin membesar apabila kutatap bingkai itu.  Entah sejak bila ia berada di situ.  Gambar kami berdua terhias indah di dalamnya.  Gambar ketika kami di butik pengantin.  Hatiku menjadi sungguh sayu.  Tak betah rasanya berlelama di situ.

          Haruman perfume yang dipakai oleh En. Emeer semerbak mewangi walaupun bayangnya masih belum kelihatan.  Bauan yang sungguh aku rindu.  Bauan yang menyesakkan tangkai hatiku.

          “Morning sayang, jom breakfast,” ucapnya sambil meletakkan briefcase di atas kerusi di sebelahku.  Aku mendongak memandangnya. 

          “Morning, sekejap,” ujarku.  Iskhhh, hati ingin menolak ajakan itu tapi mulut terlebih pandai mengiakannya.  Clash pula hati dan mulutku ini.  Dah parah Ayesha Sorfina ni. 

          Sepanjang menikmati sarapan, kami lebih banyak berdiam.  Lebih-lebih lagi aku.  Mati kutu agaknya untuk berkata-kata mengenangkan peristiwa yang berlaku bersamanya di Port Dickson semalam.  En. Emeer pula lebih banyak tersenyum.  Lebih banyak merenungku. 

          Mamat ni, kalau dapat peluang mesti tangan aku jadi mangsanya.  Tak pasal-pasal nak memegang tangan orang.  Tak kira kat mana sahaja, asyik tangan itulah yang diraihnya.  Terasa malu juga aku kalau-kalau terperasan oleh staf lain yang berada di kafe tu.  Bila ditarik, lagi kejap genggamannya. 

          “Awak, kalau tak pegang tangan saya tak boleh ke,” bebelku.  En. Emeer tersenyum lebar.

          “Eii.. kedekut la awak ni.  Pegang tangan je pun.  Lagi pun tangan ni kan hak saya juga,” balasnya bersahaja.  Geram betul aku dengan mamat ni.  Sekarang ni dah pandai sangat berkata-kata.  Berguru dengan siapa lah mamat ni.

          “Jangan nak perasan ye, bila masa jadi hak awak,” ujarku sambil mencebekkan bibir.

          “Hmmm.. nak saya refresh balik ke sayang?” usiknya membuatkan rasa hangat menyimbah ke wajahku.  Terdengar tawa halusnya melihat wajahku yang sudah merona merah. 

          “Satu lagi, jangan nak sayang-sayang dengan saya kat ofis ni.  Nanti staf dengar apa tak sedap la,” kataku ketika kami sedang menunggu lif.  Hanya kami berdua di situ.

          “Biarlah semua orang tahu awak tu saya punya.  Tak ada la lagi budak-budak lelaki kat bawah tu nak mengorat awak,”

          “Ish, mengarutlah awak ni,” marahku. 

          “Awak ingat saya tak tahu ke budak-budak kat bawah tu duk usha awak.  Azman tu selalu cerita kat saya, staf lelaki dia asal awak lalu je mulalah bertenggek semua.  Tu belum lagi yang ada ura-ura nak ajak date.  Geram saya tau,” bebelnya panjang.  Tersungging senyuman di bibirku melihat wajah cemburunya.  Pandai cemburu mamat ni.  Aku suka.

          “Hah, gelak.  Senyum lebar-lebar.  Jangan harap saya nak lepaskan sayang senang-senang ye.  Berani ajak awak dating, lebam mata nanti,” balasnya tegas.  Tanganku masih digenggamannya.  Sesekali terasa sakit dengan kemas pegangan itu.  Hadoii hati, kekadang rasa berbunga, ada masa rasa sakit hingga ke sanubari.  Cintakah ini, rasa macam nak terbang pun ada.  Jangan jatuh terguling sudahlah.

         
          Hari ini, ada dua mesyuarat yang perlu dihadiri.  Mesyuarat bersama agen-agen pada sebelah pagi dan Business Development Meeting pada sebelah petang.  Aku hanya perlu hadir di mesyuarat pada petang itu sahaja.  Mesyuarat bersama agen tidak perlu diminitkan.  Lebih kepada perbincangan. 

