Wednesday, 13 June 2012

Mengintai Bahagia ~ Bab 22


        Awal pagi Acam sudah terjaga.  Selalunya kalau balik ke rumah sendiri, nak bangun awal-awal macam ni tak adalah.  Lepas subuh mesti sambung ternak badan semula.  Ibu pun dah malas nak cakap banyak-banyak, asyik berleter sahaja tapi sudahnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Anak-anak gadis zaman sekarang, jauh sangat bezanya dengan anak gadis zaman dahulu.  Itulah yang selalu dibebelkan oleh ibu Acam.

            Pagi itu, mesej daripada Qaid yang menyebabkan Acam tidak jadi menyambung lena selepas menunaikan Subuh.  Menurut Qaid, hari ini dia akan datang menjemput Acam lebih awal.  Daripada duduk berbaring-baring di atas katil, baiklah dia turun ke dapur membantu ibu menyediakan sarapan.  Sesekali dapat membantu ibu di dapur tentulah akan besar hati ibu.  Iyalah, dah selalu duduk berjauhan bila balik seronok juga dapat luangkan lebih masa bersama ibu dan ayah.

“Assalamualaikum, good morning Puan Radziah” sergah Acam mengejutkan ibu yang sedang sibuk menghiris timun.

“Waalaikumussalam.  Eh, mimpi apa kamu awal-awal dah tercongok kat dapur ni?” balas ibu dalam nama sindir pun ada.

“Walah ibu ni, bau nasi lemak ibu semerbak sampai kat tingkat atas.  Perghhh.. pagi-pagi perut ni dah buat show Senggol-senggolan, Cubit-cubitan Mas Idayu pula,”

“Kamu kalau bab makan, memang la macam tu kan.  Ni si Qaid tu nak datang pukul berapa ambil kamu.  Ibu dan ayah nak ke rumah Mak Co kamu, dalam pukul sepuluh camtu.  Nanti datang lambat-lambat orang kata tak nak tolong pula,”

“Qaid mesej tadi kata datang awal sikit, nak ajak pergi cari buah-buahan sikit,”

“Hmm.. kalau macam tu oklah, jangan lewat sangat balik malam nanti.  Ibu bawa adik-adik semua, nanti jangan lupa bawa kunci rumah takut ibu lambat sampai.  Dah tu pergi rumah orang buat perangai elok-elok.  Jangan lak kamu buat perangai loklak kamu tu.  Kirim salam ibu dan ayah pada keluarga Qaid nanti,” pesan ibu.

“Hokeh..no problem.  Apalah ibu ni, orang memang baik apa..” balas Acam dengan nada rajuk.  Sengaja je buat-buat merajuk, sesekali nak bermanja dengan ibu.

“Eleh, baiklah sangat.  Hmm.. kamu dengan Qaid ni dah serius ke?” Perghhh.. soalan cepumas ibu di pagi hari.  Terbuntang mata Acam mendengarnya.  Errkk.. nak jawab apa ya dengan ibu.

“Tak adalah, orang kawan je dengan mamat ni.  Mana ada couple-couple ni,” ujar Acam membela diri.

“Taklah, ibu tanya je.  Kan kamu kawan juga dengan seorang lagi mamat tu, apa ke nama dia, ibu suka juga budak tu,” usik ibu Acam lagi.

“Dzil lah ibu.  Hish, ibu ni.  Orang tak habis study lagi, ibu nak ke orang kahwin muda-muda ni?” Dah memerah muka Acam diusik ibunya.  Alahai, kenapalah Puan Radziah terlebih ceria hari ni.  Ibu Acam menepuk manja bahu anaknya sambil berlalu menyiapkan meja. 

“Hah, nanti jangan lupa bawa karipap yang ibu dah frozen kat dalam fridge tu untuk mama Qaid ye,”  pesan Puan Radziah mengingatkan Acam.  Iyalah, takkan pergi rumah orang lenggang kangkung je, manis juga kalau bawa buah tangan.  Acam tersenyum tapi dalam hati terfikir juga, bilalah masanya ibu sempat membuat karipap.  Agaknya pagi tadi mesti awal ibu dah bangun.  Rajin betul ibu ni.

            Sepanjang pagi itu, Acam sering tersengih seorang mengenangkan perbualan paginya bersama ibu.  Kadang-kadang tiga suku juga kepala ibu ni.  Eh..eh.. mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.  Errmm.. tapi kalau kuah basi tumpah kat longkang kan.  Hehehe..

            Qaid tiba tepat jam sebelas pagi, sejam selepas ibu dan ayah keluar ke rumah Mak Co.  Acam memastikan tingkap dan pintu dikunci kemas.  Iyalah, menurut ibu sekarang ni musim orang pecah rumah, bahaya kalau alpa tentang keselamatan diri dan tempat tinggal.  Pesanan ibu pagi tadi disemat elok-elok di dalam hati.  Pandai-pandailah membawa diri di rumah orang, itu yang pasti.

            Kereta yang dipandu Qaid meluncur laju membelah kesibukan Pekan Batu Pahat menuju ke arah Pasar Basah Batu Pahat yang terletak berhampiran dengan Stesen Bas Batu Pahat.  Dari jauh sudah kelihatan banyak kanopi dan orang ramai memenuhi jalan yang berhampiran pasar basah itu.  Wah, ada Pasar Karat rupanya.  Seronok juga melihat orang yang berpusu-pusu di situ.  Qaid memberhentikan Evonya di hadapan Kopitiam Chop Thong Ah yang memang terkenal di Pekan Batu Pahat. 

“Jom kita minum dulu, aku belum breakfastlah,” ajak Qaid dengan langkah laju mencari ruang kosong.

“Lorhh, aku dan bantai nasi lemak dua pinggan pagi tadi tau.”  Jawapan Acam mengundang kerut di wajah Qaid.  Dua pinggan?  Hish, banyak juga minah ni makan, tak padan dengan badan kecil je. 

“Alah, baru dua pinggan kan.  Jom arr temankan aku makan, tak syoklah kalau aku makan sorang.  Ko dah rasa belum lontong kat sini, perghhhh, seminggu pun ko boleh mengingau rasa dia,”

“Pandailah ko nak mengayat aku.  Okeylah, aku nak rasa lontong yang sedap sangat tu, kalau tak sedap ko perabiskan ye.”  Gelak halus dari mulut Qaid terdengar mesra.  Memang mamat ni kalau kata dia, kata dialah.  Duduk dilabuhkan di bangku yang tersusun kemas di kaki lima kedai.  Penuh juga Kopitiam Chop Thong Ah ni pagi itu. 

            Acam membiarkan Qaid membuat pesanan semuanya.  Rajin sangat nak belanja, biarlah dia yang tentukan apa yang sedap.  Tapi memang pun, kalau ikut tekak si Qaid ni memang tak pernah salah pilih.  Semua makanan pilihana dia memang kelas, sedap-sedap belaka.  Kadang-kadang tu terlebih mahal pun ada.  Orang nak belanja, sapu ajelah!

            Makanan yang dipesan disusun cantik di atas meja mereka.  Cekap juga pekerja kopitiam ini ye, walau pun ramai pelanggan tetapi tak perlu hendak menunggu lama.  Mungkin ini jugalah penyebab mengapa pelanggan mereka semakin bertambah setiap hari.  Lontong yang terhidang di hadapan Acam kelihatan sungguh menyelerakan.  Setelah menjamah sesudu, Acam lansung tidak mengangkat muka menikmati lontong itu sehingga habis semangkuk.  Memang sedap. 

“Ehem.. tadi kata makan dua pinggan,” perli Qaid apabila melihat mangkuk Acam yang sudah licin.  Acam tersenyum kelat. 

“Huh, perli orang la tu.  Kang tak nak temankan pergi pasar baru tau,” jawab Acam merajuk.  Terletus ketawa daripada kedua-duanya.

