Tuesday 13 March 2012

Bab 31(b) -- Biar Cinta Bertaburan (Bab Akhir di blog)





           “Sayang nak balik juga ke tinggalkan abang?”  tegurnya ketika semua orang sudah pulang meninggalkan kami berdua.

          “Sofi balik bilik sekejap je.  Sofi ambil beg Sofi, lagi pun Sofi kan dah discharged tadi.  Nak jumpa Dr. Herda sekejap,”

          “Hmm.. janganlah lama-lama.  Bosanlah abang tinggal seorang,”

          Alahai mengada-ngada sungguh bakal suami aku ni.  Tanganku masih dipegang kejap.  Perlahan aku kembali menghampirinya.  Wajahnya yang sudah cemberut kutatap lama. 

          “Kan abang suka nurse lawa-lawa kat luar tu jaga abang, apa nak bosan pula,” usikku.

          “Hmm.. sayang suka ke tengok nurses tu layan abang, kalau sayang ok abang ok je,” balasnya galak.  Hish, aku yang nak mengusik dia, dia pula yang lebih-lebih.  Tersentap sekejap jantung aku ni.

          “Mianglah kan tu.  Duduklah sorang-sorang kat sini.  Sofi balik rumah je,” bentakku.  Konon-konon sentap la tu.  Tunjuk perasaan.

          “Aloh, merajuk.  Abang dah ada Sofi, mata abang ni dah tak nampak orang lain dah,” pujuknya. 

          “Abang, esok Sofi akan sah jadi milik abang selama-lamanya.  Sofi tak akan ke mana-mana tanpa abang.  So, boleh bagi Sofi ruang sedikit untuk diri Sofi malam ni?  Sekejap saja.  Nak mandilah, badan sayang ni dah melekit-lekit tau,” pintaku.  Sengaja memanja-manjakan suara agar pujukanku berbekas. 

          Wajah Emeer beriak gembira mendengar pujukanku.  Mungkin kerana mengenangkan esok dia bakal menjadi suamiku atau kerana aku sengaja bermanja-manja dengannya. 


          Keluar sahaja daripada bilik Emeer, aku terserempak dengan Dr. Herda di kaunter jururawat yang sedang kusyuk menaip butiran pesakitnya di komputer.  Sibuk adikku itu dengan kerja-kerjanya.  Namun aku tetap menghampirinya perlahan.  Dr. Herda tersentak apabila bahunya kutepuk perlahan lalu senyuman manis dihadiahkan untukku.  Memang tak pernah berubah, sentiasa tersenyum saja doktor muda seorang ni.

          “Her shift malam ke?” tuturku memulakan perbualan.

          “Tak lah kak Sha, kejap lagi Her nak balik, tunggu encik hubby tak sampai-sampai lagi,”

          “Hah?  Encik hubby?  Biar betul ni.  Tak cerita pun kat Kak Sha yang Her dah kahwin,” 

          “Hehe.. tak teringat pula nak cerita.  Asyik dok ingat cerita lama sampai lupa.  Alah, Kak Sha kenal encik hubby Her tu,” balasnya sambil menepuk dahi sendiri.  Memang macam itulah perangai si Dr. Herda ni, sikit-sikit mesti nak tepuk dahi.  Aku mengerutkan dahi lalu menjongket kening.  Tawa Dr. Herda sudah mula kedengaran.

          “Ha, tu dah sampai.  Kenalkan Cik Ayesha Sorfina, ini encik hubby Her, Muhd Izzul Azri,”

          Mataku terbuntang besar melihat kelibat suami Dr. Herda.  Bukan terkejut kerana rupa parasnya tetapi terkejut kerana empunya diri. 

          “Ya Allah, Izzul.  Aku ingatkan siapa tadi.  Wah, hebat kau dapat juga kau tackle adik aku ni ye.  Ni Hafifah dah tahu ke belum pasal korang berdua ni?”

