Assalamualaikum sayang-sayang Kak Yus.
Dah lama tak updates kisah Emeer & Ayesha ni kan. Lama terhenti.
InsyaAllah, proses menyiapkan kisah ni sedang berjalan dgn gigihnya.
InsyaAllah juga, doakan semoga kita dapat 'dating' dengan Abang Emeer di penghujung Julai nanti.
Buat masa ni.. nah bab 5 untuk kalian yang tersayang.
*************************************************
Beberapa hari
berada di Manila memang tak pernah
menjemukan. Ada sahaja aktiviti yang dilakukan walaupun
sebenarnya pemergian mereka itu lebih kepada lawatan kerja. Emeer telah melunaskan janjinya kepada Ayesha
dan anak-anak untuk membawa mereka berjalan-jalan di sekitar bandar Manila
ditambah pula dengan layanan dan sambutan mesra pekerja mereka yang sudi sahaja
menjadi tourguide ketika mereka di sana .
Meninggalkan Azman, Alina dan
anak-anak memang agak sukar kerana mereka telah terlalu baik melayan Emeer anak
beranak selama di sana . Air mata memang mudah sahaja bertandang tanpa
dijemput saat Ayesha berpelukan dengan Alina dan anak-anak mereka. Sempat juga Alina menitipkan bekalan puding
karemel kepada Eizleen yang memang menggemarinya. Sebiji pavlova telah awal-awal dijamu dek
Ayesha.
“Sha jaga diri baik-baik,” pesan
Alina sambil mengusap lembut perut yang telah mula memunculkan diri di sebalik
helaian baju tebal Ayesha.
“InsyaAllah. Terima kasih ye Alin sudi terima kami. Layanan firstclass
lagi untuk kami.”
“Entah bila dapat bertemu lagi…” Air
mata yang deras menyusur pipi diseka perlahan.
Mereka berdakapan lagi. Kali ini
Mak Jah pula mengambil giliran. Sempat
Mak Jah menitip pesan kepada Alina agar menjadi diri dan suami baik-baik di
tempat orang.
Perjalanan pulang di awangan ke Malaysia
mengambil masa kira-kira tiga jam empat puluh minit. Namun perjalanan yang panjang itu tidak akan
terasa sangat dengan keselesaan yang mereka nikmati di ruang kelas pertama atau
business class yang disediakan. Eizleen
dan Aqyiem telah lama lena dibuai mimpi indah bersama Mak Jah di barisan
sebelah.
“Kenapa sayang?” Emeer merenung wajah berkerut Ayesha yang
nampak tidak selesa.
“Sejuk.
Perut ni rasa senak sikit,” balas Ayesha manja.
Pantas Emeer mencapai selimut yang
telah dibekalkan oleh petugas kabin sebentar tadi lalu dikibas-kibas. Selimut itu kemudiannya diselubungkan ke
tubuh Ayesha kemas-kemas. Cekap juga
tangan sasa lelaki itu menarik alas kaki supaya Ayesha dapat berlunjur dengan
selesa. Dua biji kusyen kecil yang juga
diberikan oleh pekerja kabin tadi diambil.
Satu letakkan di bawah kaki Ayesha manakala satu lagi diletakkan sebagai
bantal. Kasut yang dipakai Ayesha
dilucutkan. Emeer mengeluarkan sepasang
sarung kaki yang memang sentiasa dibawa ke mana-mana daripada beg tangan Ayesha
lalu disarungkan ke kaki isteri tersayang.
Kedua tapak kaki isterinya itu digosok-gosok perlahan. Kemudian, selimut kembali dibetulkan.
“Sayang rasa selesa tak?” Soal Emeer agak cemas. Risau jika isterinya tidak selesa sepanjang
penerbangan mereka.
“Okey dah ni. Tapi perut Sofi ni je, agaknya tadi makan
pavlova pagi-pagi kot.”
“Sayang ni, tak sayang kat abang
ye. Kan doktor dah pesan sayang tak boleh makan
makanan manis banyak sangat. Tadi pun
sayang tak sarapan kan ,
terus je makan pavlova tu. Sayang nak
makan tak? Abang tanya stewardes ye..”
“Hmm, tak payahlah dulu bang. Sofi rasa nak tidur je sekejap.” Emeer hanya mengangguk-angguk.
