Sunday 8 April 2012

Mengintai Bahagia ~ bab 13


            
Semester akhir di PUO memang sangat mencabar.  Assignments dan tugasan yang semakin banyak kadang-kadang boleh membuatkan pelajar-pelajar stress.  Tapi walau apa pun, semua tu harus diharungi demi segulung diploma yang dapat membantu mereka di luar sana kelak.

            Acam dan Dzil juga tidak terkecuali dengan tempias semester akhir ini.  Masing-masing sibuk menyiapkan diri untuk mengakhiri zaman pelajar namun perasaan dan hati masih tetap sama.  Bagi Acam, semester terakhir ini merupakan semester yang sangat luar biasa.  Apa tidaknya, penampilan Acam yang sedikit berbeza membuatkan banyak mata yang mula terbuka dengan kehadirannya.  Kalau dulu, sepuluh kali lalu di hadapan pelajar-pelajar lelaki pun tak tentu lagi ada seorang yang menoleh.  Tapi kali ini, bayang Acam melintas pun dah ramai yang tertunggu.

            Selepas menjalani praktikal, Acam merasakan sudah masanya untuk dia mengubah sedikit penampilannya.  Bertukar daripada seratus peratus tomboy kepada sedikit kegadisan.  Bukan bermakna selama ini dia tidak pernah berbaju kurung dan bertudung, tapi selalunya kalau dahulu, rentak jalan dan pembawaannya tu memang kasar betul.  Muka pun, tak pernah ada secalit warna.  Kalau ada pun rona-rona merah ketika Acam naik angin atau ketawa yang bertamu.  Sementalah wajahnya yang putih bersih tu memang cepat benar terlihat garis-garis merah yang suka menumpang.

            Kali ini, Acam sudah sedikit pandai bergaya.  Masih berbaju kurung tapi dengan warna-warna lembut yang lebih menampakkan kelembutan dirinya.  Digandingkan pula dengan kasut yang sedikit bertumit.  Malah, tudung pula sudah pandai memilih selendang panjang dan pashmina.  Gaya pun dah ala-ala Hana Tajima.  Namun, selalunya tudung Ariani dan Fareeda fesyen terbaru juga yang menjadi kegemarannya.  Bukan apa, lebih mudah dan cepat untuk bersiap.  Cara berjalan juga sudah banyak berubah. 

            Rakan serumah mahu pun sekuliah Acam masing-masing tertanya-tanya apa penyebab Acam berubah.  Pelajar-pelajar perempuan yang baik dengan Acam, menerima perubahan itu dengan hati yang terbuka malah suka pun ada.  Suka melihat Acam tidak lagi sekasar dulu walau pun masih ada saki baki sikap kasarnya itu terselit dalam kelembutan yang baru timbul.  Namun ada juga yang tidak senang dengan perubahan Acam.  Bukan apa, rasa diri tu tergugat sedikit.  Risau bila mata boyfriend masing-masing mula menjuling apabila Acam melintas di hadapan mereka.

            Perubahan Acam itu juga turut memberikan tempias kepada Dzil.  Memang Dzillah orang yang paling gembira dengan perubahan Acam.  Suka apabila melihat gadis idaman semakin cantik, semakin manis dan sedikit demi sedikit menjadi gadis melayu terakhir.  Tapi, dalam pada itu, hatinya tetap juga dipukul badai.  Dipukul dengan rasa cemburu dan gusar.  Mana tidaknya, kalau dulu hanya dia seorang sahaja yang memuja Acam, sekarang nama Acam telah mula meniti dari mulut ke mulut pelajar-pelajar lelaki di situ.  Malah yang junior pun ramai yang memasang niat nak cuba tackle Acam.  Iskhh, Mior yang dok sibuk-sibuk mengutuk dia dahulu pun dah mula usha-usha Acam dari jauh.  Ada juga yang nak kena cepuk.

           
            Petang itu, Acam seperti biasa melangut di atas katilnya sambil membelek beberapa buah novel terbaru yang baru sahaja diserahkan oleh abang poslaju.  Tersenyum sahaja wajah comelnya ketika menerima bungkusan itu.  Senyumannya makin lebar apabila teringatkan insiden dia dan abang poslaju pagi tadi.

            “Puteri Darlina ye,” ujar abang poslaju sambil menyerahkan bungkusan serta kertas yang perlu ditandatanganinya itu.  Acam hanya menggangguk.

