Sunday 25 November 2012

CONTEST II BIAR CINTA BERTABURAN



Salam & Selamat pagi  sayang2 kak yus...

Nampaknya Contest II BCB kita telah pun selamat ditutup malam tadi jam 12.02 minit bersama 22 penyertaan.  Alhamdulillah... sesuatu yg sangat mengkagumkan kak yus.. masih ramai yang sudi participate n bersusah-susah membelek semula BCB untuk join contest ni.


Kenapa ye Kak Yus wat Contest II BCB ni?  Hurmmm... jawapannya yang pasti .. Kak Yus nak tahu sesangat, adakah sayang-sayang Kak Yus dapat 'sesuatu' daripada kisah Emeer & Ayesha ni .. selain daripada rasa rindu pada budak duorang tu .. Errr.. agak2 kalau wat BCB II ok tak??? heheheheee... ** hek eleh, perasan je kan.... ^_^


Okey, kat bawah ni Kak Yus copy paste semua penyertaan untuk tatapan sayang2 Kak Yus.. andai ada nama yang tertinggal, silalah bagi tahu Kak Yus ye..

Hadiah2 yang ditawarkan:

1. Hadiah Pertama 
~ Handbag (tajaan Fahariza)
~ Novel Gurauan Berkasih Eliza AB @ Ros Ab
~ Selendang Pashmina (tajaan Puan Yati)

2. Hadiah Kedua
~ Tudung Bawal Sulam
~ Novel Gurauan Berkasih Eliza AB @ Ros Ab

3. Hadiah Ketiga
~ Novel Gurauan Berkasih Eliza AB @ Ros Ab





4. Hadiah Keempat


~ Selendang Pashmina (tajaan Puan Yati)




** semua penyertaan akan dapat sourviner drp kak yus ..In Sha Allah .. 


** Terima kasih kepada pihak yg sudi menaja hadiah, Fahariza Eza, Puan Yati dan Adik Zahir.. jasamu dikenang..





Nama2 PEMENANG akan diumumkan pada Hari Jumaat (30/11/12) antara jam 9 - 10 malam.  Kak Yus akan umumkan di facebook dan juga di sini.  Hehehe.. rajin2 le jengok sini ye...


JOM BACA PENYERTAAN YG SUNGGUH MENGKAGUMKAN INI..


1.     Bica Bie

BAB 40 ~ BAB INI MENCERITAKAN AMEER YANG PERANGAINYA BERUBAH DAN MENJADI RAPAT DENGAN NOUREEN SEPUPUNYA.AMEER TELAH DISIHIR OLEH NOUREEN AGAR MELUPAKAN ISTERINYA AYESHA .AYESHA YANG MENGANDUNG 6 BULAN PADA MASA INI SANGAT SUSAH HATI DAN BERSEDIH SEHINGGA DIKEJARKAN KE HOSPITAL ATAS SAKIT PLACENTA PRAVIA IAITU KEDUDUKAN URI YANG MENJADI PELINDUNG BAYI TERLETAK DIBAHAGIAN BAWAH.PENYAKIT INI BAHAYA UNTUK IBU DAN ANAK DALAM KANDUNGAN,

PENGAJARAN :AMALKAN SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT DIBAWAH SETIAP HARI :*SURAH AL-FATIHAH,*SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-5,102,163-164,285-286*AYATTUL KURSI*SURAH AL-IMRAN*SURAH AL-A’ARAF*SURAH YUNUS*SURAH AL-AHQAF*SURAH AR-RAHMAN *SURAH EMPAT QUL SEBELUM TIDUR AMALKAN ZIHIR-ZIHIR INI:*SUBHANALLAH = 33X*ALHAMDULILAH = 33X*ALLAHUAKHBAR = 34X *JIKA AMALKAN BAIK UNTUK TIDUR YANG LENA TANPA GANGGUAN SYAITAN & IBLIS*MUDAH BANGUN DARI TIDUR*BADAN SIHAT DAN CERGAS*NAIKKAN SERI WAJAH*JAUHKAN DIRI DARI KENA SIHIR*KETIKA SUSAH ,SENANG DAN DALAM KEADAAN APA PUN KITA PERLU INGAT KEPADA ALLAH*KETABAHAN SEORANG ISTERI YANG MENGHADAPI DUGAAN DENGAN SABAR DAN TABAH *KELUARGA YANG BERSAMA SUSAH DAN SENANG*KASIH SAYANG ANTARA AHLI KELUARGA YANG ERAT..

---------------------------------------------------------------------
 2. Alina Saidi

Ok kak..:"Sinopsis Biarlah cinta bertaburan" . Dalam bab ini menceritakan bagaimana kehidupan rumah tangga Ameer&Ayesha mengalami berbagai dugaan hidup yg cukup berat,sikap Ameer yg tiba2 berubah&berpaling tadah terhadap Ayesha membuat hati&perasaan Ayesha begitu tertekan.Reda dgn dugaan yg diberikan olehNYA,Ayesha tak mudah berputus asa utk mencari jalan keluar dgn berdoa&berusaha."Apabila semuanya telah terhenti disini,biarlah rasa cinta yg bertaburan itu mampu kita kutip kembali agar tidak kurang walau satu pun".Bab 40. *pengajaran/moral:Tiada siapapun yg inginkan kegagalan dlm rumah tangga,setiap dugaan yg diberikan olehNYA sudah tentu ada hikmah disebaliknya.Redha,doa&ikhtiar adalah jalan yg terbaik dlm menyelesaikan satu masalah.

-----------------------------------------------------------------
2.     Norhapisah Hasmuni

Saya suka bab 43 detik-detik menanti kelahiran Eizleen Safiyyah . Pengalaman pertama Emmer yang kalang kabut semasa manghantar isterinya ke hospital dan sentiasa disisi isterinya dalam keadaan sakit hendak melahirkan. Kesanggupan Emmer menjaga Isterinya semasa dalam pantang membuatkan keluarganya terharu. Sikapnya disokong oleh keluarganya dan menghantar2 orang pembantu untuk membantu Emmer untuk menjaga Isterinya . ( pengajaran:Bila suami melihat kesensaraan isteri melahirkan akan timbul perasaan kasih sayang lebih kerana itulah pengorbanan isteri sanggup menggadai nyawa untuk satu kelahiran )

---------------------------------------------------------------------

3.     Nur Honney Robbi

 sinopsis bab 40(m/s 402)-> Akibat terlalu menyukai Emeer Zafran, Noureen sanggup melakukan perbuatan keji dengan menyihir Emeer agar melupakan isterinya, Ayeesha Sorfina. Sejak itu, perangai Emeer ketara berubah daripada menjadi seorang suami yang romantik bertukar menajdi seorang lelaki yang panas baran terhadap isterinya.Ayeesha diuji kesabarannya ketika dia sedang sarat hamil. Pelbagai cara oleh Ayeesha untuk mendapatkan suaminya kembali.Dengan pertolongan daripada Ustaz Raziman yang menggunakan Kaedah Rawatan Islam dengan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran untuk menggubati Emeer daripada terus terkena sihir Noureen. Tambahan itu Ayeesha dikehendaki mengamalkan beberapa surah serta zikir sebelum tidur agar mereka terhindar daripada gangguan syaitan.

