Assalamualaikum sayang-sayang...
Maaf ye lewat sikit updates entry BCB Edisi raya ni... Maaf utk segala kekurangan.
***********************
“Sayang
okey ke tak ni?”
Angguk.
“Betul?”
“Iya,
okey je. Tak payahlah nak susah hati
pulak. Cepatlah bersiap tu.”
“Abang
macam tak percaya je dengan sayang ni...”
Hish,
encik suami ni, kalau dilayan ada-ada je yang nak dirisaukan. Mentang-mentanglah awal sebelum subuh tadi
dia dah terbangun dan termuntah-muntah sedikit terus pula tak nak percaya orang
kata tak ada apa-apa. Memang dah dua
tiga hari macam tu keadaannya. Mungkin
sebab kepenatan. Almaklumlah, nak balik
kampung hari tu pun sibuk dia mengemas seorang.
Mak Jah dah seminggu awal diberi cuti balik berhari raya bersama sanak
saudaranya di Kedah.
Tubuh
suaminya ditarik menghampiri lantas samping yang masih belum diikat sempurna
dibetulkan.
“Sayang,
you look really tired. Sayang sambung
tidur ajelah.” Risau. Memang wajah Ayesha pagi itu sangat pucat. Selepas muntah-muntah pagi tadi, sempat pula
nak menolong mak dan Mak Su kat dapur.
Nasib baik mak bermurah hati mengusir Ayesha dari dapur melihatkan
keadaannya itu. Lagi nak kata tak ada
apa-apa.
“Jangan
risau lebih-lebih boleh? Ni
faktor-faktor penuaan je, tak ada yang pelik pun.” Tawa Emeer lantang memenuhi ruang bilik.
“Syhhhh,
control sikit ketawa tu boleh? Karang
ada yang kena sound dua tiga tepek dengan abah pulak.”
“Tak
adalah. Gelihati pula abang dengar
sayang cakap macam tu.”
“Apa
yang lucunya, betullah tu.”
“Yang,
you are only thirty four sayang. Belum
nak masuk four siries lagi nak panggil tua.
Four siries pun orang tak cakap tua lagi tau.”
“Apa-apa
ajelah. Malas nak layan gaduh dengan
abang pagi-pagi buta ni,” balas Ayesha ringkas. Tangan yang pantas membetulkan baju Melayu
suaminya sudah mula mencapai songkok di atas meja.
Bagus
juga pagi ni Aqyiem tidak datang menempel memanggilnya untuk bersiap. Biasalah, kalau balik ke rumah maktok dan aki
mereka, ibu dah tak glamour. Jarang
sangat dicari ibu mereka ni. Selalunya
Tok Su dan Mak Tok lah yang popular.
Emeer
yang telah siap berbaju Melayu sedondong dengan Ayesha yang turut mengenakan
kebaya labuh berwarna hijau pucuk pisang melabuhkan punggung di atas birai
katil. Tahun ini mereka sekeluarga
mengambil tema hijau. Melihatkan Emeer
yang telah duduk, Ayesha segera mengambil tempat di hadapan suaminya. Berlutut di atas permaidani menghadap sang
suami yang tersenyum.
Tangan
yang dihulur disambut. Ayesha mengucup
jari jemari Emeer yang bersulam di jarinya.
Seketika, dahinya dikucup hangat.
“Selamat
hari raya abang. Sofi minta ampun dan
maaf andai selama kita hidup bersama banyak salah dan silap yang telah Sofi
lakukan. Kadang-kadang Sofi ni terlupa
yang Sofi ni isteri, tertinggi suara mungkin terhadap abang. Sofi minta maaf kalau ada kekurangan dalam
semua yang Sofi lakukan untuk abang.
Halalkan makan dan minum Sofi ye.”
Sayu.
“Selamat
hari raya sayang. Abang tak pernah ambil
hati dengan sayang. Kalau pun ada
kekurangan dan kesilapan sayang, abang dah maafkan saat itu juga. Abang tak mengharapkan kesempurnaan sebab
abang tahu sayang sudah cukup sempurna buat abang. Sayang melengkapkan kekurangan abang. Abang pun nak minta maaf dengan sayang, andai
abang ada berbuat silap, terkasar bahasa dan kadang-kadang terover gurau dengan
sayang.”
Suasana
pilu seketika. Setiap kali sesi
bermaafan antara suami isteri itu di pagi raya mesti akan disulami dengan rasa
syahdu. Air mata yang berlinang di pipi
Ayesha segera diseka oleh jemari Emeer.
