Maaf atas kekurangan dan ketidaksempurnaan.
Bab 32
Fayyad hanya mampu merenung telefon yang telah lama
hanya mengeluarkan bunyi bingit tanpa suara itu. Seminit, dua minit dan akhirnya gagang
telefon diletakkan kembali. Keras betul
hati perempuan ni. Orang kata hati
perempuan ni macam kerak nasi, keras-keras kerak nasi, kena air lembut
juga. Hmmm.. betul ke pepatah tu? Masih releven lagi ke nak digunakan zaman
sekarang ni. Melihat kepada cara Azzalea
sahaja sudah tahu, dia ni bukan stok kerak nasi biasa. Harus kerak nasi lemak tak pun nasi tomato,
jenis yang makan hari nak rendam.
Tidak sempat hendak mengeluh, deringan mesin fax
berbunyi dan serentak dengan itu kedengaran bunyi kertas dicetak. Fayyad segera bangkit daripada duduknya lalu
menghampiri mesin fax yang terletak di sudut pejabat. Wah, cepat betul minah ni buat kerja. Tak sampai lima minit, dah sampai faxnya.
Butir-butir lanjut yang tertera di atas kertas fax
diteliti dengan penuh minat. Memang
tepat seperti tekaannya. Azzalea tetap
Azzalea yang lama, tidak pernah berubah.
Tidak pernah sesekali mengambil kesempatan walaupun telah ditawarkan
dengan tawaran yang lebih lumayan. Hanya
enam permainan sahaja yang dipilih sedangkan quotation yang dikirimkan kepada gadis itu memang banyak pilihan.
“Assalamualaikum Encik Fayyad.” Suara memberi salam di muka pintu pejabat
yang terbuka membawa Fayyad kembali ke dunia nyata. Senyuman dilemparkan kepada Kak Jarah, tea
lady di pejabat itu.
“Waalaikumsalam Kak Jarah, masuk kak.” Perlahan Fayyad berlalu ke meja kerjanya.
Kak Jarah membalas senyuman Fayyad ikhlas sambil
meletakkan secawan teh panas dan sepiring karipap di atas meja Fayyad. Waktu-waktu begini memang itu kegemaran
Fayyad. Teh panas dan kalau ditemani
dengan karipap pusing tu, lagilah berselera jejaka idaman Malaya tu.
“Lorh Kak Jarah, susah-susah je belikan saya karipap
ni.” Tersentuh hati apabila melihatkan
karipap pusing di atas mejanya. Dia
tahu, bukan dekat nak dapatkan karipap pusing tu, tiga blok daripada pejabat
mereka. Tentu penat Kak Jarah berjalan
kaki.
“Iskh, mana ada jauhnya Encik Fayyad. Tadi Kak Jarah kebetulan pergi cari air
kelapa untuk Datuk, teruslah Kak Jarah singgah sekali. Lagi pun bukan jalan kaki hari ni, Kak Jarah
rempit dengan Mat Lobo.”
“Siapa Mat Lobo kak?
Saya kenal ke?” Soal Fayyad agak
cuak. Iyalah, dengan mamat rempit mana
pula Kak Jarah ni berkawan. Setahu dia,
mana ada Mat Lobo kat situ. Soalan
Fayyad disambut dengan ketawa Kak Jarah.
Cepat-cepat Kak Jarah menutup mulut dengan tangannya. Iskh, lepas laku betullah, dah la depan bos
pulak tu, desis Kak Jarah.
“Ya Allah, akak tak tahu Encik Fayyad tak kenal Mat Lobo
tu. Ingatkan glamour sangat dia kat sini.
Si Kahar, mamat peon kita itulah Mat Lobo. Kan dia suka sangat pakai ala-ala cowboy,
konon-konon nak jadi si Blue dalam cerita High Caparal tu,” terang Kak Jarah
masih bersisa tawanya.
