Dalam menanti ACAM yang akan berada di pasaran pada bila-bila masa sahaja nanti.. Kak Yus persembahkan dahulu Sengketa Cinta bab 30 untuk semua yang setia menjadi penghuni setia blog Jemari Berbicara. Bab ini k.yus dedikasikan untuk mereka berdua ni -- Emeer Zafran & Ayesha Sorfina --
Jemput baca, mohon maaf untuk ketidaksempurnaan...
****************************
“Abang tak rasa
ke apa yang kita buat ni salah?”
“Kenapa sayang kata macam tu?” Soal Emeer meletakkan cermin matanya ke atas
meja. Dah menghampiri angka empat
puluhan ni, mata pun dah semakin rabun, cuma ketika membaca sahajalah.
“Iyalah, kan kita sepatutnya
menghormati pendirian Ya. Sayang rasa
tak sedap hati bila kita berkomplot macam ni dengan Umi Ain.” Emeer hanya tersenyum. Sebenarnya bukan tersenyum sebab lain tapi
tersenyum sebab suka apabila Ayesha tersasul membahasakan diri sayang apabila
berkata-kata dengannya. Ingat senang ke
isterinya itu nak bersayang-sayang ni.
Kalau kebiasaan kan Ayesha hanya membahasakan diri Sofi dengannya.
“Iskh, orang bercakap dengan dia,
boleh tersengih pulak.” Satu tamparan
kecil dihadiahkan di bahu suaminya.
“Garangnya sayang abang ni. Abang tersenyum sebab sayang sebut sayang
tadi.”
“Hmm, suka la tu. Orang tersasul sikit je pun,” dalih Ayesha
menyembunyikan malu. Alahai, macam mana
boleh terkantoi.
“Sayang cakap apa tadi?”
“Itulah, sampai Sofi cakap pun tak
dengar. Sofi kata tadi, Sofi tak sedap
hatilah dengan apa yang kita buat ni.
Takut tindakan kita berkomplot dengan Umi Ain tu salah.”
Akhirnya
terluah juga perasaan kusut dan resah yang membelenggu fikiran Ayesha hampir
seminggu ini. Dia bukan tidak mengerti
apa yang Azzalea hadapi. Mengerti dan
memahami sangat rasa hati adik yang seorang itu, apatah lagi ketika melihat
wanita itu merana di hadapan matanya.
Dia masih ingat wajah muram dan kusam Azzalea ketika bertemunya di
Pantai Batu Hitam. Dia masih
ternampak-nampak linangan air mata di wajah polos itu ketika duduk
bersendirian. Dia tahu, betapa hebatnya
wanita itu cuba belajar menerima takdir yang telah tersurat dalam perjalanan
hidupnya.
“Sayang,
kita bukan mengkhianati Ya. Tidak sama
sekali kita akan lakukan pengkhianatan kepada adik kita sendiri. Kita cuma membantu kembalikan semula cinta
yang terhalang, bukan salah Fayyad, bukan juga salah Ya.” Emeer berkalih daripada duduknya lalu
menghampiri Eyesha yang kini berdiri di balkoni bilik mereka. Kerusi rehat ditarik lalu dia melabuhkan
punggung di situ. Tangan Ayesha diraih
menyebabkan Ayesha turut terdorong kepadanya.
Tubuh Ayesha pula diraih lalu didudukkan di atas pangkuannya. Pinggang isterinya itu dipeluk kemas.
“Memang
betul salah Fayyad meninggalkan Ya macam tu aje tanpa alasan yang munasabah dan
tanpa berusaha untuk membetulkan keadaan.
Khilaf dia dan dia sudahpun mendapat balasan untuk tu. Kita cuba membetulkan keadaan sayang,”
sambung Emeer cuba menyemai benih keyakinan ke dalam benak Ayesha.
Emeer
amat maklum, Ayesha menyayangi Azzalea seperti adiknya sendiri. Lebih maklum Ayesha terkesan dengan
penderitaan yang telah dilalui Azzalea.
Tapi bukankah agama sendiri memberi ruang yang luas untuk kita berubah
dan mendapat kebahagiaan di atas dunia yang luas ni. Setiap manusia diberi peluang untuk berpatah
kembali jika merasakan jalan yang mereka lalui itu telah tersasar. Pintu untuk taubat dan bahagia terbuka luas
untuk mereka. Itulah yang selalu dipesan
Emeer kepadanya apabila sesekali dia meluahkan rasa kesal atas apa yang pernah
mereka lakukan dahulu.
Ayesha
melihat dirinya dan Emeer. Bukan kecil
kesilapan yang telah mereka lakukan, tapi sahabatnya Pipah dan keluarga Emeer
tidak pernah sesekali meminggirkan mereka.
Memang mereka berdosa besar, dosa yang hanya akan terampun dengan taubat
nasuha dan itulah yang sedang mereka lakukan saban hari. Cuba menjadi insan yang lebih baik dan
merebut segala peluang yang ada untuk menjadi hamba-Nya yang soleh dan
disayangi.
