Tuesday 20 March 2012

Mengintai Bahagia ~ 9




       Mata Acam ralit memerhatikan langkah Abang Eshan yang teratur bersama sejambak bunga di tangan.  Mulut lelaki itu tak henti-henti bernyanyi girang.  Bukan main seronoknya, entah apalah yang meriangkan sesangat tu.  Selama beberapa bulan menjalani praktikal di situ, sudah kerap benar Acam melihat Abang Eshan membeli bunga. 

          “Wah, happy semacam je abang,” tegur Acam.  Dikerlingnya jam di tangan, sudah setengah jam waktu ofis tamat.

          “Eh, biasa jelah Acam.  Tak balik lagi ke?” soal Abang Eshan kembali.  Dia memang kagum dengan gadis yang berdiri di hadapannya itu.  Walau pun hanya budak praktikal tapi kerajinannya kalahkan pekerja tetap.

          “Belumlah bang, ada sikit lagi nak photostate ni.  Wah, rajin betul abang beli bunga ye, untuk siapa tu?”

          “Dah tentu-tentunya untuk kakak kamu la Acam oii.  Abang ni mana ada kekasih gelap,”  balasnya dengan tawa yang terlerai.  Tersungging senyuman kecil di bibir Acam.  Wah, romantiknya Abang Eshan ni, getus Acam.

          “Eii, seronoknya jadi kakak ye bang, selalu dapat bunga.  Sesetengah orang tu masa bercinta je bagi bunga bagai, kalau boleh kedai bunga tu nak letak depan rumah, tapi bila dah kahwin, hampeh,” luah Acam.  Hamboi, macam aku pulak yang dah ada pengalaman, gelak Acam dalam hati.

          “Ha, itulah salahnya kita ni bila dah berkahwin.  Masa kita sibuk mengejar, bulan bintang sanggup kita bagi, bila dah kahwin bunga sekuntum pun kita berkira,” ikhlas tutur Abang Eshan di telinga Acam.

          “Selalunya orang lelaki ni kata membazir je beli bunga-bunga ni,” tambah Acam.  Suka pula membicarakan topic ni dengan Abang Eshan.

          “Salah persepsi tu.  Abang sendiri dah nak masuk dua puluh tahun kahwin.  Apa salahnya kita hargai isteri kita, penat lelah dia melahirkan anak-anak untuk kita, menjaga rumah tangga, melayan anak dan suami.  Sanggup mengorbankan kerjaya mereka untuk kita.  Apalah sangat dengan memberi mereka sejambak bunga sebulan sekali.  Berapa sangat pun harganya, tak sampai lima puluh ringgit.  Kalau rasa sayang nak beli mahal-mahal, sekuntum bunga ros pun dah memadai.  Syaratnya hati kena ikhlas.  Jangan kedekut untuk melahirkan penghargaan untuk isteri, ucapan terima kasih untuk mereka.  Paling penting, luahkan rasa kasih sayang supaya mereka tahu mereka sentiasa ada dalam hati kita.”  Terpaku Acam mendengar kata-kata Abang Eshan.

          Wow, tak pernah dia mendengar daripada mulut seorang lelaki setiap ayat yang dituturkan oleh Abang Eshan itu. 

          “Macam tak percaya la bang, abang yang cakap macam ni.  Selalunya mana ada orang lelaki yang nak cakap macam ni bang,” sambut Acam. 

          “Memanglah fitrah lelaki, mulut tak banyak.  Bukan semua yang tak luahkan kasih sayang di mulut tu bermakna tak sayang.  Tapi bagi abang, buat apa nak kedekut.  Bila kita luahkan, tengok muka isteri, muka anak-anak.  Mesti mereka gembira je bila tahu kita sayang mereka.  Hah, bab bagi bunga tu, membazir hanya untuk nilai poket tapi kalau dinilai pada hati, besar sangat dah nilai bunga tu.  Lagi pun kalau kita tak membeli, kesian pula kat pekebun-pekebun bunga, tak ada bisnes la mereka nanti,” tambah Abang Eshan.  Sempat juga nak berseloroh dengan Acam.

