Assalamualaikum dan selamat pagi buat kesayangan kak yus...
Maaf, maaf dan maaf kerana dah lama sangat tak updates n3 kat sanggar hati kita ni.. kesibukan dan segala makneka yg melanda membuatkan waktu kak yus terbatas amat. Kak Yus harap n3 kali ni dapat mengubat rindu kesayangan kak yus pada Emeer & Ayesha...
Selamat membaca, semoga terhibur ...
****************
Perbincangan panjang di antara Emeer
dan beberapa orang pekerja mereka di
dalam bilik mesyuarat yang terletak di tingkat enam di salah satu bangunan
pencakar langit yang tumbuh melata di bumi Manila
itu membuatkan Ayesha kebosanan.
Ditambah pula dengan suhu penghawa dingin yang dah nak mencecah suhu
tahap beku agaknya. Ayesha menarik
selendang panjang tebal yang menutupi tubuhnya lebih rapat ke badan. Nasib baik tadi suami kesayangannya telah
menyarungkan stoking di kakinya, kalau tidak harus membeku juga kakinya itu. Emeer yang menyedari keadaan Ayesha, segera
bangkit lalu membuka jacket yang
dipakainya dan disarungkan ke tubuh Ayesha.
Siapa tak sayang isteri oii!!
Tersenyum dengan keperihatinan si
suami, Ayesha bangkit daripada kerusi lalu bergerak perlahan ke arah Emeer yang
kembali fokus dengan perbincangan mereka.
Tubuh Emeer ditenung dari belakang.
Sudah hampir sepuluh tahun perkahwinan mereka, tetapi lelaki di
hadapannya itu masih tetap tampan dan segak.
Patutlah banyak mata gadis akan terlekat dua kali tika
memandangnya. Tak kisahlah wajah serius
yang selalu dipamerkan oleh suaminya itu.
Bahu suaminya ditepuk perlahan, tidak mahu mengganggu konsentrasinya.
“Abang, Sofi keluar sekejap ye,”
bisik Ayesha perlahan.
“Sayang dah bosan ye? Okey, sayang jalan-jalan dulu kat dalam ofis
ye. Abang try to make it short and be with you as soon as possible.” Jemari Ayesha yang terletak kemas di bahu,
diraih lalu dibawa ke bibir. Kucupan
lembut hinggap di jari putih mulus isterinya itu.
“Abang…” Cepat-cepat jarinya ditarik. Malu kepada pekerja yang berada bersama
mereka di dalam bilik itu. Hish, suami
aku ni, bukan kira kat mana pun kalau nak berdrama. Drama king
la sangat.
Bukan Ayesha tak perasan senyuman di
bibir pekerja-pekerja mereka yang turut berada di dalam bilik mesyuarat
itu. Sebelum kebosanan melanda lebih
lama, baiklah dia keluar sebentar. Dapat
lepak-lepak sambil menjamu tekak dengan pavlova kiriman Alina tadi pun best
juga. Bukan kecil-kecil pavlova yang
Alina kirim, sebesar kek sekilo tu.
Memang haven la dapat makan
sorang-sorang, tak payah nak kongsi dengan sesiapa. Tamak la pulak! Alah, diorang kat ofis tu dah selalu sangat
dapat merasa masakan Alina bahkan boleh dikatakan setiap minggu Alina akan
masak dan hantar ke pejabat. Lagilah kat
sana susah nak
dapat makanan halal.
Pavlova yang diletakkan di dalam
freezer dikeluarkan dan sepantas kilat tangan Ayesha turut menyambar sudu yang
tersimpan di dalam bekas sudu. Kakinya
melangkah ke ruang pejabat yang luas lalu memilih sudut rehat yang memang
sengaja di sediakan di situ. Konsep
terbuka dan pejabat rumah diamalkan di pejabat cawangan mereka itu yang
mempunyai ruang menunggu untuk tetamu, ruang kerja, dua bilik mesyuarat, ruang
rehat yang dilengkapi dengan set sofa dan televisyen serta sebuah dapur
kecil. Di dapur pula dilengkapi dengan
peti sejuk, ketuhar mikro dan water
dispenser untuk kemudahan pekerja mereka.
Memang selalu sangat pekerja tak balik ke rumah lebih-lebih lagi pekerja
lelaki bujang apabila musim perlawanan bolasepak. Sebentar tadi pun Ayesha terdengar pelawaan
Azman kepada Emeer untuk bersama-sama mereka menonton game di pejabat malam itu. Entah
apa-apa nama yang keluar entah.