Pengajaran daripada bab 40 ini adalah setiap perkara yang berlaku itu semua dari Allah dan kerana Allah juga kita akan sembuh. Yang pasti kita sebagai manusia haruslah sentiasa beringat dengan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran sebagai benteng perlindungan diri daripada gangguan syaitan dan iblis.

-------------------------------------------------------------------

4.     Selvarani

BCB CONTEST II (REVIEW BAB 41)BIAR CINTA BERTABURAN  KARYA PERTAMA YUSNIDA TAJUDDIN (KAK YUS).BAB 41:-Menceritakan tentang perubahan sikap Emeer Zafran terhahap  Ayesha Sorfina . sikap Emmer berubah  lansung. Tetapi Ayesha tIdak berputus asa. Dengan bantuan keluarga Emmer, Ayesha telah temui Ustaz Raziman di pusat rawatan islam untuk mengubati Emeer.Ayesha mula merawat Emeer dengan air yang diberi oleh Ustaz dan juga dengan zikir-zikir yang dibaca setiap kali ada masa lapang.Syukur,  sikap Emeer telah mula menunjukkan perubahan demi perubahan. Emeer tidak lagi melayan panggilan daripada Noureen, malah mula merenung kembali Ayesha dengan kasih sayang. Selepas beberrapa hari, Emeer telah pulih dari sihir yang dikena. Dia telah memberitahu kepada Ayesha yang dia telah rindu sangat dengan Ayesha dan rasa macam dah lama tak jumpanya.Selapas itu, mereka sama-sama melalui hari bahagia denagan menantikan cahaya mata mereka.

PENGAJARAN:-
Ø      JANGAN SESEKALI MENGANCURKAN KEBAHAGIAAN ORANGA LAIN.
Ø      KITA KENA SABAR DAN TABAH UNTUK MENGADAPI MASALAH SEPERTI AYESHA.
Ø      JANGAN PUTUS ASA SEBELUM MENCUBA UNTUK MEMBAIKI SUATU HUBUNGAN
Ø      SOKONGAN KELUARGA ADALAH PALING PENTING UNTUK MENGHADAPI SUATU MASALAH
Ø      JAUHI SIKAP YANG SUKA BALAS DENDAM DAN TAK PERLU MENGAMALKAN BALAS PERKARA YANG SAMA MEREKA LAKUKAN PADA KITA. JIKA KITA BUAT JUGAK, MAKA ANTARA MEREKA DENGAN KITA TAK ADA PERBEZAAN. HANYA PERCAYA DAN SERAHKAN KEPADA TUHAN.
Ø      SENTIASA DOA DAN PERCAYA KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA.
Ø      SENTIASA AMALKAN SIKAP TOLONG MENOLONG ANTARA PASANGAN ADALAH AKAN MERAPATKAN HUBUNGAN. LEBIH-LEBIH BILA PASANGAN KITA MENGANDUNG ANAKNYA, SIKAP TOLONG BOLEH MERINGANKAN TUGASNYA.

-------------------------------------------------------------------

5.     Nurul Afiqah

Biar Cinta BertaburanSinopsis (Bab 40) ~ Alhamdullilah, sudah masuk enam bulan aku mengandung. Perut ku semakin memboyot dan bila-bila masa sahaja boleh meletup. Emeer Zafran merangkap suamiku yang tercinta makin menjauhkan dirinya dari aku. Aku terasa seperti orang asing di dalam rumah. Apakah salah silap yang aku telah buat sehingga dia merajuk sebegini rupa ? Hatiku terasa sakit apabila diperlakukan seperti acuh tidak acuh oleh suamiku sendiri. Selalunya dia tidak akan membiarkan aku memandu sendirian ke pejabat dan sentiasa ingin menjamah sarapan pagi yang aku buat. Tapi, sekarang dia amat berbeza sekali setelah masuk enam bulan aku mengandung. Saat aku perlukan dia. Sudah hilangkah rasa cinta dan sayangnya terhadap aku ? Hatiku semakin kacau apabila memikirkan perkara ini. Aku cuba untuk memikat hatinya yang semakin pudar terhadap aku. Tetapi, apabila kucuba makin sakit hati ini dan semakin menjauh dirinya dari aku. Hilang sudah kesabaran dalam diri aku. Melarikan diri aku darinya adalah jalan yang terbaik bagi menenangkan hati yang pedih teramat sangat bila diperlakukan sebegini rupa oleh suami sendiri. Nasib baik mama dan papa bersimpati terhadap diri ini. Mereka juga cuba untuk menenangkan aku saat aku merindui lelaki yang bernama Emeer Zafran yang aku cintai dengan setulus hati dan sanggup menyerahkan segala jiwa dan ragaku untuknya. Mama dan papa juga turut membantuku dalam tsunami yang tidak dijemput melanda dalam rumah tangga aku bersama Emeer. Mereka membawaku berjumpa dengan seorang uztaz bagi menyelesaikan segala teka teki yang berlaku ini. Barulah aku sedar selepas diberitahu oleh Ustaz Raziman bahawa Emeer telah disihir oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sanggup mereka melakukan perbuatan syirik ini dengan menyihir Emeer. Ya Allah, mengapakah mereka cuba ingin meruntuhkan rumah tangga aku bersama Emeer Zafran ? Apakah sebab yang orang itu berbuat begitu ? Siapakah punya angkara yang sanggup menganiaya kami dengan perbuatan yang tidak berperikamanusiaan ini ? Adakah rumah tangga kami akan titik noktah di sini sahaja ? Pengajaran : “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” Surah Al-Baqarah : Ayat 102Pengajaranya ialah janganlah kita sesekali menggunakan amalan sihir yang diharamkan oleh ajaran Islam. Individu yang mengamalkan sihir ini dikira murtad dan dilaknat oleh Allah SWT. Sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan jatuh ke tanah jua. 

