care to drop some comments yaaa...
****************************************
“Ibu, sate malam
tadi ibu ada bungkus bawa balik tak?”
Soal Eizleen yang tiba-tiba muncul di belakang Ayesha.
Sebelum menjawab pertanyaan si anak,
Ayesha sempat menjeling jam dinding yang tergantung kemas di tepi tingkap
dapur. Awalnya bangun, baru jam tujuh
setengah pagi. Rasanya selepas solat
subuh pagi tadi, anaknya itu akan tidur semula dan bangun hanya setelah
dikejutkan.
“Adalah sayang. Ayah ada bungkuskan, malam tadi masa ibu dan
ayah sampai rumah kakak dan adik dah tidur.
Cuba tengok dalam fridge tu,” arah Ayesha masih lagi tidak meninggalkan
kerja-kerja mencucinya di sinki dapur.
“Aah la ibu, malam tadi sampai je
rumah kami terus mandi dan tidur. Kakak
solat maghrib je, solat isyak tak sempat dah tertidur. Boleh tak kakak ganti solat isyak tu ibu?” Mulut Eizleen masih rancak bercerita sambil
tangannya lincah mengeluarkan bungkusan sate.
“Boleh, ganti solat tu dipanggil
qada’. Sebenarnya tak ada istilah ganti
solat sebab kita tak boleh tinggalkan solat sewenang-wenangnya. Walaupun sakit kita mesti solat, sama ada
dengan berbaring atau pun duduk,” ujar Ayesha menerangkan hukum qada’ solat
kepada anak gadisnya itu.
Ayesha menyambut huluran bungkusan
sate daripada tangan Eizleen lalu menyusun cucuk-cucuk sate ke dalam pinggan
sebelum memanaskannya di dalam microwave oven.
Kelihatan Eizleen sudah menarik kerusi dan duduk di meja makan kecil di
hadapan ibunya.
“Oh, tak boleh tinggal ya ibu. Habis tu kalau kita berjalan jauh macam mana
pula? Hari tu kakak ada dengar ustazah
kata musafir.”
Wajah
berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kewajipan bersolat dipamerkan. Usia seawal sembilan tahun memanglah usia
menerokai dan mendalami ilmu bagi anak-anak.
Seharusnya setiap penerangan diberikan dengan fakta dan kupasan yang
lebih mudah untuk difahami.
“Bagi orang yang bermusafir atau
yang berjalan jauh melebihi dua marhalah, Allah beri mereka kelonggaran yang
cukup banyak. Mereka dibenarkan
mengerjakan solat secara qasar atau jamak atau kedua-duanya sekali.”
“Okey, kejap ibu. Jamak.
Qasar. Serius kakak tak faham.”
“Manalah kakak nak faham, kakak kan
baru Sembilan tahun. Ibu rasa kat KAFA
pun belum diajar kan. Tak apa, ibu
terangkan kat kakak sambil kita susun makanan ni.” Wajah polos anak gadisnya itu ditenung
lembut.
“Kakak ingat masa kita kat Manila?
Jarak rumah kita dengan Manila tu sangatlah jauh, kan?”
“Jadi kita dibolehkan untuk
melakukan Qasar dan Jamak dalam solat kita supaya setiap aktiviti kita menjadi
mudah. Sebab tu ibu dan ayah banyak kali
buat macam tu.”
Jari halus Ayesha masih lagi lincah
menyusun cucuk-cucuk sate ke dalam pinggan bujur di hadapannya. Wajah ingin tahu Eizleen membuakkan semangat
untuk mencurahkan ilmu.
“Qasar tu bermaksud kita pendekkan
solat. Daripada empat rakaat kepada dua
rakaat sahaja. Ini Allah bagi khas untuk
kita untuk menjimatkan waktu kita musafir.
Tapi kena ingat, qasar tu hanya boleh dilakukan untuk solat yang ada
empat rakaat sahaja. Solat maghrib dan
subuh tak boleh diqasarkan.”
“Jamak pula, kita himpunkan solat
dalam satu waktu. Hanya boleh himpunkan
satu waktu sahaja pada satu-satu masa.
Contohnya, kita himpunkan Zohor ke dalam waktu Asar. Yang ni kita panggil Jamak Takhir. Atau kita boleh awalkan solat Asar ke dalam
waktu Zohor. Yang itu kita panggil Jamak
Taqdim.”
“Okey, serius yang ni kakak tak
faham.”
Wajah keliru Eizleen menjemput
senyuman kecil Ayesha. Apalah anak
seusia itu nak faham dengan penjelasan yang sangat umum. Memang kena jelaskan satu-satulah jawabnya.
“Ibu terangkan satu-satu ya. Kalau kakak bermusafir, contoh kita nak balik
rumah Atok. Dah lebih dua marhalah tu,
jadi kita boleh jamak solat kita.
