Tuesday 18 December 2012

Mengintai Bahagia ~ Bab 28


         

   Seronok bersama keluarga Kak Long yang riuh rendah dengan hanya suara mereka menyakat si kecil Qeira sehingga membuatkan Acam terlupa waktu yang menghambatnya.  Terkejut seketika apabila terpandangkan dada langit yang terang disinari bintang yang bertaburan malam itu.  Indah dan sungguh mempersona.  Lalu jam di tangan dikerling pantas.

“Alahai, dah pukul dua belas setengah ni.  Macam mana nak balik?” bisik Acam sendiri.

            Iyalah, tentu sekali Pak Guard tak bagi masuk ke dalam hostel lagi.  Walau pun hostel mereka tak berapa nak ketat sangat kawalannnya tapi masih lagi ada syarat-syarat tertentu yang harus dipatuhi oleh mereka.  Nampak gayanya kena bermalam juga di rumah Kak Long ni. 

“Huarghhhhh!” sergah Qaid.  Sergahan itu hampir membuatkan jantung Acam terputus.  Mana tidaknya, sedang elok je dia berseorangan di beranda luar tu, tiba-tiba diterjah sebegitu rupa.  Sudahnya, terkekeh-kekeh Acam ditertawakan dek Qaid yang gelihati melihat wajah terkejut Acam.  Pucat lesi.

“Hah, suka.. sukalah lagi biar sampai tercabut gigi-gigi tu ketawa.  Ko buat aku macam tu lagi siap ko.  Aku karate kasi patah empat puluh tahu,” bebel Acam mengurut dada yang masih tersentap tadi.

“Okey..okey.  Aku minta maaf key, aku ingat nak tegur ko tadi tapi bila tengok ko asyik sangat memandang ke langit tetiba je terasa nak usik ko,” balas Qaid dengan tawa yang masih bersisa.

“Yang ko termenung durja tu kenapa?”  tegurnya lagi.

“Boleh lak tanya aku.  Ko dah lupa ke ko kidnap aku siang tadi bawa datang sini.  Tengok sekarang dah pukul berapa, cam mana aku nak balik ni?”

“Errmmm, tidur kat sini ajelah Acam,” sampuk Kak Long yang sedang comel menatang empat mug berisi kopi yang masih berasap.  Dah tentu si kecil Qeira sudah terlena tu, barulah masing-masing dapat mengembangkan kepak dan sayap duduk berbual.

“Jom minum kopi dulu,” jemput Kak Long sambil meletakkan dulang di atas meja taman.  Mug kopi dicapai satu persatu.  Sedap sungguh menikmati aroma segar kopi malam-malam begitu.

“Acam tak bawa bajulah Kak Long.”

“Alah, baju Kak Long kan banyak, pakai ajelah.. mungkin besar sikit je.  Kalau nak yang sedang-sedang elok, t-shirt si Angah ni pun banyak.  Tak besar mana pun badan dia tu, boleh je pinjam.”

“Aah, baju aku banyak.  Ko pilih ajelah nak yang mana, aku kasi terus pun boleh,” sampuk Qaid lalu mata dikenyitkan.  Mengadalah tu.  Tapi hati memang suka sangat dengan saranan Kak Long tu.  Bukan kata t-shirt, kalau gadis di hadapannya itu nak share apa-apa pun dia sanggup bagi.  Nak share rumah, kereta, pinggan, sudu, cawan, malah kalau nak share hati lagilah dia sanggup.  Heh, tak menahan angau mamat seorang ni. 

“Tak apa ke aku pinjam baju ko?” soal Acam ragu-ragu.  Huish, malu gak nak pinjam-pinjam baru orang ni.  Tapi nak buat macam mana, terpaksa jugalah kan.  Itu baru baju tidur, belum lagi adik kakak yang perlu ditukar.  Sudah, haru juga dibuatnya. 

“Bukan takat baju, kalau ko nak pinjam aku pun boleh je,” balas Qaid masih lagi dalam mood mengusik Acam.

“Hampeh la ko ni.”  Serentak dengan itu terdengar jeritan kecil Qaid.  Apa tidaknya, dah kena pijak kaki dek Acam.  Tak malu sungguh nak kenakan dia di hadapan Kak Longnya.  Taulah kakak dia, tapi cover line lah sikit, getus Acam geram.

