Tuesday 2 October 2012

Cerpen : AKU INGIN KAMU!!!!



Salam & selamat pagi sayang2 Kak Yus di Biar Jari Berbicara.. dah lama tak posting di sini, hari ni nak post sebuah cerpen yang sepatutnya termasuk dalam kompilasi cerpen '3 Rasa' gabungan Rinsya Ryc, Ayumi Syafiqah & Kak Yus sendiri.. tapi disebabkan terlalu padat masa tu, kak Yus tak sempat nak siapkan cerpen ni.. Lebih seronok apabila seorang adinda hadir dalam kesibukan itu menawarkan diri untuk cuba mencungkil bakat terpendam beliau sudi melakarkan cerita ini menjadi sebuah cerpen yang indah.. sangat indah pada mata kak Yus.. TAHNIAH utk adik Far Away aka Kertas Kosong (blog) yang telah menggarap Imad Rizqi dan 'Uyun Hannan menjadi sesuatu yang bisa membuat Kak Yus tersengih sendirian dan sudahnya meleleh juga.. JOM KITA layan cerpen ni..

***************************************



Memang cari penyakit.  Iqi menepuk dahinya berkali-kali.  Banyak yang mengejarnya tetapi hairan yang seorang itu jugalah yang berkenan dihati.  Semakin dekat terasa semakin jauh, saat berjauh hati pula terasa rindu.  Seminggu yang lalu perasaan ini biasa-biasa sahaja tetapi hari terakhir itu, apabila tangan mereka bersentuhan ketika bersalaman terasa aliran darahnya semakin laju dari biasa.

‘Uyun Hannan, sebaris nama yang kerap menganggu jiwanya.  Sepotong nama yang sering menjadi sebutan tatkala terlihat kelibatnya dari jauh. Penangan sentuhan dan senyuman gadis itu, sehingga ke hari ini dia angau. Dia gila dalam warasnya.  Dia bermimpi ketika berjaga.  Oh, ‘Uyun Hannan kau pencuri hatiku!

“Imad Rizqi, you okay?” Satu suara lembut menyapanya.

“Hah?” Iqi terpinga-pinga apabila namanya dipanggil.

“You okay ke tidak? You tak fokus, risaulah! Proposal ni kena siap tau. I tak nak repeat this paper. Next semester I nak buat final year project, bukannya nak repeat buat proposal ni lagi.” Suara lembut tadi bertukar keras.

Iqi mula tersenyum.  Inilah yang dikatakan, tangan lembut yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.  Bergegar telinga apabila Iman meninggikan suara. Apalah nasib menjadi pasangan Iman untuk melaksanakan projek tahun akhirnya ini?  Dalam lemah lembutnya ada terselit ketegasan yang hanya dapat dilihat sekali sekala.

“Hish dia ni, orang cakap betul-betul dia senyum-senyum pula,” bidas Iman sekali lagi.

“Minggu depan baru nak hantar kan. Sabarlah, I tengah fikirlah ni.”

“Eleh, you tu bukan fikir pasal proposal ni pun, you fikir benda lain. Nasib baik I perempuan, if lelaki memang I dah pecahkan muka you!”

“Alolo.. pecah tang lain I tak kisah, tapi tang muka tak dapatlah.  Muka I ni aset penting tau.”

Iman mencebik.  Perasan sungguh mamat seorang ni. Memanglah Iqi mempunyai wajah yang menarik, dia sendiri pun pernah tertarik tetapi apabila mengenali Iqi dengan lebih rapat, dia dapat rasakan lelaki ini tidak sesuai dijadikan kekasih lantas dia pilih menjadi sahabat sahaja. Sebut tentang kekasih dan sahabat, Iman memandang wajah Iqi sambil menyusun bicara.

“Iqi, you pernah tanya I siapa ‘Uyun Hannan. Masih berminat nak tahu?”

‘Uyun Hannan? Pernahkah aku bertanya kepada Iman mengenai pencuri hati ini? Dia ingin tahu walaupun dia sendiri sudah terlupa bila masanya dia bertanya kepada Iman mengenai ‘Uyun Hannan itu. Iqi mengangguk laju.

“Dia freshie group you, tahukan?”

Iqi angguk. Memanglah. Itu seminggu yang lepas lagi dia sudah mengetahuinya. Mustahil dia tidak mengenali ‘Uyun Hannan yang dimaksudkan itu. Jika itu sahaja maklumat yang ada, lebih baik Iman simpan sendiri kerana dia terlebih dahulu sudah mengetahuinya.

“Kalau itu you tak payah cerita pun tak apa.”

“Bukan. I cuma tak nak salah orang.”

Ada tak maklumat lain?”

Ada.”

“Apa dia?”

Iman masih seronok bermain tarik tali.  Apabila melihat wajah teruja Iqi untuk mengetahui cerita si ‘Uyun Hannan itu, dia sengaja hendak mendera perasaan lelaki itu.  Barulah seronok.  Iman tersengih.  Dia tidak terus bercerita sebaliknya berpura-pura sibuk menulis sesuatu di dalam buku notanya.  Sesekali bertindak kejam begini seronok juga, bisik hati Iman.

Tingkah Iman menyebabkan tidak senang duduk Iqi dibuatnya. Asalnya tadi duduk bertentangan dengan Iman, kini Iqi sudah beralih ke sisi gadis itu pula. Dia tidak sabar-sabar hendak mendengar apakah maklumat lain pencuri hati itu. Kenapa Iman mendera perasaanya?  Ikutkan hati yang tidak sabar-sabar mahu sahaja dia menggoncang bahu Iman.

