Maaf kerana sudah terlalu lama sanggarhati kita ini dibiarkan sepi tanpa entry.. apa nak buat, tugas yg utama perlu didahulukan. Untuk mengubat kerinduan kalian kepada pasangan Emeer & Ayesha.. kak yus titipkan di sini khas utk semua.. maaf utk kekurangan dan ketidaksempurnaan ...
**********************************
“Macam mana ni, abang.”
“Lorh, sabarlah sayang.”
“Macam mana nak sabar. Dah nak maghrib ni bang. Kesian anak-anak dalam kereta tu. Itu lah, dah Sofi cakapkan tadi tak payahlah
nak cuba-cuba lalu kat sini. Dah tau tak
pernah lalu, saja cari penyakit tau.”
Membebel lagi. Kali ini sudah
masuk sepuluh kali Ayesha membebel yang sama.
“Sayang, rintangan nak datang bukan
nak bagitahu kita dulu.”
Ayesha mendengus. Itu ajelah yang dijawabnya. Kalau ikut highway MTD tadi dah lama sampai
ke rumah abah. Dah tentu sekarang ni
sibuk kat dapur menyiapkan hidangan berbuka.
Wajah anak-anak yang yang kelelahan ditenung satu persatu.
Ini semua kerana idea gila suaminya
yang tercinta tu. Dah bertahun-tahun
kahwin dan berulang alik dari Kuala Lumpur ke Pekan, tiba-tiba kali ini nak
gunakan laluan Chenor-Pekan ini pula.
Sudahlah tak pernah dilalui, hanya mendengar khabar daripada rakan-rakan
sahaja. Kononnyalah hendak menikmati
keindahan alam semula jadi. Sudahlah jauh
ke dalam, hutan pulak tu. Memanglah ada
beberapa buah kampung di sepanjang perjalanan, tetapi bukan semua kampung tu
dekat-dekat. Rumah pun tidaklah banyak
mana. Sekarang ni dah menjadi satu
masalah pula. Kereta pula buat hal. Tak pernah-pernah buat hal, pandai pula
memilih masa itu juga nak protes. Sudah
hampir dua jam mereka tersadai di tepi jalan yang di sekelilingnya hanya
pokok-pokok hutan dan aliran Sungai Pahang di pinggir jalan. Sebuah kenderaan pun tidak melintas
langsung. Kalau ikutkan hati, mahu
sahaja diselam-selamnya suaminya itu ke dalam Sungai Pahang yang mengalir
tenang. Sakit betul hati.
“Dah la Yang, janganlah masam macam
tu. Sayang tak kesian kat abang ke. Tengok ni, dah hilang hensem dah,” pujuk
Emeer mengendeng di sebelah Ayesha. Dia
tahu isterinya itu sedang membara. Namun
masih juga ingin memujuk isteri tersayang dan memancing simpati dengan
kecomotannya. Baju yang tadinya bukan
main kemas telah dicalit dengan hitam minyak kereta.
“Padanlah dengan muka tu. Siapa yang
suruh.”
“Amboi, tak sayang abang tu.”
“Sayang mak yang. Dalam hutan ni sayang-sayang tak main. Tu fikir macam mana nak balik ni. Dah la line telefon pun tak ada.” Wah, ini dah tak boleh nak dipujuk lagi ni.
“Ala sayang…”
“Malas nak bersayang-sayang dengan
abang ni. Baik Sofi tengok apa yang ada
untuk anak-anak berbuka. Nasib baik
singgah beli kuih tadi.”
Emeer tersenyum. Semenjak menjadi ibu kepada dua orang anak
ni, isteri kesayangannya tu sudah mempunyai hobi baru. Hobi yang memang sinonim dengan wanita yang
bergelar ibu. Apa lagi kalau bukan
membebel. Sesetengah lelaki tidak suka
mendengar bebelan si isteri, bosan dan ada kala boleh menaikkan amarah mereka. Tetapi berlainan pula dengan Emeer. Bebelan itulah yang sering dirinduinya sepanjang
masa. Hobi baru Ayesha itu memang
mendapat approvalnya seratus peratus.
