Tuesday 13 March 2012

Mengintai Bahagia ~ 6





           “Hoi, ko main takraw ke, ko intai awek hah,” jerkah Mior ketika bola takraw yang dihantar kepada Dzil tidak bersambut.  Mana nak bersambut, mata mamat seorang tu asyik dok mengerling ke tingkat tiga asrama puteri tu aje.

            Dzil yang tersedar dirinya diperhatikan tersengih mempamerkan barisan giginya.  Setiap petang memang menjadi kemestian Dzil menyertai rakan-rakannya bermain takraw di court yang terletak berhadapan dengan asrama blok F itu.  Selalunya, dia akan menjadi killer apabila mood rajinnya sampai, dan kerap juga hanya sebagai pemain simpanan kalau mood mengintai lebih daripada bermain. 

            Hari itu matanya lebih kerap memerhatikan wajah gadis yang sedang tekun mengulangkaji di tepi tingkap yang terbuka luas.  Sesekali gadis itu akan membuang pandang ke luar.  Namun pandangannya jauh, terlalu jauh.  Seakan-akan mengelamun.  Dzil lebih tertarik dengan gadis itu kerana setiap kali mereka bermain takraw di situ, gadis itu tidak seperti pelajar-pelajar perempuan lain di blok tersebut yang kebanyakannya sibuk berebut-rebut mencuri intai di balik cermin tingkap bilik masing-masing.  Bukan mereka tidak perasan. 

            Berlainan benar dengan gadis yang sering mengelamun di balik cermin jendela tingkat tiga itu.  Jangankan hendak mengintai, membuang pandang sekali pun tidak pernah terhadap riuh mereka di situ.  Dzil berkira-kira, apakah agaknya yang sedang bermain di fikiran gadis itu.

            Gadis itu pula tidak pernah perasan yang dirinya menjadi perhatian.  Gelagatnya di balik jendela kaca itu direnung oleh sepasang mata nakal sang jejaka yang sudah mula tertarik padanya.  Dia tidak pernah membuang senyum merata, tidak pernah menegur entah sesiapa tapi di sebalik wajah garang dan ganas gadis bertudung itu, bertamu keayuan dan kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh mata hati.  Betullah kata pepatah Inggeris, beauty lies in the eyes of the beholder.

            “Wei, biar betul ko.  Awek tomboy budak elektrik tu ke yang ko berkenan sangat.  Punya ramai awek yang cun depan mata, dia jugak yang ko pilih,” tegur Mior suatu hari ketika pulang daripada pasar malam. 

            Di pasar malam itulah dia bertemu dengan Acam dan Ros.  Di situ juga sengaja dia menegur Acam.  Suka melihat cemberut di wajah Acam.  Muncung empat belas inci Acam yang boleh disangkut hanger tu kadang-kadang cantik juga.

            “Tomboy bukan sebarang tomboy tu.  Ko jangan pandang dengan mata kasar.  Cuba ko tenung betul-betul.  Ada ke tomboy nak bertudung litup macam tu,” balas Dzil memanggil minda Mior untuk berfikir.

            “Betul juga kata ko ye.  Tapi minah tu tak boleh blah la.  Asyik nak bertekak je.  Ko tengoklah, ganas semacam,”

            “Ganas luaran je tu.  Untuk kita-kita yang tak kenal dia memang nampak ganas.  Aku tak rasa dia seratus peratus macam tu.  Aku rasa dia nak cover je tu,” Dzil mula membuat andaiannya sendiri.

            “Habis tu aku tengok, dia macam tak ada feeling je ngan ko,”

            “Alah, sekarang memanglah tak ada lagi.  Dia kan pandai cover line.  Nanti ko tengoklah, dia mesti tak boleh berpisah langsung dengan aku,” confident sahaja Dzil menjawab soalan Mior. 

            “Ko dah betul-betul nak pikat dia ni?” tanya Mior minta kepastian.

            “Eh, memanglah confirm.  Sekali aku dah suka, susah woo, aku tak lepas punya,” tekad Dzil.