          “Ko janganlah kuat-kuat sangat Sha, nanti habis satu floor ni tahu susahnya aku nak tackle my lovely wife ni dulu.  Sayang, kalau nak tahu si Sha dengan Ifa lah yang tolong Bi buat ayat-ayat power masa nak tackle sayang dulu,” balas Izzul Azri lalu pecah berderai tawa kami.

          Memang sesuatu yang di luar jangkaan aku.  Muhd Izzul Azri ini dahulunya rakan sekuliah Hafifah.  Kami sebaya.  Semasa Dr. Herda putus cinta dengan bekas teman lelakinya dahulu, aku dan Hafifahlah yang membantu Izzul Azri mengayat Dr. Herda.  Memang kami tahu, si Izzul Azri ni sudah lama berkenan pada Dr. Herda.  Tapi tak sangka pula mengena ayat-ayat cinta si Izzul Azri tu.  Bukan apa, Dr. Herda ni dulu selepas putus cinta, bukan main dahsyat lagi kecewanya.  Kalau boleh satu kampus pelajar lelaki tak mahu ditegurnya.  Manalah tidak, bekas kekasih hati curang.  Dahlah curang, nasib baik tak sempat diapa-apakan Dr. Herda tu.  Kalau tidak, entah bagaimanalah nasibnya sekarang. 

          Aku masih ingat ayat sentap Hafifah.  Aku sibuk cuba menyatukan orang lain tapi kenapa aku sendiri tak terfikir nak mencari pasangan untuk aku.  Betul eh, sepanjang hidup aku di kampus, aku tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana pelajar lelaki.  Bukan tak ada yang datang melamar aku untuk menjadi kekasih, tapi aku tolak mentah-mentah.  Hati aku tertutup setelah disakiti untuk pertama kalinya.

          “Dah ada kesempatan ni, aku nak jemput la ko sekali ye Izzul.  Ko dan Her, aku jemput ke majlis akad nikah aku pagi esok.  Her dah tahukan mengenai hal ni?”

          “Oh, dah tahu tadi Kak Sha.  Tadi Datin Salina ada datang sini mintak izin daripada admin untuk adakan upacara nikah kak Sha di bilik abang Emeer.  Wah, hari ini dalam sejarah ni tau kak, tak pernah ada orang bernikah di hospital ni.  Mesti seronok kami saksikan esok.  Mahu masuk front page suratkhabar esok ni,”  usik Dr. Herda.  Muka sengaja aku cebikkan.

          “Ada-ada ajelah Her ni.  Majlis tertutup ye,” balasku sambil mengenyitkan mata. 

          “Wah, siapalah jejaka malang tu ye Sha!”

          “Ko Izzul, aku cili mulut ko tu nanti baru ko tau,” bentakku lalu sekali lagi tawa kami pecah berderai.

          “Jangan lupa datang eh, kalau sempat,” sekali lagi aku mengingatkan mereka berdua sebelum kami mengikut haluan masing-masing. 

          Pertemuan aku dengan Herda dan Izzul Azri sebentar tadi mengimbau kenangan lama yang telah aku campakkan jauh dari sudut hatiku ini.  Tak ingin aku ungkit lagi namun apabila bertemu wajah-wajah yang aku kenali, membuatkan ia hadir semula.

          Hanya aku dan Hafifah sahaja yang tahu mengenai cinta pertama aku di sekolah itu.  Tak pernah kami membuka cerita mengenainya di kampus.  Ya, Emeer bukan cinta pertama aku tapi cinta aku pada Emeer tiada tandingan.  Kenangan lama terimbau kembali.

          “Saudari, buku saudari ke ni?” suara garau milik pelajar lelaki itu menegurku.  Aku menoleh ke arah buku yang dihulurkan lalu mengangguk perlahan.  Macam mana aku boleh tertinggal buku ni di perpustakaan tadi.

          “Hai, nama saya Izz Haziq, tingkatan enam atas satu,” ujarnya memperkenalkan diri.  Siapa yang tak kenal dengan Izz Haziq, pelajar senior yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.  Ketua pelajar pula tu.

          “Oh, saya kenal, terima kasih ye buku ni,” ujarku berbahasa. 