            Setelah membuat bayaran harga makanan mereka, destinasi yang dituju sudah tentulah ke Pasar Karat yang berdekatan.  Walau pun Acam bising mengajak Qaid terus ke pasar mencari buah-buahan yang dipesan oleh Puan Shahirah, namun selamba sahaja Qaid melangkah menyusuri jalan yang dipenuhi dengan peniaga dan pembeli yang bersesak-sesak.  Mata Acam memerhatikan berbagai barangan yang dijual di situ.  Ada perabut terpakai, eksesori kereta, alatan elektrik, frames, novel-novel terpakai dan bermacam-macam lagi.  Sudah tentulah kaki Acam akan terpacak di hadapan deretan novel-novel terpakai yang dilelong di situ.  Berbagai harga yang ditawarkan, ada yang serendah dua ringgit pun.  Puas membelek-belek, akhirnya Acam membeli lima buah novel terpakai yang memang dicari-carinya.  Rupa-rupanya di sini juga jodoh dia dan novel-novel itu bertemu.  Tidak sempat Acam mengeluarkan wang, Qaid sudah terlebih dahulu menghulurkan dua keping not lima puluh ringgit kepada penjual novel yang sedang duduk menanti. 

“Eh, tak payahlah.  Aku ada duitlah,” bentak Acam perlahan.

“Simpan duit ko.  Ko tu belajar lagi, mana ada income, biar aku yang bayar,” lembut balas Qaid tapi tegas. 
Hek eleh, kalau tahu nak belanja tadi, baik aku tibai sepuluh buah novel, getus Acam.  Boleh pula fikir macam tu ye, hish minah ni.

“Err, tak jadilah nak beli,”

“Mengada-ada eh.  Tak apa bang, saya bayar semua,” sampuk Qaid.  Matanya tajam merenung Acam yang tersengih-sengih berdiri di sebelahnya.

            Ketegasan itulah yang membuatkan Acam senang berkawan dengan Qaid.  Dalam ketegasan lelaki itu terpancar keikhlasan yang tidak dibuat-buat.  Kadang-kadang dia lemas juga dengan sikap over pemurah Qaid ni, nanti takut orang kata dia mengikis pula tapi dah peel si Qaid ni suka sangat nak berbelanja.  Kalau ditolak, mulalah merajuk setahun.  Hendak tak hendak, terima sahajalah.  Itu baru perangai Qaid, belum lagi perangai Dzil.  Kalau melayan perangai kedua-dua lelaki itu, memang boleh sewel kepala sekejap.  Iskhh.. tiba-tiba teringat pada Dzil pula.  Apalah agaknya yang dibuat lelaki itu di Penang saat ini.  Tiba-tiba Acam disapa rindu pada seraut wajah itu, rindu pada suara dan gurauan Dzil yang tak pernah lekang menemaninya setiap waktu.  Dzil mungkin tidak seloaded Qaid, tidak menyiraminya dengan berbagai hadiah dan duit ringgit, tetapi sikap lelaki itu yang tidak pernah mengalah untuk cuba mengambil hatinya membuatkan hati Acam seakan terpaut kasih.  Benarkah, kasih itu ada untuk Dzil?  Biarlah masa yang menentukan.

            Setelah berpusing-pusing di sekitar Pasar Karat, akhirnya mereka bergerak ke arah Pasar Basah.  Itu pun Acam yang membebel takut terlewat pula membawa pulang buah-buahan yang dipesan ibu Qaid.  Mamat ni kalau berbelanja, boleh tahan juga borosnya.  Mana tidak, bukannya dia tidak pernah datang ke Pasar Karat tu, tetapi rajin pula dia membeli belah.  Sudahnya, terpaksalah mereka mengangkut bakul rotan yang berbentuk seperti peti harta karun ke kereta.  Kata Qaid, bakul itu untuk Acam mengisi semua koleksi novelnya di rumah sewa nanti.  Hati Acam sudah dijentik rasa menyesal mengikut Qaid ke situ.  Kalau lama lagi, tentulah bermacam-macam dibelinya.

            Keadaan di pasar basah tengah hari itu sudah agak lengang.  Mudah bagi mereka mencari buah-buahan yang dipesan.  Banyak juga yang hendak dibeli, iyalah dah namanya kenduri, tentulah banyak yang diperlukan.  Setelah memilih dan membayar harga beberapa biji tembikai, limau serta anggur, pekerja di gerai buah-buahan itu membuntuti mereka ke tempat kereta diparkir.  Kalau hendak harapkan Acam dan Qaid yang membawa semuanya, mahu membirat jari jemari. 

*********************

            Hampir jam tiga petang mereka tiba di rumah Qaid.  Kelihatan sudah ramai saudara mara yang sibuk membantu.  Kerja-kerja memasak semuanya dibuat secara gotong royong di tepi rumah yang berhalaman luas itu.  Banglo dua tingkat milik keluarga Qaid yang terletak di Kampung Parit Sulung itu sungguh meriah seperti ada kenduri besar yang hendak diadakan.  Bertuahnya, masyarakat di kampung itu masih mengamalkan sistem bergotong royong dalam setiap kenduri.  Jarang sangat ada yang menggunakan khidmat catering untuk kenduri kendara.  Kedatangan Acam disambut dengan gembira oleh Qalisha, adik Qaid yang memang amat menyenangi Acam semenjak kali pertama bertemu.  Malah, Puan Shahirah juga tidak segan silu memeluk dan mencium wajah Acam di halaman rumah.  Semua mata tertumpu kea rah Acam sehinggakan Acam menjadi serba salah.  Iyalah, ini pertama kali dia bertandang ke rumah Qaid dan semestinyalah dia akan menjadi bahan gossip hari ini. 

“Datang juga anak auntie ni, ingatkan Acam tak datang tadi,” ujar Puan Shahirah memimpin tangan Acam ke dalam rumah.

“Kalau auntie yang jemput, mesti saya datang.  Ibu dan ayah kirim salam, mereka tak dapat datang kerana rumah Mak Co saya pun ada kenduri juga hari ni.  Ini ibu beri untuk auntie,” balas Acam berbahasa basi.

“Laa.. susah-susah pula ibu Acam ni.  Wah karipap ye, memang auntie suka sangat,”

“Tak ada susahnyalah auntie.  Ibu memang selalu buat karipap ni, adik-adik pun suka,”

“Eh, kamu kemana Angah, lama sungguh pergi beli buah.  Kamu kidnap si Acam ni ye,” usik Puan Shahirah. 

“Acam ni lah, ajak pusing-pusing pasar karat tadi,” sengaja Qaid menjual nama Acam. 

“Eh, kita pula yang disalahkan.  Mana aci, tak de maknanya.  Dia yang sibuk nak sarapan pagilah, lepas tu sibuk nak tengok barang kat pasar karat, kita pula dapat nama,” balas Acam spontan lalu menarik muncung ala-ala merajuk.  Melihatkan kelakuan Qaid dan Acam, mengundang tawa Puan Shahirah.  Sejuk hati ibu itu melihat keakraban mereka berdua. 

“Haa dah, Angah kalau kamu asyik mengekor je Acam ni, semua kerja kamu tak akan siap.  Dah, pergi tolong papa kat luar tu.  Acam jom ikut auntie kita ke dalam, boleh auntie kenal-kenalkan kamu dengan jiran-jiran auntie,” ujar Puan Shahirah lalu menarik lembut tangan Acam menuruti langkahnya.  Riuh mulut Puan Shahirah bercerita.  Terpancar riak gembira di wajah wanita itu dan Acam tiba-tiba disapa rasa serba salah. 

            Acam dibawa bertemu sanak-saudara dan jiran-jiran yang berkumpul di dalam rumah.  Tersipu-sipu juga Acam apabila diperkenalkan kepada mereka.  Nasib baik Puan Shahirah memperkenalkan sebagai rakan Qaid, kalau dikata kekasih Qaid ke, bakal menantu ke, mahu masa itu juga Acam pengsan.  Err.. pengsan lima saat pun jadilah. Lebih menghangatkan suasana apabila nama Acam diperkenalkan.  Masing-masing tidak segan silu tergelak mendengar nama Acam yang unik itu.  Sibuk makcik-makcik itu bertanya kisah di sebalik nama Acam itu dan jenuh juga Acam bercerita mengenainya. Qalisha yang sedari tadi tak berenggang dengan Acam pun riuh rendah mulut bercerita hinggakan Puan Shahirah tak henti-henti membebel menegur perangai Qalisha tu. 

            Pesanan ibu dibawa ke mana-mana.  Jaga nama dan air muka kedua ibu bapa.  Itulah yang dilakukan Acam sebagai anak yang baik.  Acam tidak berat tulang membantu kerja-kerja memotong dan menyiang bahan mentah di dapur.  Walau pun bising mulut Puan Shahirah menegahnya, namun Acam tetap berdegil menyinsing lengan baju turut serta bersama makcik-makcik yang riuh bercerita sambil bekerja.  Seronok juga dapat merewang sekali-sekala. 