            Senyuman Kak Long melebar melihatkan kedua-duanya.  Sebiji macam kanak-kanak ribena.  Tak pernah melihat Qaid segembira ini, memang Acam mempunyai aura yang sangat kuat terhadap adik lelakinya yang satu itu.  Dalam hati dia mendoakan kebahagiaan mereka walau pun dia sendiri tahu yang hubungan antara adiknya dengan Acam masih lagi dalam kesamaran.  Tiada kata putus daripada mereka walau pun dia sangat arif tentang perasaan adiknya.  Memang tiada gadis lain lagi dalam hati Qaid, hanya Acam namun mungkin tidak bagi gadis itu.  Apa pun, hanya doa dan harapan sahaja yang mampu dia panjatkan.  Tak kiralah ada jodoh ke tidak, dia akan tetap menganggap Acam seperti adiknya sendiri.  Sudah terlanjur jatuh sayang pada gadis itu.

“Wah, seronok eh.  Sampai ke dalam dengar bising-bising tu.  Abang ketinggalan tren lrt ke?” Tegur Abang Long yang siap berkain pelikat sambil melabuhkan punggung di sebelah Kak Long.  Kopi yang tadinya panas sudah suam-suam kuku dicapai.

“Angah ni duk menyakat Acam, kesian budak ni,” balas Kak Long. 

Lincah tangan Kak Long mengelap sisa kopi yang terlekat di bibir suaminya.  Manja dan romantis sekali.  Acam hanya menjadi pemerhati.  Hatinya tersentuh melihat perlakuan pasangan itu.  Sudah bertahun mendirikan rumahtangga, sudah mempunyai seorang cahaya mata tapi masih tetap seperti pasangan bercinta. Ah, orang lain mungkin akan kata biasalah tu, takkanlah perkara sekecil itu pun nak touching-touching.  Tapi bagi Acam, benda-benda kecil itulah yang akan merencahkan lagi kebahagiaan rumah tangga.  Hek eleh, macam iya-iya je.  Pakwe pun tak de lagi, dah berangan la pula.  Cepat-cepat tumpuannya di fokuskan kepada perbualan mereka.  Nampak Abang Long sedang rancak berbual dengan Qaid.  Entah butir apa agaknya yang dibicarakan, iyalah, manakan tidak, jasad je kat situ, hati dan perasaan memikirkan hal lain.

Penat bergelak ketawa, sudahnya lewat juga mereka melelapkan mata.  Hampir jam dua pagi barulah keempat-empat mereka melangkah menuju ke kamar masing-masing. 

Wuit, sweet dreams eh.  Kalau ko nak mimpi tu, jangan lupa jemput aku sama dalam mimpi ko,” usik Qaid di hadapan pintu bilik tetamu yang menjadi kamar beradu Acam malam itu.

“Sengetlah ko ni.  Mimpi pun boleh jemput-jemput orang ke,” jawab Acam dengan jelingan maut tiga sukunya.  Terlerai tawa Qaid memenuhi ruang.

Hush, slow la bro.  Ko ni, kang entah apa lak kata Abang Long dan Kak Long.  Bangun si Qiera tu lagi hampeh, semua orang tak boleh tidur nanti.”

Oppss. Sorry. Tapi memang tak boleh tahanlah nak ketawa.”  Segera mulutnya ditekup. 

“Dah, aku nak tidurlah.  Kalau ko nak jadi guard pun boleh, tidurlah kat pintu ni,” ucap Acam selamba.

“Eii, kejamlah ko ni ek.”

            Kata-kata Qaid itu hanya disambut dengan tawa Acam yang dikawal dan diikuti dengan daun pintu yang mula merapat.  Tak boleh blah kalau layan mamat tu lama-lama, boleh biul kepala otak dibuatnya.  Selamat malam Qaid, mimpi indah-indah, bisik Acam sendirian.

            Malam semakin pekat, yang terdengar hanya deru angin daripada penghawa dingin yang terpasang.  Acam melayan perasaannya tatkala mata mulai lelap.  Dalam keriangan dan kegembiraan bersama mereka di situ, hatinya tetap terasa kosong dan sepi.  Kosong, seperti ada kehilangan sesuatu.

********************

            Azan subuh yang berkumandang di luar jendela mengejutkan Acam.  Seketika dia  tergamam memerhatikan sekeliling.  Mengumpul kembali ingatannya yang mulai terjaga sama lebih-lebih lagi apabila terlihat t-shirt putih yang dipakainya.  Baju Qaid.  Telefon bimbitnya dicapai lalu diperhatikan sekilas.  Sudah jam enam pagi, dan hari itu dia ada satu lagi kelas yang perlu dihadiri.  Nampaknya memonteng lagilah hari ni.  Nasib baik kelas pensyarah yang tak berapa kisah sangat, kalau kena kelas Prof. Hamdan, mahu kena pergi spa.  Apakan tidak, denda tak masuk kelas je, dua tiga assignment yang diberi untuk disiapkan dalam tempoh seminggu.  Tak nahas tu.  Sengaja cari bala cubalah ponteng kelas Prof. Hamdan tu.

