Assalamualaikum dan selamat tengah hari..
Sengketa Cinta untuk tersayang... mohon kemaafan utk ketidaksempurnaan... Selamat Membaca dan sudilah utk tinggalkan jejak anda di ruang komen buat k.yus.
********************
Katalog di tangan dibelek-belek
untuk kesekian kali. Pilihan telah dibuat
berdasarkan perbincangan antara dia dan Dirah.
Dah terlanjur ada yang sudi nak menaja semua keperluan, ambil ajelah
peluang itu. Tapi berpada-pada juga
jangan sampai orang ingat hendak mengambil kesempatan dan mengikis pula. Setelah memastikan semua buku laporan
guru-guru tadika dan urusan harian di Tadikanya itu selesai, Azzalea segera
meninggalkan pejabat kecilnya.
“Ibu, Lea nak ke taska dulu ye. Dirah MC hari ni, teruk sangat alahan dia
kali ni sampai tak lalu nak makan bagai.
Ibu tolong tengok-tengokkan budak-budak ni ye,” pesan Azzalea singgah
sebentar ke dapur mendapatkan Ibu Zai yang sibuk menyusun piring yang telah
digunakan.
“Oh, teruk ke Dirah tu? Agaknya anak lelaki kali ni kot. Karang habis kerja Ibu jengok sat.” Tangan yang basah dikesat lalu menyambut
huluran salam Azzalea.
“Pucat je tengok dia malam
tadi. Lea lepak kat rumah dia malam
sebab Abang Wan tak ada. Abang Wan kena outstation sampai esok. Ni malam karang,
satu malam lagi la Lea temankan dia.”
“Hurmm, eloklah tu Lea tolong
temankan. Kalau tak berharap pada Lea,
pada siapa lagi nak diharapkan. Pasal
alahan tu, awal-awal ni memang biasalah.
Nanti Ibu cari buah oren, selalunya kalau mabuk-mabuk makan buah oren
boleh kurangkan sikit rasa loya tu.”
Ibu Zai ni bukan sahaja handal
memasak makanan tradisional, segala petua nenek moyang pun banyak
diketahuinya. Haruslah kalau tengok buku
petua dan resepi Ibu Zai yang tebal tu.
Setelah bersalaman, Azzalea meninggalkan Ibu Zai menyelesaikan
tugas-tugasnya. Alah, sebelah aje pun
taska tu. Namun begitu, walaupun
bersebelahan, Azzalea tidak pernah mencampur-adukkan urusan tadika dan
taska. Dia telah mendidik dirinya untuk
bekerja secara teratur. Urusan setiap
tempat diselesaikan satu per satu, barulah otaknya tidak serabut. Naknya sekarang ni, dalam keadaan Dirah yang
sering mabuk-mabuk pembawaan budak.
Lagilah semua bebanan kerja terletak di bahunya. Takkanlah hendak diserahkan kepada Dirah
seperti selalu. Azzalea pun sedia maklum
akan keadaan ibu mengandung itu.
Kelihatan Rizqiyah sedang menyiram
pokok-pokok bunga yang di tanam dalam pasu berderet tersusun sepanjang
pagar. Pekerja-pekerja taska mereka ni
memang rajin, lagilah pula mereka memang tinggal di situ. Di sebabkan itulah, Azzalea bersetuju dengan
cadangan Dirah untuk melakukan renovation,
membesarkan sedikit taska mereka demi untuk keselesaan. Selesa untuk pekerja mereka dan untuk
anak-anak asuhan juga. Apatah lagi
sekarang ini rumah yang dijadikan taska itu telah menjadi hak mereka. Syukur kerana pemilik rumah bersetuju
menjualnya. Sekurang-kurangnya adalah
aset tetap dia dan Dirah. Tinggal hendak
memujuk pemilik rumah yang dijadikan tadika mereka itu sahaja lagi. Kalau pemilik rumah itu bersetuju, mereka
juga akan membelinya. Semua itu idea Emeer
Zafran. Memang bijak dalam merancang
pelaburan hari depan.
“Assalamualaikum.” Huluran salam
Azzalea bersambut. Rizqiyah segera
meletakkan tong penyiram lalu menyalami majikannya itu.
“Dah sarapan ke Riz?” Soal
Azzalea.
Pagi
tadi selepas solat subuh, dia telah berpesan kepada Ibu Zai agar menghantar
sedikit makanan kepada mereka di taska.