“Hai, macam-macamlah Kak Jarah ni. Terima kasih ye kak,” ucap Fayyad. Mulutnya sudah mula menjamah sebiji karipap
pusing yang masih hangat.
Melihatkan Fayyad yang seolah-olah sedang menikmati
kelazatan kuih yang terhidang, Kak Jarah perlahan-lahan meninggalkannya. Pintu ditutup rapat. Biarlah bos kecilnya itu berehat
sebentar. Bukan dia tidak sedar, dari
pagi lagi Fayyad sudah berkejaran dengan mesyuarat di pejabat itu. Sejak Fayyad pulang kepangkuan keluarganya
dan mengambil semula tugas sebagai Pengurus Besar di syarikat itu, memang
kelihatan banyak perubahan. Fayyad ni
berbeza sedikit dengan Datuk Ilham.
Datuk Ilham seorang yang tegas dan jarang bertolak ansur dengan pekerja,
kalau putih katanya putihlah, tak ada maknanya nak jadi hitam. Fayyad pula lebih suka mendengar banyak
pendapat dalam membuat keputusan, mengambil kira daripada berbagai sudut dan
mencari solusi terbaik mengikut fikirannya.
Namun, jika melibatkan hal-hal yang lebih besar, sudah tentulah pendapat
Datul Ilham tetap dirujuk.
Habis sahaja tiga ketul karipap pusingnya, Fayyad terus
menghubungi pihak pembekal dan menguruskan pesanan yang telah difakskan oleh
Azzalea sebentar tadi. Sempat juga dia
meminta beberapa barangan lain yang dilihatnya dalam katalog yang dirasakan
perlu walaupun tidak diminta.
“Bos, boleh jumpa sekejap?” Wajah Camillia tersembul di
celah pintu yang terkuak sedikit setelah diketuk beberapa kali.
“Sure, masuklah,” jemput Fayyad. Terkejut sebenarnya melihat kehadiran
Camillia di pejabat. Sepatutnya gadis
itu berehat di rumah, katanya cuti sakit.
“You buat apa kat sini?
Bukan you tak sihat ke?”
“I baru balik klinik tadi ni, pergi kali kedualah
bos. Pagi tadi I pergi dah, lepas tu
boleh tertinggal mykad I kat klinik. Tu
yang I pergi balik, singgah la sekejap ambil fail urgent yang bos besar nak
esok tu.”
“Haish, you ni.
Sakit buatlah cara sakit. Mykad
tu pesan je kat I boleh tolong ambilkan.
Pasal fail yang nak kena siapkan esok tu, you tak payah risau, I dah
serah kat Hasnul suruh dia kawtimkan,” bebel Fayyad.
Boleh tahan juga mamat ni membebel ye. Camillia hanya tersenyum melihat wajah
Fayyad. Namun senyumannya itu termati di
situ saat Fayyad mengangkat muka dan merenungnya.
“Okey, apa yang you nak bincang dengan I. Sekejap je, lepas tu boleh balik tidur.”
Tanpa melengahkan masa, Camillia terus membincangkan
urusan kerja yang harus diselesaikannya segera.
Betul juga kata Fayyad, dalam keadaan tidak sihat begitu tidur adalah
nikmat yang tidak terhingga dan ubat yang paling mujarab. Banyak juga informasi dan jalan penyelesaian
yang dapat dikumpulkan hasil sepuluh minit perbincangan mereka. Memang Fayyad tak beri peluang langsung untuk
menukar topik, straight to the point.
Dah tu siap boleh halau suruh balik lagi. Ganas punya bos.
“Err, one more thing bos, tadi katanya Cik Azzalea ada
telefon,” ujar Camillia saat terpandang katalog di atas meja Fayyad.
“Aah, I dah settlekan pasal permainan tu,” balas Fayyad,
“tuannya je I belum settle lagi,” sambung Fayyad perlahan lebih kepada berbisik
tetapi ayat yang terakhir itu masih dapat ditangkap telinga Camillia walaupun
diucapkan perlahan.