Semakin Ayesha kerap membebel semakin comel pula kelihatan isterinya
itu. Apa ke pelik, tapi memang itu
hakikatnya. Mulut kecil milik Ayesha
yang tersenget, herot dan memuncung setiap kali membebel itu kelihatan comel
je. Kadang-kadang sedang isterinya itu
mengomel, ciuman nakal akan hinggap di bibir itu. Geram.
“Yang….” Panggil Emeer memancing
simpati. Ayesha melempar pandang ke
wajah suaminya itu. Adalah tu…
“You
look gorgeous when you get angry. Even
prettier when you sulk.”
“Heh,
tak jalan der dengan pujian abang tu,” balas Ayesha spontan. Sengaja berlagak jual mahal sedangkan hati di
dalam sudah kembang bertaman-taman. Suka
sebenarnya dipujuk dan dipuji.
“Olorh
sayang…”
“Tak
payah nak puji-puji Sofi. Kalau dengan
pujian abang tu kereta boleh jalan tak apalah juga. Ni tengok anak-anak dah berpeluh kepanasan.”
“Hmmm,
kalau macam tu sayang tinggal dengan anak-anak kat sini biar abang jalan kaki
ke depan sana kot-kot ada kampung yang berhampiran.”
“Hah,
tinggal sini? Hmmmmm….”
“Kenapa..
takut?” usik Emeer.
“Bukanlah
takut tapi tak berani je. Tak ada option
lain ke bang?”
Emeer
tergelak besar. Berlagak! Dah pucat muka tu apabila dengar kata nak
kena tinggal, lagi nak cover. Tubuh
isterinya yang agak sedikit berisi itu ditarik lalu dipeluk. Tawanya masih bersisa.
“Abang…
kotorlah baju Sofi.” Rengek Ayesha
langsung tidak berkesan malah semakin kejap pelukannya.
“Ayah,
puasalah. Mana boleh peluk-peluk.” Teguran Eizleen menambahkan galak tawa
Emeer. Namun pelukan dirungkaikan
perlahan.
“Iyalah
kan ayah ni. Dalam hutan pun nak
peluk-peluk ibu,” tokok Ayesha menyokong teguran anak gadisnya.
“Siapa
cakap kat kakak puasa tak boleh peluk?” soal Emeer masih lagi dalam mood
mengusik. Kali ini mangsanya si Eizleen.
“Errr…boleh
ke?” Eizleen pula mempamerkan wajah blur
dengan soalan ayahnya itu. Iyalah, kan
banyak benda yang tak boleh dilakukan ketika berpuasa.
Melihatkan
riak wajah Eizleen, Ayesha dan Emeer tertawa besar. Pepandai aje anak gadis mereka menjatuhkan
hukum. Adoiii!! Anak siapalah tu.
Aqyeem
dan Eizleen yang kepanasan kini sudah turut serta berdiri di pinggir
jalan. Pemandangan indah Sungai Pahang
yang mengalir tenang menggamit minat mereka.
Budak berdua tu memang dah sebati sangat dengan keindahan Sungai Pahang
apatah lagi jikalau pulang ke kampung Aki dan Maktok, memang akan sama-sama
terjun ke sungailah. Itu pun kalau air
cetek, kalau paras air naik memang tak ada harapanlah.
Paling
seronok ikut Aki menarik jala ikan patin di dalam sangkar. Melihat liuk lentuk ikan patin menggelepar
dalam jala memang seronok. Kalau ada Pak
Ngah Adib bertambah-tambah lagi keseronokan tu.
Selepas tengok Aki, terus ikut Pak Ngah pergi ke kebun. Kat kebun di belakang rumah tu bukan setakat
pohon buah-buahan je yang ditanam, ayam, itik dan arnab pun turut
diternak. Aki memang suka berbudi pada
tanah. Malah tangan Aki sejuk kata
Maktok sebab kalau bertanam memang menjadi sahaja tanaman. Menternak pun begitu juga. Daripada dua tiga ekor arnab dah semakin
banyak membiak. Ada di antara arnab itu
kadang-kadang terlepas berkeliaran di celah pohon bunga Tok Su. Memang seronoklah Aqyiem bermain kejar-kejar.
