Impiana Resort, Cherating…
Langkah Fayyah disusun kemas
menyusuri lorong kecil ke Kedai Kopi, café yang menempatkan buffet sarapan pagi yang disediakan oleh
pihak hotel. Oleh kerana fikiran yang
kusut dan serabut, dia terlelap malam tadi dengan perut kosong. Dia sendiri pun tidak menyedarinya sehinggalah
dia terjaga pagi itu dengan rasa perut yang senak dan perit. Dah masuk angin agaknya. Inilah penangan terlalu tenggelam dalam
kenangan silam.
Haruman kopi yang segar menusuk
hidung dan serta merta membangkitkan selera apatah lagi perutnya pun memang dah
berdondang sayang. Langkah yang kemas
tersusun kini beralih ke arah barisan meja buffet
yang penuh dengan hidangan. Lincah jari
jemarinya memilih aneka kuih muih yang tersusun rapi. Melihatkan aneka puding dan nasi lemak yang
harum semerbak turut disajikan di situ, seleranya semakin bertambah apatah lagi
hampir tiga tahun tidak menikmati makanan tradisi yang pernah menjadi santapan
hariannya dulu. Konsentrasinya memilih
makanan tiba-tiba tercalar apabila terasa hujung t-shirtnya ditarik perlahan.
“Uncle, could you please pass me the spoon.” Satu suara halus menegurnya bersama tarikan yang
semakin memberat di hujung t-shirt.
Fayyad menoleh ke arahnya lalu satu senyuman terukir ikhlas. Anak kecil itu lagi. Mana mungkin dia melupakan seraut wajah kecil
yang comel itu, lebih-lebih lagi setelah mengetahui siapa ibunya.
“Iman right?” soalnya. Senyuman si kecil semakin melebar, gembira
kerana pakcik yang berdiri tinggi itu masih mengingati namanya.
“Sure, Iman. Here’s
your spoon darling,” sambung Fayyad lembut sambil menghulurkan sudu yang
diminta oleh anak kecil itu. Kepala anak
kecil itu diusapnya. Rasa kasih cepat
benar tertumpah pada anak itu. Adakah
kerana anak itu milik Azzalea? Hatinya
berdongkol sedikit.
“Iman datang
makan dengan umi ke?” Soalan Fayyad
dibalas dengan gelengan.
“No?
Then, with your papa?” tebak
Fayyad lagi. Ingin juga dia bersemuka
dengan insan yang bertuah itu. Insan
yang telah berjaya mencuri dan memiliki hati gadis kesayangannya. Menakluki hati dan jiwa Azzale. Malah mungkin lebih hebat, berjaya membuatkan
Azzalea membuang ingatan terhadapnya. Anak kecil itu hanya tersenyum lalu
menarik tangan Fayyad agar mengikuti langkah kecilnya.
“Mama, mama,
inilah uncle yang Iman cakap semalam
tu,” bising mulut comel anak kecil itu memperkenalkan Fayyad kepada wanita berbaju
biru muda berselendang warna sedondon membelakangi Fayyad.
“Iskhh, Iman ni
pergi mana? Uncle mana sayang?”
“Dirah?”
“Fayyad?”
Nadhirah dan Fayyad sama-sama
terkesima. Masing-masing seperti tidak
percaya dengan penglihatan mereka sendiri.
Takdirkah ini? Satu kebetulankah
atau memang percaturan yang Allah turunkan kepada mereka. Entahlah, yang pasti kedua-duanya amat
terkejut dengan perjumpaan mereka itu.
“MasyaAllah
Fayyad, lama tak jumpa ko. Eh, meh duduk sekali sarapan dengan
aku,” ujar Nadhirah. Becok dan bising masih seperti dulu. Kerusi ditarik dan Fayyad melabuhkan punggung
di hadapan Nadhirah. Iman Yasmine juga
turut berbuat demikian di sebelah Nadhirah.
“Patutlah
semalam si Iman ni becok bercerita pasal uncle. Rupanya ko lah ye. Ko dah jumpa Azzalea eh? Patutlah masam aje muka makcik tu semalam.” Tak
sempat nak bernafas, bagaikan machine gun
mulut Nadhirah melontarkan kata. Seronok
tak terkata dapat bertemu lagi dengan sahabat lama.
“Itulah mama, kan Iman dah cakap
semalam.. uncle ni kenal umi,” celah
Iman Yasmine yang sudah mula comot dengan krim pai yang dimakannya.
“Mama, umi…
okey, aku serius tak faham. Kau mama,
Lea umi.. so siapa mak budak comel ni?”
soal Fayyad cuba meleraikan kekeliruan yang mula bersarang di
mindanya.