Camillia merenung wajah Fayyad seketika. Dia perasan, setiap kali nama Azzalea
dibangkitkan mesti wajah Fayyad bertukar.
Ada riak gembira menghiasi wajah itu dan sesekali ada riak teruja juga
terpamer. Camillia perasan saat mereka
di Tadika Permata tempoh hari, corak dan cara Fayyad merenung Azzalea.
“Bos, I dengar ayat last you tadi tu. Apa yang tak settle lagi dengan tuan punya tadika tu. Kalau I boleh tolong settle, apa salahnya I tolong.”
Sengaja mengumpan untuk mendengar cerita.
“Hmmm, panjang ceritanya. Susah I nak cerita kat you, lagi pulak you tak sihat ni. Nanti pitam pula you dengar cerita I,
cukuplah I cakap, I pening kepala dah nak pujuk buah hati pengarang jantung I
tu.”
Oooooo… patutlah!
Buah hati mamat ni rupanya. “Bos,
orang perempuan ni kalau merajuk suka dipujuk.
Sekali dua tak makan pujuk, jangan mudah putus asa.”
“Ini bukan sebarang merajuk Cik Cam oi, ni dah merajuk
campur marah campur macam-macam dah. Susah
betul I nak tackle hati dia semula.”
“Ermm.. in that
case, I just can advise you, sit down with her and do some explanation. Maybe the truth isn’t always beauty, but the
hunger for it is.”
Fayyad terkesima seketika tatkala mendengar kata-kata
Camillia. Tak sangka gadis di hadapannya
itu memang berbakat. Berbakat menjadi
cik penasihat dua puluh lima percentnya.
“Okey cik penasihat, kalau berjaya dua puluh lima percent,” seloroh Fayyad mengakhiri
perbualan mereka. Segera gadis itu
digesanya pulang ke rumah. Lagi
berlelama di situ, bertambah tidak sihat gadis itu. Bukan senang hendak mendapat pekerja yang
berkaliber seperti Camillia.
Di sebalik pintu bilik yang telah tertutup rapat,
Camillia bersandar lesu. Tangannya masih
lagi berada di tombol pintu. Dia
melepaskan keluh berat.
“Nampaknya kena bungkuslah perasaan kau kemas-kemas
Camillia oi. Burung pujaan sudah ada
pemiliknya. Tak payahlah nak susah payah
buat operasi memikat,” bisiknya perlahan.
Dia sedar selama ini pemerhatiannya tidak pernah tersasar. Walaupun telah berkali-kali dia cuba memikat
hati bos kecilnya itu melalui tingkah serta sikap ambil beratnya, dia nampak
penolakan di mata lelaki itu.
Tanpa berpaling, Camillia berlalu meninggalkan pejabat
Fayyad laju. Entah bagaimana, tanpa
sengaja tubuh Camillia dilanggar daripada belakang. Bertaburan surat-surat di atas lantai.
“Oh, jatuh..” latah Camillia. Alamak, pecah rahsia. Cepat-cepat Camillia berpusing melihat orang
yang telah melanggarnya itu. Matanya mengecil
merenung Kahar yang tersengih-sengih.
“Jatuh cinta lagi, lagi lagi jatuh cinta…” Sambil
mengutip surat-surat yang bertaburan itu, sempat lagi Kahar menyanyi menyambut
perkataan jatuh yang terpacul daripada bibir Camillia. Sengaja la tu.
“Hamboi, sempat lagi nyanyi tu. Ada jugak makan pelempang Mat Lobo ni
karang,” bebel Camillia berlalu. Malas
betul nak layan mamat tak cukup skru ni.
Ada je akal dia. Orang dah la frust menonggeng-nonggeng cinta hati tak
kesampaian. Jawabnya makin melaratlah demam.
Kata-kata Camillia sebentar tadi masih lagi
terngiang-ngiang di telinga Fayyad.