“Abang,
ada kereta,” ujar Ayesha menarik sedikit baju Emeer yang masih membongkok
menghadap enjin kereta.
Segera
Emeer menghampiri jalan raya lalu menahan kereta Iswara biru muda yang
melintasi mereka. Pemandunya seorang
lelaki tua berkopiah putih menghentikan kenderaan lalu keluar dan menghampiri
Emeer.
“Assalamualaikum.”
Lelaki tua itu memberi salam mendahului Emeer lantas menghulurkan tangan untuk
bersalam.
“Waalaikumsalam
pakcik.” Salam bersambut.
“Kenapa
kereta tu, rosak?”
“Aah
pakcik. Entah apa yang rosak pun saya
tak tahu. Nak telefon tak ada line
pula.”
“Kat
sini memang susah nak dapat line. Kena
ke depan sana lebih kurang lima puluh meter, baru boleh dapat. Dah lama ke kat sini?”
“Lama
juga dah pakcik...”
“Hmmm..
macam ni ajelah. Kalau nak tunggu orang
lalu masa macam ni memang tak ramailah.
Dah nak maghrib ni pun. Apa kata
kita ke rumah pakcik je. Nanti lepas
berbuka biar pakcik cari Abu Pomen kat seberang tu. Itu pun rasanya esok pagi la tu baru boleh
dia tengok, dah malam payah la sikit.”
Emeer
berfikir sejenak. Betul juga tu.
“Err,
nama pakcik, Azlan. Tapi orang panggil
Pak Lan aje. Anak ni siapa nama?”
“Astaghfirullahal
azim. Asyik berbual lupa saya nak
perkenalkan diri. Saya Emeer, Pak Lan
panggil Meer aje. Ini isteri saya
Ayesha. Yang berdua tu pula anak-anak
saya, Eizleen dan Aqyiem. Kami ni dalam
perjalanan nak balik ke Pekan, rumah mertua saya. Kawan-kawan saya cerita lalu kat sini
seronok, itu yang saya nak cuba. Tak
sangka pula kereta ni boleh buat hal,” terang Emeer sambil menggamit
anak-anaknya agar bersalaman dengan Pak Lan.
Kepala
kedua-dua anak kecil itu diusap lembut oleh Pak Lan ketika mereka
bersalaman. Orang tua-tua selalu
berpesan, usaplah kepala anak ketika bersalaman atau berpisah sambil berdoa
untuk kesejahteraan mereka.
“Marilah,
dah petang sangat ni. Eloklah kita
bergerak sekarang. Meer bolehlah ambil
barang-barang yang perlu dan kunci kereta elok-elok. Kita berbuka di rumah pakcik ajelah.”
Akur
dan sangat berbesar hati dengan pelawaan serta bantuan Pak Lan, Emeer dan
Ayesha segera berkemas ala kadar dengan membawa beg pakaian serta kuih muih
yang dibeli di perjalanan tadi. Syukur
kerana di waktu begitu Allah telah membantu mereka melalui Pak Lan.
Perjalanan
ke rumah Pak Lan hanya sekitar sepuluh minit sahaja. Kalau nak berjalan kaki, memang agak jauh
juga. Rumah kampung yang agak besar itu
kelihatan sunyi.
“Uwannya...”
laung Pak Lan setelah member salam.
Seketika
pintu terkuak lebar. Muncul seorang
wanita yang berusia sekitar enam puluhan tersenyum menyambut kepulangan
suaminya. Agak terkejut melihatkan
tetamu yang tidak dikenali turut serta namun senyuman manis tetap dilemparkan.
Berbuka
puasa bersama Pak Lan dan Makcik Senah memang menyeronokkan. Walaupun hanya lauk biasa-biasa, namun cukup
menyelerakan. Ikan lampan goreng menjadi
rezeki mereka malam itu ditambah pula dengan gulai asam batang keladi yang
tumbuh subur di belakang rumah. Mujurlah
sempat lagi untuk menyiapkan juadah berbuka.