Dia tahu, hati isterinya memang mudah tersentuh.
Tidak
mahu suasana pilu terus menemani mereka, Emeer segera menghulurkan sekeping
sampul hijau kepada Ayesha, “Nah, untuk sayang,” ujarnya lembut.
“Wah,
dapat duit raya.” Seronok bukan
main. Sambul hijau disambut lalu isinya
diintai. Senyuman lebar menghiasi wajah
Ayesha.
“Amboi,
bukan main lagi lebar senyum tu,” usik Emeer gembira melihat telatah si
isteri. Senyuman Ayesha semakin meleret.
“Hmm,
ni abang tambah lagi senyuman sayang.”
Kali ini sebuah beg kecil plastik hitam dihulurkan.
Sebenarnya
daripada sehari sebelum mereka bertolak dah Ayesha perasan akan kehadiran beg
hitam tu, tetapi sudah terlupa untuk menyiasat mengenainya akibat kes kereta
buat pasal di kampung Pelagi tempoh hari dan ditambah pula dengan kesibukan
persediaan hari raya. Beg plastik hitam
itu terus dibuka. Di dalamnya terdapat
sebuah beg kertas pula. Mata Ayesha
membulat. Hmmm.... macam idaman hati je. Wallah, memang tepat sekali. Beg tangan berwarna velvet krim dari jenama
Micheal Kors dikeluarkan daripada beg yang menyarunginya. Memang idaman hati la tu. Sejak dia menjejakkan kaki ke butik Micheal
Kors di The Garden Midvalley awal tahun dulu, koleksi jenama itu sering menjadi
tatapannya di internet. Suka melihat
koleksi-koleksi terbaru. Bukan tak mampu
nak beli, tapi mencari yang benar-benar terpikat di hati. Kalau ikutkan sebulan sekali hendak sahaja
diborongnya.
“Hmmm..
dah sampai ke telinga senyum tu nampaknya.
Sampaikan abang pun dah tak nampak,” usik Emeer sekali lagi. Senang hatinya melihat Ayesha gembira dengan
pemberian kecil itu.
“Sayang
sangat kat abang.” Wajah Emeer dikerling
manja. Olorh, merajuk la tu kan sebab
orang dah terlebih teruja pada beg tu daripada dirinya. Ayesha meletakkan beg tangan di atas katil
lalu segera menghampiri Emeer dan memeluk erat tubuh suaminya itu.
Ayesha tahu, dia memang tidak boleh
lari daripada suaminya. Apa sahaja
keinginannya memang mudah sangat dihidu oleh Emeer walaupun tanpa
dikhabarkan.
Pelukan mereka terungkai tatkala pintu
bilik diketuk dan terkuak lebar. Dua
tubuh kecil berjalan masuk mendapatkan mereka dengan senyuman manis. Eizleen dan Aqyiem menghulurkan tangan mereka
berjabat salam memohon kemaafan daripada kedua ibu dan ayah. Senyuman si anak melebar tatkala sampul hijau
dihulurkan kepada mereka. Memang itulah
saat paling menyeronokkan bagi kanak-kanak ketika menyambut hari lebaran,
kumpul duit raya. Kalau hari-hari biasa
siapa yang nak beri duit raya kan.
Seperti kebiasaan, bersarapan pagi bersama
keluarga menjadi adat tradisi keluarga Ayesha.
Tahun ini keluarga mereka bertambah meriah dengan kehadiran seorang lagi
menantu baru di dalam keluarga mereka, menantu lelaki kedua selepas Emeer. Lukman yang baru beberapa bulan menikahi Alia
bermurah hati menurut kemahuan Alia untuk menyambut lebaran pertama mereka
bersama abah dan mak. Sedikit pun tidak
kekok beramah mesra apatah lagi memang
sekepala dengan biras sulungnya itu. Dua
hari sebelum raya sudah sampai ke rumah abah.
Sehari sebelum raya sudah buat kecoh satu kampung dengan aksi stunt
terjun sungai bersama biras sulungnya itu.
Siapa lagi kalau bukan Emeer Zafran, ditambah pula dengan adik ipar tiga
suku mereka, Adib Idham yang memang sudah mengambil cuti awal.
