Sepuluh jari kak yus susun mohon maaf cos dah lama sungguh tak updates 'sanggar hati' kita ni .. nak kata busy sesangat tu tak la juga, tapi keadaan sekeliling memang banyak menyumbang kepada kegagalan berjejak di sini...
Hari ni, sesaja gatal tangan nak mengkhabarkan, manuskrip Mengintai Bahagia telah pun sampai ke garisan penamat... setelah hampir 2 bulan dok menyerabutkan minda k.yus, menyesakkan nafas utk cari pengakhirannya.. Alhamdulillah... selamat juga akhirnya.
... hmm.. ni kaver hasil tangan Ayman Heyqal .. yang comel tu, suka plak k.yus tengoknya...
Sikit jer ye...
“Eii.. awak ni tak ada kerja ke
malam-malam ni. Orang dah nak membuta
la,” omel Acam. Tahu sangat dia suara
itu. Kalau bukan Dzil, siapalah lagi.
“Itulah, membuta je kerja awak. Siang malam, nanti besar badan tu baru tahu,”
sindir Dzil. Suka menyakat si Acam
ni. Kalau tak dapat bercakap sehari,
rasa macam seminggu. Menggunung rasa
rindu di hati.
“Kenapa awak nak susah hati pula
kalau besar badan saya? Saya suruh awak
dukung ke?” pintas Acam tak puas hati.
“Kalau tak suruh pun saya sanggup.”
Iskh, tak boleh dilayan sangat mamat
ni, bisik Acam. Tapi hatinya gembira
dapat mendengar suara lelaki itu. Ada satu rasa yang sukar
ditafsirkan sedang melanda hatinya kita.
Hendak tersenyum pun tidak, hendak menangis pun tidak, tapi yang pasti
dia rasa tenang saat itu.
“Okeylah awak, ada apa telefon orang
malam-malam ni. Cepat sikit, saya nak
tidurlah,” gesa Acam. Bimbang pula
terdengar dek ayah.
“Saja je nak dengar suara awak. Okeylah, selamat malam sleeping beauty. Mimpikan
saya ye,” lembut suara Dzil kedengaran.
~ ~ ~
Seleranya mati
tiba-tiba. Perut yang lapar terasa penuh
walau pun baru tiga sudu bihun yang masuk ke mulutnya. Bihun yang tadinya terasa enak kini mula
tawar. Bihun yang tadinya terasa lembut
kini mula terasa keras dan kesat dek tekaknya.
Air silap laici yang masih berbaki dihirup. Kemanisannya telah hilang. Seleranya turut mati bersama rasa yang sedang
menular saat itu. Hatinya retak menanti belah.
Ini merupakan kali kedua dia melihat lelaki itu berdua-duaan dengan
gadis berbaju biru yang pernah dilihatnya dulu.
Hatinya tiba-tiba ditampar rasa sebak.
************************
“Manja la ko
ni. Pedas sikit pun tak tahan,” usik
Qaid. Kuew Tiaw Kungfunya sudah tinggal
separuh. Laju gila mamat ni makan.
“Huh, ni bukan pedas sikit. Ni dah macam lori cili api tumpah. Ke ko saja nak kenakan aku ye,” tempelak Acam
geram. Rasa macam berasap je hidung dan
telinga menahan pedas.
“Eh, mana pula. Aku order
je ikut ko suruh. Agaknya makcik tu
ada kebun cili api kot,” bela Qaid.
Seronok bukan kepalang hatinya malam itu dapat melayan Acam. Menyakat Acam tanpa ada gangguan, memang
boleh simpan jadi memori indah ni.
“Esok kalau aku tak datang, ko jawab
dengan bos eh.”
“Alah, aku ingat ko ganas. Makan cili sikit dah tak datang kerja.”
“Yang ganas muka aku, bukan perut
aku.”
***************************
“Kakak
pening ni. Kakak tak tahu nak pilih
siapa.” Terluah juga permasalahan yang melanda dirinya selama ini.
“Lorhh,
masalah boyfriend ke,” ujar Puan
Radziah lantas tersenyum.
“Ibu,
janganlah senyum. Orang cakap
betul-betul ni, kang orang tak nak cerita dengan ibu baru padan muka orang,”
rungut Acam lagi. Senyuman Puan Radziah
tu macam perli pun ada di mata Acam.
“Mana ada
ibu senyum, hah, tak ada, tak ada,” balas Puan Radziah dengan gaya mengzipkan
mulut. Hadoi, mak siapalah tu!
Acam
merenung tajam Puan Radziah dengan wajah tidak puas hati. Orang dah lah lemas dengan macam-macam yang
hendak difikirkan, lagi nak bagi orang hangin satu badan. Baru sahaja Acam
acah-acah hendak bangun, tangannya terasa dipegang dan ditarik lembut. Berani nak takut! Hehehe.. tawa Acam tapi
dalam hati ajelah pun.
“Kenapa?
Kakak ada masalah dengan Qaid dan Dzil ke?” soal Puan Radziah semula.
“Hmm.. kakak
rasa tersepit la ibu. Kedua-duanya pun
dah mula minta perhatian dan kata putus daripada kakak. Dzil advance sikit, dia memang ada luahkan
sendiri tapi dia tetap bagi masa lah kat kakak untuk berfikir.”
“Okey,
seorang lagi pula?”
“Qaid pula
tak cakap sendiri tapi kakak tahu dia pun tersepit antara nak luahkan atau tak
nak. Tapi mama dan kaklong Qaid dah
suruh Qaid approach kakak, yang tu
kakak dengar sendiri masa kat rumah kaklong hari tu,” balas Acam lalu
menceritakan perbualan antara Puan Sahara dan Kak Long di dapur rumah mereka
dahulu. Setiap satu tidak tertinggal.
Puan
Radziah yang mendengar keluhan hati anaknya tersandar di kerusi. Tiada lagi riak gurau terpamer di
wajahnya. Memang berat pun masalah yang
ditanggung oleh anaknya itu.
***********************************
Saat mereka bertanya.. ada apa pada dia sehingga dia menjadi sangat istimewa di mataku, saat itu aku tahu, hanya aku yang diberi anugerah untuk menilai segala keindahan ciptaan-Nya pada dia... ~ Dzil.
Antara kita tidak pernah ada sepatah ungkapan yang bisa merantai hati kau dan aku, namun sejauh mana aku berlari, sejauh mana aku sembunyi .. kau juga tetap di hati ini... ~ Acam.
Dari mata turun ke hati, dari hati mengalir ke bibir... mungkin pencarianku selama ini telah kutemui dalam dirimu. Seperti ada sesuatu yang kuat menarikku padamu...~ Qaid.
Apakah kesudahan mereka... siapa yang tersenyum, siapa yang terluka.. dalam laluan Mengintai Bahagia.. ♥
............................
Terima kasih untuk semua yang telah mendoakan kak yus, kita nantikan andai ada jodoh dan rezeki kita dgn Mengintai Bahagia ini, akan dapat kita temui ia nanti dalam sesi cetak... InsyaAllah.
Salam Kasih sayang..
Kak Yus.