          “Oklah, balik cepat-cepat bang.  Nanti kakak tertunggu-tunggu pula,” ujar Acam.  Bukan nak menghalau tapi tidak mahu dia menjadi penghalang langkah Abang Eshan.

          “Errkkk.. kakak ko dah ada kat bawah, dia drive hari ni.  Kitorang nak pergi layan movie jap dengan anak-anak,” balas Abang Eshan lalu melambai tangannya sambil berlalu.

          Hati Acam disapa rasa gembira melihat bahagianya hidup Abang Eshan.  Apakah dia juga akan seperti mereka, mampu meneruskan apa yang dilakukan semasa bercinta walau pun sudah berumahtangga.  Alah, bercinta pun belum dah fikir alam rumahtangga.  Terkekek-kekek Acam tertawa mengingatkan apa yang tersirat di mindanya.




          Jam di dinding sudah mengenjak ke angka enam.  Masih belum selesai tugas-tugas Acam.  Semua kertas yang ada di hadapannya harus dibereskan sebelum pulang.  Hari sabtu dan ahad tidak bekerja namun tugasnya itu harus selesai sebelum esok.  Seram juga hendak bekerja seorang diri sehingga lewat malam walau pun ada sahaja pak guard yang menemani.  Kertas-kertas di hadapannya itu akan digunakan untuk Family Day yang akan diadakan esok. 

          Satu persatu stiker untuk hadiah yang dicetak dilekatkan di hamper yang telah dibalut rapi.  Semua kerja-kerja membalut hadiah dan hamper telah selesai dilakukan dibantu oleh rakan-rakan lain.  Kak Haniza punya cerita la tu.  Rajin dia berhijrah daripada satu department ke satu department mencari rakan sekutu yang tak ada kerja.  Akhirnya dekat sepuluh orang juga yang datang membantu Acam. Qaid pun sama naik juga.  Bukannya menolong banyak sangat, lebih banyak menyakat Acam adalah.  Sebut nama Qaid, Acam pun tak pasti mamat tu dah balik ke belum.  Selepas habis kerja-kerja membalut hadiah tadi, bayang mamat tu pun hilang entah ke mana.  Dalam bilik tak perasan pula.  Acam menoleh ke bilik Qaid, lampu masih terpasang.  Hatinya berdetik, tak balik lagi ke mamat ni.

          Perlahan kaki diatur ke bilik Qaid untuk memastikan ketuanya itu masih ada.  Kata ketuakan, tapi pelik dia boleh berengkau aku je dengan si Qaid tu.  Mamat tu la, pandai-pandai tak bagi dia berencik-encik bagai.  Kadang-kadang timbul juga rasa segan tapi nak buat macam mana, kalau tersebut panggilan encik tu, diugutnya siap-siap nak kiss mulut si Acam.  Errkk.. suka suki je kan nak kiss-kiss mulut anak dara orang.  Apa punya ketua la perangai tak boleh blah macam tu.

          Tidak sempat Acam sampai ke pintu bilik Qaid, pintu itu terkuak lebar.  Terpacul Qaid yang tersenyum meleret melihat Acam yang berdiri lebih kurang dua meter sahaja daripadanya.

          “Hah, tak balik lagi ke?” tegur Qaid.  Masih dalam posisi tersenyum colgatenya tu.

          “Belum.  Aku ada kerja lagi tak siap.  Ingat ko dah balik, tapi tengok lampu menyala lagi, ni yang nak pergi check it out,”   

“Banyak lagi ke?  Dah pukul enam ni,”

Ada lagi la, nak print borang senarai peserta sukaneka, lepas tu aturcara majlis ada sikit lagi tak lipat,” balas Acam.  Walau pun agak keletihan dan berlapar kerana tidak makan tengah hari, dia masih mampu tersenyum.