Lengan
kanannya merangkul kemas bahu Ayesha dan jari jemarinya mengusap lembut kepala
Ayesha yang dibaluti tudung. Manakala
tangan kirinya lembut mengusap perut Ayesha yang semakin ketara. Sekejapan terdengar nafas kecil Ayesha yang
terlena. Memang mudah sangat isterinya
itu terlena setiap kali dalam dakapannya.
Emeer tersenyum sendirian dan akhirnya dia juga turut sama terlena
dibuat mimpi indah di awangan.
Suasana
hingar bingar di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
menyambut kepulangan Emeer sekeluarga.
Setelah menanti lima
belas minit untuk mendapatkan bagasi, mereka akhirnya menyorong troli bagasi
meredah deretan manusia yang masih memenuhi ruang pengambilan bagasi. Ayesha sudah awal-awal mengasingkan
diri. Bukan tidak suka suasana riuh
rendah, atau terlalu cerewet, tetapi keadaan perutnya yang semakin tidak enak
menyebabkan dia mengambil keputusan untuk beredar ke ruang menunggu. Tak mampu hendak berdiri lelama bersama Emeer
dan anak-anak. Mak Jah juga dikerah
Emeer agar membuntuti Ayesha. Risau juga
kalau-kalau isterinya itu tiba-tiba jatuh sakit. Wajah pucat Ayesha sejak menaiki pesawat tadi
pun sudah cukup merisaukan.
Berlainan
pula dengan Eizleen dan Aqyiem yang seronok sakan membelek setiap bagasi yang beredar
di atas rel berputar itu. Setiap kali
ada sahaja bagasi yang melintasi mereka pasti kedua-duanya bersorak. Bagaikan sebuah permainan pula bagi
mereka. Emeer hanya menggeleng kepala
melihat buah hati pengarang jantungnya itu.
Iyalah, budak-budak, kat mana-mana pun tetap ingat main sahaja.
Setelah
mendapatkan bagasi, Emeer, Ayesha, Mak Jah dan anak-anak bergegas menuju ke
arah surau yang disediakan. Zohor masih
berbaki setengah jam. Kalau hendak
tunggu sampai ke rumah baru ditunaikan, jawabnya memang akan tertinggal waktulah
nanti.
Kepulangan
mereka telah dinanti oleh Razmi, pemandu peribadi yang baru sahaja berusia dua
puluh tujuh tahun. Masih bujang tetapi
mempunyai keperibadian yang cukup baik dan menyenangkan. Razmi ditugaskan untuk menghantar dan
mengambil Eizleen dan Aqyiem, menggantikan Pak Mat yang telahpun bersara.
“Abang…”
Emeer berpaling. Wajah Ayesha yang masih
pucat ditenung. Manja sungguh kedengaran
suara isterinya itu.
“Abang,
kalau kita singgah Kajang sekejap boleh tak?” Soal Ayesha saat terpandang
kening Emeer yang terjongket apabila diserunya tadi.
“Kajang?” Pelik.
Nak buat apa pula kat Kajang tu.
Tadi kata sakit perut. Emeer
memang telah merancang untuk terus ke klinik sebaik sahaja pulang ke rumah.
“Sayang
teringin la nak makan sate King.” Emeer
menghentikan langkah lalu berdiri menghadap Ayesha. Wajah polos isterinya itu ditenung lama. Senyuman terukir di bibirnya seketika
kemudian. Tubuh Ayesha dipaut lalu
dipeluk erat. Tidak kisah di tengah-tengah
ruang manapun, hati menjadi amat belas mendengar permintaan si isteri. Dikucupnya kepala Ayesha penuh belas dan
kasih. Biarpun dia menyedari banyak mata
yang memandang, dibiarkan sahaja. Ada aku kesah, bini aku,
suka hati aku la wei, desisnya nakal.
“Kesiannya
sayang abang ni, agaknya perut tak sedap tu sebab nak makan sate kot,” bisiknya
lembut. “Anak ayah nak makan sate ya,
kenapa buat ibu macam tu. Kesian ibu
tau, ibu kan
penat. Okey, nanti ayah bawa anak ayah
dan ibu pergi makan sate,” sambungnya lagi setelah meleraikan pelukan. Tangannya diletakkan di perut Ayesha lalu
diusap-usapnya lembut.