            Kalau tak berfikir atau berbual mengenai Acam satu hari memang tak tenang hidupnya.  Miorlah tempat dia sering mengadu domba.  Walau pun Mior tidak nampak apa kriteria yang menawan Dzil, namun dia tidak lokek memberi semangat kepada sahabat baiknya itu untuk terus mencuba.  Kalau nak diikutkan, si Dzil ni bukan calang-calang orang, kaki buli.  Berkawan pula dengan senior je, kalau junior-junior ni kurang sikit tapi kalau ada pergeseran antara junior dan senior Dzil tetap akan back up junior.  Kalau di kelas pula, bukan sedikit pelajar perempuan yang terpikat dengannya.  Malah, kalau nak diikutkan, ada juga seorang dua yang sering bertanya pada Mior tentang Dzil.  Bak kata orang, petik jari sepuluh mari lah.  Tapi pelik sikit Dzil ni, gadis bernama Acam juga yang dikejarnya.

            Dentuman kilat di langit mematikan lamunan Dzil.  Alahai, kacau betullah!  Baru je aku nak terkenang-kenangkan si Acam ni, dah kantoi, gerutu Dzil.  Cuti semester yang datang memisahkan dia dengan Acam.  Semester depan pula, Acam tidak akan berada di kampus kerana mengikuti latihan industrinya.  Dengarnya, dia memilih syarikat yang berdekatan dengan rumah kedua ibu bapanya.  Anak mak la katakan.

            Kenapa aku suka sangat kat ko ye Acam, bisik hati Dzil.  Majalah Ujang yang ada di tangan dibelek-belek.  Mulutnya melakar senyum membaca kisah ‘Aku, Dia & Volksegan’ dan ‘Blues Untuk Aku’.  Kisah-kisah itu menjadi kewajipannya untuk dibaca.  Watak gadis bertudung yang ada di dalam majalah itu direnungnya lama.  Cantik.  Seketika dia teringatkan Acam.  Sekali lagi matanya beralih ke arah kartun itu.  Betullah, macam Acam!  Eh, dah angau pe aku ni, semua pun nampak macam Acam, getus hati Dzil.  Mulutnya tersenyum lagi.  Indah sungguh rasanya perasaan yang hadir di dalam hatinya itu.

Dentuman kilat masih lagi kedengaran.  Hendak keluar berjumpa rakan-rakan lama di hujung kampung dah tergendala kerana cuaca yang tidak baik.  Dzil yang kebosanan masih lagi berbaring di atas katilnya sambil membelek majalah Ujang. 

“Hmmm badan, rindu kat orang yang tak rindukan kita.  Nasib kaulah badan,” kata Dzil sendiri.  Tersengih-sengih sendirian mendengar kata-katanya itu.

Lamunan yang terhenti disambung kembali.  Dzil masih ingat saat mendapat tugasan English yang sama untuk semua kursus.  Dengan yakin dan bersemangat waja dia berjumpa dengan Ros.

“Ros, ko boleh tolong aku tak,” kata Dzil di luar kelas.

“Ko nak aku tolong apa?  Kalau aku boleh tolong, aku tolonglah.  Kalau tak mampu, aku reject awal-awal,” balas Ros.  Memang baik budak Ros ni, lembut je bicara dia.  Berlainan sekali dengan Acam, tapi itulah istimewanya Acam.  Lembut dalam kasar. 

“Ko tolong aku bagi buku tugasan aku ni kat Acam.  Kata kat dia aku minta tolong dia buatkan assignment aku ni,” ujarnya selamba.

“Hish, gila ko.  Berani-berani je ko nak suruh Acam buat.  Aku takut dia buat belacan je buku ko ni kang,” balas Ros dengan mimik muka tidak percaya.

“Ko cubalah dulu, kalau dia buat belacan aku bakarlah belacan tu.  Wat sambal belacan pun sedap.”  Ros menggeleng kepala mendengar lawak tak berapa nak jadi Dzil tu.

“Elok sangatlah korang berdua ni.  Loyar buruk.  Kalau korang ada jodoh, kahwin.. anak korang esok harap-harap boleh la jadi lawyer,” kutuk Ros.