-------------------------------------------------------------------

6.     Nurulizzati Mohd Nor

Bab 41
 SinopsisMenceritakan tentang ketabahan dan kesabaran Ayesha Sorfina meneruskan khdpn walaupun tanpa suami disisi dan penyakit placenta pravia. Berkat kesabaran Ayesha Sorfina dan mengikuti segala nasihat yg diberikan oleh Ustaz Raziman supaya sentiasa berzikir, mengamalkan surah yg diberikan dan mencampurkan air yg disediakan oleh Ustaz Raziman ke dlm minuman Emeer, akhirnya Emeer sedar dari terkena sihir yg terkena kpdnya. 

Pengajaran1. Sabar, tabah dan jgn mengalah dalam menghadapi dugaan yg diterima2. Sentiasa mengingati-Nya dan berdoa kpd-Nya di waktu susah dan senang supaya cekal dan tabah 3. Jauhi sikap suka balas membalas dan tuduh menuduh sebaliknya berdoa kepada-Nya supaya dibukakan pintu hatinya untuk brtaubat dan bertawakal kepada-Nya4. Suami isyeri perlulah saling bantu-membantu melakukan kerja rumah

----------------------------------------------------------------------
7.     Qaseh Yafaha

REVIEW BAB 40 ~ Setiap kehidupan di dunia ini ada dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi. Ayesha dan emeer juga tidak terkecuali dalam menghadapi dugaan. Ayesha – sentiasa memberi yang terbaik walaupun diri disakiti.Emeer – hilang dalam dunia bukan ciptaannya.Noureen – agama bukan pegangan hidup.Hafifah – sahabat dunia akhirat.Hubungan yang tercipta antara ayesha dan emeer diuji. Datangnya orang ketiga dalam perhubungan disaat mereka mengecapi bahagia. Noureen menjadi perosak dalam diam. Ayesha yang bersemangat kental menghadapi segalanya bersendirian. Sehinggalah tiba suatu saat sahabat yang sentiasa disisi menjadi tempat untuk dia melepaskan masalah yang ditanggung. Walaupun hubungan ayesha dan suami dilanda badai tetapi tanggungjawab yang digalas tidak ditolak ketepi. Sentiasa menjalankan tugas sebagai seorang isteri merangkap setiausaha kepada suami sendiri. Ayesha tidak pernah mencampurkan urusan kerja dengan kehidupan seharian. Dia sentiasa bersikap profesional dalam melakukan kerja.placenta pravia adalah masalah yang dihadapi ayesha iaitu uri yang menjadi pelindung bayi terletak d bahagian bawah. Masalah ini menjadi semakin rumit apabila suami yang dicintai tiada disisi untuk memberi semangat dan dorongan. Tetapi berkat dorongan orang yang menyayanginya dia tabah mengharungi segalanya. Ayesha dan keluarga berusaha untuk memulihkan punca emeer menyisihkan ayesha yang dia sayang sepenuh hati. Setelah berjumpa ustaz raziman ayesha terkejut dengan kenyataan ustaz bahawa suaminya terkena sihir. Dengan bantuan ustaz dia akan berusaha untuk memulihkan suaminya daripada anasir jahat. Surah, zikir dan air penawar yang diberikan ustaz akan dia manfaatkan supaya suaminya akan kembali ke sisinya.Dalam bab 40 banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Diantaranya menjalankan tanggungjawab yang diberi, mengamalkan zikir sebelum tidur, jangan menjadi penghalang dalam kebahagiaan orang lain, sentiasa bersikap baik dengan orang sekeliling dan jangan meminggirkan keluarga. Akhir sekali, jika ada dalam kesulitan seperti terkena anasir jahat, pergilah ke tempat perubatan islam.

-------------------------------------------------------------------

8.     Amy Zainudin

Semua bab dlm BCB ni best n ade mesej tersendiri...bagi Amy suka bab akhir BCB...bab 44..cara sis mengolahkan akhir cerita ni dgn baik sekali...saya rasa amat kagum pada ayesha dan emeer memaafkan Rashdan di atas apa yg dia lakukan terhadap mereka.... Dan sy juga rasa kagum dgn emeer yg sanggup biayai perbelanjaan rawatan Rashdan..masih ada lagi ka org sebaik ayesha dan emeer dlm dunia ni? Mungkin ada tapi tak semua sanggup bantu org yg telah membuat perkara tidak baik pada diri kita kan sis..begitu juga perbuatan sihir daripada noureen yang cuba merosakkan kebahagiaan rumahtangga mendapat balasan yang setimpalnya...saya suka petikan kata ayesha pada emeer "Kan agama kita mengajar kita untuk tidak berdendam.Kalau dalam hati kita ada sifat dendam,selamanya kita tak akan senang" ... Dengan kehadiran si puteri eizleen safiyyah menambah penyeri rumahtangga emeer dan ayesha...pengajarannya memaafkan itu lebih baik mendendami kerana dendam akan membuat hati kita yang bersih menjadi hitam dan jauh daripada rahmatNya dalam sesebuah perkhawinan kejujuran,kesetiaan ,usik-mengusik dan doa adalah kunci kebahagiaan rumahtangga

----------------------------------------------------------------------
9.     Nur Mahira Zulkarnain (Email)

Sinopsis bab 32
Bab ini menceritakan kisah mereka sebelum, semasa dan selepas kahwin, lengkap serba serbi dalam satu bab.

Apa yang dapat saya katakan pasal novel ni memang romantik memanjang, sweet sangat sampai rasa boleh dapat sakit gigi.. hehe..

Kita review sikit perenggan  awal ye..

AYESHA...
Hening subuh mengejutkanku daripada lena. Wajah tenang Emeer yang masih lena kutatap sepuasnya. Sebentar sahaja lagi wajah ini akan selalu menemani malam-malamku. Wajah tampan ini akan sentiasa kusapa setiap kali mataku terbuka. Lelaki yang terbaring di hadapanku ini akan menjadi suamiku , hanya beberapa ketika sahaja lagi. 

Akhirnya, hari yang ditunggu pun tiba Ayesha dan Emeer bakal disatukan.  Pagi subuh doa dipanjatkan supaya segalanya berjalan lancar. Pernikahan yang sepatutnya dilakukan tiga bulan selepas pertunangan Ayesha percepatkan semata-mata hendak menjaga Emeer yang tercedera. Ayesha inginkan hubungan yang sah untuk membantu Emeer sepenuhnya. Dia tidak mahu lagi kesilapan lama berulang.