          Telefon di atas meja berbunyi nyaring.  Aku mengerling ke atas butang yang berkelip-kelip.  Ini panggilan daripada luar pejabat. 

          “En. Emeer’s office, good morning,” ucapku.  Standard trademark untuk menjawab panggilan telefon.

          “Good morning, assalamualaikum.  Ayesha,” sayup terdengar namaku dituturkan di hujung talian.

          “Ye, saya Ayesha.  Boleh tahu siapa di talian,” balasku lembut.

          “Ayesha, Auntie Salina ni.  Ayesha sihat?” soalnya.  Patutlah suara itu terasa seperti familiar benar, rupanya Datin Salina.  Hatiku melonjak gembira.  Lama tak berbual dengan Datin Salina.

          “Sihat Datin.  Datin nak cakap dengan En. Emeer ke?”  aku lebih senang memanggilnya Datin walau pun berkali-kali Datin Salina menyuruhku memanggil Auntie Salina.  Segan juga aku.  Maklumlah, siapa lah aku dengannya.

          “Eh, tak lah.  Auntie telefon ni nak tanya Ayesha busy tak esok.  Ingat nak ajak Ayesha temankan Auntie cari barang sekejap petang esok,” ujarnya.  Aku membelek-belek planner di atas mejaku.  Rasanya esok tak ada apa-apa yang penting, itu pun kena rujuk dahulu lah pada bos kesayanganku tu.

          “Hmmm.. esok Ayesha free Datin,”

          “Ok, kalau macam tu, esok pukul 12 Auntie tunggu Ayesha kat lobby ye.  Ok dear, salam Auntie untuk Emeer ye,” ujarnya sebelum talian dimatikan. 

          Mengenangkan ajakan Datin Salina itu, senyuman terukir di bibirku.  Inilah kali pertama kami akan outing bersama.  Nak berjalan bersama Datin esok, akalku mula berkira-kira baju apa yang harus aku kenakan.  Hmmm, lagi pun esok hari bekerja.  Pakaian kerjaku sahajalah.  Pantsuit pun ok kot, bisikku.

          Lamunanku mati tiba-tiba melihat En. Emeer yang tercegat di pintu memerhatikanku.  Perlahan dia menapak ke arahku.

          “Rindu kat saya ye,” bisiknya.

          “Eii.. awak ni tak ada kerja lain ye, asyik nak perasan je,” balasku berlagak marah.  Dalam hati nak termuntah ketawa.

          “Dah tu, termenung bagai sampaikan saya tercegat kat pintu tu dah limit minit pun tak sedar,” balas En. Emeer.  Kerusi yang ada di sebelahku ditariknya.  Biasalah, itu lah port En. Emeer jika nak bertenggek di bilikku ini. 

          “Ye ke?” aku termalu sendiri.  Tak sangka pula boleh mengelamun tadi.

          “En. Emeer…”

          “Cubalah sayang belajar panggil abang, sedap telinga saya dengar..” kata-kataku dimatikan dengan usul lawaknya.  Mencerlung mataku.  Mengada-ngada pula mamat ni.  Tak habis-habis lagi dengan permintaannya tu.  Malas aku nak layan.


          “Awak, tadi Datin Salina call.  Datin kirim salam kat awak, lepas tu Datin minta saya temankan dia esok.  Boleh tak?” soalku.  Sudahnya, ber’awak-awak’ sahaja aku.

          “Waalaikumussalam.  Wah, tau lah awaklah tu dah jadi kesayangan auntie saya tu.  Pukul berapa esok?  Jangan satu hari sudahlah, nanti rindu pula saya kat awak tinggal sorang-sorang,” balasnya. 

          “Pukul 12.  Datin datang ambil saya.  Awak lunch sorang ye,” gurauku.  Muncung wajah En. Emeer tak boleh nak dikata.  Hilang hensem dan machonya.  Aku hanya tertawa kecil.  Kembang hati dengan kemesraan ini.  Biarlah ia bersifat sementara pun, tapi hati masih ingin merasainya.