“Tak pe, aku tolong.”  Qaid menawarkan diri untuk membantu Acam.  Eleh, memang patut pun dia menolong, bukan ke dia dan Acam ditugaskan menyediakan semua tu. 

“Err.. tadi ko keluar makan ke tak?” tanya Qaid.  Acam hanya menggeleng kepala.

“MasyaAllah ko ni Acam oi.  Kerja tu kerja la juga, tapi sampai  tak makan.  Tulah, tadi aku ajak ko jual mahal.  Ko duduk sini kejap, aku pergi tapau kat bawah tu,”

“Tak payah la, aku ok ni.  Tadi aku makan roti sikit.  Balik kejap lagi la aku makan,” bantah Acam.  Takut juga sebenarnya kalau ditinggalkan keseorangan.

“Ok, aku hantar ko balik hari ni.  Jangan mengada-ngada nak buat muka macam tu,” tegas Qaid apabila Acam mula memuncungkan mulut.

“Ha, ko nak tolong kan?  Nah, ko lipatlah semua kertas aturcara ni.  Aku nak siapkan printing borang-borang ni kejap,” kata Acam tanpa melengahkan masa.  Lagi lama melayan omelan Qaid ni, lagi lamalah hendak selesai kerja-kerjanya.

Sesekali terlihat Qaid menggeliat kecil.  Lenguh agaknya terbongkok-bongkok melipat kertas A4 itu.  Acam pun sesekali memusing-musingkan badan, sakit pinggangnya seharian mengadap komputer.  Mata dah pedih-pedih melihat skrin.  Ada sahaja benda yang nak kena edit.  Acam ni kalau buat kerja memang cerewet.  Lagi cerewet lagi si Qaid ni suka.  Bukan apa, hasil kerja tu pasti akan tip-top.  Selalunya hasil kerja yang disiapkan oleh Acam ni memang mendapat pujian daripada pihak atasan. 

Pelik juga Qaid, budak praktikal macam Acam ni selalunya kalau disuruh melakukan sesuatu tugas, pasti sambil lewa sahaja.  Almaklumlah, bukan dibayar pun.  Tapi berlainan pula dengan si Acam ni.  Dengar kata pihak atasan menimbangkan usul untuk menawarkan Acam bekerja dengan mereka selepas habis belajar.  Itu pun masih dalam rahsia syarikat lagi.  Tidak siapa pun yang tahu melainkan mereka yang terlibat sahaja.  Lagilah kuat berkenannya si Qaid tu pada Acam.

“Dah siap ke?” soal Acam memecah kesunyian. 

“Ready bos,” balas Qaid pula sambil meletakkan semua aturcara yang telah dilipat ke dalam kotak di sebelah Acam. 

“Siapa kuli siapa bos ni?” soal Acam tak puas hati.  Dijelingnya wajah Qaid yang tersengih lebar tu.

“Sekarang ni ko la bos, aku la pula kuli,” selamba Qaid menjawab.

“Dah tak payah nak membebel.  Ko kalau membebel, satu tahun pun tak habis.  Jom, aku hantar ko balik,” kata Qaid sambil berjalan ke biliknya.  Seketika, dia kembali semula ke meja Acam setelah memadamkan lampu dan mengunci pintu bilik. 

Kunci kereta yang berada di tangan dilambung-lambung perlahan.  Macam kanak-kanak ribena je lagaknya.  Hampir Acam tertanya melihat tingkah Qaid.  Kadang-kadang timbul juga rasa suka dengan si Qaid ni.  Mereka beriringan menuju ke lif.  Si Qaid pula tak habis-habis tersenyum.

“La, yang ko tersengeh-sengeh dari tadi ni apa hal?” sergah Acam.

“Hmm.. suka arr, aku rasa macam kita ni sweet couple je.  Balik kerja berdua-duaan, tunggu lif sama-sama,” balas Qaid.  Masih tersengeh melihat wajah Acam yang sudah merona merah.  Cantik! Desis hatinya.