Bagi Emeer segalanya begitu indah.. gadis yang telah lama didamba akan menjadi miliknya yang sah.. tiada lagi penghalang untuk mereka berkasih sayang. Dalam diam terselit rasa ragu ...

EMEER  
‘’Sayang, abang nak sayang jawab seikhlas hati sayang. Sayang betul-betul nak teruskan apa yang sayang minta ni? Sayang tak akan rasa terkilan?’’

Awal-awal bab ni lagi saya dah sengih memanjang.. sangat terharu dengan kasih sayang yang Emeer tunjukkan pada Ayesha.. (berangan nak seseorang macam Emeer gak). Ayat Emeer yang buat saya terharu ..

‘’Thank you sayang kerana sanggup menjaga abang. Abang janji abang tak akan sesekali sia-siakan hidup sayang. Sayanglah nyawa abang.’’

Riuh-rendah keadaan hospital dek keluarga emeer dan Ayesha.. yelah.. siapa saja yang pernah buat majlis kahwin dekat dalam wad.. memang kecoh satu hospital. Sampaikan Ayesha dah jadi macam selebriti, dok posing ambil gambar dengan adik-adik jururawat.

Saat mendebarkan pada masa akad nikah, akad dilafzkan dengan tenang dan lancar. Akhirnya mereka bersatu juga atas nama suami dan isteri.

‘’Aku terima nikahnya, Ayesha Sorfina binti Muhamad Tajudin, dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.’’

Pernikahan mereka disempurnakan lagi dengan upacara pembatalan air sembahyang. Tangan Emeer, Ayesha kucup saat pertama bergelar isteri. Cincin perkahwinan yang terukir nama Ayesha dan emeer disarungkan dan rasa bahagia timbul dalam diri masing-masing.
Cinta Kita ~Sofi & Emeer ~

Sikap nakal emeer memang tak boleh disangkal lagi. Saya baca memang merah-merah muka. Tak tahu malu betul emeer. Nasib baik saya bukan Ayesha kalau tak mesti muka dah macam pakai blusher overdose. Hehe..

‘’Hmm... malam pertama pengantin di hospital ya?Hebat!’’ usik Izzul Hazri yang berdiri disamping doctor Herda.

‘’ Ko kan kalau tak usik aku tak boleh ya?’’ ujarku pura-pura marah. Jelinganku dibalas dengan senyuman.  –AYESHA

‘’Oh malam ni pintu bilik akan ditutup rapat. Cik-cik nurse semua boleh berehat. Kalau ada bunyi apa-apa pun buat-buat tak dengar aje,’’ sampuk Emeer. (nakal tak dia (>.<) )

Hari bahagia mereka akhiri dengan gurau senda dan tak lepas juga dengan sikap emeer yang nakal, tapi bak kata Ayesha ‘gatal’ . Bahagia sentiasa mengiringi mereka hingga akhirnya.

Pengajaran yg saya dapat..
Pada awal kisah, mereka  tidak lari dari melakukan dosa... tapi rasa tanggungjawab dan cinta dalam diri masing-masing  mereka akhiri cinta mereka dengan ikatan suci iaitu pernikahan yang menghalalkan segalanya. 

----------------------------------------------------------------------

10.                        Aziela Adam (Email)

Biar Cinta Bertaburan ( Yusnida Tajudin)
 Bab 41 – Dari Sudut Aziela Adam

Sinopsis

Ayesha kembali ke rumah Mama setelah mendapatkan bantuan daripada Ustaz Raziman
di Pusat Rawatan Islam. Walaupun di rundung kesedihan, namun dia tetap mendapat
sokongan padu dari seluruh keluarga Emeer. Mummy dan Lyana Arissa meberikan sokongan
yang tidak berbelah bahagi seperti mana Mama berikan selama ini.

 Ayesha mula menjalankan misi untuk menyembuhkan Emeer dari ikatan sihir ke atasnya.Beliau yakin dengan usahanya disamping bertawakal dengan kuasa Allah. Walaupun menghadapi masalah dengan kandungannya, namun dia berjaya mengimbangi profesionnya dengan kehidupan peribadinya.

Kebergantungan Ayesha kepada Allah setelah menjalankan usahanya membuahkan hasil yang manis. Setelah sebulan Emeer jauh dari hidupnya, sedikit demi sedikit Emeer kembali pulih. Kasihannya Emeer kerana dia tidak ingat apa yang telah berlaku selama sebulan itu. Emeer hairan kenapa kerinduannya pada Ayesha menggunung tinggi, kenapa begitu lama dia seolah-olah tidak menjamah masakan Ayesha.

 Dan Ayesha, tetap tenang dan bijak mengatur langkah. Tidak dikawal oleh emosi negatif, tetap rasional dan matang mengendalikan situasi. Perlahan-lahan Ayesha melayan suaminya dengan kasih sayang dan lemah lembut untuk memastikan suami kesayangannya benar-benar pulih sebelum menceritakan perkara sebenar yang terjadi.

Bab ini berakhir dengan Emeer yang telah kembali seperti asal. Seorang suami yang terlalu mencintai isterinya dan seorang bakal bapa yang nakal.

Ulasan

Saya suka bab ini. Ada berbagai rasa di dalamnya. Yang paling menyerlah, bab ini memuatkan kebangkitan Ayesha selepas hatinya hancur dan dia menjadi lemah dalam bab 40. Tapi dalam bab 41 ini, dia bangun dan berjuang. Walaupun tidak dituliskan secara nyata, tapi ianya adalah hasil daripada suntikan sokongan moral yang padu dari seluruh ahli keluarga Emeer sendiri.

Walaupun hati dah mula lemah dengan kesedihan dan kekecewaan, namun hasutan syaitan untuk berdendam, membalas semula dan menuduh Noureen sebagai dalangnya berjaya ditepis. Ayesha masih kukuh imannya untuk berpijak di atas landasan taqwa. Kekentalan iman dan jiwa ini adalah hasil daripada amalan Ayesha sendiri yang tidak putus menyuburkan hatinya dengan Al-Quran dan solat.

Antara lain yang menarik dalam bab ini ialah informasi tentang masalah hamil yang jarang diketahui ramai. Secara tak langsung bab ini mendidik pembaca tentang masalah placenta pravia. Itulah, dalam pada menghadapi masalah placenta pravia yang boleh meragut nyawa Ayesha dan bayinya, beliau tetap kuat berjuang untuk memulihkan suaminya. Demi masa depan keluarganya, fizikal yang lemah bukan tiket untuk pasrah. Ayesha paksa dirinya makan walaupun seleranya mati demi memastikan dia tetap teguh.