“Iman, apa dia?”  desak Iqi.

“Apa dia, apa?”  soal Iman semula.

Eh, main-main si Iman ni!  Iqi mendengus.  Dia menutup buku di depan Iman dan menarik buku itu lalu dipegang.  Kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Dia mesti tahu apa yang Iman tahu mengenai ‘Uyun Hannan itu. Jika Iman mengamuk, biarkan.  Jika Iman marah, biarkan.

“You jangan main-main boleh?”

“Mana ada I main-main.”

Tenang Iman menjawab.  Walaupun buku itu sudah dirampas oleh Iqi, Iman tetap tenang dengan pen hitamnya. Dia mengeluarkan sehelai kertas dari fail, dia mula menconteng kertas itu dengan lakaran sebuah robot yang mungkin akan digunakan untuk projek akhir dia dan Iqi atau mungkin juga sekadar lakaran kosong tanpa motif.

“Cepatlah I nak tahu pasal ‘Uyun Hannan.”

*****

Satu semester berlalu begitu sahaja. Kewujudannya di sini masih belum disedari oleh ‘Uyun Hannan barangkali. Mustahil gadis pencuri hati tidak menyedari kewujudannya walhal satu kampus mengenalinya, lainlah jika ‘Uyun Hannan itu bukan pelajar di sini. Kampus ini kecil sahaja hendak dibandingkan dengan universiti lain yang ada di bumi Malaysia ini, mustahil dia yang berperwatakan menarik ini tidak langsung menarik perhatian gadis itu.

Informasi daripada Iman tidak berguna langsung. Jangan-jangan Iman sengaja menipunya? Dia harus mencari Iman, kali ini dia tidak mahu sekadar mengambil tahu tetapi dia mahu Iman memberikan dia pertolongan. Iman yang paling berpotensi kerana Iman rakan sebilik ‘Uyun Hannan.

“Imannn...”

Langkah Iman mati di situ, dia melilau mencari-cari suara yang menjerit memanggil namanya. Siapakah gerangan yang menjerit seperti tarzan itu?  Dia tersengih apabila melihat Iqi sedang melambai-lambaikan tangannya. Oh, jadi inilah tarzan yang menjerit tadi. Tarzan yang sedang angau dengan Jane yang tidak berperasaan itu.

“What’s up?”

“I’m down! Iman, help me. Dia macam tak perasan je I kat sini.”

“Nak perasan apa kalau you tu setakat tersenyum-senyum, tersengih-sengih depan dia. Ada you tegur dia ke?” ujar Iman sambil bercekak pinggang dan mata yang terjegil.

Iqi menggeleng kepala.  Iman juga menggeleng kepala lalu mengeluh. Setahun pun belum tentu Iqi dapat mendekati ‘Uyun Hannan. Gadis yang mencuri hatinya ini tidak seperti gadis-gadis lain yang tergila-gilakan Iqi sehingga sanggup berhabis duit menghadiahkan dia itu dan ini. ‘Uyun Hannan seorang yang low profile. Dia teringat kata-kata rakan sebiliknya itu, ‘kalau dah ramai sangat yang sukakan dia, kita kenalah cari orang lain untuk kita suka’.

“Habis tu macam mana?”

“You tak respon persekitaran. You sukakan dia, you kena bertindak. Perempuan-perempuan yang sukakan you, apa yang mereka buat untuk tarik perhatian you? Ikutlah macam tu juga, barulah namanya usaha. Setakat tersengih macam kerang busuk, lapan belas tahun pun tak tentu lagi dapat tackle dia,”  balas Iman panjang lebar.
Terdiam sejenak. Iqi membuang pandangannya jauh-jauh sambil cuba mengingati apa yang gadis-gadis itu lakukan. Kepala yang tidak gatal digaru-garu perlahan.  Sesekali rambut yang cantik tercacak diusap-usap.  Hmm.. biasanya dia akan mendapat hadiah daripada mereka atau kadang kala dia mendapat kad ucapan yang agak jiwang.  Errkk.. nak kena buat macam tu ke?

“I kena bagi dia bunga?”

“You tahu bunga yang dia suka? Kalau dia allergic bunga macam mana?”

“I kena bagi dia coklat?”

“You tahu coklat apa dia suka? Kalau dia jenis yang tak suka coklat macam mana?”

“Habis tu?”

Akal seakan gagal berfungsi kala itu.  Tidak dapat berfikir langkah dan cara yang terbaik. Iqi mengeluh perlahan. Dia cuma tahu perempuan sukakan bunga. Dia cuma tahu perempuan sukakan coklat. Alamak, stereotype sungguh tanggapan dia tentang kesukaan perempuan.  Susah juga nak memikat perempuan. Selama ini dia tidak perlu bersusah payah memikat kerana mereka yang akan memikatnya.

“Usaha tangga kejayaan. You kena siasat apa dia suka apa dia tak suka, eh you ni tak pernah tengok TV ke?  Nak mengurat pun tak tahu, harap muka aje handsome tapi kayu.”

“I bukan kayulah. I cuma...”
“Cuma apa? Tak payah bagi alasan. Satu semester bukannya sekejap tau, tapi you tak bertindak pun. Naa, hari ini you bertuah! I tolong you. Nampak cup cakes tu?”