            Subuh yang semakin meninggi mengingatkan Acam akan ibadah yang satu itu.  Segera dia bergerak meninggalkan perbaringan menuju ke bilik air.  Juraian air yang menyentuh tubuhnya sungguh menyegarkan.  Keindahan susun atur di dalam bilik air itu juga mendamaikan.  Bijak benar Kak Long menghias bilik tetamunya sehinggakan hiasan bilik air pun dititikberatkan.  Sekali lagi, perasaan kagum kepada pasangan itu menyelubungi hati Acam.

Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah, fajar yang mulai menyinsing memberi sinar yang cukup indah si sebalik awan yang masih gelap.  Keindahan itu dapat dilihat Acam melalui jendela kamar usai dia mengerjakan solat.  Suasana aman dan damai di kawasan itu sungguh memikat hati.  Jauh daripada kesibukan kota, hiruk pikuk deruman kenderaan yang saban hari menemani hidupnya sepanjang berada di Kampus Twintech itu.  Ketenangan itu menggamit rasa rindunya pada ibu dan ayah di kampung. 

Menyedari hari semakin meninggi, Acam cepat-cepat bersiap.  Selendang panjang yang diberikan Kak Long semalam diselit rapi.  Sekali lagi dia menyarungkan t-shirt Qaid ke badannya.  Agak sedikit longgar tetapi cukup selesa.  Nasib baiklah inner yang diberikan Kak Long semalam muat-muat dengannya kalau tidak melenggenglah lengannya yang putih itu.  Dah dapat satu dosa, mendedahkan aurat walau pun hanya di bahagian yang kecil.  Walau pun nampak remeh, tetapi Acam tetap menjaga peradaban pakaiannya.  Masih kental di ingatannya nasihat Dzil, kalau nak menutup aurat, biarlah tutup keseluruhannya.  Walau pun nasihat itu bukan ditujukan kepada dirinya dan dia pun hanya terdengar komen itu daripada mulut Dzil, namun komen itu dijadikan sebagai nasihat untuk dirinya. 

“Arrghhh.. kenapa pagi-pagi aku dah teringat kat mamat tu?” soal Acam sendiri.  Rasa rindu semakin menular pada nama itu.  Di mana kah dia?  Sudah lama menyepi tanpa khabar berita, membiarkan hatinya terkapai-kapai sendiri.

            Tanpa mahu melayan rasa hati yang entah apa-apa, Acam bergerak ke bawah menuju ke dapur yang sudah terdengar suara-suara di situ.  Melihatkan pakaiannya hari itu, terasa nak gelak pun ada.  Cap ‘malborrow’ ye, kecuali adik kakak dan pants aje.  Senyuman Kak Long menyambut Acam dan lebih-lebih lagi melebarnya melihatkan pakaian Acam.  Bangga juga hati wanita itu Acam sudi mengenakan selendang pemberiannya. 

“Selamat pagi Kak Long, Abang Long,” sapa Acam perlahan.

“Selamat pagi sayang, awal dah turun ni,” balas Kak Long lembut.  Tangan wanita itu masih lincah mengacau kopi di dalam teko. 

            Abang Long yang sudah pun duduk menghadap hidangan pagi hanya tersenyum.  Pantas kerusi ditarik untuk Kak Long.  Sekali lagi hati Acam disapa dengan perlakuan mereka.  Sungguh mengkagumkan pasangan ini.

“Jom Acam, kita sarapan.  Kak Long memang selalu awal siapkan sarapan sebab Abang Long kamu ni tak suka sarapan kat luar.  Mesti nak makan kat rumah dulu,” terang Kak Long sambil menceduk bihun goreng ke dalam pinggan suaminya. 

“Sebab makanan kat luar tu kan kita tak tahu lagi tahap kebersihannya.  Lagi pun Abang Long sengaja nak bagi Kak Long pahala lebih sikit.”

            Jawapan Abang Long mendapat hadiah cubitan kecil daripada Kak Long.  Suka sangat nak menyakat, kan dah dapat.  Tersengih je Acam melihatnya.  Tanpa disedarinya, Qaid juga tersenyum memerhatikan gelagat mereka.  Lelaki itu sudah hampir lima minit menjadi pemerhati.  Sengaja dia berdiri di ambang pintu dapur itu memerhatikan mereka, lebih-lebih lagi hati tersentuh melihat Acam yang mengenakan t-shirtnya.  Eh, T-shirt ‘Hard Rock Café’ original from Dubai tu.  Baru sekali dipakainya tetapi dia akan rasa sangat gembira kalau Acam ingin menyimpannya terus. 

“Yang Angah dok berdiri macam tugu negara kat situ tu apasal?” Teguran Abang Long yang mula menyedari kehadiran Qaid mematikan lamunan singkatnya.