“Kenapa
pula ni Meer?” Tegur Mak Jah yang terperasan Emeer dan Ayesha tidak berada
bersama mereka. Langkah wanita tua itu
perlahan merapati mereka.
“Sofi
ni Mak Jah, teringin nak makan sate King.”
Mak Jah menggeleng kepala. Hah
sudah, buat perangai lagi Ayesha ni. Kat
Manila pun semacam aje mengidamnya, balik Malaysia lagi banyak la kot. Pembawakan budak kali ni memang
macam-macam. Haish, nasib baiklah si
Emeer ni rajin melayan.
“Hmm..
jauh ke Kajang tu. Mak Jah dah tak larat
ni, rasa nak balik rumah je. Rindu pada
katil Mak Jah.” Sejurus mendengar
kata-kata Mak Jah, Emeer dan Ayesha tertawa lepas. Alahai Mak Jah, baru beberapa hari tinggalkan
rumah, katil dan bantal itu jugalah dirinduinya.
Emeer
faham kepenatan yang Mak Jah rasakan.
Usia sudah lanjut, haruslah mudah rasa lelah apabila berjalan jauh,
apatah lagi duduk dalam pesawat hampir empat jam. Emeer melempar pandang kepada Eizleen dan
Aqyiem yang turut sama kelihatan sangat mengantuk.
“Eizleen
dan Aqyiem nak ikut tak ayah nak bawa ibu makan sate King?” Kedua-dua anak
kecil itu menggeleng kepala.
“Kakak
dan adik nak balik ikut Mak Jah dan abang Mi ajelah ayah. Penatlah,” rengek Eizleen menolak. Memang ketara wajah keletihan mereka.
“Okeylah,
kalau macam tu Mi bawa balik Mak Jah dan anak-anak. Saya ambil teksi aje ke Kajang.”
“Encik
Emeer nak balik nanti macam mana?” Soal Razmi agak bimbang. Iyalah, kalau naik KLIA Limo atau teksi pun
hanya sehala je. Nanti nak balik ke
rumah jenuh pula mencari teksi lain.
“Awak
boleh ke ambil kami kat sana ? Tak penat ke nak pusing-pusing semula?”
“Eh,
boleh aje bos. Berehhhh…”balas Razmi
pantas. Dah tugas dia pun. Lagi pun sejak Emeer sekeluarga bercuti, dia
memang tak ada kerja langsung.
Masuk
pejabat pun sekadar tunjuk muka. Nak
buat kerja apa, semua kerja dah ada yang punya.
Sudahnya, dia hanya menjadi penjaga pejabat kecil Ayesha. Tapi seronok
juga, dapat usyar awek comel yang membantu Ayesha di pejabatnya.
“Hmm,
kalau macam tu nanti saya belanja awak sate jugaklah,” tawar Emeer sambil mengunjukkan
beg kecilnya kepada Razmi.
“Wah,
kalau itu lagi berehhh bos.”
“Kamu
ni Mi, kalau bab makan hish, tak boleh lawan,” seloroh Mak Jah.
Walaupun
tidaklah lama sangat Razmi bersama keluarga Emeer ini, tetapi sikap ramah dan
hormat kepada orang tua membuatkan semua ahli keluarga Emeer mesra
dengannya. Paling memeranjatkan, Razmi
ni anak kelahiran Kuala Lumpur . Dibesarkan juga di tengah bandaraya yang
terkenal dengan sikap nafsi-nafsi dan kurang tatasusila di kalangan anak
muda. Siapa kata tak ada orang yang
beradab sopan dan baik budi pekerti lahir di bandaraya sesak ni. Tak semua yang jahat itu lahir di kota , dan tak semua yang baik itu berasal dari luar kota . Yang penting didikan ibu bapa dan pembawaan
dalam diri sendiri.
Kedua-dua
tangan Emeer dan Ayesha disalami Eizleen dan Aqyiem. Sempat Ayesha menitip ciuman sayang ke wajah kesayangannya
itu. Setelah kereta meluncur laju
meninggalkan perkarangan luar Balai Ketibaan, Emeer dan Ayesha melangkah semula
ke ruang dalam balai ketibaan menuju ke kaunter perkhidmatan teksi.
“Abang,
boleh tak kita singgah kat kedai coklat depan tu sekejap. Sayang teringin nak beli coklat Daim la,”
pinta Ayesha memaut lengan Emeer yang sedang melihat-lihat papan kenyataan di
situ.