“Amin.. moga termakbullah doa ko Ros.  Aku sayang ko Ros, tolong aku ye,” pujuk Dzil.  Ros sudah menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat Dzil.

“Ok lah, aku cuba je.  Kalau dia koyakkan ke, dia buat belacan ke, buat roket ke, ko jangan salahkan aku ye,” ujar Ros bersetuju.

Kadang-kadang Ros pun pelik dengan sikap Dzil.  Tak henti-henti cuba menyakat Acam.  Tapi dalam diam, dia dapat menebak apa yang tersirat di hati lelaki itu.  Ros sebenarnya suka dengan apa yang tersirat.  Dia rasakan mereka berdua tu serasi berdansa eh..eh..serasi bersama.

Keesokannya, buku tugasan Dzil dipulangkan semula.  Kelat wajah Dzil melihat isinya.  Bukan terdapat tulisan cantik yang memenuhi tiap helaian tetapi dipenuhi dengan contengan-contengan pen yang berwarna warni.  Eh, kreatif sungguh lah minah ni.  Dzil tergelak sendirian.  Tahu sangatlah tu tanda Acam mengamuk sakan dengan permintaannya.  Alah, baru minta buatkan tugasan dah mengamuk macam ni.  Belum lagi minta tolong basuhkan baju ke, iron kan baju ke, lagi-lagi kalau minta jadi isteri ke, sah-sah siap bersilat budak Acam tu.  Kelakarlah minah ni, bisik Dzil.

Matanya terpaku pada nota kecil yang terdapat dalam buku itu.  Segera didekatkan mata membaca setiap bait yang ditulis.

Lain kali tugasan buat sendiri.. jangan nak memandai suruh orang buatkan.. PEMALAS!!!’

Hah, padan muka kau dapat pemalas sekali.  Hati Dzil bagaikan digeletek.  Nak ketawa kang risau orang kata tak siuman dok ketawa sorang-sorang.  Tapi hati memang tak boleh blah dengan nota minah ni.  Pandai wat lawak lah.  Kelakar giler nota minah ni. 

“Ohh.. pandai awak tulis nota kat saya ye.  Lepas ni saya hantar nota banyak-banyak kat awak pula.  Tengoklah,” ucap Dzil sendiri.  Dalam kepala dah banyak plan yang beratur.  Mesti ada strategi untuk pikat gadis idaman hati. 

Pelan Dzil seterusnya, mengirimkan salam setiap kali habis kuliah melalui Ros.  Kasihan juga pada Ros yang tak habis-habis berleter padanya.  Katanya setiap kali dia menyampaikan salam, mesti kena tuba dengan Acam.  Kadang-kadang tu Ros ada juga menggiatnya agar dikeratkan aje tangan tu, boleh terus Ros bagi pada Acam.  Tak payah nak berkirim salam lagi.  Lawak tak hengat.

Langkah seterusnya, semasa hari Valentines.  Semua pasangan sibuk mencari sesuatu untuk dihadiahkan kepada pasangan masing-masing.  Saat itu juga, Dzil tidak ketinggalan.  Idea paling bernas yang dia dapat semenjak mengenali Acam.  Dia akan mengambil peluang ini.
Suasana kampus sudah bertukar seperti kebun bunga.  Ke mana-mana sahaja ada je bunga-bungaan.  Pusing kiri bunga, pusing kanan bunga, belakang pun bunga.  Senyuman, jangan cakaplah.  Memang ramailah yang tersenyum sampai ke mata.  Dzil mendapatkan seorang pelajar senior yang menguruskan penjualan bunga di kampur itu.  Kak Aishah namanya.

“Kak, nak order bunga satu,” ujar Dzil selamba.  Malu juga tapi kenalah control macho.

“Hah, ko nak bunga apa?” tanya Kak Aishah dengan wajah manis.  Manalah tak manisnya, customer beb! Masyuk.

“Hmm.. nak rose merah la kak,”

“Berapa kuntum ko nak?”

“Err.. kuntum-kuntum ni ada makna ke kak?”