“Kalau macam ni, kena ajak Acam selalulah ke sini barulah si Qalisha ni rajin sikit.  Kalau tidak, jangan haraplah dia hendak ke dapur,” usik Puan Shahirah.  Qalisha yang berada di sebelah Acam sudah melebar sengihannya.

“Alah mama ni, orang tak de kawanlah nak duduk dapur.  Kalau duduk dapur dengan mama, tak larat asyik nak membebel je,” rengek Qalisha manja.  Terletus tawa makcik-makcik yang sangat memahami anak beranak itu.  Walau pun mereka hanya berjiran tetapi keakraban mereka memang terserlah.

            Seronok Acam menyertai majlis rewang itu.  Perut usah dikata lagilah, terlebih kenyang dibuatnya.  Sekejap sekejap ada sahaja makanan yang dihulurkan kepada mereka.  Rempeyek kacanglah, tumpi ikan bilislah, bihun gorenglah dan yang paling best si Qaid tu pun sibuk juga menghantar makanan untuk Acam.  Takut sangat Acam tak makan di dapur tu.  Sebenarnya, itu hanya alasan sahaja untuk Qaid meninjau-ninjau keadaan Acam.  Risau juga kalau-kalau buah hati dibuli oleh sanak saudaranya.  Melihatkan Acam yang ceria dan seronok bergurau senda dengan mereka membuatkan hati Qaid lapang malah rasa sayangnya kepada Acam semakin bercambah.  Apatah lagi melihat wajah ceria mamanya yang tidak berenggang dengan Acam dan Qalisha yang tidak henti-henti mulut bercerita. Jauh di sudut hati lelaki itu, dia berdoa agar sekeping hati gadis itu mampu dimilikinya. 

           En Quzair yang menjadi pemerhati dalam diam turut tersenyum melihat kegembiraan yang melimpah ruah hadir ke rumahnya hari itu.  Melihat senyum ceria si isteri dan anak gadisnya apabila Acam tiba sebentar tadi membuatkan dia yakin yang hati keluarganya telah terpikat dengan gadis bernama Acam itu.  Malah hati bapa itu juga amat menyenangi sikap Acam yang mudah bergaul dan tidak kekok melayan sanak saudara mereka.  Bukan mudah seorang gadis yang pertama kali bertemu orang yang tidak dikenali dapat berbual mesra seperti itu.  Malah En. Quzair juga curi-curi merenung wajah anak jejakanya yang kelihatan terlebih ceria dengan kehadiran Acam.  Dia dapat menebak apa yang tersirat di hati anaknya itu.  

          Andai itu jodoh anaknya, dialah insan yang paling bahagia.  Bahagia apabila melihat seisi keluarga gembira dengan kehadiran insan istimewa itu.  Dia tahu bukan mudah hati isterinya untuk menerima kehadiran orang luar dengan tangan terbuka.  Memang Acam istimewa, semenjak pertama kali bertemu, En. Quzair sudah ternampak kemesraan di antara Acam dan isterinya.  Cepat betul gadis itu dapat menambat hati isterinya yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang cerewet juga dalam urusan jodoh anak-anak.  Biarlah urusan jodoh ini tetapkan oleh Yang Esa, namun sebagai seorang bapa dia tetap mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya.


Cinta itu..
kekadang datang tanpa kira waktu
menyapa dalam diam
tanpa perlu sebab musababnya
kekadang cinta mengaburkan mata
hingga kita terpana
pada nikmat dunia

**************************************

Salam sayang2 Kak Yus.. dah masuk bab 22 ye kita.. maknanya tinggal 8 bab lagi Acam & Dzil akan bersama kita di blog ni.. dan selepas itu, Kak Yus akan marathon menyiapkan manuskrip MB ni.   Okey, untuk n3 kali ni, Dzil dicutikan seketika.. dia balik Penang atas urusan keluarga, hehehee.. kita layan Qaid dulu ye, selami hati jejaka yang tak kurang hensem tu juga.. err..  Pada sayang2 Kak Yus yang sudi drop komen, terima kasih daun keladi.. lastly, pohon Kak Yus kemaafan andai byk kekurangan di dlm n3 ni.. lebiu ols owez.

~ Lots of Luv form ~
Kak Yus
Emeer & Ayesha (nantikan kemunculan mereka Ogos ini)
Fayyad & Azzalea (n3 baru on d way..) 

Saturday, 9 June 2012

Sengketa Cinta ~ bab 4 (formerly Perutusan Kasih)


“Assalamualaikum Lea ye, Abang Ilham cakap ni”
“Waalaikumussalam, iya saya.  Ada apa Abang Ilham?”
 “Semalam Fayyad ada telefon abang cakap pasal program rekreasi dan motivasi.  Lea dah buat kertas kerja ke?”

"Oh, cepatnya info dah sampai kat abang.  Sedang membuat beberapa usul dalam kertas kerja tu dan Lea pun tengah contact pihak Jabatan minta pendapat diorang.”  Terkejut juga Azzalea mengingatkan baru sahaja dia berbual dengan Fayyad mengenai program itu.  Cepatnya mamat tu sampaikan kepada Abang Ilham, pengerusi Persatuan Belia mereka.  Jari jemarinya bermain-main dengan pena di atas meja.

            “Bagus, bagus.  Kalau macam tu Lea siapkan kertas usul, Sabtu malam ni kita meetinglah,” ujar Abang Ilham.  Tersentak Azzalea seketika.

            “Err, sempat ke nak bagi notis?” soal Azzalea.

            “Notis biar abang yang buat.  Nanti abang calling-calling diorang tu sendiri.  Tak apa, Lea buat je kertas kerja tu.  Janji semua usul mantap,”

            “Okeylah kalau macam tu, Lea buat ‘stat’,” balas Azzalea dengan senyuman yang melebar.  Heh, tak ada maknanya nak senyum lebar-lebar, bukan Abang Ilham nampak pun. 

Hati Azzalea berdongkol kecil.  Wah, nak kena buat kertas kerja la pula.  Feedback daripada Jabatan Penerangan dan Jabatan Belia pun belum dapat lagi, minit mesyuarat lepas pun nak kena buat juga.  Mana nak cari masa ni.  Dahlah kerja di pejabat pun berlambak-lambak.  Lagi-lagi pula semenjak En. Eshan dapat client baru dari Singapura ni.  Premium Reinsurance je dah cecah ratus ribu, lepas tu anak syarikat pun boleh tahan banyaknya.  Berderet je listing tengok atas meja En. Eshan tu. 

Eh, tadi rasanya bukan ada mesej masuk ke kat telefon bimbit?  Cepat-cepat Azzalea menyelongkar handbagnya mencari telefon bimbitnya itu.  Terbuntang besar mata gadis itu melihat ada tiga mesej masuk.  Rasanya tak sampai sejam pun dia tidak menoleh telefonnya itu.  Satu persatu mesej masuk dibaca.  Mesej pertama dideletenya terus, biasalah Hotlink nak buat promosi.  Menyemak ruang sahaja.  Mesej kedua, hampir nak berjoget dia di situ apabila diberitahu bahawa permohonan untuk mendapatkan Dana Program Persatuan Belianya mendapat approval oleh pihak Jabatan Belia.  Baru je dia berbincang secara lisan dengan pihak jabatan, dah dapat approval.  Laju je jari hendak menekan mesej ketiga, telinganya menangkap deheman yang jelas benar kedengaran di sebelahnya.

“Hmm..lambat baca mesej.  Dah sampai pun.”  Tersentak mendengar suara itu, Azzalea berpaling dan mengangkat wajahnya memandang ke arah pemilik suara.  Matanya terpaku pada sejambak bunga yang menghadang wajah itu. 

Eleh, suara tu kalau sebatu pun dia boleh cam pemiliknya.  Rambut yang terikat rapi ala-ala pony tail itu dikemaskan.  Spontan.  Tak tahu nak buat apa dah.  Skirt yang dipakai dikemaskan dengan jari halusnya.  Hish, semua serba tak kenalah sesaat.