Enak sungguh bersenang-senang sambil
menikmati pavlova daripada chef paling handal bagi Ayesha. Biarlah Emeer nak bermesyuarat lama lagi pun
tak apa. Tanpa sedar, sudah separuh
pavlova dimakannya. Mata mula
layu-layuan. Dalam sedar dan tak,
semakin sayup-sayup suara kedengaran di telinganya.
“Jom sayang..” Sapaan lembut Emeer mengejutkan Ayesha yang
sudah terlena di atas sofa. Jemari
suaminya yang terletak di atas bahu disentuh manakan sebelah tangan lagi sempat
menggosok matanya.
“Lorh, sayang tertidur kat sini
ke?” Senyum.
“Dah settle ke bang?” Anggukan Emeer membuahkan senyuman di bibir
Ayesha. Emeer yang sudahpun melabuhkan
punggung di sebelah memeluk erat bahunya.
“Sorry
ye sayang, sampai tertidur tunggu abang.”
“Ermm, tak apalah. Lagi pun kerja Sofi kan dah siap tadi, duduk kat sini layan
pavlova ni pun best juga.”
“Ya Allah, sayang makan sorang ke
ni. Banyaknya sayang makan pavlova ni,
tak takut gula tinggi ke sayang.”
Semakin melebar sengihan Ayesha.
Tahu sangat, memang nak kena lecture
la tu.
“Mana ada banyak, separuh je. Lagi pun buah strawberi tu dah cukup masam
untuk lawan balik semua yang manis-manis tu.”
Alahai, ada je jawapan.
Lantaklah, fakta ke auta, yang penting coverline.
Setiap
kali hamil, memang Emeer akan memantau pemakanan Ayesha. Tidak mahu isterinya itu mengidap sebarang
penyakit bawaan ketika berbadan dua. Tak
sanggup melihat si isteri dimasukkan ke hospital. Pengalaman dua kali menyaksikan betapa sukarnya
Ayesha melahirkan kedua-dua cahaya matanya dahulu pun sudah cukup buatkan Emeer
rasa serik dan insaf. Kalau diikutkan
hatinya, tidak mahu mengizinkan Ayesha melaluinya lagi namun dia tahu, itulah
satu-satunya impian setiap wanita selagi ada kudrat. Melahirkan hamba Allah di muka bumi ini,
meramaikan umat Muhammad merupakan amalan yang dijanjikan syurga oleh-Nya.
Emeer
menarik lembut tangan Ayesha untuk bangkit berdiri. Uniform yang dipakai dibetulkan
perlahan-lahan. Errrkk…uniform! Itulah gelaran Ayesha untuk pakaian ibu
mengandung yang mula dikenakan di tubuhnya sejak menginjak tiga bulan
kehamilan.
“Okey
Man, aku jalan dulu. Nanti esok kita
bincang lagi yang tadi tu. Ko make sure all details are ready and accurate. Baru aku boleh estimate budget.” Pesanan
Emeer diambil perhatian oleh Azman dan pekerja-pekerja yang turut berada di
situ.
“Err,
ko jadi tak join kitorang malam ni?”
“Tak
sure lagilah. Tengok keadaan Ayesha dulu
macam mana, lagi pun nanti dia charge
aku tak pedulikan dia pula dah datang jauh-jauh ni.” Elok je habis berkata-kata, Emeer mengaduh
kecil. Mana tidaknya, sepit ketam dah
melekat kat lengan.
“Kita
pula dapat nama,” bisik Ayesha perlahan.
“Iyalah,
kalau abang kata ye nanti sayang kata abang tinggalkan sayang. Lagi parah kalau sayang merajuk.” Wajah Ayesha dielus lembut.
“Uit,
anak nak masuk tiga tak habis lagi bercinta ke bro?” Sempat Azman mengusik
rakannya itu. Bukan cemburu bahkan
seronok melihat keintiman dan kemesraan kedua-duanya. Dia sendiri pun tak sehebat Emeer dan
Ayesha. Malah Alina sendiri pernah
mengadu kenapa dia tidak seromantik Emeer.
Apa nak kata, lain orang lain cara dalam menunjukkan kasih dan sayang.
“Jomlah
gerak bang, dah lama anak-anak tunggu kita tu,” ujar Ayesha perlahan. Tidak mahu lebih lama di situ. Bukan apa, perasaan segan sudah mula menular
sehingga merah pipinya diusik begitu.