          “Awak ni Ayesha Sorfina kan, pelajar Lima Sains Satu.  Kelas awak kan berjiran dengan kelas saya,” ujarnya lagi.  Iskhh, peramah pula mamat ni.

          “Oh, tak sangka ada juga orang kenal saya.  Saya rasa saya ni dah cukup low profile, tak de sapa yang kenal kat sekolah ni,” selamba balasku.  Betullah tu.  Mana ada popular aku ni.  Setakat wakil sekolah untuk Pertandingan Forum dan Deklamasi Puisi sahajalah.

          “Awak rasa macam tu.  Tapi kami senior ni semua kenal awak,”

          Wah, terbuntang mata aku mendengar kata-kata mamat ni.  Semua senior kenal aku.  Ceh, nak mengayat pun biarlah logik.  Lainlah kalau aku ni pelajar tercantik, terpandai di sekolah ni.  Tapi memang tiap-tiap tahun aku pegang status best student untuk tahun aku pun.  Bukan nak berlagak, tapi dah rezeki kan.  Aku meminta diri untuk pulang ke kelas.  Sempat menjeling wajah mamat tu yang masih tersenyum.  Hensem giler kau, hati dah mula bermain perasaan.  Hamboi Ayesha!

          Pertemuan itu tidak berhenti di situ sahaja.  Seminggu selepas itu kami terserempak lagi.  Sengaja mungkin.  Waktu itu aku dalam perjalanan ke makmal Biologi.  Izz Haziq yang hensem berbaju sekolah putih, berseluar hitam dan berkasut hitam sedang berdiri di luar pintu makmal.  Menanti seseorang mungkin.

          “Hai Ayesha, nak ke mana?” soalnya.  Eh, dah semestinyalah nak ke makmal.  Kat sini bukan ada kelas lain pun selain daripada makmal sains ni.  Takkan nak lalu kat sini pergi ke kantin.  Hampeh soalan mamat ni.

          “Hai, nak ke makmal Bio,” jawabku ringkas.  Tapi kenapa hati ada rasa getar bila melihat mata lelaki tu.  Tiba-tiba dia mengeluarkan sesuatu daripada poketnya lalu dihulurkan kepadaku.  Aku agak teragak-agak menerimanya namun demi menjaga air muka lelaki itu aku menyambutnya jua.  Cepat-cepat aku tinggalkan dia di situ.

          Kertas yang diberikan kepadaku aku buka ketika berseorangan di bilikku.  Pintu bilik aku kunci kemas, takut ditolak tiba-tiba oleh Mak Su. 

          Salam Ayesha,
Maaf ye kerana meluahkan di atas sekeping kertas kecil ni.  Nak bercakap sendiri tak terkeluar di mulut ni.  Sudikah Ayesha menjadi teman istimewa saya?

          Izz Haziq.

          Setelah membuat timbang tara, aku memberi Izz peluang untuk mengenaliku lebih dekat.  Hubungan kami berlanjutan selama beberapa bulan sehinggalah sebulan sebelum aku menduduki Sijil Pelajaran Malaysiaku.  Kenangan di bawah pokok di belakang makmal komputer waktu balik sekolah itu tak dapat aku lupakan.  Itulah titik tolak kepada kekecewaan yang aku bawa sehingga aku bertemu Emeer.

          “Awak tak setia,” ayat pertama yang menyambut kedatanganku dari mulut Izz.

          “Apa awak cakap ni, saya tak faham,” balasku.  Hati dah rasa cuak.  Apa kes setia tak setia pula ni.

          “Awak beri saya harapan, tapi dalam masa yang sama awak beri hati awak pada orang lain,” tuduhnya laju.  Apa main tuduh tuduh ni, hatiku dah tak sabar.

          “Apa awak cakap ni Izz?  Saya tak fahamlah,”

          “Awak ada hubungan dengan orang lainkan,” soalnya.  Matanya merah merenung tajam ke arahku.

          “Ya Allah, apa yang awak merepek ni.  Ada pernah awak nampak saya couple dengan sesiapa ke kat sekolah ni?” aku pun dah mula menyinga.  Suka suki je nak tuduh aku yang bukan-bukan.