“Awak buat apa kat sini?” soalnya.  Matanya masih lagi terlekat pada wajah lelaki itu.  Jambangan bunga dihulurkan dengan segaris senyuman.

“Saja je datang nak jumpa awak.”

“Hish, mengarutlah awak ni.  Sekarang ni time kerjalah, nak kata waktu lunch pun lambat lagi.. baru pukul sepuluh setengah pun.  Awak buat apa kat sini?” Azzalea masih tidak berpuas hati dengan persoalannya yang belum terjawab.

“Saya nak jumpa bos awaklah.  Pasal Reinsurance premium syarikat Singapura tu.  Bos awak ada?”

“Bos jumpa CEO sekejap.  Awak nak duduk dalam ke, saya buatkan kopi,”

“Tak naklah saya duduk mengadap dinding bilik bos awak tu sorang-sorang, baik saya duduk sini.  Boleh juga saya mengadap muka awak.  Dapat juga lepas rindu kat awak.  Ada juga faedahnya,” balas Fayyad.  Iskhh, mamat ni kalau nak mengayat memang tau, boleh cair jiwa raga. 

“Suka hati awaklah, tapi tempat saya ni kecil je.  Duduklah kat sofa hujung tu diam-diam.”

Eh, boleh ke aku nak buat kerja kalau encik abang ni duduk kat sini.  Dengan suaranya pun dah boleh nak runtun hati gadis aku ni, apatah lagi renungan matanya yang mengancam jiwa raganya tu.  Confirm cair segala apatah lagi kalau dah dia asyik memerhatikan aku aje. Jiwa Azzalea bertelingkah sendirian. Perang psikologi juga Azzalea dibuatnya.  Azzalea mengerling ke arah Fayyad.  Kan betul tekaannya, mesti encik abang hensem tu sedang memerhatikannya.  Mata mereka bersabung seketika.  Entah datang dari mana, sejalur rasa mula menular ke hati Azzalea.  Renungan itu sungguh mengasyikkan.  Membuai dia ke alam lain yang dia sendiri tidak tahu kewujudannya.  Indah.  Asyik.

Menyedari lakunya itu membawa senyuman di bibir Fayyad, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.  Pura-pura sibuk mencari dokumen di atas meja.

“Kenapa, tak suka saya tengok awak?”  usik Fayyad. 

“Err.. ada ke saya kata macam tu?  Tengoklah sampai esok pun tak apa, saya tak charge pun kan,” bidas Azzalea sengaja menutup malu.  “Hmm.. awak duduklah sekejap, saya ke pantry dulu eh..” sambung Azzalea meninggalkan Fayyad sendirian.

Fayyad tersenyum.  Dia tahu Azzalea sebenarnya sedang menahan malu kerana curi-curi pandangnya dapat ditangkap.  Heh, suka juga melihat Azzalea tak tentu arah begitu.  Hish, kalau dapat buat hari-hari kan best.  Sedang asyik Fayyad bermain dengan perasaan sendiri, Azzalea muncul dengan dua cawan kopi panas yang berasap-asap lalu diletakkan di meja kecil bersebelahan Fayyad. 

“Minum dulu awak sementara tunggu En. Eshan tu,” jemput Azzalea lembut.  Kopi panas di tangannya di letakkan di atas mejanya cermat. 

“Baiknya hati awak, dapat minum kopi sedap ni hari-hari best juga,”

“Sign kontraklah baru boleh minum hari-hari En. Fayyad,”

“Eh, awak sudi ke nak sign kontrak dengan saya.  Saya no hal, hari ni juga saya masuk meminang awak,” balas Fayyad masih mood menggiat Azzalea. 

Azzalea yang mendengarnya hanya mencebirkan bibir.  Malas betul melayan mamat tak berapa nak betul ni.  Iskh, buah hati siapalah tu!

Beberapa minit berlalu, keadaan masih sunyi.  Azzalea menyambung tugasnya tanpa memperdulikan Fayyad namun hati di dalam bagaikan direntap-rentap.  Susah betul hendak fokus pada tugas apabila menyedari setiap tingkah laku diperhatikan.  Fayyad yang masih bersandar sambil menyelak helaian majalah yang ada di sudut bilik kecil Azzalea tidak henti-henti tersenyum.  Suka benar hati dapat menyakat Azzalea hari itu.  Lagi lama En. Eshan tidak turun, lagi seronok menyakat.  Hish, sesekali buat perangai tak betul syok juga kan.

Kebisuan mereka terlerai dengan kehadiran En. Eshan yang perasan dengan kehadiran Fayyad.  Dia tahu, tentulah seronok si Fayyad tu duk menyakat Azzalea.  Iyalah, buah hati la katakan.  Beruntung sungguh Azzalea, dapat tackle anak orang kaya ni.  Bukan calang-calang orang yang masuk line, tapi Azzalea juga yang terpilihnya.  Namun, jauh di sudut hati En. Eshan berdoa agar Azzalea tidak akan beralih arah walau pun sudah bergelar isteri kelak.  Iyalahkan, Azzalea sahajalah pembantu yang paling baik pernah dia ada, segalanya diuruskan oleh Azzalea dengan tip top.  Kalau nak beri bintang akan perkhidmatan Azzalea, memang boleh bagi 7 bintang.  Tak pernah mengeluh sedikit pun walau pun terpaksa bekerja dalam keadaan stress.  Memang patut pun dia dinaikkan pangkat tapi Azzalea berkeras tidak mahu berpindah ke department lain.

“Fayyad, dah lama sampai ke,” tegur En. Eshan lalu beralih ke arah Azzalea,  “Awat cek tak roger habaq mai En. Fayyad kita dah sampai,” sambungnya menyoal Azzalea. 

“Cuba En. Eshan pi tilik poket tu, handphone ada duk dalam poket ka ada duk lepak kat atas meja kat dalam bilik nun,” jawab Azzalea mengajuk lorat utara En. Eshan.

“Allah, dah tua-tua ni asyik dok lupa na, tak pa- tak pa, jom Fayyad kita borak kat dalam.  Nanti lama-lama dok kat sini, cair habis mekap si Lea ni,” usik En. Eshan lalu disambut dengan derail tawa Fayyad.

“Hah, saya nampak ada kopi tu.  Buat kat saya jugak na, sedap dapat minum kopi panaih, tadi PA bos kedekut tangkai jering, tak mau buat ayaq pun kat saya,” bisik En. Eshan perlahan.

“Hish, tak baik bos mengumpat.  No problem, dua minit na,” sambut Azzalea lalu meminta diri ke pantry.  Tertangkap oleh telinganya suara dan gelak tawa kedua-dua lelaki itu.  Hmm.. eloklah, melayan dua orang lelaki tak berapa nak betul, esok-esok dia pun biul sama.  Nasib badan…

************************

Sesudah menunaikan solat Maghrib, Azzalea dan Dirah cepat-cepat bersiap untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Belia yang telah dijadualkan. Setelah memastikan semua tingkap dan pintu ditutup rapi, Dirah mengeluarkan kereta daripada halaman rumah.  Malam itu, taman perumahan mereka agak bising dengan riuh rendah suara kanak-kanak dan remaja yang sibuk beriadah di padang permainan.  Malam minggu memang ramai kanak-kanak yang tidur lewat, ditemani oleh ibu bapa yang turut sama menikmati angin malam di kawasan taman yang berhampiran.

Mereka tiba agak awal daripada biasa.  Selalunya Abang Ilham yang akan menjadi orang pertama yang sampai dan membuka bilik mesyuarat.  Kali ini lambat pula Abang Ilham tiba, terpaksalah mereka duduk di bangku taman yang berhampiran dengan dewan yang menempatkan bilik kecil untuk kegunaan mereka.  Kelihatan beberapa orang pemuda sedang memanaskan badan di gelanggang takraw yang berhampiran.  Azzalea hanya memerhatikan mereka tanpa memperdulikan Dirah yang ralit memandangnya.

“Hamboi, bukan main lagi ko menengok mamat-mamat tu. Apsal, hensem sangat ke?” usik Dirah. 

“Alo makcik, kalau terang benderang bolehlah nak nilai tahap kehenseman diorang tu.  Dahlah gelap, mana nak nampak,” wajah Azzalea dijelingnya sekilas.  Makcik ni kalau tak mengusik tak sah.  Manalah nak nampak muka budak-budak tu dalam sinar lampu yang tak berapa nak terang.