Malah, kehadiran satu-satunya menantu
perempuan buat Encik Tajudin dan Puan Hayati sejak tiga tahun lepas juga cukup
memeriahkan keluarga itu. Sharifah Haslinda
yang menjadi pilihan Adib sebagai suri hatinya memang disenangi mak dan
abah. Malah Ayesha cukup menyenangi
wanita itu kerana dialah yang telah memperkenalkan mereka berdua sehingga
membawa perhubungan itu ke jinjang pelamin.
Perkenalan antara Ayesha dengan
Sharifah Haslinda di Rumah Perlindungan Darul Hasanah yang terletak di Rawang
itu memanjangkan silaturrahim mereka sehingga menjadi keluarga. Sharifah Haslinda yang kehilangan ibu dan
ayah serta adik beradik di dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa kesemua
ahli keluarganya, membesar di rumah itu.
Setelah menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, dia menjadi
guru yang mengajar anak-anak yatim dan asnaf di rumah perlindungan itu dan juga
bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam bagi mereka. Sejak beberapa tahun lalu, Ayesha kerap
melakukan kerja-kerja amal bersama mama dan Liyana. Kadang-kadang mummy juga turut serta jika
berpeluang.
Raya kali ini, Sharifah Haslinda
sedang sarat mengandung anak kedua mereka.
Anak sulung mereka sudah berusia dua tahun dan sedang seronok berlasak
dengan dua orang sepupunya. Memang tak
menang tangan hendak melayan.
Meja makan besar sudah dipenuhi. Hidangan juadah pagi memenuhi meja. Nasi dagang mak yang tersohor memang tidak
pernah ditinggalkan. Tunggulah selepas
solat hari raya nanti, tentu ramailah yang bertandang ke rumah mencari nasi
dagang mak.
“Cepat-cepat sarapan, sekejap lagi nak
solat raya,” panggil Encik Tajudin mengingatkan anak menantunya.
Riuh rendah rumah besar itu dengan
suara anak cucu yang masing-masing becok bercerita.
Menjadi tradisi keluarga itu juga,
sebelum ke masjid bersolat sunat Aidil Fitri, acara bersalaman menjadi
kemestian. Abah, mak dan Mak Su akan
duduk di sofa manakala mereka adik beradik akan berbaris menyalami
ketiga-tiganya. Begitulah seterusnya sehingga
habis semua mengambil giliran. Kali ini
Aqyiem sudah pandai memimpin si kecil Azriel Huzaifah untuk bersalaman. Tradisi yang pasti tidak akan luput dek
zaman.
Deringan telefon bimbit Emeer
berselang seli dengan suara Imam Masjid Paloh Hinai membaca khutbah. Segera dia menyambut panggilan itu apabila
dilihatnya nombor rumah abah yang tertera di skrin telefon.
“Abang Meer, balik cepat.”
“Kenapa ni Auni?” Cam sangat dia dengan suara adik iparnya
tu. Namun suara yang bernada cemas itu
sungguh merisaukan.
“Kak Sha ni, pengsan.”
“Pengsan?” Tanpa disedarinya,
perkataan itu diulang agak kuat sehingga dia menjadi tumpuan jemaah yang sedang
kusyuk mendengar khutbah.
“Siapa pengsan?” Encik Tajudin yang duduk di sebelah Emeer
bersuara.
“Sofi...”
Emeer, Encik Tajudin, Adib dan Lukman
serentak bangun meminta diri meninggalkan ruang solat. Kecoh juga di ruangan solat lelaki itu
mendengar berita tersebut.
“Meer dengan Adib balik dulu. Biar abah dengan Lukman tunggu mak dan yang
lain-lain kejap.” Encik Tajudin
mengarahkan anak dan menantunya pulang.
“Adib drive.” Risau melihat keadaan Emeer yang
kerisauan. Bukan jauh pun masjid dengan
rumah, tapi kalau berjalan kaki agak penat jugalah.
Di ruang tamu rumah semakin
kecoh. Ayesha yang terbujur kaku dikipas
oleh Sharifah Haslinda. Auni yang tidak
menyertai solat turut membantu merenjis-renjis muka Ayesha dengan air sejuk
namun tiada perubahan. Hampir lima belas
minit berlalu, Ayesha masih tidak sedarkan diri.
Tubuh Ayesha segera dicempung dan
dibawa masuk ke dalam kereta lalu kereta dipandu laju menuju ke Hospital
Muadzam yang terletak kira-kira setengah jam pemanduan. Emeer yang duduk memangku Ayesha berkali-kali
cuba menyedarkan isterinya.