            “Errmmm.. dah lama abang tak hantar buku adik ni kat sini.  Rasanya abang selalu hantar barang untuk Puteri Darlina ni, tapi macam lain pula orangnya,” kata abang poslaju lagi.  Terseringai sengihan di bibir Acam. 

            “Sayalah tu bang.  Tak ada orang lain dah kat sini nama Puteri Darlina tu,” balas Acam masih lagi melemparkan senyuman ikhlas kepada abang poslaju yang banyak berjasa tu.

            “Hmmm, dulu si Puteri tu kasar sikit.  Kalau ambik barang, tak nak lama-lama bercakap dengan orang.  Nak cepat je dia.  Tapi adik ni lain pula.  Tak macam dia pun,” ucap abang poslaju telus.  Tak sedikit pun ada rasa kesal dengan ungkapannya itu.  Acam yang tersengih semakin melebar sengihannya.

            Alahai abang poslaju, teruk sangat ke aku layan ko dulu, bisik hati Acam.

            “Ermmm.. abang, minta maaf la ye kalau saya dulu kasar dengan abang.  Dulu saya jahiliah lagi, tapi sekarang dah insaf.  Terima kasih ye bang.”  Abang poslaju hanya tersenyum lalu mengangguk sebelum beredar.

            Senyuman Acam terhenti saat dia teringatkan Ros.  Wah, dah lama sungguh tak bertemu dengan Ros, sahabat lamanya yang merupakan teman sebiliknya semasa di kolej dahulu.  Demi teringatkan Ros, Acam terus bangkit daripada katilnya.  Rambut yang panjang mengurai itu segera disanggulkan.  T-shirt putihnya diganti dengan T-shirt lengan panjang Sumayya yang dihadiahkan oleh Kak Haniza.  Cantik t-shirt tu, bercirikan muslimah.  Memakainya sahaja sudah nampak ciri-ciri gadis melayu.  Belum lagi dipadankan dengan palazzo hitamnya serta tudung Fareeda yang kemas tergantung di dalam almari. 

            Setelah bersiap ala kadar dengan secalit lipstick merah jambu yang nipis di bibirnya, Acam segera mencapai purse serta kunci rumah.  Yani yang terlihat Acam menuruni tangga tersenyum memandangnya.  Memang cantik Acam ni, patutlah si Dzil gila meroyan kat anak dara ni.  Nak-nak pula sekarang ni ramai yang dok kirim salam kat Acam, lagilah meroyan pakcik Dzil tu, getus Yani.  Senyuman Yani dibalas dengan sapaan Acam. 

            “Aku keluar jap eh,” kata Acam.

            “Hmm.. dating ke?  Amboi, orang dah ada boyfriend ni,” usik Yani.

            “Iskhhh.. ko nih.  Sapa yang ada boyfriend, aku single mingle lagi ni.  Single and available,” balas Acam.  Yani tersenyum.  Masih seperti dahulu, tak pernah nak kalah si Acam ni.

            “Tu si Dzil tu bukan boyfriend ko ke?” tebak Yani.  Kali ini ingin memancing hati Acam.

            “Mana ada.  Pernah ke dia cakap dia tu boyfriend aku?  Tak de kan.  Kawan jelah.”  Wajah Acam sudah kemerah-merahan.  Yani tergelak mendengarnya.

            Alahai Acam, memanglah ko kata kawan, tapi si Dzil tu dah angau satu kampus ni tau dia tergila-gilakan ko.  Kalau tidak, takkanlah daripada semester pertama lagi dah sibuk minta tolong abang-abang senior korek biodata ko, bisik Yani sendiri.  Sengaja tidak mahu diluahkan apa yang tersirat di fikirannya ketika itu.  Biarlah mereka berdua yang settle sendiri.  Lagi pun hal hati masing-masing.  Dia suka aje kalau menjadi.  Baik Acam mahu pun Dzil, kedua-duanya dia suka.  Cuma dia agak gusar dengan seorang je.  Risau juga kalau hubungan Acam dan Dzil ni nanti akan terhalang.

            “Ko nak pergi mana lawa-lawa ni?” soal Yani.

            “Lawa ke?  Aku nak pergi rumah Ros kejap.  Dah lama tak jumpa dia, rindu pula,” jawab Acam.