Usai
mengerjakan solat maghrib berjemaah, Ayesha membantu Makcik Senah mengemas dan
membersihkan pinggan mangkuk yang digunakan.
Emeer sempat menghubungi ayah mertuanya mengkhabarkan tentang mereka
yang terkandas di situ. Mujurlah Adib
dan abah memang biasa dengan laluan itu dan akan datang menjemput mereka
selepas solat tarawikh.
Malam
itu, pertama kali dalam hidup Emeer dan Ayesha juga anak-anaknya, mengerjakan
solat tarawikh di tempat yang agak asing bagi mereka. Mengikuti Pak Lan dan Makcik Senah ke masjid
yang berhampiran memang mengujakan. Kawasan
masjid yang dipenuhi dengan jemaah amat meriah apatah lagi kelihatan kanak-kanak
kecil berlarian di laman masjid. Iyalah
kan, tentu sekali seronok kanak-kanak itu bermain sementara menanti solat
isyak. Nak takutkan apa, kan syaitan
semua diikat dalam bulan Ramadhan.
Alunan
bacaan Surah Al-Takathur yang dibaca oleh imam solat tarawikh itu sungguh merdu
menusuk jiwa. Ayesha terpegun
seketika. Khabarnya tadi imam mereka
malam itu adalah pemuda yang berusia belasan tahun, seorang pelajar tahfiz yang
telah menyudahkan hafazan 30 juzuk Al-Quran.
Beliau anak kepada salah seorang penduduk di situ. Memang selalu diberi peluang menjadi imam
jika beliau pulang bercuti ke kampung.
Subhanallah, sungguh bertuah ibu dah ayahnya.
“Sayang,
seronokkan,” ujar Emeer memecah kesunyian malam ketika mereka berdua duduk di
pangkin luar.
“Hmmm..”
“Hmmm..
aje?”
“Seronok
tu memanglah, tapi rumah orang bukan rumah kita.”
“Baik
betul Pak Lan suami isteri ni. Nak
menolong kita orang yang tak dikenali.
Kalau setengah orang tu, dibiarkan aje tepi jalan tu.”
“Itulah
bezanya orang kampung dengan orang bandar abang. Orang kampung ni walau macam mana tak kenal
pun, paling tidak mesti akan berhenti dan bertanya khabar jika nampak dalam
kesusahan.”
Emeer
menggangguk setuju. Matanya memerhati
gelagat anak-anak yang mengekor Pak Lan memasang pelita buluh di sekitar
halaman rumah. Cahaya daripada pelita
buluh itu menyinari halaman. Cantik.
“Abang,
imam tarawikh kita tadi tu, hensem tak?”
“Erkkk...” Pandangan Emeer segera kembali terarah ke
wajah Ayesha. Ada ke tanya handsome ke
tidak. Alahai isteri siapalah ni. Menyedari tingkah Emeer itu, Ayesha tertawa
lepas. Pipinya dicubit.
“Nakal
isteri abang ni ye. Ada ke tanya
handsome ke tidak. Mana ada orang lagi
handsome daripada abang kan.”
“Eiii..
perasan.” Lidah dijelir mengejek.
“Jelir
la lidah tu. Nanti abang gigit lidah tu
baru tau!”
“Takutlah
sangat.” Ayesha membuat muka, “alah, Sofi tanya comel ke tak budak tu. Sedap betul suara dia, lancar je bacaan
dia. Boleh buat menantu tu,” sambung
Ayesha.
“Hai,
sayang dah nak bermenantu sangat ke?”
“Lorh,
chop la dulu.”
Emeer
menggeleng kepala dengan keletah isterinya.
Sempat pula nak chop anak orang buat menantu. Tapi memang dia pun berkenan dengan pemuda
tadi tu. Baik budi bahasa, selari dengan
gelaran hafiz yang disandangnya. Sejuk
sungguh mata memandang. Seketika, Emeer
merenung diri sendiri. Terlalu jauh beza
dia dan pemuda itu.
Emeer,
Ayesha dan anak-anak mereka meninggalkan rumah Pak Lan dan Mak Senah hampir jam
sebelas malam setelah Adib dan abah tiba.
