Sunday 11 March 2012

Bab 31(a)-- Biar Cinta Bertaburan (Bab Akhir di blog)

Salam Sayang2 Kak Yus,


Alhamdulillah, Emeer & Ayesha telah melepasi penilaian dan akan masuk ke versi cetak tak lama lagi.. (harap2 tak lama la ye..) so, sebagai menghormati permintaan penerbit, Kak Yus akan hentikan BCB di sini.. ini merupakan last chap utk BCB {Bab 31(a) & Bab 31 (b)} ... Doakan untuk BCB.

-------------------------------------






Aku tersedar apabila terasa kepalaku diucap lembut.  Perlahan aku memanggung kepala sambil menggosok mata.  Di mana aku ni ye?  Wah, putih je bilik ni.  Seminit, dua minit, alamak!  Kenapa aku tertidur lama pula ni.  Terus tanganku menekup muka sambil mataku terkelip-kelip memandang wajah manis Emeer yang telah tersenyum memandangku.

“Good morning sayang.  Kenapa sayang tidur kat sini ni?  Kalau abang tahu sayang nak temankan abang, boleh abang beri ruang sayang tidur kat sebelah ni,” ucapnya sambil tangannya masih lagi mengelus-elus pipiku.

“Hmm.. tak mau cakap, nak basuh muka dululah,” balasku lalu segera bangun ke bilik air.  Namun tak sempat aku bergerak, tangannya telah dahulu meraih lenganku lalu aku terduduk semula.

“Kenapa?  Malu eh abang tengok muka sayang.  Abang lagi suka tengok muka sayang baru bangun tidur ni.  Natural beauty,” usiknya.  Semakin membahang merah wajahku menahan malu.

“Ye la tu, natural beauty la sangat.  Sofi nak basuh muka dulu.  Mulut tak sedap nih,” ujarku.  Lenganku dilepaskan.  

Langkahku diiringi dengan gelak tawanya.  Sempat aku menyeluk saku pakaian hospitalku itu mengeluarkan berus dan ubat gigi serta foam pencuci mukaku.  Walau pun sakit, barang-barang ni masih penting buatku.

Ketika aku masuk semula ke biliknya, kelihatan tiga orang jururawat sedang menukar pembalut luka di badan Emeer.  Hatiku tiba-tiba dijentik rasa yang sukar dimengertikan.  Tapi, apa yang aku tahu, aku tidak suka pemandangan itu.  Cemburukah aku melihat tangan gadis-gadis itu menyentuh kulit bakal suamiku?  Perlahan aku bergerak ke arah sofa yang berada di sudut bilik.  Mataku masih memerhatikan mereka dan aku dapat menangkap kerlingan Emeer ke arahku.  Menyampah!  Tu saja la nak buat aku cemburu siap nak bermanja-manja lagi dengan jururawat tu.  Tahulah jururawat tu muda-muda dan cantik-cantik.  Siap lemah lembut dan sopan je tutur bahasa.  

“Dik, boleh tak akak yang salin pakaian abang ni?” soalku lembut ke arah ketiga-tiga jururawat itu ketika mereka mula hendak menyalin pakaian Emeer.  Ketiga-tiganya tersenyum ke arahku lalu mengangguk.

“Boleh sahaja kak, kecik tapak tangan, Dataran Merdeka tu kami tadahkan,” ujar salah seorang daripada mereka sambil menunjukkan ibu jari kepadaku.  Aku tersenyum lalu segera bangun menghampiri Emeer.

“Abang ni dah boleh mandi ke dik?” soalku lagi.

“Belum boleh la kak, setakat basuh bahagian kaki ke bawah tu bolehlah, luka abang ni belum kering.  Takut nanti kena air, infection pula.  Akak boleh lap-lap saja,”  balas jururawat yang bernama Ada.  Aku mengangguk tanda faham.  Setelah membuang pembalut luka yang telah digunakan, mereka bergerak keluar. 

“Akak pun jangan banyak gerak sangat, Dr. Herda kata akak pun luka kat leher kan,” tegur jururawat yang memakai tag nama Saidah. 

“Aah, tapi sikit je dik.  Terima kasih ye,” balasku ramah.

Setelah ketiga-tiganya keluar, aku menghampiri Emeer yang masih tersenyum.  Iskhh, macam kerang busuk je asyik tersenyum memandangku. 