Syukurlah akhirnya sinar kasih sayang Emeer kembali bercahaya. Yang penting, kejayaan itu adalah hasil daripada kasih sayang keluarga, sokongan moral dari mereka, usaha dan kerjasama mereka serta yakin dengan kekuasaan dan rahmat Allah s.w.t. Walaupun keadaan kembali pulih, namun Ayesha dan keluarganya tak pernah berhenti mensyukuri nikmat Allah.

Paling nyata. Sihir dan jin memang wujud dalam kehidupan manusia seperti mana yang di ceritakan di dalam Al-Qur’an. Itu semua adalah helah muslihat syaitan untuk terus menerus menyesatkan umat Islam. Cara yang paling utuh membanterasnya adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

--------------------------------------------------------------------

11.                        Nurfatin Hamid

SINOPSIS BAB 44 :Ayesha Sorfina baru habis pantang tidak dibenarkan membuat sebarang kerja rumah. Majlis cukur jambul Eizleen Safiyyah diadakan dan Ayesha Sorfina dikejutkan dengan kehadiran Ash. Ayesha Sorfina rindu akan diri Ash yang dahulu. Ash meminta maaf kepada Ayesha Sorfina serta suaminya, Emeer Zafran setelah apa yang dilakukan terhadap mereka berdua. Ayesha Sorfina gembira akan perubahan diri Ash. Hafifah pula sedang berbadan dua mengalami mabuk. Alunan nazam berandoi mengingatkan Ayesha Sorfina tentang rintangan yang dihadapi oleh rumah tangga mereka. Bila duduk berdua-duaan sifat nakal Emeer datang mengusik Ayesha Sorfina. Dalam usikan nakal, Emeer meluahkan perasaan terima kasihnya kepada Ayesha Sorfina kerana melengkapkan hidupnya. Namun, ucapan itu disangkal oleh Ayesha Sorfina kerana Emeer Zafran sudah banyak berkorban untuk Ayesha Sorfina dengan memberikan kasih sayang serta memanjakannya. Dalam pada itu juga, mereka teringat akan kisah Noureen yang menyihir Emeer dan Sofi berharap Noureen dapat bertaubat kerana sifat dendam di dalam hati akan membuatkan jiwa kita tidak tenang.

PENGAJARAN BAB 44 : 1) Firman ALLAH S.W.T dalam surah Ali Imraan,orang yang mengawal perasaan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain maka akan mendapat keampunan dari TuhanNya dan Syurga seluas langit dan bumi. Emeer Zafran dan Ayesha Sorfina memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Noureen dan Rashdan tanpa memendam sifat dendam terhadap mereka. 2) Sihir menurut Rasulullah, satu daripada dosa besar. Ia merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa dan darjat pelakunya jatuh sama ada di dunia atau di akhirat. Amalan sihir diamalkan oleh Noureen untuk memikat Emeer. 3) Kasih sayang antara suami isteri dapat menjamin keharmonian dan keutuhan dalam kehidupan berumah tangga.

------------------------------------------------------------------

12.                        Izzati Aisyah Md Noor

Bab 40
Bab ini mengisahkan tentang perubahan sikap Ameer Zafran menyebabkan Ayesha Sorfina berasa pelik.Ameer tidak ambil peduli tentang isterinya serta anak dalam kandungan Ayesha yg berusia 6 bulan.Ayesha mengesyaki bahawa suaminya sudah mempunyai pendamping hidup yg baru dan sudah tawar hati dengannya.Namun begitu,dia tidak mahu mengalah untuk memulihkan keadaan rumah tangga dia dan Ameer demi anak tercinta.
Ayesha menceritakan segala yg berlaku di dalam rumahtangganya kepada kawan baiknya,Hafifah.Sesungguhnya.dia tidak sanggup untuk menghadapi dugaan hidup sebegini sementelah dia sedang berbadan dua.Hafifah menasihatkan supaya dia bersemuka dengan Ameer untuk mengetahui punca sebenar Ameer bersikap sebegitu.
Ayesha mengatur strategi untuk memikat hati suaminya dengan menyediakan hidangan makan malam special dan bersedia untuk bersemuka dengan Ameer.Namun begitu,Ameer pulang pada lewat malam dan terjadilah satu pertengkaran antara mereka.Ameer berlalu pergi tanpa mempedulikan Ayesha.
Tiba-tiba Ayesha berasa sakit di perut lalu menelefon Hafifah untuk menghantarnya ke hospital.Setelah diperiksa, Ayesha mengalami masalh placenta plavia(kedudukan uri yang menjadi pelindung bayi terletak di bahagian bawah).Ini menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad untuk 3 hari.
Datin Salina yg dipanggil mama oleh Ayesha telah mengajak dia tinggal dirumahnya setelah mengetahui perlakuan Ameer terhadap Ayesha.Dia bersimpati dengan keadaan Ayesha.Tidak mahu perkara itu berlarutan,dia dan suaminya,Datuk Ilham telah membawa Ayesha ke Pusat Perubatan Islam untuk bertemu dengan ustaz Raziman.
Ayesha telah menceritakan segala yg berlaku kepada Ustaz Raziman tanpa berselindung demi menyelamatkan rumahtangga yg dibinanya bersama Ameer.Ustaz Raziman memberitahu bahawa Ameer terkena perbuatan sihir untuk membuatkan Ameer melupakan Ayesha dan berusaha mendapatkan Ameer dengan cara yg salah.Akhirnya,Ustaz Raziman memberikan air yg dibacakan ayat Al-Quran untuk diberi minum kepada Ameer serta menulis beberapa surah yg perlu diamalkan oleh Ayesha.Ayesha juga dinasihatkan supaya berzikir tiap2 hari.Ayesha berharap segala usaha yg dilakukan dpat memulihkan hubungan dia dan Ameer.
Pengajaran:1)Ketabahan dalam menghadapi dugaan hidupContoh:Ayesha tidak sesekali berputus asa untuk memulihkan semula hubungannya dengan Ameer walaupun sikap Ameer berubah akibat dengki khianat manusia.
2)Semangat setiakawan yang luhurContoh:Hafifah merupakan seorang sahabat yang sngat baik.Dia sedia mendengar luahan hati Ayesha serta menasihati Ayesha supaya menjernihkan semula hubungan dia dan Ameer.Selain itu,Hafifah juga sedia menghantar Ayesha ke hospital apabila Ayesha mengadu kesakitan dan memerlukan rawatan segera.
3)Keprihatinan ibu bapa dalam menyelesaikan konflik yg dihadapi oleh anak-anak.Contoh:Datin Salina dan Datuk Ilham sngat bersimpati dengan keadaan Ayesha akibat perbuatan Ameer yang langsung tidak mengambil peduli tentang Ayesha dan anak dalam kandungan Ayesha.Mereka telah membawa Ayesha ke pusat rawatan islam untuk menyelidiki punca permasalahan di dalam rumahtangga Ameer dan Ayesha.
4)Pengamalan ayat-ayat Al-Quran untuk merawat penyakit.Contoh:Ustaz Raziman telah memberikan air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepada Ayesha untuk dibancuh dalam minuman Ameer demi menyingkirkan sihir didalam tubuh badan Ameer.Dia juga telah menulis beberapa surah yang perlu diamalkan oleh Ayesha iaitu Surah Al fatihah,Surah Al Baqarah ayat 1-5,102,163-164,285-286,Ayyatul Kursi,Surah Al Imran,Surah Al A'raf,Surah Yunus,Surah Thoha,Surah Al Mukminun,Surah Shaffaat,Surah Al Ahqaf,Surah Ar Rahman serta Surah Empat Qul.Ustaz Raziman juga menyuruh Ayesha untuk berzikir membaca Subhanallah(30x),Alhamdulillah(30x) dan Allahuakbar(34x) sebelum tidur.Zikir-zikir tersebut terhindar dripada gangguan syaitan ketika sedang tidur,mudah bangun dripada tidur,berasa sihat dan cergas,menaikkan seri wajah dan mampu menjauhkan diri terkena sihir.

