Seronok
bersama keluarga Kak Long yang riuh rendah dengan hanya suara mereka menyakat
si kecil Qeira sehingga membuatkan Acam terlupa waktu yang menghambatnya. Terkejut seketika apabila terpandangkan dada
langit yang terang disinari bintang yang bertaburan malam itu. Indah dan sungguh mempersona. Lalu jam di tangan dikerling pantas.
“Alahai, dah pukul dua belas setengah ni. Macam mana nak balik?” bisik Acam sendiri.
Iyalah,
tentu sekali Pak Guard tak bagi masuk ke dalam hostel lagi. Walau pun hostel mereka tak berapa nak ketat
sangat kawalannnya tapi masih lagi ada syarat-syarat tertentu yang harus
dipatuhi oleh mereka. Nampak gayanya
kena bermalam juga di rumah Kak Long ni.
“Huarghhhhh!” sergah Qaid.
Sergahan itu hampir membuatkan jantung Acam terputus. Mana tidaknya, sedang elok je dia
berseorangan di beranda luar tu, tiba-tiba diterjah sebegitu rupa. Sudahnya, terkekeh-kekeh Acam ditertawakan
dek Qaid yang gelihati melihat wajah terkejut Acam. Pucat lesi.
“Hah, suka.. sukalah lagi biar sampai tercabut gigi-gigi tu
ketawa. Ko buat aku macam tu lagi siap
ko. Aku karate kasi patah empat puluh
tahu,” bebel Acam mengurut dada yang masih tersentap tadi.
“Okey..okey. Aku
minta maaf key, aku ingat nak tegur ko tadi tapi bila tengok ko asyik sangat
memandang ke langit tetiba je terasa nak usik ko,” balas Qaid dengan tawa yang
masih bersisa.
“Yang ko termenung durja tu kenapa?” tegurnya lagi.
“Boleh lak tanya aku.
Ko dah lupa ke ko kidnap aku siang tadi bawa datang sini. Tengok sekarang dah pukul berapa, cam mana
aku nak balik ni?”
“Errmmm, tidur kat sini ajelah Acam,” sampuk Kak Long yang
sedang comel menatang empat mug berisi kopi yang masih berasap. Dah tentu si kecil Qeira sudah terlena tu,
barulah masing-masing dapat mengembangkan kepak dan sayap duduk berbual.
“Jom minum kopi dulu,” jemput Kak Long sambil meletakkan
dulang di atas meja taman. Mug kopi
dicapai satu persatu. Sedap sungguh
menikmati aroma segar kopi malam-malam begitu.
“Acam tak bawa bajulah Kak Long.”
“Alah, baju Kak Long kan banyak, pakai ajelah.. mungkin
besar sikit je. Kalau nak yang
sedang-sedang elok, t-shirt si Angah ni pun banyak. Tak besar mana pun badan dia tu, boleh je
pinjam.”
“Aah, baju aku banyak.
Ko pilih ajelah nak yang mana, aku kasi terus pun boleh,” sampuk Qaid
lalu mata dikenyitkan. Mengadalah
tu. Tapi hati memang suka sangat dengan
saranan Kak Long tu. Bukan kata t-shirt,
kalau gadis di hadapannya itu nak share apa-apa pun dia sanggup bagi. Nak share rumah, kereta, pinggan, sudu,
cawan, malah kalau nak share hati lagilah dia sanggup. Heh, tak menahan angau mamat seorang ni.
“Tak apa ke aku pinjam baju ko?” soal Acam ragu-ragu. Huish, malu gak nak pinjam-pinjam baru orang
ni. Tapi nak buat macam mana, terpaksa
jugalah kan. Itu baru baju tidur, belum
lagi adik kakak yang perlu ditukar.
Sudah, haru juga dibuatnya.
“Bukan takat baju, kalau ko nak pinjam aku pun boleh je,”
balas Qaid masih lagi dalam mood mengusik Acam.
“Hampeh la ko ni.”
Serentak dengan itu terdengar jeritan kecil Qaid. Apa tidaknya, dah kena pijak kaki dek
Acam. Tak malu sungguh nak kenakan dia
di hadapan Kak Longnya. Taulah kakak
dia, tapi cover line lah sikit, getus Acam geram.
Senyuman
Kak Long melebar melihatkan kedua-duanya.