“Eii.. tak naklah balik dengan ko lain kali,” marah Acam.  Tersedar yang mata Qaid masih lagi terlekat di wajahnya. 

Segera tangannya dikepalkan dan diangkat menunjukkan tanda penumbuknya ke arah Qaid.  Meledak tawa Qaid memenuhi ruang sehinggalah lif terbuka.  Tawa Qaid masih lagi berbaki ketika mereka sudah berada di lobi pejabat.  Apa punya bos la ni, desis hati Acam.  Kalau dilayan, macam tu la peelnya.

Kereta dipandu perlahan membelah kesibukan malam di pekan Batu Pahat.  Walau pun pekan kecil tetapi tetap sibuk kerana Batu Pahat merupakan pekan industrial.  Kereta Qaid membelok ke arah deretan kedai makan yang terang disinari lampu-lampu kalimantang yang bergantungan. 

“Balik terus jelah Qaid.  Aku tak bagi tahu ibu lagi nak balik lambat sangat, nanti tertunggu-tunggu pula ibu,”  ujar Acam serba salah. 
Bukan tak sudi dibelanja makan, apatah lagi memang perutnya dah buat konsert dangdut goyang Inul pun.  Tapi risau kalau ibunya tertunggu-tunggu di rumah.  Qaid dengan selamba menghulurkan telefon bimbitnya kepada Acam. 

“Nah, telefon ibu bagi tau menantu dia nak belanja bakal isteri makan,” balas Qaid.  Terbuntang mata Acam mendengar ayat yang keluar daripada mulut Qaid dan paling ngeri, terdengar jeritan halus daripada mulut Qaid.  Sah berbekaslah kuku si Acam di lengannya.  Halus dan runcing cubitan Acam.  Walau pun beralas dengan lengan kemeja yang panjang, namun pasti malam nanti akan kelihatan lebamnya.

“Hadoi, tak boleh bergurau la ko ni.  Baru aku tahu, ko ni pun ada sepit ketam.  Tak ganaslah perempuan,” gerutu Qaid menahan sakit.

“Hah, tulah gatal lagi.  Kan ada pepatah cakap, kerana mulut badan binasa.  Tu bukan aku cakap tau, orang cakap,” selamba juga balas Acam dengan muka tidak bersalah.

“Sebagai balasan ko cubit aku, ko kenalah teman aku makan malam ni.  Cepatlah telefon ibu,”

Kata-kata Qaid disambut dengan cebikan Acam.  Segera papan kekunci di telefon bimbit Qaid ditekan.  Setelah memberitahu ibu yang dia akan pulang agak lewat dan makan bersama Qaid di luar, telefon bimbit dikembalikan.

“That’s my Acam.  Esok-esok bila ko dah balik kampus, rindulah aku kat ko,” ucap Qaid perlahan.  Acam perasan ada nada sayu pada ayat yang terakhir keluar daripada mulut Qaid namun dia diamkan sahaja.  Bukan tidak suka pada Qaid malah Qaid cukup sempurna di matanya.  Cukup segalanya.  Pakej yang menarik untuk dijadikan teman hidup namun hatinya degil, tidak mahu terbuka lagi untuk sesiapa.  Benarkah?  Atau sudah adakah nama lain yang menginap di hatinya, dia sendiri pun keliru.

          Ini kali kedua Acam makan berdua-duaan dengan Qaid.  Dia sebenarnya sangat senang dengan sikap Qaid yang santai.  Walau pun bergelar ketua, dia tidak pernah mempamerkan sikap seorang ketua ketika bersama dengannya.  Lebih terasa seperti seorang rakan.  Mungkin dengan dia sahajalah kerana Acam perhatikan di dalam departmentnya, Qaid kurang bercakap dengan pekerja perempuan selain daripada Kak Haniza dan Juliana yang sesekali datang bertandang.  Ada juga dia perhatikan beberapa orang budak praktikal daripada IPT lain yang cuba mendekati Qaid.

