Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...
Mohon maaf beribu2 lemon.. juta2 pun juga.. kerana dah lama sangat tak updates apa2 entry di sini. Busy..mmg pun. Bermula september dgn anak2 upsr, kemudian pmr n skrg ni final exam pula. Nak buat mcm mana.. fultime mom macam ni lah kan.
Apa pun.. malam ni kak yus sempat juga habiskan satu chap utk new N3 khas buat semua yang tersayang. Harap2 N3 kali ini mampu menghiburkan. InsyaAllah.. kak yus akan cuba utk meluangkan lebih banyak masa utk N3-N3 seterusnya.
Terima kasih untuk kesudian kalian bertamu di sini. Maaf kak yus pohon atas ketidaksempurnaan N3 ini..
Selamat membaca.. semoga terhibur.
****************************
“Mabuhay..”
“Come, come.
Sir, tingnan natin ang murang-mura kalakal”
“Over
here Sir, bumili ng isa para sa isang mahal sa isa…”
“Hello Mam, buy one free one.”
Seronok melihat para peniaga
memanggil-manggil pelanggan yang lalu lalang di sepanjang Quiapo yang dipenuhi
dengan deretan ratusan gerai yang menjual hasil kraf tangan buatan
tempatan. Peniaga saling bersahutan
memanggil pelanggan sambil menawarkan harga yang murah untuk jualan
mereka. Emeer menarik tangan Ayesha
berhenti di sebuah gerai yang turut menjual hasil kraf tangan yang berasaskan
cenkerang siput.
“Hello Sir.. buy one for your lovely wife,”
tegur pemilik gerai seraya mengunjukkan kalungan yang diperbuat daripada
mutiara putih. Wanita yang dalam
lingkungan usia empat puluhan itu mengeluarkan lebih banyak lagi kalungan
mutiara untuk dipilih. Cantik tersusun
dan kemas sahaja buatannya.
“Mayroon kang tulad ng isang magandang
asawa.”
“Oh, thank you. Ito ay kaya maganda ng sa iyo.”
“First baby?”
“It’s third actually.”
“Oh, both of you look so young.”
“Salamat pok.”
Hamboi. Seronok sakan berbual. Ayesha merenung Emeer tanpa berkedip. Hmmm.. tak sangka encik suaminya yang seorang
ni boleh bertutur bahasa Tagalog. Lancar
juga tu.
“Kenapa
sayang pandang abang macam tu?”
“Iyalah,
sayang tak tahu pun abang boleh cakap Tagalog.”
Tawa Emeer lepas menggamit Eizleen, Aqyiem, Mak Jah dan Firdaus ke arah
mereka.
“Ermm..
tu ada orang ajar abang sikit-sikit.
Sebenarnya, enam bulan sebelum trip kita ni, abang dah mula belajar
bahasa Tagalog ni. Tapi kat sini,
English is the main language, tak ada la penting sangat kita nak belajar
Tagalog. Orang kata, tak rugi kalau kita
pandai banyak bahasa kan .”
“Hurm,
ni yang tak aci ni. Tak pe balik nanti
Sofi pun nak belajar bahasa juga. Lepas
ni kata nak pergi Venice kan ,
bolehlah Sofi belajar bahasa Italia pulak kan .”
“Ewah,
dalam tak larat nak berjalan ni pun ada hati nak pergi Venice .
Nak jalan satu Quaipo ni pun tak larat sayang oi,” usik Emeer mencuit
hidung Ayesha.
Perlakuan
mereka menarik perhatian pemilik gerai yang hanya menjadi pemerhati. Walaupun tidak faham dengan butir bicara
pasangan itu, namun masih tersenyum melihat gelagat kedua-duanya. Manja.
Malah,
gelagat Emeer dan Ayesha turut menjadi bahan tawa Firdaus yang menjadi pemandu
merangkap Personal Assistant mereka hari itu.