          “Kalau tak, tak kanlah boy tu berani datang jumpa saya.  Mengaku depan saya yang awak tu makwe dia,” sudah agak meninggi suara Izz Haziq.

          “Siapa?”

          “Hai, pakwe awak takkan awak tak tahu, nak tanya pulak,”

          “Kalau saya tahu, kalau saya ada pakwe lain saya tak akan tanya awak,” geram sudah menguasai aku.

          “Rashdan, budak Lima Sains Dua,” MasyaAllah, tertampar rasanya bila nama Rashdan disebut.  Apa hal dengan mamat tu.  Bukan dia tu best friend aku ke, selain daripada Hafifah.

          “Rashdan?  Dia tu best friend sayalah,” nafiku.

          “Kalau best friend awak, takkanlah dia boleh cerita kat saya semua yang awak berdua lakukan,”

          “Awak tak nak percaya sudah, tapi awak boleh tanya Hafifah.  Memang saya, Hafifah dan Rashdan berkawan baik daripada kecil lagi.  Masa kami banyak habis bersama.  Kalau saya nak bercouple dengan Rashdan buat apa saya terima awak,” balasku lagi.  Sakit hatiku bagai tertoreh-toreh.  Wajah Izz Haziq aku renung tajam

          “Alasan awak,”

          “Izz, saya tak ada alasan untuk beri pada awak.  Terserah pada awak untuk percaya atau tidak.  Tapi, saya tak suka serahkan hati saya pada orang yang tak percayakan saya.  Saya rasa, kita sampai kat sini sajalah Izz.  Terima kasih kerana curiga pada saya, terima kasih kerana hancurkan hati saya,” Aku terus berlalu.

          Walau pun setelah peristiwa itu, berkali-kali Izz Haziq cuba memujukku kembali tapi aku tekad untuk tidak menerimanya kembali.  Bagi aku, kepercayaan, kejujuran dan keihlasan adalh perkara asas dalam sesebuah perhubungan.  Kalau sudah ada bibit tidak percaya antara satu sama lain, maka tak guna hubunga itu diteruskan.  Kerana itu juga aku didik hatiku untuk tidak jatuh cinta lagi.  Sakit di hati tak mungkin terubat.  Biarlah masa yang jadi pengubatnya.

          Pintu bilik yang dikuak mematikan lamunanku.  Iskh, jauh aku melayang terimbau kisah lama.  Jam di dinding aku renung.  Wah dah malam sangat ni.  Janji tadi sekejap je dengan Emeer.
         
          Cepat-cepat aku menapak ke bilik Emeer.  Tak sabar hendak bersiram setelah seluruh badan rasa melekit.  Walau pun jam sudah agak lewat malam, namun aku masih perlu membersihkan diri.  Kalau tak, jawabnya tak lenalah tidurku nanti.  Mulut Emeer sudah bising membebel melarangku untuk mandi lewat malam begini.  Namun bebelan itu kubiarkan sahaja dibawa angin lalu. 

Matanya yang tajam menikam jantung hati kubiarkan tanpa sedikit pun rasa takut. Malah sempat lagi aku melambai tangan sebelum menguncikan diri di dalam bilik air. Eleh, selagi belum menjadi miliknya yang sah, aku belum lagi boleh dikira menderhaka.  Apa-apalah Ayesha..





Setiap nafas yang dihembus
setiap degupan jantung
aku selalu memikirkanmu
dalam sedar dibuai angan
dalam tidur dan khayalan
aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta 
dari dirimu sayang
barulah terasa ku bernyawa
kasihku ku amat mencintai kamu
kerana kau beri erti hidup
ku kan terus mencinta 
sedetik lebih selepas selamanya
di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
ku bersyukur adanya kamu
biarlah kehilangan semua
yang dimiliki di dunia
asal masih adanya kamu

