Wednesday 17 October 2012

Sengketa Cinta ~ 8


          

      Sarapan terakhir mereka pagi itu di Cherating penuh dengan gelak ketawa para peserta.   Seronok sakan mereka dapat melepaskan perasaan setelah lelah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dirancang.  Memang seronok tapi memenatkan pun ada juga.  Stress pun ada apabila terpaksa duduk berjam-jam di dalam dewan mendengar berbagai taklimat.  Iyalah, jiwa muda bukan minat sangat dengan program-program bual bicara dan forum ni. 

Cuba bagi program yang lasak-lasak sikit, bukan kata seminit, sekelip mata je dah berteraburan mereka serbu.  Contoh paling baik, aktiviti ‘Tresure Hunt’, bukan main lagi tekun dan asyik mereka mencari harta karun yang disorok.  Harta benda pula bukanlah harta yang sebenar-benarnya, seliparlah, kasutlah, malah bantal busuk fasilitator pun ada juga termasuk dalam senarai.  Tukang soroknya pula siapa lagi kalau bukan geng-geng Fayyad yang memang berhantu suka menyakat orang tu.

            Pihak resort dengan baik hati telah menyediakan satu ruang khas di cafeteria mereka yang cantik menghadap laut lepas untuk program akhir mereka pagi itu.  Sambil santai-santai bersarapan dapat pula menikmati dendangan lagu-lagu oleh para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke.  Masing-masing berlumba-lumba hendak menunjukkan bakat terpendam mereka.  Tak kiralah suara tanpa rupa ke, rupa tanpa suara ke, yang suara ala-ala guruh di langit ke, pitching lari ke laut ke, rumah flat ke, rumah teres ke, semuanya sibuk hendak mempamerkan skil.  Lantaklah, yang penting hati mereka seronok dan happening.

            Apa yang pasti, Azzalea hanya menjadi pemerhati sambil menikmati sosej bakar, red bean, salad buah-buahan serta kuih muih yang telah diletakkan penuh sepiring oleh Fayyad sebentar tadi.  Bukan takat satu piring, dah dua tiga piring pun terhidang di hadapannya.  Mamat ni memang tak patut, ada ke sebanyak ini makanan yang dihidangkan untuk aku, rungut Azzalea sendiri sambil mengerling semua juadah yang sememangnya sedap-sedap tu. 

“Wah, badan kecil je Kak Lea, tapi makan banyak,” usik Azli salah seorang peserta yang kebetulan duduk berhampiran meja Azzalea.  Muncung Azzalea semakin memanjang.

“Eii, ini kerja Abang Fayyad kamulah, ada ke ambil banyak-banyak macam Kak Lea ni Alam Flora pula.”  Jawapan Azzalea sudah mengundang tawa adik-adik yang duduk di meja berdekatan.  Malah senyuman serta muka tak bersalah Fayyad yang sedang menuju ke arahnya dikerling tajam.  Geram!

Sesi memanaskan suara bermula dengan penyertaan Abang Ilham.  Masing-masing tertawa geli hati mendengar suara dan pitching Abang Ilham yang dah seharusnya lari ke laut tu.  Tapi sifat sporting yang ditunjukkan itu yang lebih diambil kira.  Kalau hendak diambil kira, suara Abang Ilham memang agak besar dan garau tapi oleh kerana hendak memberi sokongan, sanggup Abang Ilham menguji bakat terpendam yang sememangnya harus dipendam sahaja. 

Fayyad pula tak henti-henti memujuk Azzalea menyertai pertandingan tu, tapi ditolak mentah-mentah.  Matlamat utama bukan untuk menang pun, sekadar suka-suka dan melepaskan stress.  Riuh rendah dan gamat suasana apabila masing-masing mula buka mulut mendendangkan lagu-lagu pilihan.  Bertambah gamat apabila lima enam orang pelancong asing yang turut menginap di resort itu juga turut menjadi penonton mereka.  Siap merakam gambar-gambar adik-adik belia yang semangat menyanyi.  Hendak ketawa pun ada Azzalea dibuatnya.  Bukan apa, melihatkan wajah pelancong-pelancong yang bukan main lagi seronok melayan irama muzik dan lagu yang dinyanyikan tanpa sepatah pun memahami lirik lagu-lagu itu. 

~ gambar hiasan ehh.. utk yg tak pernah jumpa kuih akok; inilah rupa dia.. ada kaler ijau jugak tau.. yg kedut2 pun ada..

            Sambil melayan alunan irama Azzalea menjamah satu persatu kuih yang terhidang.  Sedap juga kuih muih ni, lebih-lebih lagi bila ada kuih akok sama.  Dia mengintai di meja bersebelahan namun tak ternampak pula kuih akok di mana-mana meja. 

