Friday 9 March 2012

Mengintai Bahagia ~ 5




Acam masih seperti Acam yang ada.  Walau pun insiden tempoh hari mencuit sedikit hati gadisnya, namun cepat dia bangkit.  Kembali menjadi Acam seperti mula-mula kakinya menjejak ke kampus itu.  Sepanjang semester kedua berjalan, Acam cuba menjarakkan dirinya daripada terserempak dengan Dzil. 

          Semenjak insiden itu, Dzil pun sudah tidak lagi menempel di pagar Acam seperti selalu.  Walau pun senang dengan situasi sekarang tapi Acam masih tertanya-tanya mengapa tiba-tiba hatinya rasa kosong.  Dalam mencari ruang untuk diri sendiri, Acam seperti biasa menyibukkan diri dengan assignment yang berlambak-lambak dan juga persiapan untuk menjalani Latihan Industri.  Final Exam yang akan datang pun tidak dipandang remeh. 
         
          “Acam, ko dah hantar borang untuk apply praktikal ke?” tanya Zulia rakan sekuliahku.

          “Aku sebelum subuh dah hantar,” jawab Acam disambut dengan cebikan Zulia.  Geram dipermain-mainkan begitu.

          “Banyaklah ko punya subuh.  Ko apply kat mana ha?” tanya Zulia lagi.  Tidak memperdulikan seloroh Acam. 

          Acam ni nampak je ganas, tapi kalau dah kenal dan duduk sebumbung memang tak boleh nak layan sangat.  Kepala bukan betul sangat pun, tiga suku juga.  Dulu suka kata kat Dzil tiga suku, dia pun lebih kurang je.

          “Aloh, itu pun nak marah.  Hehe, aku apply kat area kampung aku je lah.  Tak payah nak keluar duit bayar sewa mewa segala.  Makan pakai pun sponsor,” balas Acam.  Tersengih melihat wajah Zulia yang masih lagi kelat.

          “Hmm.. aku pun ingat nak apply kat area kampung la, tapi ada dapat offer kat sini,”

          “Ko ok, duk sini pun tak de problem.  Siti pun dapat area sini juga kan,” Acam mula mempamerkan kesungguhan membincangkan hal-hal praktikal mereka.

          Pada Acam, kalau boleh dia ingin berada lebih dekat dengan keluarganya.  Tidak perlu menyewa rumah, perbelanjaan makan minum pun tak perlu difikirkan sangat. 

          “Huh, oklah, aku nak pi sambung study.  Ko ni Acam, asyik novel je.  Ko dah ready ke final exam?” tegur Zila.

          “Errkk.. aku tengah study la ni yang ko datang kacau,” balas Acam tersengih lagi.

          “Aah, study la sangat.  Study novel.  Ko ni Acam, malas aku nak layan, nanti aku pun sama tiga suku cam ko,” bentak Zulia.  Namun tersungging senyuman kecil di wajah itu. 

          Minggu final exam, seperti kebiasaan agak sunyi.  Semua pelajar memang akan menumpukan lebih masa mengulang kaji pelajaran.  Jika gagal sesuatu subjek, confirm kena carry paper pada semester hadapan.  Acam memang pantang kalau gradenya menurun.  Padanya, study mesti diutamakan.  Yang lain-lain tu letak ke tepi.  Hati dan perasaan datang kemudian.  Mungkin kerana itulah, hati yang kosong mampu dipinggirkan.

          Sedang asyik membelek nota-nota sementara menanti paper seterusnya, Acam ditegur seseorang.

          “Assalamualaikum..”  salam diberi.  Acam mendongak mencari siapakah yang memberi salam.  Senyuman terukir di bibirnya.

          “Waalaikumussalam, rindunya aku kat ko Ros,” ujarnya lalu bangun memeluk bekas rakan sebiliknya itu.

          “Ye lah, lama tak jumpa ko.  Walau pun dok satu kampus, tapi susah nak terserempak.  Ko apa khabar wei,”

          “Aku macam biasalah, macam ni lah,” balas Acam. 

          “Hmm, ko ada berapa paper lagi?” tanya Ros.

       “Ni yang last kejap lagi.  Lepas ni aku boleh packing dan balik lama sikitlah.  Lagi pun aku dapat praktikal kat kampung je,” tersenyum Acam menjawab soalan Ros.  Di kepalanya sudah terbayang kampung halaman yang dirindu.

          “Best eh, ok lah Acam.  Aku jalan dulu, all the best for your last paper.  Rindu kat ko nanti,”

          Selepas bersalaman, masing-masing menapak menuju haluan masing-masing. 