Katakanlah kita bertolak dari rumah jam 12 tengah hari, sampai di
Temerloh dah masuk waktu Zohor. Kakak
boleh solat asar dalam waktu zohor. Ini
kita panggil Jamak Taqdim. Caranya,
kakak kena solat zohor dahulu kemudian baru solat asar.” Ayesha berhenti
seketika. Wajah khusyuk Eizleen
ditenung. Dia pasti anak itu sedang
mencerna setiap ilmu yang diberi.
“Untuk solat zohor dan asar ni,
kakak boleh qasarkan, iaitu kakak boleh pendekkan daripada empat rakaat kepada
dua rakaat bagi setiap waktu. Jadi kalau kita sampai lewat petang kat rumah
Atuk, tak jadi masalah sebab kakak dah solat asar. Faham?”
“Okey, yang ni kakak dah faham. Yang satu lagi tu ibu…”
“Jamak Takhir pula, katakanlah kita
nak berjalan rumah Pak Ngah Adib lepas kita sampai rumah Atok. Dah petang kan
jadi dalam perjalanan tu, apabila masuk waktu maghrib kakak niat dalam hati nak
solat Jamak Takhir. Apabila sampai rumah
Pak Ngah Adib waktu Isyak dah masuk, kakak solat Isyak dulu baru kakak solat maghrib. Solat maghrib tak boleh qasar ya.”
“Hmmmm.. okey ibu. Kakak dah faham. Tak adalah susah mana pun kan.”
“Iya sayang, Tuhan tak pernah
memberatkan hamba-Nya tapi kita yang memberatkan diri kita apabila kita tak
mahu belajar apa yang Tuhan beri kat kita.”
Suara Emeer mencelah lalu pinggang Ayesha dirangkul. Sebuah kucupan kasih dilayangkan di pipi
Ayesha.
“Good morning sayang.”
“Good morning abang. Awal pagi ni?
Kata malam tadi penat, nak tidur lama sikit.”
“Tak jadilah sayang, mata dah biasa
celik awalkan. Dah dhuha pun abang
tadi.”
“Oh, okey. Good morning sayang, good morning abang. Tak ada good morning untuk kakak pun.” Rungutan Eizleen yang menjadi penonton aksi
lovey dovey ibu dan ayahnya mencetuskan tawa.
“Olololoooo .. ayah terlupalah anak
ayah yang comel seorang ni ada kat sini.
Good morning my precious, my lovely, my princess and the prettiest girl
in earth. Gimme a hug darling.”
“Olorh, tak payahlah over sangat
ayah,” ucap Eizleen namun kakinya laju sahaja mendapatkan Emeer. Suka sebenarnya dapat bermanja dengan si
ayah.
Tubuh Eizleen diangkat lalu dipeluk
penuh manja. Kucupan bertalu-talu
singgah di wajah polos anak kecil itu sehingga Eizleen tertawa sakan. Kata orang tua-tua, waktu-waktu inilah nak
bermanja lebih-lebih dengan anak gadis.
Nanti apabila mereka dah meningkat usia remaja, sudah semakin pandai
menjarakkan diri daripada si ayah.
“Dah, cukuplah gelak tu. Mari tolong ibu susun cawan-cawan ni. Lepas tu kakak tolong panggilkan Cik Hanim
ajak sarapan sama-sama ya.”
“Pasal solat jamak dan qasar tadi
dah habis ke ibu?”
“Ada lagi sayang. Nanti kita belajar lagi tentang niat solat
dan tata tertib solat. Sekarang ni kita
sarapan dulu.”
Wajah puas hati Eizleen amat
menyenangkan. Emak kata anak gadisnya
itu terang hati. Mudah belajar dan
mengingati ilmu yang diberi. Semoga
benarlah kata-kata emak. Rindu pula
kepada keluarga di kampung. Agak lama
juga tidak pulang ke kampung menjenguk abah dan emak. Bulan lepas mereka sekeluarga pulang ke Kedah
menziarahi papa dan mama. Kebetulan
Lyana dan Mikael pun ada pulang bercuti.
“Abang pun dah-dah la peluk
Sofi. Cuba tengokkan Mak Jah kat bilik
tu. Eizleen kata tadi Nek Jah tak berapa
sihat. Agaknya penat tu.”
“Okey boss. Bagi abang kiss-kiss baby
dulu.” Terus muncungnya melekat ke perut
Ayesha. “Good morning baby, jangan nakal-nakal ye,” bisik Emeer lembut.
Langkah Emeer ke meninggalkan ruang
dapur hanya diekor daripada ekor matanya. Hmmm… apa-apalah aje Encik Emeer oii.
Cukup tak????
Nak lagi??
Cer komen sikit... ;)
sayang sokmo..
Kak Yus.