Betul tu, mungkin sudah masanya dia mempercepatkan langkahnya. Atau mungkin sudah masanya dia minta pertolongan
mama dan papa.
“I love you Lea,
and because I love you, I would prefer you hate me for telling you the truth
than adore me for telling you lies. For that, I’m willing to do anything just
to win you back. Anything…”
Bab 33
Azzalea ketap bibir. Sesekali
tangannya memicit-micit dahi. Pakaian
untuk esok sudah siap disangkut di grill pintu apabila tiba-tiba bunyi mesej
masuk ke telefon kedengaran. Lama dia
membaca setiap patah perkataan yang tertulis di dada skrin leper itu. Nak kata kecil benar tulisan tu tak juga, dah
besar amat skrin tu pun. Kalau telefon
cap mentibang laut bak kata Dirah tu boleh la kata kurang nampak, ni dah pakai
telefon canggih manggih pun. Skrin pun
dah lebih besar dari buku tiga lima Cik Limah Kedai Runcit di kampungnya tu. Duduknya jadi serba tak kena. Mesej itu diulang baca sekali lagi.
Kak, ada orang nak masuk meminang ko kak. ~ Azriel.
Pendek je ayat-ayat
tu tapi cukup menyesahkan jiwa raga Azzalea.
Apa cerita ni, tadi semasa dia dihubungi umi tak ada pula umi utarakan
pasal pinang meminang ni. Apa kes pulak ni! Hati dah jadi tak keruan. Jarinya yang runcing terus menekan keypad
membalas sms Azriel. Takkan Azriel nak
bergurau kot. Heh, kalau bergurau ni
memang nak tempah rumah batu dua budak ni.
Tapi rasanya tak mungkin kot, sebab dia tahu Azriel lah adik paling
rapat dengannya. Apa-apa pun yang
terjadi dalam keluarga mereka, Azriel la yang menjadi tukang reportnya.
Ko biar betul dik, kang akak tuba ko dengan minyak tanah
Pak Cik Husin hujung Jalan Kenanga tu.
Yang nak bertuanng minggu ni si Hanan tu. ~ Kak Ya.
Mana ada orang main-main.
Orang tahulah Hanan yang nak bertunang tapi tadi orang dengar sendiri
umi yang cakap macam tu.. dah tu umi pun ada cakap dah bagi tahu kat Pak Long
Din tadi. ~ Azriel.
Masak akak dik macam ni ~ Kak Ya
Bukan masak dah kak, rentung dah orang tengok ko
kak..hahaha ~ Azriel.
Boleh ko gelak kat akak ye, kurang asam keping punya adik
~ Kak Ya
Okeh kak, orang nak gi
Maghrib kat surau sat. Hari Jumaatlah orang jumpa akak kat rumah, orang
bertolak pagi Jumaat tu dari sini ~ Azriel.
Hah, ko jalan elok-elok dik, jangan pulak ko nak kornar rumah tok siak yang ramai anak dara tu. ~ Kak Ya
Hek eleh.. tak ada maknanya kak oi. Orang nak jadi tokoh imam muda ni. ~ Azriel
Apo-apolah dik oii.. ok, take gud care. Love you ~ Kak Ya
Love you too sis ~ Azriel.
Hah, ko jalan elok-elok dik, jangan pulak ko nak kornar rumah tok siak yang ramai anak dara tu. ~ Kak Ya
Hek eleh.. tak ada maknanya kak oi. Orang nak jadi tokoh imam muda ni. ~ Azriel
Apo-apolah dik oii.. ok, take gud care. Love you ~ Kak Ya
Love you too sis ~ Azriel.
Keluhan kecil
dilepaskan. Nak meraung ke nak
menjerit? Azzalea dah mula rasa macam
nak demam kura-kura pun ada menyerangnya.