“Tu budak-budak Fayyad la tu training untuk game diorang.  Ko tak kenal ke?”

“Hah, biar betul.  Fayyad pun join takraw ke.  Apsal aku tak pernah nampak dia main pun?” Bagai tidak percaya Azzalea mendengar kata-kata Dirah.  Tidak pernah dia tahu yang Fayyad juga berkecimpung dalam sukan takraw.

“Hmm.. dah lama dia main, cuma tahun ni je dia kurang sikit main.  Injured kat buku lali tak silap aku.  Sebelum ko join team Belia ni, dia memang aktif.  Dialah yang sponsor budak-budak tu sampai boleh terkenal la juga kalau kat KL ni.  Banyak jasa dia untuk belia-belia kat sini,” terang Dirah.  Dia tahu masih banyak yang Azzalea tidak tahu mengenai Fayyad.  Walau pun mereka kerap keluar bersama, Dirah amat faham dengan perangai Azzalea yang tidak suka mencampuri urusan orang lain apatah lagi ingin mengorek cerita orang.  Jika tidak, masakan si Fayyad tu anak Tan Sri pun dia tidak tahu.

“Oh, kisahnya.  Kenapa eh dia beria-ria sangat nak bantu belia-belia kat sini ye?” masa untuk mengorek rahsia.  Kadang-kadang seronok juga jadi kepochi ni.

“Cerita yang aku dengarlah, dia dulu duduk kat sini masa dia kecil-kecil.  Tu yang dia nak tolong budak-budak kat sini,”

Perbualan mereka terhenti apabila kereta Fayyad memasuki kawasan dewan.  Kelihatan kelibat Abang Ilham turun daripada perut kereta.  Laa, diorang datang sekali ke.  Iskh, patutlah lambat.  Bukan ke Fayyad ada urusan di Melaka pagi tadi.  Cepat betul mamat ni balik.  Sempat pula nak hadir mesyuarat, tak penat agaknya.  Azzalea bermain dengan teka teki yang menerjah mindanya. 

Azzalea membalas senyuman yang dilemparkan Fayyad.  Bungkusan yang dihulur disambut lalu dia mengekori langkah mereka menuju ke bilik mesyuarat.  Kesekejapan, bilik mesyuarat yang gelap gelita menjadi terang benderang.  Kerusi yang tersusun kemas ditarik perlahan.  Fayyad melabuhkan punggung di sebelah Azzalea yang telah pun duduk selesa.  Senyum berbalas senyum.  Tingkah mereka mendapat perhatian Abang Ilham yang akhirnya terbatuk-batuk kecil menyembunyikan tawa.  Hendak tergelak pun ada melihat tingkah laku merpati sejoli tu.  Iyalah, orang baru bercinta macam tu lah kan. 

“Tak penat ke balik dari Melaka dah datang meeting ni?” soal Azzalea separuh berbisik.

“Day trip je ke Melaka tu.  Awal juga sampai, jam empat tadi dah ada kat KL.  Sempatlah tidur selelap,”

“Hmm, thank you for this,”

“My pleasure dear, tak ada apa yang special pun.  Itu je yang sempat saya grab untuk awak dalam perjalan balik tadi.”

Bilik mesyuarat yang semakin penuh dengan kehadiran ahli mesyuarat yang lain mengganggu perbualan mereka.  Setelah semua ahli hadir, mesyuarat dimulakan dengan ucapan dan bentangan usul yang telah disediakan.  Azzalea juga membentangkan usul mengenai program Rekreasi dan Motivasi yang dirancang mereka.  Segala butir perkembangan dan berita baik tentang dana dibentangkan dan mendapat sambutan hangat oleh ahli jawatankuasa.  Seronok sekali sekala dapat berjalan jauh sambil menjalankan kerja kebajikan untuk para belia.  Inilah dinamakan social contribution.  Menyumbangkan sesuatu tanpa balasan untuk kebaikan masyarakat.  Membimbing dan mendidik generasi muda dengan cara mereka agar menjadi generasi bebas daripada gejala sosial.  Anak-anak muda ini harus diambil hati dan perhatian mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat mereka dalam mencorak generasi masa depan yang bermoral dan berakhlak mulia.  Bebas daripada cengkaman dadah.  Bebas daripada dibelenggu masalah moral yang semakin merudum.  Paksaan tidak dapat menjamin keberkesanan tetapi penerapan nilai murni secara lembut dan berhemah mampu sedikit sebanyak lekat di hati anak-anak muda ini. 

Keputusan akhir telah diambil iaitu beberapa orang ahli jawatankuasa diketuai oleh Fayyad akan ke Cherating untuk melakukan beberapa urusan seperti mencari penginapan dan penyediaan makanan untuk peserta.  Mereka akan berangkat dalam masa yang terdekat.  Urusan di Kuala Lumpur akan diuruskan oleh Abang Ilham manakala urusan berkaitan dengan Jabatan Belia dan Jabatan Penerangan serta insurans diuruskan oleh Azzalea dibantu oleh Dirah. 

Semoga niat yang murni ini dipermudahkan urusannya oleh Yang Maha Esa.


**************************
Okey sayang2 Kak Yus.. sorry untuk sayang2 yang mengikuti kisah Fayyad dan Azzalea, lama terperuk tak hapdet kan.. ok malam ni Kak Yus ubat rindu kalian dengan mamat hensem ni.. iskhhh.. nak menaip pun takleh la asyik dok merenung muka si Fayyad nih.. heheheeh (gelak gataiii..).. pohon Kak Yus maaf utk kekurangan esp. typo error ye.. sudi2 drop komen.. .. lebiu ols..

Lots of luv from Kak Yus..


Segment Ilmu -- SEORANG PENULIS, SIFAT N CIRI..


Assalamualaikum wbt dan salam 1Msia untuk pembaca2 di Biar Jemari Berbicara.. sekali lagi malam ni Kak Yus wat n3 untuk segment ilmu kita ye...  Okey, topik malam ni Kak Yus nak kupas sedikit mengenai Sifat-sifat Penulis dan apa yang perlu kita ada untuk menjadi penulis.. Oppsss.. Kak Yus belum lagi layak untuk dikategorikan sebagai penulis ye, sekadar seorang yang meluah rasa melalui jari jemari je setakat ni.. 

SIFAT-SIFAT PENULIS

Bagaimana nak menulis karya kreatif?

Penulis kreatif seperti cerpen atau novel sebenarnya tidak dapat diajar.  Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.  Dengan kata lain, dalam diri setiap penulis, sudah ada idea atau cara penulisan mereka sendiri. 

Seseorang penulis boleh menggunakan dialog untuk menghidupkan pemikiran, cerita boleh bergerak pada dasarnya melalui aksi, perlukisan cerita bergerak dengan latar pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema tertentu sesebuah penceritaan (cerpen/novel).

Sesuatu yang perlu penulis buat:

~        mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya.

~    mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.

~    mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.

~        mestilah mempunyai sikap yang teliti (sangat penting dalam berkarya).

~     mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali sekala.

~        mestilah menulis kerana mahu menulis, bukan kerana sebab yang lain seperti mencari nama, glamour dan wang semata.

~    mestilah berani menghadapi cabaran, tidak mudah putus asa dan mampu menjadikan setiap karya yang ditolak sebagai dorongan untuk terus menulis.

~        mestilah rajin menimba ilmu; -- yang ini paling Kak Yus suka.  Seorang penulis harus mempunyai ilmu dalam setiap penceritaan yang digarap, contohnya, jika kita memasukkan sesuatu tempat dalam penceritaan kita, kita harus mencari info mengenai tempat tersebut.  Seorang penulis yang bijak akan melakukan research terhadap apa yang ditulis terlebih dahulu, sebaliknya, bagi seorang penulis biasa, mereka lebih cenderung meminggirkan perkara ini kerana pada hemat mereka ia tidak penting.  Di sinilah kita boleh melihat, sejauh mana penulis mampu membawa pembaca menghayati dunia mereka.  Jika bercerita tentang France, carilah info yang menarik mengenai negara itu, seperti daerah2 yang terdapat di sekitar yang mempunyai daya tarikan, budaya mereka, makanan yang istimewa di sana dan sebagainya.  Begitu juga dengan pekerjaan, jika bercerita tentang seorang arkitek atau engineer, jangan hanya tahu kerja mereka pergi ke site semata2, kena tahu jobscope mereka secara menyeluruh, barulah penulisan kita dapat membawa pembaca menghayati watak2 yang kita garap.  (huh..panjang lebar pulak bebel kak yus ye.. )

Okey, akhirnya, kita bicara pula bagaimana hendak menjadi seorang penulis.. hmmm.. ada yang kata susah, ada yang kata senang je.. terpulang pada diri masing-masing.