Azzalea memang jarang meminta pekerja-pekerjanya itu masak sendiri. Tidak mahu mereka terbeban dengan tugasan
dapur, dahlah sibuk dengan urusan mengasuh anak-anak kecil lagi. Dia amat faham kepayahan dan kepenatan yang
mereka rasai. Hanya hari Ahad sahaja
mereka dibiarkan memasak sendiri kerana masing-masing bercuti. Itu pun kadang-kadang awal pagi Azzalea sudah
tercongok di hadapan pintu taska membawa staf-stafnya itu keluar bersarapan dan
berjalan ambil angin sama ada di Pekan Meru ataupun ke Bandaraya Kuala
Lumpur. Tahu sangat perasaan mereka yang
terperap di rumah setiap hari, tentu bosan giler. Lagi-lagilah jiwa anak remaja, perlukan
sedikit hiburan dalam waktu senggang.
“Dah pagi tadi kak. Ibu hantar nasi lemak dan kuih karipap,
banyak pula tu,” jawab Rizqiyah masih lagi menyambung kerja-kerjanya.
Tangan Azzalea lincah mengutip
kacang-kacang botol yang nampak sudah cukup masa utk dipetik. Sedap tu dibuat ulam. Teringat pada Mia Zahirah yang suka sangat
makan kacang botol tu. Itu seorang lagi
mak buyung yang tak lama sahaja lagi akan sampai masa untuk bersalin.
“Hmmm.. Kak Lea masuk dululah. Nak jengok dapur kejap, dah lama tak buat operasi
masak-memasak ni,” ujar Azzalea mempamit diri meninggalkan Rizqiyah yang masih
lagi di luar. Kerja-kerja menyiram pokok
sudah selesai disambung dengan kerja-kerja menyidai selimut dan tuala yang
telah digunakan oleh anak-anak kecil di situ.
Keadaan taska yang kemas dan teratur
menyenangkan hati Azzalea. Memang
staf-stafnya rajin dan bijak mengendalikan taska. Sebenarnya, Rizqiyah yang merangkap sebagai
ketua staf taska sudah awal-awal menyatakan bahawa mereka boleh sahaja
menguruskan makan dan minum di taska hari itu.
Tetapi, Azzalea tidak sedap hati pula membiarkan mereka melakukan semua
kerja. Alah, masak sahaja pun bukan
susah sangat.
“Aunty,
assalamualaikum…” Azzalea ditegur oleh
anak-anak kecil yang sedang leka bermain.
“Waalaikumussalam sayang.. buat apa
tu?” Balas Azzalea kembali.
“Kak Mia bagi ni suruh pasang,” jawab
salah seorang anak kecil yang turut sama berada dalam kumpulan kecil itu. Lincah sahaja tangan masing-masing membina
sesuatu dengan permainan LEGO yang bertaburan.
Mia
Zahirah yang memerhatikan aktiviti anak-anak kecil itu bangun mendekati Azzalea
lalu tangan Azzalea diraih dan disalami.
Tubuh kecil Azzalea dipeluk erat.
Waktu
awal pagi begitu selalunya anak-anak kecil itu akan bermain sambil
belajar. Di Taska Permata Hati, jadual
aktiviti dan pemakanan anak-anak asuhan telah disusun selengkapnya. Mereka mempunyai waktu belajar, waktu
menonton, waktu riadah, waktu makan dan waktu tidur. Bermakna rutin harian mereka akan penuh
dengan aktiviti yang berfaedah dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Malah, kolam renang kecil juga telah
disediakan di halaman Taska yang luas.
Seminggu sekali, anak-anak asuhan taskanya itu akan bermandi manda
sambil belajar sebenarnya di kolam kecil itu.
Tak hairanlah jika ramai penghuni setempat yang gemar menggunakan
khidmat Azzalea. Malah yang tinggal di
Fasa 1 pun sanggup menghantar anak mereka di Taska itu. Bagi Azzalea, berikan khidmat yang terbaik dan
insyaAllah pulangannya pasti lebih berganda.
Bahkan, kasih sayangnya kepada anak-anak itu tak ubah seperti anak
sendiri walaupun dia masih belum berumahtangga.
Membiarkan
anak-anak itu leka dengan permainan LEGO dan puzzle mereka, Azzalea terus ke ruang dapur. Tersentuh hati melihat bahan-bahan mentah
yang hendak dimasak telahpun siap disediakan.
Tidak hairanlah kalau Azzalea jatuh sayang kepada staf-stafnya dan
dianggap seperti adik-adiknya sendiri.