... biar cinta ini berkembang mekar di hati... 
mencintaimu sesuatu yang terindah dalam hidupku ..
aku cinta kamu 


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, 24 January 2012

Bab 13 .. Biar Cinta Bertaburan





          Seperti semalam, masih lagi berteleku di sini.  Pohon rendang berakar panjang ini masih setia menemaniku.  Wajah tampan En. Emeer kutatap lama.  Masih teringat saat-saat di butik pengantin itu.

          “Tak mau la awak, seganlah,” ujarku menolak tangan En. Emeer yang menarikku ke studio.  Dahlah dipaksa berpakaian pengantin, nak kena bergambar pula. 

              “Please Ayesha, dah janji nak tolong saya kan,” pujuknya lembut.  

           Kelembutan dan redup sinar mata itu melembutkan hatiku.  Mengalah juga aku.  Alahai, kalau pengantin sebenar tak apa lah juga.  Ini dahlah jadi pengganti sahaja, siap nak bergambar pula.  Tak membazir ke semua ni. 

          Masih terasa hangat jemari itu memeluk bahuku, merangkul pinggangku.  Bila wajah kami bertentangan, getaran maha hebat terjalin di hati.  Pabila mata kami bersabung, satu rasa yang meluap-luap ingin dilepaskan.  Masih ingat, peluh dingin yang mengalir pabila diminta bergambar dalam posisi yang sungguh romantis.  Manis sahaja wajah En. Emeer memenuhi permintaan jurufoto.  Masih terdengar-dengar panggilan sayang yang lahir dibibirnya.  Masih terdengar sisa tawanya melihat rajukku. 

          Air mata berjuraian lagi. 

          Ya Allah, Engkaulah maha mengetahui segalanya.  Engkaulah yang telah menuliskan suratan ini.  Kepadamu Ya Allah, aku mengadu.  Kepadamu Ya Allah, tempat aku meluahkan kesakitan ini.  Aku tak pernah menyesal mengenali dia, aku tak pernah kesal mencintai dia.  Mencintainya adalah perkara yang terindah yang pernah aku alami.  Aku tidak menyesal dilukai begini.  Walau hancur robek sekali pun hatiku ini, aku tetap akan terus mencintai dia.  Hanya dia sahaja lelaki yang pernah bertahta di hatiku.  Yang pertama dan terakhir.  Ya Allah, aku rela hidup dengan rasa ini hingga akhir nafasku.  Aku rela walau hanya ditemani kenangan-kenangan manisnya.  Kau berikanlah kebahagiaan buatnya.  Kau berikanlah kekuatan untuknya.  Kebahagiaan dia lebih bermakna untukku.  Aku bahagia andai dia jua bahagia.. Biar hati ini menangis terus, aku rela….

          Masih berteleku di balkoni, memerhatikan riak ombak yang membadai lembut.  Angin laut menghembus sayu.  Terasa bagai alam menemaniku dalam sendu ini. 

          Apa khabar agaknya dia di sana.  Dah makan ke, dah minum ke.  Kak Haryati buatkan ke tidak Nescafe O satu sudu gulanya tu.  Otak kecil ini masih lagi terfikir-fikir tentang dia.  Rindu kah dia pada aku.  Nanar kah dia tanpa aku seperti mana aku di sini.  Setiap saat, setiap hela nafasku hanya ada nama dia.. Emeer Zafran.. kenapa kau tak mampu aku usir dari ingatanku.  Semakin kuusir, semakin kerap kau datang.

Bunyi beep telefon bimbit masih lagi berbunyi.  Penat aku mendengarnya.  Kasihan pula telefon ni. 

          Ayesha, awak di mana? ~ Emeer.

          Please pick up the phone Ayesha, don’t do this ~ Emeer.

          Awak, saya rindu awak ~ Emeer.

          Ayesha, come back, I need you ~ Emeer.

          Ayesha, I’m gonna crazy without you ~ Emeer.

          Sayang, please open the door.  I’m here ~ Emeer.


          Mesej terakhir membuatkan aku ternanar.  Di sini?  Di hotel ini?  Mustahil.  Tiada siapa yang tahu aku di sini.  Ketukan bertalu-talu di pintu kedengaran.  Tak mungkin dia.  Arghh.. mungkin pekerja hotel yang datang untuk mengemas bilik, fikirku.

