Thursday 3 January 2013

Sengketa Cinta ~ 14




Lima tahun kemudian…

            Ombak yang bertebaran menghempas di gigian pantai masih lagi sama.  Pasir pantai yang memutih ditemani awan berarak senada juga masih sama.  Semilir angin yang bertiup lembut juga masih tidak berubah.  Semuanya tidak pernah berubah.  Biar pun dunia dan manusia berubah tapi pasir dan pantai ini tetap akan sama, tak jemu-jemu menghamparkan diri di sini, saling menemani hingga akhir zaman.  Kata-kata itu masih tidak luput daripada ingatannya.  Sesungguhnya, ingatannya tak pernah akan pudar kepada empunya bibir yang menuturkannya juga.  Lima tahun merindui wajah yang sama, lima tahun menyimpan rasa bersalah yang tak pernah pudar. 

            Akhirnya, hari ini dia menjejakkan kakinya semula ke pantai ini.  Mungkin daerahnya berbeza, tapi pantainya tetap sama.  Seakan terlihat-lihat wajah kesayangannya itu berlarian di gigi pantai, mengutip remis dan ketam-ketam kecil.  Masih jelas di mata tawa manis dan senyuman menawan yang terlalu sukar untuk dikikis.  Segalanya masih jelas dan dia mahu segalanya menjadi miliknya, abadi bersama kenangan yang sukar dikikis. 

“Sungguh, aku tak dapat lupuskan rasa cinta ini padamu Azzalea.  Tidak pernah ada orang yang mampu menggantikanmu dalam hati ini,”  bisiknya perlahan.

            Sinaran terik mentari bagaikan menghambat Fayyad meninggalkan pantai itu.  Dia berjanji akan datang semula, mengutip kembali kenangan yang telah lama ditinggalkan.  Lima tahun itu bukan singkat, terlalu lama buatnya.  Cukuplah dua tahun menyiksa diri dan selebihnya membawa hati merantau jauh.  Hari ini, saat ini, dia ingin kembali ke daerah sepi ini, mengimbau setiap inci kenangan bersama Azzalea untuk bekalannya meneruskan hidup. 

            Kereta Fayyad meluncur laju meninggalkan Perkampungan Cherating menuju ke destinasi penginapannya di Impiana Resort yang terletak di Jalan Kuantan – Kemaman.  Sesudah check-in sahaja tadi, terus dia meluncur ke Perkampungan Cherating bagaikan ada sesuatu yang menantinya di sana.  Sudahlah baru semalam sahaja dia menjejakkan kaki ke bumi Malaysia ini kembali setelah tiga tahun meninggalkannya sehinggakan papa dan mama yang menanti kepulangannya pun tidak dijengahnya dahulu.  Hatinya bagaikan terpanggil-panggil untuk terus ke sini.  Entah mengapa, dia sendiri pun tidak dapat menebaknya. 

            Setibanya Fayyad di Impiana Resort, langkahnya terpesong ke arah pantai lagi.  Kali ini cuaca sudah agak mendung, tentu sekali nyaman udaranya jika dapat berlegar-legar di persisiran pantai melihat ramainya pengunjung yang sedang leka mengulit ombak.  Fayyad melabuhkan punggung di atas bangku panjang yang disediakan oleh pihak hotel bagi kemudahan pengunjung mereka berehat sambil bersiram cahaya mentari.  Biasalah, kan pengunjung-pengunjung luar suka benar berjemur di bawah sinaran matahari, konon-kononnya nak tanned la sangat.

            Ralit matanya memerhatikan kanak-kanak yang riang bermain.  Desir angin yang bertiup nyaman juga seakan-akan mengulit dan mendodoinya sehingga matanya hampir layu.  Seketika, dia terlena bersama memori indah miliknya.  Namun semuanya hanya untuk beberapa minit sahaja, apabila lenanya itu terganggu dengan sesuatu yang menghempap wajahnya.



“Ouchh!”  Matanya terbuka luas.  Sebiji bola kecil yang menerjah wajah hensemnya sebentar tadi tergolek elok di tepi bangku.  Cepat-cepat bola kecil merah itu diambil dan ketika itu juga matanya tertangkap kelibat seorang anak kecil yang berlari mendapatkannya.

“Oppss, sorry!  Iman tak sengaja...,” ujar pemilik suara comel itu dengan wajah muram dan penuh rasa bersalah.

“Oh, ini bola adik ye.  Siapa nama adik comel ni?”  Sengaja Fayyad merendahkan suaranya memancing minat anak kecil itu.  Sudahlah comel, bijak dah keletah pula.  Wajah kecil itu diamatinya.  Memang comel, dengan kulit putih mulus dan rambut kerinting yang ditocang dua.  Matanya yang bulat bersinar menambahkan lagi geram apabila memandangnya. 

“Iman Yasmine, uncle,”

“Umur Iman berapa tahun ni?”

“Empat tahun.  Uncle nak main bola?  Tak syoklah Iman main dengan umi je dua orang.”  Petah sungguh mulut kecil ini.  Tentu telah dilatih dengan baik oleh kedua ibu bapanya. 