          “Hmm.. kalau aku tanya ko jangan marah eh,” ujar Acam memecah kesunyian di antara mereka.

          “Aku pernah marah ko ke Acam?  Rasa-rasa aku tak pernah lagi kot walau pun ko selalu je buat aku bengang,”

          “Hehe, sebab tu la aku sayang kat ko.  Tapi sayang sebagai bos la,” gelak Acam.

          “Ko ni kan, dah elok dah kata sayang kat aku tadi.  Tak payahlah nak tambah pula tang bos kat belakang tu,” komen Qaid.  Baru je nak feeling-feeling dengar perkataan sayang daripada mulut Acam, dah terbantut.

          “Oi, lari topik la.  Aku nak tanya tadi, ko ada apa-apa ke dengan Aqmar Arumi, budak praktikal tu.  Aku tengok bukan main lagi dia menempek kat ko, selalu je singgah jumpa ko kat ofis,”

          “Cik Acam, sorang je minah yang aku dok mengayat sakan.  Itu pun yang nama dia Puteri Darlina tu.  Yang lain aku belum sampai seru lagi nak mengayat.  Dan untuk pengetahuan ko, Puteri Darlina tu pun budak praktikal juga,” jawab Qaid dengan wajah selamba.  Qaid ni kalau bercakap memang macam tak ada perasaan. 

Terkedu Acam yang duduk di hadapannya.  Kunyahan terhenti, malah sudu dan garpu pun terlepas daripada tangan.  Cepat-cepat Acam menyambung kembali kunyahan yang terhenti.  Hati sebal dengan jawapan tak boleh blah mamat di hadapannya itu.  Orang nak kenakan dia, aku pula yang terkena.  Kantoi betullah, getus Acam sendiri.

Qaid yang menyedari reaksi sebal Acam hanya tertawa halus.  Padan muka, pandai sangat nak adjust orang dengan minah mana-mana entah.  Ha, kan dah dapat, gelaknya di dalam hati.

************

          Acam masih lagi tercongok di atas sofa mengadap cerita seram di kaca televisyen.  Ibu, ayah dan adik semuanya telah masuk tidur.  Susah pula matanya hendak lelap.  Mungkin masih berfikir perbualan antara dia dan Qaid sebentar tadi.  Dah lebih sejam dia pulang namun gurauan Qaid masih tersemat di ingatan.  Bukan tidak sudi menerima Qaid, tapi hati masih degil.  Masih menanti pada seseorang yang entah bila akan diketahui isi hatinya.  Apakah dia jujur atau adakah dia hanya ingin mempermainkan dirinya.  Semua itu berlagu di benak Acam.

          Deringan telefon menjerit-jerit minta diangkat.  Acam mengerling ke dinding melihat jarum jam yang sudah menginjak ke angka sebelas malam.  Siapa pula rajin menelefon malam-malam buta ni.  Malas-malas dia menarik telefon yang berada di meja kecil lalu di bawa ke sofa. 

          “Hello, assalamualaikum,”

          “Waalaikumussalam.  Wah rezeki saya dapat terus bercakap dengan orang yang dirindui,” ujar suara di hujung sana.

          “Eii.. awak ni tak ada kerja ke malam-malam ni.  Orang dah nak membuta la,” omel Acam.  Tahu sangat dia suara itu.  Kalau bukan Dzil, siapalah lagi.

          “Itulah, membuta je kerja awak.  Siang malam, nanti besar badan tu baru tahu,” sindir Dzil.  Suka menyakat si Acam ni.  Kalau tak dapat bercakap sehari, rasa macam seminggu.  Menggunung rasa rindu di hati.

          “Kenapa, awak nak susah hati pula kalau besar badan saya?  Saya suruh awak dukung ke?” pintas Acam tak puas hati. 