Sebenarnya Firdaus ni Officer Claim paling cekap yang Emeer ada di
syarikat mereka tetapi hari itu Firdaus menawarkan diri membuat kerja luar khas
untuk Emeer. Kepetahan berbicara dalam
bahasa Tagalog dan tahu selok belok Manila
menjadi aset penting Firdaus dalam membantu bossnya itu. Dia mahu Ayesha dan anak-anak bossnya gembira
dapat membeli-belah di Quaipo, pasar yang menghidang berbagai jualan untuk
dibawa pulang. Tak mampu hendak membalas
jasa yang telah ditabur oleh Emeer sewaktu dia bertugas di Malaysia
dahulu. Kerana Emeerlah, dia telah
mendapat peluang menyambung pelajarannya sehingga ke peringkat Ijazah. Tanpa bantuan Emeer dalam menubuhkan dana
pembiayaan pelajaran untuk pekerja, tak mungkin dia akan menjawat jawatan
sekarang.
Setelah
membayar harga beberapa utas rantai mutiara dan pemegang kunci yang telah
dipilih oleh Eizleen, mereka beredar ke salah satu gerai yang menjual pelbagai
jenis dan rekaan lampu tidur dan jam dinding.
Apalagi, memang tak menang tanganlah Ayesha memilih itu dan ini. Rambang mata dibuatnya. Lagi pula harga yang sangat murah, terasa
seperti hendak diborong semuanya. Emeer
hanya membiarkan sahaja Ayesha, Eizleen dan Mak Jah memilih. Baginya, biarlah mereka seronok dan berpuas
hati dengan apa yang mereka pilih.
Inilah namanya berbelanja. Tak
kisah menghabiskan wang untuk mereka yang tersayang.
“Ayah,
can we go over there?” Pinta Haqyiem sambil menuding jari ke arah gerai
bersebelahan. Wah, Haqyiem si kecil pun pandai mengambil peluang.
“Okey
sayang, jom kita bagi tahu ibu dulu ye.”
“Sayang,
abang dan Haqyiem nak pergi kat sebelah tu ye.” Ayesha yang sibuk memilih lampu
tidur digamit.
“Okey,
tapi lama tak?”
“Entahlah,
tengok apa yang Haqyiem nak pilih.”
Beberapa keping not diserahkah ke tangan Ayesha.
“Banyaknya
bang.”
“Hmmm..
tengok Eizleen tu memilih. Abang rasa ended up habis satu gerai ni diborongnya
nanti,” balas Emeer memuncungkan bibir kepada Eizleen yang memang sedang
kemaruk memilih berbagai lampu dan jam dinding.
Ayesha tersenyum. Sebenarnya
terasa seperti disindir pun ada. Alah
sindir-sindir manja je pun. Orang kata,
rezeki jangan ditolak. Ambil sahajalah.
Setelah
ditinggalkan Emeer, Ayesha masih lagi meneruskan aktiviti memilihnya. Lebih kurang dua puluh minit juga mereka di
situ namun kelibat Emeer dan Haqyiem masih tidak kelihatan. Amboi, seronok sangat agaknya kat gerai
tu. Satu gerai ke satu gerai dikunjungi,
masih ditemani oleh Firdaus.
“Ya
Allah, Sha… cantiknya lapik pinggan tu,” ujar Mak Jah menarik minat Ayesha.
“Mana
Mak Jah?”
“Tengoklah
kat gerai tu, yang bergantung tu alas meja.
Kat bawah tu lapik pinggan dan gelas.
Iskh, banyak corak tu.” Jari
dituding ke arah gerai yang sarat dengan gantungan kain alas meja serta
kelengkapan dapur. Meriah dengan corak
dan warna yang menarik perhatian.
“Jom
Mak Jah kita terjah,” ajak Ayesha pantas.