Tidak pernah dia berlagak seperti majikan walaupun sebenarnya memang
begitu hakikatnya. Layanan Azzalea
kepada mereka sama seperti dia melayan adik-adiknya, boleh bergurau, boleh
menegur dan yang penting tidak pernah lokek dengan mereka.
Bukan
dia tidak tahu, ada juga terdengar cerita daripada Natasha tentang tawaran
kerja di taska lain dengan tawaran gaji yang lebih tinggi. Malah pemilik taska itu sendiri dengan
beraninya datang berjumpa staf-stafnya sewaktu dia dan Dirah tidak berada di
taska. Apa yang membuatkan Azzalea
tersenyum apabila mendengar jawapan Natasha dan Rizqiyah. Kata mereka, kalau pemilik taska itu boleh
melayan mereka seperti adik beradik, tempat mengadu susah dan senang, tempat
menangis bersama seperti yang Dirah dan Azzalea lakukan, barulah mereka akan
fikirkan tawaran itu. Tentu sekali terus
terdiam pemilik taska itu mendengarnya.
Setelah
meletakkan tas tangan dan fail-fail yang dibawanya sebentar tadi di dalam
pejabat kecil milik mereka, Azzalea menyinsing lengan bajunya sambil berlalu ke
dapur. Selalu kalau memasak di rumah,
pakaian rasminya tentulah t-shirt lengan pendek dan seluar paras lutut atau legging.
Berlainan pula kat taska ni, dengan berbaju kurung lengkap memang agak
sukar sedikit pergerakannya. Tudung
bawal hitam yang dipakainya diselempangkan ke belakang agar tidak basah. Sayur-sayuran yang telah dibasuh dimasukkan
ke dalam periuk yang sedang mendidih airnya.
Hari ni masak bening sayur bayam dicampur dengan bebola ikan dan bebola
ketam tentu sekali enak dimakan oleh anak-anak kecil di situ. Di atas dapur yang satu lagi, ikan bersalut
tepung dan rempah sedang digoreng. Bukan
susah sangat pun. Rempah-rempah untuk
masakan tu memang telah disiapkan awal-awal oleh Dirah dan disimpan di dalam
peti sejuk untuk kegunaan mereka. Azzalea
mempraktikkan apa yang dibacanya tentang pemakanan. Mengikut sunnah Rasulullah, sebaik-baiknya
makanan laut tidak dicampur dengan daging atau ayam dalam satu menu yang
sama. Jadi apabila memasak makanan
berasaskan laut, eloklah semuanya senada.
“Kak
Lea, handphone akak berdering,” ujar
Mia lalu menggantikan Azzalea di dapur seketika.
“Hati-hati
ye Mia, jangan dekat sangat dengan kuali tu, nanti terpercik minyak,”
pesannya.
Cepat-cepat
Azzalea kembali ke pejabat kecilnya.
Setelah mendapati nombor Umi Ain yang tertera di skrim telefon,
panggilan itu segera diangkat.
“Hello,
assalamualaikum umi.”
“Waalaikumusalam.” Kedengaran salam bersambut.
“Umi
sihat ke?”
“Alhamdulillah
sihat. Kakak sihat? Sorry
la umi kacau kakak pagi-pagi ni.”
“Alhamdulillah
kakak sihat aje Umi tapi Dirah je yang tak sihat. Umi tahu ajelah orang membawa budak. Ni kakak dok
kat taska tolong-tolong kat dapur,” balas Azzalea panjang lebar. Terdengar tawa halus di hujung talian. Adeh,
saja la umi tu. Ketawa ada makna la tu,
taulah orang tak pandai sangat masak memasak ni sebab kalau balik rumah umi
memang umi aje yang turun ke dapur.
Bukan dia tak turun langsung ke dapur, tapi takat jerang air, tanak nasi
dan duduk borak-borak tu adalah. Suka
sebenarnya makan air masakan umi.
Alasan!
“Baguslah
tu, belajar-belajarlah turun ke dapur kenal periuk belanga. Hmm, umi tak
boleh lama-lama ni, nak bagi tau Kakak, minggu ni balik rumah ye. Hari isnin kan cuti umum, tapi kakak balik
hari Jumaat boleh?”
“Lorh, kenapa pulak nak kena balik hari
Jumaat umi? Kakak balik hari Sabtulah.
Jumaat taska buka lagi umi.”
“Hmm,
umi nak ajak Kakak pergi pasar hari Sabtu tu.
Kalau Kakak balik hari Jumaat tak adalah tergesa-gesa sangat, lagi pun
Ahad pagi-pagi dah orang nak memasak.”
“Erkkk.. Umi, ni bunyi macam nak makan
besar je.”
