Tuesday 13 August 2013

AKU MAHU DIA -- Special Entry, Edited Version

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan kak yus...

Rindunyaaaa...lama sungguh tak hapdet sanggarhati kita ni ye.. hari ni Kak Yus tepek kat sini edited version bab 31 daripada final manuskrip yang telah dihantar dan bakal terbit tidak lama lagi daripada kisah Mengintai Bahagia yang kini telah ditukar tajuk Aku Mahu Dia.

Harap kepada mereka yang ternanti-nantikan kemunculan Acam, Dzil dan Qaid.. terubat rindu dengan N3 ni.. InsyaAllah.. Azzalea & Fayyad akan menyusul dlm beberapa hari lagi.. 

Terlanjur itu, kak yus ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca, jari nan 10 kak yus susun mohon ampun dan maaf utk segala kesilapan, ketelanjuran kata dan terlajak bahasa.. 

***************************

        
 


                Di sebalik tabir jendela kamar Qaliesya, Acam perhatikan sudah ramai tetamu yang mula membanjiri halaman rumah.  Tetamu wanita menggunakan pintu di ruang menonton untuk masuk ke dalam rumah manakala tetamu lelaki menggunakan pintu utama ke ruang tamu.  Sekejap lagi bacaan Yassin dah tahlil akan dialunkan.  Cepat-cepat Acam membetulkan anak tudung dan saat itu terdengar ketukan perlahan di dada pintu kamar.

            Memandangkan ketika itu hanya dia berseorangan di dalam bilik, Acam segera merapati pintu lalu menguak kecil dedaun lebar pintu kayu yang cantik terukir itu.  Matanya terpaku memandang ke arah Qaid yang lengkap berbaju Melayu dan bersampin.  Walah, hensem pula mamat ni.  Kemain lagi, macam nak pergi bersanding pula lengkap dengan songkok di kepala.  Tak berkelip mata Acam melihat Qaid yang juga turut senada warnanya dengan pakaian Acam malam itu.  Serba biru.  Qaid tersenyum melihat Acam yang mengenakan jubah dan tudung yang dibeli mereka di Ipoh dahulu.  Memang kena sungguh dengan kulit putih merah Acam.  Sebenarnya, memang dia amat berharap Acam akan mengenakan persalinan itu sebab itulah dia sengaja memakai baju melayu yang senada.

“Err.. ko nak apa?”  ujar Acam memecah kesunyian yang tercipta antara mereka.

“Hmm.. aku nak bagi tau je orang dah ramai kat bawah.  Jom turun.” Qaid sengaja membetulkan kolar baju melayunya mendengar soalan Acam.  Nak cover line sebenarnya.  Iyalah, dah dok tenung anak dara orang tak hengat.  Tangannya terkial-kial hendak memasang butang baju melayu yang masih tidak terpasang satu pun.

“Ko turun dululah, kejap lagi aku turun dengan Isya.  Tengah mandi adik ko tu,”  balas Acam lembut. 

“Lorhhh, ingatkan dia dah siap.  Nak minta tolong dia sekejap,” keluhnya dengan wajah muram.

“Nak mintak tolong apa?”

“Ni ha, aku tak pandai nak masukkan butang-butang ni, selalunya mama yang buat.  Hari ni mama aku dah lupakan akulah, entah mana mama dah hilang.  Sibuk sangat agaknya,” adu Qaid.  Alah, anak manja mama rupanya mamat ni.

“Hmm, kalau setakat butang tu, aku pun boleh tolong.  Bak sini butang tu, ko dok diam-diam.  Jangan sibuk nak bergerak sikit pun, tangan jangan nak menggatal eh.” Sinis sahaja bunyi kata-kata Acam.  Namun itu satu kesempatan untuk Qaid.  Butang baju bertukar tangan, perlahan jari jemari Acam menyentuh lembut kolar baju melayu Qaid lalu satu persatu butang dipasang dengan mudah.  Nasiblah Acam ni dalam kategori yang tinggi juga, kalau tidak memang jenuh nak berjengket sebab Qaid ni memang agak tinggi orangnya.