-----------------------------------------------------------------------



  1. Fatin Liyana 

Bab 32

Menceritakan detik-detik indah percintaan Ayesha dan Emeer yang diakhiri dengan pernikahan. Walapun dulu mereka pernah tersasar, namun atas rasa tanggungjawab dan cinta, mereka membuat keputusan untuk bersatu di laluan yang halal dan diredhai. Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi mengikat mereka walaupun hanya berkahwin dihospital sahaja. Ayesha tidak kisah kerana dia sudah berjanji akan menjaga Emeer sepenuh hati, sepanjanghayat.

Pengajaran:-
1) Kesilapan yang lalu dijadikan pengajaran dan jangan sesekali ulangi
2) Kasih sayang yang utuh tidak akan merasa terbeban dengan keadaan Emeer yang sakit di hospital malah diri sendiri sudi menjaga.
3) Kerana cinta, Emeer sanggup bertanggungjawab untuk menebus dosa
4) Perkahwinan yang ikhlas tidak perlu di tempah yang mewah. Cukuplah dengan ikatan 'AKU TERIMA NIKAHNYA'. Itu sudah cukup mewah bagi pasangan yang bakal berkahwin.

---------------------------------------------------------------

15. Nurfee Novels

saya memilih Review bab 32


Bab ini mengisahkan saat-saat terindah dalam hidup Ayesha dan Emeer yang bakal disatukan menjadi suami isteri.Segala persiapan berjaya diuruskan dengan baik di atas bantuan semua yang terlibat selain keluaga dan sahabat termasuk kakitangan hospital. Majlis pernikahan yang dilangsungkan biarpun hanya di hospital tetap meriah dan berjalan lancar. Ayesha kini sah bergelar isteri Emeer. Kedua buah keluarga juga sangat gembira dengan keputusan yang diambil. Ayesha dan Emeer terus menjadi bahan usikan keluarga dan teman-teman yang menghadiri majlis pernikahan mereka yang sederhana ini. Ayesha menjaga Emeer dengan tulus dan sabar kerana Emeer yang telah menyelamatkan nyawanya dan dialah satu-satunya lelaki yang Ayesha cintai. Kasih sayang Emeer pada Ayesha juga sangat luhur. Gurau senda sentiasa menghiasi kehidupan mereka berdua setelah pelbagai pengorbanan yang dilalui, akhirnya cinta mereka dapat disatukan.

Pengajaran yang kita dapat lihat di dalam bab ini ialah, Penyesalan lahir dalam diri mereka dengan segala apa yang pernah berlaku, tetapi hubungan harus dijarakkan mengelakkan perkara yang sama berulang. Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan dengan mempercepatkan proses pernikahan agar tidak menimbulkan sebarang fitnah dan tujuan pernikahan ini dilakukan agar Ayesha dapat menjaga Emeer yang sakit tanpa batasan. Bersikap positif akan melahirkan rasa yakin dalam diri seseorang untuk terus berjaya dalam kehidupannya. Jangan sesekali membiarkan syaitan menguasai diri kita. Restu dari kedua belah keluarga amat penting untuk kebahagiaan di masa hadapan.

------------------------------------------------------------------

16. Iffah Afiqah

Bab 40


Sinopsis

Bab ini menceritakan tentang sikap Ameer yang sangat berubah.Ameer sudah tidak menghiraukan Ayesha dan anak dalam kandungan Ayesha.Ayesha tertanya-tanya dengan perubahan siakap Ameer.Ayesha mengesyaki bahawa suami tercintanya telah curang terhadapnya.Ayesha meluahkan segala isi hatinya kepada Hafifah.Ayesha bertekad untuk mengembalikan kebahagiaan rumah tangganya seperti dulu demi anak dalam kandungannya yang bakal lahir tidak lama lagi.Hafifah mencadangakan agar Ayesha berbincang sacara baik dengan Ameer.Ayesha menyediakan makan malam yang istimewa untuk suaminya.Ayesha berhasrat untuk berbincang dengan Ameer pada malam itu juga.Tetapi Ameer pulang lewat pada hari itu.maka terjadilah pertelingkahan antara mereka.Selepas itu,Ameer pergi tanpa menghiraukan Ayesha.Tiba-tiba, perut Ayesha terasa sakit.Ayesha menelefon Hafifah dan meminta Hafifah membawanya ke hospital.Setelah membuat pemeriksaaan, doktor mengesahkan Ayesha menghidapi masalah(kedudukan uri yang menjadi pelindung bayi terletak di bahagian bawah).Datin Salina mempelawa Ayesha agar tinggal di rumahnya setelah mengetahui sikap Ameer kepada Ayesha.Datin Salina dan suaminya, Datuk Ilham telah telah membawa Ayesha ke Pusat Perubatan Islam untuk berjumpa dengan Ustaz Raziman.Ayesha menceritakan segala yang berlaku kepada Ustaz Raziman.Ustaz Raziman memberitahu Ayesha bahawa Ameer telah disihir agar melupakan Ayesha.Ustaz Raziman telah memberikan air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran kepada Ayesha untuk diminum oleh Ameer besrta beberapa surah yang perlu diamalkan olen Ayesha.Ayesah juga dinasihati agar selau berzikir.Ayesha berharap agar usahanya berjaya dan rumah tangganya kembali bahagia seperti dulu. PENGAJARAN= (1)Tidak mudah mengalah apabila ditimpa masalah. Ayesha bertemu dengan Ustaz Raziman untuk menyelesaikan masalahnya. (2)Setia kawan Hafifah mendengar segala luahan hati Ayesha dan memberikan nasihat kepada Ayesha agar berbincang dengan Ameer.Hafifah juga sanggup menghatar Ayesha ke hospital tanpaa merungut walaupun keika itu hari sudah larut malam. (3)Percaya kepada perubatan islam Ramai orang zaman sekarang yang lebih percaya dengan bomoh.Namun Datin Salina,Datuk Ilham dan Ayesha tetap percaya dengan perubatan islam yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran

------------------------------------------------------------------

17. Alyssa Ezzura

Review Bab 44. 


Setelah selesai membaca novel Biar Cinta Bertaburan, Saya memilih review untuk bab 44. Bab yang terakhir sekali. Bab di mana pengakhirannya adalah kebahagiaan, saling bermaafan dan penuh rasa kesyukuran kepada yang Maha Esa. penuh nilai persahabatan dan kekeluargaan. Mana yang baik, kita ambil sebagai pedoman, mana yang silap, kita ingatkan sebagai pengajaran. Dalam bab yang terakhir ini, menceritakan tentang kebahagiaan kedua buah keluarga yang memperolehi cucu dan mengadakan majlis kesyukuran dengan meraikan kehadiran orang baru iaitu permata hati Emeer dan Ayesha, Eizleen Safiyya. Penulis bijak menerapkan Nazam untuk majlis kesyukuran, diserikan dengan lagu-lagu tradisional. Saya sangat kagum bila penulis memilih Nazam bertajuk Buaian Berandoi beserta lirik. Kasih sayang keluarga di sebelah mertua dan pihak Ayesha sendiri tidak berbelah bahagi dan sangat mengambil berat serta amat menyayangi gadis itu. Malah Ayesha dikurniakan seorang suami yang benar-benar tulus menyintainya. Rashdan, sahabat baik Ayesha yang kini telah insaf dan dapat menerima takdir yang ditetapkan Ilahi bahawa jodohnya bukan bersama Ayesha. Ayesha sangat gembira dengan perubahan Rashdan kerana baginya Rashdan adalah sahabat yang baik.Mereka turut memaafkan kesalahan Rashdan dan bersedia membantu lelaki itu sekiranya diperlukan, dan turut memberi kemaafan buat Noureen yang telah mengenakan sihir ke atas Emeer.Hafifah, sahabat Ayesha yang bakal bergelar ibu juga sentiasa bersama Ayesha di dalam susah dan senang. Kasih sayang Emeer sangat tulus buat isterinya Ayesha Sorfina. Sememangnya takdir tertulis buat mereka berdua.

Pengajaran yang kita dapat lihat di dalam bab ini ialah, Jangan menyimpan dendam kerana ia akan membinasakan diri sendiri dan orang lain. Jangan sesekali bersahabat dengan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia. Kemaafan adalah dendam yang terindah, selain daripada saling bermaafan, kita juga dapat menyucikan hati dengan segala kekhilafan kita kepada insan lain juga. Bersabar dan redha di atas segala ujian yang datangnya dari Allah dan sentiasa bersyukur dengan pemberiannya. Segera bertaubat sekiranya melakukan kesilapan dan dosa besar seperti syirik.

--------------------------------------------------------------------
18.  Afifah Yusof

BAB 32

Bagi saya bab ini adalah bab yang paling bermakna. Bab di mana hubungan Emeer dan Ayesha berakhir dengan ikatan yang sangat suci. Akad nikah yang dilaksanakan dalam keadaan yang bersederhana tetapi penuh makna. Akad nikah dijalankan tika Emeer berada di katil hospital. Kehadiran semua ahli keluarga dan sahabat handai yang selama ini mewarnai aliran kehidupan Emeer dan Ayesha. Tanpa watak-watak sampingan ini jalan cerita takkan menjadi.
Pengajaran yang dapat diambil dari bab ini adalah tiada ikatan yang lebih suci selain ikatan perkahwinan yang menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Kesalahan yang pernah dilakukan bukan untuk diulang tetapi untuk diperbaiki ke arah yang lebih baik. Keluarga dan rakan-rakan merupakan insan-insan terpenting dalam hidup kita. Dan yang terakhir, tiada yang lebih indah apabila lelaki dan perempuan yang saling mencintai memutuskan untuk berkahwin dan mengharungi susah senang bersama dengan keredhaan Allah.

--------------------------------------------------------------------
19.  Fiqa Shah

REVIEW BAB 44

Diebabkan saya suka lompat baca m/s terakhir stiap kali beli novel baru, jd bab trakhir dlm BCB mnjd pilihan sy.. Hehe.. Semestinya bab trakhir dlm setiap nvl akn merungkai segalanya. Itulah yg trtulis dlm BCB. Bab ini menunjukkan kebesaran hati Ayesha dan Emeer yang sanggup memaafkan Rashdan yang hampir menyebabkan Ayesha kehilangan Emeer serta kesediaan watak utama dalam BCB ini memaafkan kesalahan Noureen yang sanggup menyihir Emeer semata-mata untuk merampas Emeer dari Ayesha. Selain itu, penulis menceritakan tentang Noureen yang menerima akibat dari perbuatan jahatnya terhadap Emeer serta Rashdan juga telah insaf dan mengakui hakikat bahawa Ayesha bukan tercipta untuknya. Episod terakhir BCB ini juga menunjukkan kasih sayang antara Emeer dan Ayesha tidak pernah putus kerana mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Pengajaran
Sesungguhnya dendam itu hanya merosakkan hati dan hidup manusia. Sebab itulah kita sebagai hamba Allah disuruh untuk saling berbuat baik kepada orang lain kerana perbuatan jahat pasti ada balasannya dari Allah. Kehidupan Noureen yang menderita setelah dirogol menginsafkan saya kerna saya percaya apa yang berlaku kpd Noreen itu adalah balasan Allah untuknya. Bab ini juga mengajar saya untuk saling memaafkan kerana maaf adalah perkara terindah yang boleh kita berikan kpd org lain. Dengan kemaafan juga hati kita akan lebih tenang dan hidup kita juga pasti lebih diberkatiNya.