            “Oklah, kirim salam kat Ros ye.  Hati-hati kat rumah diorang tu.  Nanti balik ko tolong belikan aku Maggie Tom Yam satu peket,” ujar Yani.  Hatinya tidak sedap apabila Acam menyatakan akan ke rumah Ros.  Dia tahu Ros itu sahabat Acam, tapi ada sesuatu yang tidak kena di situ.  Entahlah..

            Setelah mengucapkan salam, Acam beredar.  Dia masih berfikir tentang kata-kata akhir Yani tadi yang menyuruhnya berhati-hati di rumah orang itu.  Puas mentafsirkan apakah yang tersirat di sebalik kata-kata Yani itu, namun akalnya masih tidak dapat menemui jawapan.  Langkah ke rumah Ros diatur perlahan.  Sempat juga dia singgah sebentar membeli goreng pisang panas di tepi jalan menghala ke rumah Ros.  Ros hanya tinggal di taman bersebelahan dengan taman yang didiaminya.




            Melintasi rumah yang disewa Dzil dan rakan-rakannya, hampir nak pekak telinga Acam mendengar namanya disiul-siulkan.  Hati rasa panas juga tapi pelik sungguh sekarang ni, cepat sahaja panas tu surut.  Kalau dulu mahu sahaja dijelingnya ungka-ungka yang rajin bersidai dan bersiul-siul tu.

            “Assalamualaikum Acam, nak kemana tu?”  Satu suara menegurnya.  Tentu sekalilah daripada rumah yang penuh dengan pelajar lelaki itu.  Acam berpaling ke arah pemilik suara yang menegurnya.

            “Waalaikumussalam.  Nak ke rumah Ros sekejap,” balas Acam, lembut.  Mior yang empunya suara itu tersenyum.  Bergetar hati lelakinya melihat gadis di hadapannya itu.  Satu transformation yang sungguh luar biasa.  Wajah putih merah milik Acam itu ditenung lama.  Cepat-cepat Acam mengalihkan pandangan apabila ditenung begitu.  Huh, dulu kemain lagi mengata aku, sekarang mulalah, sampai nak terjojol mata tu tenung muka aku ni, getus hati Acam.

            “Oklah, saya jalan dulu, nanti lewat petang pula,” ucap Acam sambil berlalu laju.  Tak manis dilihat orang berlelama di hadapan rumah pelajar lelaki tu.

            Tiba-tiba lagu Tercipta Untukku nyanyian Pasha kumpulan Ungu yang popular tu nyaring kedengaran.  Lagu tu menjadi nada dering telefon bimbit Acam.  Tu kerja si Yani la tu, pandai-pandai je tukar nada dering.  Segera telefon dijawab.

            “Assalamualaikum,” ucap Acam.

            “Waalaikumussalam, awak kat mana?” lembut suara di hujung talian.

            “Saya kat tengah jalan la awak, nak ke rumah Ros,” balas Acam.  Senyum.

            “Dah jauh ke daripada rumah saya?  Tadi Mior bagi tau awak lalu kat depan tu, tunggu sat, saya temankan awak,”

            “Eh, tak apalah.  Saya boleh je jalan sendiri, tak payah susah-susahlah,”

            “Mana ada susah, lagi pun mana boleh biarkan awak jalan sorang-sorang.  Kat sini banyak buaya, nanti dingapnya awak, haru saya,” tukas Dzil.

            “Laa, kat atas darat ni mana ada buaya.  Bagilah alasan logik sikit encik Dzil oi,” bebel Acam.  Dah mulalah tu nak start bertekak.

            “Buaya atas daratlah lagi bahaya.  Kalau ngap, tak de ampun.  Tak kira, awak tunggu je kat depan tu.”  Talian dimatikan.  Acam mengeluh mengenangkan sikap Dzil yang tak reti nak kalah.  Hish,  mengalahkan pakwe pula dia ni. 

            Acam masih mengatur langkah perlahan-lahan ketika terdengar namanya diseru.  Termengah-mengah Dzil yang berhenti di belakangnya.  Dia berpusing mengadap mamat yang bert-shirt putih dan track bottom hitam itu.  Sempoi je mamat ni, tapi memang handsome gila, detik hatinya. 

            “Laa, kan dah penat.  Susah-susah pula nak temankan saya.  Macamlah saya tak pernah jalan sorang-sorang,” bebel Acam.

            “Tak adalah, saya baru balik jogging tadi, bila Mior bagi tau tu yang terus datang.  Jom, nanti dah lewat pula,” ucap Dzil. 