“Saja, suka tengok orang tu.  Comel je,” balas Qaid sengaja nak menyakat Acam.  Dah jadi hobi pula sekarang ni.

“Eleh, cakaplah nak bagi tau baju dia yang cantik,” ujar Acam dengan cebikkan ala-ala Mak Siti Tanjung Perak.  Berderai tawa besar mereka di situ. 

“Eh, Acam tak ada kelas ke hari ni?”

“Ada Abang Long, satu kelas je pagi ni.  Tapi rasanya kena ponteng kot, kelas start jam lapan kejap lagi.”

“Lorh, kesiannya adik Kak Long ni.  Dah kena ponteng.” 

“Tak apalah Kak Long, kelas tak heavy sangat.  Lagi pun satu kelas je hari ni, esok pun tak ada kelas.”  Segera Acam menenangkan perasaan Kak Long yang mula rasa bersalah.  Iyalah, disebabkan bermalam di rumahnya, dah Acam terpaksa ponteng kelas pula. 

“Wah! Kalau macam tu jom kita balik kampung nak,” ajak Qaid.  Cantik juga kalau dapat balik kampung.

“Abang Long dan Kak Long tak dapat baliklah dik, tapi kalau Angah dan Acam nak balik okey juga.  Lagi pun mama dah lama rindu nak jumpa Acam.  Acam pun boleh balik lepaskan rindu kat ibu dan ayah kan.”  Kata-kata Kak Long menusuk hati Acam.  Memang pun dia rindu sangat pada ibu dan ayah.

“Tapi kena balik kolej dululah, sehelai sepinggan je ni.”

On the way nanti kita shopping je, aku belanja.”

“Hah, orang dah offer nak belanja tu Acam.  Apa lagi, ketuklah habis-habisan,” kata Kak Long lalu berderai sekali lagi tawa mereka.

Akhirnya, sesudah bersarapan dan menitip ciuman kepada si kecil Qiera yang masih lena, kedua-duanya memulakan perjalan pulang ke Batu Pahat.  Sengaja bergerak awal kerana destinasi pertama yang hendak dituju tentu sekalilah shopping mall.  Besar hati Qaid sekali lagi Acam bersetuju dengan pelawaannya.  Bukan mudah gadis itu nak menerima pemberian orang tetapi dengan dirinya gadis itu lebih terbuka.  Semakin mengenali gadis itu semakin membuahkan sayang dalam dirinya.  Saban hari dia berdoa agar terbuka hati gadis itu untuk menerima cintanya.  Tak salahkan, menyulam cinta dalam bersahabat.  Mungkin itu lebih indah.


*******************************************************

Dah lama tak hapdet kisah Acam ni kan.. kepada yg rindukan Dzil, diharap sabar menanti ye.. tak lama lagi Dzil akan memunculkan diri.. sekarang ni Dzil bertapa sekejap, memberi peluang kpd Qaid utk masuk jarum... hehehehee... maaf ye klu tak best.. ada nak komen???

Lots of luv ~ Kak Yus.

7 comments:

  1. Mmg Qaid ni sgt baik...tp rase lebih kuat utk Acam dan Dzil walaupun mungkin akan ada hlgan utk mereka berdua bersatu....

    So mmg sgt rindu dgg Dzil sama mcm Acam juga...

    Selalu la update ye

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, n3 selepas ni k.yus masukkan Dzil.. nak bagi rindu-rinduan sis Eijan tu membukit sikit lagi ye.. ;) luv u so much.

    ReplyDelete
  3. Tapi hrpnya Qaid lah hero. Amin.

    ReplyDelete
  4. Kak Yuss...sukaa sangaattt. Lebiu somach la Kak Yus. Tapi, kita tetap falling for Qaid. Walaupun Dzil tetap hero, tapi Qaid selamanya hero di hati.. Hahahahahha

    ReplyDelete
  5. Kak Yuss...sukaa sangaattt. Lebiu somach la Kak Yus. Tapi, kita tetap falling for Qaid. Walaupun Dzil tetap hero, tapi Qaid selamanya hero di hati.. Hahahahahha

    ReplyDelete
  6. hahaha... Aziela, kak yus yg menaip ni pun dah rasa jatuh hati kat Qaid, hehehe **harus kena jeling dgn en asben nanti nih***

    ReplyDelete
  7. hmmm dzil keje keras tu nak kawen cepat kot kan >:) sian dzil ... takpe la kita tunggu episod akan datang :) qaid memang terbaik gentlemen dia lebih ... :) suka la semuanya .. teruskan berkarya ^_^

    ReplyDelete

Tak Sudi Kerr Nak Coratcoret Sesuatu Untuk Kak Yus.. >__<

 

Blog Template by YummyLolly.com