Iqi memandang ke arah jari telunjuk Iman.  Di hujung sana ada sebuah gerai menjual kek dan roti. Terdapat beberapa biji kek cawan comel di situ. Iqi tersenyum, kenapa dia tidak terfikir idea ini terlebih dahulu? Dia bangun dari tempat duduknya. Sebelum sempat Iman menurunkan ilmu memikat perempuan, dia terlebih dahulu dapat membaca fikiran Iman. Dia berlari ke gerai kek itu.

“Kak, bagi saya tiga biji cup cakes. Sebagai permulaan, akak bagi saya pen dengan kad kecil yang macam bendera tu.”

Seperti dipukau, kakak yang menjaga gerai itu memberi tiga keping kad yang dilekatkan pada lidi pendek. Sebatang pen hitam juga diberikan kepada Iqi. Tekun Iqi menulis sesuatu di atas kad kecil itu, ketiga-tiganya dengan ayat yang berbeza.  Bergeliga juga otak lelakinya hari ini.

“Sweet tak kak? Kalau si dia suka, setiap hari saya beli. Berapa kak.”

Selesai membayar harga kek cawan itu Iqi mencucukkan ketiga-tiga kek cawan tersebut dengan kad kecil yang ditulisnya. Ketiga-tiga kotak kecil itu dimasukkan ke dalam beg kertas lalu dibawa ke meja yang didudukinya bersama Iman tadi. Dari jauh dia tersengih-sengih memandang Iman.

“Macam mana, okay tak?”

Ketiga-tiga kek cawan itu ditunjukkan kepada Iman. Temannya tersenyum. Bijak. Jiwang juga si Imad Rizqi ini, puji Iman dalam diam. Tersenyum-senyum Iman membaca setiap tiga patah perkataan yang ditulis di atas kad-kad kecil itu. Boleh tahan manis ayat-ayat ini. Awak sangat cantik.  Awak sangat manis. Saya suka awak.  Iman mengangkat kedua-dua ibu jarinya.

“Macam mana nak bagi? I tak pernah tegur dia takkan tiba-tiba nak bagi ni dekat dia?” Iqi menyoal lagi.

“Bukan you yang akan bagi, I akan bagi. Esok you tunggu khabar gembira daripada I. Malam ini, lepas solat berdoalah dia sukakan cup cakes ni.”

Senyuman gembira terlukis pada wajah lelaki itu. Iman sangat membantu. Mungkin ini permulaan sebuah kisah cinta, siapa tahu? Iman menjadi orang tengah antara dia dan ‘Uyun Hannan yang tidak pernah teruja apabila berselisih dengannya. Satu-satunya gadis yang sekadar memandang dia dengan sebelah mata.  Tapi gadis itulah yang sentiasa terbayang di matanya, yang sering mengundang resah gelisah di hati lelakinya.

*****

“Hannan pergi mana tadi?”

“Pergi library. Kenapa Kak Iman?”

“Tak ada apa-apa. Hannan suka cup cake?”

“Sukalah juga. Kenapa?”

“Nah, untuk Hannan!”

Beg kertas di atas mejanya diberikan kepada ‘Uyun Hannan. Tiga biji kek cawan pemberian Iqi bertukar tangan. ‘Uyun Hannan membuka beg kertas tersebut. Ada tiga kotak. Kotak pertama dibukanya. ‘Awak sangat cantik’. Kenapa Kak Iman bagi aku cup cakes ni? Kotak kedua dibukanya. ‘Awak sangat manis’. Eh, ini sesi memuji ke apa ni? Dan kotak ketiga pula dibukanya. ‘Saya suka awak’. Alamak, ini pasti kek untuk memikat hati si gadis.

“Kenapa Kak Iman bagi kek ni pada Hannan? Secret admirer akak bagi dekat akak ni, takkan tak nak rasa?”

Hanya senyuman yang Iman berikan sebagai jawapan. Sekali lagi ‘Uyun Hannan bertanya barulah dia akan menjawabnya secara lisan. Buat masa ini biarlah dia main tarik tali dahulu.

“Kak Iman, orang tanya dia senyum-senyum pula. Kak Iman tak suka ke? Romantiknya dia ni, siap cakap saya suka awak lagi.”

“Sebenarnya ada orang bagi dekat Hannan. Dia cakap, Hannan dah curi hati dia. So dia bagi cup cakes ini supaya Hannan jaga hati dia elok-elok.”

Terus kelu lidah Hannan. Untuk dia? Siapakah gerangan yang sangat bermurah hari memberikan dia tiga biji kek cawan comel ini? Dia teruja dengan kek-kek comel dan berwarna warni ini. Dengan kata-kata manis pada kad kecil ini, dia seronok.

“Masa bila Hannan curi hati orang ni?” Soal ‘Uyun Hannan menyembunyikan perasaan gembira itu.

“Ermm.. entah bila hati orang tu diketuk dan tercuri tapi yang pasti memang daripada seseorang yang hatinya telah Hanna curilah.” Jawab Iman dengan senyuman simpul.

Berjaya.  Dia yakin ‘Uyun Hannan menerima pemberian ini.  Sekilas pandang, dia tahu ‘Uyun Hannan seronok mendapat kek cawan itu. Sedangkan dia sendiri ketika melihat kek-kek comel ini terasa hati berbunga-bunga. Mujurlah bukan untuk dia, mahu dia melompat-lompat girang menerima hadiah daripada lelaki pujaan ramai.

“Kak Iman, cakaplah siapa?”

“‘Uyun Hannan, siapa pun dia bagilah dia peluang. Kak Iman ada kerja nak buat ni. By the way, Imad Rizqi kirim salam.”

