Friday 16 November 2012

KAHWIN LARI ~ 2





Gagang telefon baru sahaja diletakkan.  Kepala yang tidak gatal digaru-garu, sesekali terasa juga peritnya.  Teringat pula komen-komen yang dibacanya malam tadi dalam ruangan forum di salah satu provider yang disediakan di laman sesawang.  Macam-macam pendapat yang diberikan. 

‘Mudah sangat.. JIka anda orang Kelantan, lebih baik anda pilih pilihan hati mak anda. Kerana satu hari nanti bila anda dah berkahwin, dikhuatiri bila balik ke kampung, isteri anda akan dipulaukan. Jadi isteri akan makan hati, bila makan hati, dia mengadu kat anda, anda serba salah, pastu anda akan tuduh isteri anda buat-buat cerita , pastu gaduh , pastu cerai , pastu masing-masing merana. so........ pilih lah yg mak anda berkenan.’  Wallah, teringat komen daripada seorang hamba Allah ni.  Kalau dibaca sekali harung, memang ada betulnya, tapi tak kanlah dia macam tu kan

Teringat pula satu lagi komen, simple tapi memang penuh bermakna. ‘minta ALLAH lembutkan hati mak dan ayah awak... insyaAllah’

‘Masalah gok ek kalau jadi macam nih.. tra la demo bawok-bawok  bince dengan ma demo molek’ ~ Bila baca komen yang ini nak tersenyum sumbing pun ada.  Dah lama tak kecek Kelate, ada juga hamba Allah yang komen dalam loghat Kelate

Imran tersenyum dalam runsing.  Kepala dah cukup pusing mengenangkan masalah yang melanda hubungan mereka.  Hendak ditinggalkan macam kata pengomen yang mula-mula tu, terasa sangat sayang pula.  Manakan tidak, dah lebih lima tahun menyulam kasih, tak kanlah nak lepaskan begitu sahaja.  Lagi pun, kisah mereka berdua baru sahaja nak bermula ni.  Selama ni mereka menyulam kasih berdua-duaan sahaja, sekarang ni lah masanya nak menyulam kasih beramai-ramai.  Heh, cakap memang senang, tapi nak memenangi hati ma dan abah kat kampung tu, jenuh la.  Tak tentu lagi kalau satu kampung back up pun hati kedua-duanya tu nak lembut.  Kalau kerak nasi bila direndam mahu juga lembutnya, tapi ini bukan hati kerak nasi, terus hati besi waja, mahu kena panas kaw-kaw baru boleh lebur.

Rupanya-rupanya situasi Imran yang bagaikan cacing kepanasan itu diperhatikan oleh Rahimi daripada ruang pejabat kecilnya yang terletak berhadapan dengan bilik Imran.  Pejabat berdinding kaca yang direka khas itu memang tak boleh nak sorok apa pun.  Bijak juga pihak pengurusan mereka cipta binaan dan rekaan dalaman sebegitu, sekurang-kurangnya aktiviti harian pekerja mereka dapat dipantau daripada jauh.  Tak boleh nak mengular pun. 

Pelik pun ada, risau pun ada juga bertandang melihatkan sikap Imran sejak pagi tadi.  Dahlah diajak sarapan bersama pun tak mahu, terus-terusan gelisah dan monyok sahaja tak henti.  Mesti ada masalah besar ni.  Nak kata masalah kerja, mustahil pula sebab mamat ni memang pekerja cemerlang di syarikat mereka.  Tahun lepas dah dianugerahkan Pekerja Cemerlang, tahun ni pun katanya nama Imran lagi yang naik.  Memang rezeki mamat nilah nampaknya.  Memandangkan semua fail-fail penting di hadapannya tadi telah pun dibereskan dan Azian, setiausahanya yang comel lote itu pun dah bawa keluar, maka memang tepatlah masanya untuk dia menjengah rakan sekerjanya itu.  Langkah diatur dengan bermacam-macam rangka soalan yang hendak diajukan.

Oit, ko okey ke bro,” tegur Rahimi setelah dua minit terpacak di hadapan pintu bilik Imran yang terbuka.

“Eh, sorry bro aku tak perasan.  Duduklah,” pelawa Imran seakan baru tersedar ke alam nyata.

“Itulah, aku dah dekat dua minit terpacak depan pintu ko ni pun boleh ko tak sedar.  Apalah yang ko menungkan sangat tu bro, macam masalah negara je,” sindir Rahimi halus sambil menarik kerusi di hadapan Imran. 