“Adalah.. kalau sekuntum atau tiga kuntum rose merah maksudnya ‘I love you’.. ehh.. bukan akak love kat ko, kang ko perasan plak, makna dia je tu,” balas Kak Aishah.  Tersungging sengih di wajah Dzil.  Boleh tahan gak lawak Kak Aishah ni.

“Ohh.. kalau banyak roses, maksudnya ‘I love you more’ la ye kak.”  Kak Aishah menjungkit bahu.

“Ye la kot.  Hah, ko nak berapa kuntum?” soal Kak Aishah.  Penat layan budak Dzil ni.

“Hehe.. sekuntum dah la kak.  Kalau dia simpan tak pe juga, kalau dia buang, sayang kak,” balas Dzil. 

“Iskhhh.. yang ko nak bagi ni kat sapa?  Bukan awek ko ke?  Kalau awek kenapa pula nak dibuangnya.  Kalau akak terlompat-lompat dapat bunga,”

“Errr.. makwe in the making la kak,” balas Dzil lagi.  Hanya ketawa Kak Aishah menyambut kata-kata Dzil.

“Hokehh.. nama sapa ni dak ni?  Course apa nanti senang akak nak hantar.”  Kak Aishah mencatit sesuatu di diari kecilnya. 

“Nama budak ni Acam, budak Kejuruteraan Elektrik Semester 1 kak.  Hostel dok blok F,” terang Dzil.

“Wah, bagus ko ye.  Siap tau hostel mana.  Bilik dia ko tau gak ke?”

“Errr.. tingkat tiga kak,” balas Dzil lurus.  Pecah berderai ketawa Kak Aishah lagi.  Merah padam wajah Dzil digelakkan oleh Kak Aishah namun masih kena control macho.

Dzil mengeluarkan kad kecil yang telah dibelinya siap-siap.  Lalu mencoretkan sesuatu.

Nice to know you ---DZ’77

Kad kecil itu diserahkan kepada Kak Aishah untuk diletakkan bersama sekuntum bunga rose merah yang telah dihias cantik.  Kak Aishah tersenyum melihat apa yang tercoret di atas kad itu.

“Laaa.. ini je.  Akak ingatkan ada la ayat power-power tadi.  Kata nak mengayat awek,” seloroh Kak Aishah.  Sekali lagi Dzil hanya tersenyum.

Sehingga lewat petang, bunga ros Dzil masih tidak dapat diserahkan.  Beberapa kali Kak Aishah menemui Dzil untuk memberitahunya status mengenai penyerahan itu.

“Wei Dzil, ko ni biar betul.  Wujud ke budak Acam ni.  Puas dah akak cari merata.  Kat bilik kuliah kosong, tak ada orang,” bebel Kak Aishah.  Susah betul hendak mencari budak bernama Acam ni.  Dah la nama tu unik sangat. 

“Er.. kalau tak de, akak hantar kat bilik dia lah,”  cadang Dzil. 

“Bernas juga idea ko ni ye,” balas Kak Aishah.

Dzil mengekori Kak Aishah menuju ke hostel.  Bukanlah ke blok F, tapi laluan yang sama ke.  Tiba-tiba mata Dzil tertangkap wajah yang dinanti-nantikannya.  Segera dia menunjukkan sesusuk tubuh itu kepada Kak Aishah.

“Adik..adik.. tunggu jap,” terdengar laungan Kak Aishah.  Dzil masih berlindung di sebalik dinding bangunan.  Tidak mahu dirinya dilihat.  Acam yang sedang berjalan berhenti apabila dipanggil.

“Adik ni nama Acam ye?”

“Aah, nape kak?”

“Laaa.. susahnya akak mencari adik.  Merata-rata akak pergi.  Dok ulang-alik ke bahagian kejuruteraan elektrik tapi semua orang tak nampak Acam,” ujar Kak Aishah masih tercungap-cungap.

“Oh.. kuliah banyak batal hari ni kak.  Saya lepak kat perpustakaan tadi. Akak cari saya kenapa?” terdengar suara Acam.  Lembut.  Iskhh..minah ni kalau bercakap dengan orang lain boleh pula lembut-lembut, kalau dengan aku macam guruh, bebel Dzil sendiri.

