Dirimu
persis bintang terbit dari langit
Bukanlah
mimpi-mimpiku
Di sini
telah datang sayang paling dalam
Bawaku
pulang berteman pelangi
Kamar
hatiku hiasi
Biar
cantik biar baru
Semuanya
keranamu
Oh yang
lemah kini gagah
Asal buruk
jadi indah
Kerana
sentuhan cintamu
Kususun
langkah melayarkan hari indah
Bersamamu
Tangan Dzil laju menguatkan volume
radio yang telah terpasang sejak tadi.
Wah, best pula lagu yang sedang berkumandang di corong radio pagi-pagi
ni! Biasalah, Hot FM memang tip top
kalau pagi-pagi ni. Dengan seleksi
lagu-lagu yang lunak serta keriuhan DJ-DJ mereka yang memang membuatkan pagi
jadi huru-hara. Tak kering gusi
mendengar celoteh mereka, ada-ada sahaja.
Mulutnya terkumat-kamit mengikut alunan lagu Search – Kejoraku Bersatu
yang sedang berkumandang.
Lilin diri
takkan padam
Seandainya
engkau adalah sumbunya
Kaulah
puteri kudambakan
Bidadari
syurga jelmaan dunia
Akan ku
jaga
Seluruh
jiwaku
Biarlah
karam berdua
Asal kau
tak terlepas
Dari
genggamanku
Biar
kulamar
Sahih
darimu
Menjadi
ratu
Beradu
dalam pelukanku
Kejoraku
bersatu
Fuh!
Memang tepat dan kena je lirik lagu ni dengan jiwa Dzil ketika itu. Perasaan hati yang terusik dengan kes semalam
telah dibuang jauh-jauh. Kalau hendak
membina mahligai, hati kena kental dan jiwa kena sentiasa bersedia menghadapi
sebarang dugaan. Perkara remeh-temeh
jangan diperbesar-besarkan.
“Oi bro, pagi-pagi buta dah
memekak. Orang nak tidurlah,” pekik Mior
daripada luar bilik Dzil. Pintu bilik
dikuak kecil.
“Opss, sorry bro. Aku ingat semua orang dah bangun. Ko tak ada kelas ke pagi nih?” soal Dzil sambil mengangkat tangan kirinya
tanda memohon maaf.
“Ada .
Pukul sepuluh. Itulah ingat nak
buat taik mata lelama sikit, dah ko memekak je pagi-pagi buta ni terencat aku
nak tidur,” balas Mior sambil menggosok matanya. Apalah mamat ni, muka pun belum basuh terus
je keluar dari bilik.
“Alah, sorry la bro. Aku terlebih
happy pagi ni,”
“Ko kelas pagi ke?”
“Kelas aku sama juga, pukul sepuluh
pagi tapi si Tasya tu mesej aku ajak sarapan dengan dia,”
“Aku tak fahamlah dengan ko ni
bro. Yang ko layan sangat si Tasya tu
kenapa? Ko tak takut ke Acam
cemburu? Nanti elok-elok dia boleh jatuh
hati kat ko, tak pasal-pasal ko melepas.”
Soalan Mior disambut dengan tawa kecil Dzil.
“Hish ko ni. Berapa kali aku nak cakap, Tasya tu makwe
kawan aku masa aku sekolah dulu. Tak
terlanjur Tasya tu satu kursus dengan kita, dia minta tolong aku
tengok-tengokkan awek dia tu. Heh, tak
ada maknanya aku nakkan budak Tasya tu,”
“Iyalah, kata ko. Tapi kalau Acam nampak dia tentu akan fikir
lain pula. Hati perempuan bro, mudah
sikit tercuit. Hendak pula ko tengok si
Tasya tu, kalau dengan ko bukan main lagi himpitnya. Ramai juga yang tanya aku pasal korang
berdua,” bebel Mior. Sempat pula dia ke
bilik air yang terletak di hadapan bilik Dzil.
Wajah yang serabut dicuci ala kadar.
“Acam jealous? Aku suka juga kalau dia jealous dengan
aku. Barulah terasa aku ni jejaka idaman
Malaya .
Asyik aku je pendam perasaan dengan dia, barulah aci,”
“Aci makci, nak cari aci ko pergi la
India . Ko jangan main-main, kalau esok dia lari
daripada ko, jangan pula ko kata aku tak cakap.
Tapi kalau dia reject ko, ada harapanlah aku masuk line,” kata Mior dengan muka tiada perasaannya. Cebikan di wajah Dzil hampir membuatkan dia
ketawa terbahak-bahak.