~        Bakat
          Bakat adalah anugerah Tuhan yang besar dan sukar dilihat oleh mata kasar.  Pada dasarnya, bakat perlu untuk membentuk diri seorang penulis tetapi terdapat beberapa percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini.  So, (opppsss... rojak pula bahawa kak yus) Kak Yus simpulkan begini sahajalah.. amat beruntung jika seseorang penulis mempunyai bakat semula jadi tetapi jika tidak mempunyai bakat tetapi mempunyai daya usaha dan minat yang kuat juga boleh menjadi asas yang baik.

~        Minat
        Minat ini memang penting, kalau ada bakat sekali pun tetapi tiada minat memang tak menjadi ye!

~        Rajin Membaca
          Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain.  Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbulkan idea pertama.  Ramai penulis tersohor mengakui hakikat ini seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim.  Tidak semestinya seorang penulis cerpen dan novel harus membaca cerpen dan novel sahaja.  Pembacaan yang menyeluruh tidak kira apa pun bahan bacaan mampu menjana minda seseorang penulis dalam berkarya.  Kadang-kadang berita di dalam akhbar mengenai kisah penderitaan ibu tunggal atau anak yatim boleh mencetuskan idea bagi sebuah cerpen yang sangat menarik dan menyentuh hati. 

~        Mempunyai Cita-cita Untuk Menjadi Penulis
    Jika kita mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis, ia merupakan harapan atau pendorong yang sangat baik.  Ramai di kalangan penulis muda yang rapat dengan Kak Yus pernah menyatakan mereka memang bercita-cita menjadi seorang penulis daripada kecil.  Namun, ini sangat berbeza dengan diri Kak Yus sendiri.  Kak Yus tidak mempunyai cita-cita sebagai seorang penulis.  Menulis bagi Kak Yus adalah untuk memenuhkan kepuasan diri.  Kadang-kadang mulut tidak terucap dengan apa yang terlihat di mata tapi melalui penulisan, segalanya dapat diluahkan.. hebatkan kuasa itu!

~        Rajin Menulis
          Hah, yang ini sangat perlu.  Jika ingin menjadi seorang penulis yang berjaya, rajin-rajinkanlah diri menulis ye.  Semakin banyak kita menulis, semakin banyak idea yang akan datang dan semakin baik corak penulisan kita. 

Wah.. dah panjang mana agaknya Kak Yus mengomel ni ye.. Kak Yus memang tak ada special tips dalam menulis.  Cuma Kak Yus menggunakan pendekatan IQRA’ – bacalah – setiap apa yang terlintas di pandangan mata Kak Yus, akan kak yus baca/tafsir mengikut tafsiran Kak Yus sendiri.  Sentiasalah menjadi pemikir yang tiada batasan.. fikir out of the box, maka kita akan menjadi seseorang yang lain daripada orang lain.  Bagi yang nak tips menulis, boleh usha2 kat entry yang ditulis oleh penulis Kau Pemilik Hati - Ayumi Syafiqah di blognya, Biola Tak Berdawai (suka nama blog dia.. hehehe).

Okey.. dahlah sesi mengomel ni ye.. nak mula menyambung manuskrip Perutusan Kasih –err.. Kak Yus nak tukar tajuk ye, Sengketa Cinta ..buleh?? Dah lama terperuk manuskrip tu, kesian kat Fayyad n Azzalea..

Sebelum mengundurkan diri, pohon Kak Yus beribu kemaafan jika terdapat kekasaran bahasa atau info yang tidak lengkap.. segala kekurangan datangnya daripada Kak Yus, yang sempurna hanya Yang Satu.

~ Lots of luv ; Kak Yus ~

Wednesday, 6 June 2012

Mengintai Bahagia ~ Bab 21


“Assalamualaikum cik Acam,”
“Waalaikumussalam.  Wei, ko mimpi apa telefon aku.  Ingat ko dah lupa kat aku, ke ko merajuk dengan aku,” hampir terjerit Acam menjawab panggilan daripada Qaid.  Memang sudah lama Qaid tidak menghubunginya, adalah dua tiga kali selepas akhir mereka bertemu.  Kemudian mamat tu pun mendiamkan diri, Acam apatah lagi.  Memang dia ni penyegan sikit kalau bab-bab menelefon orang.

“Woi..woi..woi.. kot ye pun slow la sikit.  Mau pecah telinga aku ni dengar suara ko tuh,” balas Qaid dengan gelak besarnya.  Rindu yang tertahan terluah juga apabila mendengar suara Acam.  Bukan dia tidak merindui gadis itu, separuh gila dibuatnya, tetapi tuntutan tugas yang memisahkan jarak mereka terlalu jauh.

“Iyalah, lebih sebulan ko tak telefon aku,” rungut Acam manja.  Sengaja nak berlebih-lebih dengan Qaid.

“Dah tu, kalau aku tak telefon, ko tak reti-reti nak telefon aku?”

“Aku tak ada budget la bro,”

“Tak reti-reti nak mesej aku suruh top up?” Jawab Qaid masih di dalam mood bertengkar dengan Acam.  Memang itulah hobi mereka, bertengkar dan kalau bergurau pun kasar je bunyinya.  Entah apa-apa je budak dua orang ni.  Budak ke, seorang dah boleh jadi bapa budak dan yang seorang lagi dah boleh jadi mak budak pun.

“Aku control ayu.  Takkan nak mesej ko tulis ‘bro top up boleh?’, heh.. wat malu kaum je,” balas Acam dengan gelak ala gangsternya tu.  Hish tak menahan minah ni, penampilan dah ayu, tapi kalau ketawa tak boleh blah langsung.

“Sorry la Acam, actually aku lama tak call ko sebab aku out station la.  Company hantar aku pi kursus sebulan la kat Korea.  Baru je balik sini petang tadi.  Tu yang aku call ko malam ni, dah rindu gila kat ko arrr,”

“Wah, ko pergi Korea tak cakap dengan aku pun.  Hamboi, syok eh, leh la jumpa dengan minah korea.  Sapa tu pelakon yang ko suka sangat, Song Hye Kyo.. ada ko jumpa ke?”

“Hekeleh minah ni, ko ingat dia nak jumpa aku ke.  Dahlah cerita pasal Korea, cerita pasal ko pula.  Wei, ko cutikan seminggu?  Aku ambil ko balik Batu Pahat ye,”

“Ko nak datang Perak ni semata-mata nak ambil aku?  Walawei bro, jauh tu.  Memang semester break pun minggu ni, aku balik sendiri je lah.  Nanti aku call ko bila sampai kat Batu Pahat,” tolak Acam lembut.  Tidak mahu menyusahkan Qaid yang baru sahaja pulang.  Dah sah-sah penat tak habis lagi mamat tu.

“Wei, tak apalah.  Aku memang nak jumpa sepupu aku pun kat sana sekejap.  Nak hantar barang yang dia pesan untuk isteri dia tu.  Pagi esok aku sampai sana aku terus pergi rumah ko ye.  Ok, hang off dulu, ko siap-siap tau,” pesan Qaid.  Dah tentulah mamat tu tak akan terima jawapan tidak.  Acam mengeluh sendirian.  Qaid, Qaid, kenapalah ko baik sangat!

            Alamak, esok Qaid datang ambil dia.  Tentu heboh sekampung pasal ni lagi-lagi pula mulut-mulut jiran-jiran mereka ni boleh tahan juga.  Pelajar-pelajar yang menyewa berhampiran rumahnya juga tak kurang kepochinya.  Tukang kepoh ada, jurnalis tak bertauliah pun ada, juruheboh pun ada, macam-macam makneka jenis manusia yang ada berjiran dengannya. 