            Matanya sesekali mengerling ke arah Acam.  Comel sungguh, pujinya dalam diam.  Walau pun penampilan Acam sudah bertukar menjadi semakin lembut dan ayu namun yang ketara, sifat kasarnya masih berbaki.  Tidak pula Acam bertukar menjadi ala-ala gedik seperti kebanyakan gadis lain.  Itu adalah penyebab kenapa Dzil meminati Acam.

            “Lama ke awak kat rumah Ros nanti?” soal Dzil. 

Langkah masih disusun beriringan, seronok pula dapat bersama Acam berjalan santai.  Walau pun dekat sahaja rumah mereka, tapi Acam ni bukan suka sangat pun nak berjumpa.  Setakat bersidai lima enam minit di pagar rumah Acam tu sahajalah.  Kalau hendak diajak keluar makan memang susah, macam-macam alasan.  Apatah lagi kalau sebut dating.  Harus ditolak mentah-mentah.  Namun, semua itu menjadikan Dzil lebih tertarik dengan gadis itu. 

“Kenapa?” soalan Dzil dibalas soalan juga.

“Taklah, ingat nak ajak awak makan.  Kita pergi town nak?” pelawa Dzil.

“Makan? Town?  Nak naik apa?  Kalau rempit dengan awak, uikhhh.. tak hingin saya,” balas Acam menjeling Dzil yang tersengih.

“Eii.. saya tak pernah lagi bawa perempuan naik motor saya tu tau, kalau awak sanggup cemar duli, awak seorang je lah yang pecah rekod teruna motor saya tu,” balas Dzil berseloroh.  Muncung Acam sudah panjang empat belas inci.  Comelnya, getus Dzil.

            Hish, nasib baik anak gadis orang, kalau sah isteri dia, mahu sahaja dicium-cium bibir mungil tu.  Tak pe, sabarlah hati, habis je belajar nanti pasti rombongannya akan sampai ke pintu rumah gadis di sebelahnya itu.  Orang kata, kalau jodoh tak ke mana.  Save for the best! 

            “Tak maulah,” ucap Acam dengan muka kelatnya.

            “Oklah, tak nak naik motor, kita makan kat sini ajelah.  Kat gerai hujung simpang tu ye,” pujuk Dzil lagi.  Mana boleh mengaku kalah cepat sangat. 

            “Hmm.. kalau kat situ oklah.  Lepas maghriblah saya balik daripada rumah Ros,” setuju Acam.

            “Ok, saya tunggu awak kat depan rumah Ros.  Nanti kirim salam rindu kat Ros juga ye,” seloroh Dzil.  Direnungnya wajah Acam yang kemerahan.

            “Awak jeles ye,” tegur Dzil lalu terhambur tawa di bibirnya.  Acam hanya mendiamkan diri.  Geram dengan usikan Dzil.

            “Tak de maknanya nak jeles dengan awak,” bantah Acam.

            Sampai di hadapan pintu pagar rumah Ros, Acam menyuruh Dzil pulang.  Tak mahu nanti kecoh satu taman melihat mereka berdua berlelama di situ.  Cukuplah dengan jelingan rakan serumah Ros yang kebetulan ketika itu sedang mengangkat jemuran.  Jelingan tajam Lydia yang dari tadi memerhatikan mereka berdua menimbulkan rasa tidak senang di hati Acam.

            “Hai Lydia, Ros ada?” tegur Acam berbahasa basi.

            “Ada, carilah kat dalam,” jawab Lydia acuh tak acuh.  Terasa juga hati Acam dengan sikap Lydia tapi dibiarkan sahaja dibawa angin lalu.  Tak luak pun dengan tingkah laku Lydia malahan bukan dia rapat pun.  Cuma agak tertanya-tanya kenapa dia tidak disukai oleh gadis itu.

            Acam menghulurkan tangan bersalaman dengan dua tiga orang lagi teman rumah Ros yang tersenyum manis menyambutnya.  Kemudian langkah disusun mendaki tangga menuju ke bilik Ros.  Pintu bilik dikuak lebar setelah dua kali ketukan ditalu.  Terkejut Ros melihat kedatangan Acam namun segera dia memeluk elok bekas teman sebiliknya itu.  Rindu sungguh lama tidak bertemu Acam.  Lain benar penampilan Acam sekarang.  