Kenapa umi tak bangkitkan hal itu semasa mereka bercakap di telefon pagi
tadi. Atau umi memang sengaja nak
merahsiakan tentang tu. Mana boleh biar
macam ni. Entah betul ke tak Azriel
ni. Tapi kan, Azriel mana pernah menipu. Dia tu kan best bro yang Azzalea ada. Ammar pun best juga tapi adik lelaki bongsu
dia tu jenis pendiam sikit. Tak suka
sangat ambil tahu hal orang lain tapi kalau dah sekali ngam dengan kepala dia,
harus empat hari lima malam tak tidur pun tak apa.
Jam tangan Tissot
dikerling sekilas. Huh, dah nak masuk
Maghrib, baik cepat-cepat ke rumah Dirah.
Kesian pula minah tu tunggu lama.
Lagi pun nanti dah azan, tak elok pulak masih merayap atas jalan. Walau pun rumah Dirah selang beberapa pagar
sahaja tapi risau juga nak berjalan ketika senja-senja ni. Orang tua-tua kata ketika Azan Maghrib
berkumandang, eloklah tidak berada di luar rumah kerana waktu itulah syaitan
bertebaran di atas muka bumi Allah.
Malah ada hadis yang berbunyi, dari Jabir r.a katanya: “Jangan biarkan
ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai
hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sehingga
sampai hilangnya cahaya senja.”
Pintu pagar ditutup
kemas. Dari jalan besar yang di hadapan
rumahnya kelihatan jelas cahaya lampu terang di dalam rumah. Memang sengaja Azzalea membiarkan rumahnya
ditinggalkan dalam keadaan terang begitu.
Ketika sampai di hadapan pintu rumah Dirah, sudah kelihatan Iman Yasmine
melambai-lambai ke arahnya. Beg plastik
yang dijinjingnya sebentar tadi dihulurkan kepada Iman Ysmine. Bukan main tersenyum lebar anak gadis genit
si Dirah itu apabila mendapati beberapa bungkus jajan (makanana ringan) yang
terdapat di dalam beg itu. Mana
tidaknya, hendak ke kedai pun mamanya tak larat nak berjalan. Nasiblah umi Lea baik hati, sentiasa ingat
padanya.
“Umi, terima
kasih,” ucap gadis kecil itu lalu menarik tubuh Azzalea agar mendekatinya. Azzalea menundukkan wajah lalu pipi kecil
mongel itu dikucup perlahan.
“Sama-sama kasih
sayang. Nanti makan sambil tengok tv
ye,” balasnya. “Jom kita masuk, tutup pintu dah maghrib ni. Nanti syaitan ikut umi masuk rumah kalau tak
tutup pintu cepat-cepat,” sambungnya lagi seraya menutup pintu rumah.
“Tadi umi dah baca
doa kan.” Anak kecil itu memandang
Azzalea dengan wajah penuh tanda tanya.
Takut agaknya mendengar kata-kata Azzalea sebentar tadi.
“Dah, jom ikut umi
baca. Inkullu nafsillammaa alaihaa haa
fizun.” Terkumat kamit mulut Iman
Yasmine mengikut bacaan doa yang diajar Azzalea. Bersungguh-sungguh sekali.
“Maksud doa tu,
tiada suatu jiwa pun melainkan diawasi penjaganya. Doa tu dalam Al-Quran, surah At-Tariq, ayat
4. Nanti bila Iman dah besar dan dah
pandai baca Al-Quran, Iman akan jumpalah ayat ni. Sekarang Iman baca Iqra’ berapa sayang?” Soal Azzalea setelah menerangkan tentang doa
yang diajarnya sebentar tadi.
“Iman dah masuk
Iqra’ dual ah umi.”
“Wah, Iman dah
pandai ye. Nanti selalu-selalu mengaji
dengan Ustazah Sofea ye.”
“Hish, dua beranak
ni kalau dah berborak tak ingat dunia.
Sudah-sudah la tu ko melayan Iman, nanti terlepas Maghrib baru tau,”
celah Dirah sambil melabuhkan punggung di atas sofa. Telekung sembahyang ditanggalkan, tanda dia
baru sahaja menyudahkan ibadah solatnya.