            Malam itu setelah berfikir panjang, Acam mengambil keputusan menghantar mesej kepada Dzil.  Dia tidak mahu berselindung apa-apa pun dengan lelaki itu.  Jika benar memang ada rasa di antara mereka, dia mahu segalanya bermula dengan kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat.  Dia tidak mahu Dzil mendengar khabar-khabar angin tentang dirinya.

Salam Dzil, esok saya nak balik Batu Pahat untuk semester break ni.  Awak balik ke? – Acam.

Wsalam awak.  Saya kena balik Penang, rumah abang.  Abang minta tolong something.  Awak balik seorang ke? – Dzil.

Ni saya nak bagi tau awak.  Awak ingat tak Qaid, kawan masa saya praktikal tu?  Dia datang Ipoh ni jumpa sepupu dia, tadi dia telefon saya ajak saya tumpang dia balik.  --- Acam.

Oh, okeylah macam tu.  Elok juga awak balik dengan dia, at least awak tak naik bas sorang-sorang.  Behave yourself dan jangan nakal-nakal! J.   Nanti kirim salam saya kat Qaid tu.  Awak sms saya ye bila balik nanti --- Dzil.

Okey awak.  Terima kasih ;-).  Awak pun jangan nakal-nakal.  Selamat bercuti --- Acam.

Gudnite my girl, sweet dreams --- Dzil.

            Lega hati Acam apabila semuanya menjadi mudah.  Penerimaan Dzil tentang persahabatannya dengan Qaid sangat dihargainya.  Bukan Acam tidak dapat menduga hati kedua-duanya, namun baginya, biarlah dia mengenali hati budi mereka sebaik-baiknya.  Jauh di sudut hati gadis itu, sudah tertera nama seseorang yang bakal menjadi penghuninya cuma nama itu masih samar-samar untuk dibaca terus.  Pakaian telah siap dikemas untuk dibawa pulang.  Badannya masih di sini, tapi hati dan fikiran telah lama terawang-awangan pulang ke Batu Pahat.  Rindu untuk melihat ayahbonda serta keluarga.  Rindu juga pada katil dan bantal yang telah lama ditinggalkan.  Hish, itu pula yang dirindunya. 

            Di rumah yang berlainan pada ketika yang sama, Dzil memerhatikan telefon bimbitnya.  Hati lelakinya sedikit tercalar dengan mesej yang dibacanya namun dia tahu, dia harus memberi ruang seluas-luasnya untuk Acam.  Dia tidak boleh menyekat pergerakan dan siapa pun yang ingin berkawan dengan Acam.  Belum masanya untuk dia memiliki Acam untuk dirinya sendiri.  Lagi pun, Dzil sangat menghargai apa yang Acam lakukan.  Bukan mudah untuk bertemu dengan seseorang yang jujur dalam perhubungan.  Dia tahu gadis itu untuk dirinya, biarlah dia bermain layang-layang dahulu dengan Acam.  Melepaskan Acam terbang bebas di angkasa, namun talinya sesekali ditarik lembut.  Dia tahu, hanya dengan cara itu dia mampu memikat dan memiliki hati batu gadis itu.

Tak apa awak, saya percayakan awak walau di mana awak berada, bisik Dzil sebelum lena.  Ya Allah, Kau lindungilah gadisku ini!


********************


            Hampir jam dua belas tengah hari Qaid tiba di hadapan pagar rumah sewa Acam.  Sempat pula dia meminta Acam mengagih-agihkan brooch dan keychain yang dibeli dari Korea kepada rakan-rakan serumahnya.  Hish, mamat ni baik hati betullah.  Tersenyum lebar je teman-teman serumah mendapat buah tangan daripada Qaid.  Hamboi, cantik-cantik pula tu brooch dan keychain.

“Banyaknya beli.  Tak nak bagi kat satu kampus ke?” Sindir Acam apabila melihat beberapa buah beg kertas yang terletak di ruang duduk di belakang kereta.

“Yang beg warna hijau tu untuk sepupu aku, yang lain tu semua untuk ko,” selamba jawab Qaid mengundang pegun di wajah Acam.  Eh, biar betul mamat ni, ada lima beg kertas kat belakang tu, getus Acam sambil berpaling semula ke belakang kereta.

            Qaid telah memaklumkan mengenai kedatangan mereka kepada ibu saudaranya.  Memandangkan keluarga ibu saudara Qaid telah pun mengenali Acam, maka tidak menjadi janggal buat Acam untuk bergaul dengan mereka.  Kadang-kadang bising juga mulut ibu saudara Qaid bertanya mengapa Acam tidak pernah melawat mereka.  Acam hanya menjawab dengan senyuman yang tak lekang-lekang daripada bibirnya.  Mereka menikmati makan tengah hari di rumah ibu saudara Qaid. 

Lewat petang, Qaid dan Acam meminta diri untuk bergerak pulang ke Batu Pahat.  Sempat juga Acam sengaja meminta Qaid melintasi area rumah sewa Dzil.  Hati Acam tenang setelah melihat Dzil telah berangkat ke Penang.  Lagi pun pagi-pagi tadi, Dzil sudi singgah ke rumahnya menghantar nasi lemak dan Nescafe ais buat sarapan paginya.  Acam tahu itu hanya alasan Dzil untuk bertemu dengannya sebelum seminggu bercuti.  Rindu juga nanti masing-masing saling tidak dapat bertemu, hanya telefon sahajalah penghubung bicara.  Acam tersenyum mengenangkan segalanya.

            Sepanjang perjalanan, mereka berbual tentang lawatan Qaid ke Korea.  Bukan main lagi seronok Qaid apabila bercerita tentang negara yang hendak sangat dilawatinya itu.  Sebulan di sana, macam-macam cerita yang dibawa balik.  Acam hanya mendengar sahaja tentang kursus yang dijalani Qaid.  Khabarnya syarikat tempat Acam menjalankan latihan industri dulu telah menghantar Qaid sebagai wakil mereka ke Daechi-dong, Seoul untuk menjalani kursus perindustrian dan servis pelanggan yang dianjurkan oleh salah sebuah syarikat induk mereka di Eropah.  Mendengar cerita mengenai Gyeonggi-do, sebuah daerah yang menarik yang menempatkan berbagai spot menarik perhatian pengunjung membuatkan Acam leka.  Ternganga mulut Acam mendengar tentang Suwon Hwaseong Fortress, Korea Folk Village dan Icheon Cerapia yang terletak di daerah itu. 

            Malah Qaid juga bercerita tentang pengalaman dia membeli belah di COEX Mall iaitu kompleks membeli belah underground yang terbesar di Asia.  Sebuah beg kertas ditarik daripada kerusi belakang lalu diserahkan kepada Acam.

“Buka, tengok cantik tak barang yang aku beli kat ko kat situ,” arah Qaid.

            Acam segera membelek barang yang terletak di dalam beg kertas.  Ya Allah, cantiknya gaun labuh ni.  Glamour gila gaun labuh ni, pandai pula mamat ni pilih.  Tutup aurat lagi, bisik Acam. 

“Dah, jangan nak ternganga sangat.  Tu satu lagi dalam beg kertas kat belakang tu, yang warna hitam tu aku beli kat Namdaemun Market,” tegur Qaid.  Suka melihat riak wajah teruja Acam.

            Mulut Qaid terus bercerita tentang pasar Namdaemun yang sungguh mengasyikkan. Ala-ala Petaling Street di Kuala Lumpur, sungguh meriah dan bermacam benda terjual di situ. Mamat ni kalau berbelanja, kalah orang perempuan.  Mata Acam membulat apabila melihat barangan yang dibeli oleh Qaid.

“Wei, ko pergi kursus ke ko pergi shopping ahh?” jerkah Acam, namun masih lagi lembut suaranya.  Hadoi mamat ni, tadi gaun, ni dah kasut dan handbag pula.  Bukan sebarang handbag, berjenama pula tu.  Siap dengan aksesori dan berbagai jenis brooch lagi diborongnya.

“Aku mana pandai shopping, ni aku minta tolong awek Korea tu tolong shop kan untuk aku.  Habis dia bantai semua yang ada, nasib ko lah,” ada saja si Qaid tu nak menjawab.

“Habis tu ko dapat tak jumpa artis-artis yang ko minat tu?”

“Masa last dinner function tu ada la aku dapat tengok dua tiga orang penyanyi yang perform.  Lawa gila diorang ni, kulit licin-licin,”

“Apsal ko tak sangkut sorang?”