“Kenapa? Azzalea tak bagi tau ko ke?”
“She did
.. she said this lovely girl was her daughter,” ucap Fayyad sedikit
sebak.
Kata-kata
Fayyad disambut dengan tawa besar Nadhirah.
Makcik ni memang macam ni, tak
pernah nak cover-cover langsung. Menyedari tawanya mengundang perhatian orang
di sekelilingnya, cepat-cepat Nadhirah menekup mulutnya. Gelihati sungguh melihat wajah poyo Fayyad yang percaya pada kata-kata
Azzalea.
“Oh, she told you that? Memang sah dia marahkan ko lagi la tu. Iman Yasmine ni anak aku. Kan
aku dah bertunang masa korang couple
dulu, lepas kes korang yang aku pun tak tau apa kisah tu, aku kahwin. Bila Iman
lahir, Lea dah isytiharkan dirinya godmother
Iman, so dia memang bahasakan diri
dia umi bila bercakap dengan Iman ni,” terang Nadhirah. Kesian juga melihat wajah sugul Fayyad. Wajah lelaki yang berada di hadapannya itu
diamati. Lama dia merenung Fayyad. Jelas terpancar di wajah itu kemuraman dan
kekecewaan.
“Maksud ko?”
“Maksud aku, Lea
tak pernah berkahwin sehinggalah sekarang.
Tak ada seorang lelaki pun dia benarkan dekat dengan dia, jangan kata
nak propose, nak intai-intai pun tak
ada harapan,”
Fayyad terdiam mendengar pengucapan
dari mulut Nadhirah. Benarkah? Sehebat itukah luka yang ditinggalkannya
sehingga Azzalea begitu serik untuk membuka hatinya membiarkan cinta baharu
bertandang lagi? Fayyad melepaskan keluh
perlahan. Sendiri tidak pasti keluh kesah
kah atau sebuah kelegaan mendengar pengakuan Nadhirah tadi.
“Aku mati-mati
ingat Iman ni anak dia semalam. Dia pun
dengan muka confident habis, siap berpapa-papa
bagai dengan Iman depan aku,” ucap
Fayyad meluahkan rasa yang terbuku.
Memang ternyata bijak Azzalea mempermainkan dirinya.
“Huh, Lea memang
macam tulah. Heh, cuba
ko story sikit kat aku kenapa korang
boleh jadi berantakan macam ni. Kalau
ikutkan punyalah sayang maut korang
berdua aku tengok, alih-alih sorang ke barat sorang ke timur. Apa kes ni?
Five years bro, I’ve been seeing
her every pain. Story sikit…,”
perlahan Nadhirah melepaskan ayat-ayat terakhirnya itu dengan
berhati-hati. Tidak mahu mengungkit
kenangan silam tetapi harus ada kesinambungan terhadap apa yang telah terjadi. Sekurang-kurangnya, dia tahu hujung pangkal
kisah mereka berdua.
Wajah Fayyad yang mendung semakin
mengeruh. Tidak ingin mengingati kisah
silam yang perit dan menyesakkan dadanya.
Parut kesedihan yang tertinggal masih lagi terasa. Namun wajah Nadhirah yang mengharap
penjelasan daripadanya memaksa Fayyad membuka mulut.
“Aku kena kahwin
dengan pilihan mama…”
“Biar betul,
sekarang mana isteri ko? Tak bawa
sekali?” Bulat mata Nadhirah yang sudah
sememangnya bundar itu merenung wajah Fayyad.
Tak percaya dengan apa yang didengarnya.
Iskh, bercinta bagai nak rak, sudahnya kahwin lain. Cerita apa ni..
“Actually, it’s a long story. Aku tak tau nak cerita macam mana kat ko.”
“Tak apa, aku
ada banyak masa untuk dengar bro. Lagi pun papa si Iman ni ada sesi latihan
pagi ni sampai lunch, so aku memang free,” balas Nadhirah. Hati meronta-ronta ingin mengetahui sebab
musabab perpisahan mereka. Busy body pun iya juga, haish!