“Kan abang dah kata tadi, sayang rehat
je. Degil sungguh isteri abang ni,”
rungutnya perlahan. Wajah Ayesha diusap
perlahan. Kerisauan yang melanda hatinya
bukan tahap biasa lagi. Wajah pucat
Ayesha sudah cukup menyesakkan nafasnya.
Sesampai sahaja di perkarangan Jabatan
Kecemasan, tubuh Ayesha dicempung masuk ke bilik rawatan yang diarahkan. Kelihatan jururawat dan doktor yang bertugas
bergegas menjalankan pemeriksaan terhadap Ayesha. Seketika kelihatan doktor mula memasang salur
drip di lengan Ayesha.
“Wife saya macam mana doktor?” soal
Emeer cemas.
“InsyaAllah, sekejap lagi sedarlah
tu. Kami sedang menjalankan ujian darah
dan urin. Bila dapat keputusan nanti
saya akan beritahu encik ye.”
Ayesha yang sudah mula sedar kelihatan
terpinga-pinga. Pelik melihat keadaan
sekeliling. Tadi di rumah, ini tiba-tiba
entah di mana. Emeer yang mundar mandir
berjalan di hadapannya diseru.
“Kat mana ni?” Soalan pertama yang keluar dari bibirnya.
“Sayang kat hospital Muadzam ni. Tadi sayang pengsan.”
“Pengsan?”
“Iyalah, sayang pengsan. Sayang buat apa tadi sampai pengsan ni. Kan abang dah cakap sayang tu tak sihat,
jangan buat kerja. Nak apa-apa minta je
dengan adik. Abang dah pesan kat adik
tadi jangan bagi sayang masuk dapur pun.
Sayang tu bukan boleh kira, semua benda nak buat,” ujar Emeer menjurus
ke arah bebelan.
Ayesha mengukir senyum walaupun
hambar. Tak sangka suaminya itu pun
sudah pandai berleter.
“Sayang tak buat apa-apa pun
tadi. Seingat sayang, tadi sayang cuma
layan Azriel je, lepas tu rasa pening sangat kepala. Itu je.”
“Hmmm.. sayang ni buat abang
betul-betul risaulah. Tu dah kecoh satu
masjid dengar sayang pengsan.”
“Olorh, itu mesti abang yang terlebih
kecoh tu sampai satu masjid tahu. Alah,
malulah sayang.”
Cebikan bibir Ayesha menyejukkan hati
Emeer. Kalau dah boleh mencebik tu,
tanda dah okey la tu.
Jemari Emeer lincah menaip sesuatu di
skrin telefon bimbitnya. Segera dia
memberikan updates tentang Ayesha kepada Adib yang menanti di lobi Jabatan
Kecemasan. Tidak mahu adik iparnya itu
risau. Hanya Emeer seorang sahaja yang
dibenarkan menemani Ayesha.
Setengah jam kemudian, Emeer diminta
menemui doktor yang bertugas. Kondisi
sebenar Ayesha dilaporkan.
“Sebenarnya isteri Encik Emeer hamil
enam minggu. Masih di tahap awal dan
ujian darah yang kami jalankan, Puan Ayesha didapati mengalami tekanan darah
rendah. Mungkin itu yang menyebabkan beliau
pengsan tadi. Tidak ada apa-apa yang
membahayakan setakat ini. Cuma banyakkan
berehat dan makan ubat yang akan kami bekalkan nanti. Buat masa ni kami akan pindahkan Puan Ayesha
ke wad Day Care kami di sebelah hujung sana untuk pemantauan sehingga tekanan
darah isteri Encik Emeer kembali normal.”
“Tahniah untuk encik berdua,” ucap
doktor muda itu.
“Terima kasih doktor.”
Kehadiran Emeer sambil tersenyum
simpul membuatkan Ayesha tertanya-tanya.
Tadi beria-ia benar serious muka, tegang semacam ni. Ini dah tiba-tiba tersengih bagai.
“Apa yang happy sangat tu?”
“Hmmm, kan betul tekaan abang.”
“Dah main teka teka pulak. Bilanya yang abang meneka?”
“Adalah...”
“Hish, boleh main adalah pulak. Cakaplah, apa...”
Jemari Ayesha dicapai lalu dibawa ke
bibirnya. Kucupan kasih hinggap di jari
itu, kemudian singgah pula ke pipi.