“Heh, bukan aku tak tersangkut, diorang yang tak tersangkut kat aku.  Poket aku nipis je, mana diorang nak pandang.”  Akhirnya terlerai tawa mereka.  Kalau berborak dengan Qaid ni memang tak kering gusi tergelak.

            Acam membelek-belek beg-beg kertas yang selebihnya.  Mak ai, bukan main banyaknya cd lagu dan movie yang diborong mamat ni. 

“Aku tau lah ko tak minat cerita korea ni.  Tapi kat dalam beg tu ada horror movie.  Ko sukakan Korean horror movie, semua ada English subtitles beb.  Death Bell, The Red Shoes, yang satu tu arahan Kim Ji-Woon, A Tale of Two Sisters best wooo..  yang satu tu drama cintan-cintun Secret Garden, aku beli satu set.  Nanti ko tengoklah cuti-cuti ni,” Mulut Acam membentuk huruf O mendengar kata-kata Qaid.  Memanglah mamat ni, hidup je dia kalau bercerita pasal Korea.  Eh, ada ke orang lelaki yang gila korea macam dia ni.  Hadoilaaa…

“Tu mengutuk aku la dalam hati tu.  Bukan aku tak tau kalau budak nama Acam ni diam, mesti mengutuk je kerja dia,” bebel Qaid lagi.  Bagai nak rak Acam menahan tawa.  Mamat ni memang kelaslah.  Boleh baca je apa yang ada kat dalam hati Acam.

            Tangan Acam laju memasukkan salah satu CD yang dibeli oleh Qaid.  Korea pun korealah.  Sesekali seronok juga melayan lagu-lagu K-Pop ni. Girls Generation lah, B.A. P lah, Super Junior lah, entah apa-apa lagi nama kumpulan pemuzik yang dibelinya.  Tapi ada juga di antara lagu-lagu tu yang pernah didengar oleh Acam.  Layan ajelah.

            Kereta menyusuri laluan ke Perhentian R & R Seremban ketika Azan Maghrib berkumandang di corong radio kereta.  Elok juga menunaikan solat sebentar sambil menikmati makan malam di situ.  Acam dan Qaid berpisah mengikut musollah masing-masing.  Banyak juga kenderaan yang berhenti di Perhentian itu, musollah pun penuh dengan muslimin dan muslimat yang berhenti untuk menunaikan rukun yang kedua itu.  Walau mengejar masa sekali pun, rukun yang lima jangan sekali-kali ditinggalkan, itu pesan arwah nenek yang tak pernah dilupakan oleh Acam.

            Mereka menikmati makan malam di Restoran KFC di Perhentian itu sahaja.  Hendak meninjau-ninjau makanan  yang ada di situ ramai pula orang yang membanjiri meja-meja yang terdapat di situ.  Sudahnya, layan KFC pun okeylah.  Qaid masih tidak habis lagi dengan cerita Koreanya.  Memang seronok mendengar celoteh Qaid.  Iyalah hendak pergi sendiri mungkin bukan rezeki Acam lagilah kot, cukuplah sekadar mendengar cerita-cerita Qaid yang memang menyeronokkan.  Memang jelas terpancar di wajah lelaki itu keseronokkannya di sana. 

Jam sepuluh malam kereta yang dipandu Qaid memasuki kawasan perumahan Acam.  Rindu di hati semakin terubat apabila melihat dari jauh rumahnya terang benderang.  Ibu dan ayah telah diberitahu tentang kepulangannya dengan Qaid. 

“Acam, esok datang rumah aku ye.  Mama dan papa ada buat Kenduri Majlis Kesyukuran sikit, sambil tu buat tahlil juga.  Aku datang jemput ko ye,”

“Err.. seganlah,”

“Ko ni kan mengada-ngada tau.  Ingat ko dah janji dengan mama, bila balik sini ko akan datang ziarah mama kan.  Mama aku dah tahu yang aku ambil ko balik sini,” ucap Qaid seperti mengingatkan Acam tentang janjinya dahulu.  Alahai, kena la juga pergi kalau dah macam ni, keluh Acam.

“Okeylah, tapi ko kena cakaplah kat Encik Daud kat dalam tu ye,” balas Acam sambil mengeluarkan beg pakaiannya daripada bonet belakang.  Alah, satu aje pun yang dibawa pulang tetapi beg-beg kertas pemberian Qaid sudah pun memenuhi tangan.

            Kepulangan Acam sudah mendapat perhatian daripada penghuni rumah.  Masing-masing sudah pun tersembul di muka pintu dengan senyuman colgate yang bersilau-silau.  Ayah dan ibu Acam menghampiri Qaid, lalu Qaid segera menyalami mereka.  Orang tua mana yang tidak sejuk hati melihat tingkah Qaid yang selalu sopan dan menghormati orang-orang tua.  Qaid mengeluarkan sesuatu daripada bonet belakang lalu menyerahkan satu per satu beg kertas kepada ibu, ayah dan adik-adik Acam.  Alahai mamat ni, banyak betullah berbelanja.

“Hish, apa ni Qaid.  Susah-susah je,” ucap ibu apabila menyambut pemberian Qaid.

“Aah la Qaid oi.  Apa yang susah-susah membeli barang untuk pakcik dan adik-adik ni, membazir sahajalah,” sampuk ayah pula sambil meninjau-ninjau barang di dalam beg kertas itu.

“Tak ada apalah pakcik, makcik.  Saya baru balik daripada Korea semalam.  Ni adalah sikit cenderahati daripada sana,” balas Qaid berbahasa.

“Sikit dia kata ibu.  Tengok kat tangan kita ni, dah penuh dengan segala makneka,” sampuk Acam pula.

“Hish, kamu ni Qaid.  Membazir sahaja beli macam-macam ni.  Tapi apa pun, terima kasihlah.  Jemputlah masuk dulu,” ujar ibu Acam.  Tak seronok pula berbual di luar rumah.

“Tak apalah makcik, saya nak balik dulu ni.  Sebenarnya nak mintak izin pakcik dan makcik nak ajak Acam ke rumah esok.  Ada kenduri sikit kat rumah.  Dah tu jemput jugalah pakcik dan makcik datang ke rumah lepas maghrib esok,” Qaid bersuara meminta izin.  Dia tahu jarang sekali permintaannya akan ditolak.  Ibu dan ayah Acam memang orang baik-baik.

“Oh, boleh je.  Pakcik dan makcik esok rasanya nak ke rumah mak saudara Acam, ada kenduri juga.  Tak apalah, Acam sahajalah pergi wakil pakcik esok ye Qaid.  Nanti sampaikan salam pakcik kepada papa dan mama Qaid,”

            Setelah keizinan diberi, Qaid meninggalkan rumah Acam dengan senyum lebar.  Ibu dan Ayah Acam juga turut tersenyum gembira melihat kepulangan anak perempuan mereka.  Rindu usah dikiralah.  Tapi lebih menyeronokkan apabila hadiah yang diberi dibuka di ruang tamu.  Bukan main lagi gembira ibu Acam mendapat sebuah beg tangan dan set brooch yang cantik daripada Qaid manakala ayah Acam tersenyum mendapat set permainan Chess ukiran tentera Korea yang sangat mengagumkan.  Pandai sungguh Qaid ni memilih hadiah.  Adik-adik Acam pula seronok dengan T-shirt dan keychain yang cantik-cantik untuk mereka.

            Malam itu, memang lambatlah waktu tidurnya hendak membelek segala macam sourvenir yang dibawa pulang oleh Qaid untuk dirinya.  Tadi baru tengok sebahagian sahaja, banyak lagi nak ditengok.  Namun apa yang paling menggusarkan hati Acam ialah menanti esok yang bakal mendatang.  Dapatkah dia menolak pemberian mama Qaid jika sekali lagi mama Qaid memberikannya hadiah seperti dahulu.  Aduhai, hati dah tak tenang.  Telefon bimbit diambil lalu satu-satunya nama yang terpapar di skrin itu ditenung.  Merenung nama itu sahaja sudah cukup menggamit senyum di hati Acam. Bairlah.. biarlah…



*************************

Okey sayang2 kak yus, harap enjoy dengan n3 kali ni.. sudi2 drop komen ye.. 

Lots of luv from Kak Yus..



 

Blog Template by YummyLolly.com