“Waalaikumsalam.”  Sepatah dijawabnya namun dalam hatinya ada getar yang melanda tatkala mendengar nama itu.  Imaq Rizqi!

Seketika kemudian, ‘Uyun Hannan mengeluh. Jadi bukan abang senior pujaan ramai tu yang bagi aku kek ni? Salah tekalah ni? Harus kecewa.  Dia menyimpan semula kek cawan itu. Hendak dimakan sayang, dia simpan sahaja di dalam peti sejuk kecil yang terdapat di sudut bilik yang dikongsi bersama senior ini. Mujurlah ada peti sejuk ini, bolehlah dia menyimpan kek cawan comel ini untuk tatapan sendiri.

“Tak happy ke ada orang kirim salam?”

“Lagi happy kak, kalau orang yang kirim salam tu yang bagi kek ni,” jawab ‘Uyun Hannan perlahan tetapi jelas pada pendengaran Iman.

Oh, begitu rupanya. Iman tersenyum.  Untunglah Imad Rizqi.  Rupa-rupanya pencuri hati ini turut menyimpan perasaan yang sama cuma dia sembunyikan daripada pandangan mata umum.  Pandainya ‘Uyun Hannan berlakon.

“Erk, Kak Iman...”

‘Uyun Hannan malu kerana terlepas cakap. Merah mukanya menahan perasaan malu yang teramat sangat. Akhirnya ada yang tahu perasaannya terhadap lelaki pujaan ramai itu. Kantoi sudah!

Ada hati juga rupanya?  Nak Kak Iman cakap kat dia?”

Cepat-cepat ‘Uyun Hannan menggeleng kepala.

“No. Kak Iman please, dia pujaan ramai. Hannan tak nak kecewa, kalau dia sukakan Hannan dia akan dapatkan Hannan.  Bukan perigi cari timba.”

Sambil tersenyum, Iman mengangguk tanda faham. Baguslah. Hannan masih baru di sini dan Iqi juga sudah hampir menamatkan pengajiannya. Jika benar Iqi serius hendak berkasih dengan Hannan, dia harus berusaha. Iman berjanji dengan ‘Uyun Hannan, rahsia ini akan dia simpan selama-lamanya.

“You can count on me.”

“Thanks.”

*****

Seminggu lepas Iman yang memberikan dia kek cawan itu, hari ini ada seorang rakan sekampus pula yang memberikan dia kek cawan yang comel mungkin dari kedai yang sama kerana baunya sama seperti yang minggu lepas. Kali ini cuma ada dua biji sahaja. Satu daripadanya tertulis ‘saya suka awak’ manakala yang satu lagi pula tertulis ‘awak suka saya?’ Tulisan pada kad ini sama seperti tulisan di atas kad pada kek cawan yang Iman berikan kepadanya. Tentu orang yang sama.

“Hai dapat kek, sedapnya.  Nak sikit.”

Iqi tersenyum manis ketika menyapa ‘Uyun Hannan. Kali ini dia melangkah maju setapak ke depan. Sebelum ini dia hanya berani tersenyum tetapi hari ini dia memberanikan diri menegur gadis pencuri hati itu. Sampai bila dia hendak menggunakan kuasa senyuman sahaja? ‘Uyun Hannan tidak cair dengan senyumannya.  Gadis ini ternyata memang berbeza.

“Eh, abang Iqi.  Nak ke?  Okay, ambillah.  Hannan belanja.”

Setenang air di kali, ‘Uyun Hannan memberikan sebiji kek cawan kepada Iqi. Mahu tak mahu Iqi terpaksa mengambilnya juga. ‘Saya suka awak’.  Kek yang mempunyai kad itu diberikan kepada Iqi. Dia tersenyum lantas meninggalkan Iqi terpinga-pinga. ‘Uyun Hannan tidak berpaling malah semakin laju mengejar teman-temannya yang sudah jauh di depan.

Kek cawan itu dipandang kosong. Hati Iqi berasa sebal.  Inikan kek pemberian dia kepada ‘Uyun Hannan masakan dia mahu mengambilnya semula.  Ah, kenapa gadis ini tidak memahami bahasa tubuhnya? Kenapa ‘Uyun Hannan tidak mengerti isyarat senyuman yang sangat berbeza daripada senyuman-senyuman yang pernah dia lemparkan kepada gadis-gadis yang tergila-gilakannya?

“You dapat kek?  Wow, saya suka awak.  Sweetnya, awek mana pula bagi you ni?”

Suara ceria Iman menyapa telinga Iqi. Dia mengeluh. Dengan perasaan kecewa dia hanya menjuihkan bibirnya ke arah ‘Uyun Hannan yang sudah semakin menghilang. Mulut Iman membulat. Ooo...

“Dia bagi you? So sweet.”

“Tapi ini kek yang I bagi kat dia.”

Tergelak Iman mendengar jawapan itu. Dia menggeleng kepala, kalaulah Iqi tahu apa yang dia tahu pasti senyuman Iqi melebar saat ini. Biarlah rahsia. Dia akan memberi pembayang kepada Iqi agar terus berusaha, namun tidak sekali-kali dia akan membocorkan rahsia ‘Uyun Hannan. Go for it, Iqi.

“Makan ajelah. You anggap je dia luahkan perasaan dekat you,” ujar Iman positif.

“Mana boleh macam tu.”

“Eh, boleh je.  Kalau you tak nak makan, simpan! Atau bagi pada I ajelah, I memang lapar ni.”