Lagi pun si Emeer ni bukan kira kat mana-mana pun, nak mengusik ada je. Sampaikan staf tempatan pun dah
tersenyum-senyum tengok mereka walau pun tak faham butir bicara. Bahasa Melayu dengan Bahasa Tagalog jauh beza
bunyinya.
Lambaian
tangan dua tiga orang pekerja yang agak rapat dengan Ayesha disambut lalu
pasangan itu bergerak meninggalkan mereka.
Sangkaan
Ayesha mereka akan menyertai Eizleen dan Aqyiem ternyata jauh meleset. Teksi yang mereka naiki berhenti di hadapan
SM Mall yang terletak di Manila
Bay . Khabarnya SM Mall tu antara pusat membeli
belah yang termashur di Manila . Memang kagum Ayesha dibuatnya. Beberapa peso dihulurkan kepada pemandu teksi
yang segera berlalu meninggalkan mereka di situ.
“Abang,
ni kan SM
Mall? Bukan kita patut jumpa anak-anak
ke?” Wajah yang berkerut ketara mempamerkan rasa cuak.
“Abang
dah telefon anak-anak tadi. Eizleen dan
Aqyiem kata diorang dah nak balik hotel, nak rehat sebab dah penat sangat. Lagi pun dah petang sangat ni sayang, so
abang nak bawa sayang jalan-jalan dengan abang je lah. Ganti balik semua masa yang abang kena
habiskan kat office tadi.” Pantas sahaja
pinggang Ayesha yang semakin mengembang dipaut.
Iskh, selamba aje mamat seorang ni, tak kisah pun tak mana dia berada.
“Habis
tu nanti, anak-anak dan Mak Jah nak makan apa bang. Dah la kat sini susah nak cari makanan
halal.” Masih tidak puas hati. Ayesha memang sentiasa mengambil berat
tentang makanan mereka sejak mula menjejakkan kaki ke Manila .
Sebelum tiba ke sana , dia telah banyak
mencari maklumat tentang Manila . Bukan apa, mudah untuk membuat
persiapan.
“Azman
dah aturkan makan malam anak-anak dan Mak Jah.
Nanti ada staf yang akan hantar makanan ke bilik,” ujar Emeer cuba
menenangkan perasaan Ayesha. Faham
dengan kerisauan si isteri yang sentiasa menjaga kebajikan anak-anak dan
pembantu rumah mereka sebaiknya.
Di
Manila ni memang sukar nak mencari makanan halal. Kalau berjalan di sekitar bandar Manila memang mata mudah sahaja menangkap gambar-gambar
makanan tidak halal kerana penduduk beragama Islam sangatlah minority. Malah di restoran makanan segera pun tidak
mendapat sijil halal.
Berpuas
hati dengan penjelasan Emeer, Ayesha mengatur langkah mengikuti lelaki itu yang
masih erat memaut pinggangnya. Perasaan
malu yang menampar hati pada awalnya mula hilang diganti dengan rasa selesa
diperlakukan begitu. Dia rasa lebih
selamat apatah lagi berada di tempat yang cukup asing baginya. Deretan kedai yang menjual berbagai aneka
perhiasan dan cenderahati menarik minat Ayesha.
Setiap permintaan Ayesha dilayan sepenuhnya oleh suami tersayang. Dah diberi peluang, tangkap ajelah apa yang
dihajati. Boleh tahan juga barangan yang
dijual di dalam kompleks membeli belah itu.
Penat
menyusuri deretan kedai di dalam bangunan pusat membeli belah yang terbesar di Asia itu membuatkan Ayesha meminta untuk berehat sebentar
di atas bangku yang disediakan di siar kaki.
Seronok melihat gelagat manusia yang memenuhi bangunan itu. Kakinya yang agak lenguh dipicit-picit
perlahan.
“Kenapa
sayang, dah penat?”
“Kaki
Sofi lenguh sikit la bang, tak pe, kejap lagi okeylah ni.”
“Hmm..
okey, kita rehat sekejap kat sini.
Rasanya hari ni dah cukup kot kita shopping kat sini, esok abang bawa
sayang dan anak-anak ke satu lagi tempat yang sayang mesti suka nak
shopping. Tapi tempat tu tak adalah
macam kat Mall ni, tempat tu macam Petaling
Street kita je, tapi memang syok.” Wajah lembut Ayesha ditatap lama. Cuba mencari riak si isteri
terhadap cadangannya.
