Thursday 8 March 2012

Mengintai Bahagia ~ 4





          Dah masuk semester kedua rupanya.  Pejam celik pejam celik, cepat je masa berlalu.  Semua pelajar senior tidak mendapat tempat lagi di hostel untuk semester kedua ini.  Jadi, solutionnya, kenalah cari rumah sewa di luar kampus yang berdekatan.  Acam pun termasuk dalam senarai.  Bersama beberapa orang rakan, Acam akhirnya menyewa di sebuah rumah teres di Taman Cempaka.

          Kali ini Ros tidak ikut serta tinggal bersama Acam.  Ros juga menyewa tetapi bersama rakan-rakan sekuliahnya.  Lebih mudah baginya untuk berulang-alik jika tinggal bersama rakan sekuliah.  Nak pulak kursus Ros memerlukan kerja luar yang kerap.  Acam tak kisah pun bercampur dengan budak-budak dari Kursus Elektronik Awam dan Penyaman Udara.  Yang penting bagi Acam, boleh masuk satu kepala.  Kalau perangai tak boleh blah, susah juga nanti.

          Semenjak tinggal di luar ni, Acam mula mencari hobi baru.  Nak kata hobi pun boleh juga, tapi lebih kepada keterpaksaanlah.  Nak ke kampus agak jauh jarak dari rumah sewanya, maka Acam mula menceburi bidang berbasikal.  Peduli apa orang nak kata, yang penting dia bukan minah rempit.  Ada ke rempit dengan basikal. 

          “Acam, oi.. ada orang nak jumpa ko lah,” laung si Yani dari luar. 
          Terkejut Acam dari lena apabila namanya dilaungkan.  Minah ni tak payah pakai speaker pun tak per.  Suara mengalahkan halilintar.  Boleh main jerit-jerit je daripada depan sampai ke belakang bergema.  Ni siapa pula sibuk nak jumpa dia, nak ternak badan sekejap pun susah.  Ada je kaki sibuk yang nak kacau line.

          Setahu Acam tidak pernah ada orang yang datang nak jumpa dia.  Kalau member satu kuliah, mesti awal-awal diorang bagi tahu.  Lagi pun kalau ada kerja kursus je baru diorang tu nak tunjuk muka, kalau tak ada, hampeh.  Nak tunjuk bayang pun tak ada.  Tapi dia ok juga orang tak ganggu dia.  Kalau nak kata mak dan abah kat kampung, mustahillah sangat.  Tak ada rebut, tak ada angin, nak datang saja-saja memang buang tabiat.

          “Hmm.. sapa arr cari aku, malas lah aku nak keluar,” jawab Acam di muka pintu bilik.

          “Alah, ko pergi jelah Acam.  Ada orang nak jumpa ko tu,” balas Yani.  Yani ni budak kursus Awam.  Memaksa pun ada cara minah ni menyuruh Acam keluar.  Tu mesti malas nak melayan.

          “Cakap la aku tak de ke,” kata Acam lagi.

          “Alah, ko pergi la kejap.  Bising lah kat luar tu,” bising Yani.

          “Iskhh.. aku nak layan tidur pun tak senanglah, ada-ada je,” bebel Acam lalu menapak ke luar rumah perlahan. 

          Longlai sahaja langkah Acam menuju ke pintu besar.  Wajah baru bangun tidurnya dibiarkan begitu sahaja.  Malas nak berlawa-lawa.  Acam menggosok-gosok matanya apabila melihat kelibat orang yang ingin menemuinya itu.  Aloh, mimpi ke apa aku ni, getus Acam.  Matanya digosok lagi.  Sebenarnya, pelupuk mata rasa berat untuk diangkat.

          “Hai awak, tengah buat apa?  Buat taik mata eh?” tegur mamat berbaju putih dan cap hitam tu sambil tersengih-sengih di atas basikal.  Tak ada kerja dok memaut pagar di tengah panas ni.  Roboh dawai kawat tu, sah-sah aku suruh dia ganti, kutuk Acam sendiri.