-----------------------------------------------------------------
20.  Nana Zahnita

Review Bab 39.


Pilihan saya untuk review bab 39 pada muka surat 387.
Bab 39 ini, menceritakan detik-detik indah dan saat yang berbahagia dan paling berharga buat Ayesha tatkala dia disandingkan dengan Emeer setelah diijabkabulkan di hospital. Penulis membuat pembaca menggamit kenangan serta mengembalikan nostalgia apabila lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, menjadi pilihan di majlis tersebut yang bertajuk Gambus Jodoh. Kehadiran Noureen, sepupu Emeer di majlis persandingan mereka menggangu ketenangan hati wanitanya. Sikap gedik yang ditunjukkan oleh Noureen adalah semata-mata ingin menyakiti hati Ayesha kerana baginya, wanita itu telah berjaya merampas Emeer. Ayesha tidak mudah melatah, biarpun terselit perasaan cemburu dihatinya. Ini adalah di antara dugaan yang harus ditempuhi Ayesha. Di sini juga terbongkarnya satu lagi rahsia tujuan kedua Lyana dan Emeer ditunangkan selain daripada kerana harta yang dibimbangkan jatuh ketangan orang luar. Selepas persandingan, mereka memilih destinasi bulan madu ke Kota Kinabalu. Pembaca turut dapat merasai pengalaman ke sana melalui pembacaan. Mereka saling melengkapi dan Kasih sayang mereka tidak berbelah bahagi antara satu sama lain. Dan pengakhiran bab ni, adalah sesuatu yang sangat romantis untuk dikongsi.

“Biarkan cinta bertaburan
Memenuhi ruang kita
Biar mudah kita kutip
Andai waktu terhenti
Bukankah cinta itu
Tercipta buat kita…..”

PENGAJARAN yang boleh kita ambil sebagai renungan di dalam bab ini ialah penulis juga mendidik kita tentang sifat baik iaitu Sebagai manusia kita wajib berpegang pada janji dan menunaikannya.
Kita juga harus berani mempertahankan hak meskipun menghadapi kesukaran. Cemburu dan amarah hanya akan merosakkan hati dan pemikiran seseorang dan seringlah bertindak menggunakan akal fikiran. Kepercayaan antara satu sama lain dan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan menjadikan kita lebih tabah mengharungi kehidupan dalam mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.

---------------------------------------------------------------------

Bab 37 :

Review~ Bab ini menceritakan tentang persandingan Ayesha Sorfina & Emeer Zafran di kampung Ayesha. Bab ini juga menceritakan mengenai persahabatan, sifat tolong menolong antara jiran. Tidak lepas juga dengan kemesraan antara ibu bapa dan adik beradik mereka. Pengolahan penulis memang bagus sebab membawa pembaca ke situasi perkampungan.

Pengajaran ~
Apa yang saya dapat faham dari bab ini sebagai pengajaran ialah setiap manusia mempunyai penilaian diri yang berbeza tetapi cara kita mengatasi segala kesusahan dan kesenangan dalam hidup yang menentukan hala tuju hidup ini..part yang paling buat saya sedar, Ayesha & Emeer sanggup memaafkan Rashdan walaupun Rashdan yang banyak membawa masalah dlm hidup Ayesha. :(:( *feelings jap *

---------------------------------------------------------------------

22.  Rozie Lily

Biar Cinta Bertaburan…


Bab 37 – Bab ini sangat istimewa pada saya kerana permulaannya menggambarkan kegembiraan bersulam sedikit kesedihan seorang lelaki bergelar ayah yang dalam redha penuh kasih melepaskan tanggungjawab amanah Allah yang dipikulnya berpuluh tahun kepada seorang lelaki bergelar suami. Ya, suami syurga buat seorang isteri. Penulis berjaya menjana rasa peralihan kebertanggungjawaban itu bila kesyahduan ketara terasa tatkala terlontarnya ayat “Anak abah anak yang baik” Jadi isteri yang baik ya sayang,” pesan abah lembut di telinga. Pesanan dari seorang lelaki untuk dimaknakan kepada seorang lelaki yang lain.

Bab istimewa ini juga dibiaskan majlis perkahwinan yang penuh tertib berlandas adat dan ukhwah yang kini semakin dipinggirkan. Majlis berkhatam Al-Quran disusuli berinai dan marhaban benar-benar menggamit rasa persediaan perkongsian dua jiwa walau pernah tercemar kejadian di luar batas yang sangat mengaibkan.

Keterujaan seorang isteri pabila impiannya dilestarikan sang suami dengan kejutan indah bila Ducati Monster itu menjengah benar-benar menggambarkan ada kasih-sayang yang luhur juga diabadikan di dalam bab ini. Suami yang baik, suami yang sangat perihatin akan naluri isteri.

Suasana damai penuh kesyahduan kasih-sayang yang melatari bab ini semakin membuakkan rasa penuh syukur pabila penulis mengungkapkan situasi di mana Ayesha masih tidak pernah melupakan seseorang yang telah dianggap sahabat sejati. Sanggup berdepan realiti memujuk sang kekasih hati yang telah bergelar suami menemui Mak Cik Siti. Keikhlasan tergambar penuh bila kekhilafan seorang sahabat diberi kemaafan walau parutnya pasti ada. Ini menyemarakkan lagi rasa persahabatan sejati. Tanpa dendam cuma pengharapan ada kekesalan supaya keinsafan dapat merubah tindakan diri.

Tahniah penulis kerana berjaya menggarap kisah kasih sayang. Nyata jika ingin bahagia bukan sedikit pengorbanan yang perlu dilalui. Moga semua akan meraihnya.~Biarlah bertaburan berawak sekeliling kita agar mudah tercapai dek genggaman bila diperlukan. Usah takut mesnyebarkannya kerana yakinilah cinta itu keperluan naluri setiap insan..

----------------------------------------------------------------------


OK... selamat membaca, semoga ada sesuatu yg dapat kita kutip daripada CINTA KITA YANG BERTABURAN INI... 

SAYANG SEMUA..
~KAK YUS~

1 comment:

  1. Izzati:tq so much kak Yus...nama saya ada pada no 12..cuak giler nak tunggu keputusan diumumkan jumaat ini...harap2 dpat menang hadiah...In shaa Allah...klau x menang tempat 1 hingga ke 4 pun x pe sbb kalah dan menang kan adat pertandingan...selamat menilai "hasil kerja" kami semua ya kak yus dan admins group BJB..<3

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com