“Ko langkah mayat aku dulu. Aku akan pastikan, hanya ada nama aku sorang
je kat hati Acam tu.” Wah, bukan main
semangat lagi Dzil, berkobar-kobar hati ingin menakluki hati gadis itu. “Dah, aku pergi dulu. Layan ko sampai tengah hari pun tak
habis. Pergilah mandi bro, bau dah macam
belacan kena bakar,” sambung Dzil dengan tawa halusnya. Langkah semakin laju menuruni anak tangga
meninggalkan Mior yang masih tercegat di hujung tangga dengan gelengannya.
“Hish, yakin sangat ko bro..” bisik Mior sendirian.
Dzil melabuhkan punggung di atas
tembok di hadapan Dewan Warisan.
Mulutnya mengukir senyum kepada Tasya yang sedang memerhatikan
langkahnya. Majalah yang dibelek
sebentar tadi diletakkan di sebelahnya.
Wajah gadis itu mencuka. Marah kerana lama menunggu.
Iskhh, kalau Acam yang mencuka lawa
juga. Minah ni nak tarik muncung apa
hal? Desis hati Dzil namun dibiarkan sahaja perasaan jengkel itu.
“Eiii, geramnya. Lama tau I tunggu, janji kan nak sarapan. Ni dah pukul berapa, nanti I kena makan laju-laju,” rengek Tasya. Minah ni memang menggedik sikit tapi nak buat
macam mana kan ,
dah nama kawan layan sahajalah.
“Opss.. sorry la ek. I tersangkut dalam jam tadi,” balas Dzil
bersahaja tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.
“So, jom kita pergi kantin. Nanti you kena makan laju-laju pula,” ajak
Dzil sengaja menekankan ayat akhirnya itu.
Kadang-kadang minah ni buat hati lara je. Langkah disusun menuju ke arah kantin yang
terletak hanya berhadapan dengan Dewan Warisan.
Keadaan kantin agak sibuk pagi
itu. Maklumlah pagi Isnin memang selalu
sibuk dengan pelajar yang tak sempat hendak bersarapan di rumah. Terjah dulu mencari makanan sebelum masuk ke
bilik kuliah. Tasya yang sedari tadi
mengekori Dzil masih lagi tertinjau-tinjau meneliti setiap hidangan makanan
yang terletak di atas kaunter. Susah benar gadis itu hendak membuat pilihan. Hendak memilih mee goreng, takut melihatkan
minyak yang berkilau-kilau di balik mee itu.
Hendak makan nasi lemak, kepala asyik mengira berapa banyak kalori yang
akan diserapnya. Susah
juga bila dah obses dengan kecantikan dan jaga badan ni. Asyik nak kena pantau apa yang dimakan,
berapa banyak kalori yang diambil, itu boleh dan ini tak boleh.
Dzil yang sudah pun membayar harga
makanannya menatang dulang mencari sudut yang sesuai. Perlahan dulang diletakkan di atas meja dan
matanya mengerling mencari bayang Tasya yang entah ke mana. Dia menggelengkan kepala apabila ternampak
gadis itu yang masih lagi tertinjau-tinjau memilih makanan. Inilah yang membuatkan dia malas hendak
bersarapan dengan gadis itu. Susah sangat nak cari makanan. Serba-serbi kena jaga. Jauh betul perbezaan dengan Acam. Eh, macam mana dia boleh baca pilihan Acam. Mestilah, setiap pergerakan Acam memang
sering memancing perhatiannya sehinggakan apa makanan kegemaran Acam pun sudah
dihafalnya. Dahsyatlah kau Dzil! Memang
dah angau tahap mahaguru, boraknya sendiri.
Dzil tersenyum sendirian. Matanya
bagaikan ternampak-nampak bayangan Acam.
Memang sah dah angau.
“Walawei, yang you tersenyum
sorang-sorang ni kenapa ek?” soal Tasya
yang baru meletakkan dulang di atas meja dan duduk di sebelah Dzil.
Dzil
menoleh ke arah Tasya dengan wajah yang terpinga-pinga. Eh, bila pula perempuan ni sampai. Tadi elok je tertinjau-tinjau di kaunter
tu. Dijelingnya sekilas piring yang
berada di dalam dulang di hadapannya.
Alahai, dua ketul kuih dan secawan kopi o. Patutlah badan tak besar-besar. Susah betul
dengan orang perempuan ni. Taksub dengan
kecantikan dan sibuk nak jaga badan hinggakan sanggup menolak nikmat
makan. Tak faham sungguh! Memanglah kecantikan tu penting tapi kalau
hanya bersandar pada cantik semata padahal hati tak baik tak guna juga.
“Alah, orang
cakap dengan dia sempat lagi dia nak mengelamun,” bentak Tasya buat-buat
merajuk.
“Oh,
sorry! I was thinking of something just
now.” Sebaris senyuman dilemparkan
kepada gadis itu. Buat muka innocent,
boleh?