          “Eii.. awak nak apa datang sini ni?  Cari sapa.  Suka hati oranglah nak buat taik mata ke, taik telinga ke.  Apsal awak kisah?  Ingat awak ni salah rumahlah.  Kat sini tak de dak lelaki duduk, semua muslimah kat dalam ni,” bebel Acam sambil bercekak pinggan.  Garang la sangat.  Siapa tak kenal Acam, ganas!

          “Aloh, marah.  Janganlah marah.  Tapi kalau awak marahkan, lagi saya suka.  Comellah muka awak,” jawab Dzil tersengih-sengih.  Suka melihat muka cemberut Acam.  Lagi suka dia melihat wajah Acam baru bangun tidur.  Serabut sikit tapi masih comel. 

          “Eiii.. bencilah.  Janganlah main-main.  Awak nak apa ni?  Nak kata awak ada hal dengan saya, tak de plak saya tahu ada kena-mengena dengan awak.  Awak cari sapa ni?” bengis suara Acam.  Malas betul gadis itu hendak melayan peel tiga suku lelaki di hadapannya itu.

          “Nak cari Yani,” jawab Dzil masih lagi tersengih.

          “Ayarkk.. tadi bukan Yani ke, yang panggil  orang ni wat pe, leceh la lu bro,” ucap Acam separuh menjerit.  Tak pasal-pasal dah mengganggu terapi mindanya.  Dahlah kepala serabut dengan assignment yang berlambak-lambak.

          “He..he.. dah jumpa pun.  Saja je nak jumpa awak,” selamba Dzil menayangkan barisan giginya yang putih teratur tu.

          Acam dah macam gunung api bakal nak meletus.  Geram hatinya tak tertahan dah.  Lagi-lagi teringat insiden-insiden lepas antara dia dengan lelaki yang menempel di tepi pagar tu.

          “Hah, dah jumpa tak reti-reti lagi nak blah.  Baliklah,” bentak Acam lalu meninggalkan Dzil yang masih lagi terpacak di situ.  Terkekeh-kekeh Dzil melihat Acam yang menapak masuk ke dalam rumah dengan wajah yang dah dua kali ganda mencukanya.  Dalam hati, bukan main seronok dapat berjumpa gadis idaman hati.

          Selepas insiden di pagar itu,  hampir setiap petang Dzil akan terpacak di hadapan pagar rumah Acam.  Alasan nak berjumpa Yani tapi dalam hati sebenarnya nak berjumpa Acam.  Acam pula macam biasalah, kalau ternampak muka Dzil bergayut je di pagar rumahnya, pasti akan dihalau.  Mamat muka tempel katanya.  Sakit hati Acam bila melihat sengihan Dzil yang tak reti-reti nak mengalah tu. 

          “Acam, kalau aku tanya ko, ko jangan marah boleh,” kata Yani satu hari semasa mereka sedang berehat di halaman rumah.  Acam yang sedang membelek novel di tangannya mengangkat muka memandang Yani.

          “Err.. ko jangan marah aku yek.  Ko minat ke kat Dzil tu?  Hari-hari aku tengok dia asyik datang sini je.  Nak kata cari aku tak juga.  Korang bercinta eh?” Soalan cepumas daripada mulut Yani hampir membuatkan Acam terloncat.

          “Hish selisih.. mana ada, mamat tu kaki sibuk arr.. hari-hari nak menempel kat sini, kacau orang je tau kerja,” balas Acam.  Muncung mulut dia kalah muncung wall hanger.  Nak tergelak pun ada Yani melihatnya.  Tapi control perasaan la, takut gak kat Acam ni wei..

          “Kalau betul pun apa salahnya,” Yani cuba menebak.

          “Eii.. mintak ampun.  Bukan dia menempel hari-hari kat pagar tu nak jumpa ko ke?” soal Acam kembali.

          “Hah.. taklah.  Nak wat jumpa aku.  Bila nampak aku dia suruh panggil ko.  Alah Acam, baik dak Dzil tu.  Dalam kelas suka tolong orang, lagi pun hari-hari dia tanya aku pasal ko,” sambung Yani tapi penuh berhati-hati dalam mengeluarkan kata.  Masak kalau disembur dek budak Acam ni.  Badan je perempuan, tapi pe’el budak lelaki pun kalah.