Termengah-mengah seketika.
“Hmmm, betullah
Iman. Umi belum solat maghrib lagi, Iman
dah solat?” Pertanyaan Azzalea dijawab
dengan gelengan kepala.
“Iman nak solat?
Jom solat dengan umi..” Sepantas kilat
anak kecil itu menghulurkan tangan minta dipimpin mengikuti Azzalea. Memang mudah hendak mengajar anak kecil ini. Hatinya suci dan bersih.
Usai mengerjakan
solat maghrib, Azzalea, Dirah dan Iman Yasmin berkumpul di ruang tamu. Tilam dan toto telah dibentangkan di hadapan
tv bersama bantal dan selimut. Memang
sengaja tidur di situ kerana memikirkan keselamatan dan kemudahan bagi
mereka. Bukan apa, risau juga Azzalea
kalau-kalau Dirah sakit di tengah malam.
Sekurang-kurangnya tak perlulah mereka turun naik tangga. Lagi pun mudah untuk Dirah bergerak ke dapur.
Masih terlalu awal
untuk bermalas-malas, lalu Azzalea bergerak ke dapur menyediakan makan malam
mereka. Petang tadi, Ibu Zai telah
singgah ke situ menghantar sedikit lauk untuk mereka. Rajin Ibu Zai ni. Katanya kasihan kat Dirah yang tak sihat,
lagi kasihan pada Azzalea yang sangat sibuk hari itu. Ayam masak kerutuk dan sambal udang
dipanaskan dalam microwave oven. Nasi
telah ditanak lebih awal. Si kecil Iman
Yasmin pun sibuk ke dapur hendak membantu.
Tugasan ringan diberikan kepada anak kecil itu untuk menggembirakan
hatinya. Menyusun pinggan dan gelas di
atas meja makan serta mengatur mangkuk lauk yang telah diletakkan Azzalea.
Ketika Azzalea ke
ruang tamu memanggil Dirah untuk makan malam bersama, Dirah baru sahaja selesai
bercakap di telefon. Kelihatan wajah
sahabatnya itu girang semacam je. Harus
berbual dengan suami tercinta tu.
“Apa cerita, happy
semacam je ni Ah So.”
“Haha, mak telefon
tadi. Katanya minggu mak dengan abah nak
datang sini. Marah diorang tak bagi tahu
Abang Wan outstation, kalau tidak
awal-awal lagi mak dah datang temankan aku.”
“Hamboi, sayang
betul kat menantu perempuan seorang ni.”
Gembira melihat wajah ceria Dirah. Peristiwa yang berlaku di kampung ketika
Dirah pulang dahulu telah pun diketahuinya.
Tak sangka mak Wan Aidil sanggup berfikir sebegitu sekali hanya
semata-mata inginkan cucu lelaki sebagai pewaris mereka. Kasihan sahabatnya itu. Kalaulah Wan Aidil bersetuju, Azzalea tak
teragak-agak menjadi orang pertama yang istiharkan perang terhadap lelaki itu. Jangan nak senang-senang buli sahabat baiknya
dunia akhirat itu.
Semenjak kedua ibu
bapa Dirah meninggal dunia, memang seluruh kasih sayang Dirah tumpah sepenuhnya
kepada ibu dan bapa Wan Aidil. Walaupun
Dirah mempunyai seorang abang, namun hubungan mereka tidak berapa rapat kerana
abangnya dahulu dibesarkan oleh ibu saudara mereka. Mungkin sebab itulah, dia mudah jatuh kasih
kepada keluarga Wan Aidil.
“Dah, simpan sikit
senyum tu. Jom makan ayam masak kerutuk
ni.” Nasi disenduk ke dalam pinggan lalu
seketul ayam juga turut disudu ke dalam pinggan Dirah. Tersenyum lebar Dirah kala melabuhkan punggung
apabila dilayan sebegitu rupa.