          Dari ekor mata, dia dapat melihat wajah meluat Lydia yang sengaja mundar mandir di hadapan biliknya itu.  Cepat-cepat dia menarik tangan Acam masuk ke biliknya.  Tidak mahu gadis yang kelat mencuka itu mendengar perbualan mereka.  Bukan dia tidak tahu, Lydia sering mengutuk Acam di rumah mereka.  Mungkin Lydia tidak tahu yang Ros sebenarnya agak rapat dengan Acam. 

            “Hmmm.. lamanya tak jumpa ko Acam oi, lain sungguh dah,” tegur Ros.  Sekali lagi tubuh Acam dipeluknya.  Tak memperdulikan sikap kasar Acam dulu-dulu yang mana suka dipeluk-peluk begitu. 

            “Mana ada lainnya.  Sama juga macam dulu-dulu, rindulah kat ko Ros,” balas Acam.

            Lama mereka berbual-bual.  Daripada cerita mula-mula tinggal bersama, sehinggalah kisah Acam diusik hantu pada hujung semester yang mengundang tawa mereka.  Riuh-rendah bilik Ros bergema dengan gelak dua gadis itu.  Deheman di luar bilik mematikan tawa dari mulut Acam dan Ros.  Nampak benar ada orang yang tidak senang dengan kehadiran Acam di situ.

            “Err.. tadi masa ko datang, ada ko jumpa Lydia ke?” tanya Ros tiba-tiba.  Acam hanya mengangguk.

            “Baik ko hati-hati dengan dia tu.  Entahlah, aku tengok dia tu lain macamlah.  Apa kes dia dengan ko?” tanya Ros.

            “Entah.  Aku kenal dia gitu-gitu je.  Tapi yang aku tahu, dia tu selalu lepak dengan budak perempuan baju kurung biru yang aku cerita kat ko dulu tu,” balas Acam.

            “Hmmm.. selalu gak aku dengar dia mengata ko kat sini, tapi aku diam je.  Dia tak tau aku kenal baik dengan ko.  Budak satu course aku tu, kenal dengan Dzil,” kata Ros.

            “Tak apalah, biarlah dia.  Aku malaslah nak ambil pot lagi dengan diorang ni.  Apa yang aku tahu, aku nak grad tahun ni,” ujar Acam tenang.  Ros hanya tersenyum.  Berubah sungguh sahabatnya itu.  Daripada seorang yang cepat panas, kita sudah nampak kematangannnya.

            Lagu Tercipta Untukku sekali lagi kedengaran.  Laju tangan Acam menyambut panggilan itu.

            “Assalamualaikum,”

            “Waalaikumussalam,”

            “Lagi lima belas minit saya sampai ye, awak tunggu je kat rumah Ros tu,” sayup terdengar suara Dzil di hujung talian.

            “Iyalah, saya tahu.  Saya nak solat maghrib dulu.  Seronok berborak dengan Ros, terlupa dah awak,”  balas Acam.

            “Ok, tunggu ye,” pesan Dzil sekali lagi.  Acam menggelengkan kepala mengenangkan sikap Dzil.  Hish, susah betul orang terlebih ambil berat ni.  Talian dimatikan dan Acam tersedar dirinya diperhatikan oleh Ros dengan sebuah senyuman melebar di bibir gadis itu.
            “Hmmm.. dah seriuslah tu dengan Dzil eh?” usik Ros.
            “Haishhh.. mana ada.  Kawan ajelah.  Dia tak propose pun kat aku nak serius.  Dia kirim salam kat ko tadi Ros, kirim salam rindu,” balas Acam.  Besar gelak Ros mendengarnya.

            “Hahaha.. takut aku nak jawab.  Takut kena sengat dengan ko je salam-salam rindu ni,” lawak Ros.  Sengaja memancing senyum di bibir Acam.

            “Ros, aku nak tumpang maghrib kat bilik ko lah.  Kejap lagi cik abang tu sampai bising lak kat aku.  Dia ajak aku makan kat gerai hujung simpang tu.  Jom join,” kata Acam.

            “Hish, tak naklah aku kacau daun.  Kat depan bilik aku tu bilik air, nanti aku siapkan sejadah n telekung.  Pergilah cepat, nanti membebel mulut mamat tu, boleh tahan juga kalau membebel dia tu.” Terlerai gelak tawa mereka berdua.  Seronok apa dapat mengutuk orang.