            Jauh di sudut hati Qaid, saat terasa tangan halus Acam melekap di kolar baju melayunya, ada getar yang membara.  Andai dapat waktu itu dihentikan seketika, dia ingin sekali menikmati saat-saat itu lebih lama.  Biarlah ia menjadi detik terindah dalam perhubungan mereka.  Bukan mudah untuk berada sedekat itu dengan Acam, untuk merasa seintim itu bersama gadis pujaannya itu.  Saat-saat seperti itu sudah pasti sukar untuk berulang.

“Okey, done!”  Suara Acam mematikan lamunan seketika Qaid.  Huh, sempat pula berangan ye.

“Err.. terima kasih.”

Small matter la bro.  Ko turunlah dulu eh, aku tunggu Qaliesya jap.”

Qaid menganggukkan kepala lalu berpusing menuju ke bawah.  Satu persatu anak tangga dituruninya dengan hati yang berbunga.  Perlahan langkah diatur untuk turut serta bersama ahli jemaah masjid dan tetamu-tetamu yang sudah pun memenuhi ruang tamu rumah. 

            Pintu bilik dirapatkan kembali perlahan.  Entahlah, nak tersenyum pun ada, nak rasa serba salah pun ada.  Mana tidaknya, melihatkan pakaian Qaid dan bajunya malam itu sudah tentu akan mengundang salah faham keluarga Qaid lebih-lebih lagi Aunty Sahara.  Mesti mereka akan menganggap mereka couple pula, sedangkan Qaid dan dirinya terlebih maklum akan perhubungan mereka bagaimana. 

            Acam melabuhkan punggung di atas katil empuk milik Qaliesya.  Matanya memerhatikan keadaan sekeliling bilik itu, cantik!  Bertemakan English style, kamar tidur itu dihiasi dengan bunga-bungaan berkonsep English, dengan warna-warna pastel yang lembut.  Kelihatan bingkai gambar yang cantik dan tersusun kemas di atas almari buku, tak kurang juga yang bergantungan di dinding kamar.  Di sebelah almari buku, berdiri tegak kabinet tv yang menempatkan televisyen LCD 42 inci.  Di bahagian bawah cabinet pula tersusun kemas cd dan dvd yang sudah tentulah pilihannya K-pop dan English movie.  Hish, bagus sesangatlah tu.  Baik abang mahu pun adik, semuanya kaki K-pop.  Entah-entah Aunty Sahara pun sama juga.  Acam tersengih sendiri melayan fikirannya.

            Jari jemari halus Acam mencapai beberapa keping dvd yang berselerakan di atas katil.  Ini si Qaliesyalah punya kerja.  Petang tadi, beria-ia dia menarik tangan Acam mengajak Acam naik ke biliknya.  Rupa-rupanya dia nak ajak Acam layan Korean Movie dan seronok pula melihatkan keletah gadis itu apabila bercerita tentang koleksi dvd Koreanya itu.  Walau pun Acam tidaklah berminat sangat, tapi tetap juga dia mendengarnya.  Bukan apa, melihat cara dan gaya Qaliesya bercerita dengan sepenuh hati itu pun dah cukup menghiburkan.  Apa yang diceritakan tu lain kiralah.  Senyuman Acam lenyap tiba-tiba apabila pintu bilik air terkuak lebar.  Terpacul wajah Qaliesya yang seakan mengendap dan terus mengundang tawa Acam.

“Iskhh, main nyorok-nyorok ke?” sergah Acam sambil menyusun semula dvd yang dikutipnya tadi.

“Hehe.. tadi aku dengar suara Angah.  Risau juga takut dia ada lagi, iyalah, aku tengah seksi ni,” ujar Qaliesya lalu melangkah keluar dengan hanya bertuala. 

“Huh, ini bukan seksi lagi minah oi, ini dinamakan seksa tau dak,” usik Acam. 

Bedebuk bunyi kusyen jatuh berhampiran Acam dibaling dek Qaliesya.  Terlerai tawa kedua-dua gadis itu.  Biarpun ini merupakan kali kedua sahaja mereka bertemu, namun keserasian antara mereka memang sudah tercipta.  Mudah sungguh hati Acam menerima Qaliesya sebagai rakan, begitu juga dengan Qaliesya.  Hendak pula gadis manis itu anak manja dan sentiasa mahukan perhatian.  Kepala gila-gila merekalah yang merapatkan hubungan kedua-duanya.