Sebiji macam kanak-kanak ribena.
Tak pernah melihat Qaid segembira ini, memang Acam mempunyai aura yang
sangat kuat terhadap adik lelakinya yang satu itu. Dalam hati dia mendoakan kebahagiaan mereka
walau pun dia sendiri tahu yang hubungan antara adiknya dengan Acam masih lagi
dalam kesamaran. Tiada kata putus
daripada mereka walau pun dia sangat arif tentang perasaan adiknya. Memang tiada gadis lain lagi dalam hati Qaid,
hanya Acam namun mungkin tidak bagi gadis itu.
Apa pun, hanya doa dan harapan sahaja yang mampu dia panjatkan. Tak kiralah ada jodoh ke tidak, dia akan
tetap menganggap Acam seperti adiknya sendiri.
Sudah terlanjur jatuh sayang pada gadis itu.
“Wah, seronok eh.
Sampai ke dalam dengar bising-bising tu.
Abang ketinggalan tren lrt ke?” Tegur Abang Long yang siap berkain
pelikat sambil melabuhkan punggung di sebelah Kak Long. Kopi yang tadinya panas sudah suam-suam kuku
dicapai.
“Angah ni duk menyakat Acam, kesian budak ni,” balas Kak
Long.
Lincah tangan Kak Long mengelap sisa kopi yang terlekat di
bibir suaminya. Manja dan romantis
sekali. Acam hanya menjadi
pemerhati. Hatinya tersentuh melihat
perlakuan pasangan itu. Sudah bertahun
mendirikan rumahtangga, sudah mempunyai seorang cahaya mata tapi masih tetap
seperti pasangan bercinta. Ah, orang lain mungkin akan kata biasalah tu,
takkanlah perkara sekecil itu pun nak touching-touching. Tapi bagi Acam, benda-benda kecil itulah yang
akan merencahkan lagi kebahagiaan rumah tangga.
Hek eleh, macam iya-iya je. Pakwe
pun tak de lagi, dah berangan la pula.
Cepat-cepat tumpuannya di fokuskan kepada perbualan mereka. Nampak Abang Long sedang rancak berbual
dengan Qaid. Entah butir apa agaknya
yang dibicarakan, iyalah, manakan tidak, jasad je kat situ, hati dan perasaan
memikirkan hal lain.
Penat bergelak ketawa, sudahnya lewat juga mereka
melelapkan mata. Hampir jam dua pagi
barulah keempat-empat mereka melangkah menuju ke kamar masing-masing.
“Wuit, sweet dreams eh. Kalau ko nak mimpi tu, jangan lupa jemput aku
sama dalam mimpi ko,” usik Qaid di hadapan pintu bilik tetamu yang menjadi
kamar beradu Acam malam itu.
“Sengetlah ko ni.
Mimpi pun boleh jemput-jemput orang ke,” jawab Acam dengan jelingan maut
tiga sukunya. Terlerai tawa Qaid
memenuhi ruang.
“Hush, slow la
bro. Ko ni, kang entah apa lak kata Abang Long dan Kak Long. Bangun si Qiera tu lagi hampeh, semua orang tak boleh tidur nanti.”
“Oppss. Sorry.
Tapi memang tak boleh tahanlah nak ketawa.”
Segera mulutnya ditekup.
“Dah, aku nak tidurlah.
Kalau ko nak jadi guard pun
boleh, tidurlah kat pintu ni,” ucap Acam selamba.
“Eii, kejamlah ko ni ek.”
Kata-kata
Qaid itu hanya disambut dengan tawa Acam yang dikawal dan diikuti dengan daun
pintu yang mula merapat. Tak boleh blah kalau layan mamat tu lama-lama,
boleh biul kepala otak dibuatnya. Selamat
malam Qaid, mimpi indah-indah, bisik Acam sendirian.
Malam
semakin pekat, yang terdengar hanya deru angin daripada penghawa dingin yang
terpasang. Acam melayan perasaannya
tatkala mata mulai lelap. Dalam
keriangan dan kegembiraan bersama mereka di situ, hatinya tetap terasa kosong
dan sepi. Kosong, seperti ada kehilangan
sesuatu.
********************
Azan subuh
yang berkumandang di luar jendela mengejutkan Acam. Seketika dia
tergamam memerhatikan sekeliling.