          Aku meletakkan semula gambar kami di atas meja sisi katil.  Gambar itulah peneman lena malamku.  Pintu kukuak kecil.  Wajah En. Emeer yang tersembul mengejutkanku.  Cepat-cepat aku menolak kembali dedaun pintu namun sempat dihalang oleh tangan sasa En. Emeer.  Pintu terkuak lebar.  En. Emeer meloloskan dirinya ke dalam bilikku.  Aku terkaku.  Terkejut dengan kehadirannya.  Pintu ditutup dan dikunci rapat. 

           Aku memejamkan mata.  Tidak ingin melihat wajahnya.  Tiba-tiba tubuhku terasa didakap erat.  Mata yang terpejam kubuka perlahan.  Pandanganku gelap. Wajahku tersembam di dada sasa En. Emeer.  Hanya kedengaran degupan jantungnya yang kencang.  Nafas tak teratur En. Emeer bersabung dengan nafasku.  Pelukan En. Emeer kejap.  Tak mahu aku leraikan pelukan ini. 

          “Sayang, saya boleh gila begini.  Jangan tinggalkan saya, awak,” bisiknya.  Suara garaunya terdengar merdu di telingaku.  Degup kencang jantungnya seakan berlagu.  Terasa ubun-ubunku dikucup. 

          Air mataku laju tumpah membasahi kemeja En. Emeer.  Akal warasku hilang entah ke mana.  Aku ingin menangis sepuas-puasnya.  Aku merenggangkan pelukan En. Emeer.  Namun tangan jejaka itu lebih tangkas menangkap tanganku.  Wajahku didongak.  Air mataku diseka.  Rambutku yang berterbangan di muka, diselak lembut.  Tangan itu masih mengelus-elus pipiku.  Terasa hembusan hangat nafasnya di wajahku.  Bibir En. Emeer mula mendekati wajahku.  Aku terpempan.  Perasaanku bercampur baur.  Bibir kami bertaut, lama.  Hangat terasa ke seluruh tubuhku.  Perasaan hati mula bergelora.  Saat ini, akal dan minda sudah tidak berfungsi.  Hanya rasa hati yang mengepalai bahtera.

          “I want you Ayesha, I want only you,” hanya itu yang kedengaran. 

Kami tenggelam dalam dunia kami.  Tenggelam dalam rasa rindu yang menggunung.  Tenggelam dalam godaan makhluk tuhan yang telah berjanji akan menyesatkan anak Adam.  Tewas pada perasaan cinta kami.   Nafas kami bertaut.  Gelora jiwa sudah tidak keruan.  Hilang pertimbangan dosa dan pahala.  Di hadapan kami cuma ada cinta yang menggunung.  Cuma ada rasa ingin memiliki dan dimiliki.

Aku tersedar dari lena.  Masih terasa hangat tubuh En. Emeer memelukku.  Tangannya masih kejap melingkari pinggangku.  Nafasnya lembut terasa di kepala.  Air mata mengalir laju.  Mengenang kebodohan diri sehingga semuanya ini terjadi.  Terlalu murahkan aku.  Terlalu mudahkah aku.  Ya Allah, ampunkan aku.  Mak, abah, aku berdosa pada kalian.  Hati ingin meraung tapi apa gunanya lagi. 

“Sayang dah bangun,” lembut suara En. Emeer menyapa gegendang telinga.  Wajahku dipalingkan mengadapnya.  Wajahnya dikerutkan apabila melihat wajahku yang basah.  Air mataku diseka dengan jemarinya yang kasar.

“Let’s get married sayang.  Saya nak bertanggungjawab atas semua ni,” bisiknya.  Aku hanya membatukan diri.  Terasa bibirnya bermain-main di leherku.  Tangan yang melingkari pinggangku terus dikejapkan seolah tidak mahu aku terlepas lari. 