Dengan ucapan ribuan terima kasih atas jasa baik keduanya, Emeer dan
Ayesha berjanji akan ke rumah mereka keesokan harinya. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi
dikenang selamanya.
Takbir
raya bergema di pelusuk kampung menandakan kehadiran Aidil Fitri sejurus
mentari menjelma esoknya. Syahdu di
pendengaran. Ramadhan yang pergi entah
bila dapat bertemu kembali. Persiapan
raya semuanya telah selamat diselesaikan.
Adik-adik Ayesha yang semakin meningkat remaja sudah pandai menolong mak
dan maksu mengemas serta menghias rumah.
Pakaian Eizleen dan Aqyiem sudah cantik tergantung di dalam almari bilik
mereka. Baju Melayu dan kurung hijau
yang dijahit sendiri oleh Toksu mereka.
Berkeras maksu nak menjahit baju untuk cucu-cucunya walaupun
kesihatannya tidak berapa baik. Katanya
itulah sahaja tanda kenangan untuk mereka.
Maksu ni pun macam mak juga, kalau kata dia, kata dialah. Jangan dibantah, nanti mudah merajuk. Kalau dah merajuk, susah nak dipujuk.
“Kenapa
sayang?” Sejak seminggu dua ini, Emeer
perasan akan perubahan Ayesha. Selalunya,
setiap malam lena sahaja tidur isterinya itu.
Namun akhir-akhir ini, Ayesha kerap resah.
“Susah
nak tidur,” adu Ayesha lemah. Memang
kerap begitu akhir-akhir ini. Jam sudah
menunjukkan hampir dinihari. Matanya
masih belum boleh terlelap.
“Hmmm..
nak abang peluk tu.”
Segera
lengan sasanya dilingkarkan ke tubuh Ayesha.
Tubuh isterinya itu dipeluk kejap.
Ciuman kasih jatuh ke dahi Ayesha.
“Sayang
penat agaknya.”
Ayesha
hanya diam.
“Dah
rasa okey?”
“Dah..”
Ayesha
sendiri tidak pasti mengapa dia kerap rasa aneh begitu akhir-akhir ini. Apa yang pasti, lenanya hanya akan bertamu
setelah didakap Emeer. Bauan tubuh
suaminya itu seakan-akan mendamaikan.
Lengan halusnya juga turut memaut tubuh Emeer, semakin erat.
Tidak berapa lama kemudian, dengkur kecil mula
kedengaran. Emeer tersenyum. Setiap kali Ayesha resah, setiap kali itu
jugalah Emeer akan memeluknya. Dia
pasti, isterinya lebih selesa dalam dakapannya.
Manja.
Wajah
Ayesha ditenungnya. Perubahan sikap dan
penampilan Ayesha juga sangat ketara.
Dia mula mencongak sendiri. Akhirnya
senyuman terukir di wajah. Mungkinkah
ada anugerah terindah yang bakal menjadi milik mereka Aidil Fitri ini... andai benar
telahannya, dialah insan yang paling gembira. Sudah empat tahun menanti, biarlah kali ini ia
menjadi kenyataan.
“Sayang
nak bagi hadiah kat abang lagi ye..” bisiknya perlahan. Biarpun dia tahu isterinya itu sudah jauh belayar
dalam mimpinya, namun dia tetap juga ingin menyuarakan rasa gembira itu. Dia memang cukup pasti dengan rasa hatinya kerana
sedikit pun perubahan pada Ayesha memang tak akan dapat terlepas daripada perhatiannya.
Kasihnya tumpah hanya untuk Ayesha, satu-satunya
kekasih hati dan bidadari syurganya.
**************************************************
Cukup??? Nak lagi??? Haaa.. meh komen ramai2 kat sini.. nak tengok ramai tak yg nak lagi..
Hmmm.. doakan Fayyad & Azzalea (Sengketa Cinta) akan bertemu kita tak lama lagi.. Ramadhan Mubarak, semoga Ramadhan ini memberi lebih erti buat kita semua.
Salam sayang teramat sayang...
Kak Yus.