“Kenapa?  Sayang cemburu ye tengok nurses tu layan abang,” usiknya.  Suka tau usik aku macam tu.  Rasa hendak sahaja aku tepuk mulut nakalnya tu tapi mengenangkan dia terlantar di atas katil tu disebabkan aku, maka aku membatalkan saja hasrat hati.  

“Bukan cemburulah.  Tapi tak nak menambahkan lagi dosa awak tu dipegang bukan muhrim.  Cukuplah dengan saya seorang je,” balasku dengan muka yang sengaja aku masamkan.

“Alah.. merajuk ke.  Abang guraulah sayang,” pujuknya.  Hendak ketawa pun ada melihat riak wajahnya tapi aku tahankan sahaja. 

"Walau sepuluh, seratus, seribu bidadari datang layan abang pun, abang tetap nak sayang juga," sambungnya lagi.  Memang sengaja la nak bodek aku.

"Iya la sangat, tak payah tunggu bidadari, letak je Siti Nurhaliza ke, Fasha Sanda ke, Marshanda Andriani ke, hmmm sayang ke mana, apa pun ke mana," balasku sengaja nak menyakat Emeer yang sudah mula mengerutkan wajah.  Iskhh, apa pulak yang difikirkannya tu.

"Sayang, Siti Nurhaliza dan Fasha Sanda tu abang kenallah, tapi Marshanda Andriani tu sapa ye?  Cantik ke sayang?" Memang tak sayang mulut lah cik abang ni.  Kalau ikutkan hati, hendak aje aku tarik bibir nipis tu, aku pulas-pulas biar dia terjerit-jerit.  Tapi ye lah kan, manalah si Emeer ni tahu sapa Marshanda tu, di bukan layan pun movie seberang ni. 

"Pelakon Indonesian la," 

 "Oooo..." itu sahaja yang keluar daripada mulutnya.  Gelihati juga aku.

Malas hendak melayan, aku keluarkan berus serta ubat giginya yang telah dibeli oleh mama semalam.  Lalu kucapai bekas kecil dan bergerak ke bilik air.  Seketika, aku kembali semula dan terus meninggikan sedikit katil Emeer agar dia di dalam posisi duduk. 

“Ok tak duduk macam ni.  Sakit tak kat luka tu?” soalku bimbang lukanya akan terasa sakit.  Emeer menggelengkan kepala.  Segera aku memberikannya berus gigi yang telah diletakkan ubat gigi.

“Kat sini?” soalnya terpinga-pinga. 

“Iyalah, kat sini.  Tak larat Sofi nak angkat abang bawa ke bilik air.  Biar Sofi tadah dalam bekas ni nanti,” balasku sambil mendekatkan bekas plastik kosong ke dadanya.  Setelah berkumur, aku kembali menuju ke bilik air untuk membersihkan bekas-bekas tersebut.

Tuala kecil yang tersangkut di bilik air kubasahkan.  Terus aku masuk semula ke bilik itu bersama tuala basah lalu menghampiri Emeer yang masih lagi ralit memerhatikan tingkahku.  Baju yang masih tersarung di badanku kutanggalkan perlahan.  Tuala basah sudah bertukar tempat, membasahi seluruh bahagian dada dan belakang Emeer.  Berkerut wajahnya menahan kesejukan apatah lagi hawa dingin dari penghawa dingin.  Kemudian tuala kubasahkan lagi, kali ini aku lapkan pula di muka serta kepalanya. 

Setelah berpuas hati, aku mengeluarkan tuala kering lalu mengelap kembali muka, badan serta rambut Emeer.  Sedikit pucat wajah lelaki itu.  Baju baru yang disediakan oleh jururawat sebentar tadi kusarungkan ke badannya.  Satu persatu butang baju kukenakan.  Tanganku yang lincah membetulkan pakaiannya diraih.  Segaris senyuman terukir di wajah itu.

“Dah lawa,” usikku.

“Tapi, Sofi tak dapat tolonglah abang tukar seluar ye.  Kena tunggu papa atau daddy datang ye,” ujarku lagi.  Senyuman masih mekar di wajahnya.  Matanya masih tidak berkelip-kelip memerhatikanku.

“Kalau abang minta sayang layan abang macam ni hari-hari boleh tak?” soalnya.  Hish, mengada-ngada.