Kahwin!  Wahai En. Emeer, kalau aku boleh menjerit, aku akan menjerit pada dunia betapa aku memang ingin menjadi suri hidupmu.  Tapi aku tak mampu untuk memikirkannya pun.  Aku tak mampu untuk berdiri di sebelahmu dengan senyuman sedangkan ada hati yang akan hancur keranaku.  Aku tidak mahu menyulam bahagia atas kehancuran insan lain. 

“Lapar,” bisikku.  Segaris senyuman terlukis di bibirnya.  Bibir itu lantas mengucup hidungku.  Ah, manisnya.  Alangkah indah jika semua ini benar belaka.  Jika semua ini berlaku dengan jalan yang sepatutnya. 

“Ok, jom makan.  Sayang dah kurus,” balasnya.  Tangannya masih lagi memelukku.  Kualihkan tangannya namun cepat pula En. Emeer menyambar jari-jemariku lalu dibawa ke bibirnya. 

“Wahai Ayesha Sorfina, jangan pernah sesekali berfikir untuk tinggalkan saya.  I’ll die without you,” ucapan itu menyentuh terus ke lubuk sanubariku.  Tersentuh dengan keikhlasan yang terpancar di wajahnya.  Jari-jemariku dikucup berulang kali. 

Keluar dari bilik mandi, tersilu aku melihat selambanya En. Emeer yang hanya bertuala duduk di sofa.  Mata kualihkan memandang keluar.  Kedengaran tawanya pecah berderai melihatkan wajahku yang sudah merona merah. 

“Kenapa?  Malu eh tengok saya seksi ni,” ujarnya mengusikku.  Hamboi, perasan tak sudah mamat ni.  Lantas aku melemparkan kusyen kecil ke arahnya.

“Ewah, karang tak jadi pergi makan tak tau..” usiknya lagi.  Tawanya masih tak berhenti.  Matanya masih lagi menyoroti aku yang berdiri di depan cermin.  Sinaran matanya mengasyikkan. 

“Stop it En. Emeer, mandilah.  Busuk,” balasku.  Malas betul nak layan mamat ni.  Lebih-lebih pula, dah lah perut aku terasa lapar benar.  Eh, kenapa boleh rasa lapar pula ye.  Kalau tidak, sampai tengah hari pun tak tentu lagi aku nak makan.  Ni ada kaitan ke dengan kehadiran En. Emeer.  Wah, perut pun pandai ye, mengada-ngada.

Sekali lagi tangannya melingkar di pinggangku.  Pelukan yang menggegarkan jiwaku lagi.

“Sayang, you have to learn to stop calling me En. Emeer.  Abang perhaps,” bisiknya manja.  Alahai, nak gugur jantung aku.  Mamat ni kalau tak berjiwang pagi-pagi ni, tak sah.  Dah la kat depan tu terentang banyak halangan untuk bersama, suruh pula aku panggil dia abang.  Aku merenggangkan pelukannya lalu menolaknya ke bilik air.  Kedengaran tawanya di sebalik pintu bilik air.

Abang tak abang.. aku dah lapar giler ni.  Cepat lah mandi wahai En. Emeer oiii. 

          Selepas sarapan, kami menyusuri pantai beriringan.  Menikmati keindahan laut lepas.  Meninggalkan seketika realiti kehidupan yang terbentang.  Meninggalkan seketika sebarang kemungkinan yang akan datang.  Hari ini, pohon rendang ini berkenalan dengan kekasih hatiku.  Kekasih yang telah banyak menyebabkan hatiku terluka.  Kekasih yang mungkin hanya akan kumilikki untuk sementara.  Kekasih yang telah aku serahkan jiwa dan ragaku untuknya.  Kekasih yang telah aku serahkan segalanya untuk dia. 

          Aku serahkan segalanya pada takdir.  Biarlah esok mencorak jalannya sendiri.  Aku hanya akan menjadi pengikut yang setia pada setiap babak yang telah tersurat.  Aku cinta kamu Emeer Zafran.. cinta sangat.






Jika engkau cuba mengerti.. apa yang tersirat di hati
apa lagi perlu kau ragu...ku milikmu
cubalah engkau menghayati.. isyarat cinta yang diberi
jika dirimu tahu... ku milikmu



 

Blog Template by YummyLolly.com