“Lorh,
sayang nak coklat ke? Sayang nak tunggu
kat sini, biar abang pergi beli ke atau sayang nak ikut sekali?” Soalnya kembali. Prihatin.
“Nak
ikut abanglah.”
“Sayang
okey ke, tak penat ke nak jalan lagi.
Jauh juga ke depan kedai tu.”
Risau. Anggukan Ayesha
menyenangkan hati Emeer. Tahu sangat
suaminya itu bukan boleh dibiarkan, ada yang berdukung kat situ nanti. Gempar satu KLIA karang. Silap hari bulan masuk surat khabar, entry muka depan lagi. Harus glamour
satu Malaya .
Beriringan
sambil berpegangan tangan, mereka menyusuri laluan yang semakin sibuk dengan
tetamu-tetamu asing ke tanah Malaysia . Seharusnyalah sekarang ini pula kerajaan
sedang sibuk mempromosikan Cuti-Cuti
Malaysia dan
semakin banyak tempat-tempat menarik dikomersialkan untuk menarik perhatian
pelancong asing.
Emeer
menggelengkan kepala saat beberapa bungkus coklat dilambakkan ke atas meja
kaunter bayaran. Ingatkan tadi nak beli
coklat Daim je, tetiba dah jadi berjenis-jenis coklat pula. Ayesha pula hanya memandang Emeer dengan mata
yang berkerdip-kerdip. Alah, comel la
sangat buat muka macam tu.
“Abang
ingat tadi nak satu coklat aje,” bisik Emeer.
Dompet dikeluarkan lalu harga barang dibayar.
“Satu
tu untuk sayang, yang lain-lain tu untuk anak-anak.”
Alasan. Dah biasa dengar tu. Emeer hanya tersenyum melayan kerenah isteri
tercinta.
Gadis
manis bertudung biru yang berada di belakang meja cashier hanya tersenyum manis melihat tingkah pasangan di
hadapannya. Alahai, sweetnya. Manakan tidak, si isteri manja-manja sahaja
mengkerdipkan mata dan si suami pula dengan selamba memaut bahu isteri sambil
berbisik. Kena cari juga stok macam ni
juga buat suami. Tapi nak cari kat mana ya, sekarang ni stok-stok buaya dan
naga lebih ramai.
Seperti
yang sudah dijangka, memang sukar mendapatkan tempat kerana setiap hari gerai
sate King itu akan sentiasa dipenuhi pelanggan.
Mujurlah Emeer telah awal-awal menelefon pemilik gerai untuk menempah
meja mereka. Itulah kelebihan apabila
telah menjadi pelanggan tetap.
“Terima
kasih abang, sayang abang ketat-ketat,” bisik Ayesha perlahan. Sudah habis sepuluh cucuk sate dijamunya.
“Dapat
makan sate sayang abang ketat-ketatlah ya.
Kalau tak dapat, macam mana pula?” Sengaja, suka mengusik isteri
kesayangannya itu.
“Sayang
juga, tapi kurang sikitlah ketatnya tu.”
“Hamboi,
ada pula kurang ketat. Abang ingat yang
ketat-ketat tu….”
“Hah,
jangan nak lari topik menyimpang ke lain pula ye. Ada
yang makan lidi sate ni nanti,” bidas Ayesha masih memperlahankan suara. Takut didengari oleh pakcik pemandu limo dan
Razmi yang telah sampai dan menyertai mereka.
Nasib baik lelaki berdua tu sedang rancak bercerita. Entah apa topik pun tak tahu.
“Mana
ada, sayang je yang anggap macam tu,” nafi Emeer masih lagi tersengih lebar.
“Encik
Emeer Zafran, untuk pengetahuan you, bahu you tu berkalih je I dah tahu apa
yang terlintas di fikiran you tau. So
predictable la encik suami sayang oii.”
Serentak itu, tawa Emeer bergema sehingga perbualan rancak pakcik limo
dan Razmi turut tergendala.
Haish,
apa-apa ajelah dua pasangan sejoli ni.
Lantaklah, asalkan bahagia!
**********************************************************
So macam mana Abang Emeer kita?
Agak-agak masih maintain macam dulu juga ke?
Jom komen sikit...
Sayang kamu-kamu sokmo;
Kak Yus
9.45a.m. 17/5/16
No comments:
Post a Comment
Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<