            Sedang leka Fayyad melayan anak kecil itu, dia tidak menyedari kehadiran wanita yang bertubuh kecil yang berdiri di belakangnya. 

“Err, Iman jangan ganggu uncle sayang,” panggil wanita itu, “maaf ye encik, nakal anak saya ni mengganggu encik pula,” sambungnya lagi.

            Fayyad terpaku seketika pada saat terdengar suara itu, suara yang sentiasa terlekat di corong telinganya saban waktu.  Sesaat dia berpaling menghadap pemilik suara itu.  Mata mereka bersabung, lidah kelu tak terkata.  Dunia seakan terhenti putarannya seketika.  Hanya ada mereka berdua di situ.  Wajah di sebalik tudung biru itu amat dikenalinya.  Walau pun telah berubah penampilan dan semakin ayu, namun wajah itu tak mungkin luput di ingatan selamanya.  Wajah yang didambakan siang dan malam.  Wajah yang membawa rajuknya bertahun lama.  Ingin disentuh pipi mulus itu namun terhenti dek suara kecil yang menyapa.

“Uncle, inilah umi Iman.”  Suara kecil itu mengembalikan mereka ke alam realiti. 

“Anak awak?” soal Fayyad.  Hatinya menjadi sebal.

“Ye anak saya.  Ok sayang, jom kita balik bilik, mesti papa dah tunggu,” balas Azzalea sengaja menguatkan perkataan papa di hujung kata-katanya.  Apa, dia ingat dia je yang boleh bahagia, orang lain tidak, desis hati Azzalea.  Menyampah.  Luka lama yang cuba disembunyikannya semakin terguris dan berdarah kembali. 

            Mengapa setelah lima tahun dia bertungkus lumus mengubati luka di hati, melarikan diri sejauh mungkin daripada dearah kelukaannya, hari ini dia harus bertemu semula dengan lelaki itu.  Lelaki yang telah mencuri hatinya dan mencampakkannya sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan. 

            Tangan kecil Iman dipimpin dan laju langkah diatur meninggalkan Fayyad yang masih tidak percaya dengan matanya sendiri.  Azzalea.  Iman Yasmine. 

            ‘Huh, sedarlah Fayyad.  Dah lima tahun berlalu, takkanlah dia nak tunggu kau lagi.  Lebih-lebih lagi dengan apa yang telah engkau tinggalkan padanya.  Luka yang dalam pada hari istimewanya.  Dia sedang melalui saat-saat yang gembira dalam hidupnya.  Sudah waktunya kau lupakan dia.’  Bagaikan ada suatu suara sayup-sayup kedengaran di telinganya.  Sebak dan sebal saling bertingkah-tingkah melanda hatinya tika itu.  Azzalea, Iman Yasmine.  Dua nama yang mengundang gundah kembali di dadanya!



Kumencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Kutahu ku takkan bisa memberikanmu
Waktu yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari s’lama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku

Haa…hidupku…haa…
Kumencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Hoo..oooo..
Wooooww…
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
Kekasih gelapku…
Huuu…huu…


**********************************

Salam utk semua ... maaf dah lama sesangat blog ni tak dihapdet.. bersawang n semak samun sana sini dah ye... maaf juga sbb entry ni pendek je.. nanti next entry panjang sikit n nantikan sesuatu di bab seterusnya...krn mungkin rindu kamu-kamu akan terubat di situ.. nak tau? tungguuuuuuuuuuuuuu... semoga terhibur dgn n3 ini..maaf atas ketidaksempurnaan...

Lots of luv
Kak Yus.

14 comments:

  1. Please update selalu citer ni...nak tau sgt apa berlaku pd Lea dan Fayyad....

    ReplyDelete
  2. Lepas Fayyad tinggalkan dia, dia terus kawen? Wahhhh.....

    Kak Yus...miss you so muchh!!!

    Dah dapat presents...sangat2 cantikkkk..! Tq tak terkira.

    ReplyDelete
  3. Eijan dear... insyaAllah, k.yus tgh speed up kisah Lea n Fayyad ni utk disiapkan..doakan semoga dpt bertemu kita dlm versi cetak suatu hari nanti.


    Aziela dear.. miss u n everyone so much!! lama tak dpt updates apa2 kat sini, thought cuti sekolah la waktu yg plg bagus utk menulis rupa2nya meleset sama sekali..huhu.. pleasure dear..k.yus lagi seronok bila Aziela suka..

    ReplyDelete
  4. huuu...kak yus sambung lagi..nak tau apa jadi..hehehe

    ReplyDelete
  5. lama tak singgah sini. rindu buah tangan kak Yus laling...

    wah, cerita semakin menarik. Fayyad and Azzalea. What happen sebenarnya?

    terima kasih kak Yus :)

    ReplyDelete
  6. alahai.. rase kat ati sayu n sedeh...

    ReplyDelete
  7. kak, kalau macam ni gaya penulisannya, boleh masuk alaf nih.. :) cantik je..hehe

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com