Kasih
sayang keluarga Emeer dalam membawa mereka ke pangkal jalan sangat menusuk
hatinya. Mereka tidak pernah mengungkit
perbuatan silam Ayesha dan Emeer, malah masih merahsiakan peristiwa itu
daripada pengetahuan keluarga Ayesha.
Bukan kerana keluarga Emeer sengaja mahu membohongi keluarga Ayesha,
tapi niat mereka tidak mahu menjatuhkan maruah dan martabat Ayesha dan Emeer di
mata keluarga Ayesha. Bagi mama, lebih
sedikit orang yang mengetahui mengenai peristiwa itu, lebih baik. Lagi pun dalam agama sendiri mengajar kita
untuk tidak membuka aib orang lain.
Ayesha
mengeluh perlahan namun keluhan itu rupanya menambat renungan Emeer kepadanya.
“Sayang
rasa tak sedap hatilah bang, sayang takut Ya marah kat kita nanti,” keluh
Ayesha bermain-main dengan anak rambut suaminya.
“InsyaAllah,
kalau Umi Ain sendiri faham dengan apa yang berlaku, abang rasa kita tak payah
risau. Malah, abang percaya Ya juga akan
berterima kasih pada kita nanti.” Yakin
sahaja bunyinya. Tapi dalam hati Ayesha
masih terpalit kegusaran yang sukar dikendurkan.
Kedengaran
pintu bilik diketuk seraya itu daun pintu terkuak lebar. Aqyem berlari masuk ke dalam bilik
mendapatkan ibu dan ayahnya. Namun, dia
terhenti di hadapan mereka dengan wajah cuak.
“Ibu, why are you sitting on ayah’s lap?” Sebiji sebiji bunyi soalan yang keluar
daripada bibir anak lelakinya itu.
Ayesha menjeling Emeer dan Emeer juga turut menjeling Ayesha. Hambik kau, kan dua-dua dah kantoi. Akhirnya terhambur tawa kedua-dua mereka. Namun tawa mereka masih tidak dapat
mengendurkan wajah cuak si anak teruna nan seorang.
Anak
lelaki mereka ini berlainan sedikit dengan Eizleen, kakaknya. Kalau Eizleen dulu memang dah biasa melihat
kemesraan Emeer dan Ayesha malah setiap kali melihat Emeer mengusik-usik manja
Ayesha, dia pasti akan tertawa. Seakan
faham dan gembira dengan usikan-usikan itu.
Namun, Aqyiem sangat berlainan.
Terlalu teknikal kata Emeer.
Setiap apa yang dilakukan oleh ayah dan ibunya pasti akan dipersoalkan
terlebih dahulu minta penjelasan.
Setelah itu dia akan berfikir sejenak seolah-olah cuba mencerna maklumat
yang diperolehinya.
“Why darling, ibu cannot sit on your ayah’s
lap?” soal Ayesha mengusik Aqyem.
Masih lagi di posisi yang sama, sengaja hendak menyakat anak lelakinya. Kali ini tangannya merangkul kemas leher
Emeer. Lucu melihat garis-garis kecil
yang terbentuk di dahi Aqyiem.
“Ibukan
dah besar, dah berat. Sakit kaki ayah
tau, Aqyem tak pelah, kecik lagi.” Fuh,
jawapan yang super fantastic. Ingatkan nak kata Aqyiem jealous ke, tapi rupanya lebih prihatin kepada ayahnya lagi. Ini betul-betul anak ayah.
“Okey,
memang ibu dah besar, ibu dah berat tapi ayah larat lagi bagi ibu duduk atas
riba ayah ni. Aqyem nak tahu tak, riba
ayah ni hanya ibu, kakak dan Aqyem je yang boleh duduk,” terang Ayesha namun
matanya mengerling sekilas ke arah Emeer yang sudah mula tertawa
terbahak-bahak. Alahai, dalam nak
menerangkan kepada sang anak, sempat lagi nak mengenakan orang. Pipi Ayesha dicubit manja.
“Sekarang
ibu bangun, ibu bagi chance kat Aqyem
pula duduk, nak?” Soalan itu dijawab dengan anggukan laju. Hamboi, anak ayah ni. Pantang dipelawa, cepat aje merebut
peluang.
“Wah,
laku sungguh riba ayah ye. Ibu dan Aqyem
berebut-rebut nak duduk.”
“Eii,
perasan!” Getus Ayesha sambil bangun
berdiri memberi ruang kepada Aqyem.
Kepala anak kecil itu diusap-usap lembut. Sebelum sempat Ayesha melangkah pergi,
tangannya diraih lalu satu kucupan lembut Emeer singgah di telapak tangannya.
Perlahan
Ayesha meninggalkan suami dan anaknya berdua-duaan di balkoni rumah dengan
senyuman melingkar di bibir. Sekejap
lagi tertidurlah anak lelaki yang seorang tu.
Memang dah menjadi kebiasaan diulit sehingga lena oleh Emeer. Ayesha bergerak menuju ke bilik tidur
Eizleen. Pintu dikuak sedikit, mengintai
apakah anak gadisnya itu telah terlena atau belum. Senyuman melebar di wajah Ayesha tatkala
melihat tubuh Eizleen telah berselimut litup di atas katil Princessnya
itu. Pintu dikuak lebih lebar memberi
ruang dia memboloskan diri masuk dan menghampiri Eizleen. Dahi anak gadis itu dikucup lembut.