“Tak payah nak sengih
sangat, balik Abang Wan nanti aku resign
la dari jadi oldbaby sitter ko,” perli Azzalea meledakkan tawa Dirah. Iman juga turut tertawa seakan mengerti
perbualan dua wanita dewasa itu.
Selesai sesi
mengemas ditemani dengan riuh mulut Iman bertanya itu dan ini, Azzalea
menyusuri Dirah ke ruang tamu yang telah menempatkan toto dan tilam
mereka. Seronok juga sesekali begini,
rasa seperti zaman mereka berdua di rumah sewa dahulu.
“Dirah, aku ingat
hari Khamis petang aku nak balik rumah umi lah.”
“Hmm.. kenapa? Umi tak sihat ke?”
“Umi sihat
walafiat. Hanan nak bertunang minggu ni,
nanti ko datang ye dengan Abang Wan. Aku
kena balik dulu la tolong umi lagipun memang umi suruh aku balik awal, nak cari
barang katanya.”
“Err, tapi kenapa
aku tengok ko lain je. Hanan yang nak
bertunang kan?” Sebenarnya dari tadi lagi Dirah perhatikan wajah Azzalea agak
keruh. Malas hendak bertanya lebih awal
jika tuan punya badan tidak buka cerita sendiri.
“Aah, umi cakap
Fatih nak meminang Hanan tapi yang peliknya, tadi sebelum aku datang sini
Azriel sms aku bagi tau ada orang nak masuk meminang aku,” balas Azzalea berwajah sedikit kendur. Anak rambut Iman yang berjuntai di dahi
diselak lembut. Sekejapan sahaja sudah
lena diulit mimpi.
“Ko biar
betul. Ke Riel salah dengar kot.” Terkejut.
Pantas Dirah berubah posisi daripada berbaring kini bersila menghadap
Azzalea.
“Itulah, aku tanya
balik takut dia tersilap tapi dia kata memang itu yang umi cakap. Hanan nak bertunang tu pun betul, pasal orang
nak meminang aku pun betul juga.”
“Haish, sudah jadi
kerja ni. Ko tak telefon umi ke?”
“Aku ingat nak
telefon umi bila dah sampai sini, sudahnya terlupa pula. Dah malam ni kot nak telefon.”
“Iyalah, dah pukul
sebelas ni mesti umi dah tidur. Esok
pagi-pagilah ko call umi tanya
betul-betul.”
“Aku risau tak
hengat ni.” Dirah tersenyum. Tahu takut!
Itulah orang dah suruh terima sahaja Fayyad tu tak nak, jual mahal. Sekarang kalau betul ada orang masuk
meminang, dah lagi parah kalau umi dah setuju.
Takkan nak bangkang pula, nanti jadi anak derhaka.
“Err, ko agak-agak
la kan, kalau betul la ada orang masuk meminang ko, siapa orang tu ye?” Sengaja hendak mengusik. Seronok juga dapat buli sahabat baiknya itu
sekali sekala.
“Err..”
“Hah, Sufian kot?”
Sengaja dikuatkan suaranya. Dirah tahu
sangat Azzalea cukup alergik mendengar nama lelaki itu.
“Choy, mulut ko Ah So. Simpang malaikat empat puluh empat.” Dicubitnya lengan Dirah melepaskan geram.
“Eii, tak baik tau
buli ibu mengandung. Tapi mana tau kalau
betul-betul Sufian tu, ko nak buat macam mana?”
“Dia mana tau
alamat kampung aku lah. Dia cuma ada
alamat sini aje,” balas Azzalea yakin.
“Ko tau kan aku jumpa isteri Sufian tu hari tu,” sambungnya.
“Aah ko ada bagi
tau aku tapi ko tak cerita panjang pun.”
Nak sentap pun tak boleh sebab memang dia sendiri yang menjadi punca tak
dapat mendengar cerita panas lagi sensasi tu.
Asyik tak sihat dan berkurung di rumah je.