Perlahan punggung dilabuhkan.  Matanya beralih ke atas meja Imran yang kosong, bersih dan tersusun kemas.  Terpaku seketika pada wajah gadis manis bertudung ungu bersama jambangan bunga di tangan yang bersemadi indah di dalam bingkai gambar di atas meja Imran.  Memang patut pun kalau Imran angau dengan Eelan, sekali pandang sahaja pun dah terasa sejuk hati.  Ini kan pula kalau dah lima enam puluh kali pandang, mahu tak lelap mata dibuatnya.

“Kalau masalah negara boleh lagi nak kawtim bro, susah-susah aku serah je kat PM.  Ini masalah dunia, masalah masa depan dua nyawa, dua jiwa.  Susah bro…” keluh Imran perlahan. 

Dahinya dipicit-picit lembut.  Tadi serabut kepala, sekarang dah naik pening pun ada.  Hadoilah, bilalah nak selesai ni.  Heh, nak selesai apanya, mengorak langkah untuk cari jalan penyelesaian pun belum lagi dah fikir bila nak selesai.

“Kalau dengar daripada cakap ko ni, memang besar tu bro.  Ceritalah kat aku, mana tau kot-kot aku boleh tolong.  Kalau tak boleh bagi idea, mana tau kot-kot bila ko cerita rasa kurang sikit beban tu.  Sharing is caring, tak gitu.”

“Hmmm… susah aku nak cerita bro.  Tapi ko janji, ko jangan ketawa kalau aku cerita kat ko.”

“Apa pasal pula nak ketawa.  Kalau dah macam itik berak kapur je rupa ko, takkanlah aku nak ketawa pula.”

“Banyaklah ko itik berak kapur!  Ni masalah aku dengan Eelan.”

“Wei..chop..chop.  Aku tengok ko dengan Eelan tu macam loving couple je, apa pula masalahnya ni.  Dah bertahun-tahun korang berdua macam belangkas, ni apahal pula.  Ko ada buat pasal ke?” Tak semena-mena suara Rahimi sedikit meninggi.  Iyalah, sikit punya baik si Eelan tu, bukan baru sehari dua mereka bersahabat tiba-tiba pula terdengar ada masalah yang timbul.

“Hish, rileks la bro.  Belum apa-apa lagi ko dah hangin, karang ada juga mata aku yang lebam tak semena-mena ni.  Bukan kitorang la ada masalah, family kitorang lah.”

“Lain kali cakap biar terang…” balas Rahimi dengan sengihan kerang busuknya.  Itulah, cepat sangat buat kesimpulan.  Telinga dipasang besar-besar, heh, nak jadi tempat mengadu pun iya, nak menyibuk jaga tepi kain orang pun iya juga.  Haishh!

“Sebenarnya, selama kitorang bercinta ni keluarga kitorang tak tau pun pasal kitorang.  Ma dan abah aku tahu aku ada makwe, tapi diorang tak tahu siapa.  Yang jadi masalah sekarang ni, ma dan abah aku tak suka aku dan adik beradik aku kahwin dengan orang Negeri Sembilan.  Dah tu, nak tambah perisa lagi mak ayah Eelan pula tak suka orang Kelantan.  Ko bukan tak tahu, aku orang Kelantan, Eelan tu pula orang Negeri Sembilan.  Cukup sifat, rencah, asam garam segala dah kitorang ni untuk mendapat tentangan hebat daripada kedua-dua belah keluarga,” terang Imran satu persatu.  Mata Imran bulat terbuntang apabila ketawa besar Rahimi menyambut kata-katanya tadi.  Hampeh punya sahabat.  Boleh pula dia ketawa terkekeh-kekeh mendengar masalah sahabat. 

“Sorry bro.  Aku tak tahanlah dengar masalah ko, ini first time ever tau aku dengar ada masalah macam ni.  Masih wujud lagi ke fahaman zaman batu ni, zaman dah moden bro.  Dulu naik kereta api pakai arang batu, sekarang ni bukan kata arang batu, monorel, lrt semua dah pakai rel atas kepala kita.  Mazhab apa yang diorang pakai ni bro?” ujar Rahimi.  Gelak yang bersisa dibiarkan berlalu.

“Aku pun ingat aku sorang je bro yang ada masalah macam ni, rupanya ramai la bro.  Malam tadi aku kecek encik google, buka forum pasal hal ni rupanya ramai bro yang bagi respon.  Yang hadap hal-hal macam ni pun ramai juga.  Zaman je dah moden, tapi pemikiran dan fahaman manusia ni tak semua yang dah ikut perubahan zaman.”

“Habis tu, takkan ko nak backoff macam tu je?”