“Boleh, tapi kita kena nikah la dulu.  Baru Sofi boleh buat semua,” balasku bersahaja.  Emeer menjongket kening memandangku. 

“Abang tak kisah, tapi Sofi nak ke nikah dengan abah dalam keadaan macam ni?” soalnya kembali.  Aku hanya mendiamkan diri lalu melemparkan senyuman paling manis kepadanya.

Perbualan kami terhenti apabila beberapa orang jururawat masuk bersama sarapan pagi.  Kemudian kelihatan mama dan papa beriringan masuk ke bilik.  Sebuah kucupan singgah di pipiku dan Emeer juga.  Mama mengelus lembut pipiku.

“Patutlah tak ada dalam bilik, kat sini rupanya Ayesha.  Tadi mama dan papa ke bilik Ayesah dulu, tapi tak ada orang.  Yang ada, jururawat sedang kemaskan katil.  Bila mama tanya, katanya ada kat sini,” ujar mama. 

Mangkuk berisi bubur yang berada di tangan papa telah pun cantik terletak di atas meja.  Mama menyenduk bubur yang masih panas berasap itu ke dalam mangkuk kecil lalu menyuruhku duduk di sisinya di sebelah Emeer.  Tersentuh hatiku apabila mama menyuapkan bubur ke mulut Emeer lalu beralih pula ke mulutku.  Aku tersipu apabila dilayan begitu.  Emeer hanya tersenyum lalu jari-jemarinya laju menggenggam jariku.  Papa yang melihat aksi  kami hanya tersenyum.

“Wah, papa pun nak minta mama suap jugalah macam ni,” usik papa dan diikuti oleh tawa halus kami.

“Ada-ada jelah abang ni,” gerutu mama.

“Ni, Ayesha dah mandi ke belum?” tanya mama sambil menyimpan bekas bekalan yang telah licin kami kerjakan.  Sedap juga sesekali makan bubur nasi ni kan.  Aku hanya menggeleng kepala. 

“Patutlah busuk je bau orang tu kan mama,” usik Emeer sengaja memancing amarahku.  Aku menjelingnya tajam.

“Eleh, mentang-mentanglah dia dah wangi.  Itu pun nasib orang rajin nak tolong,” balasku bernada merajuk.

“Hish, budak berdua ni.  Tak sudah-sudah,”

“Mama, papa, Ayesha balik bilik dulu ye, nak mandi kejap.  Lagi pun rasanya hari ni Ayesha dah boleh discharge kot,” ujarku lalu menyalami papa dan mama.  Emeer hanya memerhati langkahku meninggalkan biliknya.


*****************

          Mak dan abah datang melawatku di hospital hampir tengah hari.  Agak sedikit lewat kerana menurut abah menunggu adik-adik bersiap.  Namun kelibat adik-adik tidak kelihatan bersama mak dan abah.  Apabila dirisik rupa-rupanya mereka dibawa bersiar-siar oleh Abang Hairul.  Rajin sungguh abang Hairul melayan adik-adikku.  Hmm, aku pun belum mempertemukan lagi abang aku tu dengan Emeer.

          Kami bersama-sama menuju ke bilik Emeer.  Kedatangan mak dan abah disambut mesra oleh mama dan papa.  Kebetulan mummy dan daddy pun turut ada di situ.  Mungkin mereka sampai setelah aku pulang ke bilikku tadi.  Rancak sungguh mereka berbual.  Aku hanya menjadi pemerhati.  Emeer pula lebih banyak tersenyum daripada berbicara.  Agaknya tidak tahu apa yang hendak disampuk apabila kaum bapa-bapa dan kaum ibu-ibu berbicara.

          “Abah, boleh Sofi nak minta izin abah,” ujarku tiba-tiba.  Semua mata sudah tertumpu ke arahku.  Kerancakan mereka berbual terhenti seketika.  Aku mengumpul segala kekuatan untuk menyambung kembali bicaraku.

          “Abah, Sofi nak minta izin dari abah dan mak untuk bernikah dengan  Emeer lebih awal,” tuturku laju.  Saat itu jantungku berdesup seperti berada di gelanggang F1.  Emeer juga terjegil matanya mendengar bicaraku.

          “Nikah awal?  Kenapa Sofi nak nikah awal ni?” soal abah.

          “Iyalah Ayesha, kenapa nak awalkan?” sampuk papa pula.  Masing-masing sudah menumpukan sepenuh perhatian terhadapku.