          “Hish, tak nak lah.  Aku tak nak fikir lagilah pasal layan jiwa-jiwa ni.  Kalau dia sanggup tunggu aku, dia tunggulah.  Tengok jauh mana dia boleh sabar dengan aku,” balas Acam.  Dalam hati sudah terasa sesuatu tapi dipadamkan segera rasa yang mula nak berputik tu.

          “Ko jangan Acam.  Dzil tu boleh tahan gak budak dia.  Kat kelas tu ramai gak yang minat giler ngan mamat tu.  Nanti ko melepas,” acum Yani mula berani mengatur ayat. 

          “Aku tak kisah la Yani.  Kalau dah jodoh aku memang ditakdirkan dengan dia, adalah.  Kalau bukan jodoh, kejar macam mana pun tak mungkin dapat bersama.  Aku serah bulat-bulat pada jodoh,”  Wah, Acam sendiri terpukau dengan jawapan muslimahnya.  Betulke ini aku, bisik Acam sendiri.

          Kalau Acam boleh terpukau dengan jawapannya sendiri, Yani apatah lagi.  Tak sangka gadis yang nampak ganas, nampak control macho di hadapannya ini rupa-rupanya berjiwa lembut.  Lain daripada perwatakan sebenar.  Yani mula memahami diri Acam.

          “Eii.. ko tak kan menyesal?” ulang Yani lagi.

          “Aku nak tengok jejaka mana yang sanggup berkorban untuk aku, yang sanggup merempuh apa sahaja dugaan untuk dapatkan sekeping hati aku ni,” Ceh, ayat-ayat novel tersusun cantik dari bibir Acam.  Dia sendiri pun gelihati mendengarnya. 

          Yani tersenyum lalu menepuk bahu Acam.  Dia rasa, hari ini dia telah kenal siapa rakan serumahnya itu.  Dulu pandangannya lain terhadap Acam, kita jauh berubah.  Mungkin mengenali Acam secara luaran sahaja tidak cukup untuk menilai gadis itu.  Apabila tinggal serumah dan mengenalinya secara total, barulah dia sedar, di sebalik kasar gadis bernama Acam itu, sebenarnya ada kelembutan hati dan tingkah yang amat dibanggakan. 

         
          Setiap hari Acam akan mengayuh basikal merahnya sambil mengambil angin segar perlahan-lahan menyusuri laluan Masjid Sultan Azlan Shah menuju ke kampus.  Namun ketenangannya akan terhenti apabila memasuki kawasan kampus.  Apa taknya, melewati sahaja kawasan kursus Kejuruteraan Awam, hatinya akan segera berbuku.  Nak bernanah telinganya mendengar siulan halus dari jauh.  Namanya juga akan dilaung-laungkan sesuka hati.  Bila sampai di situ sahaja, kayuhannya mengalahkan kayuhan Mariana Mohammed, pelumba basikal Malaysia tu.  Kalau ada track kat situ, mahu dia dapat johan.  Menyampah betul dengan peel tak hengat budak-budak Kejuruteraan Awam tu.

          Pelik juga Acam.  Kalau nak kata dia ni ayu-ayu gadis melayu terakhir, oklah juga nak di pewit-pewit.  Ni muka dah garang semacam pun nak di kacau lagi.  Melampau la weh..


          Petang itu, Acam pulang agak lewat daripada kampus.  Tapi hari itu, hatinya sedikit tenang apabila melalui kawasan kampus.  Ungka-ungka yang suka nak berbunyi nampaknya dah balik semuanya.  Kayuhannya diperlahankan, cuba menikmati keindahan kampus.  Tiba-tiba matanya tertangkap kelibat sepasang pelajar yang sedang berjalan bersama.  Matanya amat kenal dengan si jejaka manakala gadis yang berbaju biru laut itu tidak berapa jelas.  Hatinya berdetik, rasa sesuatu yang tak pernah dirasakan.