“Mana boleh bro.  Mahu sasau aku kalau tak kahwin dengan Eelan, bagai separuh nyawa melayang tu.  Kitorang dah dapatkan buah pendapat seorang ustaz ni, katanya kalau bolehlah, ustaz tu suruh kitorang cari orang tengah yang boleh merapatkan hubungan kitorang dengan family masing-masing.”

“Hmm.. betullah tu.” Rahimi terdiam seketika.  Jari jemarinya mengetuk-ngetuk meja lalu wajah Imran ditenung dalam.  Sambungnya, “Aku ada jalan, tapi aku tak pastilah bagus ke tak.  Korang berdua kena ambil hati parents masing-masing.  Tukar tempat, ko ganti Eelan, Eelan ganti ko.  Maksud aku, ko pindah ke area keluarga Eelan tinggal, Eelan pula tukar ke Kelantan, dekat-dekat kampung ko.  Kena ada orang tengahlah, minta tolong siapa-siapa yang rapat dengan ko untuk bantu.  Bila dah tukar macam tu, masing-masing cari la jalan untuk rapat dengan keluarga masing-masing.  Memang la susah sikit bro, tapi kalau berani dan tekun mungkin boleh dapat win-win situation tu.”  Ternganga sekejap mulut Imran mendengar saranan sahabatnya itu.  Hmm.. boleh tahan juga geliganya akal si Rahimi ni, patut pun dia jadi Project Manager.  Ligat semacam je bila berfikir.

“Kalau sebelah aku, mungkin aku boleh slowtalk dengan kakak ipar aku.  Dia pun asal Kelantan juga tapi aku rasa dia open minded sikit.  Pasal nak pindah randah ni yang susahnya, nak kena berhenti kerja pula.”

“Kalau ko aku rasa tak susah, ko cuba la slowtalk dengan CEO.  Kan kita ada branch kat Seremban.  Aku rasa tak jauh dah tu.  Mesti CEO boleh tolong ko punya, lagi pun ko kan pekerja kesayangan boss.  Pasal Eelan pula, aku pernah dengar tentang laman web pertukaranguru.com, kat situ guru-guru akan iklankan diri mereka untuk tukar, bagi tempat mereka mengajar dan tempat yang mereka nak minta tukar tu.  Kalau rezeki baik, cepat je.  Korang berdua cubalah dulu, mana tau ada rezeki korang,” kata Rahimi menerangkan lebih tepat tentang ideanya. 

            Betul juga kata-kata si Rahimi tu, fikir Imran.  Ada baik juga meluahkan masalah dengan sahabat-sahabat, lebih-lebih lagi dapat sahabat seperti Rahimi ni.  Bijak dan cepat dalam berfikir.  Ada juga faedah dan jalan yang boleh menyelamatkan hubungan mereka. 

“Kenapa aku tak pernah terfikir macam ni ha bro?  Kalau tak, aku tak tunggu sampai lima tahun, lima bulan je aku dah pasang langkah.”  Sekali lagi kata-kata Imran disambut dengan tawa Rahimi.  Gelojoh sungguh, tak menyabor, kata orang tua-tua.

            Alhamdulillah, dalam serabut dan pusing memikirkan permasalah mereka, akhirnya ada juga cahaya yang bakal menyinari laluan mereka walau pun tidak pasti tahap keterangan cahaya itu namun peluang harus diambil.  Strategi harus disusun bermula daripada detik itu.  Sedikit pun masa tidak boleh dibazirkan begitu sahaja, penantian yang terlalu lama itu harus dipendekkan dengan kadar segera.  Buah fikiran dan pandangan Rahimi akan dibincangkan dengan Eelan ketika mereka bertemu malam nanti.  Memang sudah mengikat janji pun untuk makan malam bersama malam nanti.  Semoga niat murni mereka akan dimakbulkan. 



*****************

“Kenapa kita tak pernah fikir macam tu?” Reaksi pertama Eelan setelah dimaklumkan tentang perancangan dan pelan yang telah dicadangkan oleh Rahimi. 

“Itulah, I pun tadi terfikir juga macam you.  Kalau daripada dulu kita dapat idea macam ni mungkin hari ni dah dua orang anak kita kan,” balas Imran sempat juga mengusik Eelan yang asyik bermain dengan straw di dalam gelas minumannya.

“Hish, ke situ pula you ni.  Orang cakap betul-betul, dia main-main pula,” rajuk Eelan dengan muncung dua belas incinya.  Trademark la tu kalau nak merajuk.