          “Emeer memerlukan masa untuk sembuh.  Sofi tak sanggup tengok jururawat yang mengambil-alih tugas menyalin pakaian dan menguruskan Emeer. Lagi pun Sofi nak jaga Emeer sendiri.  Sofi nak pikul tanggungjawab ni tapi sebagai seorang isteri kerana hanya sebagai isteri sahaja tiada batas yang boleh menghadkan Sofi dan Emeer,” terangku satu persatu tentang niatku.

          Semua yang ada saling berpandangan.  Emeer yang berbaring di katilnya tersenyum merenungku. 

          “Emeer pula bagaimana?” tanya abah.  Semua mata tertumpu kepada Emeer pula. 

          “Emeer setuju sahaja abah,”  laju sahaja jawapan Emeer.  Memang sah gatal, bisik hatiku.

          “Kalau macam tu abah tak ada bantahan.  Elok juga Sofi nak ambil tanggungjawab tu.  Bila Sofi nak langsungkan majlis akad nikah tu?”

          “Secepat mungkin abah, sementara abah ada di sini.  Jadi selepas ni, Sofi akan terus menjaga Emeer di hospital,”

          “Abang Ilham dan Abang Yaakub pula bagaimana?”

          “Kami rasa bagus juga cadangan Ayesha tu.  Kita cuma cepatkan yang wajib.  Emeer dah sedia ke untuk akad nikah ni?” celah papa.  Hanya sebuah senyuman yang menjadi balasan Emeer.

          Hamboi bukan main lebar lagi senyuman dari bibir mamat tu.  Mentang-mentanglah aku mengusulkan idea yang sangat-sangat bernas tu, bukan main lagi seronoknya dia.  Papa dan daddy sudah bersetuju, malah mak, mama dan mummy juga sangat teruja dengan cadanganku.  Iyalah, lebih mudah untuk aku menguruskan Emeer tanpa batasan aurat yang perlu dijaga.

          “Thank you sayang for the brilliant idea,” bisiknya ke telinga ku apabila semua orang sedang sibuk menguruskan majlis pernikahan kami.

          “Amboi, sukanya,” balasku mencebik.

          “Sukalah, ada sayang jaga abang tiap-tiap hari,” Hish, tak boleh blah dengan mamat ni.  Tapi mamat ni jugalah yang nak bernikah dengan aku nanti.  Alahai..

          Papa yang kebetulan mempunyai kenalan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terus sahaja menghubungi kenalannya untuk menguruskan pernikahan kami.  Biarlah majlis yang kecil namun berkatnya yang didahulukan.  Aku sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada lelaki yang terbaring di hadapanku ini.  Aku lebih rela dinikahkan dalam suasana serba sederhana ini daripada menanggung rasa melihat orang lain menguruskan Emeer di hadapan mataku.  Aku mahu menoktahkan segala titik dosa yang kami lakukan sebelum ini.  Aku mahu menjadi isteri Emeer yang sah, yang mampu menjaganya sehingga dia benar-benar pulih. 

          Akhirnya papa berjaya mendapat persetujuan jurunikah yang akan menikahkan kami.  Telah ditetapkan majlis pernikahan kami akan diadakan di bilik kecil Emeer ini keesokan harinya.  Aku dipaut rasa gelisah.  Dadaku sudah berdebar kencang.  Seketika hati berkira-kira menimbang semula rancanganku tadi.  Namun apabila melihat riak gembira yang terpancar di wajah Emeer, hatiku telah mendapat jawabnya. 

          Mama dan mummy sibuk berbincang mengenai persiapan nikah kami.  Terdengar bermacam-macam rancangan, daripada hal-hal pakaian sehinggalah hal makan dan minum.  Wah, tak padan dengan majlis.  Dahlah di bilik kecil ini hendak diadakan acara akad nikah, hendak diadakan juga jamuan kecil.  Tak ke menyusahkan pihak hospital.  Ketika sedang rancak berbincang, terpacul Abang Hairul dan adik-adikku yang baru pulang berjalan-jalan.  Wajah seronok adik-adik aku tatap satu per satu.  Adib, Aina, Alia dan Auni masing-masing menyalami semua yang berada di situ termasuklah Emeer yang masih berbaring.  Ceria wajah Emeer apabila Aina menunjukkan rakaman gambar-gambar mereka di KLCC dan sekitar Kuala Lumpur

          “Abang, Sofi nak kenalkan abang dengan abang Erul,” ujarku sambil mendekati Emeer.  Aku mengambil tempat di sisinya.  Tangan Emeer dihulur lalu disambut oleh Abang Hairul. 