Mendengar kata-kata Iman, cepat-cepat Iqi menggigit kek tersebut. Daripada Iman yang makan, lebih baik dia sahaja yang makan. Anggap sahajalah ‘Uyun Hannan memberikan dia kek cawan ini dengan perasaan yang sama seperti dia. Sekejap sahaja Iqi sudah menghabiskan kek cawan itu, Iman tersenyum sambil menggeleng kepala. Teruk dah kawan aku sorang ni!  Memang angau tahap gorgon dah.

“Sorry, I dah makan.”

“Kedekut!”

*****

Tepat pukul sepuluh malam Iman dan ‘Uyun Hannan melangkah masuk ke kawasan kolej kediaman. Malam ini Iman beriya-iya mengajak ‘Uyun Hannan menemaninya makan malam bersama, kebetulan rakan sebilik itu juga tiada apa-apa rancangan dengan rakan-rakan lain. Iman tersenyum menang. Mengajak ‘Uyun Hannan keluar makan bukan sebab utamanya, tetapi ada agenda rahsia di sebalik makan malam itu.

Berkali-kali dia mencuba, tetapi baru kali ini menjadi.  Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Dia sudah membantu sahabatnya separuh jalan, apa salahnya dia teruskan beberapa langkah lagi.

“Eh, sejak bila pula ada orang melepak kat pondok tu?”

“Mana?” Soal Iman sambil tercari-cari kelibat orang yang dimaksudkan.

Jari telunjuk ‘Uyun Hannan menunjuk tepat ke bawah pondok berhampiran kolej kediaman mereka. Iman hanya tersenyum, dia mengangkat bahu tanda tiada jawapan kepada soalan itu. Mereka berdua terus berjalan ke kolej kediaman yang semakin hampir. Sambil itu masing-masing memasang telinga mendengar petikan gitar dari situ.

“Hai Iman, hai Hannan.”

Seseorang menyapa mereka. Iman menarik tangan ‘Uyun Hannan mengajak gadis itu berhenti bersamanya. Mereka sama-sama berhenti mencari-cari gerangan suara siapakah yang menegur mereka tadi. Seseorang melambaikan tangan sambil tangan sebelah lagi sedang memegang gitar. Iman tersenyum meleret dan menarik semula tangan ‘Uyun Hannan untuk singgah ke pondok tersebut.

“You ke, I ingatkan kutu manalah buang tabiat melepak kat sini.”

“Sampai hati you, macam ni punya segak bergaya you cakap kutu?”

‘Uyun Hannan tumpang tersenyum.  Dia berdiri tegak di situ menemani Iman yang singgah bertegur siapa dengan rakan-rakan sekelasnya. Keempat-empat mereka adalah rakan sekelas Iman, tidak mustahillah Iman akan berlama-lamaan di sini lagipun masih ada satu jam untuk pagar dikunci.  Hati yang berdegup kencang ketika melihat wajah tampan Imad Rizqi disimpan kemas.  Tidak mahu sedikit pun terpamer perasaan itu.  Malu oi kalau orang tahu!

“You all kenal dengan Hannan, kan? She’s my roommate. Nyanyilah satu lagu untuk junior kita ni.  Come on, tunjuk bakat terpendam tu.”

‘Uyun Hannan disuruh duduk di atas bangku yang sedia ada. Iman sudah duduk di sisi Iqi yang asyik memandang ‘Uyun Hannan. Gitar di tangannya dipetik, sumbang. Dia tersengih apabila melihat ‘Uyun Hannan tersenyum mengejek. Apabila berdepan dengan ‘Uyun Hannan, Iqi akan diganggu perasaan gementar.

“Lagu ni I tujukan kepada adik yang cantik dan manis ni. ‘Uyun Hannan, ikhlas dari sudut hati abang yang paling dalam. Takkan Pisah, nyanyian asal Eren.”

Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa, ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku

Petikan gitar mula mengkhayalkan. ‘Uyun Hannan terbuai dengan alunan suara Iqi. Walaupun penyanyi asalnya perempuan, namun Iqi dapat membawakannya dengan baik. Tidak sangka Iqi pandai bermain gitar. Wajahnya masih tenang, namun hatinya berdebar-debar. Terasa seperti ada angin bertiup lembut dan membuai perasaannya. Sayang, aku ingin berbicara kepada mu tentang apa yang ku rasakan. Wow, kalaulah Iqi benar-benar bermaksudkannya.

“Best suara kawan kami kan?” bisik salah seorang sahabat Iqi yang duduk paling hampir dengan ‘Uyun Hannan.

“A’ah, Hannan setuju. Abang Iqi memang pandai menyanyi. Abang-abang pun mesti pandai juga, kan?” jawab Hannan separuh berbisik juga.

Bila nanti orang tuamu tak meredhai dengan
Apa yang ku rasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitu juga orang tuaku
Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah sayangku
Janjimu janjiku untukmu
Takkan ada yang pisahkan kita
Sekalipun kau telah tiada
Akan ku pastikan
Ku kan memeluk menciummu di syurga

Mata Iqi asyik memandang ‘Uyun Hannan yang tetap dengan pendiriannya. Langsung tidak menunjukkan riak teruja mendengar lagu yang Iqi dendangkan untuknya itu. Sesekali ‘Uyun Hannan asyik dengan telefon bimbitnya. Iqi kecewa dalam diam. Mujurlah lagu ini pendek sahaja. Dia menghabiskan juga rangkap yang terakhir dengan petikan gitar yang semakin perlahan dan sayu kedengaran.