“Ko intai apa Lea?” soal Dirah yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelah Azzalea.

“Hish, kus semangat.  Nasib baik tak gugur jantung aku ko ni.  Lain kali bagilah salam dulu.”

“Iyalah makcik.  Assalamualaikum, aku tanya ko intai apa?  Aku nak minta kuih akok ko ni satu.”  Seloroh Dirah lalu panjang tangannya mencapai kuih akok yang tersusun cantik di atas piring.

“Aku dok intai kuih akok ni lah tadi.  Aku perhatikan kat meja orang lain tak ada, kat atas meja aku je adanya pun.”

“Hah, tau pun ko.  Sebab tu la aku rela mencemar duli singgah kat meja ko ni, sebab nak kuih akok ko ni lah beb.  Untuk pengetahuan ko, memang kuih ni tak ada dalam menu sarapan pagi ni, encik Abang Fayyad ko yang penyayang lagi pemurah dan baik hati tu sanggup redah Kg Sungai Ular kat depan tu pagi-pagi buta semata-mata nak mencari kuih kegemaran ko ni,” balas Dirah laju dengan mulut yang penuh.  Huh, tak senonoh betul kawan aku nih!

“Biar betul, mana ko tahu?”

“Dia tanya aku malam tadi, aku bagi tahulah yang ko suka makan kuih ni.  Agaknya kalau makcik yang jual sata tu buka kedai dia pagi-pagi ni, harus dengan makcik sata tu pun dia borong sama.”

“Banyaklah ko punya borong.  Hah, kalau dah makan tu ingat-ingat sikit kuih orang ye, jangan buat macam kuih sendiri,” tempelak Azzalea disambut dengan sengihan Dirah.  Kalau orang lain mendengarnya memang kasar cara mereka berdua bergurau, tapi itulah mereka.  Tak pernah ambil hati pun dengan gurauan kasar sebegitu. 

Sedang enak menjamu selera dan mata, tiba-tiba Azzalea tersedak kecil.  Hampir tercekik sebenarnya apabila terdengar namanya disebut-sebut.  Cepat-cepat dia meneguk air sejuk yang terletak di hadapannya.  Aduhai, kenapa pula namanya menjadi topik pula.  Nak kata ada tajuk lagu nama Azzalea, tak pernah didengarinya pun.  Kalau rancangan drama petang-petang kat TV3 tu adalah. Matanya terarah ke hadapan pentas kecil yang menempatkan peserta yang bertanding.  Mata yang bulat semakin membesar apabila terpandangkan Fayyad yang sedang tersenyum bersama mikrofon di tangan.  Huh, memang handsome mamat ni tapi suara tak tau lah kan

“Cik Azzalea, lagu ini untuk kamu,”  ujar Fayyad lalu mengalunkan bait-bait lagu mengikut irama muzik yang dimainkan.

Setiap ada kamu
Mengapa jantungku ini
Berdetak lebih kencang
Seperti genderang mau perang

Setiap ada kamu
Mengapa darahku mengalir lebih cepat
Dari hujung kaki ke hujung kepala
Otakku berpikir
Bagaimana caranya
Untuk berdua bersama kamu

Aku sedang ingin
Bercinta
Kerana mungkin ada kamu di sini
Aku ingin ..

            Walawei, darah panas sudah menyirap ke muka menjadikan wajah Azzalea merah padam.  Siulan adik-adik belia dan rakan-rakan sepersatuan saling mengusik Azzalea menjadikan dia lebih tidak tenteram.  Hadoi, jiwang la sangat pakcik ni, tapi suara memang boleh tahan.  Tak tahu pula yang Fayyad mempunyai suara yang bagus selari dengan rupa parasnya.  Inilah yang dipanggil suara ada rupa pun ada.  Pakej lengkap ni, kalau jadi artis sah-sah Azzalea gigit kuku.


****************************

Hmmm.. untuk kesayangan kak yus yg mengikuti cerita si Fayyad & Azzalea ni, insyaAllah kak yus akan mula mempost lebih byk n3 .. sedang berusaha menyiapkannya.. harap terhibur.  Maaf atas kekurangan kak yus ye.. 

Lots of luv.. ~ Kak Yus ~

4 comments:

  1. I like... dan kalau entry lebih panjang lagi, lebih best....

    ReplyDelete
  2. Anonymous.. terima kasih. Mmg bab ni agak pendek.. insyaAllah lepas ni k.yus bg n3 yg agak panjang sikit ye.. yg ni mmg dlm 6 @ 7 m/s je..

    ReplyDelete
  3. Saya asyik menyengihhhh jer baca entry nie Kak Yus. Tq..tq...sukaaa!

    ReplyDelete
  4. hahahaa Aziela.. bab2 lepas ni takut tak leh sengih nanti.. ;)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com