“Haah,
si Fatih tu nak hantar rombongan merisik Hannan hari Ahad ni. Umi kata, tak payah merisik-risiklah, terus
je bertunang.” Melopong mulut Azzalea
mendengarnya. Seketika, dia kembali
tersedar ke alam nyata. Iyalah, dah
masanya adik perempuannya itu diikat, lagipun sudah hampir tiga tahun mereka
berkawan.
“Oh,
kalau macam tu kakak balik hari Jumaatlah.
Lepas uruskan tadika, kakak balik ye Umi.”
“Okey,
bawa kereta hati-hati.” Pesan Umi Ain
sebelum mengucapkan salam dan mematikan talian.
Azzalea tersenyum sendiri. Hai
la, dah nak kahwin adik aku yang seorang tu.
Tidak
mahu terlalu lama meninggalkan Mia Zahirah menguruskan dapur keseorangan,
Azzalea segera kembali ke dapur. Risau
jika terjadi sesuatu kepada Mia Zahirah yang sudah agak sarat mengandung itu. Kesihatan Mia Zahirah pun kelihatan agak merosot
akhir-akhir ini. Kerap sangat dia sakit
kepala dan muntah-muntah. Entalah, tak
tahu sama ada memang itu alahan ibu mengandung atau ada sesuatu yang lain yang
Azzalea tidak tahu. Namun Azzalea tetap
kagum dengan semangat Mia Zahirah.
“Okey
Mia, biar Kak Lea yang masak. Mia duduk
je tengok budak-budak kat dalam tu.”
“Tak
apalah Kak Lea, Mia boleh aje tolong akak.”
“Ermm,
tak apa. Bukan selalu akak nak tunjuk skill memasak yang terpendam ni. Mana tau nanti boleh masuk chef celebriti ke. Hehehe.. selebriti la sangat kan,” seloroh
Azzalea mencetuskan tawa meraka. Malah
Natasha yang berdiri di ambang pintu juga turut tertawa.
“Oh,
korang tertawakan akak ye, nanti
kalau makan karang sedap sehingga
menjilat jari, esok-esok mesti korang
cari akak suruh masak lagi.” Heh,
perasan la sangat. Tapi memang seronok
pun usik mengusik dengan budak-budak ni semua.
Kepala pun tiga suku aje semuanya.
Setelah
siap memasak, Azzalea meminta Natasha membantunya menghidang makanan kepada
anak-anak itu memandangkan jam sudah menginjak ke angka dua belas tengah
hari. Makan awal, rehat awal dan
anak-anak ini akan mendapat nap yang
cukup sebelum aktiviti riadah mereka petang nanti. Di taska itu mereka lebih suka menggunakan
perkataan siesta menggantikan
perkataan nap yang mempunyai maksud
yang sama namun jarang sangat digunakan orang.
Rizqiyah mengambil tugas menjaga dua orang bayi kecil yang diletakkan di
bilik berasingan. Makanan bayi juga
telah disiapkan oleh Azzalea dan dihantar kepada Rizqiyah. Bayi-bayi yang telah mencecah usia tujuh dan
sembilan bulan itu diberi makan bubur nasi yang telah dikisar halus. Azzalea memang akan selalu meminta nasihat
pakar pemakanan tentang gizi makanan kanak-kanak di bawah asuhannya. Tidak hairanlah ramai yang ingin menghantar anak
mereka ke taska Azzalea namun tidak semuanya diterima. Bukan faktor wang sahaja yang dipandang oleh
Azzalea, dia mengutamakan kualiti perkhidmatan agar setiap pelanggan tadika dan
taskanya berpuas hati dengan mereka.
Hampir
jam tiga petang, barulah Azzalea dapat melunjurkan kaki di dalam pejabat
kecilnya di taska itu. Berlunjur di atas
sofa sambil tangan membelek sms di telefon bimbitnya. Lima mesej yang masih belum dibaca. Dirah, Dirah, Dirah, Dirah dan Dirah
lagi. Haish makcik ni tak ada kerja ke asyik sms je.
Waalaikumussalam Ah So. Waaa… sudah tak ada kerja ke dok bersms ni? ~
Azzalea.
Sepantas
kilat, telefon Azzalea berbunyi nyaring.
Hehehe, tunggu maid balik baru boleh buat
kerja meh ~ Dirah
Banyaklah ko punya maid! Kang aku tak nak
temankan ko baru padan muka ~ Azzalea.