            Imran hanya tersenyum memandang wajah Eelan yang kembali tersenyum.  Comel, lagi comel kalau usaha mereka itu mendapat hasil yang baik.  Sekarang mereka harus mencari orang tengah yang dapat membantu mereka.  Kalau sekadar mereka berdua sahaja, memang nampak sangat sukarnya laluan menuju bahagia tu.  Memang kena ada juga tangan-tangan yang perlu menyokong mereka.  Di pihak Imran, rasanya Kak Mai, kakak iparnya memang calon yang sesuai.  Lagi pula dia agak rapat dengan kakak ipar sulungnya itu.  Boleh dibuat kawanlah.

“Ann, agak-agak you sebelah family you siapa yang boleh tolong kita ye?” soal Imran serius.  Bukan boleh main-main pun perkara sebegini.

“Hmm.. kalau nak harapkan Kak Long susah, sebab dia jauh kat London nun.  Memang I rapat dengan Kak Long, tapi dah jauh sangat macam mana dia nak tolong.  Kena cari yang dekat-dekat dengan parents I la kan.  Mungkin Pak Andak boleh tolong kita kot,” ujar Eelan masih lagi berfikir calon yang sesuai.

“Boleh ke?”

“Kita boleh cubalah, sebab masa Kak Long nak kahwin dengan Abang Zackry dulu pun Pak Andak yang banyak jadi perantara, kalau tidak mahu tak lepas juga Kak Long tu.  Dahlah nak kahwin dengan mat salleh, lepas tu nak duduk kat London pula, manalah ibu nak lepas, tapi hasil pujukan Pak Andak, Alhamdulillah.”

“Kalau macam tu, esok I jumpa dengan boss.  You pula cubalah hubungi Pak Andak you, cerita kat dia semua pasal kita ni.  Mungkin kes Kak Long you tak susah sangat sebab tak melibatkan sentimen kenegerian macam kita ni.  Tengok apa Pak Andak you kata.”

“I telefon siang esok la kan, malam ni I nak usyar website yang you cakap tu.  Err, kampung you kat daerah mana ye, senang sikit I nak cari.  Mana tahu kot-kot ada rezeki I kat situ,” balas Eelan.  Hati sudah mula berbunga-bunga harapan.  Siapa tak gusar dan gundah gulana mengenangkan hubungan hati yang telah terbina bertahun-tahun lamanya bakal musnah begitu sahaja jika tiada jalan penghujung.

“Pasir Puteh, tapi kalau you nak lebih dekat cuba cari kat Tok Bali.  Rumah ma dekat kawasan pantai Tok Bali tu je, tak jauh pun daripada pantai.  Kalau you dapat SK Tok Bali lagi bagus, anak Kak Long ada kat sekolah tu.  Nanti  I pun akan risik-risik dengan Kak Long.”

“You rasa macam mana?  Berhasil tak nanti usaha kita ni?” soal Eelan merenung tepat ke wajah Imran.  Bukan dia ragu-ragu tapi dia inginkan kata-kata semangat sebagai kekuatan buat dirinya sendiri.

“InsyaAllah, kita sama-sama usaha dan berdoa.  Andai dah tertulis jodoh kita di Luh Mahfuz, tak mungkin ada apa-apa yang mampu menggoyahnya,” tutur Imran perlahan tetapi penuh dengan azam dan keyakinan diri yang jitu.  Itulah sifat anak jantan, tak akan beralah sebelum masanya. 

            Pandangan mereka bertaut, lama.  Ada sinar bahagia terpancar walau pun masih disulami rasa resah dan gelisah, namun keduanya meletakkan sepenuh harapan dan tawakkal kepada yang Esa agar usaha dan niat murni mereka akan mendapat restuNya.



*****************************

Salam sayang2 semua... n3 kedua utk Kahwin Lari, semoga ada sinar terpancar utk kedua2nya.. tapi kak yus berharap sgt2 n3 ini memuaskan hati semua..  sudi2 drop komen utk kak yus ye... oraittttttttttttttttttt...selamat membaca, maaf utk segala ketidaksempurnaan..


Lots of luv ... Kak Yus.


5 comments:

  1. Mudah2an usaha mereka kali ni utk bertukar tempat dpt berhasil mencairkan hati org tua masing2:)

    ReplyDelete
  2. smbng lgi ya... saya ska nvl akak yg tjuk biar cinta bertaburan
    best gila gila.. hehe

    ReplyDelete
  3. Yes...makin menarik nie. Power la Kak Yus...

    ReplyDelete
  4. sian nyer klau btul cinta terhalang...
    ada mcm2 pndangan yg org lain bg..hehehe

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com