Mengumpul kembali ingatannya yang mulai terjaga sama lebih-lebih lagi
apabila terlihat t-shirt putih yang dipakainya.
Baju Qaid. Telefon bimbitnya
dicapai lalu diperhatikan sekilas. Sudah
jam enam pagi, dan hari itu dia ada satu lagi kelas yang perlu dihadiri. Nampaknya memonteng lagilah hari ni. Nasib baik kelas pensyarah yang tak berapa
kisah sangat, kalau kena kelas Prof. Hamdan, mahu kena pergi spa. Apakan tidak, denda tak masuk kelas je, dua
tiga assignment yang diberi untuk
disiapkan dalam tempoh seminggu. Tak
nahas tu. Sengaja cari bala cubalah
ponteng kelas Prof. Hamdan tu.
Subuh yang
semakin meninggi mengingatkan Acam akan ibadah yang satu itu. Segera dia bergerak meninggalkan perbaringan
menuju ke bilik air. Juraian air yang menyentuh
tubuhnya sungguh menyegarkan. Keindahan
susun atur di dalam bilik air itu juga mendamaikan. Bijak benar Kak Long menghias bilik tetamunya
sehinggakan hiasan bilik air pun dititikberatkan. Sekali lagi, perasaan kagum kepada pasangan
itu menyelubungi hati Acam.
Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah, fajar yang mulai
menyinsing memberi sinar yang cukup indah si sebalik awan yang masih
gelap. Keindahan itu dapat dilihat Acam
melalui jendela kamar usai dia mengerjakan solat. Suasana aman dan damai di kawasan itu sungguh
memikat hati. Jauh daripada kesibukan
kota, hiruk pikuk deruman kenderaan yang saban hari menemani hidupnya sepanjang
berada di Kampus Twintech itu.
Ketenangan itu menggamit rasa rindunya pada ibu dan ayah di
kampung.
Menyedari hari semakin meninggi, Acam cepat-cepat
bersiap. Selendang panjang yang
diberikan Kak Long semalam diselit rapi.
Sekali lagi dia menyarungkan t-shirt Qaid ke badannya. Agak sedikit longgar tetapi cukup
selesa. Nasib baiklah inner yang
diberikan Kak Long semalam muat-muat dengannya kalau tidak melenggenglah
lengannya yang putih itu. Dah dapat satu
dosa, mendedahkan aurat walau pun hanya di bahagian yang kecil. Walau pun nampak remeh, tetapi Acam tetap menjaga
peradaban pakaiannya. Masih kental di
ingatannya nasihat Dzil, kalau nak menutup aurat, biarlah tutup
keseluruhannya. Walau pun nasihat itu
bukan ditujukan kepada dirinya dan dia pun hanya terdengar komen itu daripada
mulut Dzil, namun komen itu dijadikan sebagai nasihat untuk dirinya.
“Arrghhh.. kenapa pagi-pagi aku dah teringat kat mamat tu?”
soal Acam sendiri. Rasa rindu semakin
menular pada nama itu. Di mana kah
dia? Sudah lama menyepi tanpa khabar berita,
membiarkan hatinya terkapai-kapai sendiri.
Tanpa mahu
melayan rasa hati yang entah apa-apa, Acam bergerak ke bawah menuju ke dapur
yang sudah terdengar suara-suara di situ.
Melihatkan pakaiannya hari itu, terasa nak gelak pun ada. Cap ‘malborrow’
ye, kecuali adik kakak dan pants aje. Senyuman Kak Long menyambut Acam dan
lebih-lebih lagi melebarnya melihatkan pakaian Acam. Bangga juga hati wanita itu Acam sudi
mengenakan selendang pemberiannya.
“Selamat pagi Kak Long, Abang Long,” sapa Acam perlahan.
“Selamat pagi sayang, awal dah turun ni,” balas Kak Long
lembut. Tangan wanita itu masih lincah
mengacau kopi di dalam teko.
Abang Long
yang sudah pun duduk menghadap hidangan pagi hanya tersenyum. Pantas kerusi ditarik untuk Kak Long. Sekali lagi hati Acam disapa dengan perlakuan
mereka. Sungguh mengkagumkan pasangan
ini.
“Jom Acam, kita sarapan.