“You ni
memangkan, saja je tau. Tadi you tinggal
I kat kaunter tu sorang-sorang kenapa?”
soal Tasya manja. Rasa nak
bernanah telinga Dzil mendengar suara ala-ala manja Tasya. Kadang-kadang malas juga melayan perangai
gedik si Tasya ni tapi nak buat macam mana, kata kawan.
“I ingat
you dah ambil makanan. I jalanlah,
sedar-sedar pusing belakang tengok you masih kat kaunter tu lagi,”
Mulut
Tasya masih tidak berhenti mengomel.
Tadah jelah telinga ko Dzil, bisiknya.
Mulutnya masih menyuap mee goreng yang sudah tinggal separuh. Pagi-pagi ni lapar pula perut. Nescafe ais yang tinggal separuh gelas
disedup. Nikmat. Kasihan orang yang sibuk nak jaga makan,
semuanya kena control.
********************
Tergesa-gesa Acam mengenakan
pakaian. Hatinya masih sebal kerana
lewat membaca mesej yang dikirim oleh rakan sekelasnya. Rupanya pagi ni ada kelas ganti. Nasib baik jam di dinding baru menunjukkan
angka tujuh setengah. Hmm.. nampak
gayanya pakai tudung barulah hari ni.
Tak sempat dah nak menggosok tudung yang lain lagi pun tudung yang dibeli
oleh Qaid semalam itu memang padan sangat dengan baju yang dipakainya hari
itu. Buku-buku yang berteraburan di atas
meja dimasukkan ke dalam beg sandang Lacoste putihnya.
Tidak sampai tiga puluh minit, Acam
sudah berada di perkarangan PUO. Langkahnya
dihayun laju menuju ke arah kantin yang terletak bersebelahan dengan Dewan
Warisan. Perutnya sudah berlagu dondang
sayang. Semalam tidak turut serta dengan
rakan-rakan serumahnya menghabiskan makanan kiriman rumah pengantin. Mungkin sebab itulah pagi ini perutnya pandai
tunjuk perasaan.
Suasana kantin sudah mula
lengang. Mungkin sudah ramai yang
beredar menuju ke kelas masing-masing.
Acam seperti biasa memang tidak pernah suka memerhatikan orang di
sekelilingnya. Tangannya laju mencapai
pinggan kosong yang terletak di atas kaunter lalu menyenduk bihun goreng dan
sambal kerang yang kelihatan sungguh enak ke dalam pinggannya. Setelah membayar harga makanan dan minuman,
matanya melilau mencari meja kosong.
Mujurlah ada meja kosong yang berhampiran. Hish, ramai sungguh couple pagi-pagi ni,
desis hatinya.
Suapan bihun goreng terhenti apabila
matanya tertangkap sesusuk tubuh yang memang amat dikenalinya. Wajah itu diamati dan wajah gadis di
sebelahnya juga direnung lama. Seleranya
mati tiba-tiba. Perut yang lapar terasa
penuh walau pun baru tiga sudu bihun yang masuk ke mulutnya. Bihun yang tadinya terasa enak kini mula
tawar. Hatinya retak menanti belah. Ini kali kedua dia melihat lelaki itu
berdua-duaan dengan gadis berbaju biru yang pernah dilihatnya dulu. Hatinya sebak.
Mengapa, satu saat kau berikan aku
harapan. Satu saat kau bagaikan memberi
aku hatimu tapi dalam satu saat yang lain kau hancurkan semuanya begitu
mudah. Kenapa? Hati Acam bermain teka-teki sendiri. Matanya sudah mula berkaca-kaca. Segera beg sandang yang diletakkan di
sebelahnya dicapai. Acam bangun dan
melangkah pergi dengan rasa hancur di hati gadisnya. Terluka.
Sakit bagaikan tertoreh sembilu.
Beginikah akhirnya? Atau adakah
hanya aku yang berperasaan begini sedangkan dia hanya ingin mempermainkan hati
kecilku ini? Acam masih berperang dengan
perasaannya sendiri. Kalau boleh, dia
ingin berlari pergi meninggalkan mereka.
Dia ingin pergi jauh, sejauh-jauhnya membawa hatinya yang robek.
Ketika itu juga, mata Dzil terpaku
apabila melihat Acam yang sedang merenungnya.
Mereka dipisahkan oleh hanya dua meja kosong. Ada
garis luka pada wajah gadis kesayangannya itu.
Ada
genangan di mata gadis itu. Ya Allah,
mungkinkah gadis itu telah tersalah sangka padanya? Dia tidak menyalahkan Acam jika gadis itu
berprasangka apabila melihat mereka berdua.
Mana tidaknya, dengan perangai gedik Tasya yang asyik hendak menempel
dengannya itu, memang semua akan salah sangka.