(Anuar Zain -- Sedetik Lebih)

~~~~~~~~~~~~~~~

Sayang2 Kak Yus.. dgn ini Kak Yus menamatkan hapdet utk Biar Cinta Bertaburan di blog ini..  kita tunggu versi cetak yang akan menyusul tak lama lagi insyaAllah.  Kak Yus harap sayang2 Kak Yus akan terus sudi menyokong blog ini.. TQ sayang2.. maaf utk segala kekurangan..luv u all..

Lots of luv fr Emeer & Ayesha

~ Kak Yus ~
13/3/12 -- 5.40pm



29 comments:

  1. Aduhhhhh....putus jantung rasanya nak menunggu novel keluar... Cepatlah published hendaknya.. Amiinnn..

    ReplyDelete
  2. mengingatkan ku pada kisah lalu.. acececee... hehhehehe... all the best ye kak... :)

    ReplyDelete
  3. Aziela ~ aminnnnn!!!! akak pun sama doa gitu..


    Ayumi~ lalalaaaa.. cer cerita..cer cerita.. (tq dear..)

    ReplyDelete
  4. nurul...ummu aiman13 March 2012 at 04:58

    yahooo dah nak kawin

    ReplyDelete
  5. alaa kak, nape x publish sampai kawin. ni ada suspen lagi la ni. sempat x diaorg kwn. ker ada lg halangan. huhu

    ReplyDelete
  6. Nurul Ummu Aiman ~ hehehe... sukanya dia..


    Tni~ hehehe.. yg tu kena tunggu versi cetaklah kita tengok kan.. tp pe pun akak tak akan hampakan Tni dgn budak berdua ni.. tunggu dewang keluar ye sayang.. ;)

    ReplyDelete
  7. ni yang tak sabar-sabar nak baca edisi cetak kak yus ni.so sweet muit!

    ReplyDelete
  8. as salam..kak yus saya nie silent reader kak yus...nie dh hbis smua bab sya bca bru nk drop komen...TERBAIK....lal kak yus..kira terbuai la dgn sifat loving n romantic Emeer tu...hope bla dh nvel ditrbitkn kak yus jgn lupa war2kan yer...Good Luck kak Yus..truskan brkarya sbb sya sntisa nk bca..hehehe..wlau tk drop komen stiap bab, sys ttp nk bgtau smua bab sgt2 menarik jiwa sya utk trus mmbca bab2 strusnya....

    ReplyDelete
  9. Anonymous ~ tq laling.. n tq support Emeer & Ayesha ye..:)


    Mas Ayu ~ tq so much..walau pun tak berkata2, akak tahu kehadiran sayang2 akak yg sudi jejak blog akak ni.. insyaAllah, kak Yus akan jadi org pertama yg war2kan nanti akan kehadiran novel ni.. tq..tq..tq.. luv u dear..

    ReplyDelete
  10. huhuhuhu..best ar klau dapat pakwe cam emer tu..
    romentik pulak..
    adui..bce ni pun boleh buat jatuh cinte...
    hehehe..

    ReplyDelete
  11. Insyirah ~ boleh jatuh cinta ye.. nantikan BCB versi cetak insyaAllah, tahun ini juga .. dan Insyirah akan terus jatuh cinta .. hehehe.. muah2 dr. kak yus.. tq ye for the support..

    ReplyDelete
  12. salam... hanis pun silent reader.. baru start baca arini semua enovel dlm ni... yg ini the best... nnt klau kluar novel bgtau ekk... best sgt2..mcm perasaan ada msa baca ni.. yg pasti.. jantung hanis berdegup laju masa membaca.. hehehe...

    ReplyDelete
  13. salam kak yus...
    sy ni br je menterjah blog akk..
    1st,sy bace citer mengintai bahagia...
    best sgt2 citer 2...
    pstu trgerak hti nk bce BCB nih...
    mmg super duper best...
    agak2 bile novel nk kuar ek??
    xsbar la nk bace...

    ReplyDelete
  14. Wsalam Nik Ruslina ~ Terima kasih sudi jengah blog Kak Yus yg tak seberapa ni.. dan super duber terima kasih lagi krn suka MB n BCB kak yus, insyaAllah, kalau tiada aral melintang, BCB akan ada di pasaran bulan Julai nanti.. kak yus pun tak sabar nak tunggu first baby ni keluar.. ;)

    ReplyDelete