Jangan kau pergi tinggalkan aku
Bawa aku ke mana kau mahu
Janji ku padamu jiwa dan ragaku
Mati pun ku mahu

“Wow, tak sangka abang Iqi pandai menyanyi.  Masuklah program realiti TV nanti Hannan undi abang,” ujar ‘Uyun Hannan sambil bertepuk tangan.

Ketika ‘Uyun Hannan sedang tersenyum, Iqi pula tidak. Wajah manis Iqi hilang. Kenapa? ‘Uyun Hannan masih dengan wajah selambanya. Dalam hati terdetik satu soalan, kenapa tiba-tiba Iqi kelihatan marah? ‘Uyun Hannan memandang Iman tetapi ketika itu Iman sibuk bermain telefon bimbitnya kemudian dia kembali memandang ke Iqi yang sedang sibuk dengan gitarnya.

“Thanks I jalan dululah Iman. Jumpa you esok,” balas Iqi.

Berdesup Iqi melompat ke atas motosikal berkuasa tingginya.  Gitar yang telah disimpan ke dalam beg khas itu digalas di belakang. Berderuman enjin motosikal kesayangannya itu meninggalkan mereka. Asap-asap putih berkepulan di udara.  Dia menghilang tanpa sekali pun berpaling ke belakang.

“Hannan ni memang takde perasaan ke? Kan dia nyanyi untuk Hannan tu. Pujilah special sikit,” sampuk seorang lagi sahabat Iqi mengembalikan Hannan ke alam nyata.

*****

“Cik ‘Uyun Hannan.”

‘Uyun Hannan berpaling. Seorang lelaki sedang berdiri dibelakangnya. Dia tersenyum kepada lelaki yang memanggil namanya itu. Selepas malam yang buat pertama kalinya dia melihat wajah Iqi bermuram durja, inilah kali pertama dia bertemu semula dengan Iqi. Seperti biasa dengan muka poyo yang kononnya tidak teruja bertemu jejaka pujaan jelitawan kampus ini, ‘Uyun Hannan membalas sapaan lelaki itu dengan mesra.

“Ya ada apa, abang Iqi?”

“Untuk Hannan, ambillah. Awak sangat cantik, awak sangat manis. Saya suka awak. Awak suka saya?”

Beg kertas yang dihulurkan oleh Iqi tidak disambut.  Dia mengerutkan dahinya sambil menggaru kening yang tidak gatal. Beg kertas ini seperti pernah dilihatnya. Ayat-ayat itu seperti selalu dibacanya. Dia memandang ke wajah Iqi yang redup dengan seribu satu persoalan. Jangan-jangan Iqi juga posmen karat seperti Iman dan seorang lagi rakan sekampus?

“Kalau orang lain yang bagi pada Hannan, cepat je Hannan ambil tapi bila abang bagi sendiri Hannan tak ambil pun tapi buat dek aje. Hannan tak pernah cari siapa yang bagi cup cakes tu pada Hannan, padahal dekat kotak tu pun ada jawapan tak payah google kat internet pun,” omel Iqi dengan senyuman kelat.

Iqi melangkah laju meninggalkan ‘Uyun Hannan yang masih terpinga-pinga. Dia mengambil beg kertas tersebut dan cepat-cepat meninggalkan kampus. Dia harus pulang ke asrama. ‘Hannan tak pernah cari siapa yang bagi cup cakes tu pada Hannan, padahal dekat kotak pun ada jawapan’. Suara Iqi masih kedengaran pada telinganya, masih mengulangi ayat yang sama.

Agak jauh juga perjalanan ke asrama. Mujurlah masih di dalam kampus. Berjalan kaki pun boleh sampai tetapi penat sedikitlah. Dia tidak peduli, sementara masih bertenaga dia harus cepat sampai ke bilik. Kotak-kotak kek cawan yang masih disimpan itu harus dibelek semula. ‘Uyun Hannan terus berlari memanjat tangga ke biliknya di tingkat tiga.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Kenapa ni? Kena kejar dengan hantu siang?” Iman sempat berseloroh.

“Kenapa Kak Iman tak cakap kek comel tu semua abang Iqi yang bagi?”

“Kak Iman ingat Hannan tahu. Dekat kotak tu kan ada tulis nama dia.”

Hah, Kak Iman pun tahu pasal nama pada kotak? Hampir menangis dibuatnya. Dia menyelongkar mencari kotak-kotak yang masih disimpan. Dia membelek di setiap ruang yang ada. Di mana nama yang dimaksudkan? Tak ada pun.

“Mana nama dia?”

Rabun ke budak ni? Terbentang terang-terang nama Imad Rizqi di situ. Iman merampas kotak itu dari tangan ‘Uyun Hannan. Dia mengambil pen merah lalu membulatkan nama Iqi agar ‘Uyun Hannan yang sedang menggelabah ini lebih mudah melihat nama tersebut.

“Ya Allah, kenapa Hannan tak perasaan langsung?”

“Jual mahal sangat memanglah tak perasaan.”

*****

“Abang, jaga diri baik-baik tau. Jadi kekasih abang kenangan terindah dalam hidup Hannan. Insya’Allah umur panjang, Hannan sanggup jadi suri hati abang sampai hujung nyawa.”