Kak Long memang selalu awal siapkan sarapan sebab Abang Long kamu ni tak
suka sarapan kat luar. Mesti nak makan
kat rumah dulu,” terang Kak Long sambil menceduk bihun goreng ke dalam pinggan
suaminya.
“Sebab makanan kat luar tu kan kita tak tahu lagi tahap
kebersihannya. Lagi pun Abang Long
sengaja nak bagi Kak Long pahala lebih sikit.”
Jawapan
Abang Long mendapat hadiah cubitan kecil daripada Kak Long. Suka sangat nak menyakat, kan dah dapat. Tersengih je Acam melihatnya. Tanpa disedarinya, Qaid juga tersenyum
memerhatikan gelagat mereka. Lelaki itu
sudah hampir lima minit menjadi pemerhati.
Sengaja dia berdiri di ambang pintu dapur itu memerhatikan mereka,
lebih-lebih lagi hati tersentuh melihat Acam yang mengenakan t-shirtnya. Eh, T-shirt ‘Hard Rock CafĂ©’ original from Dubai tu. Baru sekali dipakainya tetapi dia akan rasa
sangat gembira kalau Acam ingin menyimpannya terus.
“Yang Angah dok berdiri macam tugu negara kat situ tu
apasal?” Teguran Abang Long yang mula menyedari kehadiran Qaid mematikan lamunan
singkatnya.
“Saja, suka tengok orang tu. Comel je,” balas Qaid sengaja nak menyakat
Acam. Dah jadi hobi pula sekarang ni.
“Eleh, cakaplah nak bagi tau baju dia yang cantik,” ujar
Acam dengan cebikkan ala-ala Mak Siti Tanjung Perak. Berderai tawa besar mereka di situ.
“Eh, Acam tak ada kelas ke hari ni?”
“Ada Abang Long, satu kelas je pagi ni. Tapi rasanya kena ponteng kot, kelas start
jam lapan kejap lagi.”
“Lorh, kesiannya adik Kak Long ni. Dah kena ponteng.”
“Tak apalah Kak Long, kelas tak heavy sangat. Lagi pun satu
kelas je hari ni, esok pun tak ada kelas.”
Segera Acam menenangkan perasaan Kak Long yang mula rasa bersalah. Iyalah, disebabkan bermalam di rumahnya, dah
Acam terpaksa ponteng kelas pula.
“Wah! Kalau macam tu jom kita balik kampung nak,” ajak
Qaid. Cantik juga kalau dapat balik
kampung.
“Abang Long dan Kak Long tak dapat baliklah dik, tapi kalau
Angah dan Acam nak balik okey juga. Lagi
pun mama dah lama rindu nak jumpa Acam.
Acam pun boleh balik lepaskan rindu kat ibu dan ayah kan.” Kata-kata Kak Long menusuk hati Acam. Memang pun dia rindu sangat pada ibu dan
ayah.
“Tapi kena balik kolej dululah, sehelai sepinggan je ni.”
“On the way nanti
kita shopping je, aku belanja.”
“Hah, orang dah offer
nak belanja tu Acam. Apa lagi, ketuklah
habis-habisan,” kata Kak Long lalu berderai sekali lagi tawa mereka.
Akhirnya, sesudah bersarapan dan menitip ciuman kepada si
kecil Qiera yang masih lena, kedua-duanya memulakan perjalan pulang ke Batu
Pahat. Sengaja bergerak awal kerana
destinasi pertama yang hendak dituju tentu sekalilah shopping mall. Besar hati
Qaid sekali lagi Acam bersetuju dengan pelawaannya. Bukan mudah gadis itu nak menerima pemberian
orang tetapi dengan dirinya gadis itu lebih terbuka. Semakin mengenali gadis itu semakin
membuahkan sayang dalam dirinya. Saban
hari dia berdoa agar terbuka hati gadis itu untuk menerima cintanya. Tak salahkan, menyulam cinta dalam
bersahabat. Mungkin itu lebih indah.
*******************************************************
Dah lama tak hapdet kisah Acam ni kan.. kepada yg rindukan Dzil, diharap sabar menanti ye.. tak lama lagi Dzil akan memunculkan diri.. sekarang ni Dzil bertapa sekejap, memberi peluang kpd Qaid utk masuk jarum... hehehehee... maaf ye klu tak best.. ada nak komen???
Lots of luv ~ Kak Yus.