  15. Kak Yus....nape ler best sgt citer ni????hihihi...Syu marathon 2jam jerk!best ssangat...xsabo nk tggu versi cetak plak!!!keep it up kak...:)

    ReplyDelete
  16. TQ Syu.. terus baik demam kak yus baca komen Syu.. insyaAllah versi cetak akan bertemu kita bulan Ogos ni di pasaran, klu order direct dgn k.yus mgkin Julai dah boleh dpt kot.. hehehe.. kita tunggu sama2 ye..

    ReplyDelete
  17. sorry la pendapat saya cerita tak best, xde xfactor, kenapa boleh keluar versi cetak?!!!

    ReplyDelete
  18. ???? ~ terima kasih dik kerana sudi singgah sini n komen, mungkin bagi adik tak best n tak de xfactor.. tp bagi kak yus ada sesuatu nak disampaikan drp kisah ini.. cuma harus dibaca sehingga akhir..krn setiap permulaan harus ada pengakhiran.. Nway sayang, terima kasih skli lagi sudi tinggal jejak di sini. Jgn pernah penat utk singgah lagi ye..

    ReplyDelete
  19. salam sis,ble tak sy order novel ngan sis?klo order ngan kn dah tak dpt yg ada sign dah.sy seronok baca bcb ni,jalan cerita cinta yg buat kita terbuai2..dah kerap kali baca novel kahwin paksa smpai dah naik borink..baca bcb ni buat ada semangat ckit nak beli novel lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous.. email kak yus di ayeshatajudin@gmail.com ye..

      Delete
  20. Akak...lepas ni boleh tak buat novel yg lebih romantik & kiut miut daripada BCB...heheheheh

    ReplyDelete
  21. Fidd... ^___^ .. insyaAllah jika diberi peluang sekali lagi.. tp nak dptkan idea tu..hadoiii ..hik3

    ReplyDelete
  22. Salam, sy da beli novel akak niii..
    perghhhh... SWEET GILER!!!
    sampai duk tersengih sorang2 masa baca novel nii..
    hahaha.. gud job kak~ ^^

    ReplyDelete
  23. Wsalam.. terima kasih Ainaa Aisyaa.. utk sokongan kpd BCB n kak yus.. terus bersama k.yus di sini ye dear..

    ReplyDelete
  24. Hi, Neat pοѕt. There is a problem along ωith your site in wеb explοrer, may test this?

    IE stіll is the maгκetplаce leаdеr and
    a huge еlеment of other people wіll miss уouг great writing becаuse of this рroblem.


    my ωebsite - payday loans

    ReplyDelete
  25. Magnifiсent goods from уοu, mаn.
    I hаѵe underѕtаnd your stuff previous to and уou are just extгemеlу
    magnifiсent. I really like ωhat you
    havе аcquiгeԁ hеre, ceгtainly lіke what yοu аrе saying
    and the ωay in ωhiсh yοu say it.
    You maκe it еntertaining and you still саre fоr to κeep it sensiblе.
    Ι cаn't wait to read far more from you. This is actually a tremendous web site.

    my webpage; short term loans

    ReplyDelete
  26. Thank уοu, I've just been searching for information about this topic for a while and yours is the best I've found οut ѕo far.
    Ηoωеver, what concеrning thе bottom line?

    Are you sure сoncerning the sourcе?

    Feel free to surf to mу blog - payday loans

    ReplyDelete
  27. Grееtіngs! Very useful аdvіcе ωithіn thiѕ аrticlе!
    It іs the lіttle changes thаt
    prоducе thе lаrgest сhаngeѕ.
    Many thanks fοr shаring!

    Here is my blog - Instant Payday Loans

    ReplyDelete
  28. Aω, this wаs аn exceptionally
    nicе pοst. Taking a few mіnutes and aсtual effort to proԁucе а
    vеry good artіclе… but what can I say… I pгocrastinаte a whole lot
    anԁ don't seem to get nearly anything done.

    Visit my blog post; New Bingo Sites

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com