Hampir dua tahun mereka menyulam kasih. Semester akhir Iqi, ‘Uyun Hannan mengaku menyukai dan menyintainya, oleh kerana dia yang selalu jual mahal sudahnya dia yang melamar Iqi untuk menjadi kekasihnya di depan Iman. Apabila teringatkan kenangan itu, dia pasti akan tersenyum sendiri. Sehingga sekarang dia menjadi bahan usikan Iman.

“Hannan yang kena jaga diri baik-baik. Hannan nak pergi ke tengah laut, bahaya.”

“Samalah. Tengah laut ke darat ke udara ke, semua bahaya. Abang yang dekat darat ni lagilah terdedah dengan bahaya.”

Iqi tersenyum. Genggaman tangan mereka lepaskan. Mereka saling berhadapan. Iqi membelai pipi kekasihnya. Sepanjang mereka berpacaran, ini kali pertama dia bertindak begini. Ikutkan hati dia mahu memeluk dan mencium gadis pencuri hati yang berdiri di hadapannya itu untuk menunjukkan betapa dia sayangkan kekasihnya itu tetapi dia masih berakal.

“Okay. Hannan, abang sayang dan cinta Hannan seikhlas hati abang. Abang tak sabar nak jadikan Hannan isteri abang. Harap-harap Hannan pegang janji, lepas balik nanti kita bertunang.”

Tangan Iqi di pipi dipegang dan dikucup. Iqi terkejut dengan perbuatan itu. Selama ini Hannan hanya mengizinkan mereka berpegangan tangan. Katanya, berpegangan tangan pun sudah cukup berdosa inikan pula berpeluk cium. Tapi hari ini, Hannan mencium tangannya. Panas mukanya menahan perasaan.

“Insya’Allah, kalau panjang jodoh kita mesti kita akan bersatu. Abang akan tunggu Hannan balik, kan? Jangan curang tau?”

Tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk. Bergegar jantung Iqi saat itu. Aliran darah laju menyerbu ke muka. ‘Uyun Hannan peluk aku? Biar betul! Antara berani dan tidak, tangannya turut membalas pelukan itu dan ‘Uyun Hannan membiarkannya.

“Demi Allah, hanya aku cinta kau seorang,” perlahan bisik Iqi ke telinga ‘Uyun Hannan sambil tersenyum.

*****

“Maaf encik, buat masa ini kami masih belum menemui mangsa yang encik maksudkan itu.”

Iqi terduduk di atas pasir pantai. Matanya merah dan berair. Seminggu yang lalu dia menghantar ‘Uyun Hannan dan keluarganya ke KLIA, pagi tadi dia sendiri terbang ke sini dengan penerbangan dari lapangan terbang yang sama. Berita bot yang digunakan oleh ‘Uyun Hannan dan keluarganya karam selepas berlanggaran dengan batu di sebuah pulau membawa doa ke sini.

“Encik, kami akan teruskan gerakan mencari walaupun hanya dia seorang yang kami belum temui. Buat masa ini kami kena uruskan jenazah mangsa yang sudah kami temui.”

Iqi meraup wajahnya. Dia memandang abang sulung ‘Uyun Hannan yang sedang menangis di sisi mayat ibu dan ayah serta dua adiknya yang lain. Sekelip mata dia kehilangan ahli keluarganya. Semua keenam-enam mangsa yang ditemui tidak bernyawa. Pemandu bot dan pembantunya juga turut terkorban.

“Iqi, sudahlah tu.  Kita tolong abang Uwais.  Kesian dia.”

Mujurlah ada Iman yang kebetulan bekerja di sini. Dengan bantuan Iman dia mendapat hotel untuk bermalam. Mungkin dengan bantuan Iman juga dia akan membantu Uwais menguruskan jenazah-jenazah ahli keluarganya. Lambat Iqi bangun dan melangkah ke arah Uwais.  Kesedihan Uwais lebih besar berbanding dia.

“Abang Uwais...”

“Iqi, kau kena tolong abang. Abang tak tau nak buat apa dah.”

Uwais memeluk Iqi sambil menangis manakala Iman terlebih dahulu membuang pandangan ke tempat lain sambil menyeka air matanya. 

Saat itu Iqi menjerit di dalam hati, SAYANG, DEMI TUHAN AKU INGIN KAMU!!!!!!!




*******************************

Dah baca??? So macam mana?  Ce komen sikit ... 

~ Lots of Luv ; Kak Yus ~

19 comments:

  1. huuuu...kesian Iqi.... ku ingin kamu! mcm mana la sy nk hadapi klw bnde ni trjadi pd sy..sob2..

    pe2 pn tahniah kak Far Away. kak farah mmg berbakat.. thumbs up!

    ReplyDelete
  2. cerita tak sampai maksud tajuk.
    takde point.
    takde klimaks.
    mendatar.

    maaf ye, tp itu pendapat sy yg membaca.

    ReplyDelete
  3. Menarik...menarik. Rasa2nya, Iman tu ada chance tak replace tempat Hannan? Hihihihihihihi....

    Kak Yus sekarang siap dah ada pelapis. Cayalah Kak Yus

    ReplyDelete
  4. saya budak baru belajar, :) nanti saya betulkan yang tak sampai akan saya sampaikan... takde point saya akan adakan, takde klimaks saya akan klimakskan... thanx, saya menerima segala pendapat (+ve @ -Ve)sebab saya bukan penulis profesional... saya akan belajar dari kesilapan...