            Acam sebenarnya memerhatikan segenap ruang kamar yang tersusun indah itu sedari tadi lagi.  Di benaknya terfikir, di mana agaknya gadis itu menyimpan segala pakaiannya memandangkan tiada satu pun almari baju kelihatan di bilik itu.  Teka-teki yang bermain di benak Acam sedari tadi akhirnya terjawab apabila pintu kecil yang terdapat di sudut bilik itu dibuka Qaliesya.  Apabila lampu terpasang, terbuntang mata Acam memerhatikan betapa besarnya ruang pakaian Qaliesya dengan deretan baju-baju yang bergantungan.  Siap ada rak kasut dan kesemua kasut disimpan rapi di dalam kotak yang tersusun kemas.  Wah, kalau macam ini bilik Qaliesya, bilik Qaid entah bagaimana ye.  Iskhhh, buat apalah ko nak bayangkan bilik orang Acam oi, gerutu hatinya.

            Acam menolong Qaliesya melilitkan selendang panjang di kepalanya.  Cantik juga gadis ini berselendang, manis je rupanya.  Saat itu, sekali lagi pintu kamar diketuk.  Acam yang masih berdiri segera melangkah ke arah pintu lalu melebarkan dedaun pintu untuk membenarkan tetamu yang sedang tersenyum berdiri di muka pintu itu masuk ke dalam. 

“Lorhh mama ni, ingatkan siapalah.  Tadi Angah dah naik ketuk pintu, ni mama pula,” rengek Qaliesya yang masih membetulkan oles make up di wajahnya.  Siap bermake up bagai cik adik ni.

“Iyalah, orang dah nak mula kat bawah tu, Adeq kidnap Acam lagi kat atas ni,” bebel Puan Sahara bersahaja.  Sengaja melayan karenah Qaliesya yang memang manja tu.

“Taulah orang simpan Acam sekejap je, eleh, itu pun nak kede kan Acam.”

“Kede.. apa benda tu?” soal Puan Sahara.  Berkerut-kerut keningnya memikirkan perkataan itu.  Terlerai tawa dua anak gadis di hadapannya.

“Kede tu kedekutlah mama, itulah orang muda-muda macam kitorang ni suka cakap separuh-separuh je, macam dowh, bro..”

“Hah, iyalah tu,” sampuk Puan Sahara mematikan kata-kata Qaliesya.  “Ada-ada ajelah kamu ni.  Hmm, Acam mari sekejap duduk dekat Aunty ni,” panggil Puan Sahara sambil melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak di tepi tingkap. 

Bukan sebarang sofa ye, ini double seater sofa Laura Ashley tau.  Bermotifkan bunga-bunga ros kecil ala-ala English style yang harganya dah tentu cecah ribuan ringgit.  Tak caya?  Hmmm.. cubalah jengok-jengok majalah dekorasi dan intai-intailah harga-harga perabut di bawah jenama ni.  Memang telan airliur sahajalah. 

            Acam yang menuruti permintaan Puan Sahara, hanya mendiamkan diri dan menghadiahkan senyuman manis buat Puan Sahara yang menarik lembut tangannya kala dia melabuhkan diri di sebelah wanita itu.  Anggunnya wanita ini, bergaya dengan jubah labuh berona ungu, ditambah pula dengan kerlipan labuci dan manik-manik halus yang menghiasi ruang jubah yang polos.  Dipadankan pula dengan tudung tiga layer bertona yang sama juga dihiasi manik-manik yang bertaburan di atas awning tudung menyerikan lagi wajah wanita itu.  Malah En. Quzair pun mengenakan padanan yang sama.  Acam ternampak kelibat encik ayah yang hebat itu ketika dia berdiri di sebalik langsir memerhatikan halaman yang mula riuh.  Memang hebat pasangan ni.

