Salam dan
selamat pagi kesayangan2 Kak Yus...
Ohh.. kat atas tu bukan tajuk Novel
baru ye... uppsss... tapi cerita baru.. ^__^
Pagi ni Kak Yus nak berceloteh
sedikit mengenai satu projek yang sedang Kak Yus dan rakan-rakan usahakan.
Kak Yus harap melalui n3 ini, ramailah kesayangan2 Kak Yus yang sudi
menghulurkan bantuan serta doa untuk Baby Ibrahim dan saudara-saudara kita di GAZA .
All right, Kak Yus nak bercerita dulu, apa ke bendanya
Tabung Doa Ibrahim ni.. asal tujuan ia ditubuhkan. Tabung Doa Ibrahim ni adalah satu group di fb
yang ditubuhkan oleh rakan-rakan kepada ibunda baby Ibrahim iaitu Puan Siti Al’Izah
@ lebih dikenali sebagai Salwa bagi yang rapat dengan beliau. Rakan-rakan ini turut sama merasa kesedihan
dan kepayahan yang ditanggung oleh Puan Salwa serta keluarga.
Baby Ibrahim telah dilahirkan pada 5 Oktober 2012, iaitu
kira2 2 bulan usianya.. disahkan mempunya 3 lubang di jantungnya dan sekarang
masih mendapat rawatan di Hospital Serdang, Cardio Unit. Beliau mengalami jantung bengkak di sebelah
kiri dan tachycardic (jantung mengepam terlalu laju) yang menyebabkan kadar
oksigen di dalam darahnya tidak mencukupi.
Beliau dijadualkan untuk menjalani operation pada sekitar Februari 2013
tetapi semuanya bergantung kepada kondisi jantung baby Ibrahim serta faktor
kewangan juga. Buat masa ini kedua2
ibunda dan ayahanda baby Ibrahim telah mengambil unpaid leave untuk menguruskan
baby Ibrahim dan anak-anak yang lain.
Sesuatu yang sudah pasti terlalu sukar untuk mereka harungi dugaan yang hebat ini sendirian
tanpa support keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan KITA.
Menyedari betapa hebatnya dugaan yang keluarga ini tempuhi,
maka rakan-rakan Pn. Salwa telah pun menubuhkan Tabung Doa Ibrahim dalam membantu
mencari dana untuk menampung kos-kos perubatan dan perbelanjaan yang harus
ditanggung oleh keluarga hebat ini.
Subhanallah, ketika Kak Yus diperkenalkan dengan berita ini.. satu
perasaan yang tak tahu bagaimana nak digambarkan menghuni fikiran Kak Yus. Sehingga hari ini, perasaan ini tak pernah
hilang.. semakin hari semakin membuak-buak.. minta agar sesuatu dilakukan demi
anak kecil ini. Setiap kali Kak Yus
memandang wajah anak-anak, menyuap makan mereka.. hati Kak Yus tersentuh..
teringat kepada gambar si kecil yang terbaring lesu bersama wayar2 bersirat di
tubuhnya.. Jika kita yang melihat sudah terasa ‘hancur dan luluh’ bagaimana
agaknya keadaan ibunda dan ayahanda baby Ibrahim sendiri yang setiap hari
bersamanya.
*** oh.. Kak Yus sudah mula hanyut dengan emosi yg kurang
stabil setiap kali menulis bab ini…****
Projek personal Kak Yus untuk baby Ibrahim ialah JUALAN
AMAL T-SHIRT ‘STOP WARS’ yang pada awalnya utk dana GAZA, kita Kak Yus masukkan
sekali untuk dana baby Ibrahim. Sesiapa
yang berminat untuk membantu, bolehlah membeli T-shirt ini (seperti dlm pic) sambil menyumbang kepada baby Ibrahim dan saudara kita di GAZA.
Harga T-shirt : RM25
sehelai
(RM10 daripada harga t-shirt akan disumbangkan kepada GAZA & baby Ibrahim)
Warna T-shirt :
HITAM / PUTIH / BIRU / KUNING / HIJAU / MERAH
Size : S , M , L ,
XL , XXL (SIZE 3XL HARGA LAIN)
KOS POS AKAN DITANGGUNG OLEH KAK YUS SENDIRI (POS DAFTAR)
sebagai sumbangan Kak Yus untuk baby Ibrahim.
**Jika ada yang berminat, boleh email Kak Yus – ayeshatajudin@gmail.com atau PM Kak Yus di facebook --- Yusnida
Tajudin @ sms/wassap Kak Yus di 014-2606904.
Kak Yus mensasarkan jualan ini sehingga 10/12/12 – kerana pihak
pencetak memerlukan 10 hari utk proses cetakan.
Selain itu.. rakan-rakan di Tabung Doa Ibrahim juga akan
mengadakan CARNIVAL 4 IBRAHIM pada 23 Disember 2012, insyaAllah bertempat di
dewan MPSJ Puchong Indah (venue akan diconfirmkan sekali lagi). Kak Yus berbesar hati jika ada mana-mana pihak
yang sudi menaja apa-apa sahaja untuk menjayakan Karnival ini malah Kak Yus
juga dengan rendah diri dan berbesar hati menjemput semua yang membaca entry
Kak Yus ini agar sudi turut serta pada hari tersebut. Support dan ihsan kalian.. sangat bermakna
buat anak kecil ini. Bermacam acara dan jualan akan diadakan di sana dan sangat sesuai untuk sekeluarga. Ada aktiviti untuk anak-anak, ibu-ibu serta ayah-ayah pun ada. Nanti Kak Yus akan hapdet kat sini lagi aktiviti2 yang akan diadakan.. Kak Yus percaya, kalian tentu tidak akan kecewa hadir di sana nanti...
Untuk itu, Kak Yus memohon kepada semua kesayangan2 Kak Yus
agar sudilah membantu kami dalam mengumpul dana kepada anak kecil ini. Sedikit yang kita hulurkan, besar maknanya
kepada beliau. Bantulah baby Ibrahim
untuk terus bernafas, agar ada peluang untuk beliau melihat mentari pagi yang
bersinar esok, lusa dan hari-hari seterusnya.
Jangan kita padamkan peluang untuk beliau berlari berkejaran bersama
saudara-saudaranya ..
Semoga Allah murahkan rezeki kita, permudahkan urusan kita, melimpah ruahkan rasa kasih sayang dalam hati kita dan memberi kebahagiaan dalam hidup kita. Setiap apa yang kita lakukan, insyaAllah akan mendapat berkat dan balasan daripada Allah. Jika tidak hari ini, mungkin balasan baik itu Allah berikan untuk anak-anak kita suatu hari nanti.. Wallahu.
Salam penuh kasih sayang drp Kak Yus.
(Kak Yus sgt berbesar hati jika ada kesayangan2 Kak Yus yg sudi mewar2kan n3 ini dgn share/tweet..TQ laling.. )
InsyaAllah Kak Yus... Sedikit di sana dan sini, InsyaAllah sedikit melapangkan hati ibu bapa baby Ibrahim nie....
ReplyDeleteNanti saya e-mail yer...
Begitulah harapannya Aziela.. kak yus ucapkan terima kasih utk semua yg sudi membantu...
ReplyDeletesaya nak beli t.shirt tu dua helai..
ReplyDeletekak yus.. mcm mane keadaan terkini adik ibrahim kite.. sy doakan adik ibrahim to be strong and cepat sembuh... t-shirt tu msh ade lg x kak yus syg..??
ReplyDelete