“Abang, control yourself. Kat hospital ni kot. Orang tengoklah.”
“Biarlah diorang nak tengok. Abang cium isteri abang, bukan isteri orang
lain.”
Geram sahaja Ayesha dengan jawapan
Emeer. Mesti ada sahaja idea untuk
mematahkan kata-katanya.
“Iyalah, ikut suka hati abanglah. Tok kuasa nok bertaki dengan abang ni, tok
menang sokmo.” Hambik, kan dah keluar
dialek Pekan tu. Tawa Emeer
kedengaran. Senang.
“Tadi doktor bagi tahu abang yang
sayang abang ni akan bagi abang hadiah istimewa..” Mata Ayesha tertumpu kepada wajah
suaminya. Hadiah istimewa?
“Sayang nak bagi abang baby lagi. Six weeks dah.”
Ayesha menadah tangan memanjat syukur
lantas meraup wajahnya. Memang sudah
lama dia menantikan perkhabaran itu.
Tidak sangka kali ini Aidil Fitri memberi khabar terindah buatnya.
Hampir jam tiga petang Ayesha
dibenarkan pulang. Adib yang menanti
dengan sabar turut gembira mendengar berita itu. Nampaknya selepas isterinya yang hanya
menanti masa melahirkan, akan menyusul pula kakaknya sendiri. Mungkin tak lama lagi Alia juga turut
menyusul. Semakin ramai semakin meriah. Mesti abah dan mak gembira dengan perkhabaran
itu.
Kepulangan Ayesha disambut dengan riuh
rendah. Bukan sahaja oleh keluarganya
sendiri malah jiran tetangga juga sudah ada yang menanti di rumah.
“Pohpalih kak Sha, glamour hari
ni. Habis puok ghabok seme mari nok
tengok kak Sha. Doh la satu sejid kecoh
tadi,” ujar Auni masih mengekalkan dialek hariannya.
“Dah, dah. Jangan nak riuh kat depan pintu ni
pulak. Bawa Sha tu masuk dalam. Karang ada pulak yang beraya kat hospital
sekali lagi,” tegur Puan Hayati.
“Ingatkan tadi Kak Linda yang nak
bersalin, rupanya Kak Sha yang tumbang.
Doktor kata apa abang Meer?”
Lukman pula bersuara.
“Hmmm.. mak dan abah nak capat cucu
lagi tahun depan.”
“Wallahhhhhhhhh, tak boleh jadi ni
Yang. Kita kena kerja keras ni nak saing
Abang Meer,” ujar Lukman memandang wajah Alia yang sudah kemerah-merahan menahan
malu.
Kata-kata Lukman itu disambut dengan
tawa gembira mereka. Tak menahan betul
menantu lelaki seorang ni. Encik Tajudin
menggeleng kepala. Hai menantu, dua-dua
pun memang tak cukup skru.
“Terima kasih sayang.”
“Terima kasih untuk apa lagi abang?”
“Untuk semua kegembiraan ni. Untuk semua yang sayang berikan kepada
abang.”
“Abang sanggup ke nak jaga sayang,
kalau kali ni keadaan sayang teruk sikit?”
“Apa pun keadaannya, abang tak akan
sesekali merungut.”
“Janji?”
“Iya.”
“Ingat, janji harus ditepati.”
“Olorh, politik sangat la sayang ni.”
Hidung Emeer dicubit manja.
“Dahlah, jom tidur. Sayang kena berehat banyak sikit.” Lampu tidur dimalapkan. Tubuh Ayesha dirangkul kemas. Perut yang masih tidak berubah bentuk diusap-usap perlahan.
Anak ayah, jangan nakal-nakal ye. Kesian ibu.
Seketika Emeer tersenyum. Baru
segumpal darah yang terbentuk di dalam rahim isterinya itu, dia pula sudah mula
teruja. Namun biar apa pun, dia tetap
berdoa agar Allah memelihara isteri kesayangannya itu dalam apa jua
keadaan. Ayesha pelengkap
kehidupannya. Ayesha cahaya
hidupnya. Tak mungkin ada yang dapat
mengganti Ayesha dalam hidupnya.
Selamat
Hari Raya Aidil Fitri.. minal aidil wal faizin.
Nantikan
kemunculan Emeer dan Ayesha dalam Sengketa Cinta (interprem je) dan seterusnya
sulaman kasih mereka dalam BCB II.
Sayang sokmo:
Kak Yus
9.06 am @ 12/8/14