“Good night sweetheart. All the best the world can give you, ibu and
ayah love you so much.” Anak rambut
Eizleen yang panjang dikuak agar tidak menutupi mata. Wajah tenang anak kecil itu ditenung
lama. Ayesha seakan tidak percaya,
begitu cepat masa berlalu. Anak kecil
yang dulu ditatang dan dikelek setiap hari kini semakin membesar. Sudah menjadi anak gadis yang semakin comel
dan bijak.
Masih
terimbau saat pertama Eizleen mendapat mulut, perkataan pertama yang keluar
daripada mulut kecil itu memanggil ayahnya.
AYAH. Dua hari Ayesha makan hati
kerana bukan perkataan ibu yang diungkapnya dahulu. Nampak sangat anak gadisnya itu lebih rapat
dan manja dengan Emeer berbanding dirinya.
Mana tidaknya, menangis pun akan dipanggil ayah. Nak mandi pun cari ayah. Jeles tau!
Dia yang mengusung perut sembilan bulan sepuluh hari, ayah pula yang
menjadi kesayangan anak itu. Namun lama
kelamaan dia dapat menyesuaikan diri kerana dia tahu, kasih sayang Emeer memang
banyak melingkari hidup mereka. Sehingga
hari ini, mereka telah dikurniakan Aqyem, pun keadaannya masih sama. Alah, nak dengki sangat, dia sendiri pun
bangun pagi harus menyebut nama suaminya itu dulu. Nak tidur pun, kalau tak ada wajah lelaki
yang seorang tu, harus tak dapat lelapkan mata.
Over addicted dia anak beranak
dengan suami tersayang. Tapi menurut
kata mama dan mak, bagus juga anak-anak rapat dengan ayah mereka kerana hubungan
itu akan membuatkan si ayah akan sentiasa teringatkan rumah dan lebih gemar
berada di rumah daripada keluar merata bersama teman-teman. Pengikat suamilah kata lainnya.
Sebelum
beredar, Ayesha sempat merapikan buku-buku yang tidak tersusun elok di atas
meja belajar anaknya. Gambar mereka
berempat yang tergantung kemas dalam frame
pada dinding diperhatikan. Sejuk hatinya
mengenangkan kenangan indah percutian mereka di Filiphine itu. Waktu itu kalau tak silap, Aqyiem baru
berumur dua tahun. Seronok pula dapat
mengikut Emeer bercuti sambil bertugas di sana.
Sudahnya pejabat CEO dan PA semua tutup.
Itulah natijahnya kalau suami isteri bekerja di bawah bumbung yang
sama. Nak berhenti kerja dan duduk
sepenuh masa di rumah Emeer pula yang tak pernah bagi lampu hijau. Alasannya, nanti dia rindu tak dapat menatap
wajah isteri kesayangan lama-lama.
Alasan la sangat! Teringatkan
suami yang menantinya di kamar beradu cepat-cepat Ayesha meninggalkan bilik
Eizleen.
“Goodnigth princess. Ibu loves you so much.” Amanat terakhir sebelum lampu dipadam.
Sejurus
keluar daripada bilik Eizleen, Azzalea terserempak dengan Emeer yang mencempung
anak bujangnya ke kamar peraduan. Huh,
tu dah tentu kena buli cukup-cukup dengan si ayah sehingga tertidur, tak pun si
ayah yang kena buli. Mengenangkan sikap
aktif Aqyiem harus pilihan yang kedua la tu.
Ayesha membontoti Emeer lalu membukakan pintu bilik Aqyiem. Suis lampu ditekan. Subhanallah!
Mata Ayesha terbuntang melihat permainan yang bersepahan di atas lantai. Itu belum lagi warna pensel dan crayon yang
bersepah di atas meja belajar. Kalau anak
lelaki seorang ni, memanglah! Mana nak
tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi…
Salam sayang
Kak Yus
jdt : akhirnya...rindu dgn cerita nie...thankss
ReplyDeleteini hanya sebahagian drp keluarga Azzalea.. dan komplot menyatukan Azzalea & Fayyad.. sama2 kasih dear.. insyaAllah esok k.yus up bab seterusnya..
DeleteKak Yussssss....bukan ker masa di Philippines tu Ayesha pregnant? Alaaaaaaa......sob..sob....
ReplyDeleteAziela.. kat filiphines tu selepas scene ni tp yg tu dlm BCB II.. hehehe.. yg ini dalam Sengketa Cinta, kita masukkan diorang berdua ni dlm SC.. kiranya selit2 sikitlah bab berdua ni kasi hilang rindu..
Deletecerita ni memang bestttt juga...
ReplyDeleteselalu mengikuti tapi jarang komen...hehehe
Kak yus bila nk cambung cite nie lagi
ReplyDeleteCool and that i have a neat present: How To Reno A House house remodeling services
ReplyDelete