          Acam sibuk mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang ke kampung.  Nampaknya, kali ini dia akan membawa pulang hampir keseluruhan barangannya.  Satu semester Acam akan berada di kampung, menjalani latihan industrinya di sana.  Dia akan merindukan hidup di sini. 

          Rakan-rakan serumah semuanya telah pulang, hanya tinggal Acam dan Zulia yang masih lagi berkemas.  Oleh kerana mereka tidak akan berada di sana untuk semester ketiga, maka mereka harus mengosongkan bilik mereka memberi peluang jika ada pelajar lain yang akan mendudukinya.

          Riuh bunyi hon motor di luar rumah.  Acam menjenguk dari cermin jendela yang terbuka luas.  Matanya terpaku melihat sesusuk tubuh yang tercegat di tepi pagar.  Menggosok matanya berkali-kali, Acam seakan tidak percaya pada penglihatannya sendiri.  Benarkah apa yang dilihatnya.  Buang tabiat ke mamat ni, aku ingat dah lupa pagar rumah ni, getus Acam.  Hati Acam menjadi sebal.  Marah pun ada juga, kerana sibuk nak mengganggu waktu mengemasnya.  Acam lantas menarik tudung lalu turun ke bawah. 

          “Nak apa?”  jerkah Acam.  Wajah yang tersengih-sengih di birai pagar itu ditenungnya tajam.

          “Aloh, garangnya awak.  Dah lama tak jumpa saya takkan sambut saya marah-marah.  Senyum arr sikit,” balas Dzil bersahaja.

          Acam berasa agak pelik.  Untuk apa mamat itu datang berjumpa dengannya setelah sekian lama menghilangkan diri.  Bukankah dia sekarang sibuk berkelek ke hulu ke hilir dengan perempuan berbaju biru yang terserempak dengannya dahulu.  Namun dia tidak dapat menolak rasa yang berbunga-bunga yang terbit dalam hatinya dengan kehadiran Dzil saat itu.

          “Buat apa nak senyum-senyum, awak bukan boyfriend saya nak senyum-senyum kat awak pun,” balas Acam disambut dengan senyuman melebar Dzil.

          “Eh, ye ke?  Bukah eh, saya ingat ye,” katanya sengaja membakar perasaan Acam.  Wajah Acam yang dah macam asam kecut tu bertambah mencuka. 

          “Awak nak apa kat sini, sibuk arrr.  Orang nak mengemas ni, esok dah nak balik,” suara Acam semakin mengendur.

          “Sajalah nak jumpa awak, nanti dah cuti susah nak jumpa.  Dah tak dapat tengok muka awak yang comel ni,” balas Dzil.

          “Buat apa nak tengok muka saya, tengoklah muka makwe awak tu,” sindir Acam. 

Acam bukan tak nampak, dah beberapa kali dia terserempak dengan mereka berdua.  Mesra semacam je.  Setiap kali itu jugalah hatinya ditampar rasa sayu.  Dia rasa kehilangan.  Kadang-kadang Acam rasa rindu pada suara lelaki itu yang sering mengusiknya, wajah lelaki itu yang tersengih-sengih di pagarnya dan kiriman salam lelaki itu melalui teman-teman sekuliahnya.  Walau pun sering dicampakkan ke tepi perasaan itu, namun jauh di sudut hati dia rasa terhibur dengan sikap lelaki itu.  Semuanya hanya seketika sebelum jejaka itu bertemu gadis berbaju biru laut itu. 

Lamunan Acam terhenti dengan tawa Dzil yang kuat.  Dia melempar pandang ke arah wajah itu dan seketika mata mereka bertaut.  Ada satu rasa yang menjentik hatinya saat itu.  Cepat-cepat matanya dilarikan bimbang lelaki itu dapat menebak apa yang terlintas di hatinya saat itu.

“Awak jealous ye,” tebak Dzil merenung lembut ke arah wajah gadis di hadapannya.  Entah kenapa, hari ini dia melihat wajah itu tidak seperti selalu.  Terdampar sinar lembut di wajah gadis itu walau pun nada suaranya masih tinggi.  Terserlah keayuan gadis di hadapan matanya itu.

“Tak ada masa nak jealous dengan awak.  Pergilah, cari makwe awak tu, jangan kacau saya,” bentak Acam.

“Untuk pengetahuan awak cik Acam, dia tu bukan makwe sayalah.  Kami rakan sekelas je.  Pakwe dia amanahkan saya untuk menjaga dia kat sini,” terang Dzil bersungguh-sungguh.