            Usai solat maghrib, cepat-cepat Acam bersiap apabila melihat mesej masuk daripada Dzil.  Pasti mamat tu sudah tercegat di bawah.  Acam dan Ros berpelukan di hadapan pintu rumah sebelum Acam meninggalkan rumah Ros.  Sempat dia menangkap jelingan tajam daripada Lydia.  Jika ikutkan hati hendak sahaja dia bertanya apa yang gadis itu tidak puas hati dengannya.  Namun, bila difikirkan dua kali, buat penat je.  Acam ingat kata-kata Qaid, dalam melakukan apa pun, letakkan akal mendahului hati.  Qaid, terasa rindu pula pada mamat tu.

            Dzil yang menunggu di bawah pokok di luar pintu pagar tersenyum melihat Acam yang menghampirinya.  Jalan yang disirami lampu neon disusuri mereka menuju ke arah gerai makan di hujung simpang Taman Cempaka.  Malam itu, pelanggan agak ramai.  Tak dapatlah Dzil dan Acam mencari meja yang jauh daripada pelanggan lain.  Siapa cepat dia dapat jelah.  Kira dah dapat tempat tu pun dah bersyukur sangat.

            Tak banyak yang dibualkan ketika mereka menikmati hidangan.  Alunan lagu Hatimu Milikku dendangan Nera AF memenuhi ruang.  Acam seakan terpaku dengan lirik lagu itu.  Sungguh indah dan seakan-akan terkena dengan hatinya.  Matanya menekur ke meja saat bersabung mata dengan redup mata Dzil yang tak henti-henti merenung wajahnya.  Aduh! Lemah longlai segala sendi direnung begitu.

            Akhirnya, hampir jam sepuluh setengah malam mereka telah berada di hadapan rumah Acam.  Setelah mengucapkan selamat malam Dzil berlalu meninggalkan Acam yang telah pun selamat masuk ke dalam rumahnya.  Memang Dzil akan sentiasa memastikan Acam masuk ke dalam rumah dahulu sebelum dia beredar.  Keselamatan Acam menjadi keutamaan jejaka itu. 

            Gud nite my girl, thank you for letting me to do what I did today.  Dream of me.. always yours. ~ Dzil.  Butang send ditekan.

            Bip mesej masuk yang kedengaran menampar deria dengar Acam.  Segera telefon bimbit dicapai dan mesej masuk dijengok.  Acam tersenyum sendirian. 

            And thank you for being so nice too, bisik Acam sendirian.  Mulut masih lagi lancar melagukan lagu Hatimu Milikku yang telah mengusik jiwanya. 

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkihkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamy
Menggoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Aku coretkan kenanganmy
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini



********************************************

Sayang2 kak yus.. maaf ye lambat nak hapdet n3 ni.. masih lagi tidak sihat.. jemput baca, maaf untuk segala kekurangan, sudi2lah drop komen.. 

Luv u ols..
Kak Yus
8/4/12 ~ 4:35 pm



11 comments:

  1. Kak Yus!!!
    sepanjang baca saya asyik senyum sorang2 aje ni... hihihi...
    sangat2 sweet + romantik...
    love Acam and Dzil...
    terima kasih kak yus... ^__^

    ReplyDelete
  2. kak yus...sweet n cute sgt..tenks a lot..jgn lupa hupdate lg ye..huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Afifah dear ~ sama2 kasih.. ini je yg termampu, suka bila ada yg suka.. hehehe.. tq cos sudi support kak yus..muah2


    lieda ~ most welcome dear.. insyaAllah, kakyus sihat sikit nanti kak yus update..

    ReplyDelete
  4. Ayumi laling.. kak yus pun suka.. lebiu laa dear.. muah2

    ReplyDelete
  5. Always yours... <3 <3

    Acam dah pandai posing maut... siap hana tajima pulak tu...
    “Ermmm.. abang, minta maaf la ye kalau saya dulu kasar dengan abang. Dulu saya jahiliah lagi, tapi sekarang dah insaf. Terima kasih ye bang.” <---ayat paling rin suka... kih3

    ReplyDelete
  6. RinsyaRyc sayang ~ suka ye ayat tu.. tu ayat yg pernah akak ungkapkan utk seseorang dulu.. hehehe.. quote balik masuk dlm MB ni.. hik3

    ReplyDelete
  7. biar lmbt janji meletopssss kebabom!

    best3! cecepat sket N3 baru ek..
    jap lg boleh?? hehehe..

    ReplyDelete
  8. puas nk bayangkan muka si acam nie.. last2 ternampak bayang2 diri sendiri pulak.. hehehehe *
    perasan ;)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com