“Hmm, aku tahu
aku salah kerana hancurkan hati Lea, tapi aku tak ada pilihan. Bukan hati dia je yang hancur, hati aku pun
lagi teruk. Ko tahu kan, aku ni anak angkat. Bila duduk di tempat aku ni, antara budi dan
cinta, aku terpaksa korbankan salah satu,”
“Errmmm.. so ko pilih budilah. Tapi kenapa ko tak terus terang kat Lea masa
tu. Ko buat dia tergantung macam tu, tak
tahu apa punca. Kalau kahwin orang kata
gantung tak bertali, tapi kalau tak kahwin, aku pun tak ada istilah untuk tu. Tak
baik tau,”
“Aku mati arah
masa tu. Sudahnya aku ambil keputusan
seperti apa yang aku buatlah. Aku kahwin
dengan pilihan mummy tapi hati dan jiwa aku tak boleh terikat pada perkahwinan
kami. Dua tahun je bertahan, sudahnya
kami berpisah. Itu jalan yang terbaik
daripada aku menyiksa hidup orang lain kan. Hati aku hanya pada Lea, tak ada satu ruang
pun untuk orang lain bertahta,”
“Astagfirullah,
Fayyad, aku tak tau nak kata apa dah. Ko
tak cuba
ke buka hati ko untuk isteri ko tu.
Kalau aku, takat sebulan dua je aku bertahan. Ini sampai dua tahun,” omel Nadhirah. Kesal dengan apa yang terjadi. Nyata kedua-duanya tersiksa namun
masing-masing tidak pernah mengetahuinya.
“Awal-awal
kahwin lagi aku dah bagi tau kat bekas isteri aku tu, aku terima dia sebab
keluarga. Tapi dia nak kami cuba berikan
peluang kepada perkahwinan kami. Aku
cuba bukan tak cuba, tapi setiap kali aku pandang wajah dia, aku nampak
Lea. Just Lea.” Fayyad memejamkan matanya seketika. Cuba mengingati setiap detik itu.
“Aku tahu bekas
isteri aku menderita hidup dengan aku.
Hidup dengan suami yang hanya ada nama orang lain di hati selain
daripada isteri sendiri. Tapi aku tak boleh,
memang tak boleh. Sudahnya, selepas
setahun lebih kami sepakat untuk berpisah tapi parents aku menentang hebat keputusan kami sehinggalah cukup dua
tahun, akhirnya mereka setuju.”
“Err, kalau aku
pun Fayyad, tak payah dua tahun, dua hari pun aku tak tunggu kalau aku tau ada
orang lain kat hati suami aku,” celah Nadhirah.
Kagum juga dia dengan kesabaran bekas isteri sahabatnya itu. Penyabar.
“Lepas aku
berpisah, aku bawa diri ke Sweeden hampir tiga tahun. Tinggal dengan kawan-kawan aku yang ada kat sana, kerja kat sana. Semua tu selepas aku penat mencari Lea. Aku cari kat ofis lama dia, dia dah
berhenti. Aku pergi kat kawasan rumah
korang, jiran-jiran pun tak tau korang kat mana. Menyesal sebab aku tak pernah tanya pasal
kampung dia, kalau tidak mesti aku dah jumpa dia kan. Aku nak minta maaf kat dia walau pun aku tahu
dia mesti tak akan maafkan aku,” sambung Fayyad lagi. Kali ini nadanya semakin sayu. Sejalur rasa kesal bertenggek di wajah lelaki
itu.
Nadhirah melepaskan keluh perlahan. Wajah Fayyad ditenung sekilas kemudian
beralih kepada Iman Yasmine yang diam memerhatikan kedua-dua dewasa yang sedang
bercerita hingga tidak menghiraukannya.
Pelik juga, apa agaknya yang dibualkan sampaikan makanan yang sudah
licin di pinggannya langsung tidak dipedulikan.
“Hmmm, aku
dahagalah dengar cerita ko ni. Jom kita ambil makanan dulu, lepas tu kita
sambung story de morry eh,” ajak
Nadhirah menyedari mereka masih belum bersarapan daripada tadi.
Makanan yang terhidang kembali di
intai satu persatu. Selesai memilih
makanan yang berkenan di hati, ketiga-tiga mereka kembali ke meja makan dengan
hidangan yang penuh. Berselera sekali
Fayyad melayan nasi lemak bersama daging
kambing panggang bersos lada hitam di hadapannya. Tiga tahun di Sweeden, membuai rindu pada
kelazatan masakan melayu. Tak cukup
dengan nasi lemak sepinggan, dua potong kuih bakar dan sebungkus kuih koci
selamat masuk ke mulutnya. Heh, lapar bebenor ghope mamat ni, kutuk
Nadhirah. Nak ketawa takut pula
sahabatnya itu berkecil hati, tapi memang dah senak-senak perut tahan tawa.
“Uncle,
banyaknya makan,” tegur Iman Yasmine.
Rupanya perlakuan Fayyad menarik perhatian si kecil Iman Yasmine juga.
“Hish, tak baik
cakap macam tu kat uncle sayang.”
Dirah cepat-cepat menegur tindakan anak gadisnya, tidak mahu dilabel sebagai
kurang ajar. Tapi iyalah kan,
kanak-kanak memang telus dan lurus je.