          “Kalau tak suruh pun saya sanggup,” jawabnya.

          Iskh, tak boleh dilayan sangat mamat ni, bisik Acam.  Tapi hatinya gembira dapat mendengar suara lelaki itu.  Ada satu rasa yang sukar ditafsirkan sedang melanda hatinya kita.  Hendak tersenyum pun tidak, hendak menangis pun tidak, tapi yang pasti dia rasa tenang saat itu.

          “Oklah awak, ada apa telefon orang malam-malam ni.  Cepat sikit, saya nak tidurlah,” gesa Acam.  Bimbang pula terdengar dek ayah.
          “Saja je nak dengar suara awak.  Oklah, selamat malam sleeping beauty.  Mimpikan saya ye,” lembut suara Dzil kedengaran.

          “Selamat malam,”  balas Acam perlahan.  Lain yang hendak dituturkan, lain pula bicara yang terkeluar daripada mulutnya.  Pada awalnya ingin sahaja dia menempelak si Dzil tu, tapi apabila mulut dibuka, ayat lain yang dituturkannya.  Itulah, sekarang ni hati dan minda pun dah pandai nak berselisih faham.  Tak sehaluan dah masing-masing.

          Biar apa pun yang datang, Acam akan serahkan segalanya pada takdir.  Bukankah jodoh itu telah ditetapkan oleh Yang Esa.  




Sejak ku bertemu dengan dirimu
hatiku menjadi semakin rindu
tak dapat nak disembunyikan lagi
perasaan ini

Kekasih aku telah jatuh cinta
padamu hanyalah aku puja
kekasih inginkah kau menjadi
oh buah hatiku

Tersiksa aku jiwa tersiksa
bila mataku tak memandang matamu
berilah aku peluang membuktikan sayangku ini
demi kasih kita kukorbankan jiwa

Kau menjelma bagaikan bidadari
yang singgah di kala hatiku sunyi
kau umpama pelangi waktu pagi
keayuanmy menambat hati

Tuhan tolonglah aku kucintai dia
sungguh-sungguh hatiku bukanlah dipaksa
sayang sambutlah rindu rindu yang aku tuju
tuju kepadamu duhai kekasihku

*************

Sayang2 kak Yus.. maaf lambat masuk n3 ni, baru buka sekolah, sibuk sikit..harap enjoy dengan bab 9 ni, santai je.. sudi2lah komen ye.. tq.


Lots of luv from Emeer & Ayesha
~ Kak Yus ~



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

8 comments:

  1. Dzil, sorry .. terasa comel lak si Qaid ... sob33

    ReplyDelete
  2. oooo tidak. saya tetap sokong dzil. best dpt lelaki mcm ni, x cepat melatah n x putus asa. chaiyok2

    ReplyDelete
  3. salam kak Yus... hari ni baru sempat nak baca sebab esok tak ada paper.. boleh relax jap baca cerita Acam... huhuhu... sedihlah kak Yus sebab part Dzil sikit aje... walaupun Qaid baik, saya tetap sokong Dzil! hahahha... peminat setia Dzil ni kak... kihkih... terima kasih kak Yus untuk entry ni... :)

    ReplyDelete
  4. tni ~ penyokong tegar Dzil ye.. chaiyok2..


    Afifah ~ tak per.. baca slow2..bab 10 pun blum siap lagi..hehehe.. dlm 2 n3 ni bab Dzil tak byk, cos masa ni mereka terpisah sekejap.. dok jauh2.. tak per, n3 seterusnya kita kasi Dzil back to action ye.. kaw2 kita kasi ..orait???

    ReplyDelete
  5. orait kak...hihihi... thank you so much kak yus... :)

    ReplyDelete
  6. Alaaa...nak Qaid gak.. Huishh..cepat2lah Qaid datang meminang....hehehhehehe...

    ReplyDelete
  7. wah,smkin panas je citer ni..Dzill ke qaid dpt memenangi hari Acam ye:)..

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com