“Hari tu Aunty bagi kat Acam rantai tangan ni, Acam tak nak terima.  Hari ni Aunty bagi lagi sekali, and make sure you will not reject it.  Aunty memang nak bagi kat Acam tau.” 
Rantai tangan yang pernah dipulangkan semula oleh Acam disarungkan kembali ke pergelangan tangan Acam yang kecil itu.  Memang cantik terletak sahaja dan berseri kilauannya.  Acam termangu sendiri melihatkan rantai tangan itu.  Kata-kata seolah tersekat di anak tekak, tidak mampu dizahirkan.  Hendak menolak tidak mungkin lagi kerana Acam amat ingat janjinya dahulu.  Dia pernah berkata, jika Puan Sahaja memberinya ketika dia berkunjung ke rumah mereka, dia sesekali tidak akan menolaknya.

“Err, saya tak tahu nak cakap apa Aunty.”

“Jangan cakap apa-apa, ambil je.” Terus tubuh Acam dirangkul dan dipeluk kejap oleh Puan Sahara.  Saat itu terasa seperti ada linangan kecil yang mengalir dari kolam rasa Acam.  Segera Acam menyekanya, tidak mahu menimbulkan tanda tanya mereka.

“Olorhh, dah la tu peluk-peluk.  I jeles tau,” usik Qaliesya yang menjadi pemerhati semenjak tadi.  Sekali lagi terlerai tawa mereka anak beranak di situ.

“Terima kasih Aunty, saya akan jaga pemberian Aunty ni baik-baik,” ucap Acam.  Sebuah kucupan dihadiahkan di pipi wanita itu. 

            Adegan lima minit itu terganggu dek deringan telefon bimbit Puan Sahara yang disimpan di dalam kocek jubahnya.  Segera panggilan dijawab apabila nama yang tertera di skrin telefon bimbit dibaca.

“Iya saya abang, nak turun dah ni.  Datang jemput anak dara abang ni hah, dikidnapnya si Acam ni dari tadi tak bagi keluar,” jawab Puan Sahara.  Entah apa yang dibebelkan oleh Encik Quzair agaknya.  Talian dimatikan dan segera Puan Sahara mengajak kedua-dua gadis itu mengikutnya turun ke tingkat bawah.

“Hamboi, advance gitu.  Dalam rumah pun main calling-calling ye mama.” Sempat Qaliesya mengusik mamanya.  Bertambah merah pipi Puan Sahara diusik anak gadisnya di hadapan Acam pula tu.

            Sebelum turun ke bawah sebentar tadi Acam sempat mengambil wuduk terlebih dahulu, lalu Acam juga turut serta bersama-sama qariah yang hadir membaca Yassin dan tahlil.  Sudah lama rasanya dia tidak turut serta dalam majlis begitu.  Bukan ibu dan ayah tidak pernah mengadakan majlis tahlil dan Yassin, tetapi selalunya dia tidak berkesempatan untuk turut serta.  Iyalah, kan dia jauh di perantauan.  Iskh, perantauanlah sangat!!

            Memang tidak dinafikan ramai sungguh tetamu yang hadir di rumah Qaid.  Kata Qaid tadi hanya jiran-jiran terdekat, saudara mara dan ahli jemaah masjid sahaja, tapi rasanya yang hadir tu macam dah satu kampung rupanya.  Malah ada juga beberapa orang ahli politik yang turut menunjukkan wajah sambil bermesra dengan penduduk sekitar.  Puan Sahara juga semakin sibuk melayan tetamu-tetamu VIPnya yang turut serta mengiringi suami masing-masing.  Acam mengambil kesempatan itu menurut langkah Qaliesya beredar ke bahagian dapur dan menyertai kumpulan ibu-ibu saudara Qaliesya yang sedang sibuk mengisi perut dan bergossip.  Wah, seronok sungguh macam ni!  Semua kisah keluar, pasal Fasha Sandha kahwinlah, pasal artis gaduh dengan artislah, pasal artis ni kahwin dengan suami oranglah, sampaikan pasal artis barat pun terjebak sama.  Hehe, dah macam mamarazzi pulak makcik-makcik ni.  Kadang-kadang sakit tulang rahang Acam dek asyik bergelak sakan mendengar lawak mereka. 

            Dalam asyik ketawa melayan gossip hangat makcik-makcik Qaliesya itu, tiba-tiba Acam terasa bahunya dipeluk seseorang.  Wangian 24 Faubourg daripada Jenama Hermes yang terkenal tu menusuk ke segenap deria bau Acam.  Dia memalingkan wajah dengan senyuman paling manis buat pemilik wangian itu.  Puan Sahara ni memang kelas, wangian sahaja pun dah beratus harganya.  Tapi memang berbaloi pun berhabis untuk wangian sehebat ini, harumannya sahaja mampu menenangkan hati.  Haruman bunga-bungaan segar dan mengasyikkan.