Apa yang mereka lihat, itu yang mereka tafsirkan.
“Eh, tak apa
Dirah, jangan dimarah anak tu,” tingkah Fayyah, “uncle memang lapar sangat sayang, malam tadi uncle tertidur tak sempat nak makan. Pagi ni bila tengok banyak makanan yang
sedap-sedap, uncle terus rasa lapar
sangat sampai nak makan semua, kalau boleh makan Iman pun uncle makan,” sambung Fayyad sambil mengusap kepala si kecil Iman
Yasmine. Terseringai sengih si kecil
Iman Yasmin dengan lawak Fayyad. Memang
bestlah uncle ni, dahlah handsome
pandai buat lawak pula. Apalah mama ni,
orang cakap betul pun nak marah, desis Iman Yasmin. Heh,
“Sorry bro..”
“Small matter la, aku okey je. Eh, kuih
akok ke tu?” Mata Fayyad terarah kepada kuih yang terletak di dalam pinggan
Nadhirah.
“She likes akok…,” ujarnya perlahan. Ada berbaur kenangan dalam suara lelaki itu
lantas mengundang rasa sayu di hati Nadhirah.
Cinta memang macam tu kan, apabila terlalu mencintai, setiap apa pun
yang ada pada seseorang akan diingat selamanya.
“Tell me more about her.”
“Aku pun tak
tahu nak mula cerita daripada mana, tapi yang aku tahu selepas birthday Lea, memang wajah Lea dah tak
ceria. Nak senyum pun susah apatah lagi
nak ketawa macam selalu. Dia mengalami
kemurangan tahap kritikal. Nak bercakap
pun susah, asyik berkurung dalam bilik je.
Lepas tu Lea berhenti kerja dan bawa diri. Lama juga dia menyepi, sampai hari aku nikah,
baru dia munculkan diri. Dia bawa balik
perubahan pada diri dia, seakan-akan Lea yang baharu. Macam Lea yang kau jumpa semalam, manis
berhijab dan wajahnya sudah mula ada senyum melakar. Tapi aku tahu, hati dia masih terluka.” Fayyad membisu, memberi sepenuh hati mendengar
cerita Nadhirah. Andai kau tahu aku juga
derita tanpamu, bisiknya perlahan.
“Lea buat apa
sekarang?” Masih tidak berpuas hati dengan cerita Nadhirah, seboleh-bolehnya
dia ingin mengetahui semuanya tentang gadis itu.
“Dah empat tahun
Lea share dengan aku buka tadika dan taska.
Aku dah berhenti kerja pun, iyalah, kerja kontrak je dengan LHDN
tu. Wan kata dia tak kisah kalau aku nak
joint partner dengan Lea. Sekarang ni kitorang tinggal di Puncak Alam.”
“Ko rasa dia
akan maafkan aku tak?” Pergh, soalan cepuberlian
sungguh si Fayyad ni bagi, ingat aku ni tukang tilik ke boleh rasa-rasa, omel
Nadhirah sendiri.
“Itu aku tak
berani nak jawab bro, tapi satu yang
aku pasti, dia memang masih sayang kat ko.
Itu aku boleh confirm. Kalau ko berani, ko tackle la dia balik lagi pun ko sendiri pun dah bujangkan,” usul
Nadhirah memancing Fayyad.
“Ko rasa ada
harapan tak?”
“50-50 la bro, tapi aku akan sokong ko sebab cinta
korang beri aku semangat tau. Aku sayang
kat Lea sebab dia BFF aku, aku nak tengok dia bahagia macam mula-mula dia kenal
ko, tapi ko janji jangan kecewakan dia lagi boleh?”
“Sumpah aku tak
akan tinggalkan dia lagi, bagai nak tercabut nyawa aku lima tahun ni terpisah
dengan dia.”
“Aku berharap
sangat ketika dia menderita, aku dapat menjadi air mata dia kerana aku akan
lahir di matanya, hidup di pipinya dan mati di bibirnya,” sambung Fayyad lebih
kepada berkata kepada dirinya sendiri.
Wajah yang pada awalnya kelihatan
sugul kini kembali bercahaya. Seakan
mendapat suntikan semangat baru. Saat
itu dia yakin, dia akan dapatkan kembali tempat yang pernah dihuninya di hati
Azzalea suatu ketika dulu biarpun dia sedar, laluan itu bukanlah mudah. Lautan api pun sanggup dia renangi andai itu
yang diperlukan untuk dia dapatkan semula cinta Azzalea.
*************************************
Selamat membaca sayang-sayang.. semoga terhibur dengan n3 ni.. maaf ye atas ketidaksempurnaan...
Luv u ols..
Kak Yus.