Bahunya ditolak-tolak oleh Tasya apabila gadis itu merasakan yang
dirinya tidak diendahkan. Saat itu Dzil
seperti mahu mengejar Acam dan menerangkan segalanya kepada gadis itu. Namun hasratnya itu dibatalkan apabila bebelan
Tasya menyerabutkan lagi fikirannya.
Air mata yang ditahan akhirnya gugur
juga mengalir deras di pipinya. Langkah
Acam semakin laju. Akhirnya, dia
berhenti dan melabuhkan diri di perkarangan ruang solat wanita Masjid Sultan
Azlan Shah. Air mata dibiarkan
bebas. Mujurlah tiada sesiapa di
situ. Telefon bimbit dikeluarkan daripada
beg sandangnya.
Aida, aku tak masuk kelas ye pagi
ni. Tak sihatlah, nanti tolong bagi tau
lecturer ~ Acam.
Butang hantar ditekan. Hatinya yang hiba meruntun di situ. Tak sanggup hendak bersemuka dengan sesiapa
pun. Teringat pesan ibunya, jika hati
gundah gulana, solatlah. Hanya Allah
sahaja tempat mengadu yang terbaik.
Dengan linangan air mata yang masih tidak henti, Acam mengerling jam di
tangannya. Masih sempat untuk menunaikan
solat Dhuha. Segera dia membuka tudung
di kepala lalu mengambil wuduk. Telekung
sembahyang yang terlipat elok diambil lalu disarung ke kepalanya. Lama dia berteleku di atas sejadah. Sendunya sudah berkurangan namun sakit di
hati masih berbekas. Hanya kepada Allah
tempat dia mengadu. Usai melipat
telekung milik masjid yang diwakafkan itu, Acam masih bersimpuh di perkarangan
ruang solat wanita menenangkan hatinya.
Sedikit tenang setelah mendirikan solat sunat. Bunyi bip mesej masuk di telefon bimbitnya
memecah kesunyian ketika itu. Perlahan
tangannya mencapai telefon lalu dibeleknya.
Awak
dekat mana ni? Saya cari awak kat kelas,
Shuhaida kata awak sakit ~ Dzil.
Buat
apa nak cari saya, tak ada kepentingan pun ~ Acam.
Please,
dengarlah penjelasan saya dulu. Awak kat
mana? ~ Dzil.
Tak
payah sibuk nak cari. Layanlah kawan
awak tu, saya ok ~ Acam.
Nanti
saya datang rumah, kita bincang ~ Dzil.
Malas!
~ Acam.
Telefon bimbit Acam berdering. Melihat nombor yang tertera di skrin, segera
Acam mematikan telefon bimbitnya. Malas
nak layan. Ada hati nak pujuk orang, dahlah sakit hati
dibuatnya. Kalau tak suka tak payahlah
nak terhegeh-hegeh mengayat orang. Ni
tak, bagi orang harapan dalam masa yang sama ada hubungan dengan orang lain. Bebel Acam tidak puas hati. Iskh, hati baru sahaja nak sejuk setelah solat
sunat tadi, kini dah panas semula.
Dzil mengeluh perlahan. Berat nafas yang dilepaskan. Puas menekan nombor Acam, namun jawapan yang
diterima, tidak aktif. Risau juga melihatkan
riak Acam tadi. Namun, segaris senyuman
menghiasi bibirnya mengingatkan mesej yang dibalas Acam tadi. Cemburu! Acam sudah pandai cemburu. Adakah itu bermakna namanya sudah bertahta di
hati gadis itu? Acam, maaf kerana
membuat hatimu terguris. Tapi sungguh,
aku tak bermaksud begitu. Hanya kau
sahaja yang ada di hati ini, hanya Kau!
Andai kau boleh melihat hati ini, tiada seinci pun ruang yang tidak
tertulis dengan namamu, Puteri Darlina.
Hanya kamu, saat ini, hari ini dan selamanya.
Ya Allah, Kau peliharalah Acamku
walau di mana sahaja dia berada. Jangan
pernah kau sakiti gadisku itu walau sekelumit pun di luar sana .
Andai harus Kau berikan dugaan, biarlah aku yang menerimanya. Kau selamatkanlah cinta hatiku!
......Cinta kau dan aku
tak perlu kata apa-apa .....
***************************************
Salam sayang2 kak yus..maaf sangat2 ye, n3 ni lambat sangat. Kak Yus mmg sibuk tahap mahaguru lately, assignment tak siap2..bla..bla..bla.. hope sayang2 kak yus enjoy dengan entry kali ni.. pendek sikit kot.. Maaf ye untuk segala kekurangan. Sudi2lah drop komen utk kak yus..
Lots of luv, Kak Yus
1.08 a.m. ~ 29/4/12