“Acam dah makan?  Kalau belum jom kita makan.”  Puan Sahara menarik lembut tangan Acam dan diajak untuk duduk bersamanya di meja makan yang boleh memuatkan dua belas orang itu.

“Err sorry ye mama, Angah rasa bab makan tu Acam lagi akan berselera kalau makan dengan Angah.  Lagi pun tetamu VIP mama kat luar tu tak ada orang nak entertainlah mama.”  Entah daripada mana tiba-tiba muncul sahaja mamat ni memotong kata-kata mamanya.  Wajah Qaid berseri-seri apabila mamanya mengangguk setuju.
“Okeylah kalau macam tu.  Make sure she eats before you send her back,” ujar Puan Sahara mengingatkan Qaid. “And as for you my dear, jumpa Aunty dulu sebelum balik nanti ye,” sambungnya lagi sebelum mengangkat punggung berlalu meninggalkan mereka berdua di situ. 

“Dah, jom makan.  Dari tadi lagi kan ko belum makan,” ajak Qaid dan terus sahaja menuju ke arah pintu sisi yang menghala terus ke kawasan kanopi yang tersergam di halaman.  Acam hanya menuruti setiap langkah tanpa sepatah bicara.  Iyalah pun, memang perut dah nak berdondang sayang pun.  Walau pun tadi di bilik Qaliesya dah dijamu dengan berbagai jenis makanan ringan tapi kalau dah jenis perut melayu tu perut melayulah juga, mesti nak cari nasi walau bagaimana pun.

            Acam meninjau lauk-pauk dan makanan yang terhidang berderet di atas meja hidangan.  Berkonsepkan ala buffet, lebih mudah untuk tetamu memilih makanan pilihan mereka.  Wah, bukan main sedap-sedap lagi makanan yang terhidang!  Nasi briyani ada, nasi arab ada, nasi putih ada, rendang daging, kerutuk ayam, ayam masak merah, dalca, pajeri nanas, sambal goreng tempe, sambal tahun kulit lembu dan bermacam-macam jenis lagi makanan termasuk pencuci mulut dan buah-buahan.  Istimewanya, mereka menghidangkan makanan ala jawa di sini.  Acam terhenti di tengah-tengah meja buffet apabila menyedari tingkahnya diperhatikan oleh Qaid.

“Kenapa ko tengok aku macam tu?” Dengan muka selamba Acam menyoal tindakan Qaid yang masih berdiri dan tersenyum ke arahnya. 

Senyuman Qaid masih bersisa, “Suka hati akulah nak tengok ko macam mana pun.  Heh, tak tau nak pilih apa ye?  Tak pe, aku ada idea.  Ko ambik nasi dan pergi duduk dulu, sekejap lagi aku datang,” balasnya lalu laju melangkah meninggalkan Acam.

            Lekas-lekas Acam menyenduk nasi ke dalam dua biji pinggan.  Lantaklah, isi ajelah nasi apa pun, mesti si Qaid tu makan punya, getus hatinya.  Iyalah, tadi tak sempat nak bertanya pun Qaid tu nak makan nasi apa, tahu-tahu laju sahaja langkah lelaki itu meninggalkannya dengan ideanya yang konon-konon brilliant tu.  Entah apalah idea yang brilliant sangat tu.
            Sepuluh minit menunggu, Qaid hadir bersama sedulang mangkuk kecil yang telah terisi berbagai jenis lauk pauk yang ditinjaunya sebentar tadi.  Hmm.. memang cemerlanglah idea mamat ni.  Semua lauk dapat merasa macam ni.  Seketika kemudian kelihatan seorang lelaki beruniform serba putih berdiri di hadapan meja mereka dengan sedulang lagi mangkuk kecil berisi pencuci mulut dan buah-buahan.  Wallah, ini sudah lebih daripada diva, vavavoom gitu!  Layanan first class macam ni mana nak dapat.