“Ye
ke, bestnya. Sofi tak kisah pun, yang
penting dapat jalan-jalan dan pengalaman yang seronok. Errr, tapi kan Sofi peliklah, macam mana abang boleh
tahu banyak sangat pasal tempat-tempat kat sini? Ke abang ada…”
“Hah,
mulalah tu. Tak baik tau buruk sangka
dengan abang. Takkanlah abang nak buat
bukan-bukan belakang sayang. Abang ni
suami solehah,” sampuk Emeer tanpa membenarkan Ayesha menghabiskan
kata-katanya.
“Lorhh,
Sofi tak cakap macam tu pun.” Hampir nak
tergelak Ayesha dibuatnya namun ditahankan sahaja. Memang betul pun tadi dia hendak menembak
suaminya dengan soalan sebegitu.
“Alah,
tak payah sayang cakap pun abang dah tahu sangat apa yang sayang nak
cakap. Tengok, muka sayang pun dah cuak
semacam.”
Memang
tak dapat nak menahan gelak melihatkan riak suaminya lalu akhirnya mereka
melepaskan gelak bersama. Lepas bebas
tanpa menghiraukan sesiapa pun. Emeer
menggenggam erat jari jemari Ayesha lantas dibawa ke bibirnya. Kucupan penuh kasih tertumpah di situ.
“Sayang,
walau apa sekali pun yang datang, walau secantik Miss Universe ke Miss World
ke, abang tetap tak akan berpaling daripada sayang selagi abang dalam
sedar. Sayang jangan sesekali curiga
dengan kasih abang.” Lembut sekali nada
suara itu menusuk tangkai hati Ayesha.
Jemari
yang masih bebas daripada genggaman Emeer dibawa ke bibirnya lantas jemari itu
juga dilekapkan ke bibir Emeer. “I love
you too, sehingga hujung nafas,” bisiknya lembut namun cukup jelas di
pendengaran.
Jeda.
“Abang,
lapar....” Manja sahaja rengek Ayesha
mengusap perutnya.
“Kaki
sayang dah okey? Jom kita makan, tapi jangan lupa niat jamak solat Maghrib ye
sayang, kat sini tak ada surau nak solat.”
Berjalan
pun berjalan juga, shopping pun shopping juga, tapi ibadah yang utama itu tidak
sesekali harus dilupakan. Memandangkan
mereka masih di dalam kategori musafir, maka amat mudah untuk tidak
meninggalkan ibadat solat itu kerana agama memberi keringanan dalam mengerjakannya
melalui jamak dan qasar.
Emeer
dan Ayesha masih beriringan tangan melangkah ke restoran Harbour View yang
terletak di bahagian belakang SM Mall.
Restoran ini menghidangkan makanan laut yang segar-segar dan lebih
istimewa ia juga mensajikan pemandangan harbour yang indah. Sengaja Emeer memilih meja yang paling dekat
dengan bay yang membolehkan pemandangan indah matahari terbenam dapat dinikmati
di situ.
Menikmati
hidangan makanan laut segar yang dibakar dan disajikan keindahan matahari
tenggelam yang cukup indah bersama insan tersayang adalah hadiah paling
istimewa buat Ayesha. Syukur dipanjat ke
hadrat Yang Esa kerana memberinya begitu banyak kasih sayang melalui suami yang
tercinta dan anak-anak yang dikasihi.
******************************************
Terima kasih ... harap terhibur dengan kisah mereka berdua..
Salam kasih sayang berpanjangan daripada
Kak Yus.
Kak Yusssss...... dah ada cover...
ReplyDeletePublish ke..? Publish kan...kan...? Yessss!
insyaAllah k.yus akan usahakan utk publish.. tu cover main2 je tu.. baru beberapa bab je Aziela dear..
ReplyDeleteComel je diorg ni...klu publish nk bwli
ReplyDeletebest kak.
ReplyDeletebest nyer...sweet sesngt...baca pn rase bahgia dek...
ReplyDeletenak la lagi... kenapa tgh sdp2 baca, tibe2 da abes.................... bru nk join dorg makan.. kak yus ni.. aaahahahhaa.... nnty smbg lg, tag la kite.. hihiihii
ReplyDeleteNur Eza dear.. insyaAllah, k.yus taip laju2 ..smoga ada rezeki utk publish.
ReplyDeleteBaby Mio dear~ terima kasih dik..
Sis Norihan ~ terima kasih sis, yus pun bahagia apabila yg membaca turut terasa kebahagiaan tu..
Adah laling ~ mana boleh join diorang makan, org tu baru je nak detim2... hehehe, insyaAllah k.yus taip laju2..