          Sengaja kayuhannya diperlahankan lagi.  Pasangan itu tampak begitu mesra, bertepuk tamper.  Tiba-tiba ada rasa sakit yang amat di sudut hatinya.  Pedih, ngilu.  Perasaan yang tak pernah dia rasakan selama ini.  Dahi Acam berpeluh-peluh dan tak tergambar perasaannya ketika itu.  Terasa saat begitu lambat.  Kayuhannya dipercepatkan namun masih terasa amat perlahan.  Apabila melewati pasangan itu, hatinya sudah tidak keruan. 

          Sakit telinganya mendengar gelak manja si gadis yang berjalan di sebelah si jejaka.  Rasa pilu tiba-tiba menampar hatinya, menampar jiwanya.  Tak pernah dia merasa sebegitu sedih dalam hidupnya.  Jiwanya terasa kosong, terasa dikhianati dan saat itu Acam hanya ingin berada jauh dari semua yang dilihatnya. 
         
          Sampai di rumah, Acam mencampakkan beg ke lantai.  Hati yang sebal tak terkata.  Terus dia melemparkan diri ke atas katil.  Air mata pertama kalinya menitis kerana seorang jejaka.  Hairan.  Selama ini dia tidak pernah merasakan sesuatu untuk jejaka itu.  Namun hari ini, peristiwa yang terhidang di hadapan matanya membuatkan dia rasa sakit yang amat.  Adakah dia telah jatuh.. Arghhh.. Acam menjerit kuat!! Tak mungkin…



~ sekadar gambar hiasan..hehe ~ tomboy tak pakai beskal camni kan..hehe ~


**********************

Ok..sayang2 Kak Yus.. harap puas hati dengan n3 kali ni.. ada getar2 jiwa sikit, mungkin first time kan Acam rasa camtu.. ganas2 pun dlm hati ada taman.. maaf ye klu byk kekurangan, typo error tu..tutup mata jelah..hehee.. sudi2 drop komen utk k.yus.. muah2

Lots of luv from Emeer & Ayesha too.. tunggu mereka ye..

~ Kak Yus ~
9/3/12 -- 9.25am


9 comments:

  1. kak yus..huhu terharu rasanya..terasa seperti berada di saat itu...mau menangis :( ..

    ReplyDelete
  2. Pu3~ tul la kan..dpt akak selami rasa di hati Acam tu..huhuuu..

    ReplyDelete
  3. ok, x dpt jgk yd yg 1st.. hahaha...
    kak yus, asal gmbar tu seksi sangat? kekeke...
    best laa... kt last2 tu dah tangkap leleh sikit.. jatuh cinta gak dak Acam ni ek... hihihi

    ReplyDelete
  4. Ayumi ~ lewat sikit je..hehe.. seksi ye..hehehe.. tulah..akak pun ada bibit2 sebak gak tadi..hmm..kita tgok camner si Acam tu nanti ye..

    ReplyDelete
  5. hahahaa! acam jeles! kantoi!! ngehehe.. rin pun pernah mrasa jeles bila org yg rin suka tu ada talking with another cute gurl. then lepas tu rin x nak layan dia lagi . smpai satu hari kawan dia ckp kat rin, dia frust sbb rin x layan dia lagi... aloo.. indahnya kenangan zaman dolu2...

    *gambar kat last tu, x bleh blah langsong.. muke kmain garang .. hahahaha!

    ReplyDelete
  6. xper..dzil saje nk test tu..haku dh tau dh..hahaha..berani ko lebih2 dzil, tenyeh dgn cili padi..xpe acam..kakyati&deng beserta oyi sedia menemani mu..chewahhhhh!

    err, boleh ke gitu???

    ReplyDelete
  7. br ko tau ye acam....peritnye jeles 2...hahaha

    ReplyDelete
  8. RinsyaRyc ~ hehehe.. bila dah mula rasa suka kat org tu n npak insiden2 spt itu..mulalah..hik3.. tak pe..takpe.. kita jual mahal sikit..(kenangan lama mmg da boom)


    KKK @ Yati ~ cewah, ada hati nak tenyeh orang ye.. nanti panggil k.yus ye..nak join jugak..hahaha


    Selera Saya ~ jeles tu tanda sayang..erkkkss.. kat mana yus dpt pepatah ni yek??? hehehe

    ReplyDelete
  9. bila hati rasa cinta...

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com