    ReplyDelete
  5. to my dearest sis far away a.k.a Kertas Kosong.. ini pulak pndpt akk..

    intro yg dh best, tgh2nya yg pd akk agak suam tp ending yg terkejut jugak, even not very deep in details.. sor, jgn kecik ati.. akk tau betapa jerihnya nk memerah idea, sbb akk pon xpndai2..

    papepun, mmg best.. *klo ada akademi novelia, ku mahu mohon jd juri.. apakah akan diperkenankan???

    ReplyDelete
  6. ats2 tu ok da..ttbe ada scene pgang tgn la, cium2 la, peluk2 la...potong yg tu..nak jugak msukkan mksiat ni

    ReplyDelete
  7. best kak!! thumbs up! like it so much!

    ReplyDelete
  8. sis kisahkasihkita:: oh takpe, sis fara tak kecik hati... ape2 pun thanx bg komen, budak baru belajar memang patut kne ajar :)... hehe kalau tak bagitau mana nak tau kan kat mana salahnya...

    anonymous:: pasal maksiat tu, maaf itu khilaf fara... insya'Allah fara akan betulkan...

    ReplyDelete
  9. x berapa best bila ada part pegang tangan b4 kahwin.. sangat annoying dan mengelikan..harap boleh ubah..citer dah best ,tp spoil kat part tue laaa...:))

    sebagai penulis ,why not kita terapkan ajaran islam, tak salahkan..

    ReplyDelete
  10. First of all.. terima kasih kepada Kertas Kosong krn sudi menyahut cabaran Kak Yus.. bagi k.yus, garapan n gaya bahasa Fara mmg bagus.. dlm belajar, jgn pernah kenal erti penat n lelah, erti beralah n putus asa ye dik.. keep up, u r good!

    Rien ~ mmg citer ni ending sedih, err standard la kak yus, cerpen mesti mau yg sentap2..hehe

    Fatin Liyana ~ sampai jugakan feel tu kat Fatin.. mmg Fara berbakat besar, gilap lagi mesti superb.

    Aziela ~ hehehe.. ada yg sudi, k.yus 1000x sudi.. suka bila melihat ada bakat2 terpendam yg mampu digilap.. klu kita dpt bantu, kita bantulah apa yg terdaya.. Luv Aziela ..

    KKKK ~ walau pun Fara ni baru, tp K. Yus percaya praktis yg berterusan mampu mengembangkan bakat Fara..

    Wani & Naisma ~ sedih ker?? sambung?? alamak...hehehe

    Nad Nadhirah ~ mmg 2 thumbs up utk Fara..


    Anonymous 1, 2 & 3 ..
    Mula2 sekali, terima kasih sudi komen.. tp k.yus mohon lebih manis lain kali klu komen letak nama ye sayang2.. senang sikit nak quote utk menjawab dan rasa lebih ikhlas komen anda tu bila ada penama ..

    As for tak sampai maksud tu, bg k.yus.. mmg begitu jalan cerita yg k.yus mahu.. Tajuk tu sebenarnya luas pemahamannya (bg k.yus lah)..tp setakat yg k.yus expect, Fara dah mencapai apa yg k.yus nak.. mgkin standard k.yus tak setaraf dgn standard anda yg lebih tinggi ;)..

    As for bab pegang2, peluk2.. hmmmmm.. insyaAllah akan lebih teliti dlm bab2 ini.. (mgkin penulis menulis mengikut apa yg dilihat hari ini -- tp tak lupa juga ada note2 kat situ yg menjelaskan perbuatan tu salah-- boleh refer balik ayat2 Fara)

    Apa pun.. terima kasih utk semua komen ye..

    terima kasih daun keladi..
    sila singgah lagi lain kali..


    ReplyDelete
  11. :) takpe fara super cool... setiap yang salah mesti akan ada pembetulan, Insya'Allah fara try buat Aku Ingin Kamu versi lebih islamik...

    ReplyDelete
  12. Salam. cerita mula2 sgt best... hingga sy baca part yang second last kot. part Hannan nak kena pegi laut tu... pada pendapat saya (sorry ye, kalau cik penulis marah) perbuatan Hannan & Iqi yang berpegang-pegangan dan berpelukan tu tak selari dengan kata-kata yang menggunakan nama Tuhan. ada org komen dah ye... heee... rasanya Fara tak pyh susah2 buat yang versi islamik pulak, cuma just edit bahagian yang tu. itu pun dah ok...

    ok... all the best for future~ :)
    Menulislah Kerana Allah. :)

    ReplyDelete
  13. aha cik n.haliban =)

    versi islamik tu maksudnyer just buangkan adegan2 maksiat tu je lah... hehe... ala hasil kerja fara, fara patut betulkan... dah kesilapan haruslah diperbetulkan... :) thanx kerana komen anda

    ReplyDelete
  14. Salam...menarik cerita ni...smga penulis akan terus berusaha utk perbetulkn ape yg kurang....komen pbaca bagus utk pemantapan penulisn di lain kali...

    ReplyDelete
  15. Best. Agak terkejut dengan ending nya. Yang bab peluk and cium tu saya pun kurang berkenan hehe. But, goodjob sis. Orang lain belum tentu lagi boleh buat. So, keep fighting! ^_^

    ReplyDelete
  16. Cerpen kertas kosong sangat best..
    Tpi kecewa ending cerpen tu macam tu jer..
    Ingatkan iqi jumpalah semula dengan hannan and so on..
    Sy pn kurang stuju bab pegang tangan,peluk n cium sebelum nikah..urg..geli..
    Pepun..keep it up..Sy akn selalu ringan tangan untuk masuk page kak yus n kak far away..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com