“Aku macam tak percaya
tau. Kak Julia tu sikit punya baik,
lembut sangat bila bercakap. Muka pun
cantik, muda lagi tapi tak faham kenapalah si Sufian tu sanggup buat macam ni
kat isteri dia.” Azzalea sudah mula
menceceh. Sakit benar hatinya
mengenangkan sikap lelaki itu. Sudah
beristeri dan beranak tiga tapi masih lagi ingin bermain kayu tiga dan
tergila-gilakan perempuan lain. Lagi
menyakitkan hati, perempuan itu adalah dirinya sedangkan dia sedikit pun tidak
pernah melayan dan memberi perhatian kepada lelaki itu. Antara dia dan Sufian hanya urusan kerja
semata-mata.
“Orang lelaki ni
Lea, bukan kira isteri kat rumah tu cantik ke, muda ke, bergetah ke, kalau dah
gatal tak boleh nak buat apa.
Macam-macam alasan diorang bagi.
Ada yang sanggup bawa anak dara orang kahwin kat Siam semata-mata tak
dapat kebenaran isteri nak berpoligami.
Lagi aku geram, tengok kat MHI hari tu, sorang mamat tu boleh cakap,
orang lelaki ni suka yang cantik-cantik.
Kalau isteri tak cantik simpan je kat rumah, carilah perempuan yang
cantik kat luar. Hangin satu badan aku, kalaulah mamat tu depan mata aku dah lama
meninggal kena cepuk dengan aku.”
Perghhh! Penuh emosi Dirah
bercerita.
“Gila mengong mamat
tu. Kalau dah tahu nak yang
cantik-cantik, buat apa cari isteri yang tak cantik? Saja la nak buat kuli batak diorang kat
rumah?” Membara sungguh kedua-dua wanita
itu.
“Hmm, susah
betul. Ada tu bila isteri minta duit
sikit nak belanja untuk diri sendiri punyalah berkira. Tapi bila nak belanja kawan-kawan tak pun nak
mengayat perempuan lain boleh pula.
Sanggup pula nak berhabis ribu-ribu nak kahwin lain, sedangkan nak bagi
isteri dua tiga ratus untuk maintain
cantik punyalah kedekut. Pelik kan,
inilah lelaki sebelum dapat sepuluh batu pun sanggup kejar, bila dah jadi hak
dia, dua jengkal pun buat tak peduli je,”
gerutu Dirah. Berasap!
“Si Sufian tu pun
satu, geram betul aku. Dah aku maki pun
dia kadang-kadang tapi tak reti-reti nak mengalah. Nak jugak kacau aku sedangkan Kak Julia tu
aku rasa dah sebaik-baik isteri. Mungkin
aku tak kenal dia betul-betul, tapi cara dia bercakap dan gaya dia tu aku tak
rasa dia berpura-pura. Kadang-kadang
orang berpura-pura ni kita boleh kenal.”
Kesal Azzalea apabila mengingatkan nasib malang Juliana.
“Dalam bab ni, aku
rasa jalan terbaik dan terakhir untuk ko lari daripada lelaki miang dan tak
reti bahasa tu perkahwinan aje Lea,” saran Dirah. Bulat mata Azzalea seperti pentol bakso Embak
Ati di hujung simpang tu apabila mendengar saranan Dirah. Tak boleh blah betul sahabat seorang ni. Orang dah la pening dengan macam-macam hal,
ditambah pula dengan saranan yang lagi memberatkan kepala.
“Heh, banyaklah
ko. Lagi banyak ko bagi idea, lagi sakit
kepala aku. Dah, jom tidur. Esok aku banyak urusan nak selesaikan.” Gelak besar Dirah mengiringi kata-kata
Azzalea. Kelakar juga melihat cemberut
Azzalea apabila diusik begitu.
Hakikatnya, dia yakin hanya itulah jalan yang terbaik buat sahabatnya
itu.
****************************
Salam penuh kasih sayang...
Yusnida Tajudin