Alololo, marah ke Amoi? Wei, aku bosan tahap babun dah kat rumah
ni. Iman balik tadika tadi terus tido,
dah aku tak ada geng ~ Dirah.
Eloklah tu, ko pun apa lagi, ternak badanlah
jugak. Kata MC, rehatlah cukup-cukup.
Dah jangan nak kacau aku buat kerja! ~ Azzalea.
Kalau
melayan si Dirah tu memang tak akan selesai semua tugas pun. Setelah merehatkan diri sebentar, Azzalea
beralih ke meja tugasnya. Beberapa
keping surat yang berada di atas meja dicapai lalu dibuka. Azzalea tersenyum. Hatinya berasa senang tatkala menatap surat
daripada pihak Bomba yang memberi pengesahan keselamatan tentang tahap Tadika
dan Taskanya. Pengesahan itu amat
penting bagi beliau kerana ia adalah syarat utama pensijilan diberikan kepada pengusaha
tadika mahupun taska. Selesai memfailkan
semua dokumen dan surat-surat penting, Azzalea meneliti katalog yang dibawanya
tadi. Lincah jemarinya menekan punat
telefon di atas meja.
Tatkala
panggilannya disambut, Azzalea mencari ayat-ayat yang sesuai untuk
diungkapkan. Gementar pula hendak
berurusan dengan mereka. Segan pun ada.
“Boleh
saya bercakap dengan Cik Camillia?”
“Maaf
cik, Cik Camillia cuti sakit hari ni.
Boleh saya tahu siapa di talian?”
“Saya
Qaireen Amira Azzalea daripada Tadika Permata Hati.”
“Oh,
Cik Azzalea. Sebentar ye, saya
sambungkan Cik Azzalea kepada Encik Fayyad.
He’s expecting your call.” Tak sempat berkata apa-apa, terus Azzalea
dimasukkan ke dalam mode
menanti.
Hati
Azzalea semakin berdebar tatkala terdengar suara Fayyad memberi salam di hujung
talian. Suaranya seakan tidak terkeluar,
tersekat di kerongkong. Alahai,
janganlah buat malu. Business only, not more. Peringatan Azzalea kepada dirinya
sendiri. Digagahinya juga untuk menjawab
salam.
“Waalaikumusalam. Selamat petang Encik Fayyad.”
“Saya
tunggu Lea call. Lea sihat?” Senyuman melingkari bibir Fayyad apabila
salamnya berjawab. Ya Allah, betapa
rindunya dia pada gadis itu. Rindu yang
membuak-buak sehingga menyesakkan dadanya.
“Alhamdulillah,”
jawab Azzalea pendek. Iskh mamat ni,
apahal pula tanya sihat ke tak. “Err,
sebenarnya saya nak confirmkan
mengenai katalog permainan kanak-kanak yang dihantar hari tu. Saya dah pilih permainan yang sesuai, sekejap
lagi saya faxkan ye,” sambung Azzalea terus kepada urusan sebenar. Tak mahu berlengah-lengah dan memanjangkan
perbualan.
“Hmm,
okey. Nanti awak boleh faxkan terus kepada saya, ada nombor
saya kan kat katalog tu. Semua okey ke
kat sana, maksud saya awak okey ke?”
“Oh, everything is excellent Encik
Fayyad. Thank you for your concern.” Pelik soalan mamat ni, tapi tetap dijawab
dengan baik.
“Awak…”
“Maaf
ye, saya agak sibuk hari ni. Terima
kasih kerana sudi sponsor kami, Assalamualaikum.” Talian dimatikan segera. Jantung Azzalea sudah berdegup kencang, mana
mungkin untuk dia berlelama berlawan kata dengan lelaki itu. Sudah, cukup, cukup sudah.. cukup sampai di
sini saja. Daripada batin terseksa,
lebih baik kupergi sahaja!
Salam sayang...
Kak Yus
jdt : akhirnya...kali ni bnyk berkisah kerjaya Azzalea....hujung2 baru ada abg Fayyad....kena usaha lbh Fayyad.... nice .. thanks
ReplyDeletepleasure JDT..insyaAllah lepas ni bab Fayyad byk sikit.. kasi fayyad pening nak susun ayat2 cinta utk pujuk Lea..
ReplyDeletejdt : yeahhhh!!!!!!!!!! semoga idea penulis melimpah ruah dan menghasilkan karya2 yg baik...Aamiin....
Deleterindunya dekat cite ni.....cpt2 sambung yer....
ReplyDeleteIbu Zai ..sememangnya pandai dlm bab memasak he3...best2..x sabar nak baca bab seterusnya..
ReplyDelete