“Errk.. ada eh alasan macam tu.  Pakwe suruh kawan jaga makwe, dah tu berkepit-kepit je dua puluh empat jam.  Hmm,” sindir Acam.  Nak tergelak pun ada dengar alasan tak boleh blah mamat depan matanya itu.

Dzil yang mendengar sindiran Acam hanya tersengih.  Seperti biasa mempamerkan barisan gigi putihnya yang cantik tu.

“Saya kan baik, suka tolong orang.  Dah orang suruh jaga, saya jagalah,” balas Dzil mempertahankan diri.  

Suka melihat wajah Acam kembali mencuka.  Kadang-kadang rasa nak gigit mulut kecil Acam tu yang asyik muncung empat belas inci.  Heepp.. suka suki nak gigit mulut anak dara orang, getus hati Dzil.  Tunggulah, jadi suri aku esok, detik hati Dzil. Iskkk.. sempat lagi nak berangan.

“Hmm.. tak pe lah, orang tak nak tahulah pasal awak.  Nak berkepit dengan makwe ke, nak tolong jaga makwe orang ke, bukan hal oranglah,” kata Acam malas nak melayan.

“Awak jealous ye, saya suka la awak macam ni,” jawab Dzil masih suka menyakat Acam. 

“Suka hati awaklah nak kata apa.  Ok, tak ada apa nak cakapkan, saya nak masuk.  Good bye!” balas Acam lalu meninggalkan 

Dzil yang masih tercegat di situ.  Acam masuk dengan hati yang berbunga.  Rindunya pada wajah nakal lelaki itu sedikit terubat.  Cukuplah sebagai bekal selama dia menjalani latihan industri nanti.

Dzil menghantar langkah Acam dengan senyuman lebar.  Dia dapat menebak apa yang bermain di hati gadis itu.  Jika ini caranya untuk dia menambat hati keras milik Acam, dia akan melakukannya berulang kali.  Dia akan merebut hati gadis itu walau apa pun yang perlu dilakukan.  Hanya ada Acam dalam hatinya saat itu dan sampai bila-bila pun.

“You’ll be mine Acam, somehow, someday.. and that time you will know how deep I fall for you,” bisik Dzil sendirian.  Enjin motor dihidupkan lalu Dzil meninggalkan rumah Acam dengan azam dan semangat baru.  Di fikirannya sudah berbaris bermacam-macam rencana dalam menjayakan misinya.

Mungkinkah, ada ruang untuk mereka berdua?... Biarlah masa yang menentukan.  Bukankah jodoh itu telah tertulis di Luh Mahfuz….




~ Maaf sayang2 kak yus, n3 kali ni pendek je.. try mengejar masa utk tatapan seseorang.. (laling tersayang).. maaf untuk segala kekurangan ye.. sudi2lah drop komen..

Lots of luv from Emeer & Ayesha too

~ kak yus ~
10/3/12 --- 8.50am

6 comments:

  1. Acam banyak loyar buruk la... hehehe.. kantoi sngt dia suka dngan DZIL. jeles gile la tu~
    Kalau rin jadi diapun rin buat benda yg sama... mengelak dn mengelak . x nak akui perasaan sendiri walhal dah suka separuh mati . nasib baik DZIL ilek cool2 bebeh nak layan gak si ACAM .. Kalaula ada sorg DZIL, rin nak cop awal bleh dak? herrherr

    ReplyDelete
  2. hik2..cakap je x suka acam tu,tp x dpt nak cover jg akhirnya...

    ReplyDelete
  3. hahaha..K.a.N.T.o.I!!!

    cool ek Dzil..macam encik ayah daku aje..(nak jugakkkk!)

    =D

    ReplyDelete
  4. sweet la part nih.. ngehehe...
    kak yus... gambar yg kt bawah tu gambar anime faveret ayu.. comel giler... hahaha

    ReplyDelete
  5. RinsyaRyc ~ selagi boleh elak, Acam kena elak, tp Dzil mmg dah dpt agak..nantilah, kita tengok Dzil jeles ke tak pulak..jeng..jeng..jeng.. hmm berkenan ke kat Dzil tu?? hahaha... Acam..oh..Acam.. dah ada sorang yg berkenan ni..hehe (this one special n3 for you..hehe ..taip laju2 haha)


    Alina ~ hahaha... dah penat main cover2 la tu alin..


    KKK @ Yati ~ hahahaa... ada gak yg serupa eh??


    Ayumi ~ tq Ayu.. akak pun suka pic tu..sweet je..

    ReplyDelete
  6. hmmm... x puas baca... sambung lagi..dan lagi.. dan lagi... esok ea? hihihi
    *nti esok dinda blk dr spital leh smbg baca ea ;)

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com