Memanglah, kalau bab shopping
sakit pinggang yang terasa awal-awal tadi pun boleh hilang. Memang betullah orang kata shopping tu terapi, terapi minda dan
poket sekali.
Firdaus
yang menjadi peneman hanya menggelengkan kepala. Beg-beg plastik di tangannya dijeling
sekilas. Rasa dah penuh tangan ni. Tadi dia juga yang offer diri nak tolong bawakan barang-barang yang dibeli. Hancur kalau dapat awek macam ni. Nasib baiklah dia masih solo. Selamat poket.
Tatkala
matahari sudah menginjak jatuh daripada atas kepala, Firdaus mengajak Emeer dan
Ayesha serta yang lainnya ke masjid yang berdekatan. Ketika itu terdengar azan dilaungkan. Syahdu.
Hati berbunga ketika mendengarnya apabila berada di bumi orang.
Selesai
mengerjakan solat zohor, mereka singgah ke satu restoran makanan halal yang ada
di Quaipo. Sebenarnya di situ tidaklah
susah sangat hendak mencari makanan halal kerana majoriti yang tinggal di
perkampungan berhampiran adalah orang Islam.
Cuma mereka ini agak kurang pandai bergaul dan tidak berapa mesra. Kebetulan ketika itu, restoran yang mereka
singgah dimiliki oleh sekeluarga berbangsa Melayu yang tinggal di sana . Memang seronoklah dapat makan masakan melayu
yang panas-panas.
Malah
banyak cerita yang dikongsi tentang tanah air bersama keluarga itu. Mungkin sudah lama menetap di Manila , apabila mendengar tentang kemajuan yang terdapat
di Malaysia
mengundang rasa bangsa kepada mereka.
Sebelum meninggalkan keluarga itu, Emeer sempat memberi kad nama kepada
mereka untuk dihubungi jika mereka kembali ke tanah air suatu hari nanti.
“Sayang
dah siap?” Soal Emeer lembut. Tangan
melingkar di pinggang Ayesha yang masih membetulkan tudung di kepala.
“Hmmm..”
“Hmmmm..
jugak. Sayang ni, makin besar perut ni
makin seksi pula abang tengok.”
“Abang,
jangan nak mengada-ngada. Anak-anak dah
tunggu kat luar tu kan . Kang Sofi lambat siap mulalah,” bebel Ayesha
menolak tangan Emeer yang nakal.
“Olorh,
baby tengoklah ibu ni. Ayah nak
manja-manja dengan baby pun tak boleh.”
Haish, menyampahnya dengar nak mengadu pada anak pula. Macamlah anak dia kat dalam ni boleh tolong back up.
“En.
Emeer Zafran, nak manja-manja, nak ngengada tunggulah malam nanti. Karang I cancel
tak mo pergi rumah Man baru you tau.”
“Wah,
dah pandai main ugut-ugut ye Puan Ayesha Sorfina. Janganlah cancel,
nanti kempunan I nak tengok Liverpool malam
ni.”
Hek
eleh, macamlah kat dalam bilik Hotel tu tak boleh tengok. Saja mengada-ngada nak tengok match tu ramai-ramai di rumah
Azman. Lagi pun memang Azman dan Alina
telah berpesan agar Emeer anak beranak makan malam untuk terakhir kali sebelum
pulang keesokannya di rumah mereka.
“Hah,
kalau dah macam tu jom.”
“Malam
nanti I tuntut tau,” bisik Emeer. Miang! Suami siapalah tu, sabor ajelah.
*******************************
Salam Sayang...
Kak Yus
lor..nak shopping juga byk2..tp ameer yg bayarkan boleh x kak Yus?xixixi...best2 sgt citer ni..x sangka penulispon pandai dlm bhasa tagalog...
ReplyDeleteboleh2.. nanti Emeer dtg dinner rumah Alina tu minta la dia belikan byk2.. hehehe
DeleteBEST....
ReplyDeleteTerima kasih sayang...
Delete