“Hamboi, banyaknya lauk siapa yang nak perabiskan nanti?” Berkerut dahi Acam melihat lincah tangan Qaid menyusun mangkuk-mangkuk kecil itu di atas meja.

“Kitalah makan, kalau tak habis aku tak hantar ko balik,” jawabnya bersahaja.

“Kalau macam ni, bukan setakat sekilo aku boleh naik ni, mahu lima kilogram naik nanti.  Takut mak, nyah oii,” gurau Acam namun tangan sudah pun mencapai sudu sambal goreng yang kelihatan menggiurkan itu.

“Eleh, takut sangat naik badan dia.  Kalau ko besar berpuluh-puluh kilo pun pada aku okey je, yang penting hati.”
            Malas hendak melayan omelan Qaid, lincah je jemari Acam menyuap nasi briyani ke mulutnya.  Satu persatu lauk yang ada di hadapannya disudu ke dalam pinggan.  Qaid pun tidak kurang, macam-macam ditambahnya ke dalam pinggan Acam sehingga menimbun.  Memang seronok makan dengan mamat ni.  Yang penting, bila berada bersama Qaid, Acam tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain, dia hanya perlu menjadi Acam yang biasa.  Perasaan yang sama apabila bersama Dzil, tidak perlu berpura-pura kerana mereka amat arif siapa dirinya yang sebenar.

            Antara sedar dengan tidak, hatinya telah mula diketuk rasa bersalah.  Bersalah kerana menyedari betapa kini dia sedang membiarkan dua perasaan berperang dalam merebut tempat di hatinya.  Entah, sehingga saat ini jawapan itu terlalu jauh untuk dia gapai sehinggakan terasa begitu sukar untuk memastikan tempat siapakah di sudut hati gadisnya itu.  Biarlah masa yang menentukannya.  Jauh di sudut hati, dia rindu pada suara lelaki yang bernama Dzil, rindu pada gurau senda dan kata-kata yang sering menenangkan perasaannya.  Harap-harap adalah berita daripada jejaka itu nanti.





************************************

Jemput like page ini :  


~ Bantu kami membantu mereka ~

Salam kasih sayang
Kak Yus

7 comments:

  1. Kak Yussssss..... Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin andai sepanjang saya jadi fan akak ni, ada tersalah silap di mana2 yer. Syukur Alhamdulillah. Acam akan publish...bestnyaaaa! Tahniah Kak Yus... Err...heronya Qaid kan? hahahahahahah. Saja usik akak.

    ReplyDelete
  2. SElamat hari raya Aziela sayang... k.yus pun mohon ampun maaf ye selama kita bersahabat ni.. insyaAllah, tak lama lagi akan adalah Acam di sisi kita.. doakan ye. TQ krn selalu ada utk kak yus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yuss.....saya dah terima kad raya akak. Wah...memang surprise sungguh. Terima kasih kerana sudi ingat pada saya. Hugs and kisses for you.

      Delete
  3. salam kak yus, saya memohon kebenaran menyalin soft copy dari laman wab kak yus utk dimasukkan ke dlm aplikasi percuma android. boleh ke? bersama2 kita mendapat pelaburan akhirat.. aminn.

    ReplyDelete
  4. Salam Pn Yus,

    Saya ingin bertanyakan puan, bagaimana keadaan anak Pn di SMISTA. Saya baru nak memohon untuk anak perempuan saya masuk sekolah tersebut bagi 2014. Saya bertanya, kerana sukar mendapat mendapat komen tentangs ekolah tersebut. Tkasih. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Alhamdulillah.. keputusan anak kak yus utk join SMISTA adalah satu keputusan yang cemerlang dan terbaik. Memang kurikulumnya setakat ini agak berat sedikit, tetapi bak kata org tua, mereka yang dijemput Allah ini memang mampu untuk mengharunginya. Buat masa ni ada 17 subjek yg harus dibawa, tapi alhamdulillah, mereka tabah n berjaya. Keputusan puan/tuan untuk memohon amat k.yus galakkan, pelaburan kita dunia & akhirat. Klu perlukan apa2 info yg lebih boleh contact kak yus di fb Yusnida Tajudin atau email k.yus direct ayeshatajudin@gmail.com. Boleh sahaja k.yus berkongsi cerita dan info.

      Delete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com