          “Hi, saya Erul, abang Pipah.  Abang Pina ni juga.  Inilah orangnya ye yang selalu sangat berada di mulut adik saya ni.  Patutlah tak boleh nak berenggang,” usik abang Hairul.  Hangat wajahku menahan malu dengan usikan abang Hairul itu.

          “Oh, the man who answered the phone that day, ye,” balas Emeer lalu tersenyum.

          “Ha, ye la tu.  Yang abang dok jeles sangat tu,” usikku perlahan.  Wajah Emeer sudah mula kemerah-merahan dek usikanku.

          “Hish, Pina ni pun.  Kalau abang Erul pun jeles bila ada orang lelaki jawabkan telefon tunang abang.  Macam-macam perkara abang fikir,”

          Aku tahu abang Hairul sengaja menyejukkan telinga Emeer dengan kenyataannya itu.  Eleh, nak cemburu tak hengat, kena usik sikit dan merah-merah muka.

          Petang sudah menghampiri senja.  Nampaknya, perbincangan kaum-kaum ibu dan bapa itu tak berkesudahan dibawa pula bersambung ke rumah mummy.  Mama sudah berpesan, esok pagi-pagi mama akan sampai dengan pakaian kami.  Alah, aku bolehlah kalau nak bergaya dengan pakaian pengantin, tapi Emeer tu rasanya setakat baju melayu sahajalah yang lepas.  Nak bersampin bagai tak dapat la nak ditolong.  Luka di perut tu masih belum kering.




OK..sayang2 Kak Yus..hope enjoy dengan N3 ni.. nanti K. Yus akan upload lagi the balance ye..  sudi2 drop komen utk Kak Yus.


Lots of luv from Emeer & Ayesha

~ Kak Yus ~
12/3/12 --- 1.05 pm


13 comments:

  1. bedebar2 nk tggu nie...kita oder ngan yus je ye...

    ReplyDelete
  2. Selera saya ~ hehehe.. kita debar2 scra duet ye, boleh je klu ada nanti.. muah2

    ReplyDelete
  3. klo berdebar2 scr trio xmo ke kakyus??? best..best..dan utk ke sekian kalinya..mmg best!

    ReplyDelete
  4. KKK a.k.a Yati ~ bleh gak..lagi suka trio lgi gempak dr duet..klu leh kita wat satu orkestra debor2.. hehehe.. tq dear bg support yg byk kat k.yus..syang yati ketat2.. hope so for Deng too!

    ReplyDelete
  5. Aduhh..siksanya nak menunggu.... Akak tau tak, saya sampai termimpi2 kisah novel nie.. Tahap angau dah saya nie...

    ReplyDelete
  6. nti ade smbungan lg x kat blog??? bestlah cite ni...

    ReplyDelete
  7. Aziela ~ sabar dik.. hihihiii..hamboii sampai mimpi2 ye.. (actually idea asal cerita ni pun dtg dlm mimpi..hehe)


    Anonymous ~ ada satu je lagi sambung bab 31(b), lepas tu kita kena tunggu versi cetak la dear..

    ReplyDelete
  8. bestnye kak ..harap2 cptlaa di bukukan..rase tak saba dah:)

    ReplyDelete
  9. Anonymous ~ akak pun harap macam tu, tp kena tunggu apa kata penerbitlah kan.. kita doa2 agar dipercepatkan ye..

    ReplyDelete
  10. huhu kak, x sabarnya. tahniah kak. akhirnya ke media cetak jugak bcb ni.

    ReplyDelete
  11. tni ~ terima ksih dear.. besar harapan akak BCB ni dpt diterima nanti, (dgn harapan ada sesuatu yg dpt dipelajari melalui kisah hidup Emeer & Ayesha ni)..luv u dear n thanx 4 de best support given!

    ReplyDelete
  12. kak yus, bcb akan dterbitkan penerbit mana :)

    ReplyDelete
  13. Anonymous dear ~ nanti dah btul2 confirm semua, akak akan inform ye dear.. tq.

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com