“Nah, ini untuk adik,” kata kak Aishah lalu menghulurkan sekuntum bunga rose yang dipegangnya.

“Hah.. apa ni kak?  Akak salah orang tak,”

“Iskhh.. mana ada salah.  Betullah nama adik Acam kan.  Hah, kat kad tu pun ada tulis.  Okay, dah settle semua.  Adik ni yang last,” kata Kak Aishah lalu berlalu pergi. 

Dari jauh Dzil dapat memerhatikan Kak Aishah berlalu sambil mengangkat ibu jarinya kepada dia yang masih bersembunyi di situ.  Dzil masih berdiri di situ.  Dia ingin melihat apa reaksi Acam.  Dari tempat dia berdiri, kelihatan Acam sedikit terpinga-pinga melihat bunga ros merah yang berada di tangannya.  Kad kecil dibaca.  Ada senyuman tergaris di bibir gadis itu.  Hati Dzil berbunga riang. 

Cahaya terang kilat yang terbias di jendela bilik mematikan lamunan Dzil.  Alahai, kacau daun betullah kilat dan guruh ni.  Nak terkenangkan makwe yang jauh pun tak dapat.  Nampaknya, sepanjang semester ketiga ni, Dzil akan lebih banyak rindu-rinduan sahajalah.  Mana tidaknya, Acam tidak akan berada di kampus.  Hendak bertemu, bermain mata dan menyakat Acam sudah pasti hanya dalam mimpi sahaja.  Hmmm.. moga-moga kau tak lokek untuk bertandang dalam mimpi aku malam-malam ye Acam, bisik Dzil.  Hati lelakinya sudah mula asyik mengulit nama itu. Puteri Darlina ke, Acam ke.. tak penting.  Yang penting gadis itu akan dipastikan menjadi miliknya.  Hanya miliknya!




Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
yang tak bisa kusentuh
namun hanya boleh dipandang
ingin sekali ku sentuh
ingin jua ku memiliki
kau selalu membuat hatiku merasa berat
dan kau yang selalu ada
saat semua pergi
bagaimana mungkin
untuk kau mengerti
kini telah ku sedari
mimpiku tak bererti sendiri

Andai kau tahu
apa yang ku mahu
mahukan dirimu 'tuk mendekatiku
dan aku tak bisa memaksa dirimu
walau dalam tidur
ku kan menantimu sehingga akhir nanti
kau selalu membuat hatiku merasa berat
dan kau yang selalu ada
saat semua pergi
bagaimana mungkin
untuk kau mengerti
kini telah ku sedari
mimpiku tak bererti sendiri


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sayang2 Kak Yus.. maaf ye andai n3 ni tak seberapa.. harap mampu menghiburkan.. sudi2lah drop komen untuk kak Yus.  Enjoy ur readin'...


Lots of Luv fr Emeer & Ayesha
~ Kak Yus ~
14/3/12 --- 1.21 pm


9 comments:

  1. 'makwe in the makin' ayat x leh blah... hahahaa...
    dah in love ngn si Dzil ni kak.. ahahahahaa

    ReplyDelete
  2. Ayumi ~ hehehe.. jgn terbawa2 sampai dlm mimpi udah ler dear.. hahaha (ketawa jahat...lalaa)

    ReplyDelete
  3. wah! Dzil sangat2 romantik... cair... hihihi... bestlah tengok kesungguhan Dzil nak ambil hati Acam... lama2 Acam mesti cair... terima kasih kak Yus untuk entry ni... :)

    ReplyDelete
  4. Afifah dear ~ most welcome .. nak tackle org mcm Acam..mmg kena letak 200% effort..:)..bukan Acam je cair, akak pun nak cair dah..

    ReplyDelete
  5. ni kisah akak dolu2 ker. hahaha

    ReplyDelete
  6. tni ~ ni bukan kisah akak, tp kisah benar seorang sahabat akak.. hehehe.. kita layan je kan..heppi2..

    ReplyDelete
  7. :) tersenyum sipu...rindu-rinduan...

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com